You are on page 1of 3

PJM 3110 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI REFLEKSI INDIVIDU Pengenalan Tugasan ini adalah satu tugasan

wajib yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan untuk subjek PJM 3110 ini. Pensyarah Pembimbing untuk mata pelajaran ini adalah En. Chula Bina. Kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri iaitu John Anak Ali, Uma Devi, Isabella Charles Leo dan Wan Bee Siok. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami perlu menghasilkan satu RPH dan menjalankan satu sesi pengajaran mikro selama 30 minit dalam sesi kuliah subjek tersebut. Kekuatan Dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat satu kekuatan yang sangat ketara adalah kerjasama di antara ahli kumpulan kami iaitu seramai 4 orang seperti yang telah dinyatakan di atas. Kumpulan kami telah berbincang setelah menerima tugasan ini dan bersetuju untuk menghasilkan satu RPH berkaitan pergerakan asas lokomotor iaitu berjalan, berlari dan melompat untuk pelajar tahun 2. Perbincangan telah berjalan dengan sangat baik dan proses pencarian maklumat serta bahan juga amat mudah dengan sokongan dan kerjasama semua ahli kumpulan. Setelah menghasilkan RPH tersebut, pembahagian tugas untuk pengajaran mikro dilakukan. Semasa sesi pengajaran mikro, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sangat baik dan sesi pengajaran tersebut telah berjalan dengan sangat lancar. Kesefahaman dan kerjasama yang kuat ini merupakan satu kekuatan yang amat mendorong kumpulan kami untuk menghasilkan tugasan ini. Bimbingan daripada pensyarah juga amat memberikan bantuan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik bagi kumpulan kami. Kelemahan Terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang kami hadapi dalam menghasilkan tugasan ini. Antaranya ialah kedudukan stesen bertugas ahli kumpulan yang jauh dari satu sama lain sedikit sebanyak telah mengganggu proses pelaksanaan tugasan ini. Masalah perhubungan juga merupakan satu masalah terutama kepada saya yang bertugas di kawasan luar bandar, di mana tidak terdapat sistem perhubungan telefon dan juga masalah capaian internet. Terdapat kesukaran untuk berhubung dengan ahli-ahli kumpulan tetapi dengan bantuan rakan-rakan, tugasn ini tatap mampu disiapkan dengan amat baik. Semasa sesi pengajran mikro, terdapat sedikit kelemahan bagi kumpulan kami dari beberapa bahagian, namun keadaan tersebut telah diperbetulkan oleh Pensyarah Pembimbing iaitu En. Chula Bina. Kesimpulan Tugasan ini sememangnya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada kami dalam mempertingkatkan kualiti kerja kami sebagai guru untuk kegunaan di sekolah masing-masing dan panduan pada masa akan datang. Diharapkan daripada proses pelaksanaan tugasan ini akan dapat memberikan satu lagi aspek kemahiran kepada kami sebagai seorang pendidik.

REFLEKSI INDIVIDU Tugasan ini adalah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan untuk subjek WAJ3107 ini. Pensyarah Pembimbing untuk mata pelajaran ini adalah En. K.RAJA. Kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri iaitu Wan Bee Siok, Uma Devi, Isabella Charles Leo, John ak Ali, Ellyess b. Awie dan Mohd. Yusuf b. Manan. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami perlu menghasilkan satu RPH dan membuat pembentangan semasa sesi kuliah subjek tersebut. Dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat satu kekuatan yang sangat ketara adalah kerjasama di antara ahli kumpulan kami iaitu seperti yang telah dinyatakan di atas. Kumpulan kami telah berbincang setelah menerima tugasan ini. Perbincangan telah berjalan dengan sangat baik dan proses pencarian maklumat serta bahan juga amat mudah dengan sokongan dan kerjasama semua ahli kumpulan. Setelah menghasilkan RPH tersebut, pembahagian tugas untuk membuat pembentangan dilakukan juga, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sangat baik dan sesi pembentangan tersebut telah berjalan dengan sangat lancar. Kesefahaman dan kerjasama yang kuat ini merupakan satu kekuatan yang amat mendorong kumpulan kami untuk menghasilkan tugasan ini. Bimbingan daripada pensyarah juga amat memberikan bantuan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik bagi kumpulan kami. Daripada itu juga saya dapati pengabungjalinan subjek lain dalam persediaan mengajar adalah mendatangkan banyak kebaikan, terutamanya tidak membosankan pelajar, malah dapat menyeronokan lagi, iaitu dalam mengikuti subjek PJ, dapat juga kemahiran Muzik dan Seni Visual. Tugasan ini sememangnya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada kami dalam mempertingkatkan kualiti kerja kami sebagai guru untuk kegunaan di sekolah masing-masing dan panduan pada masa akan datang. Diharapkan daripada proses pelaksanaan tugasan ini akan dapat memberikan satu lagi aspek kemahiran kepada kami sebagai seorang pendidik.

Disediakan oleh, WAN BEE SIOK 721113-13-5412

REFLEKSI INDIVIDU Tugasan ini adalah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan untuk subjek WAJ3107 ini. Pensyarah Pembimbing untuk mata pelajaran ini adalah En. K.RAJA. Kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri iaitu Wan Bee Siok, Uma Devi dan Isabella Charles Leo. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami perlu menghasilkan lukisan dan membuat buku skrap. Dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat satu kekuatan yang sangat ketara adalah kerjasama di antara ahli kumpulan kami iaitu seperti yang telah dinyatakan di atas. Kumpulan kami telah berbincang setelah menerima tugasan ini. Perbincangan telah berjalan dengan sangat baik dan proses pembahagian tugas juga amat mudah dengan sokongan dan kerjasama semua ahli kumpulan. Setelah menghasilkan lukisan bahagian masing-masing tersebut, kami kumpul hasil dalam satukan menjadi buku skrap. semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sangat baik. Kesefahaman dan kerjasama yang kuat ini merupakan satu kekuatan yang amat mendorong kumpulan kami untuk menghasilkan tugasan ini. Bimbingan daripada pensyarah juga amat memberikan bantuan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik bagi kumpulan kami. Pada mulanya, saya menghadapi masalah kerana saya kurang pengetahuan dalam pendidikan Seni Visual, selepas itu saya pun meminta bantuan daripada rakan sejawat yang mengajar Pendidikan Seni Visual di sekolah, selepas minta bantuan dari dia barulah tugasan saya itu dapat dijalankan. Tugasan ini sememangnya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada saya kerana membolehkan saya mengetahui sedikit sebanyak Pendidikan Seni Visual. Disediakan oleh, WAN BEE SIOK 721113-13-5412

You might also like