You are on page 1of 38

ELEMEN 2

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN (Majlis Perbandaran Teluk Intan)

Senarai kandungan

SENARAI KANDUNGAN

Bil. 1. 2. 3 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Perkara Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

penghargaan

PENGHARGAAN
Pertama sekali, Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya saya telah diberi kesihatan tubuh badan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin menyatakan rasa terima kasih kepada ibu bapa saya kerana banyak membantu saya dengan memberi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan dan dorongan ibu, Azizah binti Hamdan dan bapa, Abdul hir bin DamanHuri, kerja kursus ini sukar untuk disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya juga ingin menyampaikan setingi-tinggi penghargaan kepada SMK Seri Perak kerana telah memberi saya peluang untuk belajar di institusi pembelajaran yang lengkap dan selesa ini. Di samping itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn.Naimah binti Ali, Pengetua SMK Seri Perak yang sentiasa mengambil berat tentang kerja kursus sejarah ini. Tidak dilupakan juga kepada guru sejarah iaitu Pn.Azalina binti Yusof yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang kajian dijalankan. Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya terutamanya Noor Amerah binti Mohd.Shah dalam memberi maklumat tentang kerja kursus ini. Semoga Allah memberkati semua yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang melaksanakan kerja kursus sejarah ini.

Objektif kajian

OBJEKTIF KAJIAN
Memenuhi kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia

Kerja kursus ini perlu dilakukan sebagai syarat lulus untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kerja kursus ini bakal menyumbang 30% markah Sejarah bagi Penilaian Menengah Rendah.

Mengetahui tujuan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan ditubuhkan Setiap Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan mempunyai tujuan sendiri. Antaranya adalah untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang dapat membaiki kualiti kehidupan masyarakat, melaksanakan Dasar Pembangunan Negara dan Negeri, memberi perkhidmatan perbandaran yang komprehensif kepada masyarakat, merancang projek-projek sosial dan ekonomi yang memberi manafaat kepada masyarakat dan menyediakan satu sistem pengurusan yang berkualiti, dinamik dan inovatif.

Mencari latar belakang Pihak Berkuasa Tempatan Sejarah penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan dapat diteroka dengan lebih mendalam. Selain itu, dapat mengetahui undang-undang tubuh, tanggungjawab pentadbir dan cara pelantikan mereka bagi sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan melalui kajian yang dilakukan.

Mengenalpasti peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Melalui kajian yang dilakukan, peranan Pihak Berkuasa Tempatan terhadap ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, kebajikan dan lain-lain aspek dapat dikenalpasti. Hal ini membolehkan masyarakat setempat dan pelajar-pelajar akan datang mengetahui kepentingan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengetahui perkembangan Pihak Berkuasa Tempatan Berdasarkan kajian, kita boleh mengetahui perkembangan pihak berkuasa tempatan daripada pelbagai aspek seperti sumber kewangan, perancangan masa hadapan, saranan dan lain-lain.

Mencari kesan setelah sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan ditubuhkan

Kita dapat mengenalpasti dan menyatakan kesan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan itu ditubuhkan sama ada dari segi positif atau negatif berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Oleh itu, ini dapat memberi iktibar dan kesedaran kepada diri sendiri, bangsa dan masyarkat.

Kaedah kajian

KAEDAH KAJIAN

Taklimat guru Sebelum kami memulakan kajian untuk Kerja Kursus Sejarah PMR 2011, guru Sejarah kami, Pn. Azalina telah memberi taklimat yang lengkap tentang Kerja Kursus Sejarah. Melayari Internet Kajian saya menjadi lebih mudah dengan melayari internet yang merupakan kemudahan sedia ada zaman sekarang. Pelbagai maklumat tentang Pihak Berkuasa Tempatan yang dikaji iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan berjaya dijumpai di laman web rasminya sendiri iaitu :
http://www.mpti.gov.my/home

Penyelidikan Perpustakaan Saya juga turut ke Pusat Sumber Awam Teluk Intan dan berjaya menemukan beberapa maklumat daripada suratkhabar-suratkhabar lama yang menyiarkan berita tentang Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Temu bual Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya telah menemubual Encik Megat Amerudin yang merupakan orang sumber dan menjadi rujukan saya semasa menyiapkan kajian ini.

Hasil kajian

HASIL KAJIAN
6.1 Institusi Pentadbiran Tempatan 6.1.1 Nama rasmi/ Nama ringkas/ Nama lain Dikenali sebagai Majlis Perbandaran Teluk Intan atau nama ringkasnya MPTI yang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis Perbandaran Teluk Intan ini terletak di Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. 6.1.2 Matlamat/ Objektif / Misi/ Visi Penubuhan

Objektif

Majlis Pentadbiran ini ditubuhkan adalah supaya dapat menyediakan kemudahan infrastruktur yang dapat membaiki kualiti kehidupan masyarakat, melaksanakan Dasar Pembangunan Negara dan Negeri, masyarakat mendapat perkhidmatan perbandaran yang komprehensif, merancang projek-projek sosial dan ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan menyediakan satu sistem pengurusan yang berkualiti, dinamik dan inovatif.

Matlamat

" Ke arah menjadikan Hilir Perak daerah yang maju, aman, makmur dan terunggul di Malaysia".

Misi dan Visi

Berusaha ke arah meningkatkan pengurusan kawasan pentadbiran majlis secara cekap dan berkesan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan menangani perubahan bagi mencapai matlamat dasar pembangunan negeri dan negara.

Logo MPTI Keterangan Logo Bentuk bulat melambangkan Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Bunga padi dikedua-dua belah logo melambangkan : terdapatnya jelapang padi di Daerah Hilir Perak. Simbol bangunan melambangkan mercu tanda Bandar Teluk Intan yang sinonim dengan Bandar Menara Condong. Warna biru dan simbol kapal di bahagian bawah logo melambangkan Bandar Teluk Intan yang dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor yang menjadi nadi pengangkutan dan menjadi tuaian hasil sungai kepada penduduk tempatan. Bentuk gear berwarna kelabu melambangkan terdapatnya industri hiliran seperti perusahaan minyak sawit, limbungan kapal, tekstil, hasil laut dan pelbagai perusahaan kecil dan sederhana. Lengkungan berwarna merah melambangkan keberanian dan semangat waja serta tegas dalam prinsip-prinsip menjalankan tugas yang semakin mencabar. Bulatan berwarna kuning melambangkan Daerah Hilir Perak adalah bandar Diraja untuk Raja Muda Perak semenjak tahun 1938. Penetapan ini dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918-1938) yang ketika itu menjadi sultan perak. Simbol pokok yang berwarna hijau melambangkan komitmen MPTI dalam

memastikan kehijauan bandar ini terus terpelihara.

Fungsi

Fungsinya ialah untuk menentukan dan memastikan kualiti hidup penduduk tempatan terjamin melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan tiga Akta Induk Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancang Bandar Desa 1976(Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan (Akta 133).

CARTA ORGANISASI

6.2. Latar Belakang 6.2.1.Sejarah penubuhan Majlis Perbandaran Teluk Intan dikenali sebagai Majlis Daerah Hilir Perak sebelum mendapat kelulusan oleh jemaah menteri pada 23 April 2003. Pada 4 April 2004, Majlis Pengisytiharan penaiktarafan yang disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pula diadakan. Sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Teluk Intan ditubuhkan pada 1 Disember 1979 dengan penyatuan enam buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT) iaitu LPKT Teluk Intan, LPKT Hilir Perak, LPKT Langkap, LPKT Chui Chak, LPKT Batu 12 dan LPKT Pelawan. Dengan kemudahan dan prasarana yang baik, pengurusan bandar yang lebih cekap dan sistematik dikendalikan oleh majlis daerah sejak 1980. Oleh itu, pertumbuhan bandar berkembang dengan lebih pesat dan penduduk menjadi lebih ramai sehingga membolehkan Majlis Daerah Hilir Perak ini dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Teluk Intan.

6.2.2 Undang-undang kecil NO. 1. 2. 3. 4. 5. SENARAI UNDANG-UNDANG KECIL Undang-Undang Kecil Mengawal Iklan (MDHP) 1996 Pk.P.U. 9 Undang-Undang Kecil Rumah Urut (MDHP) 1996 Pk.P.U. 12 Undang-Undang Kecil Penjaja (MDHP) 1991 Pk.P.U. 39 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHP) 1983 Pk.P.U. 16 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHP) (Pindaan) 1993 Pk.P.U. 8 6. 7. 8. 9. 10. 11. NO. Undang-Undang Kecil Pasar (MDHP) 1993 Pk.P.U. 7 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting dan Pendandan Rambut (MDHP) 1984 Pk.P.U. 72 Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MDHP) 1991 Pk.P.U. 31 Undang-Undang Kecil Taman (MDHP) 1991 Pk.P.U.33 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHP) 1991 Pk.P.U. 52 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MDHP) 1992 Pk.P.U. 28 SENARAI UNDANG-UNDANG KECIL 27.05.1993 08.11.1984 07.11.1991 07.11.1991 19.12.1991 18.06.1992 TARIKH WARTA TARIKH WARTA 30.01.1997 30.01.1997 15.12.1991 31.03.1983 27.05.1993

12. 13. 14. 15. 16.

Undang-Undang Kecil Krematorium (MDHP) 1993 Pk.P.U. 14 Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MDHP) 1993 Pk.P.U. 15 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MDHP) 1993 Pk.P.U. 12 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun KesalahanKesalahan) (MDHP) Kerajaan Tempatan 1981Pk.P.U.8 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun KesalahanKesalahan) (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak)

25.11.1993 09.12.1993 30.09.1993 09.12.1981

27.02.1992 17. 18. 19. 20. 21. 22. Jalan, Parit dan Bangunan 1992 Pk.P.U. 11 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDHP) 1991 Pk.P.U. 53 Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDHP) 1992 Pk.P.U. 51 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPTI) 2005 Pk.P.U. 32 Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (MDHP) 1990 Pk.P.U. 22 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MDHP) 1997 Pk.P.U. 43 19.12.1991 31.12.1992 15.09.2005 1990 1984 20.11.1997

6.2.3 Perincian peranan/ Tanggungjawab bidang tugas pentadbir Peranan Majlis Perbandaran Teluk Intan adalah pengutipan cukai taksiran di sekitar kawasan perkhidmatan dan pengeluaran lesen peniaga untuk setiap jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan berdasarkan akta-akta yang telah ditetapkan dan juga berperanan dalam memberi kelulusan kepada pelan binaan bagi sesebuah bangunan sama ada bangunan yang hendak dibina atau yang hendak diubahsuai. Tanggungjawab terbesar Majlis Perbandaran Teluk Intan ini adalah membangunkan kawasan

hilir perak untuk menjadikan sebuah kawasan yang berkembang pesat dan dari segi perkhidmatan kepada masyarakat. Kemudahan awam lain yang juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan kepada masyarakat adalah pembinaan bangunan-bangunan untuk peniaga, taman rekreasi seperti Stadium Mini Majlis Perbandaran Teluk Intan yang sering menjadi kunjungan orang ramai untuk aktiviti riadah dan sebagainya. 6.2.4 Cara pelantikan pentadbir tempatan Sebelum pentadbir-pentadbir ini menjawat jawatan mereka sekarang, mereka perlu mengisi borang permohonan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada jawatan sedia ada. Kemudian, sesi temuduga akan dijalankan setelah semua pemohon menghantar borang mereka. Para penemuduga yang akan mengadili para pemohon ini ialah jawatankuasa pelantikan, ahli majlis dan orang yang paling penting ialah Yang Di-Pertua(YDP). Selepas itu, mesyuarat rasmi untuk memilih pentadbir akan diadakan dan dianggotai oleh barisan penemuduga yang sama. Setelah mencapai kata putus, pengumuman akan dibuat bagi mengumumkan ahli organisasi yang baru. Akhir sekali, surat pelantikan akan diberikan sebagai bukti pelantikan jawatan secara rasmi.

6.3 Peranan 6.3.1. Ekonomi Majlis Perbandaran Teluk Intan berperanan dalam perkembangan ekonomi dari segi pembangunan projek untuk kemajuan Daerah Hilir Perak. Dengan menambah lagi projek di Daerah Hilir Perak, pembangunan daerah ini akan bertambah maju dan sektor ekonomi akan

berkembang pesat. Selain itu, penduduk di Daerah Hilir Perak amat menitikberatkan soal kebersihan, keindahan dan keceriaan kawasan mereka. Dengan adanya Majlis Perbandaran Teluk Intan ini, keindahan, keceriaan dan kebersihan Daerah Hilir Perak akan lebih terjamin. Ini sekaligus dapat menarik pelancong luar ke kawasan ini dan meningkatkan ekonomi Daerah Hilir Perak. 6.3.2. Perayaan Setiap perayaan akan disambut dengan gilang-gemilang oleh kaum masing-masing. Namun begitu, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Majlis Perbandaran Teluk Intan menyambut perayaan setiap kaum secara besar-besaran dengan mengadakan acara tahunan bagi menyokong perayaan yang disambut seperti Sambutan Tahun Baru Cina, Karnival Jualan Hari Raya Aidiltifiri dan Citrapournami yang merupakan sambutan kedua terbesar selepas sambutan di Batu Caves, Selangor. Dengan adanya acara-acara seperti ini, Majlis Perbandaran Teluk Intan berjaya menyatupadukan perpaduan setiap kaum di Daerah Hilir Perak. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan yang lain amat digalakkan untuk mengadakan acara-acara seperti ini.

6.3.3 Pelancongan Di samping itu, Daerah Hilir Perak amat dikenali dengan Menara Condong Teluk Intan yang menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke sini. Bagi menarik minat lebih ramai pelancong untuk datang ke sini, Majlis Perbandaran Teluk Intan berperanan untuk menaiktarafkan menara ini dan mengekalkannya sebagai mercu tanda Daerah Hilir Perak. Selain

itu, keindahan dan keceriaan Daerah Hilir Perak sentiasa dijaga dan dijamin kualitinya supaya dapat menawan hati para pelancong untuk datang ke sini dan tidak dipandang rendah oleh para pelancong dari negara luar dan menganggap sebagai Daerah Hilir Perak ini sebagai daerah yang kotor. Pertandingan seperti Petronas Carprix yang disokong oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan mendapat sambutan dan respon yang positif daripada peserta. 6.3.4 Kemasyarakatan Selain itu, Majlis Perbandaran Teluk Intan turut berperanan dalam menjaga hubungan masyarakat setempat. Oleh itu, pelbagai aktiviti dijalankan seperti bergotong-royong dan senaman warga emas. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat sekaligus menanamkan sikap bekerjasama dan mengeratkan perpaduan kaum. Melalui aktiviti ini, Majlis Perbandaran Teluk Intan akan mendapat kesan yang positif daripada masyarakat setempat.

6.4 Perkembangan 6.4.1. Pengiktirafan/ Penghargaan Majlis Perbandaran Teluk Intan mendapat pelbagai pengiktirafan dan penghargaan. Antara pengiktirafan dan penghargaan yang tertinggi adalah Pensijilan Amalan Persekitaran

Berkualiti 5S, tempat ketiga Hadiah Ceria Bahasa Peringkat Kebangsaan, Naib Johan Anugerah Kaunter(kategori berketerampilan) Peringkat PBT Perak, Pensijilan 5 Bintang Web/Portal, Johan(Kategori Emas) Pertandingan Hari Landskap Peringkat Negeri Perak dan Johan Liga Bola Sepak Daerah Hilir Perak. 6.4.2. Pembangunan Prasarana/ Fizikal Prasarana dan pelbagai kemudahan yang baik merupakan salah satu punca pengurusan Daerah Hilir Perak menjadi lebih cekap. Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang serba lengkap telah dibina bagi meningkatkan prestasi pentadbiran dan dipindah ke kawasan yang baru dan lebih sistematik pada tahun 2010. Oleh itu, wujudlah suasana baru yang lebih ceria antara pelanggan dan pekerja. Dengan adanya penambahan kemudahan yang baru, segala urusan di Majlis Perbandaran Teluk Intan dapat berjalan dengan lebih lancar dan pelanggan akan lebih selesa untuk berinteraksi dengan pekerja.

6.4.3 Keistimewaan dan Kelebihan Kelebihan Majlis Perbandaran Teluk Intan berbanding Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Perak yang lain adalah prestasi pencapaiannya yang merupakan antara yang tertinggi dengan mencapai 90 peratus ke atas yang diadili oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri. Selain itu, Majlis Perbendaharaan Teluk Intan mendapat Pensijilan 5 Bintang untuk laman web atau portal

yang dibuat. Ini merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada Majlis Perbandaran Teluk Intan. 6.4.4. Perancangan Masa Hadapan Projek yang masih dalam perancangan Majlis Perbandaran Teluk Intan ialah Projek Pelancongan Bagan Datoh yang bertujuan untuk meningkatkan sektor ekonomi kawasan tersebut sekaligus menarik ramai lagi pelancong untuk datang ke sana disebabkan kelebihannya iaitu pembuatan kraf tangan di kawasan yang strategik. Selain itu, Majlis Perbandaaran Teluk Intan berharap agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk keselesaan masyarakat setempat. Majlis Perbandaran Teluk Intan juga turut mencadangkan untuk mengindahkan dan menceriakan lagi kawasan pentadbiran.

rumusan

RUMUSAN
Kesimpulannya, membuat penyelidikan dan kajian tentang pentadbiran tempatan, Majlis Perbandaran Teluk Intan bukanlah satu usaha yang sia-sia bahkan dapat mewujudkan sikap patriotisme sekaligus memberi pelbagai kesan positif kepada diri kita, bangsa dan juga negara. Hal ini demikian kerana masyarakat setempat berasa bangga dan bersyukur dengan kewujudan

pentadbiran tempatan ini disebabkan potensinya mewujudkan sebuah negara yang harmoni serta memupuk perpaduan kaum. Selain itu, setiap individu memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam pembangunan pentadbiran tempatan ini dalam apa jua keadaan dan menghargai peranan mereka demi membangunkan kawasan setempat dan negara. Di samping itu, seluruh bangsa akan mula mengenali erti perpaduan dan kesatuan dalam kepelbagaian demi menyokong aktiviti yang dilaksanakan pentadbiran tempatan dalam pelbagai aspek. Oleh itu, marilah kita bersama-sama sebagai 1Malaysia bersatu padu untuk pembangunan negara. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Lampiran

Lampiran 1
(Lirik Lagu Majlis Perbandaran Teluk Intan)

Lirik Lagu Majlis Perbandaran Teluk Intan


Teluk Intan bandar di hilir Menara Condong warikan kebanggaan Menjadi saksi arus perubahan Dari impian ke puncak kebenaran

Teluk Intan ke arah keunggulan Pertanian perdagangan saling bergandingan Bersatu hatijayakan wawasan Demi kecemerlangan perbandaran Teluk Intan

Bersama curah tenaga Memajukan bandar kesayangan kita Berdiri seiringan bandara ternama Namamu gemilang di seluruh negara

Bersama sama kekal keindahan Semaikan sikap rakyat berbudaya Demi mencapai cita cita bersama Majlis Perbandaran Teluk Intan

Makmur dan harmoni

Lampiran 2
(Peta Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan)

Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan

152.97 km persegi.

Lampiran 3
(Piagam Pelanggan dan borang perkhidmatan yang terdapat di Majlis Perbandaran Teluk Intan)

Piagam Pelanggan
Majlis mempunyai 9 Piagam Pelanggan yang memfokuskan pernyataan:Kami, Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan berjanji untuk melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab demi untuk memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan kami. Di dalam memenuhi cita-cita tersebut, kami telah menetapkan matlamat kerja dan perlaksanaannya seperti berikut:-

1. Melayani serta merta setiap aduan serta mengambil tindakan siasatan dalam tempoh 24 jam kecuali pada hari Cuti Umum dan Kelepasan Am. 2. Melaksanakan Perkhidmatan Perbandaran seperti berikut;
a. Kutipan sampah dan pembersihan; i . Kawasan Bandar setiap hari. ii. Kawasan Taman Perumahan selang sehari. b. Pembersihan longkang; i. Kawasan Bandar sekali sebulan. ii. Kawasan Taman Perumahan sekali sebulan. b. Pemotongan rumput sekali sebulan di semua kawasan.

2 Permohonan kelulusan lesen; a. Lesen penjaja, pasar, gerai dan permit dalam tempoh 3 hari. b. Lesen tred perniagaan dan perusahaan dalam tempoh 30 hari. 2 Tempoh berurusan di Kaunter Bayaran tidak melebihi 10 minit. 3 Menjelaskan tuntutan bayaran tidak lewat dari 9 hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap. 4 Memproses rayuan bantahan nilaian dalam tempoh 1 bulan, pindah milik 3 hari dan pertukaran alamat serta merta. 5 Pengeluaran bil-bil; a. Taksiran untuk Tahun Pertama tidak lewat daripada 15 Disember dan 15 Julai bagi Tahun Kedua. b. Bil Lesen Tahunan tidak lewat 15 Disember. 2 Menimbangkan Permohonan Serentak Kebenaran Merancang, Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan, Pelan Susun Atur dan Cadangan Pemajuan dalam tempoh 139 hari. 3 Permohonan kelulusan pelan binaan Rumah Sesebuah dan Ubahsuai Bangunan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

Rujukan

Rujukan
Akhbar Berita Harian, 6 Oktober 2010, muka surat 8 Sinar Harian, 6 September 2010, muka surat Berita Harian, 12 Mei 2010, muka surat

Internet Majlis Perbandaran Teluk Intan - http://www.mpti.gov.my/home

Bulletin

Orang Sumber Nama : Megat Amerudin bin Megat Danian Umur : 40 Tahun Alamat tempat bekerja: Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak.

Elemen 3

SOALAN : Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

You might also like