You are on page 1of 20

Pindaan perlembagaan 1993 yang melucutkan imuniti Raja-raja Melayu adalah selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan

1.0

Pengenalan Perlembagaan Negara diwujudkan dengan tujuan dan sebab yang berbeza. Sebagai contoh di United Kingdom, segala piagam seperti Piagam Magna Carta yang dicipta pada tahun 1215 dan Petition of Right pada tahun 1689 berdasarkan peristiwa pertelagahan antara orang bangsawan Inggeris dengan Sultan mereka. Manakala perlembagaan Amerika Syarikat yang diwujudkan pada 1789 pula bertujuan agar pemerintahan negara tersebut berasaskan demokrasi dan bebas. Tujuannya adalah supaya negeri-negeri yang menjadi ahli persekutuan Amerika Syarikat mendapat layanan yang saksama. Di Malaysia, Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan antara lain menekankan ketinggian atau keagungan perlembagaan (supremacy of the constituition) itu. Peruntukan tersebut mengisytiharkan bahawa perlembagaan adalah undang-undang tertinggi persekutuan. 1 Secara umumnya, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai sebuah dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di sesebuah negara dibahagi dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat kepada prinsip-prinsip yang membentuk institusi negara misalnya badan eksekutif, perundangan dan kehakiman. Hal ini sekaligus menyatakan kuasa dan peranan mereka dalam kerangka itu 2. Selain itu, perlembagaan juga boleh didefinisikan sebagai prinsip-prinsip asas yang merangkumi nilai-nilai utama bagi sesebuah masyarakat atau negara. Perlembagaan menjadi tulang belakang sesebuah negara yang menunjangi segala perkara yang berlaku di dalam negara. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul, dibuku atau dikanunkan dalam satu dokumen. Berbeza dengan perlembagaan tidak bertulis yang tidak dibuku atau dikanunkan sepenuhnya.
1

Abdul Aziz Bari, Konsep Grudnorm dan Doktrin Ketinggian Perlembagaan dalam buku Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis, Arah Publications, Selangor Darul Ehsan, 2008, m/s 1 2 Abdul Aziz Bari, Makna dan Peranan Perlembagaan, dalam buku Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2008, m/s 1

Dalam Perlembagaan Malaysia misalnya, terdapat fasal yang menerangkan tentang kedudukan, peranan dan kuasa raja yang digarisi oleh perlembagaan. Raja mempunyai kuasa tertinggi dalam perlembagaan namun raja tidak menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara. Sebaliknya, raja hanya sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat. Segala kuasa dan peranan raja digarisi oleh perlembagaan. Hal ini bermakna, raja tidak boleh menggunakan kuasa yang ada pada baginda sesuka hati dan setiap kelakuannya termaktub dalam perlembagaan. Kedudukan raja dalam perlembagaan khususnya di Malaysia mencerminkan kedaulatan, ketinggian kuasa dan kedudukan raja tersebut. Namun begitu, kuasa dan imuniti raja pada masa kini jika dilihat daripada aspek kekuasaan, imuniti raja kini tidak lagi sama dengan imuniti raja pada zaman dahulu. Imuniti bermaksud kekebalan atau kebolehan seseorang itu untuk membuat keputusan secara sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Dalam perkataan lain, imuniti boleh berupa kekal dan tidak kekal.

2.0

Konsep Perlembagaan

Perlembagaan mempunyai pelbagai jenis konsep yang menerangkan tentang ketertinggian perlembagaan tersebut. Perlembagaan di Malaysia dapat ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada yang bertulis mahupun tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana cara kuasa-kuasa tersebut dilaksana dan dibahagikan secara saksama. Bagi sesebuah negara yang moden dan berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang yang tertinggi dan setiap individu seharusnya mematuhi keluhuran perlembagaan dan setiap perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Selain itu, perlembagaan juga menjadi asas kepada pemerintahan negara serta sebagai panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan mahupun rakyat. Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan sesuatu perlembagaan akan menjadi ketara dalam sesebuah negara yang berbilang etnik dan kaum seperti Malaysia. Tambahan pula, perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional serta pembangunan negara.
2

Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang yang tertinggi di negara kita mengatasi undang-undang lain. Parlimen ( badan perundangan), badan eksekutif ( termasuklah Kabinet dan seluruh jentera pentadbiran yang lain) serta badan kehakiman memperolehi kuasa mentadbir daripada perlembagaan. Umumnya, Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkasnya, Perlembagaan Malaysia menyentuh tentang bidang kuasa eksekutif, legislatif, judisiari, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak dan sebagainya. Justeru itu, secara keseluruhannya, perlembagaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi prinsip-prinsip, dasar, kumpulan peraturan dan undang-undang tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain serta antara autoriti dengan rakyat awam ( Nazaruddin Mohd. Jali et al. 2001 )3 Professor Diecy (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undangundang perlembagaan mempunyai dua prinsip sahaja iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sesebuah negara, perlembagaan mengandungi peruntukan-peruntukan seperti Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah iaitu Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud hasil daripada keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan adalah berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan tersebut tidak mempunyai apa-apa makna. Oleh itu, perlembagaan seharusnya dipegang teguh dan seimbang denga hasrat orang ramai. Apa yang nyata adalah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran mahupun syor tetapi merupakan undang-undang agung bagi sesebuah negara 4.

Shamsul Amri Baharuddin, Konsep Perlembagaan, dalam buku Model Hubungan Etnik , Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Selangor Darul Ehsan, 2007, m/s 92 4 Mohd Syariefudin Abdullah, Definisi dan Konsep Perlembagaan dalam buku Kenegaraan dan Ketamadunan Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan, 2009, m/s 73

3.0

Raja Berperlembagaan

Sistem kepemimpinan beraja adalah antara sistem kepemimpinan yang tertua di dunia. Semasa pemerintahan British, kuasa mutlak Raja mula terhad yang mana Raja mesti dan seharusnya menerima nasihat daripada Residen British yang ditempatkan di mana-mana negeri dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku apabila pihak British memperkenalkan Malayan Union yang salah satu isi kandungannya adalah penghapusan kuasa-kuasa mutlak Raja-Raja Melayu. Walau bagaimanapun, setelah negara kita mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, Raja-Raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. Idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan perlembagaan Barat mula bertapak di Johor apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada 1895. Undang-undang terbabit telah menyerapkan unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan. Misalnya, dalam aspek pentadbiran negeri, Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri. Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati, maka pada 18 Januari 1993 kerajaan telah meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan (immunity) Raja-Raja kerana pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman. Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang diPertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet), manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Hal ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Di peringkat negeri pula Raja ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah ketua kerajaan. Kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin sebagaimana mengikut perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan iaitu:

"181.(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang adalah tetap dan tidak tersentuh. Raja berpelembagaan adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan moden biasanya menggunakan konsep trias politician yang bermaksud politik tiga serangkai. Hal ini bermaksud raja hanya sebagai simbol dan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Negara. Sesetengah raja berperlembagaan adalah mengikut keturunan manakala sesetengah yang lain dipilih mengikut sistem demokratik seperti yang diamalkan di Malaysia yang mana Yang Di-Pertuan agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun5. Di negara kita, Raja mempunyai kuasa tersendiri mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan tetapi menjalankan tugas serta mengambil tindakan di atas nasihat Perdana Menteri (Menteri Besar untuk negeri). Artikel 38 (4) jelas menyatakan bahawa keistimewaan dan kedudukan Raja tidak boleh disentuh oleh mana-mana undang-undang kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Sultan dan Raja, bukan ahli politik. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam melantik seorang Perdana Menteri yang akan memacu pentadbiran dan pemerintahan negara, menangguhkan pembubaran Parlimen, meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja. Bagi kuasa Raja di setiap negeri, Raja berkuasa untuk melantik seorang Menteri Besar, menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri, sebagai ketua agama atau yang berhubung dengan adat Melayu, membuat permintaan bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja dan perbuatan, amalan atau upacara agama atau adat istiadat dan sebagainya.
5

http://www.mkn.gov.my/v1/index.php/bm/fokus-mkn/fokus_raja-berperlembagaan

Peranan raja sebagai lambang autoriti dan perpaduan nasional pula mempunyai kaitan dengan kedudukan dan sifat Raja yang mengatasi politik kepartian. Di Negara-negara Westminster yang tidak mempunyai Raja seperti India dan Singapura yang mana peranan ini dimainkan oleh ketua Negara yang dilantik. Walau bagaimanapun, kedudukan presiden di dalam Negara-negara demokrasi berparlimen yang bersifat republic ini sering dilihat sebagai tidak lebih daripada boneka politik yang memerintah. Konsep Raja Berperlembagaan sebenarnya harus difahami dalam konteks demokrasi dan semangat atau faham perlembagaan (constitutionalism). Dengan perkataan lain, Raja Berperlembagaan harus dibaca bersama dengan konsep-konsep perlembagaan lainnya seperti kedaulatan undang-undang ( rule of law), kerajaan yang mempunyai kuasa yang terhad ( limited government), pemisahan kuasa ( separataion power), akauntabiliti dan seumpamanya. Oleh sebab itu, konsep Raja Berperlembagaan ini meletakkan institusi beraja sebagai agen yang penting di dalam demokrasi termasuklah sebagai agen semak dan timbang iaitu check and balance6 Isu mengenai imuniti raja atau sovereign immunity merupakan suatu prinsip feudal yang menekankan suatu konsep bahawa kononnya The King can do no wrong . Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya Liability of the Crown konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Sebenarnya alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar undang-undang di Eropah seperti Adams yang merasakan bahawa tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bwah mahkamah mereka sendiri. Tidak ada peruntukan khas dalam mana-mana perlembagaan negara-negara di Eropah yang memberi kekebalan atau imuniti kepada Raja apabila melakukan sesuatu yang tidak rasmi. Namun Raja-Raja di negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka akan teus menerus mempunyai kuasa imuniti dan imuniti mereka itu tidak akan hilang. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak disokong oleh mana-mana amalan di negara-negara lain pada zaman ini. Bahkan pada zaman dahulu pun, Raja seperti Charles 1 di England dan Louis XVI di France pernah dihukum apabila
6

Abdul Aziz Bari, Konsep Grudnorm dan Doktrin Ketinggian Perlembagaan dalam buku Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis, Arah Publications, Selangor Darul Ehsan, 2008, m/s 127

melakukan kesalahan. Hanya dalam perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181 (2) bahawa no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity. Almarhum Tunku Abdul Rahman Purta al-Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah menyatakan bahawa kekebalan atau aspek imuniti Raja ini tidak satisfactory kerana Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan ke atasnya. Sekiranya negara kita ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan secara keseluruhnnya, kekebalan yang diberikan kepada Raja perlulah dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Oleh sebab perlembagaan di negara-negara yang turut mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan ini tidak memberi kuasa kekebalan kepada RajaRaja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan imuniti atau kedaulatan mereka.

4.0

Pindaan Akta Perlembagaan 1993

Berdasarkan kepada petikan ucapan Dr. Mahatir semasa membentangkan rang undang-undang Akta Perlembagaan (pindaan) 1993 berkaitan isu kekebalan raja-raja. Banyak fakta-fakta menarik untuk kita fahami alasan dan munasabah diatas tindakan untuk mengubah atau mengurangkan tahap kekebalan raja-raja terhadap undang-undang. Semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, penggubal-penggubal yakin dan percaya bahawa raja akan patuh bukan sahaja pada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya iaitu semangat yang terdapat di dalam perlembagaan. Tidak timbul soal atau isu berbangkit bahawa raja boleh bertindak sewenang-wenangnya. Hal ini kerana sejak daripada penjajahan British, adanya kuasa untuk menaik dan menurunkan kuasa raja melalui perjanjian antara pihak British dengan raja-raja Melayu di mana setiap nasihat British Resident atau British Adviser perlu dipatuhi kecuali berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu, Hal ini tidaklah ganjil bagi pihak British kerana praktik yang diamalkan di United Kingdom memperlihatkan bahawa King atau Queen mesti menerima nasihat kerajaan. Jika tidak, raja akan diturunkan takhta. Sebagai contoh, King Edward VIII berkeras untuk
7

berkahwin dengan wanita pilihannya. Pilihan baginda ini telah menyebabkan baginda terpaksa diturunkan daripada takhta atas nasihat daripada kerajaan. Walaupun tiada peruntukkan khusus berkaitan hal ini, namun ianya dipatuhi daripada segi semangat dan adat. Demokrasi Berparlimen dan rakyat berkuasa penuh tidak akan wujud seandainya nasihat kerajaan melalui undang-undang yang diperbincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak diterima oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga melibatkan persetujuan Majlis Raja-Raja. Walaupun wakil rakyat bebas untuk bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negeri berkenaan apa-apa tajuk, tetapi mereka adalah dilarang untuk menyentuh dan memberi sebarang kritikan terhadap raja kerana boleh ditakrif sebagai hasutan yang mana akan didakwa dibawah Akta Hasutan. Hal ini terbukti di Britian dan di negara-negara lain bahawa ahli-ahli parlimen bebas untuk memberi teguran dan kritikan terhadap raja di dalam dewan perundangan. Di sini dapat difahami bahawa menegur dan mengkritik raja sama sekali tidak akan menghapuskan kedaulatan raja dan menjadikan raja sentiasa untuk menjaga diri dan perlakuan serta tatatertib baginda sebagai ketua negara. Pada tahun 1983, sudah ada pindaan terhadap pengurangan kuasa Yang di Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dengan mengadakan peruntukkan baru bahawa baginda boleh untuk merujuk balik kepada Parlimen jika baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskan sekali lagi, dan masih tidak mendapat persetujuan dan tandatangan daripada Baginda, maka secara automatik dalam masa 30 hari rang undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang untuk dilaksanakan.7 Tetapi kelulusan ini terhad kepada perkara-perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan raja-raja. Untuk meminda peruntukkan perlembagaan berkaitan Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan dan ini melibatkan proses yang rumit. Manakala di peringkat negeri pula, tiada pindaan yang dibuat terhadap perlembagaan negeri. Dengan ini, tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan di peringkat negeri tanpa tandatangan Raja. Hal ini memberi makna raja-raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan

Peruntukkan-peruntukkan ini tidak akan menghadapi masalah jika tiada tentangan pendapat antara Raja dengan Dewan-Dewan Perundangan Negeri dan juga jika Raja tidak melakukan sesuatu perkara yang salah. Namun, kerana secara realitinya Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri tidak mahu mengeruhkan perhubungan dengan Raja, maka apabila Raja melakukan perkara yang salah, tiada teguran berkesan yang dibuat, jika ada sekalipun, keengganan Raja untuk mengambil berat segala teguran penasihat rasmi tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada raja. Justeru itu, pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengelak dan menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja sehingga membawa kepada tuntutan menghapuskan sistem beraja. Di Malaysia, lindungan yang diberi kepada raja amatlah tebal. Kekebalan raja daripada undang-undang dan larangan terhadap sebarang teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang bertanggungjawab untuk mentadbir negara, telah mengasingkan raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini adalah penting bagi ahli-ahli Dewan untuk menegur raja dalam perbahasan mereka. Perkara ini telah termaktub dalam Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 181(2) yang menyatakan bahawa, " Tiada apa-apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah bahagian 15."8 Perkara 181 perlembagaan persekutuan ini telah menunjukan Raja tidak lagi kebal terhadap undang-undang kini. Apa yang membezakan Raja dengan rakyat kini hanyalah mahkamah yang boleh membicarakan kes Raja dan rakyat. Apabila mengaitkan pula dengan pandangan Islam dalam hal ini, terdapat dua prinsip yang kuat untuk menjadi hujahan berkenaan dengan undang-undang. Hujah yang pertama ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Hal ini kerana, dalam Islam, semua manusia adalah sama dan setaraf di sisi Allah S.W.T. Tiada seorang pun yang melebihi persamaan ini daripada yang lain. Hujah yang kedua pula menyatakan bahawa raja tidak kebal dari sudut undang-undang. Hal ini bermaksud, raja boleh diadili atau didakwa jika segala perbuatan atau perlakuan semasa Baginda memegang tampuk pemerintahan menyalahi undang-undang sebagaimana terjemahan dari surah Al-Hujarat ayat 13 yang bermaksud:
8

Rujuk Perkara 181 perlembagaan Persekutuan, bahagian 14, Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja, dsb.

Firman Allah S.W.T bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Al-Hujurat:13)

5.0

Isu-Isu Penting Yang Berkaitan Dengan Imuniti Raja 5.1.1 Masalah Perilaku Raja

Pada tahun 1972, berlaku peristiwa di mana Tunku Mahmud didakwa menyerang dua orang lelaki dengan cokmar kerana memotong keretanya di sebuah jalan raya. Baginda kemudiannya disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya. Setahun kemudian, timbul pula laporan yang menyatakan bahawa Tunku Iskandar bersama seorang pengawal peribadi baginda menyerang dua orang pemuda dengan bahan kimia dan cokmar setelah perasaan baginda disinggung. Pada masa yang sama, Tunku Mahmud didakwa merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing selama sehari setelah murka terhadap mereka. Lima tahun kemudian, Tunku Mahmud sekali lagi didakwa dan didapati bersalah menyebabkan kematian seseorang setelah melepaskan tembakan yang disangkanya seorang penyeludup. Walaupun begitu, ayahandanya, Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan pengampunan rasmi kepada Tunku Mahmud setelah mengambil kira peruntukkan dalam perlembagaan yang membenarkan pengampunan seorang raja kepada anaknya. Begitu juga putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, yang pernah disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada sekitar 1980-an, tetapi diampunkan serta-merta juga diatas prinsip kekebalan raja terhadap rakyatnya. Kes yang paling menarik perhatian berlaku pada tahun 1987, apabila Sultan Iskandar dituduh menyerang sehingga mati seorang kedi golf di Cameron Highlands, berikutan insiden yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang walaupun bola berhampiran
10

dengan lubang tersebut. Akibat terlalu marah, kedi tersebut dipukul dengan kayu golf bertalutalu dibahagian kepala dan badan beliau sehingga mendatangkan kecederaan teruk dan membawa kepada kematian kedi terbabit. Bekas Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA) tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja, namun pada masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu. Selepas itu, adik kepada kedi turut diserang hingga cedera, kemudian dia bertindak mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa. Namun, menurut sesetengah cerita yang lain pula menyatakan, bahawa abang kepada kedi tersebut, iaitu seorang tentera telah mengamuk dengan mengunakan senjata M-16 di sekitar Cow Kit Road, dengan memuntahkan peluru kepada orang awam dan bangunan sekitar dengan harapan agar kes ini diambil perhatian oleh kerajaan dan orang awam.

5.1.2

Peristiwa Gomez

Pada 10 Julai 1992, putera kedua Sultan Iskandar, Tunku BendaharaTunku Abdul Majid Idris, naik berang ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed Vello. Pada waktu itu, Tunku Abdul Majid merupakan seorang pemain hoki yang mewakili Johor. Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai 1992 berikutan kes penyerangan tersebut. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila ianya dibahaskan dalam Parlimen. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tunku Majid selama 5 tahun selepas siasatan. Tunku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993, oleh itu dipenjarakan setahun dan didenda RM 2,000, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu kejadian tersebut. Sultan Iskandar membalas larangan tersebut dengan menggesa pihak berkuasa negeri agar memencilkan pasukan hoki Johor daripada semua perlawanan kebangsaan. Pada November 1992, Douglas Gomez, seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar, meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah
11

Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene, tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya. Selepas itu, Gomez merawat muka dan perutnya, kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan kerana menyerangnya. Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan, selaku anggota Angkatan Tentera Johor hanya sekadar memerhati, sebaliknya Sultan sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya.

5.2

Reaksi pandangan awam dan tindakan susulan

Pada akhir tahun 1992, dan juga awal tahun 1993, tersiarnya berpuluh-puluh artikel berita yang menyebut dakwaan salah laku kerabat diraja beberapa negeri, khususnya Sultan Iskandar sendiri beserta masalah pribadi. Kebanyakan dakwaan salah laku tersebut termasuk pengenaan denda yang jauh melebihi ketentuan undang-undang dan undang-undang dibuat atas budi bicara raja itu sendiri. Kecaman yang disiarkan oleh pihak akhbar menggesa para ahli Dewan Rakyat agar mengadakan sidang khas pada 10 Disember 1992. Seramai 96 ahli Parlimen yang hadir pada hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyeru agar tindakan diambil untuk menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Ketika persidangan ini, para ahli mendedahkan rekod jenayah mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 23 kes serangan dan kematian orang, lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas tahun 1981, dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes lagi oleh Tunku Bendahara. Susulan dengan peristiwa itu, pada 19 dan 20 Januari 1993 Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini dan diluluskan oleh enam daripada sembilan raja, namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk meraih sokongan diraja menghalang pelaksanaan usul tersebut. Rang undang-undang yang berusul melucutkan segala kekebalan daripada para raja dan ahli kerabat diraja itu, menjadikan mereka boleh didakwa mengikut undang-undang pada bila-bila masa jika timbulnya salah laku jenayah yang terbukti.

12

Oleh sebab itu, Sultan Iskandar bertekad untuk menganjurkan perarakan di luar istana dengan tujuan meraih sokongan awam untuk menghalang pelaksanaan rang undang-undang tersebut, tetapi terpaksa membatalkannya setelah menerima tekanan hebat daripada kerajaan. Laporan yang dibuat ketika perarakan tersebut menyebut tentang Sultan Iskandar menyeru bsemua pegawai awam negeri untuk memulaukan majlis-majlis anjuran negeri dan persekutuan sebagai tanda sokongan terhadap tindakan baginda.9 Sementara itu, kerajaan Persekutuan masih menekan raja-raja agar memperkenankan rang undang-undang itu sehingga dipersetujui sepenuhnya hanya setelah dilakukan beberapa semakan. Selepas itu, rang undang-undang tersebut ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada Mac 1993.10 Rang undang-undang ini membolehkan raja-raja yang menyalahi undang-undang dikenakan dakwaan, manakala Akta Hasutan 1948 turut dipinda untuk membolehkan orang awam mengkritik raja-raja. Sebuah mahkamah khusus ditubuhkan dengan Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi untuk memberi kuasa mendakwa ahli-ahli kerabat diraja.

5.3

Krisis Dalam Negeri

Terdapat beberapa krisis yang berlaku dalam negeri yang melibatkan antara Pembesar negeri dengan Sultan negeri tersebut. Di Selangor pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Almarhum telah dihina oleh UMNO Selangor yang pada masa itu di ketuai oleh Muhammad Mohd Taib. Almarhum Sultan Selangor dituduh telah dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi digunakan untuk membaiki Istana Alam Shah. Selain itu, Almarhum baginda juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan kepada tauke cina yang lain. Pertelingkahan di antara Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dengan Mat Taib berpunca daripada peristiwa di mana, Mat Taib telah bertindak membawa lari Puteri Almarhum iaitu Puteri Zanariah yang juga dikenali sebagai Ku Yah ke sempadan Thailand untuk berkahwin. Dalam peristiwa ini, Almarhum Sultan sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Krisis di Kelantan ini pula berlaku pada zaman pemerintahan Sultan lsmail Petra Ibni AlMarhum Sultan Yahya Petra. Pada zaman pemerintahan Allahyarham Mohamed Yaacob yang
9 10

Summary of World Broadcasts (1993), Phrase: "... Straits Times of 21 January, the Sultan of Johor is reported as" Government and Society in Malaysia, Crouch, pg 147

13

juga mantan Menteri Besar daripada Barisan Nasional di Kelantan, iaitu pada tahun 1978 hingga 1990 Allahyarham sering kali melarikan diri ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di Istana Kelantan. Selain itu, Annuar Musa menunjukkan sikap kebiadapan kepada baginda apabila menabalkan Tengku Ibrahim iaitu sepupu kepada Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra sebagai Sultan yang baru walaupun Sultan Ismail Petra masih berkuasa di Kelantan.

6.0

Pindaaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Imuniti Raja

Bagi menentukan sistem kekebalan Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan, maka pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan Persekutan. Pindaan yang pertama ialah peruntukkan Perlembagaan berkaitan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam fasal (1) Perkara 32 iaitu yang mana selepas perkataan mahkamah ditambah perkataan tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsifungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Hal ini bermaksud, Bagi memastikan penghapusan kekebalan lebih berkesan, dua lagi peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipinda. Peruntukan yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukkan dalam artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika ianya menyentuh peruntukkan Akta Hasutan. Peruntukkan ini dibuat pada sekitar tahun 1971. Hal ini menjelaskan teguran yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen kepada Raja-Raja yang bersalah sebelum tahun 1971 tidak sama sekali menjejaskan dan menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja. Pindaan Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- (5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan oelhnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurakan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
14

Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan pula dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) yang berikut:- (5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa jua prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang raja mana-mana negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan negeri itu. Artikel 42 juga dipinda kerana artikel ini berupaya untuk menidakkan penghapusan kekebalan raja-raja apabila melakukan kesalahan pelanggaran undang-undang dalam satu urusan tidak rasmi iaitu hak untuk mengampunkan dirinya sendiri jika baginda dihukum bersalah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik. Hal ini bermaksud sebarang tindakan penarikan kekebalan tidak memberi kesan dan bermakna Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal berikut: Fasal (12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di Pertuan Agong, raja sesuatu negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh raja sesuatu negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.

15

Walaupun beberapa pindaan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan diluluskan berkaitan dengan imuniti Raja seperti dalam fasal (1) Perkara 32, artikel 63(2) dan Perkara 72 dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya telah dikuatkuasakan sehingga kini, namun ianya hanya tertakluk kepada perbuatan salah laku yang dilakukan oleh Raja di setiap negeri-negeri Melayu sahaja. Hal ini bermakna, berdasarkan daripada peristiwa-peristiwa dan contoh kes-kes di atas yang berkaitan dengan salah laku Raja dan anakanda Baginda, Raja hanya boleh didakwa jika melakukan salah laku terhadap sesiapa pun dalam mahkamah khas. Pindaan peruntukan mengenai pengampunan Raja terhadap dirinya serta anakandanya jika mereka melakukan kesalahan juga turut dipinda bagi mengelakkan Raja dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara mengikut keinginan mereka sahaja tanpa batasan. Selain itu, isu kritikan tentang Raja tentang salah laku raja boleh ditegur dan dikritik di mana-mana Dewan ataupun majlis. Merujuk kes yang berlaku di negeri Perak pada tahun yang lepas, Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah, telah memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta menitahkan supaya Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Exconya meletak jawatan. Baginda membuat keputusan itu selepas menemui semua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) dan juga tiga anggota bebas di Istana Kinta dan yakin Mohammad Nizar terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada anggota dewan. Walau bagaimanapun, Datuk Sri Mohamad Nizar mengumumkan keengganannya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Perak kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan PerlembagaanPersekutuan. Menurut Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim, Mohamad Nizar perlu akur dengan keputusan Sultan Perak kerana Tuanku memang diberikan kuasa mengikut undang-undang. Pandangan beliau, sebarang titah Sultan Perak perlu dipatuhi oleh Mohamad Nizar tanpa sebarang alasan kerana undang-undang sudah menetapkan sedemikian. Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut bahawa seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan perkataan lain, Menteri Besar boleh dipecat. Tetapi Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang kepercayaan, beliau mesti meletak jawatan. Jadi, perkata utama yang menjadi isu hangat di sini adalah apa yang berlaku jika beliau tidak meletak jawatan. Adakah dia masih boleh dianggap
16

sebagai Menteri Besar Perak. Dua peruntukan yang berasingan nampaknya bercanggah jadi seseorang itu perlu melihat di luar Perlembagaan Perak dan kepada Akta Interpretasi yang menyebut kuasa untuk melantik, termasuklah kuasa memecat. Dalam situasi orang berkenaan (MB) yang tidak mahu berundur tetapi kalah, Sultan mempunyai kuasa untuk memecat. Isu melompat dan keluar parti ini sememangnya menjadi faktor utama tumbangnya sesebuah kerajaan yang memerintah kerana jika berlakunya perbuatan tersebut, peredaran kuasa memerintah boleh berubah dalam sekelip mata sahaja kerana kurangnya memenangi 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pembubaran Dewan Negeri untuk membolehkan rakyat membuat keputusan untuk memilih pucuk pimpinan pemerintahan yang baharu sememangnya diperlukan jika pucuk pimpinan yang lama tidak menjalankan tugas dan menindas hak-hak rakyat. Dalam kes Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohamad Nizar ini, keengganan beliau untuk meletakkan jawatan bukanlah suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman. Menurut Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Mohd Agus Yusof, Sultan Perak berhak sama ada setuju atau tidak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurutnya lagi, isu itu sebenarnya tidak timbul sama sekali kerana ia kuasa dan budi bicara Sultan Perak mengikut undang-undang negeri yang diperuntukkan kepadanya. Selain undi tidak percaya terhadap kerajaan sedia ada di DUN, kerajaan negeri juga boleh dibubarkan jika Sultan Perak sudah diyakinkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah memiliki majoriti bagi membentuk kerajaan baru. Oleh itu, isu membabitkan Sultan Perak bukan satu masalah yang perlu dibangkitkan kerana itu hak baginda. Walau bagaimanapun, persoalan yang wajar disentuh sekarang adalah berkaitan pengamalan demokrasi pada masa depan. Di sini, dapat disimpulkan bahawa Sultan Perak boleh melantik dan memecat Menteri Besar selain mempunyai hak sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan Menteri Besar untuk membubarkan dewan dan budi bicara sultan perlu dihormati oleh semua pihak.

7.0

Kesimpulan

17

Konsep Raja Berperlembagaan sebenarnya harus difahami dalam konteks demokrasi dan semangat atau faham perlembagaan. Ketinggian dan kedaulatan institusi Raja yang sering menjadi bahan dan topik panas dalam masyarakat memerlukan penyelesaian segera. Kedaulatan Raja-Raja digugat oleh sikap tidak bertanggungjawab masyarakat kedaulatan Raja-Raja dicabul apabila kuasa imuniti Raja-Raja Melayu telah pinda pada tahun 1993. Ini mendorong kepada pencabulan yang berterusan dan terkini berikutan kelantangan Karpal Sing terhadap tindakan Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Sultan Perak campur tangan dalam politik di Perak. Karpal dengan lantang membidas tindakan Sultan Azlan, dan mencabar akan mengheret permasalahan ini ke mahkamah. Tindakan Karpal Sing adalah sah daripada aspek perundangan, namun ianya dilihat sebagai satu pencabulan keatas kuasa dan ketinggian kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada Raja dalam rukun Negara dan masyarakat. Dari perbincangan di atas jelaslah Raja-Raja telah diberi peranan, kuasa, kedudukan dan imuniti yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun berlaku sedikit sebanyak krisis dan kekurangan berkaitan isu imuniti atau kekebalan Raja bermula zaman sebelum merdeka sehingga kini, namun dapatla disimpulkan bahawa sebagai rakyat, janganlah kita sesekali membiarkan sikap sesetengah pihak yang gemar mengambil kesempatan daripada suasana politik untuk memulakan sikap biadab dan menghina institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi elemen penting kestabilan politik. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja boleh menggugat kuasa budi bicara dan peranan Baginda, malah mungkin sampai suatu tahap, institusi beraja tidak akan dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat. Justeru itu, isntitusi beraja perlu dipertahankan seteguh yang mungkin kerana ia merupakan lambang dan merupakan rentetan sejarah sejak dahulu lagi.

Rujukan
18

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia : Teori dan Praktis. Selangor Darul Ehsan. Arah Publications.

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia : Asas dan Masalah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Model Hubungan Etnik. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn, Bhd.

Perlembagaan Persekutuan, (hingga 1hb Mac 2010), International Law Book Services.

Ucapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa Konvensyen Perdana anjuran Biro Tata Negara, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Disember 2004, bertajuk Institusi Raja: Memperkukuh Identiti Bangsa Memperteguh Perpaduan Warga.

Mardiana Nordin, Pengajian Malaysia, Oxford Fajar, 2008.

Raja Nazrin Shah, (2004), The Monarchy In Contemporary Malaysia. Published by Institude of Southeast Asian Studies, Singapore. Academy, The Newsletter Of The Perak Academy, (January March 2005), by Duli Yang
19

Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. (This is reproduction from the Rencana of the Berita harian dated December 17, 2004.) H.P. Lee, Constitutional Conflit In Contemporary Malaysia, Hockey Coach Summoned To Johor Palace, News Straits Times, December 1, 1992.

Mingguan Malaysia, 11 Mei 2008. Apakah kedudukan raja-raja Melayu di sisi perlembagaan? oleh Abdul Aziz Bari

Petikan ucapan oleh Dr. Mahathir semasa membentangkandi dalam Dewan Rakyat semasa membentangkan rang undang-undang Akta Perlembagaan (pindaan) 1993.

20

You might also like