You are on page 1of 44

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.

com 09

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga memberi manfaat kepada saya. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Amir Hamzah Bin Yaakub yang telah banyak memberi garis panduan kepada saya berkenaan proses untuk menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan padu kepada saya. Tanpa sokongan dari mereka tidak mungkin saya dapat menjejakkan kaki setinggi sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan seperjuangan lain kerana banyak berkongsi maklumat sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya berharap pihak pensyarah dapat menilai kerja kursus saya ini dengan baik dan memberi tunjuk ajar kepada saya. saya

menyiapkan kerja kursus GERKO ping pong ini. Sememangnya kerja kursus ini banyak

Yang Benar :

MOHAMAD AIYAD BIN RAMLI

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

1.0

PENGENALAN KEPADA PING PONG Permainan ping pong atau table tennis adalah satu sukan yang dimainkan oleh

dua atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai bats atau paddles) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.

1.1 peralatan Pingpong

Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

1.2 Perlawanan Pingpong Sedang Berlangsung

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

2.0 2.1

SEJARAH & PERKEMBANGAN PING PONG Sejarah & Perkembangan Di Dunia Pada mulanya permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang

digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak dan bentuk permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenal sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu. Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mula memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff, Flim Flam dan Table Tennis.

2.1 Bola Mainan Seluloid yang Disalut Getah yang dibawa balik oleh James Gibb

Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong pun dicipta. Ia diambil daripada bunyi ping apabila bet bertembung dengan bola dan bunyi pong terhasil akibat dari bunyi bola melantun di meja permainan. Dan sekali lagi James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque Ltd. bahawa nama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka. Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia. Persatuan Pingpong (The Pingpong Association) telah dibuka.

2.2 Meja Pingpong Keluaran Gossima yang mempunyai jaring penghadang setinggi 30cm di tepi kiri dan kanan meja

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat perhatian serius masyarakat dunia. Pemain-pemain eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet. Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan. ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body)

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju (fast attacking speed and spin). Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen-holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja. Dalam tahun 1970an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula, pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia. Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai salah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

tahun 1988. Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhir perseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia. Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkat benua, iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan tersebut terdiri dari : 1. African Table Tennis Federation 2. Asian Table Tennis Union 3. Europian Table Tennis Union 4. South American Table Tennis Confederation 2.2 Perkembangan di Malaysia Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara. Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan permainan pingpong dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi ringan. Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, dan sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil. Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40 buah negara bagi wanita. Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia. Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato Michael Chen telah dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia. Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi. Sejak tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

3.0

PERALATAN PERMAINAN Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan

dengan teliti dan teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu).

3.1 Meja Pingpong dan peralatannya Yang lain

3.1

Meja Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang

dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

3.2

Bola

3.2 Bola Pingpong Berbintang 2

Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal. 3.3 Jaring

3.3 Jaring bagi Permainan Pingpong

Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan. 3.4 Bet

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa kini, sehingga untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti. Bet berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan. Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya. Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan maksimum ke atas pukulan kita.

3.4 Bet atau raket Permainan Pingpong

3.5 Jenis Getah pada Bet Pingpong

Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus membenarkan keselesaan dan bersesuaian dengan corak permainan kita. Sesuatu bet serba boleh adalah diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan getah. Getah yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah getah terbalik reverse yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di bawah dan diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah berbintik keluar

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

(pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.

Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh melebihi 4 mm. Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu digunakan pada salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang dicelup tetapi bukan dicat. Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik pendek dan bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak sekuat putaran getah terbalik. Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987. Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas dan memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal dengan baik. Seorang pemain pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea Utara dan beliau sekarang mewakili Great Britain. 3.5 Pemain & Pakaian Seperti yang dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara perseorangan lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Pakaian untuk seorang pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut. Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

yang diwakilinya. Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu permainan.

3.6

Kawasan (Arena) Permainan Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar,

seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satusatu gelanggang. Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75 cm. lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak kurang dari 4 meter dari lantai. Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium tertutup yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan pingpong sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf dunia.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

4.0 4.1

CARA BERMAIN Pengenalan Permainan pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan

atau beregu dan sama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita sahaja atau campuran (lelaki dan wanita) Untuk memulakan servis, bola mesti dipukul oleh bet permainan yang membuat servis supaya bola melantun pada kawasan sebelah jaring pembuat servis dan kemudian pada kawasan sebelah penerima sebelum penerima dibenarkan memukulnya. Kebanyakan permainan mempunyai 3 permainan (game) walaupun dalam pertandingan antarabangsa biasanya dipanjangkan sehingga 5 permainan terutamanya dalam pertandingan perseorangan. Sesuatu permainan dimenangi oleh pemain pertama atau beregu pertama yang berjaya memungut 21 mata, atau sekiranya pungutan mata terikat 20 sama, pemain pertama yang berjaya mengutip dua mata berturut-turut dikira sebagai pemenang. 4.2 Memulakan Permainan Undian secara lambungan duit syiling akan memberi hak kepada pemain untuk membuat beberapa pillihan. Pilihan-pilihan ini termasuklah hak memilih salah satu daripada berikut : 1. 2.
3.

Membuat servis terlebih dahulu Menerima servis terlebih dahulu Memilih sebelah mana meja untuk bermain (gelanggang permainan)

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

4.

Memilih pemain lawan membuat pemilihan terlebih dahulu

Sekiranya anda telah memilih salah satu cara di atas, misalnya pilihan hendak menerima servis permulaan terlebih dahulu, pemain lawan berhak memilih sebelah mana meja untuk bermain dan juga membuat servis (kerana anda memilih menerima). Jika anda menang dalam undian dengan cara melambung duit syiling dan memilih untuk memulakan servis dalam permainan pertama, anda akan menjadi penerima pada permulaan permainan kedua dan dalam permainan ketiga pula anda sekali lagi berpeluang untuk memulakan servis. Selepas setiap lima set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehingga lima servis dan proses ini berterusan sehingga permainan tamat. Walaubagaimanapun, sekiranya pungutan mata terikat pada 20 sama, servis akan bertukar tangan secara bergilir-gilir sehinggalah berjaya memungut dua mata berturut-turut. Dalam permainan pingpong, mata boleh dipungut oleh mana-mana pemain pada sesuatu servis, tidak kira siapa yang membuat servis. Beberapa peraturan yang ditetapkan khusus untuk melakukan servis, jika tidak dikaji dengan berhati-hati boleh menyebabkan anda didenda dengan pemberian mata percuma kepada pihak lawan. Berikut adalah peraturan-peraturan tersebut : 1. Servis bermula dengan bola diletakkan dalam tapak tangan bebas yang

pegun, terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas 2. Tangan bekas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas

permukaan meja dan di belakang garisan belakang meja 3. Semasa membuat servis, bet mestilah berada di atas permukaan meja

dan memukul bola di belakang garisan belakang meja


4.

Bola mestilah dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh

tapak tangan tanpa menjanakan sebarang putaran


5.

Bola mestilah dipukul semasa ia menurun kecuali :

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan penerima servis (pemukul) dan kemudian di kawasan penerima

Dalam beregu ia melantun di kawasan kanan pembuat servis (pemukul) dan kemudian di kawasan kanan penerima 6. Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya

dapat dilihat sepenuhnya ooleh pengadil 7. Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala

atau kaki apabila diukur dari jaring 8. Jika bola menyentuh net maka servis terpaksa dilakukan semula.

4.1 Gerakan membuat dan menerima Servis dalam perseorangan

4.3

Pertukaran Tempat Selepas tamat setiap permainan, sama ada perseorangan atau beregu, pemain-

pemain akan membuat pertukaran tempat bermain. Jika perlawanan itu berlarutan hingga ke permainan penentu, pertukaran tempat permainan akan dilakukan apabila salah seorang pemain atau salah satu pasangan memungut mata ke-10. 4.4 Rali (Rally)

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Rali boleh berterusan sehingga salah seorang pemain membuat kesilapan. Terdapat beberapa cara bagaimana pemain boleh melakukan kesilapan ini dan cara yang paling lazim ialah seperti berikut : 1. 2. 3. Terlepas bola sama sekali Kegagalan memukulnya mencecah jaring Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan

terlalu kuat 4.5 Kiraan dan Pungutan Mata Dalam permainan pingpong, pemain boleh mendapatkan mata sama ada atas usahanya ataupun disebabkan kesilapan lawan. Walaupun mata penamatnya ditentukan, setiap pemain berpeluang membuat servis, iaitu lima kali berturut-turut dengan diselang-seli antara pasangan tersebut. Mata yang dipungut oleh pemain yang memulakan servis, disebut dahulu. Selepas servis berpindah tangan setiap lima servis, sebutan mata bertukar daripada pemain pertama kepada pemain kedua. Mata tamat ialah 21. Jika kedudukan terikat 20-20, permainan diteruskan dan pemenang ditentukan oleh mana-mana pemain yang berjaya mendahului dua mata dari lawannya. 4.6 Beregu

4.2 Gerakan Pemain dalam Beregu

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Beregu bermaksud berpasangan sama ada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan ataupun lelaki dengan perempuan. Terdapat beberapa peraturan yang dikhaskan kepada pemain-pemain beregu seperti berikut : 1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja

(kawasan permainan anda) dan servis anda mestilah melantun di sebelah kanan permukaan meja lawan
2.

Anda dan pasangan anda mesti memukul bola secara bergilir-gilir

mengikut urutan (sequence) yakni berselang-seli antara satu sama lain sehingga tamat rali. Jika anda gagal memukul dengan giliran yang betul, pasukan anda akan kehilangan mata secara automatik 3. Selepas anda membuat lima servis, anda dikehendaki bertukar tempat

dengan pasangan anda supaya dia menjadi penerima kepada lima servis lawan sebelum dia sendiri memulakan lima servis 4. Pada permulan permainan kedua, anda mestilah memastikan bahawa

anda tidak menghantar servis atau menerima servis daripada pemain yang sama dalam permainan pertama. Jika perlawanan ini berlarutan hingga permainan penentu dan anda bertukar tempat pada mata ke-10, penerima mesti menukar tempat dengan pasangannya.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.0 5.1

KEMAHIRAN ASAS Pengenalan Kemahiran Asas Dalam permainan pingpong, masa yang dihabiskan untuk mempelajari

kemahiran-kemahiran asas merupakan masa yang paling berfaedah untuk kita gunakan. Jika kita berjaya menguasai asas-asasnya dengan cepat, kemungkinan besar kita dapat menghasilkan satu permainan yang baik. Pingpong adalah sejenis permainan yang mempunyai pukulan yang beraneka jenis. Oleh kerana pukulan yang berlainan, maka kemahiran asas pun berubah dengan pukulan tertentu. Kemahiran asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Kemahiran asas tertentu sahaja, misalnya kemahiran untuk membuat servis. Kemahiran-kemahiran seperti ini mesti dimahirkan oleh pemain-pemain yang baru belajar atau pemula Kemahiran-kemahiran gabungan, misalnya daripada kemahiran membuat servis dan menyerang. Kemahiran-kemahiran gabungan ini adalah asas untuk mempergunakan dan mempraktikkan taktik-taktik selanjutnya. Umumnya, kemahiran asas boleh dibahagikan kepada lima jenis atau peringkat, iaitu cara memegang bet, kesediaan untuk bermain, servis dan menerima servis, jenisjenis pukulan dan pergerakan kaki. 5.2 Cara Memegang Bet Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk memegang bet mengikut cara pukulan yang diiingini. Cara memegang bet boleh dibahagikan kepada 2 iaitu cara cekak pen dan cara cekak sudu.

5.2.1 Cekak Pen

5.1 Cara Cekak Pen (cara Jepun)

5.2 Cara Cekak Pen (cara China) 2

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Cara ini digemari oleh pemain-pemain Asia, dan tidak hairanlah ia dikenali juga sebagai cekak Asia. Ia dikenali sebagai cekak pen kerana bet dipegang oleh ibu jari dan jari telunjuk sebagaimana sebatang pen dipegang. Tiga batang jari lain sama ada direhatkan ataupun dibentangkan (Spread Across) menyeberangi sebelah belakang bet, yang mana tidak seperti cara cekak sudu (Shakehand Grip), cara ini tidak atau jarang digunakan untuk memukul bola. Bagaimanapun cara pegangan ini telah digunakan secara berkesan oleh juara dunia. 5.2.2 Cekak Sudu

5.3 Cara Cekak Sudu

Cara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain eropah ataupun barat.ia kelihatan seolah-oleh berjabat tangan dengan pemegang bet dan dicirikan oleh jejari telunjuk yang memanjang sepanjang belakang (base) mata bet (blade) dan ibu jari diletakkan di sebelah yang bertentangan. Tiga batang jari lain mengelilingi bahagian pemegang dan bahu bet seharusnya berada dalam lingkungan kulit yang terletak di antara ibu jari dan jari telunjuk. Salah satu kelebihan cekak sudu ini ialah ia membenarkan penyesuaian sertamerta ke atas sudut bet semasa bermain. Darjah kawalan yang baik ini berupaya dilakukan kerana kedudukan ibu jari dan jari telunjuk. 5.3 Kesediaan Untuk Bermain Dalam permainan ini, seorang pemain itu haruslah mempunyai penumpuan yang tinggi terhadap permainan untuk memastikan kedudukan pukulan, putaran dan kepantasan bola pihak lawan. Kemudian barulah ia boleh menggunakan cara pukulan

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

yang bersesuaian dan pergerakan kaki yang kuat untuk memulangkan pukulan dengan tepat dan betul. 5.3.1 Berdiri Tindak (Stance) Satu kedudukan yang betul akan memberi kita satu dasar (base) yang baik untuk beroperasi. Ia dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan, mengalih berat badan, memelihara penglihatan yang elok dan membolehkan pemain melompat dengan cepat untuk membalas pukulan. Tapak haruslah mempunyai kangkangan seluas bahu dan membiarkan lutut belok sedikit. Halakan badan ke hadapan dengan membongkokkan tulang belakang dan membiarkan dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut. Tangan yang memegang bet hendaklah berada di hadapan dalam kedudukan hampir 90 darjah. Tangan yang memegang bet haruslah bebas untuk mengekalkan keseimbangan keseluruhan dan mestilah berada sejajar dengan tangan yang bermain. Juga harus dipastikan berat berada di tengah kaki dan bukanlah di tengah kaki. 5.3.2 Kedudukan Badan Cara meletakkan posisi badan sewaktu perlawanan juga penting kerana dapat menjadi faktor utama untuk membolehkan pemain bergerak untuk membalas pukulan. Secara idealnya, pemain haruslah memukul dan menghadapkan bahu dan dada kepada haluan bola pingpong. Selain itu untuk mencapai kedudukan ini, kaki juga haruslah dihadapkan ke arah yang sama dengan bahu dan dada.

5.4 Kedudukan Badan Pemain 2

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Perlu diingatkan, dalam pertandingan terdapat pelbagai pembolehubah yang saling bertindak. Selain lawan, kedudukannya, kepantasan bola, putarannya, arahnya dan tahap kesediaan turut mempengaruhi peserta pertandingan. 5.3.3 Perhitungan (Timing) Perkembangan dalam sukan mengatakan bahawa kebanyakan pukulan dilakukan ketika lantunan bola pada titik yang tertinggi. Ia biasanya berlaku pada tahap yang lebih tinggi dari ketinggian jaring. Jika kita memulakan permainan dengan penggunaan titik lantunan bola pada titik yang tinggi pada permulaan kalinya, besar kemungkinan kita akan menggunakannya buat selamanya. Namun bukan semua pemain berjaya dalam memupuk tabiat ini. Kebanyakan pemain memerlukan masa yang panjang untuk berlatih menggunakan teknik ini, jesteru mereka tidak mempraktikkannya dan hanya membalas pukulan lawan dengan bola pingpong yang berkelajuan rendah.salah seorang pemain terhandal di dunia berkenaan kaedah ini ialah Li Gun Sang yang telah berjaya menempatkan diri di peringkat antarabangsa kerana kaedah ini.

5.3.4 Antisipasi Beza diantara pemain handal dan pemain biasa adalah dengan adanya antisipasi. Pemain seperti ini dapat menjangka ke arah mana bola akan pergi sebelum ia membuat pukulan. Jon Ove Waldner dari Sweden dan Jiang Jiliang dari China merupakan contoh yang terbaik tentang perlaksanaan antisipasi Dalam permainan jika anda hanya dapat memerhati bola sahaja bermakna anda bertindak selalu lambat. Seandainya teknik ini dapat dikuasai maka akan memberi kelebihan masa untuk bertindak awal. 5.4 Servis dan Menerima Servis

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Dalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting. Tujuan servis ialah seperti berikut : 1. Mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat

kesalahan semasa menerima servis atau gagal menerima servis 2. Merampas inisiatif dan merebut kedudukan aktif serta menguasai pemain

lawan setelah ia memulangkan servis dengna lemah Oleh kerana itu, kecekapan servis merupakan satu kemahiran yang penting dan harus dikuasai oleh setiap pemain pingpong. 5.4.1 Cara Membuat Servis Yang Betul Cara membuat servis yang betul, berubah-ubah dan mempunyai variasi supaya tidak disedari atau sukar difahami oleh lawan kita. Secara am, semasa membuat servis, jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan jarak antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. Keduadua tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang bet mestilah di atas permukaan meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurangkurangnya 16 cm ke atas tanpa menjanakan sebarang putaran di belakang garisan hujung meja. Semasa bola menurun dari puncak, pukulan dibuat. Apabila kita membuat servis dengan pukulan kilas (backhand) kita hendaklah berdiri di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi bercerai, dan kaki kanan hendaklah bengkok sikit ke hadapan. Untuk membuat servis dengan pukulan ke hadapan, anda hendaklah meletakkan kaki kiri di hadapan. Tempat berdiri ialah di tengah kiri hujung meja sedikit. Jika seorang pemain lemah dalam pukulan kilas, adalah lebih baik menggunakan servis pukulan hadapan (forehand) dengan berdiri sedikit ke sebelah kiri. 5.4.2 Jenis-jenis Servis

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Secara am, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan servis tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Servis putaran atas (topspin service) Servis putaran belakang (backspin service) Servis putaran ke kiri (forehand sidespin service) Servis putaran ke kanan (backhand sidespin service)

5.5 Jenis-jenis Servis

Pergerakan untuk membuat servis putaran atas ialah dengan menggunakan bet menggeserkan bahagian separuh atas bola, sambil memukul mengatas ke hadapan. Pergerakan untuk membuat servis putaran ke belakang ialah dengan menggunakan bet menggeserkan bahagian separuh bawah bola sambil mencantas (slice) bola itu dengan kuat dari atas.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.6 Gerakan Bola dari Servis Berlainan

Untuk menghasilkan servis putaran ke kiri, kita hendaklah menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kanan bola sambil dengan kuat ke sebelah kiri. Menggunakan bet untuk menggeserkan bahagian tengah sebelah kiri bola sambil memukul dengan kuat ke sebelah kanan akan menghasilkan servis yang berputar ke kanan. Servis (bola) yang tidak berputar juga selalu digunakan dalam sesuatu pertandingan supaya tidak dapat dijangka oleh lawan. 5.4.3 Servis Yang Popular Masa Kini Mengikut peredaran zaman, jenis-jenis servis juga turut berubah. Kini terdapat tiga jenis servis berikut yang sering digunakan : 1. 2. 3. Servis dua lantunan Servis lontaran jauh Servis jarak jauh

5.4.3.1 Servis Dua Lantunan Jenis servis yang digemari oleh pemain pingpong ialah servis dua lantunan (two bounce service). Ia merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada hakikat bahawa jika bola dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali pada permukaan meja sebelah lawan. Terdapat beberapa sebab mengapa servis ini telah menjadi begitu berfaedah secara teknikal :

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Adalah sukar bagi lawan untuk menolaknya secara pendek Jika pihak lawan berjaya juga menolaknya kembali secara panjang atau menguis (flick) bola tersebut, sudut sasaran yang tersedia antara bandingan adalah kecil. Ini memungkinkan kita sebagai pemukul mempunyai sedikit masa tambahan untuk menjangka arah bola yang ingin dikembalikan. Pihak lawan selalunya berada dalam keadaan yang serba salah untuk menentukan adakah jarak bola cukup panjang untuk cuba melakukan pukulan putaran atas atau adakah ia terlalu pendek dan harus ditolak. Jika kita mengambil keputusan untuk menolaknya, kita seharusnya berupaya untuk mengenakan putaran ke atas bola terlebih dahulu untuk menjadikannya sukar dikawal. Tanpa mengambil kira sama ada kita melakukan servis dengan pukulan hadapan atau kilas, servis cara ini dicapai dengan mengikut beberapa peraturan yang terus terang tetapi asa secara relatif.

5.7 Servis Dua Lantunan

Mula-mula pastikan lantunan bola kita berlaku di tengah-tengah antara garisan belakang dengan jaring. Ini bermakna bahawa lantunan pada sebelah pihak lawan juga akan berlaku pada titik yang sama. Ini merupakan titik kritikal yang memastikan lantunan hypothetical kedua akan berlaku di sekitar garisan belakang lawan. Kedua, untuk mengawal ketinggian lantunan bola, kita seharusnya memukul pada satu titik sewaktu bola turun, pada ketinggian yang sama dengan jaring, iaitu pada paras 15 cm. memukul bola pada satu titik yang lebih tinggi akan mengakibatkan lebihan lantunan (bouncy) pada servis dan memberi peluang kepada lawan membuat pukulan smash.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.4.3.2 Servis Lontaran Tinggi Bagi pemain terkemuka asia, servis yang tingginya 6 meter bukanlah sesuatu yang luar biasa. Bagi pihak lawan, servis ini mengganggu penumpuan dan secara psikologinya ia memberi ancaman. Ia kelihatan menakutkan dan dengan kemahiran bermain ia mungkin meletupkan titik sentuhan bet ke atas bola dengan tangan yang bebas melindungi putaran yang dihasilkan. Untuk mahirkan diri dalam bentuk sukar ini, seorang pemain hendaklah memperbaiki sentuhannya terhadap bola dengan servis yang sederhana dengan satu lontaran yang konsisten tidak lebih dari 1 atau 2 meter maksimum. Kita juga seharusnya membentuk tabiat membiarkan membiarkan pergelangan tangan dan sendi siku bebas. Bagi pukulan kilas, kepala kita ditunduk lebih tinggi daripada titik sentuhan untuk membantu kita mencapai kawalan yang diperlukan. Bagi pukulan hadapan, pastikan lontaran kita tidak menyebabkan bola jatuh terlalu jauh dari badan sehingga kita terpaksa menjangkau. 5.4.3.3 Servis Jarak Jauh Perbezaan-perbezaan taktikal yang utama di antara servis panjang dan pendek adalah seperti berikut : 1. meja 2. Lantunan pada sebelah meja kita perlu berada agak hampir dengan Bola mesti dipukul pada lebih kurang 10 cm lebih tinggi dari ketinggian

garisan belakang 3. Bet perlu bergerak pantas seperti semasa dalam servis dua lantunan,

kecuali tenaga dan lantunan yang kita arahkan adalah hala terus melalui bola dan bukan menyeberanginya. Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada penjuru mata kita dan lawan kita agak terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

mendadak pada kecepatan dan arah mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan yang lemah yang mana boleh memanfaatkan kita.

5.8 Melakukan Servis Kilas Jarak Jauh

5.4.4 Jenis-jenis Pukulan Permainan pingpong mempunyai beberapa jenis pukulan dan dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu pukulan menyerang (effensive) dan pukulan bertahan (defensive). Pukulan-pukulan menyerang asas adalah seperti berikut : 1. 2. 3. Pukulan deras hadapan (forehand drive) Pukulan deras kilas (backhand drive) Pukulan putaran atas (topspin)

Manakala pukulan-pukulan bertahan yang asas adalah seperti berikut : 1. 2. 3. Pukulan tolakan ke hadapan (forehand push) Pukulan tolakan kilas (backhand push) Pukulan putaran belakang (chop), pukulan apung (float), pukulan adang

(block) dan pukulan lob

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.4.4.1 Pukulan Deras Hadapan Pada masa tertentu dalam permainan, apabila kita berhadapan dengan bola mendatang, kita terpaksa membuat keputusan serta-merta sama ada hendak menolak atau melakukan pukulan deras. Membuat tolakan adalah cara lebih selamat walaupun ia adalah pukulan bercorak negatif yang berkemungkinan tidak akan menghasilkan terus mata kepada kita. Pukulan deras sebaliknya, mewakili satu cara permainan lebih positif. Ia mengandungi lebih risiko, tetapi ia memberi kita peluang untuk memenangi rali. Hanya melalui latihan, kita boleh menyedari apa yang sesuai untuk kita.

5.9 Gerakan dalam Pukulan Deras Hadapan

Secara umumnya, pukulan deras terbahagi kepada tiga kategori yang berlainan iaitu : 1. 2. 3. Pukulan deras hadapan yang pantas Pukulan maut hadapan Pukulan deras hadapan yang khusus

5.4.4.2 Pukulan Deras Kilas

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.10 Gerakan sewaktu melakukan Pukulan Deras Kilas

Pukulan deras kilas sewaktu dahulu hanya dianggap sebagai pukulan pertahanan sahaja. Pada tahun 1970-an, muncul pemain baru seperti Jonyer Istvan, Tibor Klampar dan Gabor Barbely dari Hungary yang mengaplikasikan pukulan deras kilas ini untuk menyerang lawan mereka. Pemain-pemain handal yang lain seperti Jon Ove Waldner dan Grubba Audrezej mempunyai kepakaran dalam pukulan deras kilas ini di kedua-dua sudut. Jika didapati bahawa pukulan yang dilakukan terlalu kuat, kita boleh memeriksa sudut bet. Ia mungkin perlu ditutup sedikit. Jika kita terlalu kerap memukul ke jaring, buka set hingga kita menemui satu kedudukan yang betul. Jika demikian, kita perlu membuat penyesuaian ke atas sudut bet, iaitu bergantung kepada kelajuan bola.

5.4.4.3 Pukulan Putaran Atas

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Putaran adalah sejenis kemahiran yang memutarkan bola melalui sentuhan getah bet. Kesan-kesan putaran dan cara mengendalikan adalah perlu untuk semua pemain pingpong. Keupayaan membuat putaran yang baik pada bola memang amat berguna semasa pertandingan. Kegagalan untuk membentuk kemahiran-kemahiran yang bertindak balas atas putaran merupakan kelemahan kebanyakan pemain. Mereka yang berupaya membuat pukulan putaran dengan baik adalah lebih banyak dari mereka yang gagal menerimanya atau membalasnya dengan baik.

5.11 Pukulan Putaran Atas Hadapan

Untuk menjana putaran pada bola, ia mesti digeserkan pada permukaan beg yang bergetah. Geseran antara getah dengan bahagian berlainan bola akan menghasilkan putaran yang berlainan seperti putaran atas dan belakang. Sesuatu bola boleh diputar pada mana-mana arah dan ini akan ditentukan keseluruhannya oleh arah bet bergerak. Dua jenis putaran cenderung menguasai permainan hari ini ialah putaran atas, digemari oleh pemain-pemain yang menggunakan cara serangan, dan putaran belakang digemari oleh pemain-pemain bertahan. Putaran sebelah (sidespin) biasanya merupakan gabungan antara kedua-dua jenis putaran ini. Putaran atas mempunyai kesan yang membolehkan bola condong ke bawah dalam penerbangannya dan kemudian melantun secara tiba-tiba ke hadapan apabila ia menyentuh permukaan meja. Tujuan pukulan putaran atas ini ialah untuk memaksa

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

satu pulangan, yang sama ada terlepas secara keseluruhannya atau satu hantaran bola yang lemah, tinggi dan boleh dibunuh dengan senang. Terdapat tiga jenis pukulan putaran atas iaitu : 1. 2. 3. Pukulan putaran atas hadapan Pukulan putaran atas pantas dan perlahan Pukulan putaran atas kilas

5.12 Pukulan Putaran Atas Kilas

5.4.4.4 Pukulan Tolakan Hadapan Kebanyakan pemain pingpong yang mula belajar bermain pingpong mula belajar dengan menggunakan kaedah ini iaitu dengan pukulan tolakan (forehand push) sebelum belajar kemahiran-kemahiran lain. Pukulan tolakan dianggap pukulan negatif tetapi selamat. Walau bagaimanapun, jika terdapat hantaran-hantaran tertentu yang tidak memberi kita sebarang pilihan kecuali menolak, maka pukulan itu dianggap penting. Dalam kebanyakan keadaan, pukulan tolakan hadapan berkemungkinan merupakan pukulan asas yang paling janggal untuk dikuasai, tetapi bagi sebab-sebab yang telah dinyatakan, kita dinasihatkan supaya mempelajarinya dengan baik dan seterusnya menguasainya.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.13 Pukulan Tolakan Hadapan

Dengan mengambil kedudukan sebagaimana melakukan pukulan deras hadapan iaitu condong sedikit ke sebelah dengan kaki kiri di hadapan (dengan andaian kita pemain kanan). Dalam pukulan tolakan, kita perlukan satu bet yang terbuka tetapi jangan terlalu terbuka, hanya condong sedikit daripada garisan menegak. Pastikan terdapat ruang yang cukup di antara sendi siku kita. Ia sepatutnya berada lebih kurang pada 100o dari bahagian atas badan anda. Satu kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh kebanyakan pemain ialah mereka cenderung menyempitkan pukulan mereka (cramp the spot) kerana menghalang pergerakan siku mereka. Kini dengan kepala kita menghampiri lantunan bola, gerakkan bet kita ke hadapan daripada siku dan pada masa yang sama ke bawah sedikit. Kita seharusnya membuat sentuhan pada titik kemuncak lantunan bola. Untuk membantu kita menyelaraskan sesuatu pukulan kita boleh menggunakan tangan kita yang bebas untuk menunjuk ke arah bola. Ikut lajak kita seharusnya pendek dan pukulan tersebut seharusnya selesai pada masa kita memukul bola. Elakkan daripada menyauk (scoop) bola. Kita boleh mengelak keadaan ini dengan membiarkan bahagian tepi bet menggeser permukaan meja. Jika bola mendatang adalah pendek, letakkan kaki kanan kita ke bawah meja supaya bahagian atas badan kita dan tangan memegang bet lebih hampir kepada lantunan. Dengan cara ini, kita dapat mengawal keseluruhannya proses ini secara maksimum.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.4.4.5 Pukulan Tolakan Kilas Untuk memahirkan pukulan tolakan kilas (backhand push), pukulan-pukulan mestilah halus, betul dan cepat. Kita hendaklah bermula dengan menghadap ke arah memukul bola, iaitu berdiri tegak selari dengan garisan bermain dan kaki anda berada sejajar dengan bahu. Tidak ada sebelah kaki pun yang harus diletak di hadapan daripada kaki yang lain. Kita harus berada berhampiran dengan meja tetapi jangan menyandar. Bola dimainkan betul-betul di hadapan atau ke kiri sedikit daripada perut, dan di bawah dagu kita. Jika bola bergerak agak luas, alih ke kedudukan ini terlebih dahulu sebelum memulakan pukulan.

5.14 Pukulan Tolakan Kilas

Kesemua sendi lengan dikehendaki memainkan peranan dalam menghasilkan pukulan. Dalam pukulan tolakan, siku mengambil peranan utama. Satu siri latihan meja yang melibatkan penggunaan pukulan tolakan kilas sahaja boleh dibentuk. Apabila kita telah menguasai prinsip-prinsio asas teknik tersebut, tumpukan perhatian untuk mencapai konsistensi dalam jarak, ketinggian dan arah pukulan kita. Pukulan tolakan kilas boleh dibahagikan kepada tolakan cepat dan tolakan perlahan. Bezanya ialah, tolakan cepat memukul bahagian belakang bola semasa berada pada titik lantunan tertinggi, manakala tolakan perlahan pada bola berlaku sebaik sahaja bola itu turun.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

5.4.4.6 Pukulan Putaran Belakang

5.15 Pukulan Putaran Belakang

Atau dikenali juga sebagai pukulan Chopping . putaran belakang telah lama dicipta dan popular terutama sekali antara tahun-tahun 1930-an hingga 1950-an. Selain itu terdapat juga pukulan putaran belakang kilas.

5.16 Pukulan Putaran Belakang Kilas

5.4.4.7 Pukulan Apung Atau dikenali juga sebagai pukulan floating. Pukulan apung ini variasi daripada pukulan putaran belakang, dan pada hakikatnya merupakan suatu bola yang kelihatan

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

seperti telah dikenakan putaran belakang, tetapi sebenarnya ia tidak mempunyai sebarang putaran. 5.4.4.8 Pukulan Adang

5.17 Pukulan Adang

Atau dikenali juga sebagai pukulan blocking. Pukulan adang ialah satu teknik bagi menghadapi serangan pantas dan pukulan putaran atas, denga menerima bola secara separuh voli, terus daripada lantunan.

5.4.4.9 Pukulan lob

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Atau dikenali juga sebagai pukulan lob. Pukulan lob merupakan bentuk tahanan dilakukan jauh daripada meja yang melibatkan pukulan bola yang tinggi ke udara, jauh ke dalam kawasan meja sebelah lawan dengan putaran atas yang kuat.

6.0

SENAMAN SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Perkembangan dan prestasi seseorang pemain bergantung kepada jenis dan tingkat latihan yang dijalankan. Latihan berbeza dari satu tahap ke satu tahap yang lain, tetapi semuanya berdasarkan kepada empat bidang yang sama, iaitu fizikal, kemahiran atau teknik, taktik, atau strategi dan mental. Latihan-latihan selalunya dijalankan dalam bentuk permainan kecil yang bervariasi supaya pemain-pemain tidak merasa bosan semasa menjalankan latihan. 6.1 Senaman Secara Perseorangan Senaman-senaman yang dapat dilakukan secara berseorangan sebelum memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan. 1. Dengan perlahan-lahan, tangkaskan pergelangan tangan dan tumit dalam

pergerakan bulatan (circular Motion) 2. 3. Pusingkan bahu dalam pergerakan bulatan ke hadapan dan ke belakang Pusingkan lutut dalam bulatan supaya menangkaskan tumit, lutut dan

pinggang 4. 5. Lenturkan dan hulurkan lutut Pegang tangan kiri dan kanan dan hulurkan ke atas kepala supaya

menghulurkan otot-otot di tepi badan 6. Pegang kedua-dua tangan dan ukirkan nombor 8 diudara untuk membina

keseimbangan dan ketangkasan. Lengan dan lutut mesti dihulurkan. 7. Pergerakan untuk ketangkasan tekak, iaitu dengan menggerakkan kepala

dalam bulatan supaya dagu menyentuh dada, telinga menyentuh bahu dan kepala menyentuh belakang bahu. 8. lutut. 9. Ayunkan tangan ke tepi dan mengufuk. Ayunkan tangan dalam bulatan ke Ayunkan tangan ke hadapan dan belakang, kaki setempat dan lenturkan

hadapan dan belakang.

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

10. 11.

Lenturkan badan ke tepi Lenturkan badan ke hadapan dan cecahkan kaki kanan dengan tangan

kiri dan sebaliknya 12. 13. 14. 15. lantai 16. Untuk mencapai keselesaan (relaxation), berdiri tegak dengan tangan Pulas badan dan lengan kiri dan ke kanan Gerakkan seluruh badan dalam bulatan Cecahkan lantai dengan tapak tangan dan kaki bertegak Lentur ke belakang, dengan kaki terkangkang, sehingga kepala mencecah

menghulur ke atas. Perlahan-lahan lingkarkan badan sehingga anda betul-betul bergulung. Tarik nafas.

[1]

[2]

[3]

[4]

[5]

[6]

[7]

[8a]

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

[8b]

[8c]

[8d]

[9a]

[9b]

[9c]

[10]

[11]

[12]

[13]

[14]

[15]

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

[16a]

[16b]

6.2

Senaman Secara Berpasangan Senaman-senaman juga dapat dilakukan secara berpasangan sebelum

memulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan. 1. Dukungkan pasangan anda pada bahagian belakang sambil melenturkan

dan menghulurkan lutut 2. 3. Duduk membelakang dan berbaring atab bahu kawan Duduk dengan kaki terkangkang dan kawan menolak dari belakang

supaya anda mencecah kaki bergilir-gilir 4. Duduk dengan kaki terkangkang berhadapan kawan. Memegang tangan

kawan dan melentur ke belakang. Buat bergilir-gilir. 5. Pegang tangan dengan satu kaki menentang satu kaki kawan, iaitu

dengan menarik secara kuat-kuat 6. Baring dengan muka ke bawah, kawan anda duduk di belakang anda dan

membantu melenturkan ke belakang 7. Senaman untuk memperkukuhkan otot-otot perut dengan cara menolak

kaki kanan, dan biarkan kaki hulur semula 8. Memegang pemberat dan lentur

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

9.

Menghayunkan pemberat

[1]

[2]

[3]

[4]

[5]

[6]

[7a]

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

[7b]

[7c]

BIBLIOGRAFI Gordon Steggall, 1988, Table Tennis : The Skill of The Game, Marlborough, The Crowood Press Lee Chin Choy, 1994, Pingpong, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sidang Pengarang Penerbitan Fargoes, 1984, Siri Sukan : Ping Pong, Kuala Lumpur, Penerbitan Fargoes Sdb. Bhd Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Ping_pong Tiada Nama Pengarang, Sejarah dan Perkembangan Pingpong, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL http%3A%2F%2Finsani.tripod.com%2Ftabtennis.html&ei= TlvHStbWDI-BkQW7 yok5&rct=j&q=sejarah+ping+pong&usg=AFQjCNFG6KjUhElxEM1 t5ul-LET4oCf5gg

RKO Ping Pong by elaksamana@yahoo.com 09

Tiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL http://suterawave.com/sports/?p=27 Tiada Nama Pengarang, Peraturan-peraturan Permainan Pingpong, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL http%3A%2F%2Fsrisbn.edu.my%2FYTP%2Fteknik%2Fping %2520pong.doc&ei=xnfHSv3BEdWTkAWTrO3bBQ&rct=j&q=teknik+permainan+ping+p ong&usg=AFQjCNFLln3tuvWKlp8kncS4og3qxmqP7A Tiada Nama Pengarang, Table Tennis, Dilayari pada 9 Oktober 2009 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Table_tennis

You might also like