P. 1
Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

Warisan Kesenian Pelbagai Kaum

5.0

|Views: 25,256|Likes:
Published by Nur Aina Fikriyah

More info:

Published by: Nur Aina Fikriyah on Jun 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/17/2015

pdf

text

original

1

WARISAN KESENIAN PELBAGAI KAUM

2

Senarai Kandungan
Bil 1 2 3 4 5 6 7 Tajuk Kajian Senarai Kandungan Tema, Nama Projek, Ahli Kumpulan Projek dan Guru Penasihat Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian ➢ Definisi Kraf ➢ Bidang Kraf ➢ Aneka Kraf • Kompang • Seni Kraf Orang Asli • Serunai • Sumpit Sarawak • Ukiran Halus ➢ Hasil Rimba • Anyaman • Daun Serdang • Rinago • Rombong • Rotan • Tempurung ➢ Hasil Tanah • Pasu Iban Perkara Halaman 1 2-3 4 5 6 7 8 - 81

3

• Tembikar Labu Suyong ➢ Logam • Filigree • Pandai Besi • Tembaga ➢ Tekstil • Batik • Kain Sulaman Pis • Seni Telepuk • Songket • Sulaman Nyonya • Tenunan Dastar • Tenunan Pua 8 9 Rumusan Rujukan 82 83

4

TEMA WARISAN KEPELBAGAIAN
BUDAYA MALAYSIA

NAMA PROJEK CANTIKNYA KRAF
TANGAN TRADISIONAL MALAYSIA

AHLI KUMPULAN PROJEK
NUR AINA FIKRIYAH BINTI MOHD ARIFFIN NUR HANIS NABILAH BINTI SAIHUDDIN NURMAHIRAH BINTI REDZWAN SITI NOOR KHADIJAH BINTI NIZAM MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD FADHIL

GURU PENASIHAT
PUAN ZALEHA BINTI ABU BAKAR

5

Penghargaan
Pertama sekali, kami ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya, kami dapat melaksanakan kerja kursus mata pelajaran ini dengan jayanya. Justeru, ucapan ribuan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Encik Abu Bakar Sidek Bin Kasbi yang telah memberi kebenaran kepada para pelajar untuk membuat kerja kursus ini. Di samping itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada guru mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 kami, iaitu Puan Zaleha Binti Abu Bakar yang telah banyak membantu, memberi bimbingan dan panduan serta nasihat kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi kerjasama, sokongan dan dorongan. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

6

Objektif Kajian
Dalam melaksanakan kajian, terdapat beberapa objektif kajian yang perlu ditetapkan. Objektif am kerja kursus ini adalah untuk mengenali warisan kraftangan kita. Selain itu, objektif khusus kajian ini pula ialah untuk mengetahui asal usul kraftangan. Melalui kraftangan, pelajar dapat mengetahui sesuatu kaum. Kraftangan adalah simbolik sesuatu kaum. Melalui kajian ini, pelajar dapat menguasai, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang warisan kesenian pelbagai kaum.

7

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang kami gunakan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini ialah buku ilmiah, analisis dokumen, melayari internet dan penyelidikan perpustakaan. Buku ilmiah yang kami gunakan ialah Buku Teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 2. Ia diterbitkan oleh AG Grafik Sdn. Bhd. pada tahun 2005. Kaedah yang seterusnya, kami melayari internet. Kami memperolehi maklumat melalui Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia http://www.kraftangan.gov.my . Akhir sekali, kami juga mencari masa senggang untuk menjejakkan kaki ke perpustakaan SMK Dato’ Bentara Luar untuk membuat penyelidikan. Segala maklumat yang kami perolehi diberi oleh Cik Fazilah Mohd Taib. Kami ada meminjam beberapa buah buku sebagai rujukan.

8

Hasil Kajian
Definisi Kraf "Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

9

10

Bidang Kraf

Aneka Kraf

Hasil Rimba

11

Hasil Tanah

Logam

12

Tekstil

13

Aneka Kraf

Seni kraf berasaskan manik, kertas, siput, mutiara dan lain-lain lagi.

Kompang

Seni Kraf Orang Asli

14

Serunai

Sumpit Sarawak

Ukiran Halus

15

Kompang
Kompang mempunyai baloh berbingkai yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya "Artocarpus Heterophylius". Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan balohnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat untuk menghasilkan suara yang baik. Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan bersila, berdiri ataupun berarak mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah lagi tangan untuk memukulnya. Selain dari Marhaban, peranan Kompang dalam kehidupan masyarakat masa kini, telah menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan atau menyambut pembesar-pembesar negara. Kini permaian Kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Dalam konteks persembahan kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai "Pembolong" menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu "in unison" sebagai pukulan dasar. Kumpulan kedua bertindak sebagai Peningkah lazimnya terdiri daripada seorang sahaja ketua dalam permainan tersebut dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai penyilang yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin.

16

Seni Kraf Orang Asli
Di Malaysia terdapat 140 ribu org asli yang dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan juga Melayu Proto. Suku kaum Mahmeri, dari kumpulan Senoi adalah antara pribumi yang turut menghasilkan ukiran kayu. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, mahmeri memberi maksud bersisik. mereka juga dikenali sebagai orang laut. sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di Pulau Carey, Selangor. Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam

masyarakat Mahmeri dan mereka turut dikenali sebagai pengukir yang mahir. Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ada di antara ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan UNESCO. Kehebatan seni ukiran ini dapat dilihat melalui ukiran yang dihasilkan oleh Encik Pion ak Bumbong yang lebih mesra dengan panggilan Pak Pion. Minat yang mendalam terhadap seni ini telah membawa Pak Pion mempelajari kemahiran serta teknik pengukiran dari pengukir sebelumnya. Kepakaran dan ketelitian kerja Pak Pion boleh dilihat dari peringkat awal proses ukiran iaitu semasa pemilihan asasnya.

17

Serunai
Serunai adalah sejenis alat muzik dalam kumpulan muzik tradisional Melayu dan merupakan salah satu daripada alat utama dalam persembahan wayang kulit Kelantan. Badan serunai berbentuk kon dan terdiri daripada tiga bahagian yang diperbuat daripada kayu. Panjang badannya adalah di antara 12 - 18 inci dan mengandungi 7 lubang petik di atas dan satu lubang jerit di bawah.

Sumpit Sarawak
Sumpit adalah sejenis peralatan memburu yang sering digunakan oleh masyarakat pribumi Sarawak sedikit masa dahulu. Terdapat kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai sasaran dari jarak jauh di samping tidak mencemarkan alam sekitar. Bahan utama di dalam proses pembuatan sumpit adalah daripada kayu. Kayu dipilih mengikut kualiti dan mutu biasanya daripada kayu jenis "Belian". Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan memerlukan kepakaran untuk menebuk

kayu yang telah dipilih.

Ukiran Halus
Seni ukiran yang terdapat pada senjata Melayu khasnya memperlihatkan rekacorak dan kehalusan seni ukiran Melayu. Penghasilan produk halus seperti hulu keris dan sarung keris ini bukan sahaja dihargai malahan ianya membawa pengertian falsafah yang tinggi nilainya. Bagi menghasilkan ukiran yang bermutu, penelitian dan penumpuan serta pemilihan bahan mentah yang sesuai dititikberatkan.

18

Hasil Rimba
Seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan lain-lain lagi.

Anyaman

Daun Serdang

19 Rinago

Rombong

Rotan

20 Tempurung

21

Anyaman
Anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman. Anyaman yang dihasilkan daripada bahan hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah. Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata. Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Malaysia yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia

22

Daun Serdang
Produk kraftangan anyaman daun serdang banyak dihasilkan di Daerah Kota Belud oleh suku kaum Bajau. Pada asalnya ia digunakan untuk menutup makanan dan dikenali sebagai Tenduang dalam bahasa Bajau yang bermakna Tudung Saji. Kraftangan ini juga dihasilkan oleh suku kaum Brunei di Daerah Kuala Penyu yang mempunyai fungsi yang sama dan juga dipanggil Tudung Saji.

Tudung Saji atau Tenduang suku kaum Bajau Kota Belud mempunyai corak berjalur yang berwarna warni sementara suku kaum Brunei tidak mempunyai corak berjalur.

Anyaman Daun Serdang ini juga boleh dibuat produk lain seperti alas pinggan, bakul hamper, dan sebagainya.

23

Rinago
Kraftangan Anyaman Rinago (ribu ribu) adalah sejenis anyaman yang banyak dihasilkan oleh suku kaum Rungus di Daerah Kudat. Ianya juga dikenali sebagai Lingkong dalam bahasa Rungus. Ribu ribu atau nama saintifiknya Lygodium adalah sejenis tumbuhan paku pakis menjalar yang tumbuh di kawasan belukar. Bagi membuat produk kraftangan ribu ribu dianyam dengan rotan atau buluh bagi membuat produk kraf yang dikehendaki. Antara produk kraf tardisional yang dihasilkan daripada riburibu adalah seperti gasing, tinompok dan selapak. Walaubagaimanapun ianya boleh diperluaskan kegunaannya dengan dijadikan produk-produk kraf lain seperti alas pinggan, alas gelas, bekas buah, bakul dobi, bekas gula gula dan sebagainya.

24

Bahan & Peralatan Pembuatan Anyaman RibuRibu
BAHAN & PERALATAN

Parang

Tudung Tin Tudung tin yang ditebuk dalam ukuran yang sesuai untuk menjangka ribu-ribu mengikut saiz yang dikehendaki.

Pisau Lipat Pisau lipat atau sebarang jenis pisau yang sesuai untuk meraut tibu-ribu.

25

Kayu Pembaris Kayu pembaris untuk mengukur ribu-ribu.

Cara Memproses Ribu-Ribu
CARA MEMPROSES RIBU-RIBU Batang ribu-ribu serta akarnya dicabut. Daun-daun dan bahagian hujung (pucuk)nya dipotong. Ribu-ribu dibelah sedikit dengan pisau kepada dua atau tiga bahagian mengikut ukuran. Bagi ribu-ribu yang agak matang, belahan dimulakan daripada hujung ke pangkal, sementara ribu-ribu yang agak muda dibelah daripada pangkal hingga ke hujung. Seterusnya belahan dibuat dengan hanya menggunakan ibu jari. Benda tajam seperti pisau adalah tidak sesuai kerana menyebabkan belahan tidak seimbang, mudah putus dan rosak. Setelah belahan hampir ke hujung atau pangkal, empulur akan ditarik keluar. Ribu-ribu kemudian digantung dan dijemur di tempat yang teduh hingga agak kering. Ribu-ribu yang terlalu kering akan mengakibatkan kulit ribu-ribu menjadi kecut dan mudah patah bila dianyam. Ia juga perlu dielakkan daripada terkena air sebelum digunakan agar ia tidak mudah bertukar kepada warna hitam. Ribu-ribu yang telah kering seterusnya diraut dengan pisau. Helaian ribu-ribu kemudian dijangka mengikut saiz yang dikehendaki dengan memasukkannya melalui lubang tudung tin yang ditebuk.

26

Rombong
Seni anyaman Rombong merupakan satu seni kraftangan yang menghasilkan bakul serbaguna yang diperbuat daripada mengkuang. Seni ini sangat terkenal di kalangan kaum wanita negeri Melaka. Rombong boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan mengandungi motif-motif yang memaparkan saling berkaitan antara alam sekitar dan manusia. Kewujudan rombong adalah sebahagian hasil kemahiran kraftangan yang dipusakai sejak zaman berzaman. Melalui kemahiran tangan dan ilham daun mengkuang dianyam dengan teknik "anyaman gila"sehingga membentuk sebuah bakul serbaguna. Kemahiran dan kreativiti tukang anyam terserlah di dalam penghasilan rekacorak dan saiz yang variasi. Keindahan warisan ini memaparkan hubungkait alam sekitar di dalam kehidupan yang manusia seharian. alam Penggunaan motif-motif berteraskan

semulajadi seperti flora dan fauna menjadi sumber inspirasi di dalam penghasilan bakul rombong. Rombong boleh didapati dalam bentuk bujur telur, potong wajik, tiga segi, empat segi dan bulat. Ianya juga terdapat dalam set susunan tiga atau lima biji pada bentuk yang sama tetapi berlainan saiznya. Gabungan sulaman dan anyaman rombong ini menampakkan keindahan dan kehalusan seni khazanah bangsa. Tidak hairanlah nilai estetika pada bakul rombong ini dikagumi dan diminati oleh masyarakat setempat dan para pelancong.

27

Proses Pembuatan Anyaman Rombong
PROSES PEMBUATAN ANYAMAN ROMBONG

Pemilihan dan Pemotongan Daun mengkuang yang sesuai dipilih dari jenis yang baik.

Melayur Daun Daun mengkuang dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan. Ia dilakukan untuk menjadikan daun itu lembut dan tahan lama. Di samping itu ia dapat memudahkan proses menjangka.

Menjangka Daun mengkuang dibelah dengan bilah yang sama saiz dengan menggunakan jangka.

Merendam Daun-daun tersebut digulung dalam satu ikatan untuk direndam dalam suatu ikatan untuk direndam di dalam air biasa selama 2 hari. Semasa rendaman, air akan ditukar sebanyak ditukar sebanyak dua kali sehari. Rendaman ini dilakukan untuk melunturkan warna asal daun.

28

Menjemur Setelah direndam, daun-daun tersebut akan dijemur sehingga menjadi putih kekuningan. ini dilakukan bagi memudahkan proses melurut.

Mewarna Daun-daun mengkuang yang telah kering dicelup ke dalam pencelup warna mengikut kesesuaian rekacorak rombong. Selepas diwarnakan, ia akan dikeringkan di bawah sinaran matahari.

Melurut Proses melurut dilakukan bagi menjadikan daun mengkuang cantik dan tetap kembang. Sekiranya proses melurut tidak dilakukan, daun akan menjadi keras dan sukar dianyam.

Menganyam Proses menganyam bermula dengan membuat "Pusat Belanak" iaitu menganyam enam helai daun secara jelujur dan melintang. Helaian daun yang ditambah serta bilangan langkah anyaman menentukan saiz sesebuah rombong.

Menaja Jalinan daun dianyam sehingga membentuk tapak yang berbentuk bulat. Bingkai yang diperbuat daripada kulit pelepah disisip ke tapak rombong untuk memperkuatkan tapak yang telah dianyam. Seterusnya anyaman dinaikkan ke atas untuk membuat badan bakul.

29

Sulam/Mencolek Bunga Alat penyisip disisipkan bersama daun berwarna sehingga menembusi sebahagian bawah anyaman sambil meninggalkan kesan sisipan pada rombong. Setelah siap, bahagian tudung atau penutup rombong dianyam serupa seperti bahagian badan rombong.

30

Bahan Mentah & Peralatan Pembuatan Rombong
BAHAN MENTAH & PERALATAN PEMBUATAN ROMBONG Mengkuang Bahan asas semulajadi ini sering terdapat di kawasan berpaya dan berpasir.

Parang Digunakan untuk memotong daun-daun mengkuang dari pokoknya.

Pisau Tulang belakang daun mengkuang diraut dan dibuang dengan menggunakan pisau.

Jangka Dikenali juga sebagai sisir kayu bermata tajam. Digunakan untuk memotong atau membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah. Penyisip Diperbuat daripada buluh dan digunakan semasa sisispan dilakukan di peringkat anyaman.

31

Rotan
Rotan merupakan bahan utama membuat bakul. Terdapat berbagai-bagai jenis rotan yang boleh digunakan untuk dijadikan bakul. Di antaranya ialah rotan sega. Terdapat juga rotan-rotan lain yang telah dibentuk seperti rotan isi atau dikenali sebagai rotan pulor, rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak bakul yang dikehendaki. Jalinan warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik. Penyediaan Bahan dan Peralatan Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerjakerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut: • • • Rotan pulor 2mm - digunakan untuk membentuk jalinan di permukaan bakul. Rotan pulor 3mm - digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul. Rotan sega - digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai. Manakala peralatannya pula terdiri daripada penebuk, plier memotong, plier lonjong, pisau, pembaris atau pengukur, penukul besi dan gunting besi. Proses Menganyam Bakul Terdapat 3 peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan bakul, iaitu: • • Tapak bakul Badan bakul

32 • Bingkai / Tangkai bakul

Sebelum peringkat-peringkat ini dimulakan, perlulah dikenalpasti rekaan bakul yang meliputi ukuran tinggi, lebar, ukuran garispusat dan bentuknya.

Cara-cara Menganyam Bakul
• Tapak Bakul

Penyediaan tapak bakul bermula dengan potongan-potongan rotan berukuran 3mm dan panjangnya dianggarkan 3 kali daripada ketinggian ukuran bakul. Rotan berukuran 2mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke salah satu bucu asas tapak tersebut. Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik sepertimana yang telah dibuat sebelum ini, sehinggalah mencukupi ukuran tapak yang diperlukan. Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 900 untuk dijadikan bahan. • Badan Bakul

Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 3 serentak berpintal, iaitu menggunakan 3 rotan untuk dijalinkan sekali. Ketika proses ini, pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 900 lurus tiang rangka. Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain. • Bingkai Bakul

Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapatkan bingkai yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garispusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku kecil. Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutupi bingkai bakul. Bagi tangkainya pula, rotan sega yang telah dibentuk dan diukur, hujungnya diraut hingga nipis. Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi sepertimana yang dilakukan kepada bingkai tadi. Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya. Bakul rotan yang telah siap akan di buang bulu-bulu rotannya. Kebiasannya api digunakan untuk membuangkannya. Setelah itu bolehlah bakul tersebut digunakan atau dijual.

33

Tempurung
Kraf tempurung merupakan salah satu di antara terbuang yang diperkenalkan. Setiap peringkat dalam proses membuat kraf tempurung hendaklah menitikberatkan tentang kawalan mutu supaya dapat menghasilkan keluaran yang cantik, eksklusif dan bermutu. Bahan Utama: Antara bahan-bahan utama yang diperlukan ialah tempurung tua dan tempurung muda dengan pelbagai ukuran (mengikut rekaan yang diperlukan). Kayu Jelutong digunakan sebagai tapak. Kulit rotan dililitkan di kulit tempurung sebagai hiasan dan untuk kelihatan kemas lagi. Tawas diperlukan sebagai bahan pengawetan. Bahan lain yang digunakan ialah pewarna.

34

Peralatan Pembuatan Seni Kraf Tempurung
· 'Bench Drill' Alat ini digunakan bersama-sama peralatan berikut: - 'Drill bits' untuk menebuk lubang - 'Steel brush' untuk membersihkan bahagian dalam tempurung - Parut kelapa, untuk memarut isi kelapa. · 'Air-drum Sander' Alat untuk melicinkan permukaan tempurung dengan menggunakan berbagai-bagai gred kertas pasir mengikut proses tertentu. Contohnya: - Gred 80 untuk mengikis saki baki sabut - Gred 150 untuk melicinkan permukaan - Gred 180 pelicinan peringkat akhir. · 'Cutting Disc Machine' Alat untuk memotong tempurung. · 'Air-Compressor' Alat penyemburan 'lacquer' dan pewarna.

35

Proses pembuatan kraf tempurung
Penyediaan Barangan Separuh Siap Bahagian mulut tempurung dipotong dan isi kelapa dibuang. Kemudian direbus dengan tawas selama 1/2 jam setiap satu bagi tujuan pengawetan. Selepas dikeringkan, tempurung tersebut dilicinkan dengan menggunakan 'air-drum sander' Bahagian dalam dibersihkan dengan menggunakan 'steel brush' yang dipasangkan pada 'bench drill'. Bahagian tapak pula diratakan sebelum ditampal dengan papan jelutong. Akhir sekali, pastikan semua bahagian tempurung dilicinkan dengan 'air-drum sender' menggunakan kertas pasir halus gred 180. Penyediaan Barang Siap Tempurung yang telah diproses bolehlah dijadikan berbagai-bagai barangan siap dengan menggunakan teknik-teknik berikut: Teknik Melukis • Dalam teknik ini, langkah pertama ialah pemilihan motif yang dikehendaki. Kemudian lakaran dibuat di permukaan tempurung. Ruang-ruang yang telah dilakarkan disapu warna berdasarkan citarasa sendiri sebelum diperkemaskan lagi dengan semburan 'clear lacquer'. Teknik Menampal Daun Getah • Daun getah yang telah diproses (tinggal rangkanya sahaja) ditampal di atas permukaan tempurung tua (dark brown) dengan menyapu gam (metylan 9 wallpaper glue) pada sebelah bahagian daun. Setelah gam kering, tempurung tersebut disembur dengan 'clear lacquer' bagi menutup daun daripada rosak. Daun ini boleh juga dicelup dengan berbagai-bagai warna untuk memberikan corak yang menarik. Teknik Semburan Warna • Tempurung disembur dengan pewarna jenis 'enamel' menggunakan 'air-brush'. Kemudian tempurung tersebut direnjis dengan 'thinner' menggunakan berus gigi. Bahagian yang tekena 'thinner' menanggalkan warna dan ini secara tidak langsung menimbulkan satu jalinan warna atau

36 corak yang menarik. Apabila cat/pewarna kering, keseluruhan tempurung disembur dengan 'clear lacquer' bagi kemasan terakhir.

Antara barangan yang boleh dibuat daripada tempurung adalah seperti bekas serbaguna, bekas pensil, rak surat, rantai kunci, perhiasan wanita, tabung duit, 'buckle' untuk beg tangan dan pemegang kipas.

37

Hasil Tanah
Seni kraf berasaskan tembikar, kristal, kaca dan batu marmar.

Pasu Iban

Tembikar Labu Sayong

38

Pasu Iban
Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau. Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup masyarakt suku kaum Iban.

39

Tembikar Labu Sayong
Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-berzaman dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untukmenghasilkan satu rupabentuk yang sungguh berseni dan unik. Tembikar yang lebih dikenali sebagai Labu Sayong berwarna hitam banyak terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Sayong, maka tergambarlah keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman. Wujudnya labu hitam ini dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Suatu masa dahulu, labu hitam adalah alat penting yang digunakan sebagai bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Ia juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni. Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.

40

Peralatan Pembuatan Labu Sayong
PERALATAN YANG DIGUNAKAN Penepek Sebatang kayu digunakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

Sudip Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.

Pengukir Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasanhiasan pada labu.

Batu Luru / Licin Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

41

Pinggan Ayan / Piring Capah Berfungsi sebagai roda pemutar.

Proses Pembuatan Labu Sayong
Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah. Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut. Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar. PROSES PEMBUATAN LABU SAYONG

Menyediakan Tanah Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-ketul batu yang ada. Setelah nyata bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

42

Membentuk Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Menghias Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

43

Membakar Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar. Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

44

Logam
Seni kraf berasaskan besi, emas, perak, pewter, tembaga dan lain-lain lagi

Filigree

Pandai Besi

45

Tembaga

Filigree
Seni pertukangan perak adalah satu daripada cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga Barangan perak yang dihasilkan terbahagi kepada 3 jenis iaitu: • • • • Barang-barang kasar (serbaguna) Barang-barang dapur seperti pinggan mangkuk, teko dan sebagainya. Barang-barang filigree seperti aksesori wanita dan cenderahati. Barang-barang perhiasan ikatan permata.

Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung disebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif bunga-bungaan terdapat dalam pertukangan perak filigree seperti bunga matahari, bunga cempaka, bunga orkid, bunga mawar dan lain-lain motif moden dalam rekacorak pertukangan barangan filigree.

46 Rekaan motif pada barangan perak filigree bukan sekadar hiasan sahaja tetapi juga adalah manifestasi falsafah budaya Melayu melalui hasil cipta yang penuh simbolik.

47

Penggunaan & Fungsi Filigree Penghasilan barangan perak filigree tidak sahaja untuk kegunaan perhiasan diri, malah dibuat dalam bentuk cenderahati, hiasan pada alat senjata dan alat kebesaran diraja. Barangan eksklusif seperti anting-anting, rantai leher, kerongsang, kancing baju kebaya dan replika wau semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan menarik minat pelancong luar negeri.

Proses Pembuatan Filigree
Keindahan barangan perak filigree terpancar pada kehalusan dan kerumitan corak serta pemilihan motifnya. Proses pembuatan filigree dilakukan peringkat demi peringkat seperti dibawah. TEKNIK PEMBUATAN FILIGREE

Melebur Butir-butir perak dileburkan di dalam 'crucible' (mangkuk pijar) dan diproses menjadi batang perak, iaitu hasil tuangan perak mentah kedalam 'igoumould' (besi penuang).

Memesin Dawai Batang perak itu dimasukkan kedalam mesin dawai untuk proses meleper dan menjadikannya dawai-dawai perak mengikut saiz yang dikehendaki.

48

Menarik Dawai Dawai perak ditarik menggunakan playar pada mesin tarik dawai mengikut saiz.

Memintal Dawai Proses memintal dawai dilakukan dengan menggunakan kemahiran tangan berlapikkan sekeping papan kecil. Proses ini diulang berkali-kali dengan diselangi kerja menyepuh dawai.

Menggulung Dawai Dawai pintal yang bergerigi (filigree) digulung dengan penyepit, dibentuk menjadi leper dan bujur.

Membentuk Bingkai Dawai perak dibentuk seperti yang dikehendaki di atas persoalan (acuan bingkai) yang telah siap disediakan. Kerja-kerja membentuk bingkai dibuat satu persatu.

49

Pengisian Dawai Setelah siap keseluruhan bentuk bingkai, dawai pintal (filigree) tersebut dimasukkan kedalam bingkai perak satupersatu dan dipateri supaya tidak tanggal daripada lilitan perak di sekelilingnya.

Memateri Stigma diletakkan ditengah-tengah kuntum bunga, dan hujung kelopak tadi dibentukkan dengan tangan supaya menjadi bunga.

Merebus Barangan filigree direbus dalam menghilangkan segala kekotoran. air tawas untuk

Memberus Barang filigree kelihatan indah dan bersinar setelah diberus dengan berus dawai tembaga halus dan air sabun.

Ujian Mutu Produk terakhir filigree yang menepati piawaian iaitu yang mengandungi 92.5% perak ditanda pengesahan (Hallmark) pada barangan.

50

51

Pandai Besi
Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut. Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif dan ragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan kepakaran "Pandai Besi" itu sendiri.

Peralatan Pembuatan Senjata Besi

52

• Musang Alat yang paling penting dalam pertukangan besi. 'Musang' diperbuat daripada kayu dan berbentuk seperti tong panjang. Ini berfungsi untuk mengepam dan menghembuskan angin yang terperangkap masuk ke dalam saluran dapur. 'Musang' ini juga akan menentukan bekalan angin cukup diperolehi ketika kerjakerja menempa besi. Ia dikenali sebagai 'kelubung' di Perak dan 'hembusan' di Kelantan. • Andas Andas merupakan landasan yang diperbuat daripada sekeping besi tebal berbentuk jongkong timah dan dilekatkan di atas seketul kayu yang tinggi. Ia digunakan sebagai tempat mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas. • Lepa Lepa adalah sejenis alat pemotong besi. Bentuk matanya kelihatan seperti pahat yang disepitkan di antara dua keping buluh dan diikat kemas-kemas. Tukul besi digunakan untuk mengetuk lepa pada besi panas. • Tukul Ia digunakan untuk menempa alat-alat besi yang nipis matanya. Manakala tukul puting berbentuk empat persegi digunakan untuk memasukkan puting parang ke dalam hulunya. • Kikir Kikir ini mempunyai pelbagai saiz. Ianya digunakan untuk melicin dan menghaluskan mata senjata yang telah dibentuk. • Penyepit Penyepit digunakan untuk memegang besi yang panas semasa kerja-kerja menempa dijalankan. • Penyepuh Tong kayu yang berukuran 91.44sm panjang, 30.48sm lebar dan tinggi serta diisi dengan air. Digunakan untuk menyepuh alat-alat besi yang telah ditempa, diketuk dan dikikir supaya menjadi sejuk, tajam, kukuh dan tahan lama. • Penangi Kegunaan alat ini adalah untuk membentuk temin supaya menjadi bulat dan sesuai dengan bentuk hulu. • Jara Sila Jara Sila digunakan untuk membuat lubang pada hulu. • Temin Temin ini diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan alat-alat besi di pangkal hulu. Temin diperolehi daripada pembelit pada tong kayu. • Arang

53 Digunakan sebagai bahan api untuk membakar.

54

Teknik Pembuatan Senjata Besti
Secara umumnya proses pembuatan senjata seperti keris dan kelewang chalung adalah sama iaitu proses menempa hingga membentuk mata besi. Tetapi keris mempunyai sedikit kelebihan dari segi pembuatannya. • Proses Menempa

Besi dibakar dan diketuk secara berturut-turut sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan lagi dan digodam berulang kali. Ini berterusan sehingga bentuk mata seperti mata keris atau kelewang mula terbentuk. • Membentuk 'Belalai Gajah'

Membentuk 'belalai gajah' yang menyerupai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. 'Belalai gajah' ini diketuk selepas di bakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. • Proses Mengikir

Proses mengikir adalah bertujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata senjata. • Proses Menyepuh

Senjata yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan secara melintang ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Ia akan dilakukan secara berulang kali. • Proses Menghasilkan Pamur

Alat senjata yang telah siap dikikir direndam ke dalam campuran larutan cuka getah dan air. Kemudian dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa. • Jenis-jenis Hasilan Pandai Besi

Terdapat pelbagai alat yang dihasilkan oleh Pandai Besi. Kebanyakan barang-barang yang dihasilkan merupakan alat-alat senjata dan alat-alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antaranya ialah keris, kelewang chalung, pedang, kerambit, golok, cangkul, lembing dan sebagainya.

55

Tembaga
Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia. Di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai bermula sejak zaman pra-sejarah. Menurut sejarah, penggunaan tembaga dalam proses pembuatan barangan seni telah dibawa masuk oleh masyarakat Funan apabila berlaku kekacauan di negeri tersebut. Menurut sejarah, teknik pembuatan barangan tembaga secara tuangan berasal dari Funan pada zaman DongSon. Apabila berlaku kekacauan di negara tersebut, satu penghijrahan telah berlaku. Masyarakat Funan dipercayai berhijrah sehingga Tanah Melayu membawa bersama kemahiran yang ada. Seni kerjatangan tembaga masih giat dijalankan terutama di Terengganu. Teknik pembuatan masih dikekalkan walaupun penggunaan beberapa peralatan baru diperkenalkan. Barangan yang dihasilkan melalui teknik tuangan ini seperti tepak sireh, kaki lilin, tempat bara, pahar dan sebagainya.

56

Tekstil
Seni kraf yang meliputi batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain.

Batik

Kain Sulaman Pis

57

Seni Telepuk

Songket

Sulaman Nyonya

58

Tenunan Dastar

Tenunan Pua

59

Batik
Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak. Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan. Jenis-Jenis Batik Batik Blok Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam

60 pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.
Batik Canting

Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif. Batik Skrin Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

61

Batik Blok

Bating canting

62

Batik Blok
Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri. Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, Salah satu teknik ialah Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur.Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat daripada kepingan keluli mula mengambil alih tugas blok kayu sebelumnya. Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus buatannya. Blok-blok khas disediakan untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain, Kapit Kain dan Badan Kain.

63

Kegunaan Kain Batik Blok Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik sarung dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik. Motif dan Rekacorak Hiasan Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai susunan dan tataletak, seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.

64

Batik Skrin
Batik merupakan salah satu bidang Kraftangan Tradisional yang unggul di Malaysia. Corak dan kombinasi warnanya yang segar dan sentiasa mengikuti arus perkembangan semasa tanpa mengabaikan ciri-ciri tradisi, telah beriaya memikat hati para pengguna dari dalam dan luar negeri. Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di Malaysia. Hasil-hasil batik di Malaysia tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran seni kerjatangan yang kreatif di kalangan tukang-tukang batik tempatan. Terdapat beberapa cara dan teknik menghasilkan batik. Pada asalnya, batik dihasilkan melalui proses penerapan bahan lilin dan pencelupan warna. Dua teknik utama yang menggunakan lilin dan pewarna ialah Batik Conteng dan Batik Blok.Terdapat satu lagi teknik yang agak unik iaitu Batik Cetak Sutera Saring atau dikenali sebagai Batik Skrin. Batik Skrin dipercayai telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan, di mana teknik penggunaannya dikatakan telah dibawa masuk daripada negeri Siam pada awal tahun 1900. Kegunaan Kain Batik Skrin Kain batik jenis cetak skrin ini amat popular di kalangan kaum wanita tempatan. Kain batik sarung merupakan yang paling banyak dan sesuai dihasilkan melalui teknik cetakan skrin ini. Selain dijadikan pakaian, kain Batik Skrin sesuai dibuat topi, beg, alat aksesori wanita dan sebagainya. Motif dan Rekacorak Hiasan Tumbuh—tumbuhan, binatang dan unggas, terutamanya bunga, kupu—kupu dan burung merupakan motif—motif yang sering menjadi pilihan pencipta-pencipta batik untuk dijadikan corak dan ragamhias pada kain Batik skrin.

65

Proses Pembuatan & Alatan Batik Skrin
Alat-alat Yang Diperlukan Skrin • Diperbuat daripada bingkai kayu yang berukuran 50 inci lebar x 90 inci panjang. Kain jenis poliester digunakan sebagai kain pemidang. Di atas kain pemidang inilah motif dan rekacorak batik dilukis. Setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja. Kadang-kadang 5 atau 6 skrin diperlukan untuk menghasilkan sehelai kain batik cetak sutera saring. Sekuji • Alat yang digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin. Ia diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya. ‘Funnel Pen’ • sejenis alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong (kon). Ia digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin. Meja pengecap • Digunakan sebagai alas untuk kerja-kerja mencetak. Saiznya dibuat sama mengikut saiz bingkai skrin. Kuali/bekas • Untuk merendam dan membersihkan kain.

Pengukus • Digunakan untuk proses Pengwapan iaitu proses mengekalkan cetakan warna pada kain.

66

Bahan-bahan yang diperlukan Kain Putih • Kain jenis kapas dan berukuran sama dengan saiz pemidang.

Bahan ‘lacquer’ • Sejenis campuran bahan ‘thinner’ dan ‘emulsion’ yang dimasukkan ke dalam ‘Funnel Pen’ untuk melukis corak pada skrin. Bahan ini akan bertindak seperti lilin iaitu menghalang bahan pewarna daripada meresap di bahagian-bahagian yang telah ditutup dcngan ‘lacquer’. Bahan Pewarna • Jenis ‘Reactivc’ dan ‘Pigment’ dye.

Proses Pembuatan 1. Funnel Pen’ yang diisi dengan bahan ‘lacquer digunakan untuk membentuk corak dan motif / batik, dalam bentuk stensil skrin, di atas , kain pemidang skrin. Bahagian yang ingin dicetak dengan sesuatu warna tertentu akan dibiarkan kosong dan bebas daripada bahan ‘lacquer’. 2. Setelah kesemua skrin yang diperlukan siap, sehelai kain putih dibentangkan di atas permukaan meja mencetak. Kain hendaklah tegang dan rata supaya warna dapat dicetak dengan rata. 3. Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi

67

4. Sedikit bahan pewarna dituangkan pada bahagian hujung skrin dan dengan menggunakan alat ‘sekuji' bahan pewarna dapat disapukan dengan licin dan rata. Proses cetakan saring ini dilakukan berulang kali menggunakan skrin yang berasingan untuk warna dan corak yang berasingan. 5. Kain-kain yang telah siap dicetak akan dijemur sehingga kering dan seterusnya proses ‘Pengewapan’ akan dilakukan pada kain supaya warnaanya tidak mudah luntur atau pudar. 6. Selepas itu kain-kain direndam dan dibersihkan di dalam air panas suam yang bercampur ‘BioSoft’ (bahan pelembut), untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain. 7. Akhirnya,kain dijemur sehingga kering.

68

Bating canting
Batik,

memang sudah terkenal sebagai salah satu kraftangan tradisional yang unggul di

bidang

Malaysia.Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu, yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan yang tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya melambangkan satu kemahiran kerjatangan yangg unik dan kreatif di kalangan tukang-tukang batik tanah kita. Kini, batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, malah ia turut digemari dan popular di kalangan pelawat-pelawat asing yang datang dari luar negeri. Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin, dan satu lagi teknik membatik yang begitu popular dewasa ini ialah Batik Canting. Kegunaan Kain Batik Canting Kain Batik Canting amat digemari oleh peminat-peminat fesyen pada hari ini. Ia dapat dipadankan dan disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut arus peredaran zaman. Selain dijadikan pakaian, kain Batik Canting sesuai dibuat selendang, skaf, beg tangan, alas tilam, selimut, hiasan dinding, sarung kusyen dan berbagai—bagai jenis barang kegunaan seharian yang cantik dan menarik.

69

Motif dan Rekacorak Hiasan Warna-warna yang segar dan eksklusif serta motif-motit yang dihasilkan melalui lakaran bebas, merupakan satu ciri keistimewaan tersendiri yang terdapat pada kain Batik Canting. Motif-motif yang sering menjadi tumpuan rekacorak hiasan kain batik contcng adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan, bunga, unggas dan corak-corak moden yang abstrak.

Kain Sulaman Pis
Kain Sulaman Pis adalah sejenis kain yang berukuran lebih kurang satu meter persegi yang mempunyai dua belah atau bahagian yang disulam dengan motif yang berwarna warni. Kebiasaanya kain ini dilipat dan dipakai sebagai ikat kepala lelaki bagi suku Kaum Rungus. Ia merupakan sejenis kerja tangan sulaman suku kaum Binadan dari Daerah Kudat. Ianya diusahakan oleh kaum wanita sebagai kerja sambilan dan diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi. Kain Sulaman Pis ini dibuat dengan menggunakan kain kapas sebagai kain latar yang kebiasaan warna hitam dan oren atau hitam dan merah, atau merah dan oren atau kuning dan oren.Ianya berukuran lebih kurang satu meter persegi. Kain ini ditegangkan diatas pemidang. Secara tradisi motif yang diperlukan dilukis diatas kertas terlebih dahulu. Kemudian kertas yang mempunyai motif ditebuk dengan jarum bagi mendapatkan lubang lubang halus. Kemudian kertas bermotif berkenaan diletakan diatas kain dan ditaburkan dengan bedak diatasnya. Kertas kemudianya di alihkan dan didapati garisan garisan motif terbentuk diatas kain. Garisan corak atau motif yang terdapat dikain berkenaan menjadi panduan untuk menyulam. Garisan corak atau motif dimulakan dari sudut ketepi dan terus kebahagian tengah kain, ini adalah untuk mempastikan corak atau motif berada dalam keadaan seimbang pada semua sudut.

70 Apabila keseluruhan kain telah dilukis, kain sedia untuk di sulam. Sulaman dibuat mengikut motif yang dihasilkan dan dibuat dari tepi ke tengah. Apabila semuanya telah disulam ianya dicantumkan menjadikan ianya boleh digunakan kedua-dua belah permukaan kain. Pada masa sekarang garisan motif dilukis menggunakan kertas karbon atau dilukis tangan dengan menggunakan pensil. Benang kapas berwarna terang digunakan sebagai bahan motif, biasanya tidak melebihi tujuh warna. Bagi menyiapkan satu helai kain ini ianya mengambil masa sehingga tiga bulan bergantung kepada motif, warna dan saiz yang dihasilkan. Kebanyakan Kain Sulaman Pis ini dihasilkan oleh suku kaum Binadan, salah satu kelompok etnik Sulu dan Bajau di sekitar Kudat.

Seni Telepuk
Seni telepuk adalah satu bentuk seni tekstil Melayu yang hampir pupus. Kewujudannya dianggarkan bermula pada kurun ke-17 atau ke-18 dan dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi. Telepuk menurut sastera lama bermaksud bungabungaan dan lain-lain yang diperbuat daripada emas. Seni telepuk adalah proses menekap hiasan bunga menggunakan perada emas kepada kain sarung benang halus atau kain Bugis. Cara menghias kain ini menggunakan kepingan atau prada emas (serbuk berwarna emas) yang dilekatkan ke atas kain untuk diberikan motif. Kadangkala ada juga perada perak digunakan. Biasanya telepuk digunakan bagi menghias kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar bagi perempuan dan samping ataupun kain persegi bagi lelaki yang dijadikan tengkolok atau setanjak terutama ketika istiadat perkahwinan. Kain telepuk jika digayakan dengan betul amat menarik kerana pancaran kilauan cahaya perada emas menampakkan suatu keunikan kepada fabrik dan pemakaiannya.

71

Bahan & Peralatan Seni Telepuk
BAHAN & PERALATAN SENI TELEPUK

Kain Telepuk

Gam Arabic

Sudip

Blok Kayu

72

Perada Emas

Proses Menelepuk
PROSES MENELEPUK Menyapu Gam Gam Arabic dimasak dengan air. Setelah cair disapukan pada lengan dengan sudip buluh sehingga berbuih.

Menekap Acuan 1 Acuan yang telah direndam di dalam air dan dikeringkan akan ditekapkan pada pelekat gam yang ada di lengan. Proses ini mestilah teliti dan cermat supaya pelekat itu melekat rata pada acuan.

Menekap Acuan 2 Acuan yang telah dilekat dengan gam akan ditekap ke atas kain yang terbentang. Tangan yang stabil akan menghasilkan tekapan yang rata pada kain.

Menekap Perada Emas Perada emas yang berbentuk kepingan akan ditekapkan pada kain yang berpelekat tadi. Perada emas itu kemudiannya akan melekat pada pelekat kain tersebut.

73

Perolehan Corak Gosokan dengan tangan di atas pelapik kepingan akan menimbulkan corak seperti yang dikehendaki. Kertas pelapik perada akan ditinggalkan untuk mendapatkan corak yang sama.

74

Rekabentuk Kain Telepuk
Rangka dasar bunga yang dipilih ialah bunga pecah empat yang diolah menjadi bunga pecah enam dan pecah lapan. Konsep bunga pecah empat juga merupakan rekabentuk dasar bagi kebanyakan rekacorak dan motif dalam kraftangan Melayu terutama dalam tembikar, anyaman, songket dan tekat. Antara rekacorak telepuk yang disusun memenuhi permukaan kain ialah: REKABENTUK KAIN TELEPUK

Bunga pecah lapan dilengkapkan dengan dua helai daun dan putik dipuncak bunga. Seluruh motif disusun dengan garis yang berbentuk ruang pucuk memenuhi seluruh baju kurung labuh Riau hingga menampakkan kesan seperti susunan teluk berantai.

Motif seakan bunga cengkih disusun dalam bentuk bunga pecah empat angka (bahagian dalam dan kelopak). Motif ini juga disusun berantai dan di bahagian sudutnya disusun yang mengarah ke dalam motif utama. Motif ini disepuh ke atas kain tenunan sebagai kain ikat kepala.

75

Dari kain sarung dapat disenaraikan lebih dari enam rekabentuk berdasarkan dari motif bunga pecah empat yang berkembang menjadi pecah lapan, pecah enam. Gabungan ini disusun dengan cara saling berlingkar dan berurutan. Keharmonian dan makna simbolik motif ini dapat disusun dan disepuhkan ke atas permukaan kain.

Songket
Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan Tenunan lagi perkembangan mula tenunan tempatan. songket berkembang

dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga

76 seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

77

Motif Kain Songket
Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. MOTIF KAIN SONGKET Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

78

Teknik Pembuatan Kain Songket
Pada asasnya kain songket dihasilkan mengikut proses berikut: Mewarna benang, menerai, menganing,menggulung, menyapuk, mengarat, menyongket, menekat dan menenun. TEKNIK PEMBUATAN KAIN SONGKET Mewarna Benang Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering. Menerai Benang Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.

Menganing Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.

79

Menggulung Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung).

Menyapuk Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.

Menyongket Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.

Menekat Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.

80 Menenun Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Sulaman Nyonya
Sulaman nyonya adalah antara pengisian keharmonian budaya Malaysia. Sorotan sejarah menyatakan bahawa masyarakat baba nyonya telah berada di bumi ini sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Melaka yang ketika itu yang menjadi pusat perdagangan telah menggamit pelbagai bangsa untuk bertapak di situ termasuklah golongan baba nyonya. Kebolehan mereka menyerap dan menyesuaikan diri dengan budaya setempat menjadikan mereka unik. Keunikan hasil gabungan budaya setempat dan budaya negara asal mereka. Kini masyarakat baba nyonya berada di seluruh malaysia terutama di Pulau Pinang dan Melaka. Kehadiran mereka bersama kemahiran bersulam telah memperkayakan lagi khazanah seni kraf negara. Kekayaan seni kraf ini dapat dilihat melalui kebaya sulaman nyonya. Baju kebaya sulaman nyonya masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Keindahan sulam adalah mercu kepada kehalusan kerja tangan. corak-corak sulamannya juga menjadi sumber status dan menyerlahkan pemakainya.

81

Tenunan Dastar
Tenunan dastar merupakan tenunan asli Sabah yang terkenal dari suku kaum Bajau dan Iranun di daerah Kota Belud, Kudat dan Samporna. Kemahiran menenun kain dastar ini dipercayai telah dipelopori daripada Kota Batu, Filipina Selatan. Tenunan dastar biasanya digunakan oleh kaum lelaki sebagai tanjak (tengkolok) dan dipakai semasa upacara kebesaran atau majlis perkahwinan. Sebelum menenun, benangbenang dikanji dan dicelup warna terlebih dahulu. Kemudian, benang-benang tersebut diikat dan diberus dengan sabut kelapa untuk membersihkan daripada sisa-sisa kanji serta melicinkannya. Sejenis alat iaitu bekara, digunakan untuk menerai benang. Kemudian, lebar dan panjang kain yang hendak ditenun ditentukan melalui proses pangsud (menganing). Semasa proses pangsud, kerja-kerja penunggit (menyampuk) pada alat surud (gigi loseng) serta kerja bibitan (mengarak) dengan menggunakan benang nylon putih dilakukan secara serentak. Apabila selesai kerja mengarak benang, barulah proses menenun yang sebenar dapat dimulakan. Proses menenun ini dilakukan serentak dengan proses menyolek atau menyongket. Proses ini memerlukan kreativiti serta ketelitian penenun untuk menghasilkan tenunan yang menarik dan bermutu tinggi. Benang-benang yang beraneka warna pula digunakan untuk menenun rekacorak dan motif hiasan pada permukaan kain. Motif tenunan dastar biasanya berbentuk tumbuh-tumbuhan, binatang atau corak geometrik. Kini, tenunan dastar bukan sahaja digunakan untuk upacara kebesaran tetapi telah dijadikan dalam berbagai bentuk barangan seperti beg, bingkai gambar dan sebagainya.

82

Teknik Pembuatan Tenunan Dastar
TEKNIK ANYAMAN DASTAR

Benang kapas dikanji sebelum dicelup warna.

Proses menerai benang.

Proses menganing untuk menentukan lebar dan panjang kain yang hendak ditenun.

Proses memintal untuk menghasilkan benang loseng. Kayu cengal biasanya digunakan untuk memintal bagi memudahkan kerja-kerja menegang dan menyusun benang loseng supaya kemas dan teratur.

83

Proses menyapuk (penunggit) di mana benang lungsin diselit pada alat surud (gigi loseng).

Mengarat atau bibitan , iaitu melilit benang karat pada benang loseng.

Menenun sambil menyolek dilakukan sehingga siap.

Rekacorak dihasilkan ketika kerja-kerja menyolek.

84

Tenunan Pua
Kehalusan dan keindahan seni kraftangan Sarawak jelas terpancar melalui warisan pelbagai hasil kraftangan kaum etnik yang terdapat di Sarawak. Pua, tenunan ikat-lungsin yang diwarisi turun-temurun oleh suku kaum Iban memaparkan identiti dan pegangan kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup. Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yang terdapat pada tenunan pua cukup harmonis dan menarik. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambang makhluk seperti corak cicak (engkarong), buaya, lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainya memaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua. Namun demikian, penenun pua kini lebih tertumpu kepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan geometrik. Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan dangdong (kain selempang). Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

85

Alat Pua

86

Proses Menenun Kain Pua
PROSES MENENUN KAIN PUA Memproses Benang Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.

Menggulung Benang Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.

Menggirit Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.

Mengarap 'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.

87

Menegi Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.

Mengikat Motif (Pertama) Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan kelak.

Mencelup Warna (Pertama) Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.

Mengikat Motif (Kedua) Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.

88

Menenun Pua Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.

89

Rumusan
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah dapat menyelesaikan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan kerja kursus ini, banyak nilai dan pengetahuan yang kami pelajari. Antaranya ialah kami dapat mengetahui lebih dekat tentang kraftangan Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Selain itu, kraftangan juga adalah salah satu sumber ekonomi kepada Negara Malaysia. Kami berharap agar warisan kraftangan kita tidak hilang ditelan zaman. Kita harus mengekalkan kraftangan Malaysia kerana ia adalah salah satu keunikan Malaysia.

90

Rujukan
Buku Ilmiah Buku Teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Internet Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia http://www.kraftangan.gov.my . Sumber lain Perpustakaan SMK Dato’ Bentara Luar, Jalan Lim Yew Leong, 83007, Batu Pahat, Johor.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->