You are on page 1of 4

KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM 201 1

KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM (Kaedah Iqra') NAMA SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing 1) NAMA PENGKAJI Cik Naimah Hanim Binti Mohamad Rosli TAJUK KAJIAN Meningkatkan Kemahiran Membaca Iqra 1 4) REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Ketika saya mengajar pelajaran iqra, saya mempamerkan kad huruf berbaris satu di atas di papan hitam. Murid-murid membaca carta tersebut secara kelas dan kumpulan. Murid-murid mengikut bacaan guru. Ketika membaca, semua murid mengikut bacaan tersebut dengan tekun, saya dapati beberapa orang murid hanya menggerak-gerakkan mulutnya sahaja tetapi tidak menyebutnya dengan betul. Setelah diselidiki didapati seramai sepuluh orang murid gagal membaca huruf-huruf berbaris satu diatas. Ini kerana mereka tidak dapat membunyikan huruf-huruf tersebut. Saya berikan latih tubi kepada muridmurid tersebut tetapi masih gagal. Saya berpendapat mereka ini lemah dalam penguasaan dari segi sebutan. Saya berasa jika mereka ini tidak diberi perhatian sudah pasti mereka ini berterusan tidak akan dapat membaca iqra dengan baik dan maju kehadapan.

KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM 201 1

FOKUS KAJIAN Fokus kajian saya lebih bertumpu kepada sebutan membunyikan hurufhuruf berbaris satu di atas kepada pelajar Pendidikan Khas masalah pembelajaran seramai 10 yang berada di kelas Intan. OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF AM : Membaca dan menyebut huruf-huruf berbaris satu di atas dengan menggunakan nyanyian dank ad huruf. OBJEKTIF KHUSUS : 1- Membunyikan huruf-huruf berbaris satu diatas dengan sebutan yang betul. 2- Murid Dapat membezakan bunyi huruf-huruf berbaris satu di atas. KUMPULAN SASARAN Murid Pendidikan Khas yang beragama Islam 8) TINDAKAN YANG DI CADANGKAN 1. Tinjauan Masalah. Pemerhatian. Pembacaan Individu. Perbincangan bersama guru lain. Mengedarkan kad bacaan. Menyanyi mengikut kaset. Menyanyi berkumpulan tanpa kaset.

2. Program Nyanyian

KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM 201 1


. Nyanyian individu tanpa kaset.

Bahan yg dicadangkan 1. Buku catatan guru 2. Rekod kedatangan pelajar 3. Buku Iqra 4. Buku rekod guru 5. Manila kad 6. Pen marker 7. Blue tack 8. Gunting 9. Buku-buku berkaitan KT. 10. Kaset 9) JADUAL KAJIAN BIL AKTIVITI 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. 2 3 4 5 6 Mesyuarat merancang kajian tindakan Penyediaan proposal Pelaksanaan Program Refleksi Kajian Menyediakan laporan TARIKH PELAKSANAAN Minggu ketiga bulan Januari Minggu kedua bulan Februari Minggu ketiga bulan Februari Minggu kedua bulan April Minggu keempat bulan April Minggu pertama bulam Mei CATATAN

KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM 201 1

10) KOS KAJIAN BIL 01 02 03 04 05 JENIS BAHAN Kertas pendua Manila kad Buku catatan guru Kad imbasan kalimah Modul yang di photostat KUANTITI JUMLAH KOS RM 8.00x 1 RM 8.00 RM 10x 0.50 RM 5.00 RM 2.00x 1 RM 2.00 RM 20.00x 1 set RM 20.00 RM3.00x 2 RM6.00 JUMLAH RM 41.00

11) PENUTUP Semoga dengan kajian ini dapat membantu murid dalam menguasai pembacaan iqra. Kajian ini juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan ini secara tidak langsung akan membanti mencapai falsafah pendidikan Negara dan falsafah pendidikan islam.

Disediakan oleh,

.. (NAIMAH HANIM BINTI MOHAMAD ROSLI)

You might also like