You are on page 1of 27

ALUMNI SMA HJ MOHD YATIM, D/A SMA HJ MOD YATIM, 71450 ULU GADONG KOTA, N.SEMBILAN. email : alumnisktm@gmail.

com http://alumnismahmy.blogspot.com

Kepada, Tuan/Puan/Dato/Datin

AlumniSMAHMY.bil ( ) Tarikh :

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SMAHMY ULU GADONG Kali-1 / 2011. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Penaja Alumni SMA HJ MOHD YATIM ULU GADONG KOTA. 2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SMA HJ Tarikh Hari Masa Tempat 3. : 12.09.2009 : Sabtu : 9.00 pagi : Bilik Mesyuarat SKTM.

MOHD YATIM akan diadakan pada :

Agenda mesyuarat : 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Ucapan aluan Guru Besar SK Teluk Medan. Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SK Teluk Medan. Perlantikan pengerusi mesyuarat. Ucapan mesyuarat. Cadangan Penubuhan Alumni SK Teluk Medan. 1

3.6 3.7 3.8

Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni SK Teluk Medan. Perbincangan Perlembagaan Alumni SKTM. Perbincangan aktiviti Alumni SKTM 4.7.1 Pendaftaran pertubuhan. 4.7.2 Pendaftaran ahli. 4.7.3 Majlis perjumpaan / hari raya. 4.7.4 Aktiviti susulan

3.9 4.

Hal-hal lain.

Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan Kertas Cadangan Alumni SK

Teluk Medan sebagai makluman awal sebelum dibincangkan di dalam mesyuarat nanti 3. Kehadiran tuan/puan amat-amat diharapkan bagi merealisasikan penubuhan

Alumni SK Teluk Medan. Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah, .. ( SHOYEF BIN TUKIMAN ) Guru Besar, SK Teluk Medan, Bagan Serai.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ALUMNI SK TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN. Pendahuluan Sebagai sebuah sekolah yang telah lama ditubuhkan, SK Teluk Medan, Bagan Serai, Perak ( SKTM ) telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Boleh dikatakan hampir keseluruhan golongan penduduk Kampung Teluk Medan menimba pengalaman awal dalam pelajaran di SKTM. Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut. Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-lumus menimba ilmu di kelas. Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajarpelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak beberapa tahun lepas. Namun demikian, tiada mana-mana pihak yang bertindak untuk merealisasikan idea penubuhan tersebut. Justeru tindakan segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI SKTM.

Relevan Penubuhan Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan sekolah. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di SKTM. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada sekolah khasnya dan kepada penduduk kampung amnya. Jika difikirkan semula, sebuah sekolah yang telah berusia hampir separuh abad sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajarpelajarnya bagi memastikan kewujudan sekolah ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di sekolah. Alumni juga mampu menjadi satu organisasi penting yang membawa pengaruh besar kepada golongan muda Kampung Teluk Medan yang kini dilihat sibuk melakukan hal masing-masing sahaja. Golongan muda ini yang juga terdiri daripada bekas pelajarpelajar SKTM perlu ditarik menyertai aktiviti sekolah bagi membawa impak yang lebih besar kepada kemajuan sekolah kerana mereka dapat dilihat sebagai satu lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan PIBG dan sekolah. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah memperkukuhkan perjuangan PIBG yang sedia ada. Pihak sekolah sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai matlamat sebagai pusat ilmu utama di Kampung Teluk Medan.

Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja. Objektif Penubuhan Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar SKTM, malah membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni : 1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah. 2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian. 3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah. 4. Menjadi satu saluran selain PIBG untuk penduduk kampung menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik. 5. Menjadi kaki dan tangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut. 6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi SKTM. 7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar. 8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.

Aktiviti Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting.


Pembangunan sosial dan akademik pelajar Penjanaan Kewangan Perkongsian kepakaran Aksesori tambahan Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:

1. Kelas-kelas tambahan untuk memperkukuhkan pembelajaran murid-murid. Tenaga pengajar terdiri daripada ahli alumni sendiri. 2. Ceramah motivasi dan teknik menghadapi peperiksaan yang disampaikan oleh individu-individu berpengalaman. 3. Kempen kesedaran kepada ibubapa dan sekolah tentang kepentingan hubungan akrab antara para ibubapa dan sekolah. 4. Perjumpaan semula bekas pelajar dan guru yang pernah menuntut dan mencurahkan ilmu di sekolah. 5. Ceramah/seminar untuk memberi panduan dan nasihat kepada pelajar dan ibubapa tentang skop kerjaya. Penutup Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa. Melalui penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung mahupun tidak langsung. Tiada pihak yang akan mendapat kesan negatif daripadanya. Jadi

semua

golongan

harus

bekerjasama

agar

penubuhan

Alumni

SKTM

dapat

direalisasikan dengan jayanya. CARTA ALIRAN KERJA PENUBUHAN ALUMNI SK TELUK MEDAN, BAGAN SERAI PERAK. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni SKTM. Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 Mendraf perlembagaan Alumni SKTM. Proses pendaftaran Alumni SKTM Menjalankan aktiviti.

SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN PERSATUAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 TINDAKAN Mesyuarat Penaja Surat permohonan Penubuhan dan JK Penaja Pertubuhan Surat Kelulusan Penubuhan Perlembagaan dan peraturanTANDA ( / ) CATATAN

peraturan persatuan Senarai AJK Pertubuhan Senarai aktiviti utama pertubuhan Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran pertubuhan Perlaksanaan Persatuan

SENARAI JAWATANKUASA PENAJA 7

ALUMNI SK TELUK MEDAN 34300 BAGAN SERAI, PERAK

Penaung Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari

: .. : .. : .. : . : :

Ahli Jawatankuasa : Biro Ketua Biro Ketua Biro Ketua Biro Ketua : .. .. : . : : KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN 8

ALUMNI SK TELUK MEDAN 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

FASAL 1 NAMA 1.1. Organisasi bekas pelajar ini dikenali dengan nama Alumni SK Teluk Medan di dalam perlembagaan ini. FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN 2.1. Alamat Berdaftar 2.1.1 Alamat berdaftar Alumni SK Teluk Medan SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. 2.2. Alamat Urusan 2.2.1 Alamat urusan Alumni SK Teluk Medan ialah di: SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. 2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis Tertinggi.

FASAL 3 LOGO DAN LAMBANG 9

ALUMNI SK TELUK MEDAN : Nama organisasi . Jabat Tangan : Melambangkan perpaduan, kerjasama dan permuafakatan sesama ahli Alumni SK Teluk Medan.. Logo sekolah : Merupakan logo SK Teluk Medan merupakan tempat ahli belajar dahulu. Integrasi Kubang Pasu menuntut ilmu FASAL 4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1 4.2 Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah. memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian. 4.3 Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah.

10

4.4

Menjadi satu saluran selain PIBG untuk penduduk kampung menyuarakan

pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik. 4.5 Menjadi kaki dan tangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut. 4.6 4.7 4.8 Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi SKTM. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke

membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar. alam pekerjaan. FASAL 5- KEAHLIAN 5.1 Ahli Berstatus Pelajar 5.1.1 Mana-mana pelajar yang pernah menuntut di SK Teluk Medan layak untuk mendaftar sebagai ahli. 5.1.2 Setiap ahli berstatus pelajar layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap Mesyuarat Agung yang diadakan 5.2 Ahli Berstatus Guru 5.2.1 Mana-mana guru yang pernah mengajar di layak untuk mendaftar sebagai ahli. 5.2.2 Setiap ahli berstatus guru diberi pengecualian daripada membayar sebarang yuran yang ditetapkan oleh Alumni SK Teluk Medan. 5.3 Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Alumni SK Teluk Medan. 5.4.1 Mereka yang ingin memohon keahlian Alumni SK Teluk Medan perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh Alumni SK Teluk Medan dan dihantar kepada Setiausaha Alumni SK Teluk Medan untuk diluluskan. 5.4.2 Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman blog Alumni SK Teluk Medan iaitu http://alumnisktm.blogspot.com. 5.4.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal Yuran. 11

5.4.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perlembagaan Alumni SK Teluk Medan. FASAL 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI 6.1 Setiap ahli Alumni SK Teluk Medan mempunyai tanggungjawab seperti berikut: 6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Alumni SK Teluk Medan serta peraturanperaturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat Alumni SK Teluk Medan. 6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Alumni SK Teluk Medan. 6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. 6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Alumni SK Teluk Medan. 6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua yurannya sama ada semasa atau tertunggak. 6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Alumni SK Teluk Medan disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini tidak berhak : 6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di dalam Alumni SK Teluk Medan. 6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung Alumni SK Teluk Medan 6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana Mesyuarat Agung Alumni SK Teluk Medan 6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras dengan hak-hak sebagai seorang ahli. FASAL 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 7.1 Pemberhentian secara sukarela 7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada Alumni SK Teluk Medan yang ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyerahan surat pemberhentian. 12

7.1.2 Pihak Alumni SK Teluk Medan berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan. 7.1.3 Mana-mana ahli Alumni SK Teluk Medan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Alumni SK Teluk Medan. 7.2 Pemecatan ahli 7.2.1 Setiap ahli Alumni SK Teluk Medan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Alumni SK Teluk Medan bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi.Ahli yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM 50. FASAL 8 YURAN 8.1. Yuran Pendaftaran 8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 5.00. 8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli dibuat. 8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari Alumni SK Teluk Medan atau melalui Jawatankuasa Alumni SK Teluk Medan. 8.2. Yuran Tahunan 8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM5.00 8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari Alumni SK Teluk Medan ataupun kepada Jawatankuasa Alumni SK Teluk Medan. 8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun. 13

FASAL 9- PENAUNG ATAU PENASIHAT 9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 10- MAJLIS TERTINGGI 10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada: a. Seorang (1) Pengerusi b. Seorang (1) Naib Pengerusi c. Seorang (1) Setiausaha 1. d. Seorang (1) Setiausaha 2 e. Seorang (1) Bendahari f. Seorang (1) ketua serta dua (2) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut : i. Akses dan Multimedia ii. Perlembagaan dan Alumni iii. Ekonomi iv. Kebajikan dan Ukhuwwah v. Perhubungan dan Urusan Luar vi. Aktiviti-aktiviti dan Tugas-tugas Khas 10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta. 10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (3) tiga tahun sekali. 10.4. Presiden diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1 dan Setiausaha 2. 10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia. 10.6. Pemilihan semua Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilakukan malalui undian.Keputusan adalah dengan undian terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang diperoleh untuk sesuatu jawatan tersebut adalah sama,maka pengerusi mesyuarat ketika itu mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri. 10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah: 14

10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan 10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi 10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan 10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan 10.7.5. Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut. 10.7.6. Boleh melantik penaung Alumni SK Teluk Medan 10.7.7. Meluluskan Belanjawan Tahunan Alumni SK Teluk Medan 10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 3 tahun pertama penubuhan Alumni SK Teluk Medan ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung. Ahli-ahli majlis tertinggi adalah seperti berikut: Presiden : Naib Presiden : . Setiausaha 1 : Setiausaha 2 : Bendahari : Biro Akses Dan Multimedia Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Perlembagaan Dan Alumni Ketua Aiman Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Ekonomi Ketua Ainee 15

Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Kebajikan Dan Ukhuwwah Ketua Munirah Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Perhubungan Dan Urusan Luar Ketua Penolong Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Aktiviti-Aktiviti Dan Tugas-Tugas Khas Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II FASAL 11- TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI 11.1 Presiden 11.1.1 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal Alumni SK Teluk Medan secara keseluruhannya. 11.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, salah seorang daripada Naib Presiden akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat. 11.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat,cabutan-cabutan dan salinan-salinan rekod Alumni SK Teluk Medan bersama Setiausaha sekiranya perlu. 11.1.4 Tertakluk pada Fasal 10.4 di atas, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1 dan Setiausaha 2. 11.1.5 Memanggil sendiri atau melalui Setiusaha mesyuarat-mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu 11.1.6 Mengarah Juruaudit Alumni SK Teluk Medan supaya mengaudit akaun Alumni SK Teluk Medan pada bila-bila masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit kepada Majlis Tertinggi bila perlu. 16

11.2 Naib Presiden 11.2.1 Dalam masa ketiadaan Presiden,seorang Naib Presiden akan mengambil alih dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Presiden. 11.2.2 Membantu Presiden dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan. 11.2.3 Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari semasa ke semasa. 11.3 Setiausaha 11.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Alumni SK Teluk Medan,Setiasausaha bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Atas arahan Presiden, beliau akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung Alumni SK Teluk Medan, Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala dokumen-dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu. 11.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan. 11.3.3 Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai Alumni SK Teluk Medan. 11.3.4 Menyediakan laporan tahunan Alumni SK Teluk Medan untuk dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Alumni SK Teluk Medan. 11.3.5 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan harian sekretariat Alumni SK Teluk Medan serta kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekretariat tersebut 11.3.6 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari masa ke masa. 11.4 Setiausaha 2. 11.4.1 Di dalam ketiadaan Setiausaha 1, Setiausaha 2 akan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada Setiausaha 1. 11.4.2 Membantu Setiausaha 1 menjalankan tugas. 11.5 Bendahari 11.5.1 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.

17

11.5.2 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Majlis Tertinggi atas nama Alumni SK Teluk Medan akan semua wang yang diterima oleh Alumni SK Teluk Medan secepat mungkin selepas penerimaannya. 11.5.3 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi. 11.5.4 Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun Alumni SK Teluk Medan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya boleh diperiksa pada bila-bila masa. 11.5.5 Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi. 11.5.6 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Alumni SK Teluk Medan untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 11.5.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ke atas semasa ke semasa. 11.6 Biro dan Tugas-tugas Biro 11.6.1 Biro Akses dan Multimedia 11.6.1.1 Menyimpan maklumat ahli-ahli serta mengemaskini rekod keahlian persatuan dari semasa ke semasa. 11.6.1.2 Menubuhkan laman web atau blog persatuan serta mengemaskini lamanlaman tersebut dari semasa ke semasa. 11.6.1.3 Bertanggungjawab ke atas segala perihal multimedia yang berkaitan dengan persatuan. 11.6.1.4 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan & Ukhwah dan Biro Perhubungan & Urusan Luar dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli Alumni SK Teluk Medan melalui medium multimedia. 11.6.1.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini. 11.6.2 Biro Perlembagaan dan Alumni 11.6.2.1 Sentiasa memantau perlembagaan agar sentiasa relevan dengan kepentingan ahli-ahli persatuan. 18

11.6.2.2 Menerima segala aduan mengenai perlembagaan dan membentangkan cadangan pindaan perlembagaan dalam mesyuarat agung jika ada. 11.6.2.3 Memastikan tugas-tugas pentadbiran persatuan dibuat mengikut peruntukan perlembagaan. 11.6.2.4 Memahamkan dan memberi tafsiran yang benar terhadap mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan sekiranya berlaku percanggahan tafsiran terhadap perlembagaan. 11.6.2.5 Menyediakan audit mengenai perihal harta benda milik persatuan kecuali kewangan untuk diserahkan kepada bendahari, setiausaha agung, dan presiden. 11.6.2.6 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini. 11.6.2.7 Bekerjasama dengan Biro Aktiviti & Tugas-tugas Khas bagi merancang dan mengelolakan sebarang jenis mesyuarat atau perjumpaan rasmi antara ahli-ahli persatuan. 11.6.2.8 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini 11.6.3 Biro Ekonomi 11.6.3.1 Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan yang berterusan untuk persatuan. 11.6.3.2 Menyediakan audit bagi kemasukan wang ke dalam dana persatuan untuk diberikan kepada bendahari,setiausaha agung,dan presiden setiap tiga bulan. 11.6.3.3 Mengenalpasti sumber-sumber kewangan yang strategik untuk menyalurkan wang ke dalam dana persatuan. 11.6.3.4 Merancang projek-projek bagi meningkatkan dana persatuan dan mengelolakan projek-projek tersebut bersama Biro Aktiviti & Tugas-tugas Khas. 11.6.3.5 Menjalankan sebarang tugas yang difikirkan relevan oleh Majlis Tertinggi dengan biro ini. 11.6.4 Biro Kebajikan dan Ukhuwwah 11.6.4.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli serta warga SKTM dengan menyalurkan bantuan material atau tenaga kepada mana-mana ahli atau pihak sekolah sekiranya difikirkan perlu oleh ahli-ahli Biro Kebajikan & Ukhuwwah dan dipersetujui presiden.

19

11.6.4.2 Mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya diantara batch melalui program aktiviti yang sesuai dan dikelolakan bersama-sama Biro Aktiviti & Tugas-tugas Khas. 11.6.4.3 Menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa dan mengenalpasti bantuan-bantuan yang boleh disalurkan oleh persatuan kepada pihak sekolah. 11.6.4.4 Megeratkan hubungan yang akrab antara pihak sekolah dengan persatuan. 11.6.4.5 Menjadi pengantara antara Majlis Tertinggi Alumni SK Teluk Medan dengan Jawatankuasa Batch dalam segala urusan rasmi berkaitan persatuan. 11.6.4.6 Menjalankan tugas yang yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini. 11.6.5 Biro Perhubungan dan Urusan Luar 11.6.5.1 Menjadi pengantara antara persatuan dengan pihak luar iaitu mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan organisasi persatuan selain pihak sekolah. 11.6.5.2 Menyimpan butir-butir dan rekod perhubungan dengan pihak luar. 11.6.5.3 Mewujudkan hubungan dengan persatuan bekas-bekas pelajar yang lain dan persatuan-persatuan lain yang sah di sisi undang-undang demi kepentingan bersama. 11.6.5.4 Menjadi medium publisiti dan hebahan bagi pihak persatuan pada setiap masa. 11.6.5.5 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini. 11.6.6 Biro Aktiviti-aktiviti dan Tugas-tugas Khas 11.6.6.1 Bekerjasama dengan biro-biro lain dalam merancang dan mengelolakan aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai objektif persatuan. 11.6.6.2 Menyediakan butiran-butiran aktiviti yang dirancangkan untuk dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan. 11.6.6.3 Menjalankan sebarang tugas yang tidak tersenarai dalm peranan biro-biro lain. 11.6.6.4 Merangka jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti bagi dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui. 11.6.6.5 Menyediakan sebut harga dengan biro-biro lain yang berkaitan dalam menjayakan sesuatu aktiviti untuk dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui. 11.7 Tugas-tugas Majlis Tertinggi ialah: 11.7.1 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan

20

11.7.2 Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi 11.7.3 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan 11.7.4 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan 11.7.5 Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut. 11.7.6 Boleh melantik penaung Alumni SK Teluk Medan 11.7.7 Meluluskan Belanjawan Tahunan Alumni SK Teluk Medan. FASAL 12-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 12.1 Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan merupakan forum tertinggi yang akan menentukan hala tuju dan wawasan Alumni SK Teluk Medan. Ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung tahunan mengikut peraturanperaturan sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini. 12.2 Semua Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli lain yang hadir berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan. 12.3 Korum untuk Mesyuarat Tahunan Alumni SK Teluk Medan dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumplah sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi. 12.4 Jika korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu (1) jam seterusnya, dan jika korum masih tidak mencukupi setelah tempoh penagguhan tersebut, maka Majlis Tertinggi berkuasa untuk menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Alumni SK Teluk Medan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. 12.5 Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan ialah:

21

12.5.1 Menerima laporan Setiausaha berkenaan perjalanan Alumni SK Teluk Medan dalam tahun sebelumnya. 12.5.2 Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya. 12.5.3 Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi dan dua orang juruaudit untuk tempoh tiga (3) tahun akan datang. 12.5.4 Menguruskan perkara-perkara selain daripada yang dibenarkan di dalam mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. 12.6 Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta jemputan mengemukakan cadangan untuk perbincangan (usul), meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada setiap Ahli Majlis Tertinggi tiga puluh (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat. Di samping itu satu (1) salinan notis yang sama hendaklah juga dipamerkan di pusat berdaftar Alumni SK Teluk Medan. 12.7 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan wakil dan pencalonan untuk pemilihan ahli Majlis Tertinggi serta cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung pada 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan. 12.8 Mana-mana ahli yang ingin membuat pencalonan tanpa melalui ahli-ahli lain bolehlah membuat pencalonan dengan syarat hendaklah mencapai sekurangkurangnya lima belas (15) sokongan ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan. 12.9 Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan notis peringatan beserta satu (1) salinan agenda, peringatan mesyuarat agung yang lalu, Laporan Tahunan Alumni SK Teluk Medan dan Penyata Kira-kira Alumni SK Teluk Medan bagi tahun lalu yang telah diaudit.

22

FASAL 13- MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI 13.1 Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali di dalam masa enam (6) bulan.Tiap-tiap pengumuman hendaklah diberikan kepada ahliahli tujuh (7) hari sebelumnya. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Majlis Teringgi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 13.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan mesyuarat Majlis Tetinggi tidak boleh dijalankan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi melalui pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Majlis Tertinggi boleh dianggap sebagai boleh diterima: 13.2.1 Masalah yang dibangkitkan itu dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Tertinggi 13.2.2 Sekurang-kurangnya satu per dua () bilangan ahli Majlis Tertinggi mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu. 13.2.3 Keputusan hendaklah mengikut bilangan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperoleh melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat. FASAL 14-KEWANGAN 14.1 Penyata wang diterima dan dibelanjakan beserta lembaran imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kirakira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain. 14.2 Kumpulan wang yang lebih daripada Ringgit Malaysia tiga ratus (RM 300.00) tidak boleh disimpan oleh Bendahari sebagai wang runcit.

23

14.3 Wang yang dimasukkan ke dalam bank hendaklah diletakkan di dalam akaun Alumni SK Teluk Medan . 14.4 Sesuatu perbelanjaan yang kurang daripada Ringgit Malaysia lima ratus (RM 500.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari 14.5 Perbelanjaan yang melebihi had ini perlu diluluskan oleh Majlis Tertinggi. 14.6 Segala cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira Alumni SK Teluk Medan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari, maka bolehlah Majlis Tertinggi melantik sesiapa sahaja antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Alumni SK Teluk Medan. 14.7 Pendapatan organisasi yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai tujuan dan matlamat Alumni SK Teluk Medan seperti dinyatakan dalam Fasal 4. 14.8 Sumber-sumber kewangan Alumni SK Teluk Medan diperoleh melalui: 14.8.1 Yuran pendaftaran dan tahunan ahli 14.8.2 Derma dan tajaan 14.8.3 Bantuan dari kerajaan dan badan-badan berkenaan 14.8.4 Hasil perniagaan Alumni SK Teluk Medan 14.8.5 Sumber-sumber lain yang dibenarkan undang-undang negara 14.9 Walaubagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah 14.10 Tahun kewangan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiaptiap tahun. FASAL 15-JURUAUDIT 15.1 Dua orang pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan Alumni SK Teluk Medan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun dan tidak boleh dilantik semula secara berturut-turut. 15.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Alumni SK Teluk Medan bagi setahun dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SK Teluk Medan. Jika sekiranya diperlukan, mereka juga boleh diarahkan oleh 24

Presiden untuk mengaudit kira-kira Alumni SK Teluk Medan pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi. FASAL 16-PEMEGANG AMANAH 16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada empat puluh satu (40) tahun bolehlah dilantik di dalam mesyuarat agung,dan mereka berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Alumni SK Teluk Medan. Harta boleh alih yang dimiliki oleh Alumni SK Teluk Medan boleh diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani satu (1) Surat Ikatan Amanah. 16.2 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan Alumni SK Teluk Medan tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Tertinggi. 16.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang Amanah, Majlis Tertinggi berhak melantik penggantinya yang baru dan mesyuarat Agung Alumni SK Teluk Medan yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah mengesahkan perlantikannya. 16.4 Seseorang pemegang amanah itu boleh dilucutkan jawatannya oleh Majlis Tertinggi atas sebab uzur kerana penyakit atau kerana sebab lain yang mengakibatkan tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan. FASAL 17- PINDAAN PERLEMBAGAAN 17.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan mesuarat agung persatuan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung Alumni SK Teluk Medan meluluskan perubahan atau pindaan itu hanya boleh berkuat kuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar pertubuhan. 17.2 Majlis Tertinggi pada tiga (3) tahun pertama penubuhan berhak meminda perlembagaan tanpa perlu melalui mesyuarat agung.

25

FASAL 18-TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 18.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung Alumni SK Teluk Medan,Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan sekiranya perlu membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan apa yang terlah ditetapkan di dalam mesyuarat agung Alumni SK Teluk Medan, keputusan Majlis Tertinggi berkenaan perkara ini adalah muktamad,melainkan jika ia dibuat oleh keputusan mesyuarat Agung Alumni SK Teluk Medan. FASAL 19-PEMBUBARAN 19.1 Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang dipanggil khusus kerananya. 19.2 Sekiranya Alumni SK Teluk Medan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan Alumni SK Teluk Medan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa. 19.3 Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu. DISAHKAN OLEH: Presiden, Alumni SK Teluk Medan .. Setiausaha , Alumni SK Teluk Medan DISEDIAKAN OLEH: BIRO PERLEMBAGAAN DAN ALUMNI 26

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN BEKAS MURID ALUMNI SK TELUK MEDAN 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN. http://alumnisktm.blogspot.com / email : alumnisktm@gmail.com Nama Kad Pengenalan Tarikh Lahir Alamat 1 ( Kampung ) Alamat 2 ( Sekarang ) Pekerjaan Institusi Nombor Telefon

gambar

: . : .... : . : . . : . : .. : .( jika masih belajar ) : Tahun di SKTM :..

-------------------------------------------Keratan Sumbangan Derma---------------------------------Bersama ini saya sertakan RM.. ( Ringgit Malaysia : .. ) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi menjayakan penubuhan Alumni SK Teluk Medan. Saya yang benar, .. Nama : .. *** Borang diserahkan kepada : 1. Tn.Hj.Tajul Arus b.Brahim 2. Tn.Hj.Darham b. Hj.Bakri 3. Pejabat SK Teluk Medan. 27

You might also like