P. 1
fasalfah sukan/NILAI ETIKA DAN ESTETIKA YANG TERDAPAT DALAM DASAR SUKAN NEGARA

fasalfah sukan/NILAI ETIKA DAN ESTETIKA YANG TERDAPAT DALAM DASAR SUKAN NEGARA

|Views: 2,203|Likes:
Published by Tham Chang Shing

More info:

Published by: Tham Chang Shing on Jun 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2015

pdf

text

original

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023

)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN (QKU 3023) TAJUK: NILAI ETIKA DAN ESTETIKA YANG TERDAPAT DALAM DASAR SUKAN NEGARA DISEDIAKAN OLEH: THAM CHANG SHING NO MATRIK: D20091035913

DISEDIAKAN UNTUK:

PN NUR HAZIYANTI BT MOHAMAD KHALID

Page 1

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 )

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2.0 LATAR BELAKANG 3.0 OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA 4.0 MAKSUD ETIKA DAN ESTETIKA 4.1 MAKSUD ETIKA 4.2 MAKSUD ESTETIKA 5.0 NILAI ETIKA DAN ESTETIKA YANG TERDAPAT DALAM DASAR SUKAN NEGARA 5.1 PERANCANGAN 5.2 ORGANISASI 5.3 PERSONAL 5.4 KEWANGAN 5.5 INSENTIF 5.6 KEMUDAHAN 5.7 AM 6-11 5 1-2 2-4 4

6.0 KESIMPULAN RUJUKAN

12 13

Page 2

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) 1.0 PENGENALAN Sukan adalah agen perpaduan yang berkesan bagi segenap lapisan masyarakat. Dalam perspektif ini, Malaysia adalah antara negara yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional. Sukan merupakan contoh di dalam mendukung aspirasi 1 Malaysia yang melangkaui batasan agama, bangsa dan politik. Bagi mengukuhkan lagi pencapaian sukan ke arah kegemilangan imej negara, Dasar Sukan Negara perlu menjalani semakan berkala agar ianya dinamik bersesuaian dengan kaedah, pemikiran dan teknologi terkini selaras dengan perkembangan dan keperluan sukan di persada antarabangsa. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi Kerajaan, bukan Kerajaan, persatuanpersatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Selain itu , sukan juga adalah sebagai satu usaha dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melahirkan dasar sukan negara, satu dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan dan pembangunan sukan Malaysia. Dasar ini juga mencerminkan kesungguhan pihak kerajaan untuk memberi semangat dan ransangan baru kepada setiap aktiviti sebagai usaha melahirkan ahli sukan yang berprestasi tinggi. Penggubalan dasar sukan negara ini merupakan suatu usaha bersama yang melibatkan semua agensi kerajaan dan bukan

Page 3

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) kerajaan, pertubuhanpertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian tinggi, badan sukarela serta orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Dalam menggariskan panduan-panduan dan cadangan-cadangan, dasar ini telah mengambilkira serta mempertimbangkan tahap dan prestasi sukan negara masa lalu. lni bagi memastikan sukan Negara membangun secara lebih sistematik menerusi pentadbiran dan pengurusan yang lebih cekap, dinamis serta berkesan. Adalah menjadi hasrat kerajaan pada era ini untuk merealisasikan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat, cergas dan berdisiplin. Ini seiring dengan harapan kerajaan untuk mewujudkan satu barisan generasi yang terdiri daripada ahli sukan berwibawa dan mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. 2.0 LATAR BELAKANG Sukan di negara ini dianjurkan oleh persatuan dan badan sukan. Selain itu, terdapat juga acara-acara yang dianjurkan secara sukarela oleh pihak swasta dan orang perseorangan. Tanggungjawab Kerajaan pula dilaksanakan mengikut skop dan peranan Kementerian Belia dan Sukan dengan sokongan kementerian-kementerian lain yang terlibat melalui agensi masing-masing di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Secara amnya, peranan utama Kerajaan adalah untuk menyediakan peruntukan kewangan dan infrastruktur bagi membangunkan Program Sukan Untuk Semua dan Program Sukan Prestasi Tinggi. Landasan utama untuk membudayakan sukan adalah berasaskan kepada penglibatan serta penyertaan sebahagian besar rakyat Malaysia dalam Program Sukan Untuk Semua di mana penglibatannya perlu dipertingkatkan. Penglibatan sukarelawan dalam memberi

Page 4

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) galakan dan menganjurkan aktiviti Program Sukan Untuk Semua di kalangan masyarakat adalah sangat penting. Namun demikian, semangat kesukarelaan ini sudah dilihat berkurangan dan ianya perlu dipertingkatkanSukan Prestasi Tinggi pula telah berakar umbi di negara ini sebelum Merdeka lagi. Penyertaan atlet Malaysia di Sukan Olimpik bermula pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Sejarah penyertaan serta pencapaian atlet-atlet negara di pertandingan antarabangsa boleh dibanggakan hasil penyediaan peruntukan tahunan yang besar daripada Kerajaan bagi membangunkan program sukan ini. Usaha untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat perlu dimulakan di peringkat usia muda. Pendekatan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan pendidikan jasmani di sekolah perlu dipertingkatkan untuk mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi. Ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui bantuan sains dan perubatan sukan. Selain itu, peranan Institusi Pengajian Tinggi juga perlu diperluaskan dalam aspek kajian dan penyelidikan serta membantu mengembangkan budaya sukan. Kerajaan berusaha untuk meletakkan sukan sebagai industri yang berperanan dalam memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi di samping menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Perancangan pertumbuhan sektor industri yang relevan dalam bidang sukan secara komprehensif dan menyeluruh termasuk aktiviti mengkomersialkan produk dan perkhidmatan, menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya, mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasakan bidang sukan bagi tujuan menjana pendapatan dan memberi pulangan kepada pelaburan dalam bidang ini. Perkembangan industri sukan akan dapat mengubah pendekatan sukan tidak akan hanya bergantung kepada bantuan dan sokongan Kerajaan semata-mata.

Page 5

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) Budaya sukan yang telah diwujudkan dapat dimantapkan lagi melalui penglibatan badan dan persatuan sukan yang dipimpin dan ditadbir urus dengan berkesan seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Penyelarasan badan-badan sukan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah akan dimantapkan sebagai usaha

memperkemaskan jentera pentadbiran sukan negara. Dalam menentukan kejayaan ke atas usaha ini, peruntukan kewangan adalah penting. Sumbangan semua pihak terutamanya sektor swasta perlu dipertingkatkan supaya semua program/aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan. 3.0 OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA Tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah membentuk satu masyarakat yang aktif, sihat dan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal dengan usaha-usaha keseluruhan Kerajaan pembangunan negara.Objektif-objektif utama dasar sukan Negara adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatupadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. Objektif kedua adalah untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologibagi individumelalui sukan, objektif ketiga adalah untuk membangun dan meningkat pengetahuan danamalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial seseoran individu dan kenikmatan kesenggangan dikalangan orang awam dan objektif seterusnya adalah Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan juga dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara.

Page 6

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) 4.0 MAKSUD ETIKA DAN ESTETIKA 4.1 MAKSUD ETIKA Pengertian Etika(Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah ³Ethos´, yang berarti watak kesusilaan atau adat kebiasaan(custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, yaitu ³Mos´ dan dalam bentuk jamaknya ³Mores´, yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari hal-hal tindakan yang buruk.Etika dan moral lebih kurang sama

pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbedaan, yaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku

4.2 MAKSUD ESTETIKA Estetika adalah salah satu cabang filsafat. secara sederhana, estetika adalah ilmu yang membahas keindahan, bagaimana ia bisa terbentuk, dan bagaimana seseorang boleh merasakannya. pembahasan lebih lanjut mengenai estetika adalah sebuah filosofi yang mempelajari nilai-nilai sensoris, yang kadang dianggap sebagai penilaian terhadap sentimen dan rasa. estetika merupakan cabang yang sangat dekat dengan filosofi seni. Atau pun kelebihan, kepentingan, kemudahan yang telah sedia ada.

Page 7

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) 5.0 NILAI ETIKA DAN ESTITEKA YANG TERDAPAT DALAM DASAR SUKAN NEGARA Nilai estika dan estiteka yang terdapat dalam dasar sukan Negara terbahagi kepada 7 iaitu dari segi perancangan, organisasi, personal, kewangan, insentif, kemudahan dan am.kesemua nilai ini terdapat dalam dasar Negara bagi memantapkan sukan dalam Negara. 5.1 PERANCANGAN Adalah sangat diperlukan satu program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih, pentadbir-pentadbir dan pegawaipegawai sukan dan dalam kes sukan prestasi tinggi, pertimbangan yang khusus perlu diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan yang sedia ada dan jenis-jenis sukan yang lebih sesuai kepada bentuk fizikal rakyat Malaysia, agar membolehkan mereka mendapat peluang yang lebih baik bagi mencapai kecemerlangan di pertandingan peringkat antara bangsa.

5.2 ORGANISASI Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan dalam negara. Sungguhpun pelbagai agensi dan organisasi itu mempunyai peranan yang khusus tetapi program yang dijalankan tidaklah bersepadu. Satu jentera penyelaras yang menyeluruh dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagi menentukan perhubungan (rapport) yang lebih rapat di kalangan organisasi ± organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara akan

Page 8

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) menyediakan jentera ini bagi sukan prestasin tinggi. Begitu juga Kementerian Belia dan Sukan hendaklah mewujudkan satu jentera yang sarna untuk menyelaraskan program sukan massa. Ini akan membantu mengadakan kerjasama yang lebih berkesan dan berkekalan di antara pelbagai agensi-agensi Kerajaan dan organisasi sukarelawan. Kementerian Belia dan Sukan akan menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan kepada konsep 'MALAYSIACERGAS'. Tugas utama bagi Majlis Sukan Negara ialah untuk membantu dan menyelaras pembangunan sukan untuk peningkatan prestasi ahli-ahli sukan dalam pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan masa yang cukup untuk pendidikan jasmani bagi semua penuntut, serta membangun dan menyelaraskan aktiviti sukan di sekolah-sekolah termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia dan Persatuanpersatuan Sukan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan juga adalah bertanggungjawab melatih guruguru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasmani. Kementerian Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara aktif di maktab-maktab dan di politeknik-politeknik, manakala Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti terse but di institusi-institusi pengajian tinggi. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK)hendaklah menggalakkan dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia sebagai satu badan induk kepada semua persatuan sukan

Page 9

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) kebangsaan, akan mempunyai tanggungjawab utama untuk menggalakkan tujuan pergerakan Olimpik dan juga untuk bekerja rapat dengan, Majlis Sukan Negara dalam hal pemilihan dan latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan peranan badan-badan pengawal sukan kebangsaan adalah menggalak, membangun dan memberikan peluang-peluang untuk penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi jenis-jenis sukan yang berkenaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan 5.3 PERSONEL Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik bekerja di semua peringkat, dalam organisasi-organisasi sukan, tempat kerja, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi, bagi merancang, melaksana dan menilai program-program sukan dalam negara. 5.4 KEWANGAN Satu Yayasan Sukan Kebangsaan hendaklah diwujudkan bagi membiayai kegiatan-kegiatan sukan prestasi tinggi dan sukan massa, di seluruh negara. Sumber sumber kewangan untuk Yayasan itu adalah dari Kerajaan Persekutuan dan semua Kerajaan Negeri, sektor perdagangan dan pihak individu. Begitulah juga sektor swasta dan dermawan-dermawan hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan dan menaja kegiatan-kegiatan sukan. Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah dikecualikan dari cukai; dan Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti-aktiviti mereka supaya membolehkan mereka mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Page 10

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) 5.5 INSENTIF Bagi menghargai segala pengorbanan dan sumbangan oleh ahli-ahli sukan, Kerajaan telah mengadakan pelbagai insentif. Insentif ini merangkumi penganugerahan, cuti, elaun-elaun hidup, pertandingan insuran, perbelanjaan untuk latihan yuran pendidikan dan biasiswabiasiswa. Insentif-insentif yang diberikan kepada ahli-ahli sukan adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan kelincahan fizikal mereka ke prestasi kecemerlangan yang paling tinggi di pertandingan peringkat antarabangsa hendaklah dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Profesionalisme hendaklah juga digalakkan. Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan hendaklah diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan untuk pekerjaan dan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi dengan syarat mereka mempunyai kelayakan akademik yang minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang dipohon oleh mereka; dan Pengiktirafan dan insentif yang sewajarnya hendaklah diberi kepada

pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah mewakili negara. 5.6 KEMUDAHAN Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan-kemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan prestasi tinggi dan sukan massa, untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuan-persatuan sukan, Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan, Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggungjawab bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan

Page 11

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) perancangan kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri ini adalah bagi mencapai satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Objektif pengagihan semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang lebih dari yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan, mendapatkan peluang menggunakan kemudahan di darat dan di air. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-pelan

Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan-pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh

Kementerian Belia dan Sukan, Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sukan, Peruntukan mengenai kemudahan ± kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha menyediakan tanah untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak berkuasa hendaklah memberi pertimbangan gurangkan bayaran ubah syarat tanah untuk skim-skim perumahan atau memberi insentifinsentif lain. Sememangnya kemudahan-kemudahan sukan awam hendaklah

diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya. Kemudahankemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada penggunaan semua ahli sukan dan orang ramai bagi mempastikan penggunaan optimurn dan Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. Pengswastaan kemudahan-kemudahan sukan adalah juga digalakkan

Page 12

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) 5.7 AM Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan hendaklah dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang lebih murah bagi menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan digalakkan mengeluarkan alat-alat sukan, bagi menyebarkan kesefahaman antarabangsa, dan juga untuk faedah ahli -ahli sukan serta penggalakan pelancongan, badan-badan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi tuan rumah kepada pertandingan ±pertandingan antarabangsa. Penggalakan dan pendidikan (untuk orang awam) dalam bidang sukan hendaklah diuruskan dengan kerjasama media massa dan pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan supaya dapat menanamkan sikap positif terhadap sukan. Sukan yang disifatkan sebagai satu manifestasi budaya rakyat hendaklah diberikan status yang sarna seperti seni lukis, muzik, drama dan kesusasteraan yang diiktiraf sebagai disiplin akademik di universiti. Dengan hal yang demikian, institusiinstitusi pengajian tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani yang merangkumi sukan, sebagai satu disiplin akademik, Institut Sukan Negara yang sekarang sedang dibina patutlah menjalankan penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan negara ini, memberi latihan kepada ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih, pentadbirpentadbir sukan dan lain-lain personel yang berkaitan serta berfungsi sebagai pusat sumber sukan; dan Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.

Page 13

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 ) 6.0 KESIMPULAN Nilai etika dan estitika yang terdapat dalam Dasar Sukan Negara sangat penting kerana ianya membawa hala tuju kepada pembangunan sukan negara ke arah pemupukan integrasi nasional melalui amalan gaya hidup aktif dan sihat, pembinaan kesejahteraan diri dan semangat kesukanan yang tulen. Selain itu,melalui nilai-nilai yang ada memerlukan kerjasama bersepadu semua agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan, badan dan persatuan sukan, badan sukarela serta individu yang terlibat dalam sukan. Matlamat utamanya nilai etika dan estiteka adalah untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya dalam kehidupan harian. Objektif dan strategi yang dinyatakan dalam Dasar ini bertujuan untuk memastikan segala usaha

Page 14

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA KESUKANAN ( QKU 3023 )

RUJUKAN
http://www.pdfking.net/pdf/dasar-sukan-negara.html http://id.wikipedia.org/wiki/Estetika http://www.scribd.com/doc/8365104/PENGERTIAN-ETIKA

Page 15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->