You are on page 1of 5

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA SEKOLAH MENENGAH & SEKOLAH RENDAH KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2009 PERINGKAT

KEBANGSAAN 1. PENDAHULUAN

Pertandingan Saintis Muda merupakan salah satu acara yang akan dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. Pertandingan ini dijalankan untuk dua kategori iaitu kategori melibatkan Tahap 2 dan peringkat menengah rendah. Setiap pasukan diwakili oleh 2 orang pelajar dan perlu melaksanakan amali dalam 5 stesen iaitu 3 dilaksanakan dalam makmal dan 2 di luar makmal. Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga pengunjung tentang kepentingan aktiviti amali dalam dunia sains dan teknologi. Ini adalah kerana aktiviti amali ini menyokong dapatan teori yang dipelajari dalam bilik darjah.

2.

RASIONAL/ MATLAMAT Program dan aktiviti ini diharap akan : 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan aktiviti amali sebagai sokongan kepada teori yang dipelajari di bilik darjah. Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan saintifik. Menggalakkan budaya kerjasama antara rakan sepasukan untuk menyelesaikan persoalan saintifik. Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Memupuk minat pelajar ke arah cintakan Sains dan Teknologi Menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan semasa menjalankan amali dalam makmal.

3.

OBJEKTIF 3.1 3.2 Menyediakan peluang bagi pelajar memperkembangkan bakat dan minat dalam bidang Sains & Teknologi. Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam bidang Sains dan Teknologi agar :

i) ii)
iii)

Meningkatkan penyertaan pelajar dalam Karnival Sains & Teknologi peringkat negeri Menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dalam menghadapi tekanan pertandingan. Menyediakan pelajar yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan anggota pasukan dalam menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang terhad Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti pelaksanaan amali Sains sebagai amalan wajib P & P Sains vii) Menyediakan forum kepada semua pihak menilai kemampuan pelajar dalam pelbagai tahap melaksanakan amali sains.

iv)

4.

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 1 Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 3) Rujuk Lampiran 2 Sekolah Rendah (Tahap 2 Tahun 4 hingga Tahun 6)

5.

Dua contoh soalan dan skema permarkahan sekolah menengah dan sekolah rendah disertakan untuk panduan.

Lampiran 1

PERTANDINGAN SAINTIS MUDA Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2009 A. Syarat Pertandingan Saintis Muda

Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar: a. Sekolah Rendah - Tahun 4 - 6 b. Sekolah Menengah - Tingkatan 1 3 Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris.

2.

Setiap pasukan akan diwakili oleh 2 orang peserta.

4.
5.

Setiap kumpulan peserta adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing. Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta Lab Coat semasa pertandingan dijalankan. Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur. Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke tempat pertandingan. Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan. Setiap pasukan akan melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa 10 minit bagi stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual. Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran pengendalian radas dan juga keputusan amali mengikut stesen. Keputusan hakim adalah muktamad.

6.
7.

8.
9.

10.

11. 12. 13.

B.

Kaedah Pelaksanaan Pertandingan 1. Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis. Pertandingan yang dijalankan berbentuk stesen. Lima stesen akan disediakan. 2.1 Dua stesen di luar makmal (15 minit satu stesen) 2.2 Tiga stesen di dalam makmal (10 minit satu stesen) Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut. Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan eksperimen tersebut. Setiap 10-15 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan. Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi adalah dipilih sebagai pemenang. Keputusan hakim adalah muktamad.

2.

3.

4.

5. 6.
7.

8.

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN SAINTIS MUDA


KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 NEGERI :

NAMA & ALAMAT SEKOLAH : . No. Tel KATEGORI : No Fax : : ..

SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH *

BUTIRAN PELAJAR & GURU: Bi l 1 2 Nama Guru Pengiring No. K/P Nama Pelajar ( Huruf Besar ) No. K/P / S. Lahir Jantina

* Potong yang mana tidak berkenaan PENGESAHAN PENGETUA / GURU BESAR Saya telah menyemak setiap butir yang dinyatakan dan mengesahkan semuanya adalah benar. Dengan ini saya menyokong penyertaan ini. Tandatangan & Cop Pengetua / Guru Besar : . CATATAN : Sila hantar borang penyertaan selewat-lewatnya kepada Urus setia Pertandingan Saintis Muda, Karnival Sains & Teknologi 2008 (u.p:..)

You might also like