You are on page 1of 14

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. 2) Lambang jati diriBahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 3) Bahasa perpaduan Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum. 4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa MalaysiaBahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan. 7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanyaBahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya. 8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan. Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006.

Cikgu Bashid in Kesihatan Guru, Artikel Pilihan Yang kurik kundi Yang merah saga Yang cantik budi Yang indah bahasa Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagaiTeras Perpaduan Bangsa Malaysia Maka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.Di akhirnya pula saya akan menuliskan beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan. Secara konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka. Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa. Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di

mahkamah. Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan. Bagaimanakah Baha sa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai Bahasa perpaduan? Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain. Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta. Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran. Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh

bahasa-bahasa lain. Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduanm melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa Ancaman Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tibatiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating. Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS. Bagi saya ini satu perkembangan yang menkjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini. Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan ide YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara, iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia. Hakcipta Abd Bashid Harun Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggun aan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran , perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang

pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh mana bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah yang dijalankan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu . Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa. Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini. Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun.

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global . Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami

kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja. Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara. Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara. Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam. Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta ketika

darurat. Selain peruntukan mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana. (Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) ) Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Perlembagaan tidak menjelaskan maksud bahasa kebangsaan . Kamus Dewan mendefinisikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain. Bahasa rasmi pula ialah bahasa pentadbiran kerajaan. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan atau sesuatu yang dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara. Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolahsekolah dan institusi pengajian tinggi. Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut, Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. -Akta Pelajaran 1961Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Awang Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan 11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciriciri bahasa Melayu, untuk mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu. Ciri-ciri Bahasa ilmu Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri -ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa. Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan. Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan (1996: 259-261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johannes

(kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut: Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan. Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas. Tulisan juga mestilah bersifat objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data, berdasarkan kajian, dan seumpamanya digunakan. Sudut Pandangan Orang Ketiga, untuk mewujudkan keobjekti fan penulisan, sudut pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Oleh itu ungkapan seperti Berdasarkan kajian saya, saya dapati bahawa dinyatakan sebagai Berdasarkan kajian, penyelidik didapati bahawa . Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan peribadi diri penulis. Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif boleh digunakan. Ini disebabkan dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya subjek pelaku.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang digunakan dalam kajian inidan sebagainya. Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah d itandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah. Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan, iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Jenis-jenis yang lain digunakan sebagai pelengkap. Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berle bihan dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya, malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah. Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan hiasan . Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks.

Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi. Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu. Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubahubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan bukubuku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru. Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini. Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undangundang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan. Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk

menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29) Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu. Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku -buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu. Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.

Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran. Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat markah bonus dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya. Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan. Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu. Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Abdullah Yusof, DBP,(2006:48-51) .

Kesimpulan Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri -ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu. Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah. Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan

kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu. Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

You might also like