P. 1
China vs Japan

China vs Japan

|Views: 233|Likes:

More info:

Published by: Buenaventura Casimiro Arlyana on Jun 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/07/2014

pdf

text

original

Sejarah China - Jepun

1

CHINA Pada setengah abad kedua abad ke-19, sistem feudalisme yang diamalkan selama lebih 2000 tahun sedang menuju ke akhir zamannya. Negara-negara kapitalisme di Barat sedang mengalami perkembangan yang pesat. Mereka telah menjalankan peluasan dengan kelengkapan senjata yang maju. China yang semakin merosot ketika itu telah menjadi "daging" yang direbut oleh negara-negara Barat dan akhirnya menjadi tanah jajahan negara-negara Barat yang di bawah pemerintahan sistem feudalisme. Dr. Sun Yat-sen telah dilahirkan pada zaman itu. Dr. Sun Yat-sen dilahirkan pada tahun 1866 dalam keluarga petani di Provinsi Guangdong, selatan China. Keluarganya sangat miskin, semua ahli keluarga tinggal dalam sebuah pondok. Sehingga mencapai usia lebih 10 tahun, beliau baru dibelikan kasut. Anda pasti boleh membayangkan betapa sukarnya bagi seseorang anak untuk berjalan tanpa memakai kasut di kawasan pergunungan. Dr. Sun Yat-sen pernah memberitahu isterinya bahawa oleh sebab kehidupannya yang miskin itu, sejak kecil beliau telah berazam untuk menghapuskan penderitaan rakyat China bagi membolehkan kanak-kanak negara ini mendapat makanan yang mencukupi dan mempunyai kasut. Sayang sekali, Dr. Sun Yat-sen tidak dapat melihat azamnya menjadi kenyataan walaupun berjuang sepenuh hati sepanjang hayatnya. Pada zaman Dr. Sun Yat-sen dahulu, ramai orang China yang tinggal di kawasan pesisir pantai di selatan China telah berhijrah ke luar negara kerana beban hidup yang terlalu berat. Abang Dr. Sun Yat-sen, Sun Mei juga telah berhijrah ke Amerika sebelum dewasa dan mencapai kejayaan hidup di sana. Beliau telah membawa Sun Yat-sen ke Amerika dari China untuk dijaga sendiri. Sejak berusia 13 tahun, Sun Yat-sen telah menerima pendidikan Barat yang sistematik di Amerika Syarikat dan Hong Kong. Selepas dewasa, Sun Yat-sen telah menerima latihan profesional dalam bidang perubatan selama bertahun-tahun. Beliau pernah bercita-cita untuk meringankan kesengsaraan dan penderitaan rakyat China dengan pengetahuan perubatannya. Akan tetapi, realiti masyarakat telah mengecaikan impiannya tersebut. Pada tahun 1894, Dr. Sun Yat-sen dan segolongan cendekiawan pernah berkumpul di Beijing untuk menyerahkan surat kepada pemerintah Dinasti Qing yang mengharapkan kerajaan semasa agar menjalankan pembaharuan. Akan tetapi, tindakan mereka gagal mencapai hasil. Hal ini telah menyedarkan Dr. Sun Yat-sen bahawa sistem feudalisme merupakan halangan terbesar bagi pembaharuan. Oleh itu, tindakan pembaharuan yang besar-besaran adalah sangat perlu bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan Dinasti Qing. Pada tahun yang sama, sebagai salah sorang penganjur, Dr. Sun Yat-sen telah menceburkan diri dalam penubuhan "Hsing-chung Hui", satu persatuan yang disertai oleh perantau Cina di Amerika untuk membangkitkan China semula. Sejak itulah, revolusi borjuis China yang diterajui oleh Dr. Sun Yat-sen telah membuka tirainya. Dalam tempoh tahun 1907 hingga tahun 1911, Dr. Sun Yat-sen telah menerajui berpuluh-puluh kali pemberontakan bersenjata di kawasan barat daya China. Oleh sebab kekuatan yang sangat lemah, pemberontakan mereka sering mengalami kegagalan. Beliau juga telah dikenakan waran tangkap daripada kerajaan Dinasti Qing dan terpaksa hidup dalam buangan di luar negara. Sehingga tahun 1911, pemberontakan bersenjata yang diterajui oleh Dr. Sun Yat-sen akhirnya berjaya menggulingkan pemerintahan kerajaan Dinasti Qing dan sekali gus mengakhiri zaman masyarakat feudalisme di China selama lebih 2000 tahun. Walaupun perjalanan hidup Dr. Sun Yat-sen berliku-liku dan penuh dengan cabaran, akan tetapi beliau tidak pernah berputus asa semasa menghadapi kegagalan. Di samping memimpin perjuangan bersenjata, beliau juga telah menulis banyak karya yang menjelaskan teorinya tentang pembangunan sesebuah negara demokratik dalam bidang hal ehwal dalam negeri, hal ehwal luar negara dan kehidupan rakyat. Selain itu, Dr. Sun Yat-sen juga telah melibatkan diri dalam mengasaskan lebih 10 jenis akhbar yang menyediakan konsep yang serba baru kepada rakyat China pada zaman itu. Dr. Sun Yat-sen merupakan seorang yang sentiasa hidup berjimat, rajin dan ramah-tamah. Sebagai seorang revolusioner, Dr. Sun Yat-sen telah mencurahkan segala tenaganya untuk mewujudkan masyarakat demokratik yang adil di China. Pada tahun 1925, Dr. Sun Yat-sen telah meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Dr. Sun Yat-sen sangat dihormati oleh generasi kemudian. Parti Komunis China juga telah memberi penilaian yang tinggi terhadap sumbangannya. Di tempat-tempat yang pernah didiami oleh Dr. Sun Yat-sen, bahkan di Jepun dan Amerika Syarikat masih terdapat muzium peringatan Dr. Sun Yat-sen dan patung-patung Dr. Sun Yat-sen untuk dikunjungi oleh generasi kini.

Peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 Pengenalan Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan 40 batu dari Canton dalam wilayah Kwangtung di Selatan China. Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau dihantar

2

ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di Hawali beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma perubatan dan pembedahan beliau mempraktikkannya di Macau. Peranan Sun Yat Sen Segala sikap dan tindakan serta fahaman Sun Yat Sen telah mempengaruhi perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidakpuasan orang-orang Cina terhadap pemerintahan Manchu. Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar satu memorandum kepada Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan negeri China. Apabila memorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti Gerakan Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchu perlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China. 1. Pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti Manchu Dalam usaha untuk menguatkan gerakan menentang Manchu, Sun Yat Sen telah menubuhkan Perkumpulan Menghidupkan Semula China yang dikenali sebagai Hsing Chung Hui di Hawaii pada tahun 1894. Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong. Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti Manchu. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan Sun Yat Sen melarikan diri ke Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Walau bagaimanapun, campur tangan gurunya Sir James Cantlie dan dengan kerjasama Kerajaan British, beliau telah dibebaskan. Beliau kemudiannya melawat negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik. Sungguhpun mendapat saingan dari Emperor Protection Society, ia tidak menghalang cita-cita Sun Yat Sen untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu. Pada tahun 1905, Sun Yat Sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan penuntutpenuntut China di sana. Beliau telah mengadakan pertemuan dan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo, Brussels, Paris, Berlim, London dan lain-lain. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Semasa di Tokyo pada September 1905, Sun Yat Sen bersama-sama Huang Hsing dan Sung Chiao Jen telah menubuhkan Liga Bersatu yang dikenali sebagai Tung Meng Hui yang merupakan gabungan pertubuhan anti Manchu iaitu Hsing Chung Hui, Hua Hsing Hui dan Kung Fu Hui. Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Selain itu, Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung Meng Hui dikuasai oleh Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui merupakan pertubuhan revolusiner yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota Tung Meng Hui berjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco dan Honolulu. Manakala di China, cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow, Wuchang dan Hanyang. Sun Yat Sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orang-orang Cina seberang laut dengan tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan Revolusi China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi. 2. Mengembangkan perasaan anti Manchu Matlamat utama Sun Yat Sen ialah menyatupadukan orang-orang Cina dalam usaha untuk menentang Dinasti Manchu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti Manchu di kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsi gelap-kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar, Sun Yat Sen telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo bagi menjalankan propaganda anti Manchu dan menyebarkan ideaidea revolusi. Beliau telah berjaya mengeksploitasikan perasaan anti Manchu di kalangan anggota-anggota kongsi gelap. Gerakan revolusiner di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mendapat sokongan pelajar-pelajar, rakyat China yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera Cina yang dilatih secara Barat. Sejak tahun 1909, beliau sering melakukan lawatan-lawatan ke luar negeri seperti Amerika, Hawaii, Eropah, Jepun dan kemudian ke Selatan seperti Hong Kong serta Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dalam usaha-usaha untuk mendapat sokongan orang-orang Cina serta mendapat bantuan kewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi menjayakan perjuangannya. 3. Prinsip-prinsip perjuangan Sun Yat Sen telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan perjuangannya. Langkah awal yang dijalankan oleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan Fahaman Republik di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat sokongan ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip nasionalisme dikhaskan kepada orang-orang Cina dalam perjuangan membebaskan negeri China dari Kerajaan Manchu. Walau bagaimanapun, perjuangan Sun Yat Sen menyentuh imperialisme Barat kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip kedua iaitu demokrasi bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau pemerintahan monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip ketiga bermaksud pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I telah menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang Cina telah dipengaruhi olehnya. 4. Revolusi Antara tahun 1895-1911, Sun Yat Sen danpengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut meberontak dan mengisytiharkan bebas dari

3

Kerajaan Peking. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan sebuah republik di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12 Februari 1912. Kesimpulan Revolusi China bermula dengan rasminya pda 10 Oktober 1911 dan Sun Yat Sen tidak berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25 Disember 1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Sun Yat Sen memegang jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai, Sun Yat Sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan Shih Kai pada 15 Februari 1912. Nasionalisme di China, 1901-1949 Pengenalan · 1900 Pemberontakan Boxer gagal, masyarakat China mengalih perhatian kepada pemulihan berdasarkan pemodenan Barat. · Lahirnya sentimen anti-Manchu dalam masyarakat China membawa kepada Revolusi China 1911, tujuan: menggulingkan Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China. · Gerakan nasionalisme China dibahagikan kepada 3 aliran: Gerakan nasionalisme bersentimen anti-Manchu Gerakan nasionalisme yang ingin memasukkan dan menguatkan China melalui gerakan pemulihan Gerakan nasionalisme yang bersentimen orang asing Isi-isi · 1901, Kerajaan China lancar satu gerakan pembaharuan tujuan: menguatkan dan memodenkan China ciri-ciri peradaban Barat. · Maharani Dowager pembaharuan dalam aspek pendidikan, ekonomi, ketenteraan, perlembagaan, perdagangan dan sebagainya. · Pendidikan hantar pelajar ke luar negeri: Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan sebagainya (pendidikan moden). · Sukatan pelajaran: sejarah China dan Barat, sistem kerajaan dan ilmu sains. · Pembaharuan ekonomi tubuhkan Kementerian Pertanian, Perdagangan dan Perindustrian (1903), banyakkan penggunaan barangan tempatan, tubuhkan maktab teknikal dan bank moden. · Yuan Shih Kai program ketenteraan: tubuhkan sek-sek tentera moden, memperbesarkan angkatan tentera dan hantar pegawai tentera ke luar negeri untuk jalani latihan tentera. · 1908, luluskan peraturan untuk tubuhkan Perhimpunan-perhimpunan Wilayah. · Mesyuarat pertama perhimpunan nasional (3 Oktober 1910) tuntut penubuhan parlimen akhirnya janji tubuhkan parlimen pada tahun 1913. · 1906, kerajaan keluarkan satu dikri larang kakitangan kerajaan dan orang awam bawah umur 60 tahun dari hisap candu. · Usaha ini galakkan perkembangan idea-idea revolusioner dan perasaan anti-Manchu (pelajar China) tapi gagal selepas Maharani Dowager mangkat diganti oleh Maharaja Kuang (1908). · 1911, Revolusi China di bawah Dr. Sun Yat Sen kejatuhan Dinasti Manchu. · Faktor Revolusi China: Kemerosotan pengaruh dan kuasa Kerajaan Manchu Perasaan anti-Manchu di kalangan masyarakat China sendiri Pengaruh gerakan pembaharuan sebelumnya Peranan golongan terpelajar dan Dr. Sun Yat Sen Kesengsaraan sosial dan ekonomi rakyat China Kemajuan dalam sistem perhubungan Keputusan kerajaan untuk memiliknegarakan jalan-jalan keretapi · Tujuan Revolusi: gulingkan Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China. · 10 Oktober 1911, Li Yuan Hung berjaya tawan Wuchang, Hanyang dan Hankow. · Disember 1911, wilayah Selatan, tengah, Barat Daya China diisytihar merdeka oleh Kerajaan Manchu. · Oktober 1911, Yuan Shih Kai dilantik sebagai ketua tentera untuk tumpaskan Gerakan anti-Manchu. · Beliau tawan Hankow dan Hanyang (akhir Oktober 1911). · 8 November 1911, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Perhimpunan Nasional. · Golongan revolusioner tubuhkan kerajaan sendiri di Nanking Dr. Sun Yat Sen sebagai Presiden. · 1 Januari 1912, golongan revolusioner isytihar China negara republik. · 12 Februari 1912, Maharaja Hsuan Tung (6 tahun) turun takhta. · Selepas Dr. Sun Yat Sen letak jawatan, Yuan Shih Kai jadi Presiden sementara (15 Februari 1912). · Kesan Revolusi China kacau-bilau. · Kemudian beliau tubuhkan Parti Progresif menang banyak kerusi dari kerusi bagi Perhimpunan Kebangsaan dalam Pilihanraya Umum 1912-1913. · Yuan Shih Kai pembaharuan dan bertindak sendiri tanpa persetujuan Parlimen atau Kuomintang. · Kesan Pemberontakan Kuomintang (Julai 1913) dan Pemberontakan Yunan (Disember 1915). · Beliau haramkan Kuomintang. Dr. Sun Yat Sen dan pemimpin-pemimpin Kuomintang lari ke Jepun. · 1915, beliau tabalkan dirinya Maharaja dinasti baru dan isytihar sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. · Mac 1916, terpaksa tubuhkan semula republik kerana rakyat enggan terima. · 6 Jun 1916, beliau mati dan diganti oleh Li Yuan Hung. · Selepas itu, China alami Zaman Hulubalang kerana persaingan para hulubalang untuk kuasai kerajaan pusat di Peking. · 1916-1928, keadaan anarki dan tiada perpaduan politik. · 1917, Gerakan 4 Mei (golongan intelektual khususnya pelajar U Peking) tercetus. · 1919, Gerakan 4 Mei peristiwa demonstrasi, mogok dan rusuhan (1917-1921). · Punca kegagalan pemimpin menjalankan tugas, muncul golongan saudagar dan pekerja baru, perkembangan intelektualisme dan teknologi Karl Marx serta Bolshevik dan hasil Perjanjian Versilles 1919.

4

· · · · · · · · · · · · · · · · · · · · · · · ·

Matlamat selamatkan China, satukan rakyat, tuntut kebebasan dan pulihkan maruah China. Hasil semangat kebangsaan bertambah, fahaman komunis berkembang, kedudukan Kuomintang diperbaiki dan Gerakan Kebudayaan Baru mulai muncul. 1912, Kuomintang ditubuhkan di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen. Tujuan wujudkan demokrasi berparlimen. Peringkat awal parti yang lemah kerana ancaman Yuan Shih Kai dan para hulubalang. 1917, Dr. Sun Yat Sen tubuh kerajaan tentera di Canton untuk satukan China dan hapuskan kuasa asing. Gagal kerana tiada sokongan rakyat di China Selatan. Oleh itu, Dr. Sun Yat Sen minta bantuan kuasa Barat. Setelah gagal lagi, beliau alih ke Rusia. Benarkan Parti Komunis China (PKC) sertai Parti Kuomintang dan terima pengaruh Parti Komunis Rusia. Beliau bentuk 3 prinsip rakyat: nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. 12 Mac 1925, Dr. Sun mati, Chiang Kai Sek Kuomintang. 1926, beliau lancar Ekspedisi Utara menentang hulubalang, satukan China dan tubuhkan kerajaan nasionalis di Nanking (1928). Kemudian, beliau kempen anti-Komunis (1927). Kerajaan Nasionalis (cuba) kukuhkan perpaduan China, hapuskan perjanjian dengan kuasa asing dan perolehi semula autonomi tarif. Perang Dunia II (1937), paksa beliau bekerjasama dengan PKC untuk menentang Jepun. Perang saudara Kuomintang dan PKC (1946-1949). Akhirnya, PKC menang dan Chiang Kai Sek bersama tentera Kuomintang undur ke Taiwan. 1 Julai 1921, PKC ditubuhkan rasmi di Shanghai oleh Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao dengan bantuan komintern. Kumpulan komunis di bawah Mao Tze Tung dan Chu The giat gerakan bawah tanah dan tetapkan diri antara sempadan Kiangsi dan Hunan akibat tentangan Chiang Kai Sek. Akhir 1931, PKC tubuhkan Republik Soviet China di Kiangsi Mao Tze Tung sebagai Pengerusi. Apabila tentera Kuomintang tubuhkan barisan bersatu untuk tentang Jepun Perang China-Jepun II. Selepas Perang Dunia II, perang saudara antara Kuomintang dan PKC PKC menang. 1 Oktober 1949, PKC isytihar Kerajaan Republik Rakyat China.

Kesimpulan · Selepas itu, negara China jadi negara republik fahaman komunis. · PKC semakin berkuasa dan berpengaruh di kalangan masyarakat China, khususnya golongan pekerja dan petani.

JEPUN ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 - 1912) Pendahuluan Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud pemerintah yang menerima pencahayaan , struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun[1]. Namun begitu, atas semangat Jepun Baru , banyak pencapaian[2] yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di bawah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Penghapusan sistem feudalisme Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut Komunikasi dan perhubungan Pendidikan Undang-undang Kesusasteraan Ideologi dan agama Ekonomi Perindustrian Dasar kewangan dan fiskal Politik Media cetak Kebudayaan

Setiap pencapaian ini akan di bincangkan secara lebih terperinci lagi dalam perenggan yang seterusnya. Sebelum itu, adalah lebih baik jika kita dapat melihat keadaan Jepun lebih awal lagi supaya dapat kita lihat perbandingan di antara dua corak pemerintahan. Pemerintahan yang lebih awal di maksudkan saya ialah zaman pemerintahan Shogun Tokugawa. Tokugawa Ieyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai[3] (zaman peperangan yang berlaku pada 1460 1573M). Zaman pemerintahan Tokugawa tidaklah seteruk mana kerana rakyat Jepun masih menghargai jasa beliau yang berjaya menyatukan Jepun. Namun, ketika era pemerintahan beliau, amalan feaudalisme telah dilancarkan oleh beliau dengan meletakkan diri beliau sebagai Pemerintah Seluruh Jepun. Di bawahnya pula di susuli oleh samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa. Di zaman itu, hanya samurai yang mempunyai kuasa untuk membawa pedang[4]. Kemudian di ikuti oleh Petani, Petukang dan akhir sekali golongan saudagar. Rajah 1 di sebelah dapat memberikan penjelasan kepada struktur sistem feudalisme Kesyogunan Tokugawa.

5

Di zaman ini juga, Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan Jepun dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Walaupun begitu, keamanan dan kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau. Namun, segalanya berkahir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di sebabkan oleh kegagalan sistem pertanian. Ketika itu juga, kewibawan para samurai jatuh di sebabkan terpaksa berhutang dan ini menyebabkan kekuasan golongan saudagar semakin meningkat. Keadaan ini telah mengubah kedudukan mereka di dalam status feudal Jepun ketika itu[5]. Di samping itu juga, kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander Matthew Calbraith Perry yang berlabuh di Teluk Tokyo pada 1853 dan sekali lagi pada 1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadan mereka kepada orang asing dengan termaktubnya Perjanjian Kanagawa[6]. Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila terlalu ramai orang asing yang membanjiri tanah Jepun atas keinginan-keinginan tertentu. Ada juga pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran orang asing.

ERA PEMERINTAHAN MEIJI : PENCAPAIAN PENCAPAIAN Pemansuhan Sistem Feudalisme Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era ini juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji[7]. Di awal era pemerintahan beliau, perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka, Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu, tidaklah semudah yang di sangka. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang oleh pasukan tentera Maharaja Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata[8]. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwayanya sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment). Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk memodenkan angkatan tentera darat dan laut. Untuk usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing. Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan Angkatan Tentera Laut, Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut[9]. Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapalkapal dan senjata-senjata baru. Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan juga torpedo. Atas usaha ini, Jepun telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan Sino-Jepun[10]. Peperangan yang bermula di sebabkan oleh permintaan Jepun untuk mengambil alih Korea telah di menangi dengan mudah oleh pihak Jepun. Bukan itu sahaja. 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Keadaan ini mengejutkan pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang amat singkat. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu. Komunikasi dan Perhubungan Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun. Sementara itu, dari segi perhubungan pula, perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872. Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi[11]. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. Menjelang tahun 1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat ketika itu. Pendidikan Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi[12] untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. Sehubungan dengan itu, konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Mereka bersependapat mengatakan pendidikan adalah kunci kecemerlangan . Walaupun begitu, mereka masih perlu membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah[13]. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya

6

kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka, demi masa depan mereka. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun. Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan. Kemudian, pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan[14]. Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka di bayar gaji oleh kerajaan Jepun. Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze. Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat. Undang undang Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Hasilnya, undangundang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888. Kesusasteraan Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari barat. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair. Ini telah meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di antara karya mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrim s Progreess dan The Bible(Old Testament). Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil penterjemahan beliau, telah wujud bentuk keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan telah di gunakan dengan meluas oleh penulispenulis novel Jepun. Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya[15]. Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang sangat oenting ketika era pemulihan Meiji. Ideologi dan Agama Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru di perkenalkan yang di namakan Kokutai secara rasmi. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci[16]. Seterusnya, dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto Negara. Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun. Dalam konsep Shintoisme purba, shinto di bahagikan kepada empat bahagian, iaitu Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto), Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Namun, setelah konsep Shinto Negara di perkenalkan, Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempat-tempat Suci telah di satukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze). Sebaliknya, agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Sewaktu penghapusan agama Buddha, kesemua hartaharta institusi Buddha telah di ambil dan kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. Patung-patung Buddha juga tidak terkecuali. Selain itu, jika sebelum ini di zaman Tokugawa, agama Kristian telah di hamkan. Tetapi, di zaman Meiji, sebalikya pula yang berlaku. Agama Kristian telah di terima masuk semula. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu, mubalighmubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah-risalah agama Kristian. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman nasionalis seperti Nippon sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun(Nippon Kokkyo Daido-sha). Peratuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun. Tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat[17]. Walaupun begitu, Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja[18] di seluruh kepulauan Jepun. Ekonomi Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn dan keagungan nasionalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600,000. Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun 1870 1880. Selain itu, sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan di

7

Raja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Selain itu juga, penggunaan benih yang di impot dan baja kimia telah di perkenalkan. Tanaman yang di galakkan ketika itu ialah teh dan sutera dan banyak kawasan pertanian yang telah di buka[19]. Perindustrian Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka. Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongan-golongan kaya feudal Jepun[20]. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Kilang-kilang itu juga telah di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Pengetahuan perlatan perang telah di serap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar. Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di Tokyo dan Osaka. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru. Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain lain. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu. Dasar Kewangan dan Fiskal Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai. Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan barasakan konsep perbankan Amerika Syarikat[21]. Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di akibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan komunikasi. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan feudal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai. Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan tembakau dan juga dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat. Dengan ini, kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan semula nilainya. Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun. Selain itu, sistem kredit moden juga telah di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Pada tahun 1882, sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga, kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan. Politik Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan barat. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil. Iaitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik. Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881. Maharaj Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi, selaku peyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris,Vienna dan Berlin. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck, seorang canselori Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada tahun 1870 dan di gelar Canselori Waja [22]. Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja pada 11 Febuari 1889. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat). Sementara itu, pilihanaraya pertama telah di adakan pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. Di antara parti yang bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882[23]. Namun, kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di ganti dengan sistem demokrasi. Media Cetak Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di samping itu juga, pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai. Kebudayaan Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. Banyak pring piring hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. Di samping itu juga, konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden di perkenalkan.

8

Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, prop dan sebagainya[24].

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->