You are on page 1of 23

SUSUN

LAPIS

PEMERINTAHAN

MELAKA

Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu, ekoran daripad asistem pentadbiran yang sistemetik. Sistem pentadbiran di Melaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja dan para

pembesar,manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan,para pedagang,rakyat biasa dan hamba.Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka.

Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang terpenting.Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan.

Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan

bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

(a)

Bendahara

Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar (b) Seri Perdana Wak Raja. Menteri

Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara (c) Singapura Penghulu yang Bendahari pertama.

Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja.

Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara

berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, with my wife and house. Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai memerintah istiadat takhta kerajaan baginda. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M. ) Beliau dikatakan telah mengatur takhta kerajaan baginda. Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol.

Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah

jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan. Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ditempelkan oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.

Menurut huraian diatas, jelaslah bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara..

PEMBETUKAN

UNDANG-UNDANG

MELAKA

Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama

induvidu,dikalangan antara kelompok atau antara induvidu dan kelompok dengan sistem keadilan yang telah pun ditentukan dalam masyarakat tersebut). Di Melaka,dalam memastikan kestabilan politik dan Negara,Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Undang-undang yang pertama dikenali sebagai hukum kanun melaka yang merupakan undang-undang darat melaka yang mana merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat. Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka;Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan

sikap Raja Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka..manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai undangundang laut melaka atau adat pelayaran melaka.teks ini diterjemah sebagai the maritime laws of Malacca. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukumhukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. .undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak.contohnya hukumanpotong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang tertangkap.hal yang demikian dirujuk berdasarkan hokum hadd dalam kesalahan jenayah pada hokum yang dikenakan terhadap para jenayah yang tertangkap. dengan adanya undang-undang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara.

HUBUNGAN

DIPLOMATIK

DENGAN

CHINA

Antara faktor lain yang mejadikan Melaka sebagai pusat kegiatan politik yang terkenal di Alam Melayu ialah kejayaan Melaka dalam menguasai tanah-tanah

jajahannya.Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan,kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menanbah pengaruhnya.Hal ini dapat mengukukkan lagi politik Melaka,dengan adanya pengaruh yang ramai.Malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain,yang sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatic dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam perkembanggan politik Melaka.Peristiwa ini dapat dilihat apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China.Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut,Parameswara diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406,pengakuan tersebut disertakan dengan penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning.Pada masa tersebut negeri China dikatakan negeri yang mepuyai kuasa yang terkuat di asia.dengan menjalinkan hubungan dengan China,Melaka mendapat perlindungan daripada China.Hal dapat menjamin keselamatan Melaka,khasnya daripada ancaman Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyarang dan menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.

PERDAGANGAN PERANAN SELAT MELAKA

Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat perdagangan di rantau

Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya.Selat Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angina monsoon.Hal ini menyababkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada tiupan angin monsoon.Disamping itu mereka boleh menjalankan aktiviti perdagangan di Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa beli yang tinggi.Perdagangan di Melaka juga berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang disediakan oleh pemerintah untuk memudahkan para pedagangan.Contonnya perkhidmatan membaiki kapal,rumah tumpangan,stor barangan dagangan dan sebagainya.kebijaksanaan pemarintah telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.Contohnya pemerimtah Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para padagang di Melaka dengan menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan aktiviti perdagangan di pelabuhan.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang dari luar untuk berdagang di melaka.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah bertindak sebagai pelabuhan interport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan daganagan antara para padagang.Denagan adanya pelabuhan interport,melaka telah dikenali di seratapelosok.Hal ini,sekaligus telah menjadikan melaka terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke15 masihi dan abad ke-16 masihi.

HUBUNGAN

DENGAN

CHINA

Selain itu,terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan,iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan China.sebagai tanda

persahatan,Melaka kerap menhantar rombongan melawat Negara China.Tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk memperluaskan perdagangan Melaka. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah,baginda meneruskan hubungan dengan negera China bagi mematikan kepentingan perdagangan Melaka dapat diteruskan dan berkembang.negara China merupakan sebuah Negara yang luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli yang tinggi,ini merupakan kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan barangan dagangan mereka di China.Hal ini sudah tentu akan memberi keuntunagan kepada Melaka.Namun pada masa yang sama perhubungan dengam China juga dapat memenuhi keperluan barangan di Melaka.Dengan terjalinnya hubungan dengan Negara China , perkembangan perdagangan Melaka telah berlaku dengan pesat sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.

PERANAN

ORANG

LAUT

Di sekitar perairan selat melaka telah didiami oleh orang laut ekonominya adalah berasaskan aktiviti morompak dan melanin.Mereka akan menyamun para pedagang yang melalui selat melaka.Hal ini akan menakutkan para padagang untuk berdagang dan melalui selat melaka.Kebijaksanaan pemerintah yang telah berjaya menguasai orang laut,sekaligus dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di selat melaka.Orang laut dikatakan sungguh taat dan setia kepada Parameswara dan keturunannya sehingga keturunan yang terakhir di Johor pada 1699. Orang-orang laut telah diberikan pangkat dalam istana oleh sultan supaya dapat menjamin keselamatan perairan selat melaka.pada

masa yang sama orang juga telah dijadikan angkatan tentera laut bagi megawasi perairan selat melaka.Dengan kemahiran yang sedia ada,orang laut dapat mengawal perairan selat melaka dengan mudah.Contohnya mereka dapat mengalahkan musuh dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kapal,mambaca tiupan angin,dan sebagainya.Ekoran daripada kejayaan menguasai orang laut,Melaka dapat menarik minat para pedagang dari luar kerana terdapat jaminan keselamatan yang telah disediakan.

KEBUDAYAAN Kehadiran pelbagai bangsa menyebabkan terdapat 84 jenis bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di Melaka. Namun begitu, bahasa Melayu tetap dijadikan sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan di Melaka. Hal ini kerana bahasa Melayu mudah difahami dan menjadi bahasa utama masyarakat di rantau ini. Pemerintah Melaka membenarkan rakyatnya dan bangsa asing bertutur dalam bahasa masing-masing. Sebagai contoh, pedagang China boleh bertutur dalam bahasa cina untuk berkomunikasi antara mereka. Bukti penggunaan bahasa asing di Melaka dapat dilihat dengan penggunaan istilah bahasa Jawa di kalangan masyarakat Jawa seperti Manira dan Kulo. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Jawa terhadap pihak yang superior sebagai tanda hormat. Namun begitu, pedagang asing menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi apabila berurusan dengan pegawai dan pedagang di pelabuhan.

PENILAIAN

Bukti

Melaka

Sebagai

Warisan

Kepada

Srivijaya

Apabila kita membicarakan tentang Melaka sebagai warisan kepada Srivijaya, semacam kita mampu mendedahkan yang Parameswara, pemerintah yang melarikan diri itu berasal dari Palembang-Srivijaya. Kenyataan ini dapat dilihat berdasarkan bukti yang dikemukakan pada proses Peralihan Pemerintahan Dari Palembang Ke Melaka, dan beberapa bukti lain. Bukti terawal yang boleh diperjelaskan ialah berdasarkan Sejarah Melayu yang secara terang-terangan menegaskan pengasas Melaka datang dari Palembang. Edidi Teks Terawal ( 1612 Masehi ) memberikan gambaran awal tanpa keraguan tentang kecemerlangan Palembang dahulu dan proses peralihan yang berlaku. Setelah mengkaji Raffles SM No. 18, sarjana berpendapat perkembangan sejarah Melayu abad ke-11 Masehi dikaji dalam abad ke-15 Masehi. Maka satu ketetapan telah diperolehi, iaitu pengkaji salasilah raja-raja Melayu memutuskan bahawa pemerintah dan pengasas kerajaan Melaka berasal dari empayar Srivijaya yang mempunyai pusat pentadbiran di Palembang, pada separuh abad ke-11 Masehi.

Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan pentafsiran Wolters. Pada abad ke-14 Masehi, istilah Srivijaya semacam lenyap dari catatan sejarah. Hanya Palembang sahaja yang disebut sebagai tanah taklukan Malayu-Jambi. Walau bagaimanapun, setelah diserang oleh Jawa, pemerintah Palembang mengundurkan diri. Wolters menambah Temasik ( Singapura ) adalah tempat persinggahan pemerintah Srivijaya itu sebelum ke Melaka. Pada masa yang sama, kekuasaan Palembang dan Jambi semakin merosot. Keadaan ini seolah-olah berlaku sekali lagi dalam dunia Melayu, iaitu apabila Melaka diserang oleh Portugis. Pentafsiran Wolters memaparkan satu budaya warisan Melaka yang diasaskan di Srivijaya, kerana apa yang berlaku semacam pernah berlaku di Srivijaya juga.

Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan kepada pentafsiran ke atas pendapat Tome Pires. Pires menyifatkan bahawa Parameswara ialah raja Palembang, dan menyifatkannya sebagai, ... seorang yang istimewa dan bersedia untuk pergi berperang... Parameswara sedar akan kekuatan abang iparnya ( Jawa ) dan berusaha untuk menyerang kembali Jawa. Kekalahan Parameswara ke atas Jawa sedikit pun tidak merendahkan kedudukan dan martabat Parameswara. Hal ni kerana penduduk di pulau itu masih menumpahkan taat setia kepada Parameswara. Pengunduran ke Singapura ( Temasik ) pun ada rasionalnya. Hal ini kerana Singapura adalah tempat yang strategik untuk perdagangan kelautan dan berhampiran dengan Kepulauan Riau yang dianggap sebagai kuasa tentera kelautan ketika itu. Maka Pires menyifatkan Singapura sebagai lokasi yang sesuai untuk Parameswara membangunkan kembali kekuasaannya.

Selain itu, bukti Melaka sebagai waris kepada Srivijaya dapat dilihat berdasarkan peranan ahli salasilah yang mencorakkan perjalanan penulisan Sejarah Melayu itu sendiri. Ahli salasilah menyifatkan Raja Iskandar Shah tiba ke Melaka dengan kekuasaan yang sama dengan kekuatan Tri Sri Buana. Ahli salasilah juga mahu menjaga air muka pengasas Melaka supaya dapat menjernihkan keadaan huru-hara dalam sejarah alam Melayu ketika itu, selain dapat menerangkan assl-usul Parameswara. Dalam Raffles SM No. 18 pun, kedaulatan raja-raja Melayu akan dizahirkan dengan merujuk kepada keluarga diraja Palembang. Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa apa yang berlaku di Melaka mempunyai perkaitan dengan perkembangan Srivijaya-Palembang ketika sedang masyhur dahulu.

Bukti

Lain

Melaka

Sebagai

Waris

Kepada

Srivijaya

Setelah berjaya mengasas dan mendirikan kerajaan Melaka sekitar tahun 1399/ 1400 Masehi, Parameswara meninggalkan dua orang pengganti iaitu Megat Iskandar Syah dan Seri Maharaja. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dari segi politik dan pentadbiran untuk menerajui sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan itu. Ketiga-tiga tokoh tersebut telah menanamkan tradisi berkerajaan dan mengasaskan tunjang pensejarahan Melayu untuk dijadikan warisan bukan sahaja oleh pengganti mereka sehingga tahun 1511 Masehi malah tradisi ini terus diamalkan dalam bentuk semangat dan amalan sistem sosiopolitik serta kerajaan pada institusi kesultanan di beberapa buah negeri di negara ini. Dengan perkataan lain, pengalaman politik dan pentadbiran yang dimiliki oleh Parameswara dan para penyokong serta pengikutnya yang terdiri daripada para menteri dan pembesar sejak berada di Singapura dan Palembang dahulu merupakan landasan penting dan sumber pengetahuan yang asas dan berguna untuk membentuk kerajaan di Melaka. Pengalaman Parameswara semasa menjadi pemerintah untuk beberapa tahun di tanah asalnya, Palembang yang amat praktis. Ia juga memberikan pengetahuan kepada beliau untuk berpolitik. Ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh kerana pengetahuan itu adalah warisan yang diturunkan dan telah dipusakai oleh Parameswara daripada kalangan kerabatnya sendiri dan keluarga ahli politik Palembang. Palembang adalah tempat asal Parameswara dan tempat bakat kepimpinan beliau dipupuk untuk menerajui empayar Melayu-Srivijaya.

Pengalaman berpolitik dan mentadbir yang diperoleh ketika menjadi raja di Palembang dan Singapura itulah yang menjadi landasan kebolehan Parameswara untuk memerintah dan merancang skema untuk memajukan Melaka. Kemudian, pengganti Parameswara

hanya meneruskan sahaja usaha yang telah dirintisnya itu. Dasar dan prinsip berpolitik di Palembang dijadikan model oleh beliau untuk bergerak cergas di Melaka pula. Di Srivijaya, sistem politiknya didukung oleh satu sistem pentadbiran yang berpaksi kepada raja dan juga satu barisan kepimpinan yang mempunyai fungsi masing-masing dan disokong oleh kesetiaan Orang Laut di Selat Melaka. Contohnya, Senapati, Nyaka, Pratyaya, Hajipratyaya dan Dandanayaka. Senapati merupakan ketua kepada hulubalang dan fungsinya sama dengan Laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Nayaka pula berperanan sebagai Penghulu Bendahari. Di Melaka, hierarki pemerintahannya terdiri daripada raja dan kerabatnya, golongan pembesar, bangsawan, rakyat merdeka dan hamba. Tempat tinggal berdasarkan pola demografi iaitu raja dan kerabatnya tinggal di atas bukit yang strategik, pembesar-pembesar di lereng bukit dan kampung-kampung, Orang Laut di tepi pantai dan rakyat pula berumahkan atap rumbia di kaki bukit dan di seberang sungai.

Maka dalam konteks dan proses budaya politik serta fenomena sejarah serantau yang berlegar di Selat Melaka itulah kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 muncul dan membangun. Proses dan babak-babak sejarah yang terdahulu terjadi hingga abad ke 14 berterusan lagi. Tetapi kali ini penerusan serta kelanjutan ini terjadi di Melaka pula. Malah semangat politik dan tradisi sosiobudaya Srivijaya itulah yang mempengaruhi penubuhan Melaka kepada sebuah empayar seperti pengalaman Palembang-Srivijaya dahulu. Tambahan pula tokoh yang mengasaskan Melaka adalah keturunan darah dan kerabat dari Palembang dan berkaitan pula dengan kekerabatan Jawa semenjak tahaptahap kegemilangan Singosari pada abad ke 13 lagi. Gaya politik Srivijaya praperiode Melaka telah dijadikan model dan ilham cara berpolitik yang amat baik oleh raja-raja

Melaka

untuk

menggiatkan

kegiatan

diplomatiknya.

Selari dengan corak pengaliran tadi, Melaka sebenarnya telah mengambil alih peranan politik Palembang-Srivijaya yang telah pudar itu. Malah tradisi pensejarahan Melaka selama seabad lebih itu adalah pengulangan semula tradisi pensejarahan Srivijaya. Cuma faktor asas yang menjadi tunggak perubahan kedua-dua kuasa thalassocracy Melayu dalam lingkungan kedinamikkan budaya serantau dan seperairan ini iaitu faktor agama Islam. Ini bermaksud karisma kepimpinan yang ada pada Parameswara dan pemerintah yang seterusnya telah dilambang dan diberikan unsur sosiopolitik tradisi yang istimewa terhadapnya sebagai tokoh pemerintah yang dianggap berdaulat terhadap rakyat. Pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan sebuah kerajaan dalam suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi. Karisma Parameswara sebagai raja yang berdaulat di Palembang dan Singapura sebelum tahun 1400 Masehi, telah menjadi pendorong utama untuk menggerak dan menggagaskan eksploitasi politik yang lebih besar di Selat Melaka pada awal abad ke 15 atau sekitar penghujung abad ke 14.

Penutup Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukan jelas menunjukkan Melaka menjadi waris kepada kerajaan Srivijaya, khususnya dari aspek ekonomi, politik, dan sosial negara. Proses peralihan kerajaan ketuanan Melayu berlaku dari Srivijaya ke beberapa kawasan kedaulatan Melayu ketika itu sebelum singgah menetap di Melaka. Walaupun hampir tiada sumber bertulis yang menerangkan secara konkrit berkenaan dengan proses peralihan yang berlaku, namun kita

perlu mengakui bahawa peralihan memang berlaku. Sebelum mengakhiri perbincangan ini, penulis ingin membayangkan kebenaran tafsiran yang dibuat oleh Wolters. Kejatuhan kerajaan Srivijaya sudah barangkali boleh diramalkan. Hal ini kerana kerajaan kelautan ini banyak bergantung kepada kegiatan perdagangan maritim antarabangsanya demi kelangsungan politiknya. Memaparkan kepentingan ekonomi dan motif politik bergerak seiring. Selari dengan peralihan kerajaan Melayu ke Melaka, pusat perdagangan juga berubah. Mahu tidak mahu kekuasaan sesebuah kerajaan yang berpusat di lautan maritim perlu menerima hakikat yang mereka juga akan beralih ke tempat lain. Maka, pentafsiran ini sedikit sebanyak boleh dirujuk untuk mendedahkan Melaka adalah waris kepada kerajaan Srivijaya.

BIBLIOGRAFI

W.G

Shellabear.1989.Sejarah

Melayu.Selangor.Fajar

Bakti

Sdn.Bhd

Mohd Jamil Bin Mukmin,Melaka Pusat Penyabaran Islam Dinusantara,Nurin Enterprise,Kuala Lumpur,1994.

Abdul Rahman Haji Abdullah,Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,Terbitan Pena Sdn.Bhd,Kuala Lumpur.1989.

Sejarah

Malaysia

1400-1641.Universiti

Kebangsaan

Malaysia.1999.

Tan Ding Eng.1975.Sejarah Malaysia Dan Singapura.Kuala Lumpur.Siri Sejarah Fajar Bakti.

Rahmat Saripan.1983.Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Melaka Marathon Engraving.

Muhammad Yusoff Hashim,1990,Kesultanan Melayu Melaka,Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.

W.G Shellabear, (ed), Sejarah Melayu ( The Malay Annals ), Malaya Publishing House Limited, Singapura.

F. Hirt and W.W Rockhill, (eds), Chau Ju-Kua on the Chinese and Arab Trade. St. Petersbug, 1966.

Max

gluckman,the

ideas

in

borotse

jurisprudence,new

haven

and

London,1965.

Joginder singh jessa,sejarah tanah melayu 1400-1959,dewan bahasa dan pustaka,kuala Lumpur 1978.

Sejarah

Malaysia

1400-1641.Universiti

Kebangsaan

Malaysia.1999.

Andaya,a.l,the kingdom of johore 1641-1724,economic and political development,oxford university press 1975.

O.

Wolters.

Kejatuhan

Srivijaya

Dalam

Sejarah

Melayu

O. W. Wolters. 1967. Early Indonesian Commerce- A Study of the Origins of Srivijaya. New York : Ithica.

Zainal Abidin Abd Wahid. 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Posted by cikgu azhar zack at 22:01

KESULTANAN MELAYU MELAKA II


AGAMA Melaka mencatatkan satu transformasi yang agak besar dalam aspek agama dan kepercayaan. Bermula dengan kepercayaan Hinddu-Buddha yang dipengaruhi dari kerajaan Majapahit dan Srivijaya, seterusnya diganti dengan agama Islam. Islam sampai di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum sampai di Melaka. Islam bertapak di Pasai pada kurun ke-13 dan sampai di Terengganu pada tahun 1303. Ini dibuktikan dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu. Pada waktu itu, kerajaan Melaka belum lagi diasaskan. Kedatangan Islam ke Melaka disambut baik oleh Sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Sultan adalah orang yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di Melaka. Buktinya, baginda pernah menjemput ulama dan dan mengajar agama Islam di Melaka. Istana Melaka dijadikan tempat untuk mempelajari ilmu tentang pengetahuanIslam. Selain itu, istana juga menjadi tempat menterjemah dan mengumpul kitab agama. Ajaran agama Islam semakin maju dan berkembang di surau, madrasah dan masjid. Tempat ini menjadi pusat pengajian agama bagi golongan rakyat di Melaka.

Kedatangan agama Islam ke Melaka telah membawa perubahan dalam kepercayaan. Pemikiran, pentadbiran, perundangan dan nilai hidup masyarakat. Semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), agama Islam telah menjadi agama rasmi Melaka. Pemerintah Melaka memakai gelaran Sultan menggantikan gelaran raja ( pengaruh Hindu - Budhha) yang digunakan sebelum ini. Sultan yang memerintah dianggap sebagai khalifah Allah iaitu sebagai wakil Allah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam ini. Pemerintahan Melaka mengikut lunas pemerintahan Islam terutamanya dalam urusan pentadbiran. Misalnya Sultan Mansur Syah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat dalam menjalankan tugas mereka. Ini bersesuaian dengan konsep musyawarah yang terkandung di dalam ajaran Islam. Sultan Alauddin Riayat Syah, mencontohi pentadbiran khalifah Islam kedua iaitu Sayidina Umar al-Khattab. Pada masa pemerintahan Sayidina Umar, baginda sering menyamar diri keluar pada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenar umat Islam. Sultan Alauddin Riayat Syah mencontohi Sayidina Umar untuk membasmi kegiatan mencuri di Melaka. Ini membuktikan bahawa Melaka telah melaksanakan undang-undang jenayah Islam dalam pentadbirannya. Kemajuan agama Islam di Melaka dibuktikan lagi apabila turut mempengaruhi undang-undang Melaka. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah gabungan hukum adat tempatan dengan undang-undang Syariah dan nilai Islam. Hukum Kanun Melaka Fasal 30, contohnya menjelaskan tentang hukum dan tatacara berniaga serta barang yang boleh diperniagakan mengikut cara Islam. Selain itu, terdapat banyak lagi perkembangan dan kemajuan dari aspek agama Islam di Melaka yang mempengaruhi gaya hidup rakyatnya. Contohnya, Kalendar Hijrah mula digunakan oleh kerajaan Melaka. Tulisan Arab pula disesuaikan dan dijadikan tulisan jawi. Contoh yang seterusnya ialah pengajian Al-Quran dijadikan asas dalam sistem pendidikan masyarakat Melaka. Upacara seperti berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran juga mulai menjadi amalan masyarakat Melaka.

EKONOMI Kemajuan dari aspek ekonomi ditonjolkan apabila Melaka berjaya menjadi sebuah empayar perdagangan yang besar dan amat terkenal. Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannya ditengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat. Keadaan ini

memudahkan pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapatkan bekalan makanan dan minuman atau membaiki kapal. Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa, dan daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Oleh itu persekitarannya aman dan lautnya tenang kerana tiada ganguan ombak besar. Lautnya yang dalam membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat. Perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal yang lalu di sekitarnya. Pedagang-pedagang dari serata dunia akan menunngu pertukaran angin Monsun di Melaka untuk pulang. Pedagang dari Barat mengikut angin Monsun Timur Laut dan pedagang dari Timur pula mengikut angin Monsun Barat Daya. Keadaan Melaka yang sedemikian menyebabkan ia menjadi pusat pertemuan kapal dagang. Terdapat faktor lain juga yang turut membantu memajukan Melaka sehingga menarik kedatangan pedagang luar. Antaranya ialah, kerajaan Melaka mempunyai jentera pentadbiran yang teratur untuk membantu urusan pelabuhan dan kegiatan perdagangan. Syahbandar dilantik oleh sultan untuk menguruskan pentadbiran di pelabuhan. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal oleh kerajaan Melayu Melaka untuk memastikan perdagangan berjalan dengan lancar, kestabilan dan keamanan negeri terpelihara. Selain itu, pelbagai kemudahan untuk pedagang telah disediakan oleh pemerintah Melaka di pelabuhan Melaka. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti gudang-gudang besar untuk menyimpan barang, kemudahan pengangkutan (kapal, perahu, jong, lancara, gajah) dan pekerja. Kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal untuk para pedagang turut disediakan oleh kerajaan Melayu Melaka. Kemajuan sistem kewangan juga berlaku pada zaman ini. Urus niaga di Melaka dijalankan melalui sistem tukar barangdan penggunaan mata wang. Wang logam digunakan dalam urus niaga di Melaka. Wang ini diperbuat daripada timah. Bahasa perdagangan yang digunakan di Melaka ketika itu ialah bahasa Melayu. Para pedagang berminat datang ke Melaka kerana mereka mudah berurusan dengan pegawai Melaka dan pedagang di Melaka dengan menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu dan menjadi lingua franca di pelabuhan Melaka pada zamannya.

POLITIK Dalam aspek politik, kemajuan dapat dilihat berdasarkan kepada kecekapan pemerintah Melaka mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantu melancarkan pentadbiran Melaka. Sistem Empat Lipatan digunakan dalam pentadbiran politik di Melaka. Jawatan Bendahara diwujudkan sebagai penasihat kepada raja. Selain itu, Bendahara juga bertanggungjawab sebagai Menteri Utama, Ketua Turus Angkatan Perang, Ketua Hakim dan Pemangku Sultan. Penghulu Bendahari pula diwujudkan untuk menjadi Pemungut hasil atau Ufti, Ketua segala Bendahari, Ketua Urusetia Isatna dan juga Ketua segala Syahbandar. Jawatan Temenggung pula ditugaskan untuk menjadi Ketua Polis dan Penjara, Penguasa Bandar, Ketua Protokol Istana dan Hakim di darat. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), baginda telah mewujudkan jawatan Laksamana yang bertanggungjawab sebagai Ketua Angkatan Laut Melaka. Selain daripada jawatan-jawatan pembesar yang telah diwujudkan, keadaan politik di Melaka diperkukuhkan lagi dengan adanya undang-undang. Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Untuk menjamin kestabilan politiknya, Melaka juga mempunyai angkatan laut yang sangat besar. Orang Laut menjadi tenaga penting dalam angkatan laut Melaka. Melaka mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah, berani dan setia seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Sebahagian besar kelengkapan tentera Melaka terdiri daripada kapal, bahtera, ghali, ghalias, jong dan lancaran. Peralatan senjatanya pula ialah panah, keris, lembing, meriam, lela, rentakal, istinggar dan pemuras. Kekuatan yang ada membolehkan Melaka mengadakan serangan dan seterusnya menakluki kerajaan lain. Melaka juga menjalinkan hubungan politik luar dengan negara luar seperti China. Hubungan politik ini mengukuhkan lagi kekuatan kerajaan Melayu Melaka. Kedatangan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1409 membolehkan Melaka berharap kepada China untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman Majapahit dan Siam. Melaka terus membangun menjadi sebuah kerajaan yang kuat. Buktinya pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka dapat mematahkan serangan Siam sebanyak dua kali tanpa bantuan China.

SOSIOBUDAYA

Rakyat Melaka mengamalkan kebudayaan Melayu di dalam kehidupan seharian. Kedatangan Islam ke Melaka telah memberi kesan yang begitu besar ke atas sosiobudaya masyarakat Melaka. Sebagai contoh, konsep dewa raja telah diganti dengan konsep sultan. Rakyat biasa menghormati sultan sebagai pemerintah yang dianggap sebagai wakil tuhan. Rakyat amat taat kepada setiap perintah sultan. Budaya saling mentaati sultan ini diperkuatkan lagi dengan kepercayaan kepada konsep daulat dan tulah. Berdasarkan konsep ini, raja dikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar dan tidak menghormati sultan akan menerima balasannya yang juga dikenali sebagai tulah. Dalam aspek kemasyarakatan pula, budaya-budaya kesenian Islam mula dijelmakan melalui amalan seperti upacara berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran. Selain itu, dalam kalangan pemerintah juga terdapat beberapa budaya yang diamalkan. Sebagai contoh, budaya bermusyawarah. Sultan Muzaffar Syah sentiasa mengarahkan para pembesarnya bermusyawarah untuk menjalankan tugas masing-masing. Adat Temenggung juga menjadi sebahagian daripada budaya amalan rakyat Melaka. Adat Temenggung ini meliputi hal-hal jenayah, awam, kekeluargaan, hukum pelabuhan dan undang-undang laut. Mengikut Adat Temenggung, sultan berkuasa penuh dalam pentadbiran.

You might also like