You are on page 1of 28

TAJUK KAJIAN

NAMA :AHMAD ZULHILMI BIN ROSLI NO MAKTAB : 09062 KELAS : 3 CAMBRDIGE


Page 1

Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Page 2

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini . Ribuan terima kasih , kepada guru Sejarah saya , Puan Azura Bt Ishak dan Puan Shamsiah Bt Mat Jusoh yang telah banyak membimbing dan mencurah ilmu kepada saya serta rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan ini . Tanpa budi baik beliau , sudah tentu proses menjalankan kajian ini adalah lebih sukar .

Penghargaan saya juga dipanjangkan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Rosli Bin Ahmad dan Norhafishah Bt mohd Rosdi dan adik-beradik yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya amat memerlukan . Ibu bapa saya juga telah memberikan sokongan dalam bentuk kewangan dengan membelikan saya bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kajian ini. Sekian terima kasih.

Page 3

Pertama sekali, objektif saya untuk melakukan tugasan ini adalah untuk mengenali Institusi Pentadbiran Tempatan dengan lebih teliti.Di sebalik itu, objektif kajian ini adalah untuk mengetahui visi serta misi yang hendak dicapai oleh institusi pentadbiran tempatan yang mentadbit tempat tinggal saya sekarang ini.

Seterusnya, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui latar belakang institusi pentadbiran ini supaya saya dapat mengetahui sejarah-sejarah yang telah berlalu dan apakah hasil kerja kuat oleh para pentadbir tanah air bagi memajukan Negara Malaysia.Ini dapat memberikan jati diri kepada saya untuk mengambil iktibar terhadap pengajaran yang terdapat di sebalik kajian ini.

Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk mengetahui peranan institusi pentandbiran tenpatan ini.Kemudian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan yang telah dicapai oleh institusi pentadbiran tempatan ini sepanjang pemerintahan.

Page 4

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini , seperti yang tercatat di bawah :

a) Analisis dokumen Analisis dokumen telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya sepanjang menghasilkan kerja kursus ini . Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Sungai Petani. Kami juga membuat penyelidikkan perpustakaan bagi mendapatkan informasi yang lebih tepat.

b) Lawatan dan pemerhatian Kaedah ini dilakukan di sekitar bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani dan juga di dalam bangunan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk dijadikan sumber kajian kerja kursus ini . Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam bentuk majalah , artikel , buku panduan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani dan juga gambar bangunan institusi pentadbiran tersebut.

c) Internet Saya memilih kaedah ini kerana informasinya mudah untuk diperoleh.Kaedah ini dilakukan secara individu dan bukan secara berkumpulan.Laman web institusi pentadbiran tempatan ini memberi saya pelbagai sumber untuk dihuraikan dalam tugasan ini.

Page 5

Page 6

1.0 INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI


1.1 NAMA RASMI, NAMA RINGKAS ATAU NAMA LAIN Majlis Perbandaran Sungai Petanimerupakan nama rasmi institusi pentadbiran tersebut . MPSPmerupakan nama ringkas untuk institusi pentadbiran ini . Penduduk bandar Sungai Petani sering memanggil institusi ini dengan nama MPSP .

1.2

LOKASI
Majlis Perbandaran Sungai Petani terletak di tengah-tengah bandar Sungai

Petani di bawah alamat Kompleks SP Plaza, Jalan Ibrahin, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

1.3

MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI , VISI PERTUBUHAN

1.3.1 MATLAMAT
MPSPK mempunyai matlamat tersendiri di atas penubuhanya iaitu akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, perlesenan, perancangan, penyediaan kemudahan insfrastruktur dan sebagainya bagi memastikan

Page 7

kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.

1.3.2 OBJEKTIF
Objektif penubuhan MPSPK ini ialah untuk mengemaskini Undang-Undang kecil yang diterimapakai oleh majlis dari semasa ke semasa, iaitu dengan menggubal dan embuat pindaan sekiranya perlu. Seterusnya, MPSPK juga akan memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan disebalik meninggikan mutu perkhitmatan dan imej jabatan.

1.3.3 MISI
Misi yang terdapat dalam majlis perbandaran ini seperti mewujudkan budaya kerja yang berkualiti, berkemahiran, responsif dan komited dalam mecapai visi MPSPK dan menjadikan MPSPK sebagai pemangkin kepada pembangunan dalam mewujudkan perbandaran yang terancang dan sempurna serta merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek sosio ekonomi kepada orang ramai selaras dengan pernan dan tanggungjawab MPSPK selaku pihak berkuasa tempatan.

1.3.4 VISI
Bagi visi pertubuhan MPSPK pulan ialah untuk melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis yang cekap dan dinamik kearah mewujudkan perbandaran yang selesa dan sempurna serta mempunyai daya maju sosio ekonomi yang mantap.

Page 8

1.4

CARTA ORGANISASI DAN SENARAI PENTADBIR

MPSPK telah mengatur carta organisasi yang tersendiri bagi mengukuhkan pentadbiran. Selain itu, carta organisasi yang telah dirangka dapat membuat kan Bandar Sungai Petani ini makmur dan maju. Terdapat beberapa Jabatan yang tubuhkan bagi mengukuhkan lagi pentadbiran. Antaranya ialah Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Lanskap dan Rekresi dan banyak lagi. Dengan ini disertakan rajah carta organisasi yang telah dirangka.

Page 9

Page 10

SENARAI PEDTADBIR

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

1. Encik Modh Puat Bin Mohd Ali, BCK 2. Encik Osman Bin Salleh, AMK, BCK

1994 - 1997 1997 - 1998 1998 - 2001 2001 - 2003

3. Haji Abdul Mukhti Bin Abdullah, SDK, AMK, BCK 4. Haji Abdul Wahab Bin Abdullah, SDK, AMK, BCK

5. YBHG, Dato Haji Abdul Rahman Bin Ahmad, DSDK, SDK, AMK, BCK 2003 2005 6. Haji Abdullah Bin Haji Osman, SDK, AMK, BCK 7. Haji Adzmi Bin Din, SDK, AMK, BCK 2005 - 2006 2006 - 2008 2008 - 2009 2009

8. Encik Abdul Aziz Bin Abd Ghani, SDK, AMK, BCK 9. Puan Rozaina Binti Dato Paduka Haji Radzi, AMK, BCK SENARAI PENTADBIR JABATAN

PENGURUSAN TERTINGGI
Rozaina bt. Dato' Paduka Haji Radzi, AMK,BCK Yang Di Pertua Pengurusan Tertinggi Radzuan b. Osman, BCK Setiausaha Pengurusan Tertinggi Rozaimie b. Abdul Rahim Penolong Setiausaha Pengurusan Tertinggi

PEGAWAI UTAMA

Page 11

Adoni Suhaila bt. Mustafa Akauntan Jabatan Perbendaharaan Haji Hamzah b. Mat Ali Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Sekretariat Haji Mahadzir b. Haji Kassim Jurutera Jabatan Kejuruteraan Mohd Fuad b. Ahmad Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Lanskap dan Rekreasi Mohd Yusri b. Mohamad Yusop Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Teknologi Maklumat Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Noorlaila bt. Bakir Pegawai Penilaian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Rohani bt. Abu Bakar Pegawai Perancang Bandar dan Desa Jabatan Perancangan Bandar Pegawai Undang-Undang Jabatan Undang-Undang Suhairi b. Mustaffa Arkitek Jabatan Bangunan Tan Ling Ling Penolong Pegawai Penilaian Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Thevanai a/p Sinnappan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Unit Pusat Setempat (OSC)

Page 12

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah pebubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan di terima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk penttadbiran Bandar Sungai Petani diwujudkan. Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun. Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda diwujudkan bagi menggatikan MDKT.KM, Majlis Daerah Kuala Muda dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 dan perishtiharaan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato Seri Haji Osman bin Haji Aroff Menteri Besar Kedah pada masa itu.

2.2
y

UNDANG UNDANG

Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Sungai Petani (Kelakuan dan Tatatertib) 1995 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1996

Page 13

Undang-Undang Kecil Kawalan dan Pengawasan Rumah-Rumah Tumpangan (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 Undang-Undang Kecil Larangan Merokok Dalam Panggung (Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda) 1980 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 (Akta 133) Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 (Akta 171) Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995

2.3

PERINCIAN PERANAN / TANGGUNGJAWAB BIDANG TUGAS PENTADBIR


Selepas penubuhan ini, Majlis Daerah Sungai Petani adalah bertanggungjawab

untuk mentadbir seluruh Sungai Petani dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan awam, perlesenan, pembangunan dan sebagainya. Maka majlis juga menjalankan tanggungjawab wajib dan tanggungjawab tidak wajib. Seperti lain-lain Pihak Berkuasa Tempatan antara bidang petugas adalah member perkhidmatan

Page 14

perbandaran, mengawal pembangunan, manjadi agen pembangunan, penguatkuasa Undang-Undang dan automi kewangan.

2.4

CARA PERLANTIKAN PENTANDBIR TEMPATAN


Seperti yang sedia maklum, keanggotaan Majlis terdiri daripada Yang Di-

Pertua, anggota-anggota aljis yang lain. Kebiasaannya, anggota-anggota ini dilantik oleh keraajan negeri yang mempunyai kuasa dan boleh diketagorikan sebagai bidang tugas mereka. Manakal, pegawai-pegawai yang lain merupakan kakitanga keraajaan

Page 15

PERANAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI


1 . Ekonomi
Dalam membangunkan ekonomi bandar Sungai Petani , pelbagai usaha telah diambil oleh Majlis , dan kesemuanya amat efektif . Pertama , Majlis telah sentiasa berusaha untuk memastikan kebersihan Bandar Sungai Petani . Dengan ini , Majlis dapat memastikan bandar Sungai Petani sebagai destinasi pelancongan setanding tempat tempat lain di Malaysia . Majlis Perbandaran Sungai Petani juga telah menyediakan banyak lokasi untuk berniaga di tempat tersebut . Para peniaga kecil tidak akan kehilangan peluang untuk memulakan perniagaan mereka dengan adanya peluang perniagaan yang disediakan oleh Majlis PerbandaranSungai Petani . Jika dilihat dari segi infrastruktur pula , pihak Majlis telah banyak berusaha untuk memastikan bandar Sungai Petani sentiasa berada di samping bandar bandar lain di Malaysia dengan membina pelbagai infrastruktur seperti bangunan dan wisma syarikat , kedai kedai , pusat beli belah dan juga taman tema air yang baru dibina . Semua ini , secara langsung dan tidak langsung telah menambahkan sumber pendapatan atau ekonomi pend uduk bandar tersebut .

2 . Pendidikan Selain faktor ekonomi , Majlis Perbandaran Sungai Petani tidak pernah lupa akan kepentingan sektor pendidikan di bandar ini . Pelbagai jenis sekolah telah disediakan sama ada sekolah rendah mahupun menengah . Terdapat sebanyak 15 buah sekolah kebangsaan , 5 buah sekolah jenis kebangsaan Cina , 4 buah sekolah kebangsaan jenis Tamil dan juga 12

Page 16

buah sekolah menengah kebangsaan . Semua ini telah membuktikan bahawa penduduk bandar Sungai Petani sentiasa setanding dengan bandar bandar ataupun daerah daerah lain dari segi pendidikan .

3 . Kemasyarakatan

Majlis sentiasa memastikan bahawa penduduk Sungai Petani hidup secara aman , selamat dan sejahtera . Balai Bomba dan Penyelamat , Ibu Pejabat Polis , Pejabat Kastam Diraja Malaysia , Klinik Kesihatan Sungai Petani , dan juga Pejabat Penerangan Sungai Petani telah ditubuhkan . Ini akan memastikan bahawa bandar Sungai Petani sentiasa akan berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera . Penduduk Sungai Petani juga berasa terjamin kerana berada di bawah penjagaan Majlis Perbandaran Sungai Petani . Segalah masalah dari segi keselamatan mahupun keselesaan penduduk di bandar ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin oleh Majlis .

4. Kebudayaan Bandar Sungai Petani yang terdiri daripada pelbagai kaum membuatkan rakyat di daerah ini berada dalam keadaan aman dan sentosa. Perpaduan kaum dapat dipupuk dengan berkesan kerana kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain saling bersatu padu dan bekerjasama berlandaskan konsep 1 Malaysia. Penduduk Sungai Petani saling mengecapi perayaan tidak mengira bangsa, contohnya bangsa India ziarah-menziarahi jirannya yang berbangsa Melayu. Ini membuktikan penduduk Sungai Petani mempunyai kosep kebudayaan yang ketara.

Page 17

PERKEMBANGAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI


1 . Pembangunan prasarana / Fizikal Majlis Perbandaran Sungai Petani telah berusaha untuk membangunkan dan memajukan prasarana di bandar ini . Pelbagai usaha seperti membina Taman Rekreasi , membangunkan lebih banyak hotel untuk pelancong , membina kedai kedai untuk penduduk bandar , menaik taraf sekolah , membaik-pulih jalan raya , memajukan kemudahan awam , membina kompleks beli-belah dan juga pembinaan taman tema air yang baru . Ini bermakna Majlis sangat mengambil berat akan keselesaan dan kesejahteraan penduduk di bandar tersebut .

2. Cabaran yang hadapi Pihak Majlis mempunyai banyak cabaran yang akan dating dan perlu ditandingi. Cabarancabaran ini kenbiasaannhya datang daripada rakyat itu sendiri samada dari masalah disiplinmisalnya perlanggaran undang-undang. Selain itu masalah ekonomi masyarakat juga mendatangkan masalah kepada pihak majlis. Cabaran-cabaran yang dimasukkanadalah seperti vandalisme yang kebanyakkannyadilakukan oleh remaja-remaja yang tediri daripada pelajar sekolah. Vandalisme ini merupakan gejala yang melibatkan dinding-dinding bangunan dan harta-harta awam. Hal ini mendatangkan masalah kepada Majlis ketrana harus merperbaiki semula harta-harta yang telah rosak akibat perbuatan yang tidak bermoral ini.

Page 18

3.Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan Keistimewaan Bandar Sungai Petani ini semestinya mempunyai beberapa pusat perlancongan keluarga seperti taman tema air, taman rekreasi, dan taman haiwan. Salah satu keistimewaan Bandar Sungai Petani ialah bangunannya yang tersergam indah. Kelebihan Bandar Sungai Petani ini menyebabkan ramai migran berpindah serta menetap di Bandar ini.Bandar Sungai Petani juga dapat ditonjol dengan bangunan-bangunan yang unik serta melambangkan pembangunan berasaskan teknologi moden zaman sekarang.

4. Saranan dan Harapan Majlis Perbandaran Sungai Petani telah menetapkan harapan dan saranan demi kebaikan dan keamanan penduduk-penduduk Sungai Petani. MPSPK mengharapkan supaya perpaduan kauam dapat diwujudkan dari segi semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. MPSPK juga mengharapkan Bandar Sungai Petani menjadi sebuah Bandar yang maju di samping ekonomi dan perniagaan.MPSPK menyarankan supaya penduduk Bandar ini tidak mengalami kesalahan faham di antara satu sama lain. Selain itu, saranan yang dikeluarkan seperti penduduk perlu berhati-hati ketika melintas jalan. MPSPK berharap supaya menjadikan Sungai Petani sebagai sebuah Bandar yang selamat dam sejahtera.

Page 19

Kesimpulannya, Institusi pentadbiran tempatan amatlah penting dalam membangunkan sesebuah kawasan yang mempunyai persekitran yang mantap. Tanpa pentadbiran yang cekap, akan lemahlah sesebuah bandar tersebut.

Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengetahuan yang saya peroleh mengenai sejarah pertubuhan dan juga cara pemerintahan institusi pentadbiran ini dan saya sesungguhnya beruntung kerana saya dapat mengetahui tentang Majlis Bandaraya Sungai Petani dengan lebih dekat.

Sesungguhnya, saya amat berbangga menjadi seorang penduduk di bandaraya Sungai Petani dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia umumnya. Saya juga berharap Majlis Bandaraya Sungai Petani akan terus maju dan membawa kemodenan kepada penduduk Sungai Petani serta membuka minda rakyat serta memajukannya.

Page 20

Page 21

PETA BANDAR SUNGAI PETANI

P 22

MENARA JAM BESAR

BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN PEJABAT TANAH KUALA MUDA.

P 23

Internet Portal Rasmi MPSP,http://www.mpspk.gov.my/web/guest/home

Akhbar Berita Harian, 28 Ogos 2003, halaman 27. Warta Darul Aman, 15 Jun 2006, halaman 1.

Majalah Majalah Keluaran MPSP Edisi Ketiga Keluaran Perpustakaan Awam Sungai Petani.

Melawat tempat kajian Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Kuala Muda Tingkat 1, Bangunan MPSP, Jalan Ibrahim, 08000 Sg. Petani, Kedah.

Buku Ilmiah Pihak Pentadbiran Daerah Kuala Muda Yan, Sudin Bin Hasan, 1981.

Page 24

Page 25

Tulissatueseitidakkurangdaripada100patahperkataanyangmengandungipengamalanunsurp atriotismeberdasarkansoalandibawah.

Soalan: Bagaimanakahinstitusipentadbirantempatandapatmemperkukuhintegrasinasionaldinegar akita?

Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya MajlisPerbandaran dan MajlisDaerah, memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat.

Untuk pentadbiran yang efektif, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara setiap masa. Mereka akan menjadi contoh pengajaran yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini penting kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional.

Tidak dilupakan juga, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran.Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancah rasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan, maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu.

Seterusnya, unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang

Page 26

masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan nasional.

Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan bertimbang rasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. Misalnya, tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara.

Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat.

Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran tempatan. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu.

Page 27

Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, sikap bersatu padu antara kaum dalam dijalinkan dengan mudah dan efektif.

Page 28

You might also like