You are on page 1of 22

TAJUK KAJIAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL

PERKARA TAJUK KAJIAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu . yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada En.Masarudin bin Alias, iaitu guru mata pelajaran Sejarah SMK Seri Semantan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih juga dikhususkan kepada para rakan iaitu ..dan yang turut membantu berkongsi bahan internet dan meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua Pihak amatlah dihargai.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Terdapat beberapa objektif kajian yang telah tercapai setelah melakukan kerja kursus ini. Pertama sekalai saya telah menggunakan sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang dijalankan. Saya juga telah mengetahui sumber-sumber sejarah yang pelbagai seperti buku, majalah, internet, akhbar dan gambar-gambar yang dapat membantu sayamendapatkan maklumat yang benar dan boleh dipercayai semasa membuat kajian ini.

Selain itu saya juga telah mengetahui tentang institusi pentadbiran tempatan, iaitu pejabat Felda di Bukit Damar, Lanchang pahang secara lebih terperinci. Melalui kajian ini juga saya dapat mengetahui aspek latar belakang institusi pentadbiran tempatan ini. Matlamat, objek visi dan misi juga telah diketahui.

Saya juge telah berjaya mempelajari kaedah mengumpul, mengelas, membuat rujukan serta merekod segala maklumat yang diperolehi ketika melakukan kajian ini. Pelbagai nilai murni dan semangat patriotisma juga telah saya terapkan dalam diri saya dan rakan-rakan bekerjasama, cinta akan tanah air, bersyukur dan juga bertoleransi setelah membuat kajian ini.

KAEDAH KAJIAN Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini.

a.

Analisis Dokumen analisi dokumen telah dibuat oleh saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Rujukan telah dibuatterhadap akhbar. Majalah dan buku-buku yang berkaitan dengan Felda. Saya juga telah melayari laman web rasmi felda dan telah mendapat banyak maklumat berkaitan dengan sejarah penubuhan Felda.

b.

Lawatan dan Pemerhatian Kaedah ini dijalankan di sekitar pejabat pentadbiran Felda Bukit Damar juga di kawasan persekitaran Felda bagi mendapatkan maklumat sahih berkaitan untuk dijadikan sumber kajian kerja kursus ini. Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam bentuk majalah, artikel, buku panduan yang disediakan oleh Pejabat Felda.

c.

Penyelidikan Perpustakaan Saya juge telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan sekolah untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang kukuh untuk dijadikan sumber sebagai sumber kajian saya. Pelbagai buku yang berguna tentang institusi pentadbiran tempatan telah diperolehi dan dikaji dengan teliti.

PENGENALAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau felda adalah merupakan sebuah institusi pentadbiran tempatan yang saya untuk kerja kursus sejarah 2011. saya telah menjalankan kajian ini bersama beberapa orang rakan yang bersama-sama melmilih tajuk yang sama dalam menyiapkan tugasan ini. pilih Dalam hasil kajian ini, terdapat banyak maklumatmengenai perkhidmatan yang disediakan dan fakta-fakta penting berkaitan dengan Lembaga Kemajuan Tanah persekutuan atau FELDA khususnya bagi FELDA Bukit Damar.

Sebagai sebuah institusi pentadbiran tempatan tempatan FELDA memainkan peranan yang penting dalam menyusun dan mengintegrasikan penduduk, dan disamping itu juga ia berperanan sebagai sebuah organisasi yang menyeimbangi penduduk di sesebuah wilayah. Disamping itu juga FELDA memainkan peranan yang penting dalam sumbangannya terhadap ekonomi negara.

1.

Nama Rasmi / Nama Ringkas

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau felda telah ditubuhkan pada 1 julai 1956 di bawah ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.

2.

Lokasi Felda Bukit Damar Felda Bukit Damar adalah terletak di Daerah temerloh. Namun demikian ia adalah merupakan felda dibawah seliaan FELDA Gugusan Mempaga.

3.

Misi / Visi Penubuhan Misi Penubuhan Meningkatkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka Felda melalui: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Penghasilan kebun yang tinggi. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden Meningkatkan potensi dan kualiti modal insane. Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti. Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi. Memantapkan pengurusan felda bertaraf dunia Memupuk budaya kecemerlangan

Visi Penubuhan FELDA sebagai penerau industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

4. Objektif dan Matlamat Penubuhan


Antara objektif penubuhan FELDA ialah: i. ii. Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah. Memaju, memudahkan dan melaksanakan pembangunan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan yang mana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. iii. Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan yang mana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama di kawasan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan penternakan. iv. Membantu membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan kawasan komersial FELDA.

5.

Senarai Pentadbir

7.

Undang-undang Kecil Peranan Kemajuan tanah dan persekutuan adalah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956, yang mana FELDA berfungsi dia bawah Akta (pindaan 1991).

8.

Piagam Pelanggan

Menguruskan bersama dengan Pejabat Tanah Negeri supaya surat hak milik tanah

peneroka dapat dikeluarkan dua tahun selepas selesai Bayaran Kembali. Tidak membuat potongan Bayaran Kembali daripada pendapatan peneroka jika

pendapatan bulanannya kurang daripada RM400 sebulan. Memastikan Penyata Bulan Pendapatan Peneroka sampai ke rancangan tidak lewat dari 25

hari bulan setiap bulan. Penyata kedudukan Bayaran Kembali hutang dan baki hutang peneroka dikeluarkan setiap

enam bulan iaitu pada bulan September dan Mac. Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai kurang daripada RM200,000 diluluskan dalam

tempoh 30 hari dari tarikh tutup panggilan tawaran. Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai RM200,000 dan lebih diluluskan dalam masa dua

bulan dari tarikh tutup tawaran. Cek bayaran untuk kontrak kerja dan bekalan dikeluarkan dalam tempoh empat belas hari

dari tarikh penerimaan Sijil Bayaran. hari Kaunter kutipan cek dibuka kepada awam dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap termasuk waktu makan tengah hari pada tiap-tiap hari Isnin hingga Jumaat.

Segala surat-surat awam dijawab dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat diterima

kecuali surat-surat aduan yang memerlukan siasatan lanjut.

PERANAN FELDA

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain. Pusat Literasi Keluarga (PLK) PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :

mencungkil kreativiti membina personaliti kemahiran berinteraksi kemahiran sosial dan sebagainya

PERMATA Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris. Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di FELDA Jaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA. Asrama Semai Bakti Asrama Semai Bakti (ASB) mula ditubuhkan seperti berikut:

Kuala Lumpur - 1975

Kuantan - 1978 Johor Bahru - 1983 Kelana Jaya - 1989

ASB FELDA ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR, mendapatkan pendidikan yang sempurna di sekolah-sekolah terpilih di bandar. Selain daripada kemudahan tempat tinggal, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke kelas tambahan dan lain-lain keperluan pelajar. Kos penempatan di ASB dibiayai sepenuhnya oleh FELDA. Ibu bapa hanya dikehendaki membayar wang hemat diri sebanyak RM40.00 semasa kemasukan anak-anak ke asrama dan yuran bulanan sebanyak RM5.00 sebulan. Skim Tuisyen FELDA (STF) Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut: Tahap Tahun 5 Tahun 6 Tingkatan 3 Tingkatan 5 Jumlah Bilangan 14,351 15,357 14,579 14,679 58,966

Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka. Pusat Pembelajaran Sains (PPS) FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin. PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajaran dan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS, programprogram tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.

PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4). Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris. Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar dari kalangan anakanak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris). Maktab Rendah Sains Mara FELDA (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak Persetujuan kerjasama penubuhan MRSMF di antara FELDA dan MARA telah dimenterai dalam Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) pada 30 Mac 2007. MRSMF ini merupakan smart partnership di antara MARA dan FELDA di mana FELDA akan membiayai segala kos manakala urusan pentadbiran dan pengurusan tenaga pengajar/kakitangan adalah dalam bidang kuasa pihak MARA. Perasmian pembinaan MRSMF telah disempurnakan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Oktober 2007. Kompleks MRSMF yang terletak di FELDA Jaya Trolak telah siap sepenuhnya dan beroperasi pada tahun 2010. Pengambilan pelajar MRSMF telah dimulakan pada Mac 2010 dijangka dapat menampung sehingga 1,050 pelajar. Komplek MRSMF ini adalah infrastruktur yang paling moden dikalangan MRSM-MRSM lain dan ianya merupakan satu transformasi pendidikan untuk semua generasi baru FELDA.

PROSES PEMBANGUNAN TANAH

PENUTUP

FELDA bukan saja antara penyumbang terpenting pertumbuhan ekonomi negara tetapi kemajuan organisasi itu turut membawa perubahan fizikal di tanah rancangan serta meningkatkan taraf hidup peneroka.

Pada 50 tahun yang pertama, Felda memberi tumpuan kepada pembangunan tanah dan membangunkan masyarakat peneroka. Selain dari itu, aktiviti hiliran yang dilakukan oleh Felda seperti pengangkutan, pengilangan, penyimpanan,

pemprosesan, pemasaran dan lain-lain ternyata telah banyak memberi faedah kepada stakeholder iaitu kerajaan dan peneroka. Bagi 50 tahun yang keduanya FELDA akan menceburi pelbagai bidang baru untuk muncul sebagai peneraju global bukan sahaja dalam industri sawit dan getah tetapi dalam bidang-bidang yang berbeza termasuk usahawan, teknologi baru, penjenamaan baru, institut pendidikan dan lain-lain.

Sejak Felda ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA mula menerokai bidang R&D untuk memastikan usaha pembangunan diselaraskan dengan kemajuan penyelidikan klon yang terbaik dan mempunyai kemahiran dalam bidang cerakinan daun dan tanah. Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak atau PPPTR di Tekam, Jerantut, Pahang ditubuhkan pada tahun 1968 berdasarkan kepada hakikat untuk memberi

perkhidmatan penyelidikan kepada sektor penanaman sawit Felda termasuk biak klon, tisu kultur, cerakinan baja dan daun, kajian tanah dan lain-lain. Pusat Penyelidikan ini telah beroperasi hampir 40 tahun di bawah FELDA Agricultural Services Sdn Bhd. Fungsi R&D di Tekam banyak membantu industri sawit bagi kumpulan Felda.

RUMUSAN FELDA yang ditubuhkan kira-kira 50 tahun dahulu telah mampu menjadi antara intitusi yang menyumbang ke arah pembangunan ekonomi melalui pengeluaran pertanian . Dalam nada yang sama semenjak penubuhannya intitusi ini juga turut mampu menjana dan melakukan peningkatan pendapatan kepada warga peserta FELDA . Walaupun matlamat utama penubuhan FELDA ialah bagi tujuan ekonomi , namun ia juga mampu berfungsi sebagai penjana integrasi nasional di negara kita melalui penubuhan , aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan mahupun yang dilaksanakan di kawasan ini. Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan mampu melahirkan sifat muhibah , bersatu padu antara anggota masyarakat yang saling berinteraksi dan mampu menjana sifat hormat menghormati antara satu sama lain. Para peserta yang terlibat dengan FELDA juga telah diberikan dengan sebidang tanah dan rumah untuk didiami . Para peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang lokasi dan lokaliti telah hidup dalam keadaan bersatu padu dan harmoni . Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai sebuah masyarakat bagai isi dengan kuku yang saling memerlukan antara satu sama lain. Anggota masyarakat di FELDA juga melakukan kerja kemasyarakatan seperti gotongroyong , sukan rakyat dan saling bekerja sama dalam pelbagai kegiatan keagamaan. Keadaan ini mampu melahirkan sebuah masyarakat yang saling bersefahaman dan bermuafakat. Pihak pengurusan FELDA pula melaksanakan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab , adil dan bertimbang rasa terhadap segala permasalahan peserta FELDA. Kebajikan dan nasib peserta tidak sesekali diabaikan. Para pengurusan sering menzahirkan nasihat agar semua peneroka rajin dan gigih dalam mengusahakan kawasan kebun masing-masing agar mampu memperoleh hasil yang lumayan terutama sekali apabila masalah kejatuhan harga komoditi seperti kelapa sawit melanda. Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang telah mewujudkan sebuah institusi yang mampu menyumbang pada proses perkembangan ekonomi negara .Ini menunjukkan bahawa kepimpinan negara ini peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara. Perancangan ekonomi yang terancang ini membolehkan kehidupan rakyat di negara kita dapat diperrtingkat seiring dengan kemajuan negara ini.

You might also like