You are on page 1of 24

PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3101)

TOPIK 1 : MAKSUD PENGAJIAN SOSIAL

SAINS SOSIAL VS PENGAJIAN SOSIAL

Maksud Sains Sosial


Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia, bagaimana individu-individu atau kelompokkelompok manusia berinteraksi antara satu dengan yang lain dan juga dengan atau sekeliling mereka (Rohana Yusof, 1996).

Sains sosial merupakan satu bidang pengkajian yang begitu luas dan kompleks. Pembahagian disiplin-disiplin didasarkan kepada bagaimana cara manusia berinteraksi antara satu sama lain.
Cth; interaksi melalui proses jual beli (disiplin Ekonomi) Perebutan kuasa dan autoriti (disiplin Sains Politik)

Tumpuan Beberapa Disiplin Sains Sosial

Tumpuan Beberapa Disiplin Sains Sosial

Pengajian Sosial
Bidang Pengajian Sosial merangkumi Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan yang mengkaji pola interaksi manusia dalam pelbagai budaya. Integrasi pelbagai disiplin seperti Sosiologi, Sejarah, Ekonomi , Geografi dan Sains Politik.

Rasional Pengajian Sosial


Pengajian Sosial dapat menjelaskan kepentingan hidup bermasyarakat dengan memahami norma dan peraturan yang perlu diwujudkan serta peranan sosial yang perlu dimantapkan. Individu menyedari akan kepentingan interaksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab, harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

Maksud Pengajian Sosial

DEFINISI
National Council for Social Studies (NCSS), 1994. Satu kajian bersepadu antara sains sosial dan kemanusiaan untuk meningkatkan kecekapan sivik. Pengajian sosial membekalkan kajian sistematik yang merangkumi beberapa disiplin seperti; Antropologi, Ekonomi, Geografi, Sejarah dsb di samping kandungan yang berkaitan dengan kemanusiaan, matematik dan sains semula jadi.

Apa itu Sivik?


Mengikut kamus Tribahasa Oxford Fajar, maksud sivik ialah ilmu tatarakyat. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya (PPK, 2003) Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama.

P/K/N Sivik
Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang individu harus ketahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan individu membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
(http://c8sblm1053.blogspot.com/2010/08/kesimpulan-dan-harapan-terhadap.html)

Matlamat
Matlamat utama pengajian sosial adalah untuk membantu generasi muda memperoleh maklumat dan membuat keputusan yang rasional untuk kesejahteraan awam sebagai warga negara yang pelbagai budayanya dan masyarakat yang demokratik dalam dunia yang saling bergantungan.

Tujuan Am
Tujuan pengajian sosial adalah meningkatkan kecekapan sivik pengetahuan, proses intelektual dan peraturan demokrasi yang diperlukan oleh murid untuk terlibat secara aktif dalam kehidupan bermasyarakat. Penekanan diberikan kepada kepentingan mendidik murid yang komited kepada idea dan nilai demokrasi.

Kompetensi sivik dan komitmen terhadap nilai demokrasi memerlukan warga yang berkeupayaan ; Menggunakan pengetahuan mereka tentang komuniti, negara dan dunia. Mengaplikasikan proses inkuiri. Menggunakan kemahiran pengumpulan dan penganalisisan data, kolaborasi, pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah.

Generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan komited terhadap demokrasi perlu mempertahankan dan memperbaiki cara hidup demokrasi dan mengambil bahagian sebagai ahli dalam komuniti sejagat.

6 viewpoints

Matlamat Pendidikan Pengajian Sosial

You might also like