P. 1
Kerancuan Bahasa

Kerancuan Bahasa

|Views: 329|Likes:
Published by Siraj Asan Gany

More info:

Published by: Siraj Asan Gany on Jun 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/05/2014

pdf

text

original

Sebagaimana popularnya rojak sebagai makanan kegemaran ramai, tampaknya begitulah jua popularnya 'bahasa rojak' dalam kalangan

ini.Isu tersebut menjadi salah satu isu bahasa yang hangat diperkatakan dalam media dan dalam pelbagai wacana seperti forum dan seminar, selain isu nasib bahasa Melayu yang kelihatannya masih bagai telur di hujung tanduk apabila dipinggirkan atau tidak diberi keutamaan pada tempatnya yang hak dan wajar, seperti dalam sesetengah majlis dan acara rasmi dalam negara, pada iklan dan papan tanda perniagaan, pada nama jalan, taman perumahan dan bangunan dan sebagainya. Pada pendapat sesetengah orang, fenomena kerancuan bahasa atau bahasa yang bercampur-aduk itu tidak lebih daripada fesyen semasa yang tidak patut mencemaskan.Orang yang menilai bahasa sebagai fenomena sosial semata-mata menganggapnya sebagai realiti dan juga perkembangan yang biasa.Malah tidak kurang pula yang keliru dan mengatakan bahawa sejak beratus-ratus tahun dahulu bahasa Melayu sudah menerima kata dan istilah daripada bahasa asing dan oleh itu tidak relevan hal itu dijadikan isu.

BAHASA ROJAK SEBAGAI SATU BENTUK KERANCUAN BAHASA DALAM bidang linguistik atau ilmu bahasa, sebenarnya tidak pernah ada istilah bahasa rojak.Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang ya ng melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur-baur antara bahasa Melayu dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, daripada sudut pandangan orang awam. Dalam hal ini, bahasa yang bercampurcampur itu dikaitkan oleh mereka dengan rojak, lalu timbullah istilah bahasa rojak. Bahasa rojak membawa konotasi yang tidak murni walaupun rojak itu sendiri makanan yang enak dan digemari ramai.

Dalam ilmu linguistik tidak ada istilah itu, tetapi istilah itu dihasilkan oleh orang yang perihatin akan nasib dan maruah bahasa Melayu yang menyaksikan fenomena percampurbauran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak bersistem atau tidak teratur, timbul rasa bimbang pada mereka akan maruah bahasa Melayu yang sejak ratusan tahun telah bermartabat tinggi.

Unsur bahasa asing yang lazimnya dicampurbaurkan dengan bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris.Ahli bahasa melihat bahasa yang bercampur-baur ini sebagai salah satu ragam bahasa basahan, iaitu bahasa yang digunakan untuk urusan yang tidak rasmi, seperti dalam perbualan, gurau senda dan sebagainya. Malah, Za'ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu

Bacalah Sulalatus Salatin. Bahasa pasar hanya digunakan dalam urusan asas sehari-hari. maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah kerancuan atau kesalahan bahasa dan juga isu kesantunan bahasa.ada menghuraikan perbedaan antara bahasa surat (bahasa persuratan) dengan bahasa mulut (bahasa pertuturan) yang sememangnya berlainan. Tajus Salatin. ada yang menuduh bahawa orang yang memperkatakan bahasa rojak ialah orang yang emosional dan tidak melihat kenyataan di hadapan mata. bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Hukum Kanun Melaka. Dengan demikian. Mereka yang salah faham ini menyamakan fenomena bahasa rojak dengan pengambilan atau penyerapan kata atau istilah asing sehingga timbul tanggapan yang tidak benar kepada golongan yang memperkatakan isu kerancuan bahasa yang secara popular disebut bahasa rojak itu. dialek dan bahkan ideolek. Undang-undang Laut Melaka dan ribuan karya klasik dalam bahasa Melayu. Kitab Pengetahuan Bahasa. iaitu tidak sedar akan adanya belasan ribu kata dalam bahasa Melayu yang asalnya daripada bahasa asing. maka memang dapat kita rasakan fenomena itu sebagai satu gugatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mutla'al Badrain.Hal ini demikian kerana kita faham bahawa dalam perbualan biasa yang tidak rasmi. apabila bahasa ini digunakan dalam urusan yang rasmi. Tuhfat al-Nafis. penyiaran dan penulisan. bahasa yang sesuai digunakan ialah bahasa yang baku. 'Aqaid al-Nasafi. Dalam urusan rasmi dan untuk keperluan mengungkapkan ilmu serta pemikiran.Walau bagaimanapun. pemikiran. Hal ini demikian kerana bahasa basahan atau bahasa pasar memang selamanya tidak pernah diangkat menjadi bahasa ilmu. Selama bahasa yang bercampur-baur itu digunakan dalam bahasa pertuturan biasa seperti dalam perbualan dengan rakan atau anggota keluarga. pentadbiran. yang dikatakan bahasa rojak itu bolehlah dirumuskan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa basahan yang sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi. Maka ada pula yang menyarankan agar dijalankan kajian sama ada bahasa Melayu telah menerima . memang mungkin sahaja timbul pelbagai unsur bahasa. Namun. kesemuanya menggunakan bahasa Melayu yang baku pada zaman itu. Timbul dakwaan bahawa orang yang sibuk memperkatakan bahasa rojak sebagai orang yang tidak memahami sejarah perkembangan bahasa dan tidak sedar akan adanya sekian banyak kata daripada bahasa asing dalam bahasa Melayu sejak ratusan tahun lalu. bukan bahasa basahan atau bahasa pasar. misalnya slanga. Bustanus Salatin. undang -undang dan budaya tinggi dalam mana-mana tamadun manusia. tidak timbul isu. disebabkan unsur bahasa yang sepatutnya terbatas dalam suasana tidak rasmi itu tampaknya telah melarat dalam bidang yang rasmi seperti dalam mesyuarat. Kesan-Kesan Timbul kekeliruan pada sesetengah kalangan yang salah faham akan fenomena bahasa rojak ini. Lebih berat lagi. Siratus Salikin. lingo.

Soal itu memang masalah besar.Ada yang berpendapat bahawa bahasa rojak ialah gejala atau simptom. dalam memorandum dan dalam pelbagai wacana yang lain. kita perlu melihatnya secara keseluruhan. hal itu tidak bererti bahawa perhatian kita tertumpu semata-mata pada bahasa rojak. Sebenarnya fenomena penerimaan kata dan istilah daripada bahasa asing tidak ada kaitannya dengan isu bahasa rojak. soal kolej swasta tidak mengendahkan bahasa Melayu dalam pengajiannya. sebenarnya kita bercakap tentang hal-hal yang lebih besar . soal adanya jabatan kerajaan yang tidak melaksanakan dasar bahasa. Kedua-duanya itu merupakan fenomena yang lain sama sekali. Yang dikatakannya penyakit yang sebenarnya ialah pelaksanaan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. IMPLIKASI BAHASA ROJAK KEPADA TAMADUN BANGSA Saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan sesetengah kalangan bahawa isu kerancauan bahasa yang ditandai oleh bahasa rojak itu tidak patut dibesar -besarkan. atas alasan bahawa ada isu yang lebih besar. yang dalam rekod perjuangan kita memang selalu kita bincangkan dan selalu kita timbulkan dalam seminar. Malah seorang penyanyi dan penggubah lagu sampai mengatakan bahawa ucapan salam dalam bahasa Arab itu menunjukkan bahawa bahasa Melayu memang telah lama menerima kata asing dan oleh itu tidak patut timbul isu bahasa rojak. dalam tulisan.Malah tiada ahli bahasa mana pun yang mampu mencapai kesempurnaan seperti itu. apabila kita bercakap tentang soal bahasa rojak. Pada waktu yang sama dan pada kebanyakan waktu yang lain pun.Hal itu bukan isunya. Saya tidak dapat bersetuju dengan pendapat itu. Tiada ahli bahasa mana pun yang mengharapkan keadaan sedemikian.kata-kata asing atau tidak. Pengambilan kata dan istilah daripada bahasa asing ialah fenomena yang lumrah berlaku dalam mana-mana bahasa dan fenomena itu diterima sebagai fitrah bahasaMemang tiada sesiapa pun di dunia ini yang mampu mencapai titik kesempurnaan dalam berbahasa hingga tiada sama sekali terselit unsur bahasa asing. Sungguh dahsyat kekeliruan yang timbul. . soal bahasa Melayu sudah tidak menjadi bahasa penghantar utama lagi dan sebagainya.Tentang soal bahasa pun. bukan penyakit. oleh sebab apabila kita melihat sesuatu masalah atau isu.soal dasar bahasa.

Akhirnya mereka yang tergolong dalam kumpulan ini apabila keluar dari universiti dan masuk ke alam pekerjaan menjadi pegawai atau pengurus yang tidak dapat menulis dokumen dengan baik dan berkesan.Guru pula patut dapat menjadi con toh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. baik dalam pengacaraan majlis. di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. jalan. seolah-olah di luar kesedaran bahawa bahasa Melayu yang digunakan dalam mesyuarat itu ialah bahasa rasmi. papan perniagaan. Yang kedua. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar.Oleh sebab itu semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita.Tidak patut timbul anggapan salah bahawa pelajar telah belajar bahasa selama 11 tahun di sekolah dan oleh itu di maktab dan di universiti tidak perlu lagi ditekankan kursus bahasa. termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa. dalam ucapan dan juga pada latar pentas dan sekitaran majlis. masih besar jumlah mahasiswa yang tidak mampu menulis esei dengan bahasa yang jelas dan kemas. bangunan dan sebagainya. ucapan.KAEDAH MENGATASI KERANCUAN BAHASA Pertama. teratur dan berkesan. baik secara lisan mahupun dalam tulisan. Dalam mesyuarat pula.Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan. maka mulalah mereka mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa asing. Akibatnya ialah kegagalan kita melahirkan lepasan universiti yang mampu berbahasa dengan baik dan berkesan. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan. nama tempat. Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini telah menyerahkan draf Garis Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri . sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. maka bahasa Melayu mestilah diutamakan.Jika ada keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah. penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi. taklimat dan sebagainya. saya menyarankan penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan.Dalam pengalaman saya selama 15 tahun mengajar di universiti. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik. Demikian juga bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi. apabila bahasa Melayu tidak dapat dikuasainya dengan baik. mesyuarat. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain.

yang merah saga.Sebagai contoh. Hingga kini. saran saya agak radikal tetapi masih tetap masuk akal. Serentak dengan itu. Suruhanjaya Komu nikasi dan Multimedia bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal. yang jauh lebih penting ialah keazaman politik dalam pelaksanaan dasar bahasa di negara ini. badan atau agensi yang diberi amanah perlu tegas. mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah dikawal dengan tegas.Pantun 'Yang kurik kundi. terutama pucuk pimpinan negara sendiri. yang cantik budi yang indah bahasa' belum sebenar-benarnya dihayati oleh semua orang.Bahasa sebenarnya belum lagi dihargai sebagai 'jiwa bangsa'. Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu.Dalam bidang pentadbiran.Pelajaran dan diharapkan agar garis panduan itu dapat dilulu skan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan penggunaan bahasa yang baik. Selain itu. Kita akuilah hak ikat bahawa belum meluas kesedaran dan budaya berbahasa yang baik dan berkesan dalam kalangan sebilangan anggota masyarakat kita. Jika para pemimpin memperlihatkan iltizam yang teguh dan jelas tentang keutamaan bahasa Melayu dan tentang mutu bahasa Melayu dalam ranah-ranah utama kehidupan di negara ini. mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah dan hadiah sebagai pengiktirafan. malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu. maka saya yakin bahawa semua jabatan kerajaan dan pihak lain akan bersungguh-sungguh melaksanakan bahasa kebangsaan dan pada waktu yang sama peka akan mutu bahasa yang digunakan. tampaknya mutu bahasa Melayu dalam bidang-bidang itu masih sukar dikawal biarpun DBP menawarkan khidmat nasihat bahasa. sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan. Dalam bidang penyiaran pula. Kesenian dan Warisan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai warisan bangsa dan negara yang agung menjadi kenyataan dan didukung oleh semua pihak. memberikan kursus bahasa terus-menerus. Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang betul. . Kita berdoalah bersama-sama agar iltizam Menteri Kebudayaan.

. Punca-Punca Kerancuan Bahasa Sebagai contoh. Maka menjadi tugas pendidik bahasa mengasuh anak didik menggunakan bahasa sms yang masih terkawal meskipun tidak perlu bertukar menjadi bahasa surat atau bahasa ilmiah. Yang menghairankan saya ialah apakah kaedah terjemahan bahasa yang digunakan editor/pengarang yang menetapkan kata-kata khas harus kekal disebut seperti dalam bahasa asalnya. Namun saya dapati ada suatu keganjilan apabila kata-kata atau istilah khas dan terjemahan dituturkan.Ada aspek positif dan negatif sms. maka angka tersebut akan diucapkan dalam bahasa Inggeris. Misalnya Airbus A380 disebut Airbus three -eight-zero. sering ditimbulkan masalah kerancuan bahasa yang berakibat daripada slanga sms. Jika itulah halnya.Daripada segi bahasa. saya hairan mengapa apabila istilah-istilah atau kata nama khas disebut.Atau Flu H1N1 disebut Flu H-one-N-one. Sebagai contoh apabila ia melibatkan angka. tidak pula Flu H-satu-N-satu. apakah kita tidak juga sebut Mercedes Benz S200 dalam bahasa Jerman dan Toyota L200 dalam bahasa Jepun ketika mengucapkan angka-angka dalam kata-kata tersebut? Saya rasa berita televisyen Malaysia boleh ambil iktibar dari media elektronik bahasa Melayu Singapura seperti radio dan tv yang menterjemahkan ungkapan-ungkapan yang saya contohkan di atas dalam bahasa Melayu ketika menyebutnya.Ini setakat dua contoh sahaja. apakah tidak kita harus kekalkan sebutan White House atau Buckingham Palace dan tidak menyebutnya sebagai Rumah Putih atau Istana Buckingham? Kalau alasan tidak boleh ubah sebutan seperti dari sumber asal. bergantung pada niat pengguna dan penggunaannya. sms atau sistem pesanan ringkas merupakan salah satu unsur budaya baru yang saya kategorikan dalam situasi kelenturan budaya.SAYA kerap juga menonton berita bahasa Melayu televisyen Malaysia untuk mengikuti perkembangan ehwal semasa. Misalnya. ia tidak diterjemahkan sepenuhnya ke bahasa Melayu. malah ada banyak lagi. bukan Airbus tiga-lapan-kosong/sifar.

Mesej sebenar yang dimaksudkan olehpapan tanda ini adalah untuk memintapemandu mengurangkan kelajuan kenderaanmereka kerana 200 meter dari situterdapat sekolah dan kemungkinan kanak-kanak sekolah melintas jalan.tetapi tidak ada sesiapa pun ambilpeduli untuk membuat pembetulan .perkataan kurangkan harus diikuti katanama terbitan kelajuan bukannya katasifat laju . Gambar ini menunjukkan notis yang terdapat pada papantanda di persimpangan Lorong TunkuMohamad dan Persiaran Sultan Abdu l Hamid.Semoga pihak berkuasa tempatan akanmengambil langkah untuk membetulkan kesalahan tersebut. . Begitulahkomen pembaca Klik DBPyangmengirimkan gambar ini. Pertama.Kalaudiperhatikan terdapat dua kesalahan bahasapada papan tanda tersebut. pada papantanda itu harus ditulis KURANGKAN KELAJUAN 200 METER DIHADAPAN KANAK -KANAK MELINTAS JALAN. Kesalahan kedua ialah. katasendi di seharusnya diikuti kata hadapan bukan meter .di hadapan Masjid Al-Ghufran.KESALAHAN bahasa pada papan tandaini sudah berusia hampir setahun. Oleh itu. AlorStar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->