You are on page 1of 13

Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk Penjaminan Kualiti Pentaksiran Pusat Zainuriyah Abdul Khatab (Ph.

D) Sektor Pengurusan Dasar dan Penyelidikan 1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan negara dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan selama ini, dimana ianya dikaitkan dengan pelbagai kesan yang positif dan negatif pada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Lembaga Peperiksaan sebagai satu badan pentaksiran pendidikan negara , telah mencadangkan satu alternatif untuk penambahbaikan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang selama ini ditadbirkan pada hujung persekolahan sekolah rendah dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang ditadbirkan pada hujung persekolahan menengah rendah. Cadangan ini telah diterima dan bermulanya tahun 2011 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada murid Tahun 1. PBS mempunyai empat komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik (PS) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Namun pelbagai pihak telah mempersoalkan kesahihan pentaksiran ini kerana guru telah diberi empowerment untuk mentaksir dan memberi markah murid mereka sendiri . Ini telah menimbulkan isu berhubung kesahan dan kebolehpercayaan PBS. Bahagian seterusnya membincangkan isu tersebut. 2.0 Isu berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. PS , PAJSK dan PP komponen PBS memberikan autonomi kepada pihak sekolah khususnya guru untuk menjadi pentaksir kepada murid mereka sendiri. PS ialah proses mengumpul maklumat yang asli atau autentik dan boleh diharap yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa atau dilapor oleh guru sekolah. PAJSK pula ialah satu kaedah pentaksiran dan menilai

prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Pentaksiran Pusat ialah satu kaedah pentaksiran yang mempunyai piawai (standard), panduan dan peraturan, instrumen (alat) dan kaedah menganalisis data yang disediakan oleh pusat iaitu Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini ditadbir oleh guru-guru di sekolah. Ini bermakna pelaksanaan, pengendalian, pemeriksaan dan pelaporannya dibuat oleh sekolah. Instrumen Pentaksiran Pusat adalah seperti kerja kursus, ujian lisan, Penilaian Kerja Amali (PEKA) atau sistem pentaksiran modular dan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA). Pentaksiran ini dilaksanakan secara sumatif mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. Markah yang diberi oleh sekolah dihantar ke pusat data di Pejabat Pelajaran Daerah untuk diselaras, dimoderasi, dianalisis, dan disejajarkan sebelum dihantar semula ke sekolah untuk dibuat laporan di sekolah. Analisis, moderasi dan pensejajaran markah sekolah oleh Pejabat Pelajaran Daerah adalah perlu untuk menjamin standard, kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan kepada semua. Kertas ini membincangkan isu mengenai integriti guru dalam melaksanakan PP. Guru ditugaskan untuk melaksanakan PP . Autonomi atau kuasa ini telah dipersoalkan oleh pelbagai pihak di media dan mesyuarat antara bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Malah beberapa kajian oleh Mokhtar Ismail , Hashimah Amran (2006), Mohd Zohir Ahmad, Mohd Daud Hamzah dan Shuki Osman (2002), Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh (2006), Shavelson, Baxter dan Gao (1993) dan Dunbar, Koretz dan Hoover (1991) mendapati pemeriksa tidak tekal dalam memberi skor untuk hasil kerja murid. Ini menyebabkan skor ujian rendah kebolehpercayaannya. Isu ini adalah berhubungkait dengan integriti guru dalam memberikan markah kepada hasil kerja murid mereka sendiri. Ini ialah kerana kejujuran guru adalah sangat penting untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.

Sesuatu ujian yang bermutu tinggi mesti mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Konsep kesahan dan kebolehpercayaan adalah satu konsep yang penting yang mesti difahami apabila kita ingin membina sesuatu ujian kerana ujian merupakan satu alat (instrument) yang kita gunakan untuk membuat inferens tentang pencapaian seseorang murid. Kesahan ialah mengukur apa yang hendak diukur. Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian pula ialah arahan kurang jelas, struktur ayat sukar difahami, ambiguiti, masa tidak mencukupi, aras kesukaran kurang sesuai,bilangan item tidak mencukupi, susunan item kurang tepat dan susunan jawapan yang boleh diramalkan untuk item aneka pilihan. Guru perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor yang dinyatakan ini semasa melaksanakan PP walaupun instrumen ujian disediakan diperingkat pusat. Kajian oleh Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh (2006) mendapati tugasan yang tidak perlu dilaksanakan oleh murid untuk melengkapkan kerja kursus telah dilaksanakan oleh murid. Sebagai contoh laporan Kerja Kursus membebankan murid dengan penggunaan kertas berwarna yang agak mahal. Tindakan ini juga membebankan murid yang perlu melengkapkan Kerja Kursus untuk geografi, Sejarah dan Kemahiran Hidup. Dalam masa yang sama tindakan ini juga akan mempengaruhi kesahan skor ujian keran guru terpengaruh dengan hasil laporan yang cantik kerana menggunakan kertas warna. Kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran

pencapaian murid dalam sesuatu ujian. Sesuatu ujian itu dikatakan boleh dipercayai sekiranya ujian itu dapat mengukur sesuatu apa yang hendak diukur dengan tekal. Terdapat beberapa kaedah untuk menyiasat kebolehpercayaan sesuatu ujian seperti kaedah selang-seli, uji dan uji sekali lagi, bentuk setara dan kaedah antara pemeriksa. Apabila guru diberi kepercayaan untuk mentaksir produk atau hasil kerja murid seperti karangan, laporan, membuat persembahan lakonan , gerak-geri sukan dan mencerap tingkah laku murid, guru perlu tekal dalam pemberian skor. Tugasan ini melibatkan integriti guru sebagai pentaksir kerana mereka perlu memberi skor secara tekal dan jujur mengikut pencapaian

murid mereka. Linn dan Miller (2005) menyenaraikan beberapa jenis pemeriksa yang menyumbang kepada ralat atau error kepada skor. Diantaranya ialah; 1. pemeriksa eratik iaitu yang tidak tekal dalam memberi markah, berubah mengikut masa dan keadaan 2. pemeriksa yang pemurah (generosity) yang memberi markah tinggi 3. pemeriksa yang tegar (severity) yang memberi markah rendah 4. pemeriksa yang sederhana (central tendency) yang selalu menggunakan pertengahan skala 5. pemeriksa yang terpengaruh dengan persepsi yang sedia ada di mindanya (halo effect) Ketekalan dalam memberi skor merupakan cabaran yang akan dihadapi oleh guru semasa memainkan peranan mereka sebagai pentaksir untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang mereka bina dan tadbirkan untuk melaksanakan PP. Guru hendaklah mengelakkan daripada menjadi kelima-lima pemeriksa yang disebutkan di atas. Apabila guru memeriksa hasil kerja pelajar seperti karangan atau persembahan nyanyian, guru perlu tahu dan faham kriteria yang tepat untuk menilai prestasi hasil kerja murid. Kertas ini membincangan peranan guru dalam memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dilaksanakan untuk Pentaksiran Pusat dalam pentaksiran sumatif , dan juga kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan ujian tersebut . Alat atau tool yang boleh menjadikan sesuatu penilaian yang subjektif kepada penilaian yang lebih objektif ialah rubrik. 3.0 Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif

Sebelum perbincangan mengenai penggunaan rubrik untuk pentaksiran sumatif adalah lebih elok untuk menerangkan makna pentaksiran formatif dan sumatif berdasarkan pengklasan ujian. Pengkelasan ujian boleh dibuat berdasarkan:

1. tujuan ujian itu dilaksanakan, samada untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi pencapaian murid atau bakat murid 2. kegunaan hasil maklumat samada untuk membuat rujukan norma atau rujukan kriteria 3. masa ujian itu dilaksanakan , samada formatif atau sumatif dan 4. respons yang diharapkan samada respon terbuka atau respon terhad. Penambahbaikan untuk UPSR yang bermula tahun ini memperkenalkan konsep assessment for learning , dengan ini pentaksiran formatif diaplikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,maka PS boleh dikelaskan kepada masa ujian dilaksanakan . Tujuan pentaksiran formatif diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk : 1.mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam sesuatu unit pelajaran yang diajar 2.memastikan murid menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran yang lebih kompleks 3.mencari punca (diagnosis) kelemahan murid dalam sesuatu standard yang diajar. Pentaksiran sumatif pula digunakan bagi mengesan penguasaaan murid dalam keseluruhan mata pelajaran. Ia dikendalikan di ahkir sesuatu program atau unit sebelum guru melangkah atau meneruskan ke unit atau program baru. Fungsi utama pentaksiran sumatif ialah menentukan pencapaian di penghujung sesuatu program pengajaran. Di dalam komponen UPSR PP akan menyumbangkan 40% markah untuk PP. Skor pentaksiran sumatif ini digunakan untuk tujuan melaporkan kemajuan murid bagi membuat pemilihan dan penempatan murid ke dalam sesuatu program pengajian. Pentaksiran sumatif adalah selari dengan konsep assessment for learning. Pencapaian murid dalam pentaksiran sumatif berhubungkait dengan keberkesanan guru semasa pengajaran dan pembelajaran dan kajian Black dan Williams (1998) mendapati pentaksiran formatif boleh meningkat pencapaian murid dalam pentaksiran sumatif. Kedua-

kedua pentaksiran ini diaplikasi di dalam PBS yang diperkenalkan tahun ini untuk murid Tahun Satu. 4.0 Rubrik Penskoran Sebagai Alat Untuk Menjamin Kualiti Ujian

Alat untuk memandu pentaksir membuat penilaian yang objektif terhadap pencapaian murid ialh rubrik penskoarn. Rubrik boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti pementoran, pengesanan, penyelarasan dan pemantauan. Perkataan rubrik berasal daripada perkataan Latin rubica terra yang bermaksud tanah merah, untuk menandakan sesuatu yang signifikan. Masa kini perkataan rubrik digunakan untuk kriteria bagi memandu seseorang pentaksir menilai seseorang hasil kerja murid tersebut. Rubrik mempunyai level of performance atau peringkat prestasi yang memberi maklumat kepada guru, murid, ibubapa dan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui prestasi murid. Rubrik sesuai digunakan untuk memeriksa hasil kerja murid bagi pentaksiran sumatif dan juga formatif. Ini ialah kerana rubrik menerangkan kriteria setiap peringkat, iaitu daripada kategori cemerlang sehinggalah kepada kategori sangat lemah. Di antara kekuatan rubrik ialah: 1. murid akan mendapat pembelajaran yang bermakna 2. murid akan mempelajari sesuatu konstruk dengan mendalam 3. memberi autonomi kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dengan melakukan pentaksiran kendiri atau self- assessment. 4. murid, guru dan ibubapa tahu kriteria yang diharapkan untuk meningkatkan prestasi 5. meningkatkan kebolehpercayaan skor yang diberikan oleh pentaksir Kelima-lima elemen ini menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan dalam masa yang sama meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran sekolah.

4.1

Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat Feedback atau Maklumbalas Jika pentaksiran adalah untuk memperbaiki prestasi murid , teknik

pengukuran mesti digabungkan dengan memberi maklumbalas yang berkualiti kepada murid. Tugasan untuk PP perlu disertakan dengan rubrik untuk memandu murid memperbaiki hasil kerja mereka. Ini adalah menepati objektif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mentransformasikan pentaksiran iaitu, bukan hanya untuk mengubah cara kita mentaksir murid tetapi memberi maklumat kepada murid membuat penyesuaian kendiri atau self-adjustment kepada kualiti produk atau proses kerja yang mereka laksanakan. Amalan ini dapat dilihat pada manual Do it Yourself yang disertakan pada perisian komputer. Rubrik juga boleh dijadikan seperti manual Do it Yourself sebagai panduan untuk murid memperbaiki kualiti kerja mereka di dalam pentaksiran sumatif. Panduan ini secara langsung memberikan autonomi kepada murid untuk memperbaiki prestasi mereka berdasarkan kriteria yang terdapat pada rubrik yang disertakan bersama tugasan yang diberi. Selain daripada memandu murid melaksanakan tugasan untuk PP rubrik penskoran juga difahami oleh guru untuk membantu mereka semasa memeriksa hasil kerja murid. 4.2 Peranan Rubrik Penskoran sebagai Alat Penskoran Pentaksiran Sumatif Antara kaedah untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor ialah: 1. mengaplikasi rubrik penskoran yang jelas (Linn and Gronlund 200) 2. menggunakan proses penskoran yang sistematik (Airasian 1997; McMillan 2004) 3. mengadakan sesi moderasi pemeriksaan (Gronlund and Linn 1990) 4. melatih pemeriksa (American educational research Association 1990) dan 5. menggunakan skrip contoh jawapan (Herman, Aschbacher and Winters 1993)

Rubrik penskoran merupakan salah satu kaedah yang dicadangkan oleh pakar pentaksiran untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor. Banyak kajian mendapati penggunaan rubrik boleh meningkatkan darjah kebolehpercayaan sesuatu ujian ( Vacc1989, Baxter, Shavelson, , Goldman dan Pine 1992, Brown, Glaswell and Hartland 2004, Dunbar, Brooks and Kubicka-Miller 2006, Zainuriyah 2008) . Alat ini boleh digunakan semasa aktiviti penyelarasan pemarkahan. Rubrik boleh meningkatkan darjah kebolehpercayaan pemeriksa kerana semua pemeriksa tahu dan faham kriteria yang Cemerlang, Baik atau Lemah dan mengaplikasikannya semasa memeriksa hasil kerja murid. Namum terdapat prosedur yang perlu diikuti oleh guru sebelum memeriksa hasil kerja murid seperti memahami kehendak tugasan, memahami kriteria untuk setiap kategori dan berbincang dengan guru lain untuk mendapatkan persefahaman. 4.3 Contoh-contoh Rubrik Penskoran

Terdapat dua jenis rubrik iaitu; 1. Rubrik holistik 2. Rubrik analitik Kedua-dua rubrik ini mempunyai fungsi yang berbeza. Rubrik holistik lebih sesuai digunakan oleh pentaksir untuk memeriksa hasil kerja murid bagi pentaksiran sumatif. Holistik bermakna keseluruhan atau secukupnya. Kaedah holistik juga dikenali sebagai pendekatan general impression atau whole impression berdasarkan perbandingan sesuatu sampel esei atau penulisan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Pendekatan holistik menggunakan nilai absolute iaitu menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan kepada Cemerlang, Baik, Sederhana , Lemah atau Sangat lemah. Penskoran secara holistik boleh mempercepatkan proses penskoran. Namun rubrik ini tidak dapat memberikan maklumat yang jelas dan terperinci bagi setiap penskoran oleh itu ia tidak sesuai untuk tujuan pentaksiran formatif.

Rubrik analitik pula menyenaraikan kriteria secara terperinci. Rubrik ini lebih sesuai digunakan untuk pentaksiran formatif kerana ia memberi maklumat yang jelas dan terperinci terhadap setiap aspek yang ditaksir. Secara langsungnya rubrik ini dapat membantu guru dan murid mengenali kelemahan dan kekuatan bagi menguasai sesuatu konstruk atau standard kurikulum yang diharapkan. Contoh rubrik holistik dan analitik tertera di Jadual 2 dan 3.

Jadual 2
Category Advance

Rubrik Holistik untuk penulisan Bahasa Inggeris Tahun 3


Criteria Appropriately writes on assigned, self-selected topics. Connects opinion, details and examples. Effective organization and sequencing, meaningful sentence structure, edits to eliminate most errors. Appropriate word choice Appropriately writes on assigned or self-selected topics. Clear main ideas, interesting details, clear organization, sequencing, varied sentence structure, and edits to reduce errors. Almost appropriate word choice. Appropriately writes on assigned or self-selected topics. Clear main ideas, few details. Weak elements in the beginning , middle and end. Sentence structure lacks variety and contains error

Proficient

Basic

Jadual 2 Category Advance

Rubrik Analitik untuk Penulisan Bahasa Inggeris Tahun 3 Attempt


Appropriately writes on assigned, self-selected topics.

Organization

Vocabulary
Appropriate word choice

Proficient

Basic

Connects opinion, details and examples. Effective organization and sequencing, meaningful sentence structure, edits to eliminate most errors. Appropriately Clear main ideas, writes on interesting details, clear assigned or organization, self-selected sequencing, varied topics. sentence structure, and edits to reduce errors. Appropriately Clear main ideas, few

Almost appropriate word choice.

Sentence

writes on details. Weak elements assigned or in the beginning , middle self-selected and end. topics.

structure lacks variety and contains error

1.0

Tugasan yang Memerlukan Rubrik Penskoran Kurikulum Standard Sekolah Rendah menerangkan pelbagai standard

yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah. Standard prestasi pula ialah tahap penguasaan murid terhadap sesuatu standard setelah menduduki beberapa ujian. Di dalam standard kurikulum tercatat konstruk yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid. Jadual 4 menunjukkan beberapa contoh standard prestasi atau konstruk yang sesuai diskor dengan rubrik oleh guru. Jadual 4
Mata pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Sains

Standard yang memerlukan rubrik


Standard Prestasi Kebolehan menulis karangan deskriptif, karangan fakta, karangan naratif dan karangan argumentatif Kebolehan berdebat

Matematik Sejarah

Menjalankan eksperimen Melukis lukisan saintifik Menulis laporan Membuat pemerhatian Membuat inferens Membina graf Menyelesaikan masalah Menyelesaikan masalah Menjalankan kajian berpandu

6.0

Kesimpulan PBS memberikan autonomi kepada guru untuk membina,mentadbir dan

memeriksa hasil kerja murid. Ini akan memberikan cabaran yang besar kepada guru untuk melaksanakan PP . Dalam masa yang sama kualiti ujian seperti 10

kesahan dan kebolehpercayaan perlu dijamin supaya masyarakat tidak mempersoalkan integriti guru dan kualiti ujian yang di tadbirkan di sekolah oleh guru. Namum ini tidak perlu menjadi halangan kepada guru untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pentaksir PP. Kaedah yang dicadangkan ialah dengan membina rubrik penskoran yang jelas dan sesuai untuk memandu guru memberikan skor yang tekal terhadap hasil kerja murid walau di mana guru berada dan siapa yang mereka taksir. Ini ialah kerana rubrik boleh mengurangkan ralat skor dengan menyediakan kriteria yang lebih objektif untuk memeriksa hasil kerja murid yang subjektif supaya PP terjamin kualitinya.

Rujukan Airasian, P. 1997. Empirician and values : two faces of educational changes. International Journal off Educational Research, 27:433-445 American Educational Research Association. 1990. Standards for Educational and Psychological Testing. Washington D.C.

11

Baxter,G.P., Shavelson, R.J., Goldman,S.R. and Pine, J. 1992. Evaluation of procedure based scoring for hands-on science assessment. Journal of educational Measurement 29(1):1-17. Brown, G., Glaswell,K. and Hartland, D. 2004. Accuracy in the scoring of writing :studies of reliability and validity using New Zealand writing assessment system. Auckland Uniservices Limited : University of Auckland. Black, P. Dan William, D. 1998. Inside the black box. Phi Delta Kappan. (80)2. Chan Yuen Fook dan Paramjit Singh. 2006. Laporan kajian kerja kursus Geografi dan Sejarah. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dunbar,S.B., Koretz, D.M., and Hoover,H.D. 1991. Quality control in the development and use of performance assessment. Applied Measurement in Education.4(4),289-303. Dunbar,N.E., Brooks,C.F. and Kubicka-Miller, T.2006. Oral communication skills in higher education: Using a performance-based evaluation rubric to assess communication skills. Innovative Higher Education.32(2): 115-128. Gronlund, N.E. and Linn,R.L. 1990. Measuremant and Evaluation In Teaching. 6th Ed. New York: MacMillan Publishing Company Herman,J.L., Aschbacher,P.R. and Winters, L. 1993. A Practical Guide to Alternative Assessment. University Of California Linn, R, L. and Gronlund, N.E. 2000. Measurement and Assessment In Teaching. New Jersey: Prentice Hall. Linn, R.L. and Miller, M.D.2005. Measurement and Assessment in Teaching. Colombus: Pearson Publication. McMillan, J.H. 2004. Classroom Assessment : Principles and Practice for Effective Instruction. United States Of America : Pearson. Mohd. Zohir Ahmad, Mohd. Daud Hamzah dan Shuki Osman. 2002. Bias pemarkahan Kerja Kursus PMR dan potensi fokus kajian dalam penaksiran Kerja Kursus Kendalian sekolah. Prosiding National Conference on School Based Assessment. Universiti Sains Malaysia.hlm.211-221 Mokhtar Ismail, Hashimah Mohd. Yunus and Amran Abd. Samad. 2006. School based assessment: an expectation in Malaysia. Kuala Lumpur International Conference. Lembaga Peperiksaan.

12

Shavelson, R.J., Baxter, G.P., and Shavelson, R.J. 1993. On the stability of performance assessments. Journal of Educational Measurement,30,41-53. Vacc,N.N. 1989. Writing evaluation: examining four teachers holistic and analytic score. The Elementary School Journal.90:87-95. Zainuriyah Abdul Khatab. 2008. Reconceptualisation of the concept Ability to conduct a research and developing an alternative assessment for geography. Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

You might also like