Professional Documents
Culture Documents
Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan. Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi.
y
Dalam setiap laku dan pekerjaan, perlunya ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.
y
Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing -masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada suatu kesenangan atau kepayahan.
y
Ada ilmu, curah-curahkanla. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia.
y
Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang te lah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al -Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!
y
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.
Hmm tapi senangkah mencari yang sebutir itu? Atau menjadi yang sebutir itu?
y
Berani gagal! Tiada kehidupan tanpa risiko, kerana risiko adalah kehidupan kita.
http://beliamuda.com/2009/08/koleksi -kata-kata-hikmah-3/