P. 1
karangan keruntuhan akhlak

karangan keruntuhan akhlak

|Views: 1,415|Likes:
Published by reddevil94

More info:

Published by: reddevil94 on Jun 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/10/2013

pdf

text

original

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353

)
KERUNTUHAN AKHLAK DAN SALAH LAKU PELAJAR

PENGENALAN Institusi Pendidikan sememangnya merupakan penggerak utama ke arah pembentukan awal minda masyarakat. Status guru dan peranannya tidak dapat dinafikan dapat membentuk masyarakat ke arah kewujudan tamadun manusia yang lebih gemilang. Namun begitu, apa yang dapat dilihat institusi perguruan tidak lagi dihormati dan dipandang sebagai institusi yang dapat memberikan kesan yang positif. Kepincangan demi kepincangan hadir dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat yang seimbang dari segi mental dan rohani. Malah masalah sosial yang melanda pelajarpelajar kita hari ini semakin dirasa dengan peningkatan kes yang melibatkan pihak polis. Apabila kita digemparkan dengan "kemajuan" gejala-gejala sosial ini masyarakat kita akan cepat merasa gusar dan kecewa malah ada yang menunding jari kepada orang lain, kumpulan tertentu sebagai yang bersalah. Walaupun terdapat pelbagai tanggapan masyarakat terhadap status mulia ini tetapi tidak adil sekiranya semua kekurangan itu diletakkan atas bahu pendidik. Walaupun kekurangan sememangnya wujud, usaha sepatutnya dilakukan demi mengembalikan kemuliaan status tersebut. Jika dahulu status guru begitu disanjung tinggi sehingga masih berkekalan panggilan "cikgu" walaupun seorang guru telah bersara. Keadaan ini menunjukkan bahawa jasa seorang guru begitu besar sehingga dikenang selamanya. Berbeza dengan hari ini status guru tidak lagi dipandang mulia malah setengahnya pula menjadi sasaran sebagai tempat memikul segala kesalahan. JENIS-JENIS KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin pelajar boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar. Salah Laku Pelajar Di Sekolah Kajian yang dilakukan oleh T. Subahan Mohd. Meerah et.al. di dalam artikel yang bertajuk Masalah Disiplin Pelajar dan Penyelesaian oleh Mohd Tajudin (1995) ke atas 20 orang guru pelatih yang pernah membuat latihan mengajar bagi sesi persekolahan 1987/1988 di beberapa buah sekolah menengah juga menunjukkan jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar iaitu:

menipu. bercakap kasar dengan guru (25%). tidur dalam kelas sebanyak 10% dan tidak boleh mengikuti pelajaran yang diajar sebanyak 5%. salah laku ponteng sekolah ialah 50%. antara jenis-jenisnya ialah buat bising (30%). merogol. Kes Jenayah Remaja Pandangan golongan radikal terhadap kelemahan fungsi sekolah ini menyebabkan sekolah dikritik dan dilabelkan sebagai punca pembiakan delinkuensi dalam masyarakat. merosakkan alat bantu mengajar (20%). menyertai geng motosikal.Ponteng Dalam kategori ini. Tidak Sopan Dalam kategori salah laku tidak sopan ini ialah berpakaian tidak kemas (25%). dan kerap keluar kelas 25%. tidak membawa buku sebanyak 10%. tidak membuat kerja rumah sebanyak 25%. menjahanamkan harta sekolah. Jenayah remaja adalah produk sosial dan produk budaya masyarakat keseluruhannya. memeras ugut. ponteng kelas 40 %. berjudi dan memabuk mencerminkan kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawalan sosial remaja. Ganguan Pengajaran Kategori ini. mencuri. menumbuk guru. Tidak Patuh Arahan Kategori ini mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian terhadap pelajaran sebanyak 30%. meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenaya remaja ini menggambarkan satu manisfestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. mengganggu kawan semasa proses pengajaran guru (15%) dan mempertikaikan pengajaran guru (10%). Dari satu segi yang lain. Jadual di bawah menunjukkan kes-kes jenyah yang telah berlaku: Jadual 1 Perbandingan Jumlah Tangkapan Membabitkan Pelajar Melayu dengan Bangsa Lain . Pelbagai masalah juvanalisme atau jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah seperti menjadi samseng.

semua guru harus menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. nilai. .Tahun Melayu Bangsa Lain Jumlah Tangkapan Jadual 2 1994 1862 1385 3247 1995 2402 1790 4192 1996 2890 1711 4601 Kes-kes Jenayah dan Jumlah Tangkapan Kes Jenayah Bunuh Curi Kenderaan Samun Malam Curi Harta Lain-lain Curi Lain-lain Jenayah Dadah Pecah Rumah Rogol. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin berleluasa di kalangan pelajar ialah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. 57) RASIONALNYA KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR BERPUNCA DARI GURU Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan. Senjata api dan rompak Jumlah Tangkapan 22 526 370 351 318 315 134 131 >100 *Daripada jumlah perangkaan 2. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika.831 terdiri daripada remaja lelaki dan 59 perempuan Sumber: Majalah Massa pada 8 Mac 1997(m.s.

Malah dalam keadaan tertentu. guru besar dan guru penolong kanan. Sifat wanita yang lemah-lembut telah menjadi isu di mana pelajar tidak takut kepada guru wanita. Sehubungan dengan itu. membutakan mata. sebaliknya hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang ditugaskan kepada mereka. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru di sekolah mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid samada di sekolah mahupun di luar sekolah.Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin. Jika dahulu guru amat mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik para pelajar tetapi hari ini nilai kasih sayang sebegini jarang benar dapat dilihat dan setengahnya langsung hilang disebabkan kepentingan yang bersifat material. ketidakseimbangan nisbah guru wanita dan lelaki yang kian meruncing di sekolah rendah dan menengah telah menimbulkan isu di mana guru wanita telah menyebabkan disiplin pelajar kian merosot. membisukan suara dan membenamkan rasa kekecewaan mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa. Bagi setengah-setengah guru yang merasa keselamatan mereka terancam akan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh muridmurid yang bermasalah ini. Dalam artikel yang bertajuk Disiplin: Jangan Prejudis Guru Wanita (1997) telah menyatakan kata-kata Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Malaysia (PKPSM). sistem pendidikan tidak boleh dipersalahkan tetapi sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sahaja perlu diperbetulkan. Murid-murid yang nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dilakukan ke atas mereka. murid-murid ini dengan berani mencabar kewibawaan guru yang mereka tidak sukai. Guru disiplin boleh mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti . Masyarakat merasa bimbang kerana guru lelaki lebih berkemampuan mengambil tindakan tegas dan ‘keras’ berbanding guru wanita. Menurut Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam akhbar Utusan Melaysia yang bertajuk Bukan Salah Sistem PM: Kelemahan Penyampaian Mata Pelajaran Punca Gejala Sosial (1997) menegur sikap sesetengah guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh kepada murid. Dalam artikel yang sama juga menerangkan kenyataan Siva Subramaniam iaitu kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 280. menurut Perdana Menteri. tetapi kekurangan golongan lelaki yang memohonnya. Di samping itu. Saleha Othman tentang ketidakseimbangan bilangan guru lelaki dan wanita yang kian ketara bukan disebabkan Kementerian Pendidikan memberikan lebih tempat kepada guru wanita. Walau bagaimanapun adakah semua tindakan disiplin hanya boleh dilakukan dengan tindakan yang keras seperti yang terkenal dengan merotan atau mana-mana tindakan keras disiplin yang lain.000 tenaga pengajar tempatan adalah wanita.

ibu bapa. Akhirnya mungkin pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan daripada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh kawasan sekolah. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka lupa bahawa anak-anak juga memerlukan perhatian untuk mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin pada pihak sekolah. dan masyarakat setempat dengan sekolah tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. Jadi. Hubungan yang terlampau formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolaholah satu institusi sosial yang rigid. adalah tidak tepat jika meletakkan masalah disiplin di bahu guru sahaja sedangkan pihak ibu bapa cuma melepaskan tangan dalam hal ini. Kajian yang dibuat oleh Nabil dalam artikel Mohd. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa untuk bersama-sama anak-anak. Anak-anak ini mengambil peluang dari sikap acuh tidak acuh ibu bapa mereka untuk bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Ada juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak mereka walaupun pihak sekolah ada memberitahu mereka tentang masalah disiplin anak-anak di sekolah. Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak sekolah. masyarakat setempat tidak dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Dari situ anak-anak akan terasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Faktor Sosial Faktor Ibu bapa Dalam faktor sosial. Banyak masalah murid dan masalah masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal peribadi murid dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh sekolah. Dalam banyak hal. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. murid.menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca permasalahan yang sebenar. FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG MENDORONG KE ARAH KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Tajudin (1995) yang berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu: .

Jika anak mereka tidak dapat membezakan baik dan buruk. Terdapat ibu bapa yang terlalu manjakan anak mereka sehinggakan tidak dapat membezakan betul atau salah. Mereka juga terpaksa mengawasi sebuah bilik darjah yang sesak yang mana kadang kala terdapat 40 hingga 50 pelajar dalam sebuah kelas. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Pengaruh Budaya Barat . jadi ibu bapa sepatutnya membimbing anak mereka dan bukannya menambahkan lagi kesalahan anak mereka. Mereka sepatutnya menyedari tanggungjawab yang berat harus dipikul kerana ibu bapa hanya mengawal beberapa orang atau seorang anak di rumah malah guru perlu menjaga 40 orang pelajar di setiap kelas. Guru hanya dapat meluangkan masa selama lima atau tujuh jam seminggu. pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan anak malu untuk ke sekolah kerana tidak mampu untuk membayar yuran. terdapat ramai guru muda yang tidak mempunyai pengalaman mendidik anak-anak mereka di mana ibu bapa sendiri yang lebih memahami sikap anak mereka. Ibu bapa lebih senang mengunjungi sekolah apabila mendengar cerita anak mereka dirotan oleh guru. Sebilangan besar daripada golongan ini datang ke sekolah seolah-olah guru yang bersalah dan bukan anak mereka yang bersalah. Mereka lebih cenderung memberi alasan bahawa anak mereka tidak pernah dipukul di rumah. Ini menyebabkan guru tidak dapat membuat perhubungan interpersonal dengan setiap pelajar di dalam kelas itu. Ibu bapa mereka sendiri tidak mengamalkan suruhan agama. Tambahan pula. bercakap dengan anak-anak dengan bahasa yang kasar dan kesat. selalu bertengkar serta tidak mengamalkan tingkahlaku yang sihat adalah menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Sikap seumpama ini lebih merupakan salah-menyalahi antara satu sama lain tetapi bukan cara untuk menyelesaikan masalah bersama di mana ini akan merumitkan lagi masalah pelajar tersebut.• • • • • ibu bapa tidak menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak mereka. ibu bapa tidak mengambil tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka. ibu bapa tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak. Berdasarkan pemerhatian. tetapi juga mencorakkan anak mereka agar lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Anak-anak ini membawa sikap itu ke sekolah dan bercakap serta bertindak ganas dengan rakan sebaya. Ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak mereka. ibu bapa tidak sefahaman di rumah. ibu bapa yang berstatus rendah di sekolah luar bandar lebih meredhai tindakan guru kerana mereka memikirkan bahawa tanggungjawab seseorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu. Kurang Didikan Agama Sebahagian besar dari pelajar yang menghadapi masalah disiplin terdiri daripada pelajar yang mempunyai latarbelakang keluarga yang kurang didikan agama. Manakala ibu bapa yang berstatus agak tinggi sering sahaja mempersoalkan tindakan guru kerana anak mereka terlalu dimanjakan di rumah.

. Pihak sekolah harus menyedari. Penyampaian guru yang membosankan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Di sini mula timbul masalah disiplin seperti peras ugut. Faktor Sekolah Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu bapa. secara tidak langsung memberi ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan memberi kesan negatif. masyarakat setempat adalah satu aset yang boleh dijadikan rakan kongsi yang berkesan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani semua masalah yang berlaku. Pengaruh artis Pengaruh dari artis tempatan mahupun dari luar negara turut memainkan peranan dalam masalah sosial ini. Mereka akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan ahli kumpulan perlulah mematuhinya. akhbar dan sebagainya. pergaduhan. Faktor Rakan Sebaya Pelajar menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi.Wujudnya budaya kuning barat seperti rap. penyalahgunaan dadah dan sebagainya yang menjadi ikutan pelajar secara membuta tuli tanpa memikirkan akibatnya. televisyen. hisap rokok dan sebagainya. Pengaruh Media Massa Pengaruh media massa seperti radio. budaya lepak. khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di luar sekolah. rockers. Tajudin (1995) mendapati bahawa salah satu faktor sekolah yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin adalah berpunca dari guru disiplin yang terlalu bersikap tegas dan keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat latar belakang keluarga dan sebab pelajar melakukan perkara tersebut. Dapatan dari kajian yang dibuat oleh Rafiah dalam artikel Mohd. Merka terlalu meminati artis tersebut dan meletakkan artis sebagai idola mereka. Mata pelajaran yang diajar di sekolah terlalu padat dan membebankan pelajar. pawagam. Semua perbuatan dan cara berpakaian cuba diikuti oleh peminat-pinat mereka yang mana rata-rata mereka ini terdiri dari para remaja. Pelajar turut beranggapan bahawa peperiksaan tidak dapat mengukur kebolehan mereka dan mereka ini lebih berminat kepada kemahiran amali. khususnya bagi membanteras masalah sosial dan jenayah di kalangan pelajar sekolah. majalah. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan tugasan mereka dan ini akan mengakibatkan pelajar tidak berminat dengan guru atau mata pelajaran tersebut. video.

ganja. Jika mereka tidak bersedia membuat perubahan. arak. negara kita akan terus dilingkari penyakit sosial sepanjang zaman. pelacuran yang diterima sebagai satu pekerjaan. Falsafah pembangunan jenis ini berasal dari barat dan apabila negara dan masyarakat kita berasas dan beracuankan barat. Titik tumpuan terbesar adalah orang-orang yang mempunyai kuasa dan orang-orang yang kita letakkan harapan rakyat untuk sedia membuat perbaikkan falsafah pembangunan. malah pelajar juga diasuh mengenai tingkah laku yang sempurna dan diajar mengenai disiplin diri. Masyarakat Barat yang selalu dilanda gejala negatif sosial ini. Mereka lebih suka bersuka ria dari mengulangkaji di rumah. Faktor Diri Sendiri Satu lagi faktor yang menyebabkan masalah disiplin menjadi semakin serius adalah kerana sikap pelajar itu sendiri. perjudian. Faktor Falsafah Pembangunan Negara Kalau diperhatikan falsafah dan model pembangunan negara kita sendiri pada hari ini kurang mendapat perhatian dalam mana-mana perbincangan tentang penyakit sosial ini. tetapi persekitaran sosialnya dalam banyak bidang menyajikan banyak yang bertentangan. Permainan-permainan seperti video game. IMPLIKASI KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sebagaimana yang kita ketahui sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada pelajar bukan sahaja dari segi akademik. Menurut Idris Zakaria (1997). Oleh yang demikian kita semua adalah bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial ini. budaya disco. Adalah tidak adil jika ditumpukan pembaikkan hanya kepada para guru sahaja sebab segigih manapun tanggungjawab mereka tunaikan. HIV dan AIDS adalah lumrah. Inilah sebenarnya akar tunjang kepada masalah-masalah kemanusiaan yang gawat kita hadapi kini.Biasanya apabila ahli kumpulan mereka dipukul mereka akan membalas balik secara berkumpulan. muda-mudi yang jemu terhadap agama dan adab susila sebaliknya menyukai heroin. Oleh yang demikian . computer games dan sebagainya menyebabkan mereka leka dan mengabaikan pelajaran mereka. Kemudian fahaman pragmatis pula turut menyokong keseluruhan agenda-agenda pembangunan tersebut. generasi kita akan hilang arah juga. falsafah pembangunan yang didominasikan oleh falsafah liberal kapitalis di mana soal kemajuan material dan keuntungan kewangan menjadi titik hitung paling utama. walaupun ada sedikit pengubahsuaian maka hasil dan kesannya adalah sama seperti yang berlaku di barat. rukun hidup berkeluarga semakin terhakis dan manusia hanya menjadi alat pembangunan.

Maka peluang-peluang menyambung pelajaran.penekanan terhadap pentingnya perasaan rasa tanggungjawab pelajar kepada negara amatlah perlu untuk menghindari pelajar-pelajar daripada gejala sosial. Dengan adanya kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. sudah pasti rakyat akan memandang sinis usaha membina masyarakat yang berakhlak. Keadaan ini amatlah tidak adil bagi sebahagian pelajar yang memang mempunyai pencapaian akademik dan moral yang baik. Ini sedikit sebanyak telah menakutkan pelajar di sekolah kerana pelajar-pelajar yang nakal di sekolah menganggap guru disiplin hanya dapat mengawal mereka sekadar di kawasan sekolah sahaja tetapi tidak jika mereka berada di kawasan luar dari sekolah. Antar usaha-usahanya ialah: Peranan Guru Disiplin Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin. kepimpinan akan hilang wibawanya. Kalau dilihat dari satu sudut. Namun mahukah kita melahirkan cendekiawan yang terus dilingkari penyakit sosial sepanjang zaman? Sedangkan merekalah orang harapan untuk menjadi pemimpin yang bakal menerajui negara. tidak dinafikan wujudnya negara yang kadar sosialnya tinggi tetapi masih mampu melahirkan golongan bijak pandai. keselamatan guru sudah tidak terjamin. Ini adalah kerana pelajar-pelajar hari inilah yang akan menerajui kepimpinan akan datang. Apabila pelajar telah pandai mencabar kewibawaan guru. Kalaulah pelajar membiarkan diri mereka terbabit dengan masalah sosial sudah tentu negara kita tidak akan aman dan mereka akan menjadi mangsa gejala sosial di zaman mereka. Dalam artikel yang bertajuk Guru Disiplin Jadi Penguat Kuasa menyatakan guru-guru disiplin di sekolah akan dilantik sebagai pegawai penguatkuasa bagi menguatkuasakan peraturan melarang golongan remaja bawah umur 18 tahun (pelajar-pelajar) daripada melanggar undang-undang. dan rendah moral. Memandangkan tanpa moral. pekerjaan dan lain-lain yang menguntungkan mungkin akan diketepikan. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin juga mampu memberi pelbagai implikasi terhadap sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia. maka kekuatan yang ada pada seseorang guru disiplin boleh ditambah. Ini yang menyebabkan mereka suka ponteng sekolah kerana tiada siapa boleh menangkap mereka jika mereka merokok di luar kawasan . CARA-CARA UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT Peranan Sekolah Secara Keseluruhan Dalam konteks menangani keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak sekolah. cacat peribadi. Sekiranya pemimpin masyarakat jelek akhlak. ianya harus diambil kira dalam memilih pemimpinpemimpin masyarakat. jadi walaupun kriteria akhlak dan moral adalah subjektif. berleluasanya keskes jenayah dan masalah sosial pelajar maka wujudlah tanggapan yang negatif terhadap institusi pendidikan tersebut dari pelbagai pihak. guru besar dan guru penolong kanan.

Cara ini dianggap lebih mudah dan lebih berkesan daripada menghimpunkan semua remaja untuk diberi bimbingan kaunseling. Walau bagaimanapun.sekolah. Sekolah Penyayang Melalui pendekatan ini . guru juga diberi peranan sebagai ibu angkat atau bapa angkat kepada para pelajar supaya mereka dapat mengenalpasti masalah pelajar. Sistem Mentor-Mentee Di samping berperanan sebagai pengajar. Dalam artikel yang bertajuk Disiplin: Jangan Prejudis Guru Wanita juga (1997) menyatakan cadangan kerajaan untuk mewujudkan kuasa polis tambahan (AP) kepada guru disiplin adalah salah satu cara yang dibuat untuk menangani masalah disiplin pelajar. Peranan guru besar Guru besar sekolah seharusnya bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras masalah disiplin dan bukanya menyembunyikan samseng kerana masalah ini akan menular kepada pelajar-pelajar yang lain. Orang yang paling dekat dengan remaja selain daripada kedua ibu bapanya ialah rakan remaja itu sendiri. Sebelum ini juga terdapat kerjasama secara tidak rasmi dimana pihak sekolah dengan pihak polis. Guru itu harus bertindak dengan cepat dan tepat. Program pembimbing Rakan Sebaya Program ini bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Jika tidak penyakit samseng akan menjadi lebih lerus. Remaja yang kebiasaanya menjadi ketua atau dianggap sebagai ketua harus didekati dan diberi bimbingan kerana dengan cara ini ketua remaja tersebut akan menyampaikannya kepada kumpulannya dan cuba pula untuk mempengaruhi mereka. Cadangan ini meletakkan tanggungjawab pembentukan sahsiah pelajar di atas bahu semua guru supaya tiada guru yang boleh terlepas dari masalah disiplin pelajar. Kaunseling rakan sebaya ini harus diwujudkan sambil mengenalpasti siapakah sasarannya. guru diminta bersikap kasih sayang terhadap pelajar dan berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar boleh diajar dan mahu belajarmengutamakan nilai-nilai kemanusian serta menghormati harga diri pelajar sebagai individu. Walaupun. Beliau juga menambah bahawa kajian statistik yang dibuat menunjukkan jumlah penagih dadah yang memulakan tabiat ketagihan mereka dengan menghidap rokok adalah sangat tinggi. .merokok. dalam artikel yang sama di mana bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tan Sri. ibubapa juga turut terlibat dalam memberi teladan yang baik dalam mengamalkan tabiat buruk ini . Ainuddin Abdul Wahid juga mencadangkan semua guru dilantik menjadi guru disiplin supaya turut terlibat dalam menjaga dan mengawal disiplin.

khususnya ibu bapa agar tidak menyerahkan tanggungjawab menjaga disiplin anak-anak mereka kepada pihak sekolah saja. pendidikan dan kerjaya. Pendekatan ini dilaksanakan secara memberi nasihat (55%). anti merokok dan bersopan santun. progresif. negeri. Perkhemahan Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan bimbingan dan kauseling juga disediakan di sekolah untuk pembentukan dan peningkatan disiplin di kalangan pelajar. Pendekatan Bersepadu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu. Antaranya ialah sesi bimbingan dan kaunseling peribadi. Ia juga sebagai usaha membantu dan menambah usaha bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar dalam kegiatan mereka serta mewujudkan majlis perundingan antara ibu bapa dengan penjaga bagi mempertingkatkan taraf pendidikan anak-anak mereka. Briged Komuniti ditubuhkan di peringkat kebangsaan. menerapkan nilai-nilai murni. mengkaji punca salah laku pelajar untuk mencari jalan penyelesaian (10%). Melalui Briged Komuniti ini perkara-perkara yang boleh menimbulkan salah faham antara pihak ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah ke atas pelajar yang bersalah laku dapat dikurangkan. kursus diadakan untuk membina kepimpinan yang berkualiti. Briged ini juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat. penyampaian amanat. . mengeratkan perpaduan dan menghapuskan prasangka. Motivasi dan Ceramah Bimbingan. lafaz Rukun Negara. Briged Komuniti. Hal ini dilaksanakan melalui pelbagai program dan aktiviti. daerah dan sekolah yang bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam usaha mencegah dan menyelesaikan masalah disiplin. menghantar kepada guru bimbingan untuk bimbingan dan kaunseling (10%) dan menghantar kepada guru besar (5%). Bimbingan dan Hukuman. pesanan serta nasihat daripada pengetua. berjumpa dengan pelajar salah laku di luar kelas (30%). Kempen Pencegahan Dadah dan AIDS yang bertujuan untuk mencapai drugfree school dan zero involvement di kalangan pelajar harus juga diadakan.Perhimpunan Sekolah Menaikkan bendera Malaysia dan negeri. Kem Jaya Diri. Perkhemahan Integrasi Ketua Murid Melalui perkhemahan ini. sosial dan penyalahgunaan najis dadah. bersikap positif. guru besar dan pemeriksaan rambut dan pakaian. PIBG diwujudkan dengan tujuan untuk mengadakan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar. Kempen Kempen ini termasuk kempen kebersihan. kaunseling Rakan Sebaya.

Usaha untuk membanteras keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin ini perlu mendapat kerjasama yang erat dari pihak ibu bapa kerana dari tinjauan yang dibuat menunjukkan sebahagian besar remaja yang melakukan salah laku dan jenayah ini tinggal bersama keluarga mereka. Dalam keadaan ini. Selain itu. Pendekatan ini dilakukan melalui menyuruh pelajar berdiri di dalam kelas (45%). merotan (10%). Apabila anak mengadu kepada ibu bapa guru memukul atau menghukumnya. emosi dan intelek akan tercapai hanya sekiranya masalah disiplin ini menjadi agenda bersama ibu bapa dan pihak sekolah tanpa sebarang sekatan. Justeru itu sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar boleh diwujudkan di sekolah-sekolah yang bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes-kes yang tidak diingini. Ibu bapa harus mengukuhkan institusi keluarga kerana ia merupakan tulang belakang sistem moral masyarakat. Strategi ini dilaksanakan melalui usaha untuk meningkatkan penglibatan murid semasa pengajaran (15%) dan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran (10%). Sikap positif ibu bapa dalam menangani masalah sosial ini dapat membantu anak-anak menerima tanggngjawab mereka dengan baik apabila dewasa kelak. fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Ibu bapa disaran supaya mengamalkan sikap yang positif dalam segala kegiatan mereka supaya dapat dijadikan contoh dalam pembentukan peribadi anak-anak di masa depan. Peranan Media Massa Mengorientasikan semula fungsi media massa . Ini boleh dilakukan dengan menjadikan pengajian keibubapaan sebagai suatu kursus pra perkahwinan. ibu bapa harus menghubungi pihak guru dengan cara yang sopan dan memperbetulkan kesalahan anak mereka melalui nasihat dan cara-cara yang lebih berkesan. Interaksi. Cara ini dilakukan dengan merapatkan diri dengan para pelajar dengan berbincang (30%) dengan mereka. Jadi kita harus mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membina sistem keluarga yang mantap dan penyayang. memberi kerja tambahan (10%). Matlamat dan wawasan pendidikan yang mengharapkan keseimbangan insan dari segi kerohanian. memulau murid yang melakukan salah laku (5%) dan mengertak (5%). setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman. Peranan Ibu Bapa Ibu bapa harus bersikap lebih terbuka dan tidak seharusnya terlalu memanjakan dan mementingkan kehendak anak mereka. kefahaman agama ibu bapa dan bakal pengantin perlu dipertingkatkan.Strategi Pengajaran. jasmani. Denda.

Di samping itu. media massa perlu menerapkan nilai murni dalam setiap laporan. KESIMPULAN Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral. Sebaliknya para budayawan perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengetengahkan alternatif kesenian baru yang berteraskan budaya peribumi. atau siaran mereka. kalau dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini terdapat jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah di kalangan pelajar kita hari ini (yang bakal menerajui negara kita) adalah semakin meningkat. rancangan. adalah tidak cukup bagi golongan agamawan sekadar berceramah di masjid ataupun surau sedangkan sebahagian besar generasi muda yang bermasalah bukan berada di sana. Lebih-lebih lagi kita sebagai anggota masyarakat yang sentiasa melaung-laungkan slogan masyarakat penyayang tidak sewajarnya hanya menggeleng-gelengkan kepala apabila mendengar berita gejala cemar ini tetapi harus turut sama menyingsing lengan turut ke gelanggang pemulih dan membanteras gejala ini daripada menular menjadi budaya hidup remaja kita. Fungsinya bukan setakat mengurus jenayah syariah. dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap. Nampaknya semakin maju kita. menganjurkan kursus fardu ain dan sebagainya tetapi menjadi agensi thing tank yang melaksanakan program dan projek yang berkaitan dengan hal keagamaan dan permasalahan ummah secara lebih komprehensif. Penerapan Agama Penyegaran semula institusi agama Dalam perkara ini.Demi pembinaan masyarakat yang berakhlak. Namun. pihak berkenaan harus mempunyai asas pertimbangan yang konkrit yang berteraskan nilai agama dan budaya timur dalam memilih program mahupun menerbitkan bahan. Tambahan pula. Memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar/remaja kita hari ini bukan sahaja disebabkan oleh salah guru tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain . semakin luntur pula nilai moral masyarakat. Menyemarakkan fungsi budayawan Golongan budayawan seharusnya jangan mempertimbangkan komersil semata-mata sambil meleburkan perkiraan sosial sehingga akhirnya hancur peribadi bangsa. kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam pembinaan insan. Jadi. Justeru itu. pendamping generasi muda dan pencegah mungkar sekali gus. mereka harus menjadi aktivis sosial. fungsi institusi agama harus diorientasikan semula bagi memenuhi tuntutan zaman baru.

ibu bapa.seperti faktor sosial . pengaruh rakan sebaya. pengaruh budaya barat dan artisartis. kurang didikan agama. bersepadu. faktor sekolah. . perlu diingatkan bahawa program sedemikian harus disegerakan secepat mungkin dan diharapkan semua pihak dengan keinsafan jadikanlah pendidikan remaja kita sebagai satu agenda masyarakat yang besar yang tidak seharusnya kita ambil mudah apa lagi memgabaikannya. Akhir sekali. Maka semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya melaksanakan suatu reformasi secara holistik dengan merangka strategi atau program yang bersistematik. mahupun diri sendiri. dan menyeluruh untuk memulihkan suasana gawat ini. Sayangilah masa depan mereka kerana masa depan mereka adalah di tangan kita.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->