You are on page 1of 34

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN

MASALAH KERJA DAN KEPERLUAN LATIHAN DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA: SATU KAJIAN MENGENAI KEBERKESANAN FUNGSI DAN MATLAMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (BPR). 1. Pengenalan dan Latarbelakang Kajian Pembangunan Sumber Manusia merupakan aset terpenting kepada sesuatu organisasi dan negara umumnya dan hangat diperbincangkan di dekad ini. Pelbagai langkah penyelesaian telah di ambil baik untuk jangkamasa pendek mahupun jangka panjang seperti pengambilan tenaga-tenaga buruh asing, peningkatan had kerja lebih masa, libatkan tenaga wanita, pertubuhan universiti-universiti oleh kerajaan dan badan korporat seperti TELEKOM, Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan pelbagai langkah lagi. Dasar kerajaan adalah untuk menarik dan mengekalkan anggota yang terbaik dan bermotivasi di dalam perkhidmatan awam. Ini penting kerana perkhidmatan awam berfungsi dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar. Cabaran dan perubahan yang memberi implikasi kepada perkhidmatan awam termasuk cabaran globalisasi dan liberalisasi, convergance dalam bidang IT, telekomunikasi dan multimedia peralihan kepada knowledge economy, tumpuan kepada memperluaskan konsep governance, ekspektasi stakeholder dan pelanggan yang tinggi dan tekanan berterusan kepada anggota perkhidmatan awam untuk memberi perkhidmatan yang tinggi. Sebagai respon kepada cabaran-cabaran ini, BPR telah mewujudkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang berperanan mengurus perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan sumber manusia terutama keperluan latihan bagi menyokong dan memudahkan pelaksanaan ke arah mencapai visi dan misi BPR secara umumnya. Ini adalah selaras dengan keperluan perkkhidmatan awam yang mengkehendaki anggota yang professional dan kompoten yang berdaya saing, daya tahan dan daya maju, berfikiran strategic dan global serta mampu bertindak dalam apa jua situasi. Keperluan latihan merupakan satu proses pembelajaran yang disusun untuk merubah sikap, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi pekerja dapat dipertingkatkan. Pelbagai masalah berlaku dalam BPR berhubung dengan sumber manusia memerlukan penyelesaian di mana fungsi utama latihan adalah untuk cuba mengatasinya. Kebanyakan organisasi merasakan bahawa latihan dapat mengubati segala penyakit dalam organisasi sehingga tidak jelas tentang mengapa sesebuah organisasi melaksanakan sesuatu program latihan dan faedah yang bakal diperolehi dari aktiviti tersebut (Ibrahim Mamat, 1996). Keperluan organisasi terhadap sumber manusia dapat dilihat sebagai untuk mencapai objektif bagi meningkatkan produktiviti, kualiti keuntungan sekaligus kos yang optima. Selain itu, sebagai anjakan paradigma menerusi kepentingan kepada hasil kerja yang berkualiti pekerja, lebih telus dan mampu memanifestasikan misi, objektif dan sasaran oraganisasi. Signifikan pengurusan sumber manusia kepada organisasi antaranya; i) Sumber manusia merupakan sumber penting kepada organisasi kerana keupayaan teknologi adalah terhad. ii) Dapat mengurus dan mengendalikan pekerja dengan lebih berkesan untuk membantu organisasi mencapai kelebihan bersaing.

iii) Memainkan peranan utama mengenalpasti masalah sumber manusia sesebuah firma dan membekalkan penyelesaian kepada firma tersebut. vi) Mempengaruhi dan meningkatkan komitmen pekerja disamping memotivasikan mereka dan dapat meningkatkan prestasi organisasi melalui peningkatan produktiviti tenaga kerja. v) Strategi pengurusan sumber manusia menggambarkan strategi organisasi berkenaan pekerja, keuntungan dan keberkesanan secara keseluruhan aktiviti dan juga program pengurusan. vi) Sumber manusia yang berkesan akan dapat menjamin keberkesanan organisasi dan seterusnya membantu organisasi mencapai kelebihan bersaing. Sumber manusia perlu diurus dengan baik oleh organisasi bagi membantu organisasi mencapai matlamat/objektif dan misi. Selain untuk menyampaikan dasar pengurusan sumber manusia kepada semua pekerja, pengurusan yang baik akan dapat membantu mengekalkan tanggungjawab sosial dan dasar etika dan sekaligus dapat membekalkan organisasi dengan pekerja yang terlatih dan bermotivasi. Perubahan yang semakin pesat dewasa ini, membuatkan para pengurus lebih menyedari kemestian untuk menghadapi kenyataan bahawa pembangunan yang pesat membawa maksud mereka mesti sentiasa peka terhadap persekitaran di luar organisasi untuk terus wujud. Oleh kerana itu, pengurusan sumber manusia dibuat dengan bertujuan untuk memastikan bahawa manusia yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan juga berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. 2. Pernyataan Masalah Dalam memenuhi kewajipan sejagat untuk memastikan pengurusan pencegahan rasuah secara berkekalan, BPR memerlukan kakitangannya yang flexible dan adaptable, responsive dan proaktif. Dengan peningkatan kes rasuah, kesalahan tatatartib dan salah laku, keperluan lebih ramai pekerja berilmu, iaitu mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran (multiskills) dan berketrampilan untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu isu amatlah ketara dan signifikan. Mereka perlu berupaya menggunakan daya pemikiran yang lebih berbanding kekuatan fizikal. Justeru semua ini perlu ditangani melalui halacara baru iaiatu menerusi penerapan konsep reinventing government dan pelbagai tindakan melalui pembangunan sumber manusia di kalangan semua lapisan kakitangan. Gilbreths (1868-1924) berpendapat bahawa setiap pekerja, selain menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, juga akan melatih pekerja-pekerja lain supaya pekerja yang dilatih itu akan dapat menggantikan pekerja lama yang mungkin akan berpindah ke tempat lain atau dinaikkan pangkat suatu ketika nanti. Organisasi berperanan dalam memberikan latihan kepada pekerja untuk memberi peluang kepada para pekerja membangunkan kemahiran bekerja, pengalaman dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk melaksanakan kerja atau meningkatkan prestasi kerja mereka. Latihan yang biasanya diperlukan untuk pekerja adalah latihan dalaman untuk menambahkan pengetahuan teroritikal, memberikan pendidikan, kemahiran serta keterampilan yang sesuai dengan apa yang diperlukan oleh organisasi.

Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah majikan-majikan yang mengambil dan menamatkan perkhidmatan pekerja-pekerja kerana berpunca dari kurangnya mengambil perhatian pada peringkat pengambilan pekerja-pekerja tersebut. Majikan-majikan lebih cenderung mengambil seseorang pekerja yang menawarkan diri untuk bekerja tanpa memeriksa latar belakang dan tidak mengambil perhatian untuk memastikan pekerja itu berkebolehan melakukan sesuatu tugas atau kerja dan bersesuaian dengan budaya organisasi lebih-lebih lagi ketika masalah kekurangan buruh atau pekerja timbul. Setelah menjadi pekerja dan bekerja dengan tidak memuaskan, majikan akan mula merasa kurang selesa samada untuk menamatkan perkhidmatan mereka atau terus bekerja dengan tidak memenuhi kehendak perhidmatan yang sebenarnya. Antara masalah-masalah yang berlaku ialah apabila; 1. Kakitangan mulai mengalami kemerosotan dalam prestasi kerja, produktiviti dan motivasi. 2. Komunikasi yang kurang berkesan terhadap sesama kakitangan. 3. Perubahan sikap yang ketara seperti kurang berpegang teguh dengan peraturan kerja dan mempunyai persepsi yang kurang membina terhadap organisasi. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai keberkesanan dan matlamat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan diharap akan dapat memberi gambaran dan penjelasan masalah dan keperluan yang diiginkan oleh kakitangan BPR. 1. Apakah sebenarnya yang diperlukan oleh kakitangan dari segi latihan untuk mempertingkatkan prestasi kerja mereka? 2. Sejauh mana presepsi kakitangan terhadap latihan yang telah mereka lalui? 3. Apakah kaedah yang bersesuaian, pratikal dan efisyen yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka? 4. Apakah keupayaan seseorang pekerja mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan tugas-tugas jawatannya ? 3. Kepentingan Kajian Umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan fungsi dan matlamat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, BPR selaras dengan kesesuaian teras tugasnya dalam menyediakan latihan dan mengatasi masalah kerja. Hasil kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan idea baru tentang penubuhan pembangunan sumber manusia dalam sesebuah organisasi ke arah memberikan peningkatan kemahiran (enhancement of skill) dan menjuruskan skop kepakaran sebagai pekerja yang berpengetahuan (knowledged wokers) dan berprestasi tinggi bagi mencapai visi dan misi jabatan. 4. Objektif Kajian Objektif Am

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan fungsi dan matlamat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, BPR mengenai masalah kerja dan keperluan latihan. Objektif Khusus 1. Mengenalpasti latar belakang program latihan dan pembangunan kakitangan di BPR. 2. Mengenalpasti masalah-masalah kerja di kalangan kakitangan BPR. 3. Mengenalpasti persepsi kakitangan BPR terhadap program latihan yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. 4. Mengenalpasti keperluan latihan dan kursus yang diperlukan oleh pekerja selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan (k-wokers). 5. Mencadangkan kaedah latihan yang sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi, motivasi dan komunikasi kakitangan BPR. Definisi Istilah Masalah Kerja Konsepsual : Perkara-perkara yang timbul menggugat prestasi berkaitan tugasan semasa melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja. Operasional: Masalah-masalah kerja yang berlaku seperti produktiviti yang rendah, motivasi rendah, komunikasi yang kurang berkesan sesama kakitangan dan pegawai atasan. Keperluan Latihan Konsepsual: Menentukan kehendak kakitangan BPR dalam latihan atau kursus yang ingin diikuti. Operasional: Keperluan dalam kajian ini akan ditentukan dengan menggunakan soal selidik yang direka sendiri berdasarkan soalan-soalan yang berkaitan dengan bentuk latihan yang dikehendaki. 5. Limitasi Kajian Kajian ini hanya terhad kepada kakitangan BPR sahaja. Responden adalah terdiri daripada pegawai kumpulan A, B, C dan D. Hanya pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat BPR sahaja yang dipilih sebagai responden untuk mendapatkan maklumat dan tidak melibatkan pegawai di daerah lain. Dapatan kajian bergantung kepada keupayaan responden menggunakan persepsi, pemahaman dan pengetahuan mereka tentang perkara yang dikaji dan ketepatan hasil kajian juga bergantung kepada kejujuran responden dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan semasa pentadbiran borang soal selidik.

Kajian juga tidak boleh dilakukan secara menyeluruh disebabkan tempoh masa yang terhad. Tambahan pula, pengkaji perlu menggunakan sumber kewangan sendiri dalam menjalankan kajian ini. Sehubungan dengan itu, kajian hanya dapat dibuat untuk bilangan sampel yang kecil sahaja. 7. Metodologi Kajian: sama ada: i. kajian kepustakaan ii. pengambilan foto kawasan kajian iii. menemubual iv. menggubal soal selidik v. mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data kualitatif vi. mengadakan observasi melalui lawatan. vii. kajian lapangan. 8. Sumber Data Primer 8.1. Kajian Lapangan / Pemerhatian : 8.2. Borang Soal Selidik : 8.3. Kaedah Temubual : 9. Sumber Data Sekunder 9.1. Kajian Kepustakaan 9.2. Mana-mana dokumen, buku jurnal, majalah ilmiah, akhbar dan seumpamanya. 9.3 Elakkan menggunakan buku PMR, SPM atau STPM. Ingat status anda sebagai mahasiswa. 10. Penutup

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU PRASEKOLAH 1.0 PENGENALAN Pendidikan prasekolah semakin dipandang berat oleh kerajaan dan masyarakat pendidikan komputer telah diperkenalkan di pendidikan prasekolah khususnya prasekolah swasta sejak beberapa tahun yang lalu. Sejauhmanakah penguasaan pengetahuan komputer guru merupakan satu kayu pengukur tahap kejayaan matlamat kerajaan dalam pembentukan masyarakat berteknologi. 1.1 OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenalpasti sikap terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru prasekolah. ii. Mengenalpasti tujuan komputer digunakan dalam pengurusan di prasekolah. iii. Mengenalpasti penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

iv. Mengenalpasti masalah-masalah penggunaan komputer yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah. v. Mengetahui huhungan di antara sikap terhadap penggunaan komputer dengan penggunaan komputer dalam pengurusan prasekolah. 1.2 HIPOTESIS KAJL4N Kajian ini mempunyai satu hipotesis nul yang dibentuk untuk menjawab soalan kajian. Hipotesisnya ialah: Hipotesis Null: Tiada perhubungan antara Sikap Terhadap Penggunaan komputer dengan Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan di Prasekolah 1.3 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN 1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Badan-badan kerajaan mahupun swasta yang menganjurkan kursus ICT kepada guru-guru prasekolah dapat mereka bentuk kursus yang bersesuaian kepada guru-guru prasekolah. Seterusnya, diharapkan kajian mi dapat membolehkan pihak-pihak yang berkenaan menvediaan perisian komputer yang bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan guru-guru prasekolah agar hasrat kerajaan mengaplikasikan teknologi makiumat sepenuh dalam sistem pendidikan dapat dicapai. 3.1 REKA BENTUK KAJIAN Dalam kajian mi pengkaji akan menggunakan kaedah tinjauan yang bersifat deskriptif yang cuba menerangkan sikap penggunaan komputer di kalangan gum-guru prasekolah, penggunaan komputer dalam pengurusan prasekolah; serta penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.2 SAMPEL KAJIAN 100 orang guru-guru prasekolah yang menghadiri Persidangan Pertama Prasekolah Peringkat Kebangsaan. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN Kajian mi menggunakan instrumen yang dibentuk oleb Salmah Yunus ( 1994 ) dan diubahsuaikan oleh Chiew Wye Mei (1999). Nilai Alpha yang diperolehi ialah 0.8890 setelah dua kajian rintis dijalankan. Nilai ini adalah pada tahap baik berdasarkan Index Sikap Brown ( Brown 1966) Soalan kaji selidik mengenai pengurusan prasekolah dan masalah penggunaan komputer diubahsuaikan darn instrumen yang digunapakai oleh Hj Rahim Mustaffa, Ketua Unit Penyelidikan dan Pengembangan Pusat Sumber Pendidikan, Negeri. Soal selidik mi mengandungi 4 bahagian: Bahagian A : Latar Belakang Responden Bahagian B: Sikap Responden Bahagian C : Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Bahagian D : Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Bahagian B : Masalah-Masalah Penggunaan Komputer 3.4 PEMBOLEHUBAH KAJIAN Kajian ini melibatkan dua jenis pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas dan

pembolehubah bersandar. Pembolehubah bebas terdiri daripada profil responden Manakala pembolehubah bersandar ialah sikap guru-guru prasekolah dan masalah-masalah penggunaan komputer guru- guru prasekolah, pembelajaran dan pengajaran menggunakan komputer serta pengurusan berpandukan komputer. 3.5 TATA CARA PENGANALISISAN DATA Data-data yang akan diperolehi dalam kajian mi akan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik yang terdapat dalam Statistical Package For Sosial Science ( SPSS for MS Window Release 11.5). Pada peringkat awal, statistik deskriptif digunakan bagi menghasilkan taburan kekerapan, peratus, mm dan sisihan piawai bagi latar belakang demografi dan persoalan kajian yang disediakan. Statistik deskriptif digunakan untuk menerang dan merumuskan tentang aspek sikap terhadap penggunaan komputer.penggunaan komputer dalam pengurusan; penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta masalah penggunaan komputer guruguru prasekolah. Pada penngkat kedua, analisis inferensi akan dijalankan. 4.0 HASIL KAJIAN 4.1 Analisis Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer Analisis dapatan untuk 12 soalan penyataan yang terkandung dalam subskala sikap terhathp komputer menunjukkan bahawa pada keseluruhannya, sikap responden terhadap komputer adalah tahap positif yang tunggi iaitu mm keseluruahan ialah 4.2. Manakala kumpulan guru-guru prasekolah yang mempunyai pengalaman mengajar 6 hingga 10 tahun ialah golongan guru yang menunjukkan sikap yang paling positif berbandung dengan guru-guru prasekolah yang hanya mempunyai I hingga 5 tahun pengalaman dan kumpulan guru yang mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman mengajar. 4.2 Aspek Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Pada keseluruhannya, penggunaaan komputer dalam pengurusan juga mencatatkan miii yang agak tinggi dalam 10 item yang diuji ( miii keseluruhan = 3.9 ). Kajian mendapati responden paling kerap menggunakan komputer bagi tujuan meayediakan jadual peperiksaan dan ujian( 86%), diikUti dengan urusan menaip surat dan laporan, menyediakanjadual waktu kelas dan guru (84%), seterusnya ialah mengumpul dan menyimpan data pelajar( 79% ),responden yang menggunakan komputer bagi tujuan lain mengikut susunan kekerapan dan peratus dan tertinggi kepada terendah ialah menyediakan borang kutipan data dan makiumat pendidikan ( 78% )menyimpan soalan-soalan peperiksaaan dan ujian serta menyimpan akaun sekolah masing-masing ialah 68%; mengumpul dan menyimpan data guru dan stafl 67% ); menyimpan makiumat projek-projek sekolah ( 58%), komputer palmg kurang digunakan untuk tujuan menganalisis dan menyimpan keputusan peperiksaan dan ujian (57%). 4.3 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan 73% daripada responden menggunakan komputer sebagai salah satu alat bantuan mengajar. Komputer paling banyak digunakan untuk tujuan latihan dan latih tubi iaitu soal jawab untuk pengukuhan. Perisian komputer yang digunakan oleh majoriti prasekolah ialah pensian yang dibeli dan kedai 78%). 57% daripada

responden mengatakan nisbah bilangan munid kepada satu komputer ialah 2 murid : 1 komputer. Menurut responden, kanak-kanak masih sangat berminat pada pelajaran yang melibatkan komputer walaupun mereka perlu berkongsi komputer dengan kawan dan menunggu giliran untuk bermain komputer. Menurut persepsi responden, 88% mengatakan bahawa penggunaan komputer telah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka. Empat program yang paling banyak diketahui oleh responden mengikut susunan kekerapan tertinggi kepada terendah ialah Words 96%, Internet 62%, Excel 59% Dan Power Point 22%. 4.4 Masalah-Masalah Penggunaan Komputer Hasil kajian ini mendapati 82% responden mengatakan masalah mereka dalam penggunaan komputer adalah kerana mereka hanya mengetahui beberapa program komputer sahaja. Seramai 63% responden menyatakan bilangan komputer di prasekolah tidak mencukupi, 61% menyatakan bahawa tidak cukup masa bagi membolehkan semua pelajar menggunakan komputer.,56% responden mengakui bahawa guru memerlukan masa yang lebth untuk merancang jika P&P melibatkan penggunaan komputer, 56% responden lagi menyatakan komputer di prasekolah mereka selalu digunakan oleh beberapa orang guru atau stafsahaja,oleh yang demikian masa mereka menggunakan komputer untuk tujuan pengurusan adalah terhad. 46% responden berpendapat bahawa komputer selalu rosak dan tiada siapa di prasekolah mi yang tahu membaikinya. 40% responden menyatakan bahawa tiada siapa boleh mereka rujuk apabila menghadapi masalah tentang operasi perisian, 25% daripada responden berpendapat bahawa kanak-kanak suicar dikawal semasa menggunakan komputer. 22% responden menyatakan bahawa komputer diletakkan di tempat yang kurang sesuai dan 16% responden berpendapat bahawa mereka berasa susah untuk menyuruh kanak-kanak menggunakan komputer. 4.5 Hubungan Antara Sikap Terbctap Penggunaan Komputer( STPK ) Dengan Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan.( PKDP) STPK PKDP STPK Pearson Correlation 1 0.301** Sig. (2 -tail) 0.002 N 100 100 PKDP Pearson Correlation 0.301** 1 Sig. (2 -tail) 0.002 N 100 100 ** Correlation is significant at the 0.01 level. Hipotesis Nul kajian 1 Tiada perhubungan antara Sikap Terhadap Penggunaan Komputer ( STPK ) dengan Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan( PKDP ) Berdasarkan Jadual di atas, pekali korelasi memberikan mlai r=O.3O 1. Nilai ini merupakan hubungan yang sederhana bagi pasangan pembolehubah STPK dan

PKDP. Perhubungan wujud antara kedua-dua pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang positif. Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat satu perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah STPK dan PKDP. Maka, hipotesis nul kajian 1 ditolak. 5.0 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN 5.1 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (a) Meningkatkan pengetahuan komputer guru-guru prasekolah melalui latihan atau kursus secara formal. (b) Kerajaan boleh memberikan insentif dalam bentuk pengecualian cukai. Contoh: Pengecualikan cukai dibenkan kepada guru-guru yang mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus IT;memberi sokongan dan insentif kepada oragasasi swasta yang tidak bermotifkan untung sekiranya mereka menganjurkan kursus atau latihan komputer kepada pendidik atau ibu bapa;Insentif yang dibenkan kepada rakyat Malaysia sekarang tentang pembelian komputer peribadi dan buku-buku IT ialah satu tindakan yang baik dan patut diteruskan. (c) Menggalakkan korperat-korperat menjalankan tanggungjawab sosial mereka. (d) Kementerian Pendidikan boleh mendirikan Pusat iT Pendidikan Malaysia (PITPM) yang akan menumpukan perhatian pada pembangunan perisian. 5.2 Pihak Prasekolah a) Perbanyakkan kursus dalaman untuk meningkatkan pengetahuan komputer di kalangan guru yang Iemah. b) Menambahkan bilangan komputer di sekolah. Sediakan ruangan yang sesuai dan selesa untuk memudahkan guru menggunakan komputer. c) Mengggalakkan guru menggunakan komputer. d) Prasekolah boleh mengadakan sistem joint venture dengan syarikat perisian komputer di mana hardware dan perisian akan dibekal dan kos ditanggung oleh semua pihak terlibat. e) Pihak pengurusan harus menekankan buthya sikap positif di kalangan guru-guru prasekolah terhadap perkembangan dan penggunaan teknologi maldumat dalam proses P&P. 5.3 Pihak Guru Para guru tanpa mengira umur, latar belakang, pengalaman mengajar perlu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran komputer. a) Gunakan sepenuh peluang yang ada, sama ada melalui kursus atau perbincangan dengan rakan sebaya, untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan computer. b) Guru-guru seharusya menyumbangkan tenaga din dengan bersama-sama berusaha untuk menjayakan program komputer dalam pendidikan dan seterusnya menjayakan hasrat keraja.an mewuwan masyarakat yang berorientasikan tenologi makiumat. c) Guru-guru patut memperuntukkan masa untuk memilih pensian yang sesuai untuk kanakkanak mereka

5.4 Pihak Masyarakat a) Persatuan Tadika Malaysia (PTM) dan perbadanan yang berkenaan boleh mengubahsuai program latihan perguruan supaya pengetahuan IT dislotkan dalam program tersebut supaya bakal guru-guru prasekolah dilengkapan dengan keperluan komputer yang mencukupi. b) Korporat-korporat IT yang berjaya boleh menganjurkan kursus komputer kepacla guru prasekolah, menderma komputer kepada institusi pendidikan atau perpustakaait c) Koporat bukan IT boleh membiayai badan-badan bukan bermotif menganjurkan kursus komputer kepada guru-guru. Tindakan bukan sahaja menunaikan tanggungjawab sosial tetapi pada masa yang sama juga mengharumkan nama syarikat. d) Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru-guru prasekolah berkenaan dengan penggunaan 11 supaya proses pendidikan dapat dijalankan dengan lancar.

nstrument Penghayatan Nilai Islam di Kalangan Pelajar-Pelajar Islam Sekolah Rendah - Satu Kajian Awalan.

Instrumen Penghayatan Nilai Islam di Kalangan Pelajar-Pelajar Islam Sekolah Rendah Satu Kajian Awalan. Oleh: Bhasah Hj.Abu Bakar Maziahtushima Ishak Program Pendidikan Universiti Sains Islam Malaysia. Nilai. Abstrak: Banyak telah diperkatakan tentang penghayatan nilai Islam oleh pelajar-pelajar Islam sekolah rendah namun belum terdapat satu instrumen yang mantap dan sah untuk menentukan nilai penghayatan berkenaan (Azma, 2002). Pelajar dari Tahun Satu sekolah rendah hingga ke Tingkatan Lima sekolah menengah telah diasuh dan di didik dengan nilai-nilai Islam dimana mereka wajib mempelajari nilai-nilai Islam berkenaan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Di sini penulis ingin mengemukakan satu cadangan dalam mengukur penghayatan nilai Islam berkenaan berdasarkan nilai-nilai Islam seperti yang disyaratkan dalam kurikulum yang diikuti oleh pelajar di sekolah rendah sahaja. Sebanyak 11 nilai Islam telah disisih dari kurikulum Pendidikan Islam. Nilai dengan rakan sahaja telah diselidiki untuk pembentangan ini. Analisis faktor dan beberapa ujian statistik lain digunakan untuk membantu menentukan itemitem yang paling sesuai digunakan bagi menentukan sub-konstruk berkenaan. Semua item dalam setiap sub-konstruk yang mempunyai factor loading melebih 0.5 telah dipilih sebagai item penentu konstruk disamping memastikan tidak ada ciri-ciri penting konstruk dicicirkan dari kajian. Kajian awalan ini telah dijalankan ke atas 20 buah sekolah rendah kebangsaan di kawasan Lembah Kelang yang mengandungi 164 partisipan dipilih secara rawak. Kajian ini mendapati pelajar masih lagi pada tahap sedang mengorganisasikan nilai-nilai Islam berkenaan ke dalam jiwa mereka. Latar Belakang: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah dalam usaha untuk meningkatkan lagi penghayatan Islam bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Pelbagai cara telah diusahakan oleh pihak kementerian. Ini termasuklah menambahkan lagi mata pelajaran Islam di sekolah menengah dan memperkenalkan J-QAF dikalangan pelajar sekolah rendah. Zainal Abidin (1988) telah menjelaskan bahawa kurikulum Pendidikan Islam telah dibentuk berasaskan kepada keperluan dan matlamat untuk memberi pengetahuan mengenai Agama Islam kepada pelajar-pelajar. Oleh itu penekanan pengajaran ustaz/ustazah adalah kepada penyampaian maklumat dan ilmu mengenai Agama Islam agar lulus peperiksaan daripada pencapaian dalam aspek amalan dan penghayatan Islam. Tumpuan dan penekanan mata pelajaran pendidikan islam dalam KBSM adalah kepada penghayatan dan amalan islam disamping kefahaman terhadap ajaran agama islam keseluruhannya (PPK, 1987). Malah mata pelajaran Pendidikan Islam telah digubal berasaskan konsep Islam sebagai satu cara hidup (Wan Mohd Zahid, 1992). Bagi memastikan keberkesanan pendidikan islam di peringkat menengah ini, orientasi pengajaran dan pembelajaran dikaitkan dengan amalan dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai daripada mata pelajaran lain pula digabungjalinkan supaya pelajar kesefahaman di

antara ilmu-ilmu yang dipelajari (PPK, 1989). Azma et. al (2002) juga menyetujui bahawa pembinaan instrumen bagi mengukur penghayatan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah penting dan mendesak memandangkan telah banyak usaha dibuat untuk memastikan penerapaan berkesan ajaran-ajaran Islam kepada pelajar-pelajar. Pengukuran ini perlu dibuat untuk mengesan tahap penghayatan Islam pelajar-pelajar dalam kehidupan seharian mereka agar langkah-langkah wajar seperti program intervensi dapat difikirkan dan dilaksanakan bagi memastikan pelajar diberi bimbingan berterusan sepanjang masa persekolahan. Melalui pengukuran ini diharap dapat dikenalpasti sejauh manakah matlamat untuk menjadikan pelajar-pelajar Islam sebagai muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal salih dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan As-sunnah telah dicapai. Hampir saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita keganasan dan keruntuhan moral yang semakin berleluasa di kalangan anak-anak kita. Dari seawal usia 10 tahun sehingga menginjak usia remaja belasan tahun, gejala sosial semakin menjadi-jadi. Ibu bapa, guru-guru, pihak sekolah, pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat dilihat seolah-olah tidak mampu membendung gejala tidak sihat ini menyusup masuk ke dalam kehidupan anak-anak yang rataratanya terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam. Keruntuhan moral anak-anak masa kini umpama penyakit barah yang tidak dapat dikawal. Walaupun di dalam Islam terdapat pelbagai suruhan dan ajaran baik, Rasulullah SAW tetap menegaskan kepada umatnya bahawa timbangan amal kebajikan yang dikehendaki di akhirat kelak ialah akhlak yang baik (Muhammad Al-Ghazali, 2005). Menurut Ahmad (2004), antara matlamat Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah ialah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara. Kandungan kurikulum tersebut sepatutnya mampu membina generasi Khairah Ummah yang diharapkan kerana di antara aspek yang diberi perhatian khusus ialah tumpuan terhadap bidang akhlak Islamiah di mana murid-murid diajar mengenai kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW selain peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara. Namun begitu, penghayatan dan amalan nilai murni di luar bilik darjah masih di tahap menyedihkan. Satu kajian oleh Salleh dan Mohd. Mokhtar (2008) terhadap para pelajar sebuah IPTA tentang pandangan mereka mengenai pengalaman sewaktu bersekolah, sebahagian responden menyatakan guru-guru lebih menekankan aspek kecemerlangan dalam peperiksaan sehingga kurang menekankan aspek pembangunan modal insan. Kenyataan ini jika diteliti ada kebenarannya. Kejayaan seseorang individu pada masa ini diukur dari aspek kecemerlangan akademik, manakala aspek kemuliaan akhlak kurang ditekankan walaupun banyak usaha dilakukan oleh pelbagai pihak. Kajian yang sama juga mendapati 64% responden menyatakan mereka mempelajari subjek Pendidikan Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang dipelajari sepenuhnya. Di dalam Islam, semua perbuatan dan tingkah laku yang menjadi amalan seharian ada prosedurprosedur tertentu yang perlu dupatuhi oleh setiap umatnya. Prosedur ini bukanlah bertujuan menyusahkan umat Islam tetapi sebagai jaminan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Prosedur-prosedur ini yang boleh dizahirkan melalui proses tarbiah iaitu meliputi usaha

pembentukan umat Islam dari segi asmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga mereka menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya (Zahazan, 2006). Aristotle, Jan Jack Rosso dan Ibn Sina (Zahazan, 2006) pula berpendapat Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam suatu jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan-perbuatan yang baik tadi. Pendidikan di peringkat sekolah rendah seharusnya banyak mengandungi elemen-elemen pengukuhan jiwa kerana Islam berpandangan kanak-kanak adalah golongan yang mudah dipengaruhi kerana mereka akan menerima semua perkara bagi melengkapkan dirinya tanpa sebarang penentangan. Antara perkara-perkara asas yang menjadi tuntutan di dalam Islam ialah untuk menanamkan akhlak yang baik dalam diri anak-anak seperi mengajar anak menyebut kalimah tauhid, mengajar anak solat seawal usia 7 tahun, mengajar anak membaca Al-Quran dan menghafalnya, menanam akhlak yang baik dalam diri anak-anak dan adab-adab lain yang bersesuaian mengikut peringkat umur mereka. Dari aspek pergaulan sesama rakan taulan, Islam telah menggariskan pelbagai panduan yang mengandungi banyak manfaat jika setiap umat Islam menghayatinya. Sabda Rasulullah SAW Sesungguhnya aku Muhammad SAW tidak diutus melainkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Kemuliaan akhlak sangat-sangat dituntut oleh Islam sehinggakan cara duduk, cara bergaul, cara meminta izin, cara menjawab salam dan berbagai-bagai lagi diberi perhatian oleh Islam. Sebagai contoh, sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai adab apabila bertemu sesama saudaranya Jangan sekali-kali kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis. Perhubungan manusia sesama manusia juga amat dititikberatkan di dalam Islam selain perhubungan dengan Maha Pencipta. Allah berfirman di dalam Surah Al-Nism ayat 86 Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan. Ayat Quran tersebut jelas menunjukkan Islam adalah sebuah agama yang menuntut setiap umatnya memuliakan saudaranya dengan perbuatan mudah yang tidak memerlukan pengorbanan material tetapi hanya dengan meringankan mulut memberi ucapan salam. Selain memberi salam, umat Islam juga dituntut supaya sentiasa menghormati hak saudaranya seperti perlu meminta izin terlebih dahulu seperti firman Allah SWT di dalam surah Al-Nur ayat 27 Wahai orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesebuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rumah tersebut yang demikian itu adalah lebih baik semoga kamu dapat mengambil peringatan. Akhlak mulia ini perlu disemai dan dipupuk secara istiqamah ke dalam jiwa anak-anak kita supaya perlakuan baik ini akan menjadi sebati dengan diri mereka di mana sahaja mereka berada demi menjaga tatasusila hidup yang dipenuhi dengan keharmonian iman dan ketaqwaan.(Rokiah,t.t) Kesatuan ummah menerusi perkongsian tanggungjawab untuk mencipta kegemilangan umat Islam seperti di zaman Rasulullah SAW harus dijadikan benchmark umat Islam di zaman ini. Justeru, setiap umat Islam perlu sedar bahawa setiap daripada umat Islam bertanggungjawab menyumbang kepada keruntuhan atau kejayaan sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong antara umat Islam perlu dipertingkatkan kerana ia merupakan satu kemuliaan yang amat penting dalam kehidupan harian dan sewajarnya dijadikan satu kebiasaan. Islam amat menggalakkan

umatnya supaya memperbanyakkan sikap tolong menolong yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 2 Tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takutlah kamu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat. Anak-anak perlu dididik dengan sifat mulia seperti ini kerana apabila mereka dewasa sifat ini sudah sebati di dalam diri mereka bak pepatah Melayu yang menyatakan Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Objektif kajian: Kajian ini cuba membentuk satu instrumen untuk mengukur interaksi antara pelajar dari aspek nilai yang pernah diperkenalkan dan diasuh di sekolah oleh ustaz/ustazah mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini lebih berbentuk satu kajian ex post facto terhadap nilai interaksi pelajar selepas pengajaran dibuat buat beberapa tahun. Soalan Kajian: Berdasarkan kepada objektif yang dinyatakan di atas, kami telah berusaha membangunkan satu instrumen untuk mengukur nilai interaksi antara pelajar. Oleh itu, pernyataan soalan kajian kami adalah: Apakah tahap penerapan nilai-nilai Islam antara pelajar ? Metodologi: Kami telah menjalankan kajian ini secara berperingkat-peringkat mengikut konstruk yang hendak kami kaji. Untuk kertas kerja ini, kami hanya memberikan tumpuan kepada nilai Islam antara rakan yang dapat kami sisih dari kurikulum sekolah rendah yang menjadi amalan pelajar. Pada peringkat awalannya, penyelidik telah membina satu instrumen untuk mengukur penerapan nilai-nilai Islam oleh pelajar yang telah disisih dari kurikulum sekolah rendah. Sebanyak 11 nilai utama telah dapat disisih dari kurikulum sekolah rendah. Untuk tujuan kertas kerja ini, penyelidik hanya menumpukan kepada satu nilai sahaja untuk dibentangkan Nilai Islam Antara Pelajar. Pada peringkat awalnya sebanyak 33 item telah dapat dibina untuk mengkur nilai Islam antara pelajar - Apakah nilai pelajar terhadap pelajar yang lain dari perspektif Islam. Di sini kami ingin mengkaji nilai pelajar terhadap rakan mereka. Setakat mana nilai ini menjadi pegangan mereka atau dengan kata lain, setakat manakah nilai terhadap rakan telah berjaya diterap dalam jiwa mereka. Nilai-nilai ini telah pun diajar untuk amalan mereka sejak mereka berada di Tahun 1 lagi. Jadual 1 menunjukkan Bilangan item Nilai Islam terhadap rakan yang cuba diterap oleh guru agama mengikut Tahun pengajaran-pembelajaran semasa di sekolah rendah.

Jadual 1: Bilangan Nilai Islam Terhadap Rakan Mengikut Tahun Pengajaran dan Pembelajaran

Sampel: Populasi kajian adalah pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Kebangsaan di persekitaran Lembah Kelang. Sampel kajian adalah terdiri dari 156 orang pelajar tahun 6 yang baru 2 minggu tamat menduduki peperiksaan UPSR 2008 dipilih secara rawak dari beberapa buah sekolah rendah kebangsaan di Lembah Kelang.. Instrumen: Satu set instrument dibina digunakan untuk kajian ini. Konstruk pengukuran adalah tahap penerapan nilai-nilai Islam antara rakan yang pernah dipelajari dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Instrument terdiri dari Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merupakan keperluan maklumat tentang demografi pelajar yang diselidiki dan sekali gus dijadikan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar atau peramal bagi kajian ini. Bahagian B merupakan item-item kajian amalan nilai Islam yang sekali gus bertindak sebagai pemboleh ubah bersandar bagi kajian ini. Prosedur: Kajian ini pada asasnya mengandungi 2 fasa. Fasa pertama ialah pembentukan instrumen kajian untuk menentukan item-item yang sesuai digunakan sebagai konstruk bagi menentukan nilainilai Islam khas untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 yang diperolehi dari pembelajaran mereka di sekolah rendah kebangsaan secara formal. Lantaran itu, sukatan pelajaran Pendidikan Islam dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6 dijadikan rujukan utama sebagai asas penentuan kepada nilai-nilai Islam yang dikaji. Instrumen ini nanti akan dijadikan sebagai asas bagi kajian penerapan nilai-nilai pelajar sekolah menengah yang bakal dipilih secara rawak. Namun demikian, untuk tujuan pembentangan ini, pengkaji hanya mengenengahkan kajian nilai antara rakan sahaja. Konsep Penyelidikan Nilai Antara Rakan.

Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang agak berbeza dengan mengajar mata pelajaran yang lain. Guru mata pelajaran lain mengharapkan pelajar dapat memahami dan dapat menguasai tajuk itu dengan baik. Manakala pengajaran dalam Pendidikan Islam pula, Ustaz/Ustazah yang mengajar amat berharap agar pelajar, di samping memahami dan menguasainya dengan baik juga dapat mengamalkannya dan menjadikannya sebagai satu pegangan hidup mereka yang berkekalan dan menjadi teras kehidupanyannya nanti. Di sini kita lihat, ia telah melangkaui satu domain kognitif dan menuju ke arah domain afektif pula. Dalam pengajaran yang berteraskan kepada domain afektif, ustaz/ustazah perlu dapat menyusuri hieraki pengajarannya yang bermula dengan pendedahan sesuatu nilai diikuti pula dengan kefahaman pelajar yang jitu terhadap nilai yang cuba di ketengahkan kepada pelajar tadi. Ia sewajarnya dapat diajar dengan sejelas yang mungkin tentang konsepnya dan mengapa ia amat diperlukan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Pelajar akan cuba memahami dan cuba pula untuk mengamalkan nilai-nilai berkenaan dari kaca mata mereka sendiri dan melihat setakat mana kebenaran apa yang diajar oleh ustaz/ustazah mereka. Mereka mungkin boleh menerima sesuatu nilai berkenaan atau menolaknya berdasarkan amalan yang mereka lakukan. Pelajar akan berhadapan dengan masyarakat sebenar sama ada di sekolah, dalam masyarakat luaran, rumah dan sekolah. Di sini pelajar akan memerhati dan menilai setakat mana apa yang mereka lakukan itu sejajar dengan keadaaan sekeliling. Suasana ini adalah berdasarkan kepada pemikiran yang mereka miliki dan hayati selama ini. Situasi ini kuat dipengaruhi oleh latar belakang pelajar itu sendiri. Mereka akan bertelagah atau berhujah demi mempertahankan nilai-nilai berkenaan yang kini semakin hampir untuk menjadi sesuatu yang perlu diikuti bagi dirinya. Seandainnya dia menerima apa yang dipelajari tadi, pelajar akan cuba mencari satu penyelesaian dalaman bagi mengiakan nilai yang dipegangnya tadi. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh membuat justifikasi tentang perlakuannya (nilai yang dipegang) itu adalah benar dan kini telah hampir menjadi amalan hariannya. Maknanya di sini, pelajar ingini menjiwai sesuatu nilai yang dipegangnya tadi. Jika sekiranya keadaan ini telah mantap dan dapat disepadukan dengan dirinya sendiri, ia akan terus berpegang dengan nilai berkenaan dan sebati dengannya. Walau apapun keadaan disekeliling yang tidak menyokong dengan nilai yang dipegangnya, ia akan tetap berusaha untuk menyatakan sebaliknya. Kerana apa yang dilakukannya, bukan lagi sesuatu yang koinsidental tetapi sesuatu yang telah diyakini dan akan berpegang teguh dengannya. Keadaan ini disebut sebagai telah dapat menghayati atau telah dapat menerapkannya dalam jiwa. Asas pengukuran kita disini ialah amalannya, jadi penyelidik menggunakan kekerapan amalan tadi sebagai kayu pengukurannya bagi menentukan tahap penerapan nilai kedalam jiwanya. (penjiwaan). Hakikatnya, Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Pembentukan Konstruk Nilai Pada peringkat awalnya item-item nilai antara rakan yang kami pilih dari kurikulum sekolah telah dibuat analisis faktor untuk menentukan bilangan sub-konstruk yang wujud dalam konstruk nilai Islam antara pelajar dan mendapati 5 subkontruk (ciri) wujud dalam konsturk berkenaan. Oleh kerana matlamat kami adalah untuk menentukan konstruk nilai antara pelajar dengan mengambil kira setiap subkonstruk yang wujud dalam nilai antara rakan, maka kami telah memutuskan untuk mengambil faktor loading yang melebihi 0.50 sahaja dan menjadikan sebagai asas kepada nilai antara rakan. Korelasi yang tinggi ini cukup untuk mencerminkan unsur-unsur yang wujud dalam konstruk nilai antara rakan. Ini bermakna, pihak kami tidak meninggalkan

mana-mana ciri bagi membangunkan konstruk nilai antara rakan. Di sini kami sempat mengumpulkan sebanyak 15 item untuk tujuan berkenaan dengan nilai kebolehpercayaan alfanya 0.93 yang dianggap tinggi. Perlu ditegaskan di sini, kajian ini hanya mengambil kira sampel dari kawasan yang terhad di Malaysia, Lembah Kelang sahaja. Walaupun bilangan itemnya kecil, kami mengharapkan instrumen ini akan lebih cekap lagi berbanding dengan 32 item pada peringkat asalnya. Walaupun demikian, instrumen ini merupakan terlalu awal dan pengesahan yang cekap dalam menetapkan indek nilai belum dijalankan lagi. Kami perlu menetapkan norma bagi kajian kami terlebih dahulu dan melihat hubungan nilai dari sampel kami dengan sampel yang boleh dianggapkan norma bagi kajian kami nanti (convergent validity divergent validity). Dalam proses kami menentukan sama ada seseorang pelajar itu telah dapat menerapkan sesuatu nilai itu, penyelidik telah menggunakan rekabentuk penghayatan afektif dari Kratwohl untuk menentukan indek nilai berkenaan. Kami telah menggunakan 4 skala kekerapan dimana 1 Tidak pernah, 2 Kadang-kadang, 3 Kerapkali dan 4 Sentiasa. Berdasarkan teori pengukuran untuk taburan skor, kami telah mengambil kira keluk normal sebagai asas taburan nilai, ini kami rasakan amat bertepatan dengan kehendak alam (buat masa ini), dimana skala 4 telah kami normalkan kepada jadual dibawah mengikut peringkat afektif dalam Krathwohl dengan membuat sedikit pindaan pada titik memusat dikecilkan kepada 2 dari 2.08 (Jadual 2). Jadual 2: Taburan Skor Nilai Berteraskan Keluk Normal.

Analisis Data: Pada umumnya, terdapat hampir 16% partisipan telah sampai ke tahap penerapan atau penghayatan nilai-nilai Islam dengan rakan. Manakala terdapat hampir 53% partisipan masih lagi ditahap mengorganisasikan nilai-nilai Islam dengan rakan-rakan. Kajian awalan ini juga mendapati semua partisipan tidak lagi berada dalam proses penerimaan atau memberi respon terhadap nilai-nilai Islam dengan rakan yang diajarkan oleh ustaz/ustazah di bilik-bilk darjah. Pada umumnya indek nilai tahap penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dengan rakan adalah pada 3.28. Jadual 3: Taburan Peratusan (%) Untuk Tahap Penerapan Nilai.

Jadual 4 menunjukkan kekerapan partisipan mengamalkan beberapa perlakuan yang pernah dipelajari semasa di sekolah rendah. Hampir 72% memberi salam bila sampai ke rumah kawan di di ikuti dengan 68% memohon izin dahulu sebelum masuk ke rumah kawan disetiap masa membuat lawatan ke rumah kawan. Ini melambangkan rasa hormat dan penerapan budaya Islam telah terpahat dijiwa mereka.. Namun demikian, masih lagi terdapat hampir 8% masih tidak pernah berjabat salam sebelum bermain bersama kawan. Jadual 4: Kekerapan Amalan Nilai-Nilai Islam Antara Rakan.

Rumusan: Kajian ini merupakan satu kajian ex-post-facto, dan digunakan sebagai satu kajian rintis kepada kajian yang lebih lanjut dan mendalam tentang penerapan nilai-nilai Islam dikalangan para pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Kajian tinjauan awalan ini pada hakikatnya cuba membentuk satu instrument penerapan nilai-nilai Islam, antara rakan, untuk digunakan sebagai asas (format) dalam menentukan penerapan nilai-nilai keIslaman dikalangan pelajar-pelajar Islam di Malaysia. Instrumen ini merupakan satu sub-konstruk (Nilai antara rakan) dari satu konstruk terbesar kami (Penerapan Nilai Islam di kalangan Pelajar Sekolah Menengah). Instrumen ini tidak boleh digunakan lagi sebagai satu instrumen yang muktamad kerana ia hanya baru diperingkat permulaan kajian. Instrument ini perlu dimantapkan lagi melalui beberapa peringkat dalam ujiannya untuk mengatakan ianya satu instrumen yang benar-benar mantap boleh dikatan dapat mengukur nilai antara rakan. Namun demikian, satu rumusan boleh juga dibuat berdasarkan kajian rintis ini, bahawa nilai penarapan Islam dikalangan pelajar yang akan memasuki sekolah menengah boleh dianggap tinggi iaitu pada tahap 3.28 pada skala 4, ia itu pada tahap masih lagi dalam proses cuba mengorganisasi penerapan nilai Islam dengan rakan. Oleh itu, terserah kepada ustaz/ustazah di sekolah rendah untuk membuat sesuatu agar penerapan

nilai pelajar antara rakan mereka menjadi lebih dapat dihayati dalam jiwa mereka berdasarkan nilai-nilai Islam yang cuba diserapkan ke dalam jiwa mereka melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Rujukan Ahmad Mohd.Salleh. (2004). Pendidikan Islam:Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd. Azma Mahmood, Siti Rohayah Ariffin, Tajul Ariffin Nordin dan Khairul Anwar Mastor (2002). Pengukuran Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar: Satu keperluan kea rah penilaian holistic mata pelajaran pendidikan islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan 2002 Bahagian Pendidikan Islam PPK (1989). Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan islam kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kertas Kerja Kursus Pengurusan Kakitangan Sumber Maktab Perguruan & Pendidikan Islam dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Institusi Aminudin Baki. 20-26 Mac. Muhammad Al-Ghazali. (2005). Ahklak Seorang Muslim. Kuala Lumpur. Victory Agencie. Pusat Perkembangan Kurikulum (1987). Rancangan kurikulum bersepadu sekolah menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rokiah Ahmad.(t.t). Adab Pergaulan Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah. http://www.dakwah.info/. Capaian pada 8 Mac 2009. Salleh Amat dan Mohd Mokhtar Hj.Tahar. (2007). Konsep dan Penekanan Aspek Modal Insan di Sekolah : Satu Refleksi Dalam Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 6), 167-175. Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Agama Islam Sarawak dan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Mohd. Zahid Nordin (1992). Pendidikan Islam era 2020. Tasawwur dan strategi. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Islam Era 2020: Tasawwur dan Strategi. Maktab Perguruan Islam. Bangi 9-10 Oktober. Zahazan Mohamed (2006). Anakku Hebat Anakku Soleh. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd.

Perbandingan Keberkesanan Teknologi Multimedia dan Bahan bercetak Untuk Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Kebangsaan Anak Ikan. ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti kesan penggunaan Multimedia interaktif terhadap pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam pelajar. Berdasarkan postulat bahawa pembelajaran menggunakan Multimedia interaktif adalah satu proses yang konstruktif, kajian ini membandingkan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan teknologi Multimedia dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan bahan bercetak. Seramai 60 orang sampel telah dipilih berdasarkan pencapaian Pendidikan Islam mereka (pencapaian sederhana dan pencapaian tinggi) yang kemudiannya telah dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan eksperimen (kumpulan kawalan, kumpulan Multimedia dan kumpulan bahan bercetak). Kaedah statistik yang telah digunakan untuk menganalisis data ialah ujian sampel bebas. Bab 1 : Masalah Kajian PENGENALAN Semenjak kebelakangan ini minat terhadap penggunaan Multimedia di dalam pendidikan semakin meningkat. Pakar-pakar perisian telah menambahkan suara, grafik, gambar foto dan video ke dalam perisian yang dahulunya didominasikan oleh teks sahaja. Kini perisian yang dikenali sebagai Multimedia itu lebih bersifat interaktif. Diperingkat sekolah guru-guru dapat membina bahan Multimedia sendiri melalui penghasilan individu atau berkumpulan. Guru boleh mengintergrasikan beberapa Program seperti MS Offoce dengan Hotpotatoes bagi menghasilkan dapatan yang menarik. Dengan menggunakan Multimedia interaktif, ianya memberi peluang kepada seseorang itu khususnya pelajar untuk mempelajari seterusnya memahami sesuatu topik pelajaran. Penggunaan perisian Multimedia interaktif di dalam bidang pendidikan sudah tentu mendapat pandangan positif beberapa pihak. Perisian Multimedia interaktif ini diandaikan mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Pelajar diandaikan lebih kerap belajar dengan menggunakan komputer yang serba canggih ini. Markah ujian pelajar diandaikan akan meningkat, pelajar akan mengingat lebih banyak maklumat, dan belajar dengan kadar yang lebih cepat (Hokanson & Hooper, 2000). Seterusnya, pembelajaran berbantukan komputer ini diandaikan akan menyediakan pelajar untuk memasuki dan bersaing di arena globalisasi yang serba moden (Oppenheimer, 1997).tanpa bantuan orang lain (Laszlo & Castro, 1995). Penggunaan Multimedia interaktif juga membolehkan seseorang itu berinteraksi terus dengan komputer atau perisian bagi mendapatkan maklumat atau ilmu pengetahuan semaksima mungkin. Ini sudah tentu lebih menarik jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang menggunakan bahan bercetak bagi menyampaikan maklumat. Disebabkan teknologi Multimedia interaktif ini lebih menarik dan canggih, pelbagai perisian pendidikan bagi pelbagai mata pelajaran telah dibangunkan berasaskan teknologi interaktif ini (Valerie & Lisa, 1994). Di Malaysia, perisian yang berbentuk Multimedia interaktif ini telah dibangunkan untuk empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Pendidikan Islam.Namun demikian

bahan Multimedia Pendidikan Islam amatlah kurang jika dibandingan dengan matapelajaran di atas, namun demikian usaha proaktif telah dilakukan oleh Jabatan Pelajaran dan guru-guru pendidikan menghasilkan CD dan persembahan Multimedia untuk pengajaran Pendidikan Islam. Perisian-perisian ini dibangunkan oleh Telekom Smart School (TSS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (Telekom Smart School Website: www.tmsmartschool.com.my). Ini adalah satu usaha yang sangat baik yang membuktikan Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam perkembangan teknologi perkomputeran yang semakin hari semakin canggih itu. Ini juga sebenarnya menyahut seruan ke arah negara yang maju pada tahun 2020 yang mana rakyat Malaysia mampu bersaing di arena globalisasi yang berasaskan teknologi maklumat (Mahathir Mohammad, 1998). Penggunaan perisian Multimedia interaktif di dalam bidang pendidikan sudah tentu mendapat pandangan positif beberapa pihak. Perisian Multimedia interaktif ini diandaikan mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Pelajar diandaikan lebih kerap belajar dengan menggunakan komputer yang serba canggih ini. Markah ujian pelajar diandaikan akan meningkat, pelajar akan mengingat lebih banyak maklumat, dan belajar dengan kadar yang lebih cepat (Hokanson & Hooper, 2000). Seterusnya, pembelajaran berbantukan komputer ini diandaikan akan menyediakan pelajar untuk memasuki dan bersaing di arena globalisasi yang serba moden (Oppenheimer, 1997).

Latar Belakang Kajian Manusia telah dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan yang Maha Esa. Salah satu tujuan manusia diberikan akal adalah supaya mereka dapat hidup dengan sempurna di dunia ini serta dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Akal berfungsi membantu manusia mencipta pelbagai perkara dan benda untuk memudahkan mereka dalam pelbagai urusan dan dengan tidak secara langsung, pelbagai ilmu dan teknologi telah berjaya diwujudkan. Sebagai contoh, manusia di Mesir telah berjaya menemui cara atau ilmu membuat kertas dari pokok papirus. Secara umumnya, ilmu dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan dan ia saling berkait antara satu sama lain. Teknologi komputer juga adalah salah satu contoh hasil dari pemerhatian dan pengkajian yang mendalam oleh manusia yang bertujuan untuk memudahkan urusan duniawi manusia. Dengan teknologi ini juga telah berjaya merancakkan lagi perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi dan pertanian. Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari arus gelombang ledakan teknologi kompuer di mana ia telah memudahkan para pendidik untuk melahirkan satu generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri menjadi manusia yang sepadu antara akademik dan akhlaknya serta harmonis dalam setiap aspek sepertimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kajian ini sebenarnya merupakan kajian pertama yang bertujuan menyokong, mendalami dan seterusnya berkemungkinan menjawab serta memberi gambaran tambahan tentang keberkesanan

penggunaan Multimedia interaktif khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Sebenarnya tanpa kita sedari, dengan penggunaan Multimedia interaktif di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, ianya merupakan satu lagi inovasi di dalam cara memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan atau penyampaiannya. Berlandaskan konsep konstruktivisme di mana seseorang itu membina sendiri atau memperkembangkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai, kajian ini juga sebenarnya ingin memperlihatkan bagaimana penggunaan Multimedia interaktif memainkan peranannya, khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang sememangnya menjadi tuntutan kehidupan manusia. Dalam mendalami kajian ini hendaklah perlu memahami dua istilah penting iaitu teknolgi Multimedia dan bahan bercetak. Teknologi Multimedia Teknologi Multimedia merupakan satu atau lebih medium yang mencantumkan elemen grafik, audio dan video bagi melahirkan kesan yang kuat terhadap komunikasi (Narimah Ismail, 2004). Dalam kepesatan teknologi pada masa ini Multimedia sudah tidak menjadi asing bagi semua lapisan masyarakat terutama dikalangan pendidik. Contoh bahan Teknologi Multi Media untuk pengajaran ialah CD Interaktif, persembahan, perisian berasaskan web dan juga ujian secara maya. Bahan Bercetak Sebarang bahan yang dijelmakan dalam keadaan verbal adalah merupakan bahan bercetak, ianya merupakan saluran komunikasi bagi menyampaikan matlamat tertentu (Dr Megat Al Imran, 2006). Dalam pengajaran bahan bercetak merujuk kepada buku teks, lembaran kerja, catatan ringkas dan peta minda.

Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu, kebanyakan para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu menggunakan kaedah Chalk and Talk di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudah dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut. Tetapi bagi pelajar suasana pempelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemu kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yang mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yang statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajar-pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mata Pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu daripada mata pelajaran teras yang perlu diambil oleh semua pelajar muslim sekolah menengah. Seringkali berlaku masalah di sekolah-sekolah di mana pelajar-pelajar digabungkan daripada beberapa kelas yang berbeza kerana jumlah pelajar muslim di dalam satu-satu kelas tidak ramai. Disebabkan senario ini, guru terpaksa menghadapi masalah dalam pengendalian masa. Ini akan melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan bantuan BBM yang menggunakan komputer, guru dapat menguruskan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan bijak kerana ia mudah dikendalikan. Guru juga tidak perlu lagi menerangkan isi kandungan pelajaran secara menyeluruh, memadai dengan penerangan terhadap isi kandungan yang

penting-penting sahaja. Ini kerana di sini komputer telah mengambil peranan guru yang dahulunya sebagai tutor kepada pelajar. Kajian ini banyak berfokuskan kepada dapatan murid setelah menjalani beberapa ujian secara berterusan, guru juga mestilah prihati terhadap variable tahap penerimaan murid. Murid akan dibahagikan kepada tahap kecerdasan yang hamper sama antara kumpulan. Variable bagi fokus untuk dapatan banyak berpusatkan kepada teknik dan bahan Bantu mengajar iaitu Multimedia dan bahan cetakan. Berikut adalah persoalan-persoalan bagi menjelaskan penyataan masalah; (i) Adakah keperluan bahan pembelajaran Multimedia mencukupi? (ii) Perlukah keseimbangan antara kedua-dua variable jenis bahan yang digunakan? (iii) Adakah tahap kecerdasan murid yang berbeza perlu dimalarkan atau ianya akan membentuk variable bersandar? (iv) Adakah layanan guru berbeza antara sample dalam kelas yang berlainan? (v) Perlukah guru Pendidikan Islam mendapat bantuan daripada guru lain untuk melancarkan pengendalian bahan Multimedia? (vi) Adakah minat murid yang berbeza akan menjadi penganggu setiap kali ujian dijalankan. (vii) Perlukah ujian cetakan sahaja atau ujian interaktif bersepadu dalam menetukan dapatan akhir? (viii) Adakah murid bersedia untuk menerima variable pengelasan teknik pengajaran dalam tempoh beberapa bulan? Kerangka Konsep Dalam mengendalikan kajian ini dua cara pembejaran berbeza akan menentukan perbezaan pencapaian murid, namun demikian terdapat beberapa variable bersandar dan tak bersandar perlu diberi perhatian. Berikut adalah gambarajah menunjukan konsep kajian ini.

Rajah : Menunjukan factor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Pendidikan Islam. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan bahan bercetak dan pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan Multimedia, dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam. Antara lain, objektif kajian ini ialah: 1. Untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam di antara pelajar yang mengunakan Multimedia interaktif dan pelajar yang

menggunakan bahan bercetak bagi pelajar-pelajar kumpulan pencapaian Pendidikan Islam sederhana. 2. Untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam di antara pelajar yang menggunakan Multimedia interaktif dan pelajar yang menggunakan bahan bercetak bagi kumpulan pencapaian Pendidikan Islam tinggi. 3. Untuk mengetahui pandangan pelajar dan guru tentang penggunaan Multimedia interaktif untuk pembelajaran Pendidikan Islam. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini sebenarnya merupakan kesinambungan kajian-kajian lepas yang bertujuan menyokong, mendalami dan seterusnya berkemungkinan menjawab serta memberi gambaran tambahan tentang keberkesanan penggunaan Multimedia interaktif khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Sebenarnya tanpa kita sedari, dengan penggunaan Multimedia interaktif di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, ianya merupakan satu lagi inovasi di dalam cara memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan atau penyampaiannya. Berlandaskan konsep konstruktivisme di mana seseorang itu membina sendiri atau memperkembangkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai, kajian ini juga sebenarnya ingin memperlihatkan bagaimana penggunaan Multimedia interaktif memainkan peranannya, khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang sememangnya mencabar. Hasil dapatan kajian ini juga diharap dapat memberi maklumat yang mungkin amat berguna kepada golongan pendidik khusunya guru Pendidikan Islam yang mana mereka merupakan medium antara pelajar dan mata pelajaran Pendidikan Islam. Diharapkan dengan merujuk atau membaca penyelidikan ini, ianya akan dapat membuka minda atau mendatangkan idea-idea baru yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Diharapkan kajian ini juga boleh dijadikan panduan dan rujukan Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu dasar pendidikan terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan di masa hadapan. Akhir sekali, diharap dapatan kajian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklum balas serta panduan kepada pihak yang membangunkan perisian-perisian pendidikan, khusunya perisian Multimedia bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang kini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah di seluruh negara. Batasan Kajian Kajian ini adalah berfokuskan kepada pelajar (KBSR) iaitu tahun 5 dan tahun 4. Berdasarkan latarbelakang pelajar, sample yang digunakan banyak mempunyai persamaan dengan sekolah sekitar iaitu SK Tok Dor dan SK Kg Bharu. Dengan hasilan kajian sudah tentu dapat digunakan untuk beberapa sekolah sekitar yang mempunyai demografi penduduk yang hamper sama.

Bagi bahan pembelajaran telah dihadkan kepada dua bahagian utama iaitu teknologi Multimedia dab bahan bercetak. Setiap sukatan yang diajar adalah berkonsep penuh berdasarkan variable yang dipilih iaitu berkonsepkan Multimedia dan cetakan. Guru yang telibat mempunyai kemahiran mengendalikan bahan Multimedia dan cetakan dengan baik Murid juga akan dikelaskan kepada 3 tahap utama iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Jumlah murid hanya dibataskan kepada 60 orang sahaja bagi memudahkan pengumpulan dan penilaian instrument serta menganalisis data dengan baik. Terminologi kajian Antara istilah penting dalam kajian ialah: Teknolgi Multimedia mengikut kamus dewan, teknologi Multimedia ialah ciptaan moden yang mengabung lebih daripada media seperti grafik, suara(audio) dan video Kamus Dewan Edisi 4, Multimedia akan menjanakan dan banyak berfokuskan kepada Persepsi, perwakilan,Persembahan,Storan,Penghantaran dan Penukaran Maklumat Bahan CetakanMerupakan bahan cetakan secara verbal atau bertulis pada medium terentu dan menpunyai matlamat teretentu.- Narimah Ismail 2004 Pembelajaran Berbantukan Komputer.Menurut Ahmad Fuad (2003), dalam konteks pendidikan,teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah.Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajarpelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan Multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah Bab 2 : Tinjauan Literatur Pengenalan

Teknologi Multimedia merupakan bahan pembelajaran yang sangat menarik dan banyak dikaitkan dengan kemajuan dunia ICT ( Teknologi Maklumat ) dengan kata lain Teknologi Multimedia adalah berada dalam skop yang sama dengan ICT. Berikut adalah beberapa pandangan tokoh-tokoh penting dalam bidang berkaitan kajian ini. Mengikut Ahmad Fuad (2003) hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICTsecara cekap dan efektif. Mengikut Sarimah (2003) pula latihan ICTdiperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran penggunaannya tetapi juga untuk menyakinkan penggunaannya dalam P&P dalam kalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan yang baik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala Mohd Zaaba dan Zurida mendapati guru-guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan ICTdalam pengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap perlu belajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICTtidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICTdalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan MULTIMEDIA DAN MULTIMEDIA dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Albion (1999) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru. Menyokong pendapat Albion (1999) ialah Jones (2002) yang menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Moersch (2001), bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali peralatan ICT. Kajian Lepas Yang Berkaitan Kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh para pengkaji sebelum ini banyak menitik beratkan tentang strategi pengajran serta kaedah-kaedah pengajaran seperti kaedah pembangunan koperatif, penggunaan komputer dalam P&P dan aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pembangun (perisian) juga telah merujuk kepada beberapa kajian yang lepas yang mempunyai perkaitan dengan apa yang hendak dikaji oleh penyelidik. Di antara kajian-kajian tersebut ialah: Strategi Pengajaran Pendidikan Islam Tahap 2 Sekolah Rendah Di Kawasan Sungai Petani dan Yan, Kedah. Kajian ini telah dilakukan oleh Md. Radzi Bin Bahari pada tahun 1997. Dalam kajian ini beliau membahaskan dan membincangkan tentang kaedah dan strategi terbaik yang boleh digunakan dalam pengajaran Subjek Pendidikan Islam matapelajaran Pendidikan Islam tahap 2 iaitu

tahun 4 dan 5. Antara isi kajian yang menjadi tumpuan adalah perbincangan mengenai kaedah-kaedah yang biasa dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, dan keberkesanan penggunaan kaedah-kaedah tersebut dalam kelas serta tingkahlaku guru semasa mengajar dan kesannya terhadap murid. Pengkaji juga telah memberikan beberapa cadangan untuk meningkat prestasi P&P Pendidikan Islam seperti pihak pengurusan sekolah harus melakukan pencerapan terhadap P&P guru mata pelajaran Pendidikan Islam. Dengan ini, penghayatan kaedah-kaedah dan strategi seperti gabung jalin, syarahan, penerangan dan soal jawab dapat dilakukan seterusnya dapat memberikan kefahaman yang baik kepada murid-murid. Kaedah Pembelajaran Koperatif dan Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam (KBSM). Kajian berbentuk penulisan ini telah dilakukan oleh Hamzan Bin Omar (1999) yang meliputi perbicangan tentang kaedah Koperatif dalam P&P, aplikasinya dan kepentingannya serta implikasinya terhadap perkembangan kognitif pelajar. Kaedah ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba pelbagai jenis peluang pembelajaran dan secara am menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajarpelajar dengan pelajar-pelajar dalam kelas yang mengamalkan kaedah tradisional. Pelajar adalah bersifat secara aktif dan bukannya penerima yang pasif.

Penggunaan Komputer Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 di beberapa buah Sekolah Menengah Lembah Klang. Seorang pelajar Universiti Malaya iaitu Vasantha a/p Yethembram telah berjaya menyempurnakan kajiannya mengenai penggunaan komputer dalam proses P&P subjek Pendidikan Islam. Skop kajian beliau adalah mengenai keberkesanan penggunaan komputer dalam P&P di Sekolah Menengah Lembah Klang pada Tahun 1 di sekolah tersebut. Perkembangan penggunaan komputer di sekolah boleh dikatakan pesat namun ada segelintir pelajar yang tidak pernah menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa rata-rata pelajar di Lembah Klang berminat dengan komputer dalam P&P Pendidikan Islam iaitu sebanyak 70% dan kekerapan yang berulang kali dalam penggunaan komputer dalam pencapaian di mana kemahiran berkomputer dapat meningkat keberkesanan pengajaran subjek Pendidikan Islam seterusnya ini dapat membantu perkembangan pembelajaran iaitu pelajar dapat mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan tentang isi pelajaran subjek tersebut. Pengajaran Bacaan Jawi Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata Dengan Bantuan huruf Rumi. Kajian ini telah dilakukan oleh Dewi Maslehah Bt. Md. Yusoff pada tahun 1995 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa faktor utama mengapa pelajar-pelajar tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi adalah disebabkan guru tidak menggunakan kaedah pengajaran yang tidak sesuai dengan pelajar masa kini. Dalam kajian ini juga dilampirkan juga punca-punca kelemahan penggunaan kemahiran jawi di kalangan pelajar dan antaranya sistem penulisan jawi sukar dan cara penulisannya yang tidak seragam. Kaedah gabungan

bunyi kata huruf rumi yang dipercayai oleh pengkaji boleh membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai jawi telah diperbahaskan dengan teliti dalam bahagian 4 kajian ini. Antara contoh proses pengajarannya ialah : Huruf vokal jawi aliff ( ) diwakilkan dengan bunyi huruf rumi A Huruf vokal jawi wau ( ) diwakilkan dengan bunyi huruf rumi U Huruf vokal jawi ya ( ) diwakilkan dengan bunyi huruf I . Secara keseluruhannya,penulis telah mengambil modul kaedah bacaan Iqra sebagai kaedah rujukan dalam kajian beliau. Satu Kajian Perbandingan Mengenai Tiga kaedah Pengajaran Pendidikan Islam di Maktab Perguruan Islam Kajian ini telah berjaya disempurnakan oleh Hanapi Saad pada tahun 1984. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk membandingkan kesan perbezaan kaedah mengajar ke atas pencapaian Pendidikan Islam guru-guru pelatih Maktab Perguran Islam, Bangi di mana kaedah-kaedah strategi pengajaran yang dipilih dalam kajian ini adalah kaedah induksi, kaedah deduksi dan kaedah gabungan deduksi-induksi, manakala tajuk pelajaran Pendidikan Islam yang diajar ialah mengenal Allah, Hari Kiamat serta Qada dan Qadar. Menurut beliau, wujud perbezaan yang signifikan di antara kumpulan-kumpulan yang telah mengikuti tajuktajuk pelajaran Mengenal Allah, Hari Kiamat, Qada dan Qadar yang menggunakan kaedah-kaedah yang disebutkan tadi dalam menguasai maklumat. Dalam dapatan kajian pengkaji, keberkesan setiap tajuk yang diajar itu adalah berbeza dan bergantung kepada kaedah pengajaran. Secara ringkasnya hasil kajian beliau adalah seperti berikut: Ini bermakna tiada satu kaedah mengajar yang paling sesuai untuk mengajar semua pelajaran Pendidikan Islam, oleh itu para guru dan tenaga pengajar perlulah memikirkan kaedah pengajaran yang paling sesuai dalam proses P&P untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang.

Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Tata Bahasa Arab Kepada Pelajar-Pelajar Tahun 4 Penyelidikan ini telah dilakukan oleh Abdul Rahman Bin Haji Abu Bakar (1990) dan ia dilaksanakan adalah bertujuan untuk membandingkan keberkesanan dua kaedah pengajaran ke atas pencapaian pelajaran tat bahasa Arab pelajar-pelajar di peringkat tahun 4. Beliau telah memilih dua kaedah pengajaran iaitu kaedah deduktif dan Tajuk-tajuk dan kesesuaiannya dengan kaedah pengajaran Tajuk Kaedah Mengenal Allah Deduksi Hari Kiamat Gabungan deduksi-induksi Qada dan Qadar Induksi kaedah induktif. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan yang

signifikan di antara kesan pengajaran kaedah induktif dengan kesan pengajaran kaedah deduktif dalam tata bahasa Arab walaupun wujud purata pencapaian kumpulan kaedah induktif lebih tinggi jika dibandingkan dengan purata pencapaian kumpulan deduktif. Dengan ini, penyelidik mengatakan bahawa tiada satu kaedah yang tertentu yang lebih sesuai untuk mengajar semua tajuk pelajaran tata bahasa, bahkan kaedah deduktif dan kaedah induktif adalah sama sesuai digunakan untuk mengajar pelajaran tata bahasa Arab. Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Terhadap Pencapaian Kemahiran Bahasa Di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Maimun Aqsha Lubis (1991) telah menyenaraikan tujuan-tujuan kaijan ini dijalankan. Antaranya ialah untuk membandingkan keberkesanan dua kaedah pengajaran BahasaArab iaitu di antara Kaedah alSyam iyyat al-Syafawiyyah dan kaedah Taqlidiyyah terhadapa empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Menurut pengkaji di akhir penyelidikan, ia telah melahirkan Kaedah Elektrik Sistematik yang merupakan gabungan daripada kedua-dua kaedah yang sedia ada di mana penggunaannya dapat memberikan kesan yang lebih baik dan bermakna terhadap pelajar jika dilaksanakan di tempat-tempat pengajian. Rumusan Kajian ini secara umumnya telah menunjukkan bahawa implikasi efikasi dan amalan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa efikasi mempengaruhi amalan penggunaan multimedia guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam seharusnya mengintergrasikan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam supaya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru-guru Pendidikan Islam perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai keyakinan untuk mengintergrasikan multimedia dalam pengajaran bagi meningkatkan outcomes dan keberkesanan pengajaran. Bab 3 : Metodologi kajian Rekabentuk kajian. Kajian ini menggunakan metodologi eksperimen kuasi (quasi experimental design), di mana sekumpulan individu atau subjek yang terlibat dalam penyelidikan telah ditetapkan. Rekabentuk kuasi yang dipilih ialah rekabentuk kuasi kumpulan kawalan tidak sama (non-equivalent control-group design). Rasional penggunaan rekabentuk ini ialah kerana kesahihannya didapati tidak terancam oleh kesan faktor bukan rawatan seperti kematangan, penggujian dan pengalatan. Selain daripada itu, disebabkan kehadiran kumpulan kawalan, ianya dijangka dapat mengawal ancaman faktor bukan rawatan yang disebabkan minat, kematangan, dan keguguran peserta kajian.

Subjek kajian. Subjek yang terlibat di dalam kajian ini telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Ini bermakna pelajar yang telah dipilih dan dimasukkan ke dalam kumpulan eksperimen tertentu adalah tidak berdasarkan jantina, bangsa, susunan huruf abjad dan sebagainya. Sejumlah 60 orang pelajar tahun 4 dan tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Anak Ikan telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Seramai 20 orang pelajar yang telah dipilih adalah pelajar yang mencapai markah sederhana, iaitu dalam lingkungan 59 hingga 78 markah berdasarkan skala markah 100. Begitu juga dengan 20 orang pelajar yang telah dipilih untuk kumpulan pencapaian tinggi, pelajar yang dipilih adalah mencapai markah ujian pemilihan subjek dalam lingkungan 79 hingga 100 markah. Bagi subjek yang terlibat dengan temubual, mereka juga telah dipilih secara rambang yang merangkumi pelajar tahun 4 dan tahun 5. Temubual dijalankan secara rambang adalah agar ianya merangkumi semua tahun sasaran, tidak hanya melibatkan satu-satu tahun sahaja, menjimatkan masa, bersifat lebih bebas dan boleh dijalankan di mana-mana kawasan di sekolah terbabit. Seramai 60 orang pelajar telah berjaya ditemubual. Subjek lain yang terlibat dengan temubual untuk kajian ini juga terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang juga menggunaan multimedia sebagai salah satu daripada bahan pembelajaran. Seramai 4 orang guru berjaya ditemubual. Instrumen a) Bahan pembelajaran/topik Pendidikan Islam yang terlibat. Terdapat dua jenis bahan pembelajaran yang mempunyai isikandungan yang sama, iaitu perisian multimedia interaktif sekolah Bestari bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 dan 5 dan bahan bercetak yang berbentuk buku skrap. b) Dua set ujian topikal. Set ujian topikal yang pertama ialah set ujian topikal Pendidikan Islam (I) untuk pra-ujian (pre-test) dan kebolehpercayaannya ialah 0.97 berdasarkan nilai pekali Alpha ( ). Set ujian topikal yang kedua ialah set ujian topikal Pendidikan Islam (II) yang digunakan untuk ujian pasca (post test) dan kebolehpercayaannya ialah 0.93 berdasarkan nilai pekali Alpha ( ). c) Set ujian pemilihan subjek (Kertas UPSR tahun 2001). Kebolehpercayaan untuk set ujian ini ialah 0.98 berdasarkan nilai pekali Alpha ( ). d) Soalan-soalan temubual terbuka e) Peralatan komputer

Prosedur mengumpul data i) Data kuantitatif Bagi memulakan eksperimen, semua subjek (kumpulan multimedia, kumpulan bahan bercetak dan kumpulan kawalan) telah diarah menjawab 25 soalan ujian topikal Pendidikan Islam (I) (pretest) selama 40 minit (kertas dan pensel). Sebenarnya, ujian ini adalah bagi memastikan yang kesemua subjek tidak pernah mempelajari topik yang dipelajari dalam eksperimen yang bakal dijalankan. Setelah menjalankan pra-ujian, kumpulan multimedia dan kumpulan bahan bercetak mengikuti pengajaran dan pembelajaran (rawatan) satu topik Pendidikan Islam yang telah dipilih. Bagi kumpulan multimedia (30 orang), mereka belajar tentang topik Pendidikan Islam itu menerusi perisian multimedia interaktif. Bagi kumpulan bahan bercetak pula (30 orang), mereka belajar tentang topik Pendidikan

Islam yang sama menerusi buku skrap yang telah dibekalkan setiap satu kepada mereka. Masa rawatan bagi setiap kumpulan adalah sama, iaitu, 2 jam sahaja. Cara pembelajaran kedua-dua kumpulan adalah pembelajaran kendiri dan diselia oleh seorang guru. Bagi kumpulan multimedia, mereka boleh mengendalikan komputer dengan baik kerana telah tahu menggunakannya sejak awal tahun lagi. Setelah setiap kumpulan belajar (menerima rawatan) dengan multimedia atau bahan bercetak, mereka kemudiannya menduduki 25 soalan ujian topikal Pendidikan Islam (II) (post test) berkaitan dengan topic yang telah dipelajari, iaitu selama 40 minit. Bagi kumpulan kawalan mereka tidak terlibat dengan rawatan dan hanya menduduki pra-ujian (pre-test) dan ujian pasca (post test) sahaja. ii) Data Kualitatif Data yang diperolehi adalah hasil daripada temubual secara rawak terhadap 60 orang pelajar dari setiap tahun (tahun 4 dan tahun 5) dan juga 4 orang guru yang terlibat dengan penggunaan multimedia di dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Temubual dijalankan beberapa hari selepas menjalankan eksperimen. Kesemuanya temubual itu telah dijalankan selama lebih kurang empat minggu. Ini adalah disebabkan, pengkaji tidak mahu menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. Oleh itu, pengkaji terpaksa menunggu masa luang pelajar, misalannya, sewaktu rehat atau pun di waktu petang yang mana kelas biasa tidak dijalankan. Tempat temubual adalah kawasan kantin, padang permainan, dewan rehat pelajar, makmal komputer dan juga kawasan berdekatan dengan asrama pelajar. Bagi guru pula, mereka ditemubual di bilik guru dan juga di makmal komputer, iaitu sewaktu guru terbabit tidak mengajar. Secara keseluruhannya, kesemua responden memberi kerjasama yang amat menggalakkan. PENUTUP Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan bahan bercetak dan pelajar yang belajar Pendidikan Islam dengan menggunakan multimedia, dari segi pencapaian markah ujian topikal Pendidikan Islam. Dengan mengambil pelajar tahun 4 dan 5 di salah sebuah sekolah rendah di Besut Terengganu, sebagai subjek kajian, ianya juga melibatkan pelajar yang mempunyai pencapaian Pendidikan Islam sederhana dan pelajar yang mempunyai pencapaian Pendidikan Islam tinggi. Oleh itu, adalah dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan bersama dengan pereka atau pembangun perisian multimedia, untuk mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah Bestari, melakukan lebih banyak kajian-kajian lain yang seumpamanya bagi memperkemaskan dan mempertingkatkan lagi keberkesanan perisian multimedia berkaitan. Dicadangkan juga, isi kandungan dan gaya persembahan perisian multimedia untuk mata pelajaran Pendidikan Islam sekarang dikukuhkan lagi dengan ciri-ciri yang berupaya menimbulkan rasa ingin tahu atau perasaan untuk menjelajah dengan lebih mendalam lagi isi kandungan perisian Pendidikan Islam yang digunakan. Pihak Kementerian Pendidikan dan pihak yang membangunkan perisian juga dicadangkan agar membabitkan lebih ramai guru-guru Pendidikan Islam yang betul-betul berpengalaman di dalam mengajar mata pelajaran tersebut untuk dilibatkan sama sewaktu membangunkan perisian tersebut. Kalau boleh, pelajar-pelajar yang terdiri daripada tahap penguasaan Pendidikan Islam yang berbeza (lemah, sederhana dan tinggi) juga dilibatkan semasa membangunkan perisian Pendidikan Islam yang terbabit. Ini adalah penting, kerana pandangan dan

pengalaman terus pelajar terbabit dengan pereka atau pembangun perisian berkemungkinan menghasilkan perisian multimedia yang betul-betul menepati kehendak atau citarasa pelajar. Selain daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan haruslah selalu memantau dan mendapat maklum balas pihak sekolah tentang perjalanan atau perkembangan penggunaan perisian multimedia khususnya untuk mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah terbabit. Berdasarkan maklum balas daripada pihak sekolah, khususnya guru-guru yang terlibat dengan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pihak Kementerian Pendidikan seterusnya akan pula dapat memberi maklum balas beserta dengan cadangan kepada pihak pereka atau penbangun perisian multimedia. Dengan ini, pembangunan versi-versi multimedia untuk mata pelajaran Pendidikan Islam yang seterusnya akan lebih menyakinkan serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan terhadap beberapa orang pelajar dan juga guru di sekolah kajian, didapati rata-rata mereka memberi pandangan bahawa pembelajaran Pendidikan Islam dengan multimedia menjadikannya mata pelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya menyukarkan. Oleh itu, dicadangkan pihak sekolah terbabit, khususnya guru-guru Pendidikan Islam agar menggalakkan pelajar mereka menggunakan multimedia untuk mempelajari Pendidikan Islam selain daripada menggunakan buku atau bahan bercetak. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu alat untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru-guru Pendidikan Islam juga seharusnya bijak mengintegrasikan penggunaan multimedia dan juga bahan bercetak di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Guru juga tidak seharusnya menggunakan perisian multimedia seratus peratus di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam walaupun perisian itu mempunyai suara, gambar, dan bersifat interaktif serta berkeupayaan mengambil alih tugas guru Pendidikan Islam ketika pembelajaran Pendidikan Islam sedang berlangsung. Oleh itu, guru perlulah bijak merancang dengan teliti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam apabila melibatkan penggunaan perisian multimedia. Sekiranya seseorang guru itu dapat mengintegrasikan dengan baik sekali di antara penggunaan bahan bercetak dan multimedia, nescaya, pembelajaran Pendidikan Islam akan menjadi suatu pembelajaran yang indah, menyeronokkan, efektif, dan penuh bermakna. Ini seterusnya akan menanamkan perasaan atau semangat minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam diri seseorang pelajar itu. Rujukan Mahathir Mohammad. (1998). Malaysia: The way forward. Petaling Jaya: Pelanduk Publications. Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Sharifuddin (2001). Modul Pengajaran-Reka Bentuk Perisian Multimedia . Skudai : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Mohd. Salleh, 1997 Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti. Ee, Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000). Siri Modul Pembelajaran Bahasa Gubahan Dan Pengaturcaraan . Skudai : Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik . Kuala Lumpur : Venton Publishing. Manimegalai Subramaniam (1999). Modul 8 : Alatan Dalam Reka Bentuk Perisian. Modul Pembelajaran Kendiri : Reka Bentuk Pengajaran dan Pembangunan Perisian. Skudai : Panel Reka Bentuk & Teknologi Pengajaran Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran : Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan . Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Muhammad al Ghazali, 1997 Aqidah Muslim. Kuala Lumpur. Thinkers Library. Othman Md Johan. 2004. Model Pedagogi vs Model Andragogi. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Peningkatan Kemahiran Pengajaran SPACE Rozinah Jamaludin (2000). Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Narimah Ismail (2004). Pengenalan Teori Komunikasi Kuala Lumpur : Modul Bacelor Komunikasi.

You might also like