You are on page 1of 3

Ayat: Istilah kamus Dewan: satu perkataan atau (lebih kerap lagi), serangkai perkataan yang merupakan kesatuan

n yang membawa sesuatu maksud, kalimat. Nik Safiah Karim et al (2006): Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa Perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan Kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Unsur atau konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa, dan bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan membentuk jenis ayat tersebut sama ada jenis ayat tunggal atau ayat majmuk.

Klausa: Menurut Nik Safiah Karim et al: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh menjadi ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya: Saya cemerlang. Subjek (saya), predikat (cemerlang). Sekiranya diucapkan dengan intonasi yang betul, akan menjadi ayat lengkap iaitu : saya cemerlang. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat. Contohnya: Saya cemerlang kerana saya rajin berusaha. (Kata hubung kerana ialah klausa tak bebas). Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama. Contohnya: Saya cemerlang Klausa bebas Klausa utama kerana saya rajin berusaha Klausa tak bebas

Unsur atau konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa, dan bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan membentuk jenis ayat tersebut sama ada jenis ayat tunggal atau ayat majmuk.

Ayat Tunggal - Menurut Nik Safiah Karim et al: ayat tunggal ialah ayat mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi hanya satu subjek dan satu predikat. - Tegasnya, ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan. Contoh : Saya membaca buku.

Ayat Majmuk - Menurut Nik Safiah Karim et al: ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa. - Ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat- ayat itu disusun dengan cara tertentu sehingga membentuk ayat baharu. - Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal ini disebut ayat majmuk dan boleh dikategorikan kepada tiga jenis ayat iaitu: ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. - Ayat Majmuk Gabungan: ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat- ayat tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, lalu,lagi, sambil,serta. Contoh: Puan hendak ke perpustakaan atau ke pejabat? -Ayat Majmuk Pancangan : Terdapat dalam satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu dengan menggunakan kata hubung yang, bahawa, kerana, jika,apabila, sungguhpun dan sebagainya. Terdapat tiga jenis ayat iaitu: ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. ( Huraian terperinci pada kertas tugasan yang asal ). -Ayat Majmuk Campuran : Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat majmuk.

Ayat ini biasanya panjang. Contoh: Adik sedang membaca buku, tetapi kakak dan abang yang keletihan telah lama tidur, dibuai mimpi.

You might also like