P. 1
PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

|Views: 2,051|Likes:
Published by baitulmal

More info:

Published by: baitulmal on Jun 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 PENDAHULUAN
  • 2.0 PEMBENTANGAN TAJUK TUGASAN TUTORIAL
  • 2.1.1 ATHIRAH BT MOHD RADZI
  • 2.1.2 MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
  • 2.1.3 MOHD RAHIMI BIN AHMAD LATIFI
  • 2.1.4 ZALEHA BT AHMAD
  • 3.0 MODEL DISIPLIN
  • 3.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
  • 3.2 MODEL ASERTIF CANTER
  • 3.3 MODEL LOGIKAL DREIKURS
  • 3.4 MODEL KELOMPOK KOUNIN
  • 3.5 MODEL TERAPI REALITI GLASSER
  • 4.0 PEMERHATIAN KE ATAS GURU YANG MENGELOLAKAN BILIK DARJAH
  • 4.1 SEBELUM PEMERHATIAN DILAKSANAKAN
  • 4.2 SEMASA PEMERHATIAN DILAKSANAKAN
  • 4.3 SELEPAS PEMERHATIAN DILAKSANAKAN
  • 5.0 MODEL YANG DIGUNAKAN
  • 5.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
  • 5.2 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
  • 5.3 MODEL TERAPI REALITI GLASSER
  • 5.4 KEKUATAN TERAPI REALITI
  • 6.0 MODEL DISIPLIN YANG BOLEH DIMANFAATKAN DALAM P&P
  • 7.0 REFLEKSI
  • 8.0 BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu Sirih berlipat sirih seniman Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata penyeri senyuman Awal Bismillah pembuka bicara

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabi¶in. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan dengan izinnya, akhirnya kami; Athirah bt Mohd Radzi, Mohd Farhan bin Jamaluddin, Mohd Rahimi bin Ahmad Latifi dan Zaleha bt Ahmad dapat menyiapkan tugasan EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di sini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ju taan terima kasih kepada Dr. Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris selaku pensyarah pembimbing EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku bagi semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ambilan Januari 2010 . Sesungguhnya beliau telah banyak membantu kami dalam proses menyiapkan penulisan yang terbaik. Beliau juga memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan banyak memberi nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina supaya kami dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Tidak lupa juga bukan ribuan tetapi jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan rakan-rakan kerana memberi sokongan secara t idak langsung kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, sekalung apresiasi kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini kerana banyak membantu kami dari segi mendapatkan bahan -bahan rujukan sepanjang kerja ini dijalankan.

Justeru, kami mendoakan agar kesemuanya memperolehi kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Sekia n. Terima kasih.

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak dicari Mana yang dapat janganlah lupa

1.0 PENDAHULUAN

Dalam tugasan ini, kami diminta untuk melakukan tugasan tutorial yang meminta kami mengakaji Lampiran 1 yang diberikan oleh pensyarah pembimbing; Dr Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris. Tugasan tersebut memerlukan kami untuk mengenal pasti masalah susunan fizikal yang terdapat dalam lampiran dan juga mencadangkan susunan yang ideal bagi sesbuah bilik darjah. Kami juga telah menyediakan pelan yang ideal disamping meminta rakan kumpulan yang lain turut menyediakan pelan yang sama. Hal ini akan lebih memudahkan dan aktiviti perbincangan akan menjadi lebih menarik dengan pelbagai buah fikiran yang dikemukan oleh setiap kumpulan yang berbeza. Selain itu, kami juga diberi tugasan yang perlu dilakukan di sekolah sewaktu program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu dengan membuat

pemerhatian ke atas corak pengajaran seorang guru semasa beliau melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Kami dikehendaki untuk mengenal pasti jenis-jenis model pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru tersebut. Tidak lupa, kami harus membincangkan dan membuat analisis kritikal mengenai penggunaan model tersebut. Kami perlu mengemukakan kelemahan dan juga kekuatan mengenai model yang digunapakai oleh guru tersebut. Akhir sekali, di antara kelima-lima model yang ada. Kami perlu memilih dua model disiplin yang terbaik untuk dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

2.0 PEMBENTANGAN TAJUK TUGASAN TUTORIAL 2.1 REFLEKSI INDIVIDU 2.1.1 ATHIRAH BT MOHD RADZI

Setelah tugasan tutorial diberikan bersama-sama lampiran 1, saya telah memikirkan beberapa susun atur yang sesuai di gunakan di Malaysia. Lampiran yang diberikan merupakan model kelas bagi kelas-kelas di luar negara. Antara perkara yang terdapat di luar negara dan tidak di tempat kita ialah closet ataupun almari baju. Hal ini kerana sekolah di Malaysia membenarkan baju sukan bagi kelas Pendidikan Jasmani boleh di pakai seharian. Berbanding dengan negara Jepun contohnya, mereka perlu menyalin uniform mereka. Jadi, untuk tidak membe bankan pelajar bagi membwa baju mereka dari rumah, masing -masing telah menyimpannya dalam almari baju yang disediakan. Bukan itu sahaja, mereka juga disediakan loker untuk menyimpan barang-barang mereka. Hal ini dapat mengelakkan mereka dari tertinggal buku-buku yang akan digunakan di kelas. Mereka akan membawa pulang kerja rumah sahaja. Berbanding dengan kelas di Malaysia, murid -murid sekolah tidak dibenarkan meninggalkan buku di dalam laci meja dan juga tidak disediakan loker kerana sesi persekolahan di Malaysia majoritinya melibatkan dua sesi iaitu pagi dan petang. Jadi, dikhuatiri buku -buku atau barang-barang murid akan hilang ataupun tertukar. Namun, bukanlah menjadi trend murid di Malaysia meningga lkan buku di sekolah kerana peraturan telah di tetapkan murid perlu membawa pulang buku ke rumah untuk mengulangkaji pelajaran. Dengan mengambil kira pengalaman sebagai murid sekolah rendah yang lepas dan juga kesesuain model pembelajaran pada ketika ini, kami telah menyusun aturkan kedudukan keperluan-keperluan fizikal yang perlu ada dalam bilik darjah di atas sehelai kertas manila kad dengan melekatkannya menggunakan tanah liat supaya kedudukannya boleh di ubah -ubah. Konsep pembentangan tutorial kami pada minggu itu adalah perbincangan. Jadi, kami te lah mengambil inisiatif meminta setiap kumpulan juga menyediakan susun atur yang sesuai di dalam kelas yang kondusif mengikut lampiran yang di beri. Lampiran tersebut susunannya tidak tertaur dan juga ada yang tidak perlu di letakkan di dalam kelas. Pembentangan minggu itu kami mula membincangkan mengenai pelan yang di buat oleh setiap kumpulan dan membincangkan kelemahan dan juga kelebihan yang terdapat dalam pelan bilik darjah masing-masing. Ada di antara mereka yang tidak mengikut lampiran yang

Hal ini kerana menghalang pergerakan dalam kelas dan juga mnyusahkan guru. Oleh kerana mereka tidak menjadikan lampiran tersebut sebagai panduan. berdasarkan pembentangan minggu itu. Kedudukan rak meyimpan rekod pelajar seharusnya berada di sisi meja guru di tepi kelas dan bukannya di tepi papan kenyataan. Terdapat dua kumpulan yang melukis pelan bilik darjah berkonsepkan kelas prasekolah atupun kelas bagi kanak -kanak tadika. Beralih kepada kumpulan terakhir yang menambah aksesori pada pelan mereka iaitu pentas. Pun begitu. maka terdapat banyak celanya pada pelan mereka. Walaubagaimanapun. Rujukan perlu dibuat dari masa ke semasa jika melibatkan murid yang bermasalah. idea kumpulan tersebut di terima Cuma kedudukannya sahaja tidak sesuai.diberikan dan melukis pelan bilik darjah mengikut citarasa mereka. Keseluruhann ya. Keseluruhan pembentangan pada minggu itu telah kami lampirkan buat rujukan pihak pensyarah pembimbing. Kami menunjukkan setiap kesalahan yang mereka lakukan. Jadi. Kedudukannya selalunya berada di tepi kelas dan bukannya di tengah kelas kerana tidak mehu menjadikan pentas tersebut sebagai daya tarikan utama di dalam kelas lantas menghilangkan fokus murid terhadap guru yang mengendalikan kelas. setiap kumpulan tidak peka akn kedudukan yang sesuai di dalam kelas. Ternyata lari dari objektif sebenar. dengan kedudukan di sisi meja guru dan di t epi kelas(rujuk bahagian lampiran) akan memudahkan guru tersebut. Sebagai contoh kedudukan rak buku dan juga rak menyimpan rekod pelajar dan pelbagai aksesori tambahan yang lain. Kesimpulannya. Begitu juga kedudukan meja guru. Jadi. kami memberikan nafas baru terhadap lampiran yang diberikan. pelan kelas prasekolah yang disediakan mereka boleh dikatakan sempurna dan kondusif bagi kanak-kanak tadika dan prasekolah. tibalah giliran kumpulan kami. saya dapat meneroka lebih banyak lagi pilihan dalam susu atur fizikal sesebuah kelas mengikut . pentas di gunakan untuk aktiviti bahasa ataupun aktiviti pengucapan awam. Walaubagaimanapun. kesilapan mereka kami ambil positif dengan beralih kepada pe lan kumpulan lain. Jadi. kedudukan pentas yang dilakarkan tidak sesuai kerana diletakkan di hadapan papan tulis. Antaranya rak meyimpan rekod pelajar dan kedudukan rak buku. Berdasarkan pengalaman berasaskan sekolah pada semester lepas. Seterusnya. Satu idea yang menarik dan lain dari yang lain.

seorang guru tidak perlulah menjadikan aksesori tambahan sebagai salah satu perkara utama dalam penyusunan kelas. Oleh yang demikian. Maka. saya dapati bahawa kelas yang kondusif dapat membawa persekitaran pembelajaran yang lebih tenteram dan selesa.keutamaan. . pastikanlah kelas dalam keadaan yang kondusif sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Jadi. Segala ilmu yang dicurahkan akan dapat diterima dalam keadaan yang selesa dan kurang tekanan dari persekitaran. Hal ini kerana kelas yang kondusif bukanlah kelas yang mempunyai pelbagai hiasann.

Tidak lupa juga kepada pihak perpustakaan IPGM kampus Ipoh kerana memberikan peluang kepada saya untuk menggunakan komputer untuk mengakses dan memuat turun beberapa bahan yang diperlukan. Sewaktu menyempurnakan tugasan ini saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku . Terdapat pelbagai model pengurusan di dalam bilik darjah yang boleh dipraktikkan bagi keperluan pembelajaran dan pengajaran optimum yang disampaikan oleh seseorang guru terutama sekali terhadap kelas yang mempunyai masalah disiplin bilik darjah. saya memulakan tugasan ini dengan membuat pembentangan tugasan yang diberikan oleh pensyarah berdasarkan tajuk-tajuk tutorial.1. Terima kasih juga kepada Dr Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris yang telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Pertolongan dan kerjasama yang diberi amatlah saya hargai setiap masa dan sepenuh jiwa. dan juga meminjamkan beberapa buah buku untuk membuat rujukan. Kerja kursus ini bermula dengan mencari bahan berkaitan kerja kursus sehinggalah kepada kaedah pelaksanaannya di sekolah rendah yang dipilih oleh saya sendiri. Saya juga meminta rakan-rakan yang satu kumpulan dengan saya untuk bertukar bahan rujukan sewaktu menyempurnakan penulisan esei ini. Saya mula membuat draf beberapa tajuk bagi pelaksanaan kerja yang akan dilakukan lebih mudah dan tersusun Setelah selesai menyempurnakan rangka atau draf esei. .2. Dengan berpandukan buku-buku rujukan dan beberapa bahan daripada internet.2 MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan keredhaan-Nya telah memudah dan melapangkan jalan bagi saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Sekalung penghargaan bersimpul dan bertaut ribuan terima kasih ditujukan khas buat semua yang terlibat. Ternyata bantuan rakan -rakan yang lain banyak membantu dalam proses mempercepatkan penulisan esei berkaitan soalan yang telah diberikan.

Hal ini berlaku kerana kami terpaksa merebut buku rujukan yang terdapat di dalam perpustakaan kerana kuantiti buku yang terdapat di dalam perpustakaan masih belum mencukupi. Setelah melakukan aktiviti pemerhatian di dalam kelas saya membuat laporan analisis tentang pemulihan dan pengayaan pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik guru semasa menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah. model terapi realiti Glasser dan menyiapkan esei tersebut bersertakan juga nota grafik yang diperlukan. ketika berada di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya. Objektif yang kedua ini agak su kar disempurnakan kerana kegagalan saya untuk mendapatkan buku rujukan lebih awal di perpustakaan. Sewaktu sesi pemerhatian dibuat. Tugasan ini menghendaki pelatih guru untuk mengenal pasti jenis-jenis model pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh pendidik tersebut. kita seharusnya menggunakan teknologi yang dipelajari di dalam kelas agar pengajaran yang disampaikan dapat difahami di hayati oleh murid-murid lantas melahirkan generasi yang berkualiti dan berkerjaya satu masa kelak . Akhir sekali. Setelah selesai menyempurnakan esei tersebut saya terus membuat pemerhatian ke atas corak pengajaran seorang guru semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah berlangsung .Setelah menyempurnakan esei yang pertama. saya memilih mentor saya di sekolah itu iaitu Cikgu Jamilah bagi sesi pengajaran yang dilakukan . Kemudian pelatih guru hendaklah membuat analisis kritikal tentang penggunaan model tersebut di dalam bilik darjah . Dengan menyempurnakan tugasan berdasarkan objektif yang telah diberikan ini. saya mula mengumpul bahan yang telah dicari berkaitan dengan membincangkan kekuatan dan kelemahan penggunaan model modifikasi tingkah laku Skinner. model pengurusan Kelompok Kounin. Terdapat pelbagai model pengurusan bilik darjah yang boleh dipraktikkan semasa melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Bilik Darjah . saya menjadi lebih jelas dengan penggunaan pelbagai model pengurusan bilik darjah.

Selain itu.T kerana dengan limpah. Jadi. Semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. saya memilih maksud pengurusan berdasarkan perspektif islam. Guru juga harus menyedari bahawa setiap bilik darjah yang diurus akan mempunyai masalahnya yang tersendiri. Di samping itu.saya juga dapat mengenalpasti dan memahami tugas seseorang guru. saya ingin memanjatkan rasa bersyukur kehadrat Allah S. pengurusan juga dengan kata lain boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan.malah mereka juga perlu bertindak sebagai pengurus.1. tugas guru bukan sahaja bertindak sebagai pendidik.fungsi pengurusan secara fitrah melalui atau bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi. setiap insan yang bergelar pendidik haru slah mempunyai kesedaran terhadap pengurusan bilik darjah supaya guru dapat menyampaikan ilmu kepada murid dalam keadaan bilik darjah yang kondusif. Terpulanglah kepada kebijaksanaan guru tersebut untuk mengatasinya. melalui pembentangan yang saya sampaikan bersama rakan -rakan. pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi. Oleh itu. kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai . Pada masa yang sama.3 MOHD RAHIMI BIN AHMAD LATIFI Pertama sekali. Konsep pengurusan bilik darjah ini merangkumi bebe rapa aspek iaitu maksud pengurusan bilik darjah itu sendiri. saya juga telah memahami maksud sebenar pengurusan bilik darjah. Hal yang demikian kerana guru perlu mengururus bilik darjah supaya sentiasa berada dalam keadaan lebih kondusif dan lengkap dengan bahan -bahan pembelajaran yang sesuai.2.W. Tajuk pembentangan ini sangat penting bagi seseorang guru dimana guru mempunyai pengalaman sedia ada sebelum berdepan dengan masalah sebenar di dalam bilik darjah.kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah serta cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut perpspektif islam. Pembentangan bagi subjek Pengurusan bilik darjah yang telah kami terima adalah Konsep pengurusan Bilik Darjah. izin dan kurnianya dapat melaksanakan pembentangan yang mana telah diberikan seawal pembukaan semester pada bulan satu.

melaui pembentangan yang saya lakukan. melalui konsep yang saya pelajari.individu yang berbeza daripada latar belakang diri yang berbeza. terdapat beberapa cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah. tetapi perlu bertindak sebagai pengurus untuk mengelola kelas dengan membuat keceriaan. pengurusan bilik darjah pula bermaksud merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Melalui penge tahuan tentang kekuatan pengurusan bilik darjah ini. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Gaya kepimpinan ini akan melemahkan semangat dan murid kebenyakannya menjadi pasif. Keselesaan bilik darjah membantu meningkatkan tahap pembelajaran dan pencapaian murid. Hal ini kerana murid -murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu . Antaranya ialah. Di samping itu juga. terdapat juga pelbagai kelemahan dalam pengurusan bilik darjah ini. Oleh itu.objektif-objektif organisasi atau kumpulan. Selain itu. saya sebagai bakal guru haruslah memahami dan perlu untuk menyesuaikan diri dengan tingkah laku murid yang pelbagai. bahan-bahan pembelajaran dan sebagainya. Akhir sekali guru mesti mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah kerana disiplin adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran . Jadi. Oleh itu. saya perlu memahami dan cuba mempelajari dengan lebih mendalam pengetahuan baru yang berguna untuk diaplikasikan di alam perguruan kelak. saya dapat membuat kesimpulan bahawa tugas guru bukan sahaja mendidik murid pasa waktu pengajaran dan pe mbelajaran sahaja. Selain daripada maksud pengurusan bilik darjah. Melalui maksud pengurusan bilik darjah ini. saya telah memperoleh pengetahuan baru tentang cara mengendalikan kelas dengan tersusun. Antaranya ialah dengan tindakan guru itu sendiri. Guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian den gan individu atau kumpulan berkenaan. Guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai situasi yang berbeza. input lain yang telah saya perolehi ialah mengenai kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah. gaya kepimpinan guru sama ada gaya kepimpinan autokratik atau pecah perintah. Terdapat beberapa kekuatan dalam pengurusan bilik darjah ini iaitu cara untuk mewujudkan bilik darjah yang selesa.

Sehubungan dengan itu.pembelajaran. tugasan pembentangan Pengurusan Bilik Darjah ini banyak memberi input yang sangat berguna dalam dalam membantu seorang guru menghadapi alam persekolahan samada dari aspek emosi. Kesimpulannya. .interaksi dan juga aspek pemikiran. keyakinan dan sikap guru tersebut perlu ditingkatkan bagi melalui hari sebagai seorang guru serta memastikan ilmu yang disampaikanituberkesan dan dapat dimanfaatkan oleh murid. Tanpa disiplin yang baik akan membantutkan kejayaan murid -murid di dalam sesuatu kelas.

bilik darjah KBSR. bilik darjah terbuka dan yang terakhir sekali ialah bilik darjah pra sekolah. kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran. penyusunan kerusi dan meja adalah selari dan ia lebih sesuai pengajaran yang . Bagi bilik darjah tradisi.1. meja. kebijaksanaan interpersonal. jadual tugas. Susunan meja mestilah disusun mengikut susunan yang sesuai dan selesa untuk murid -murid belajar. serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Ia melibatkan penyediaan persekitaran sosioemosi yang sihat. penyusunan bilik darjah yang kondusif akan dapat membantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah membuat penilaian dan pembentangan di dalam kelas berkaitan pengurusan bilik darjah. peralatan dan sumber. Papan -papan kenyataan hendaklah dihiasi dengan perkara asas seperti jadual waktu. Bagi pengurusan bilik darjah yang melibatkan pengurusan fizikal. Antaranya ialah bilik darjah tradisi. terdapat pelbagai jenis jenis bilik darjah yang terdapat di Malaysia. kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK). Berdasarkan pembentangan yang telah saya lakukan. peralatan dan sumber. kemahiran merancang. pengurusan murid . almari. pengurusan organisasi. Guru seharusnya pandai memilih penyusunan bilik darjah yang sesuai agar murid tidak terganggu semasa berada di dalam bilik darjah. bahan-bahan bacaan yang berilmiah serta bahan bantu mengajar yang dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. maklumat -maklumat yang penting dan sebagainya.4 ZALEHA BT AHMAD Pengurusan bilik darjah ialah s atu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesuatu bilik darjah. kecekapan mengurus. Guru seharusnya pandai merancang strategi untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif dan suasana yang harmoni agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. saya berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal. Bago saya sebagai seorang guru. saya berpendapat bilik darjah yang sempurna memerlukan segala keperluan asas seperti papan tulis. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan.2. kemahiran berkomunikasi. bilik darjah KBSM. pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. kerusi.

penyusunan meja amat penting untuk membolehkan murid -murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya.berpusatkan guru. Bagi saya. Ini dapat membantu guru memahami kelebihan dan kelemahan yang ada di dalam diri murid -murid tersebut. penyusunan bilik darjah yang sesuai ialah bilik darjah yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk digunakan di dalam kelas. Bilik darjah yang sempurna dan cukup dengan . Ini kerana. bahan bantu mengajar juga perlulah disediakan untuk memudahkan guru mengajar dan dapat menonjolkan ilmu teknologi maklumat kepada murid-murid. Kesimpulannya. penyusunan bilik darjah yang sesuai amatlah penting untuk memastikan perjalanan pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan sempurna. Bagi saya ini penting supaya kita dapat memupuk masyarakat yang suka membaca walaupun berada di mana sahaja. Selain itu. Selain itu. Bilik darjah ini kurang di dalam aktiviti yan g melibatkan kumpulan. meja guru amat penting agar guru dapat memberikan tumpuan sepen uhnya kepada murid-murid. Murid -murid perlulah disusun mengikut ketinggian dan tingkah laku mereka. Apa yang penting ialah almari fail u ntuk memuatkan segala profil murid-murid agar guru dapat mengikuti segala perkembangan murid -murid. Bagi saya sebagai seorang guru. bilik darjah merupakan tempat di mana murid -murid menerima ilmu yang menjamin masa depan mereka. sudut papan kenyataan juga perlulah dihias i dengan jadual waktu dan maklumat-maklumat yang penting seperti jadual bertugas. Penyusunan kerusi dan meja tidak sesuai untuk diamalkan pada masa kini. Buku -buku yang disediakan oleh guru mestilah mengikut tahap murid-murid tersebut serta dapat menambahkan ilmu mereka di dada. Ini penting kerana ia dapat memberi petunjuk dan maklumat kepada murid -murid agar mereka tidak lupa. senarai kumpulan di dalam kelas dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sekolah. penyusunan almari juga mestilah sesuai agar tidak mengganggu ruang yang terdapat di dalam bilik darjah. Pengaliran udara yang bagus juga amat penting agar murid -murid tidak terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan dikala sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan Penyusunan bilik darjah di Malaysia juga mementingkan sudut baca an agar ada sudut yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berilmiah. Selain itu.

kelengkapannya ilmu. dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menimba .

para pendidik dan ahli -ahli akademik. 3. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasi konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER B.3. Tingkah laku adalah kekuatan jika ia elemen-elemen yang dimaksudkan ialah diikuti dengan peneguhan . Terdapat model yang menggunakan kawalan luaran sebagai pendekatan untuk menguruskan tingkah laku sehinggalah kepada model yang menggunakan kawalan kendiri sebagai pengurusan tingkah laku yang berkesan.F. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan. Banyak Model pengurusan Disiplin telah dicadangkan oleh ahli -ahli psikologi tingkah laku. Beliau mendapati tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa -apa yang berlaku sebaik sahaja sesuatu tingkah laku ditunjukkan.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Beliau banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu. Model-model ini memberikan panduan tentang pengurusan displin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza.0 MODEL DISIPLIN Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Pendekatan ini menjurus kepada elemen -elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. C. Charles menghuraikan bahawa terdapat 10 model disiplin yang beliau gelarkan ³Model-Model Persediaan´. Kesemua model adalah yang terbaik dan boleh diterapkan dalam menguruskan kelas dan kesemuanya dicipta oleh tokoh tokoh ternama. Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi.M. Jika murid diberikan peneguhan positif maka ia akan meningkatkan tingkah laku baik murid mana jika diberi peneguhan negatif seperti ransangan daripada majalah atau komik .

ganjaran dan token ekonomi. tingkah laku adalah berbentuk akibat. Dalam permulaan pembelajaran. . ³Stimuli´ itu dinamakan oleh skinner ³peneguhan´. Terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti seseorang murid. iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. pujian perlu diberikan kepada murid-murid. Manakala peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif.maka akan sedikit mempengaruhi untuk menjadi lebi h baik. Hal ini kerana apabila hukuman dijalankan. Peneguhan Po sitif berfungsi sebagai ganjaran yg mendorong individu melakukan tingkah laku yang diingini bertambah. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan pengukuhan negatif. Menurut teori ini. senyuman. Stimuli´ boleh diberi sebaik sahaja tingkah laku operan y ang dikehendaki berlaku. Skinner telah mencadangkan teknik peneguhan (reinforcement) untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah . Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap. sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-kanak melakukannya dengan kerap dan selalu. Akan tetapi. peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. untuk mendapat respon yang baik di dalam bilik darjah.namun tingkah laku kurang sesuai kerana ia akan memburukkan lagi keadaan jika peneguhan ini gagal. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut. Peneguhan termasuklah pembekalan vokal. maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin le mah apabila hukuman dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Hal ini supaya murid lain dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada gangguan daripada murid yang nakal. Contohnya seperti menghalau murid yang membuat bising untuk keluar dari kelas yang sedang berlangsung. gred yang tinggi. Sebagai contoh di dalam bilik darjah. masa membaca yang terluang. Peneguhan positif dan negatif akan berlaku apabila suatu tingkah laku yg dihasilkan adalah memuaskan ´ Skinner. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang berlainan.

Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanaknnya di dalam bilik darjah.Menurut Skinner lagi.2 MODEL ASERTIF CANTER Pada tahun 1976. Dalam konteks ini. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. murid -murid memilih untuk bertingkah laku. guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. mereka menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Assertive Discipline: A Take-Change Approach for Today¶s Educator (1976). guru mesti menkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Selain itu. Untuk mencapai persekitaran yang . Canter & Associates telah menerbitkan bahan -bahan dan programprogram yang melibatkan displin asertif kepada guru -guru dan pentadbir sekolah. Menurut Canter. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seora ng muridnya yang pemalu. Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter & Associates. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. 3. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Pada tahun yang berikutnya. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkinapabila murid melakukan tingkah laku yang diing ini. Oleh itu. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku deangn menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkatian yang khusus. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Melalui penubuhan ini.

Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. . perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Jika sebaliknya berlaku iaitu murdi melanggar peraturan guru haruslah mengenakan peneguhan negatif yang bertsruktur dengan menyuruh murid sedaya upaya akan mengelak daripada melakukan kesalahan. Model Disiplin Asertif Canter juga berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Penjelasan guru d iterangkan secara perbincangan dengan murid -murid dan bukannya berbentuk ancaman. keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Muridmurid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.kondusif. Persekitaran pembelajaran yang tenang dan sokongan kepada perkembangan murid dapat dibantu melalui pendekatan ini. Pendekatan asertif ini juga dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan sekaligus guru dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid -murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Guru juga mesti memberikan arahan dengan jelas dan tegas supaya mudah dan senang difahami oleh murid-murid. Guru perlu memberi pujian dan galakan apabila murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini. Murid -murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Sebagai contoh. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Guru asertif tidak perlu untuk membawa imej yang garang. kasar atau terlampau tegas tetapi guru jenis ini hanya perlu mengenalpasti peraturan -peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid -murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid.

. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. model Asertif Canter ini juga ada menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid -murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Setiap tindakan pembertulan atau akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Sehubungan itu. maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.Manfaat lain yang boleh diambil daripada Model Disiplin Asertif Canter pua ialah akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid -murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh me reka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan. Tambahan pula. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid.

' Tingkah laku yang terlampau! kadang -kadang ada murid yang akan terus menunjukkan tingkah laku yang disruftif yang melampau. menumbuk rakan tidak dibenarkan dalam kals ini. i t j t t t il t . . . i i t itif i i i j i it i l l l j . peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. 'Dan iel. peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN! Awak telah memilih untuk time out 5 minit di belakang kelas. Awak memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR sekarang juga.'Daniel. awak tahu peraturan kelas kalau mengganggu rakan. awak telah memilih untuk menelefon ibu awak. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR. S l i t i £¢ §¤ §¤  ¢©¢ §¤¥¤¨§ ¦ ¥£¤£¢ ¡   i i i P t l t i i i t . S t i ti t il it . t i i j . i t t i l i t j t l i j l t t j itif.'Daniel. Kita akan berbincang kemudian. . i t i . Kali kedua/ ketiga mengganggu rakan. peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN.' telefon ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel memberitahu ibunya kesalahan yang telah dibuat. ini ialah amaran dari saya'.Kali pertama murid mengganggu rakan .' Rajah 2. Kali keempat mengganggu rakan . Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan .'Daniel.'Daniel.

dan mempamerkan ketidak puasan hati. kebolehan mencari.3. bel iau bekerjasama dengan psikiatrik terkemuka Australia. Seorang pelajar yang mempunyai masalah keluarga boleh mengakibatkan dia menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan pelajaranya terganggu. Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Chicago. Alfred Adler dalam bidang Kaunseling Keluarga dan Kanak-Kanak. iaitu mendapatkan perhatian. Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Jadi dalam situasi ini. Merujuk kepada model ini sebagai seorang guru yang berdedikasi. Sebagai seorang guru kita perlu mengen alpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya. Disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Selepas memperoleh Ijazah perubatan dari Universiti Australia. Pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Disebabkan mina t beliau terhadap kaunseling kanak-kanak dan keluarga. Dreikurs kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1937 dan menjadi Pengarah di Institut Alfred Adler. kita harus mencari punca -punca yang menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.3 MODEL LOGIKAL DREIKURS Rudolf Dreikus (1897-1972) dilahirkan di Vienna. Dreikurs telah beralih kepada salah laku dan displin di dalam bilik darjah. guru perlu mengambil salah satu cara untuk memberi penghargaan kepada murid supaya mereka dapat memperolehi perhatian yang cukup daripada guru. membalas dendam. Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan. Sebaliknya ia adalah satu cara u ntuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Sebaliknya guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Australia. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. .

jika anak murid mengambil tindakan membalas dendam. Seterusnya. serta sentaiasa b ertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin. serta b ertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin . Guru kemungkin perlu mengubahsuai keadah mengajar. ini kemungkinan besar kerana murid terasa tidak diberikan layanan y ang adil yang ditunjukkan melalui cara seperti mencuri. atau mengajar satu kemahiran sahaja pada satu masa. bergaduh dan sebagainya. Teknik yang disyorkan oleh Dreikus ialah guru perlu terlebih dahulu menc uba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif. Guru hanya diamaafkan memaparkan kekurangan sekiranya ia adalah tindakan yang terakhir apabila gagal dengan teknik-teknik yang lain.Ke s B e y j B s e se e B e j e s B e se y Cara Dreikurs Menangani Murid yang Mempunyai Motif Yang Salah Pergelutan kuasa antara guru dan murid yang ditunjukkan melalui sifat seperti enggan bermula atau menyempurnakan tugas boleh diatasi dengan teknik mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif. menggunakan bahan pembelajaran berbentuk maujud atau berbantukan komputer.

Dengan teguran yang tegas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tertangguh. Contoh teguran yang berkesan ialah µFahim. Justeru itu. Selain itu.4 MODEL KELOMPOK KOUNIN Jacob Kuonin (1971) seorang pakar psikologi Pendidikan dari Wayne State University yang memfokuskan kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P mempengaruhi tingkah laku murid di sekol ah. Bagi memberikan kefahaman yang lebih lanjut. kita dapat lihat bagaimana untuk kita aplikasikan model ini terhadap tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah. berhenti bermain dengan Hairil. tidak lancar serta arahan guru yang . Dalam kes tersebut. Kesan ini juga disebut sebagai kesan gelombang(Ripple Effect). Namun setelah mereka ini bersahabat terlalu lama.murid A ini ialah seorang yang nakal dan selalu membuat bising di dalam kelas. murid akan menjadi lebih takut dan akan mendengar arahan guru.tingkah laku murid A ini telah . Teguran yang diberi mestilah jelas dan menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan serta mengelakkan daripada memberikan teguran secara umum keada murid -murid. teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan sama ada berat atau tidak akan member kesan keapda rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah.3. Sebagai contoh. Fenomena ini disebut sebagai kesan riak.situasi ini menggambarkan bahawa tingkah laku itu mampu mempengaruhi seseorang. Asas kepada keberkesanan pengurusan displin bilik darjah mengikut model pengurusan Kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah .menjadi ikutan bagi murid B tersebut itu. Jadi murid A telah mempengaruhi murid B untuk juga membuat bising di dalam bilik darjah. dia juga mempunyai seorang sahabat yang baik iaitu murid B. Kuonin juga telah mencadangkan supaya ke lancaran dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sangat memainkan peranan yang penting dalam mengawal salah laku murid. Kuonin telah mencadangkan beberapa cadangan supaya guru member teguran dan tindakan disiplin kepada muri d A yang membuat kesalahan. duduk tempat kamu sekarang dan salin contoh yang saya tulis pada papan hitam¶. Menurut kajian Kuonin. Selain daripada itu.

Kuonin juga ada menyatakan guru perlu mempunyai momentum pengajaran yang baik agar membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula. Akhir sekali. Kuonin berpendapat bahawa guru perlu melibatkan murid murid secara aktif di dalam bilik darjah dengan banyak melakukan aktiviti pengajaran yang berpusatkan murid. Menurut Kuonin lagi. Dengan pen glibatan yang menyeluruh daripada murid.kuonin juga menegaskan bahawa jika guru sering kali menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar dan tersekat-sekat serta terkeluar daripada sukatan akan mempengaruhi kepada masalah disiplin murid yang kemungkinan akan lebih menjadi -jadi. Selain itu. Hal yang demikian berlaku kerana muridakan cepat merasa bosan dan tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelarajan di dalam bilik darjah. Guru perlu mengaplikasikan pelagai strategi yang sesuai. Mereka juga akan sentiasa memastikanmurid tidak cepat merasa bosan dengan pengajaran yang . Set induksi merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian murid supaya mereka lebih tertumpu kepada aktiviti yang dijalankan. Kuonin menegaskan bahawa gru yang baik adalah guru yang sentiasa menimbulkan suasana ceria di dalam bilik darjah. guru juga mestilah bijak untuk membuat peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid akan terus menumpukan perhatian terhadap pakara yang ingin disampaikan dan meneruskan aktiviti dengan lancar. Kuonin berpendapat bahawa guru harus melakkan penutup kepada aktiviti yang dijalankan dan menyimpulkan pengajaran tersebut dengan berkesan. pelbagai dan menarik supaya murid lebih memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. guru dapat mengekalkan perhatian murid serta menjadikan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan ataupun menjawab soalan yang telah dikemukakan.tidak jelas akan memberi kesan terhadap salah laku murid -murid. beliau amat memberi tumpuan utama terhada p pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid sentiasa terlibat dengan aktivti bilik darjah dan sentiasa memberi murid tugasan -tugasan yang berkenaan. Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran. meneruskan pengajaran dan membuat penutup dengan baik dan lancar. Guru mestilah membuat permulaaan aktiviti pengajaran dengan baik melalui langkah yang tersusun dan menarik. Selain itu. Di samping itu.

model Kuonin ini dilihat tidak meberi kesan yang mendalam terhadap masalah disiplin yang berlaku. Salah laku dan masalah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah serta persekitaran sekolah berlaku akibat murid-murid gagal memenuhi empat keperluan asas tersebut. Salah laku daripada murid akan berlaku jika guru gagal menyediakan pengajaran yang menyeronokkan dan menarik mina t mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.5 MODEL TERAPI REALITI GLASSER Pada tahun 1956. kebolehan dan perkembangan murid supaya mereka akan menumpukan kepada aktiviti yang ingin disampaikan oleh guru. Untuk itu.disampaikan oleh guru tersebut. guru perlu memastikan bahawa keperluan -keperluan ini perlu difokuskan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Dalam tahun 1961. Setiap aktiviti yang dirancangkanmestilah mencabar serta mampu untuk menjana idea dan minda murid-murid. dan keseronokan. beliau telah memperkenalkan Teori Pilihan (Choice Theory). Beliau menambahbaik yeori yang terdahulu dengan memasukkan elemen -keperluan asas. Guru perlu mengambil kira pelbagai aspek yang diutamakan iaitu aspek minat. iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. personaliti ataupun masalah luar sekolah. Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Hal ini mungkin seseorang murid itu didorong oleh masalah dalaman mereka sendiri sama ada keluarga. kualititi dan kreativiti. Istilah realiti terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk Reality Therapy´. mempunyai kuasa dan kawalan. 3. . Namun begitu. Pendekatan model ini tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya dan masalah disiplin akan tetap berlaku walaupun pelbagai pendekatan telah dilakukan. Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls.latar belakang. Antara keperluan-keperluan asas tersebut adalah kasih sayang. kebebasan. Dalam model disiplin Terapi Realiti yang telah dikemukakan oleh William Glasser.

Murid-murid memiliki tingkah laku yang rasional dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. kebebasan dan keper uan untuk bersuka ra kur ku um dan pengajaran mest berfokuskan keper uan n                       Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu. sebaliknya pemilihan pemilihan keputusan yang buruk aka n mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang murid tersebut. Glasser berpegang kepada tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik dan bijak. guru hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atasnya. KASIH SAYANG Keper uan-keper uan ps ko og asas mur d termasuk ah rasa d punya dan d sayang . Beliau memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas. sama a da baik ataupun buruk. Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid -             Mur d memer ukan kuasa dan kawa an kend r untuk membuat p han tergadap membuat p han terhadap akt v t 0akt v t b k darjah meng kut kecenderungan dan kebo ehan mereka                 MEMPUNYAI KUASA DAN KAWALAN DI I KEBESASAN Kebebasan per u d ber kan kepada mur d bersepadan dengan keupayaan mur d Kebebasan membuat p han akan membangk tkan rasa tanggungjawab mur d terhadap p han akt v t b k darjah . Bagi mendapatkan hasil tingkah laku yang baik. ia akan diikuti oleh kesan dan akibat yang baik mahupun buruk. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan mereka. Seterusnya.Selain itu. Glaser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang serius dan penting. mempunya kuasa dan kawa an. di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus.

. Pengetahuan yang luas di dalam pengurusan bilik darjah ditambah dengan pengalaman yang ada akan membantu guru mensistesis satu pengurusan yang kondusif untuk kegunaan senditi di dalam bilik darjah masing -masing. Penguruusan Displin Bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas pengurusan displin yang kukuh. guru harus mengambil langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan displin bilik darjah yang berkesan. Oleh itu. iaitu sesuai dengan persekitaran bilik darjah masing-masing. murid-murid juga perku bertanggungjawab dan mernerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka sendiri.muridnya.Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya. Seterusnya. Teori-teori yang telah dibincangkan di atas boleh menjadi panduan untuk guru merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing -masing. Guru juga harus bijak menilai dan membuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri.

Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER B.F. sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-kanak melakukannya dengan kerap dan selalu.3 SELEPAS PEMERHATIAN DILAKSANAKAN 5. Menurut teori ini. ganjaran dan token ekonomi. tingkah laku adalah berbentuk akibat. Akan tetapi.Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman.0 PEMERHATIAN KE ATAS GURU YANG MENGELOLAKAN BILIK DARJAH 4. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa dan terjadi. Semasa awal sesuatu sesi topik pembelajaran. Ini kerana apabila hukuman dijalankan.4.2 SEMASA PEMERHATIAN DILAKSANAKAN 4. pengukuhan yang secara terus menerus akan menghasilkan keputusan yang bagus. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap. . Peneguhan termasuklah pembekalan vokal.0 MODEL YANG DIGUNAKAN 5. peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. masa membaca yang terluang. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan pengukuhan negatif.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan. gred yang tinggi.1 SEBELUM PEMERHATIAN DILAKSANAKAN 4. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan. iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu.Dalam permulaan pembelajaran. senyuman.

Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan bermacam macam aktiviti.2 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN Pengurusan kelas dan pengurusan kumpulan perlulah membetulkan pelajar lain jika membetulkan seseorang pelajar. persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid. Bertindih (overlapping) Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas. serta memahami perasaan serta menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang. . Momentum (momentum) Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Pembelajaran yang optimum akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang keadaan murid dan bertanggungjawab mereka terhadap sesi pembelajaran. Mereka ialah guru-guru yang peka.KEKUATAN Mendesak guru menjadi sedar dan peka tentang apa yang berlaku dalam Bilik Darjah. bersimpati. KELEMAHAN Mengalakkan murid melakukan sesuatu kerana ganjaran dan bukan intrinsik Guru menjadi lebih tekal dari segi Sukar mengenal pasti ganjaran yang selaras dengan keperluan setiap mur id menyelesaikan masalah displin 5. Peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti adalah menjadi kunci keadaan pengurusan kumpulan efektif. Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu: Merangkumi semua (withitness) Guru hendaklah menjadi mesra. dan ambil tahu latar belakang murid.

sama. Pilihan yang dibuat individu berdasarkan keperluan -keperluan asas mereka. Menitik beratkan variasi dari segi strategi Agak sukar untuk guru permulaan mengawal dan teknik pengajaran yang dapat gerak-geri murid dengan rapi agar mengambil mengekalkan minat dan semangat murid tindakan serta merta terhadap sebrang tingkah untuk belajar. Kurikulum dan pengajaran mesti berfokuskan keperluan asas ini. .3 MODEL TERAPI REALITI GLASSER Asas utama kepada model ini ialah perilaku atau tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik atau bijak. mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada satu masa yang sama. Glasser juga memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas.Kelancaran (smoothness) Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksimum dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran. Ini bermaksud setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Keperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah rasa dipunyai dan disayangi. mencabar bagi guru yang perlu Tidak berunsur hukuman yang hanya Agak berkesan dalam jangka masa yang singkat. Fokus kumpulan (group focus ) Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu melibatkan murid secara keseluruhan serta mewujudkan peoses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan dapat menarik perhatian murid. laku yang timbul 5. William Glasser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang serius atau penting. di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. mempunyai kuasa dan kawalan. Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. kebebasan dan keperluan untuk bersukaria. Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid. KEKUATAN Fokus terhadap pengurusan kelompok KELEMAHAN Sukar bagi guru yang perlu mengambil tindakan mewujudkan suasana bilik darjah dan terhadap dua atau lebih kelompok pada waktu persekitaran yang kondusif.

menentukan dan membuat keputusan sendiri. kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993).4 KEKUATAN TERAPI REALITI Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling. pemilihan yang baik ak an mendatangkan hasil yang bagus. ibu bapa. keluarga.Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu. dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan klien. murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka. Reality Therapy originally used in the treatment of office patients. Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya. remaja. 5. sebaliknya pemilihan pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk. menilai . dewasa. mental hospital patients. Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik. sama ada baik ataupun buruk. Mereka mempunyai tingkah laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. Kenyataan ini disokong oleh James C. Much of Glacier¶s work with juvenile offenders grew out of this years of work at the venture school for girls of the Calofornia Youth Authority. . Seterusnya. misalnya kaunseling kanak-kanak.Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya. Hansen (1990) yang mengatakan . ia akan diikuti oleh kesan dan akibat yang baik mahupun buruk. and adult and juvenile lawbreakers.´ Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit. guru hendaklah sentiasa membantu muridmuridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. dalam perkahwinan. jelas dan realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan.Seterusnya. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atasnya. Model Terapi Realiti merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri. ³«although now used with a variety of clients in a number of different settings. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan mereka.Murid-murid adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional. Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi penyelesaian masalah.

institutions and correctional settings. namun begitu sebenarnya ia tidak semudah begitu. It is a fairly simp le therapeutic approach and can be mastered withaut length training and supervision . teori pilihan (µchoice theory¶) nampak mudah dilaksanakan setelah membuat bacaan yang mencukupi. Kelemahan teori ini nampak dengan jelas ekoran terdapat ahli terapis yang mengamalkan terapi realiti tanpa pemahaman yang dalam tentang prinsip-prinsip klinikal. stresses here and now. Ini terapi berkenaan. centralized training center. Satu lagi kekurangan terapi realiti ialah unsur-unsur masa lampau tidak diberi perhatian langsung.´ KELEMAHAN TERAPI REALITI Walaupun pada dasarnya. promotes responsibility and freedom without blaming.´. Adalah lebih tepat jika dikatakan kelemahan tersebut bukan berpunca daripada teori berkenaan tetapi berpunca dari pengamal -pengamal yang kurang pemahaman tentang terapi berkenaan.´ Menurut Samuel T. Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihan-kelebihan terapi ini. Mengikut beberapa pengkritik terapi realiti menyatakan unsur unsur seperti masa lampau klien amat penting untuk mengetahui latar belakang permasalahan yang dihadapi pada masa kini. Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam seting di sekolah dan selanjutnya ³«reality therapy is a short-term treatment that has been widely used in schools. ramai Ke banyakan terapis seminar-seminar terapi terapi realiti realiti kurang dikendalikan dalam bentuk konsep membantu diri µself -help¶ bukannya dalam bentuk menyebabkan pendekatan berpengalaman dalam bentuk klinikal tetapi bertindak memberi b antuan berdasarkan lebih kepada pengetahuan. integrates control theory. Gladding (1996:283 -289) mengatakan bahawa terapi realiti ³«applicable to many different populations. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan bahawa pendekatan terapi realiti sebagai ³« stimulates active mental processes . . concertinas. short-term. effective with certain disorders.Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau dibandingkan dengan teori -teori yang lain seperti psikoanalisis dan pem usatan insan.

terapi realiti cenderung hanya memfokuskan kepada tingkahlaku semasa tetapi seseorang manusia adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi.Selain itu. kognitif. . persepsi. sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan terapi ini mempu nyai keupayaan yang terbatas.

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ) Oleh itu. Joey Nesamalar Samuel. Guru juga perlu memikirkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan murid-murid dan pada masa yang . berpandukan pernyataan di atas. 2008. guru tersebut perlu mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid . Melihatkan Model Terapi Realiti oleh William Glasser dikaitkan dengan Teori Kawalan dan Teori Pilihan. Jika dilihat berdasarkan ciri -ciri kedua model ini. Pada tahun 1970an. Glasser mengutarakan teori kawalan yang menyatakan ³Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada waktu tersebut .´. kita dapat lihat pelajar suka membuat bising di dalam kelas akibat daripada perasaan bosan atau tidak berpuas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah. Glasser telah ubah nama teori kawalan kepada teo ri pilihan. Terdapat beberapa kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang suka membuat bising seperti tidak berminat untuk belajar. tidak menjadi masalah untuk digabungkan kedua-dua model kerana keduanya bergerak seiringan. Pelajar mungkin kekurangan keperluan-keperluan asas iaitu rasa dipunyai dan disayangi serta keperluan untuk bersuka ria menyebabkan mereka membuat bising di dalam kelas. Teori pilihan menyatakan ³Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan .6. kita dapat lihat perbezaan yang ketara dan keduanya begitu kontra sekali dimana William Glasser lebih cenderung untuk bermain secara psikologi manakala Canter lebih menekankan ketegasan dalam pengawalan kelas. keadaan yang menyebabkan murid -murid gagal memenuhi keperluan-keperluan asas mereka di sekolah. masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan atau tidak berpuas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah. Namun. Siri Pen didikan Guru. Pun begitu. pada tahun 1986. (Haliza Hamzah.0 MODEL DISIPLIN YANG BOLEH DIMANFAATKAN DALAM P&P Melalui perbincangan yang telah kami lakukan. kami sepakat memilih Model Disiplin Teori Realiti dalam Kaunseling oleh William glasser dan juga Model Disiplin Asertif Canter. Sebagai seorang guru.´ Menurut Glasser.

Lantaran itu. kaedah time-out iaitu (beri masa kepada pelajar untuk bersendirian dan memikirkan semula kesalahan yang telah dilakukan) tetapi jangan dalam bentuk ugutan juga boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk membantu menyelesaikan masalah murid membuat bising dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas serta menganggu rakan kelas yang lain. kurikulum perlu dirangka untuk memenuhi keperluan murid. Joey Nesamalar Samuel. Selain itu. mereka mula memikirkan aktiviti yang lebih menyeronokkan iaitu membuat bising dalam bilik darjah. pelajar tidak akan membuat bising dalam kelas dan sentiasa menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas . Apabila pelajar sudah . pelajar tersebut akan memberi perhatian semasa dalam kelas kerana mereka rasa dipunyai dan mempunyai kuasa atau kawalan dalam bilik darjah. sumbangsaran. Dengan itu. Perbincangan dan pengajaran yang berpusatkan murid patut digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru boleh meminta pelajar untuk berada di belakang ataupun hadapan kelas apabila melakukan sesuatu kesalahan iaitu membuat bis ing dalam kelas walaupun setelah beberapa ditegur dan diberi amaran. guru perlu merancang kurikulum yang berkualiti dengan mengambil kira semua aspek seperti minat dan kebolehan pelaj ar. 2008. iaitu murid dapat menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya dengan berkesan dan bukan hanya untuk lulus peperiksaan. Ini disebabkan apabila pelajar berasa bosan dan tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran guru. Jadi. seseorang guru boleh menyuruh mereka menerangkan sebab bahan yang dipelajari oleh mereka itu berguna dan menarik minat mereka serta bagaimana dan di mana boleh mengaplikasikan ilmu tersebut. Menurut Glasser. Bagi pelajar yang suka membuat bising seperti kurang berminat dalam pelajaran. masalah tingkah laku akan berkurang. (Haliza Hamzah. secara tidak langsung.sama meningkatkan tahap pembelajaran mereka seperti kaedah bermain. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. bagi pelajar yang membuat bising semasa guru mengajar. kolaboratif dan sebagainya. Siri Pendidikan Guru. main peranan. m/s: 100) Oleh itu. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan perse kitaran bilik darjah yang sama dan berulang -ulang harus dielakkan bagi mengelakkan rasa kebosanan dalam kalangan pelajar.

hapuskan sahaja. Contohnya. seseorang guru harus membimbing dan mamahami cara untuk memotivasikan pelajar dengan memberikan perhatian dan menarik minat pelajar untuk belajar. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas. pelajar tersebut . Sekiranya strategi yang digunakan kurang berkesan. Sebagai contoh. maka guru perlu memanggil pelajar kembali semula ke tempa t duduk. Contohnya. Apabila murid menyedari apa yang dilakukannya itu salah. maka dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya. Langkah keempat adalah guru perlu bertanyakan kepada murid ³Apa yang kamu lakukan?´ daripada bertanyakan ³ Mengapa kamu lakukan perkara tersebut?´ bagi mengelakkan murid menjadi bingung. sekiranya strategi berpusatkan guru kurang sesuai.sedar akan kesalahannya dan berhenti membuat bising. maka ia harus digantikan dengan strategi berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku murid berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas. guru boleh mengatasi masalah tingkah laku yang berlaku di dalam kelas dengan 2 cara iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik serta membina hubungan baik dengan pelajar. dalam terapi ini Glasser telah menggariskan satu pelan pengurusan bilik darjah yang terdiri d aripada 10 langkah. seorang guru dapat membina hubungan yang baik dengan muridn ya. Contohnya. guru perlu meningkatkan cara pertanyaannya. Guru harus banyak menghabiskan masa dengan menjalankan aktiviti -aktiviti yang menyeronokkan dan membantu pelajar apabila perlu. guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah laku pelajar bagi mengetahui adakah guru menjadi penyebab berlakunya pelajar membuat bising seperti tidak berminat untuk belajar. ³Apa yang kamu lakukan?´ adalah lebih berkesan daripada ³Mengapa kamu lakukan perbuatan itu ?´. Justeru. Langkah pertama. Seterusnya langkah ketiga. Dengan ini. Guru juga perlu meluangkan masa untuk berbincang dengan pelajar tentang topik -topik yang diajar dan mengenal pasti bahagian-bahagian yang menarik minat mereka. Langkah kedua. guru boleh bertanyakan kepada pelajar yang membuat bising iaitu ³Apa yang kamu lakukan dalam kelas?´ Maka. apabila pelajar membuat bising. Ini bermaksud seseorang guru perlu membuat analisis tingkah laku murid tersebut.

Langkah kelima. Selagi mereka tidak menyedari kesalahan mereka. Langkah yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan bertanyakan pelajar perkara yang boleh dilakukan olehnya untuk menolong p elajar yang membuat bising dalam kelas. Oleh itu. Contohnya. lama kelamaan. ³Apakah yang sepatutnya anda lakukan ?´. Soalan-soalan ini amat penting bagi murid membuat penilaian yang berunsurkan nilai berhubung dengan apa yang telah lakukan iaitu membuat bising dalam kelas. bagi pelajar yang membuat bising dalam kelas. Contohnya. Tanyakan soalan seperti ³Adakah apa yang yang anda lakukan melanggar peraturan?´. mereka tetap diberikan konsekuen yang berkaitan. murid perlu diasingkan dengan menggu nakan kaedah ³time-out´ yang dilakukan dalam kelas. pelajar bolehlah diminta untuk menandatangani perjanjian tingkah laku yang telah dipersetujui. . Maka. guru perlu mempertahankan pelajar yang membuat bising dalam kelas supaya dia tidak dapat balik awal seperti pelajar lain. guru harus meneruskan langkah kelapan iaitu jika tidak berhasil. murid tersebut perlu diberi kelas tahanan.akan mula menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan iaitu membuat bising dalam kelas dan mengubah tingkah laku tersebut. Murid-murid akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih baik merupakan langkah keenam. Ketujuh. Tujuan utama adalah supaya pelajar boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semula dan tidak mengganggu rakan sekelas lain. mereka dikehendaki membayar RM1 sebagai tabung kelas sekiranya mereka tidak mengubah tingkah laku tersebut. Dicadangkan guru yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan menjadi pilihan murid yang ditahan. guru harus membuat perbincangan dengan murid ter sebut. Di samping itu. sekiranya pelajar melanggar perjanjian yang telah dibuat dengan bantuan guru mereka akan berupaya menyelesaikan salah laku dengan cara yang paling baik tetapi bukan secara mendenda. Selepas perjanjian dan akibat daripada tingkah laku telah dipersetujui. jika tidak berkesan. Ketika ini murid tidak boleh terlibat dalam aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya atau membuat perjanjian yang baru. pelajar tersebut akan takut dan cuba mengubah tingkah lakunya yang tidak baik.

Untuk mencapai persekitaran yang kondusif. Joey Nesamalar Samuel. Langkah terakhir iaitu langkah kesepuluh adalah pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi yang dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar kerana mereka berupaya untuk memberi bantuan professional. Antara strategi yang sesuai digunakan adalah strategi berpusatkan murid. (Haliza Hamzah. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap authoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Apabila pelajar tersebut tidak dapat dikawal. bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Dan terakhirnya. tidak asertif serta agresif. Contohnya. 2008. Model satu lagi yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul bagi pelajar yang bising itu adalah menggunakan Model Disiplin Asertif Canter. Ini merupakan langkah kesembilan yang perlu dilakukan oleh Cikgu Hashim. keperluan -keperluan guru dan pelajar perlu . Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku) Oleh itu. guru haruslah membantu beberapa pelajar tersebut supaya berkelakuan baik. Guru perlu menentukan peraturan-peraturan kawalan murid. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada pelajar jika melakukan sesuatu salah laku. ibu bapa perlu diberitahu dan digantung persekolahan selama sehari. Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan pelajar terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. ³guru mempunyai hak untuk menentukan dan mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya´. Menurut Lee Canter. Model Disiplin Asertif Canter adalah diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Siri Pendidikan Guru. guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu pelajar memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. guru boleh memberitahu ibu bapa supaya mereka dapat mengambil tindakan segera demi mengubah tingkah laku pelajar. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dengan nada tegas dan meminta pelajar menghentikan perbuatan tersebut. Dalam situasi ini. Model ini menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif.

dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Menurut Canter. Joey Nesamalar Samuel. beberapa murid yang suka membuat bising dan berkelakuan seperti tidak berminat untuk belajar akan mengetahui akibat melanggar peraturan yang ditetapkan. Oleh itu. Guru yang asertif dapat membina hubungan positif dan boleh dipercayai dengan muridnya dan boleh memupuk tingkah laku yang baik dalam bilik darjah. Guru boleh menetapkan peraturan kepada pelajar dengan harus bersedia dalam kelasnya dan menumpukan perhatian semasa sesi pengajarannya. pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. (Haliza Hamzah. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan pelajar tersebut dan buka nnya berbentuk ancaman. Mereka juga harus diterapkan menghormati guru kelasnya untuk membentuk tingkah laku positif pada diri mereka. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku pelajar yang diingini. Murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Siri Pendidikan Guru. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sebagai seorang guru yang baik. perasaan mereka terhadap tingkah laku pelajar dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diter ima oleh pelajar. 2008. guru menentukan rutin dan peraturan bilik darjah dengan jelas dan diterangkan kepada murid tentang kepentingan rutin d an peraturan tersebut. guru tersebut boleh memberi perhatian yang positif kepada pelajar yang suka membuat bisin g di kelas dengan berinteraksi dengan mereka dan menunjukkan salah laku serta mewujudkan hubungan yang harmoni . Murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid akan sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Sebagai contoh. Guru yang asertif membantu pelajarnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan.m/s: 78) Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingini oleh pelajarnya.

adil dan boleh memenuhi kehendak murid dapat meggunakan teknik pengiktirafan untuk meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. guru perlu menyatakan terlebih dahulu peraturan -peraturan yang dikehendaki olehnya. Hal ini sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingin d an boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. guru boleh membantu murid nya membentuk tingkah laku yang dapat membawa kepada kejayaan. Guru boleh menggalakkan kerjasama dan membantu murid dalam sesi pengajaran dijalankan. Guru perlu Sesi pengajaran yang konsisten. Guru yang asertif tidak membawa imej yang garang. membina pembelajaran yang tena ng. pengiktirafan dan akibat daripada salah laku . Seorang guru berwibawa haruslah memastikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan pada yang sama mengambil berat da n bertindak adil terhadap semua pelajar. Penjelasan dari guru diterangkan secara perbincangan dan bukanya berbentuk ancaman. Untuk mengelak sebarang masalah yang timbul ketika sesi pengajaran dijalankan. kasar at au terlampau tegas. guru boleh memberikan tugasan yang sesuai dengan kemampuan murid-murid tersebut dengan melibatkan kerjasama antara kumpulan. Dengan itu. Pada kali pertama memula kan kelas tersebut. Murid yang suka membuat bising berkemungkinan tidak minat dalam belajar disebabkan tidak faham dengan isi penyampaian dar i seseorang cikgu.antara satu sama lain dan seterusnya melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru boleh menggunakan cara seperti memberi galakan untuk murid yang suka membuat bising dengan aktiviti . Murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapk an. Guru juga perlu mengingatkan murid yang lain untuk menyatakan peraturan bahawa setiap murid perlu senyap dan tumpukan sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran dijalankan. Canter turut mencadangkan guru -guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin. guru boleh menggunakan teknik mengamalkan sikap asertif pada peringkat permulaan. Cara yang terbaik adalah menjelaskan kemahuan sebagai seorang guru kelas untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru haruslah menyatakan peraturan dengan jelas tetang tingkah laku yang diingin daripada murid. Selain itu.

Tetapi. guru boleh memberi amaran yang pertama kepada murid tersebut.kelas yang menyenangkan. Mereka mungkin melakukan perbuatan sedemikian mungkin disebabkan tekanan atau faktor luar. . guru perlu memberitahu kepada murid yang suka membuat bising bahawa tingkah lakunya bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan dan pembetulan perlu dilaksanakan jika murid tersebut masih membuat bising. Guru boleh menggunakan teknik hierarki tindakan pembetulan Canter. Berikan peluang kepada pelajar yang suka menimbulkan masalah u ntuk meluahkan perasaan mereka. guru harus mengajar dan membimbing murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk. Bagi murid yang suka membuat bising. guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan. Canter menekankan untuk mendapatkan pengurusan disipli n yang berkesan. Guru perlu menangani masalah ini dengan tenang dan pantas. guru boleh memberi pengiktirafan seperti memberi komen positif atau memaklumkan tingkah laku yang baik kepada ibu bapa murid tersebut. Untuk menjelaskan kepada murid. Bagi murid yang telah menunjukkan tingkah laku yang diingini seperti tidak membuat bising dan menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran. Di samping itu. Kali kedua atau ketiga. ganjaran dan tindakan pembetulan. guru boleh memberi peneguhan dengan memuji atau memberi motivasi kepadanya. murid tersebut dikehendaki berjumpa dengan guru besar atau pihak berkuasa. Oleh itu. guru boleh menggunakan cara time out. Dan kesalahan yang semakin serius dan berterusan. Setiap tindakan pembetulan atau akibat dalam hierarki akan semakin serius daripada sebelumnya. Seterusnya semak kefahaman murid dan memaklumkan tentang ganjaran atau tindakan pembetulan yang akan dikenakan. Jika mereka telah berjaya menyelesaikan aktiviti tersebut. Canter juga turut menegaskan matlamat tindakan pembetulan harus dilakukan agar dapat memberikan keadila n kepada semua murid dan tindakan yang dilakukan perlu konsisten. Kali keempat atau kelima kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut haruslah dimaklumkan kepada ibu bapanya. Antara langkah -langkah yang perlu dilakukan oleh guru adalah memberi penerangan mengenai peraturan dan menunjukkan cara perlaksanaannya. guru boleh menggunakan sistem kad warna untuk menunjukkan kesalahan murid.

Seorang guru boleh mengingatkan tentang tingkah laku yang telah ditunjukkan dan akibat-akibat yang akan diterima. Oleh itu. maka guru perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang secukupnya. Guru perlu memberikan usaha yang lebih untuk menangani masalah murid tersebut. Cari penyelesaian yang berkesan dan berkomunikasi lebih kerap dengan murid-murid tersebut. Seterusnya. senang memberontak dan tidak bermotivasi.Selain itu. berikan perhatian dan keperluan yang bersesuaian dengan murid tersebut. sebagai guru kelas yang berpengalaman baru. Bagi murid yang masih suka membuat bising semasa pengajaran dijalankan walaupun pelbagai teknik yang telah digunakan. . Guru perlu bertenang dan tujukkan memahami perasaan murid serta elakkan daripada bertelagah dengan murid kerana berperanan sebagai guru kelas kepadanya. guru boleh menegur murid yang membuat bising secara individu. guru boleh cuba mendekati murid tersebut dan cuba mendapat kepercayaan mereka. Murid-murid jenis ini menunjukkan kelakuan disruptif.

0 REFLEKSI Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh semua guru kerana pengurusan bilik darjah yang berkesan. . mengaggap pengajaran dan disiplin adalah dua perkara yang berbeza. pendidik pada masa lalu. komunikasi. persekitaran kondusif dapat dijalankan. Antara perkara yang boleh di lakukan dalam memastikan perjalanan dalam bilik darjah dalam keadaan yang aman dan teratur adalah dengan mewujudkan suasana perskitaran dan juga hubungan komunikasi yang baik antara guru dengan murid dan juga murid dengan murid. Pengalaman dan pemerhatian yang tinggi merupakan satu aset utama bagi seseorang guru dalam mengenal pasti tingakah laku dan juga gerak tubuh seseorang murid. personaliti dan tabiat murid -murid di dalam bilik darjah. Namun begitu. guru akan lebih memahami segala tingakah laku murid malah akan lebih mudah untuk guru menangani dan murid-murid dan persekitaran pembelajaran. guru perlu dan seharusnyaq mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah . Bukan itu saja. Pengetahuan mengenai model-model disiplin dan cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru -guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Disiplin dalam bilik darjah yang dianggap sebahagian daripada pengurusan bilik darjah meliputi arahan. Apa yang dikatakan dengan disiplin? Disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenanakan kepada murid -murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. streuktur dan juga hubungan dengan ibu bapa murid. Mereka berpendapat mengajar adalah untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid manakala mendisiplinkan ialah untuk mengawal tingkah laku murid supaya menunjukkan sikap yang boleh diterima dalam komuniti kelas.7. hal ini termasuklah dengan pengelolaan rutin guru dalam bilik darjah bagi memastikan perjalanan bilik darjah berjalan dengan lancar dan berkesan. Menurut penulis buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. konsep tersebut telah berubah dimana displin merupakan salah satu aspek penting dalam pengajaran. Melalui pengalaman yang ada dan juga pengamatan yang tinggi. guru perlu mengetahui dan mengenalpasti serta memahami tingkah laku. Haliza Hamzah. Selain itu. Disamping itu.

Dan bukan setiap model boleh diaplikasikan secra serentak di dalam kelas. Model yang ingin diguna pakai oleh guru perlulah bersesuaian mengikut situasi d an guru tidak seharusnya berfokus kepada satu model sahaja. Jangan tertumpu pada satu model sahaja kerana kemungkinan cara yang digunakan akan hilang kesan jika ianya tidak efektif. Jadi. Dalam pelbagai situasi yang berbeza. Guru perlu bersikap mencapah dalam menguruskan dan mengendalikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. murid-murid barangkali akan merasa jemu atau bosan. Setiap kali Ali mengulang perbuatannya. Kesan : Ali merasakan dirinya jahat dan dia tidak perlu mendengar arahan atau nasihat dari gurunya. Hal ini kerana jika peneguhan negatif diberikan berulang -ulang kali. guru tersebut akan memanggilnya budak jahat. guru perlu peka mengenai perilaku murid-murid sebelum mengenakan apaapa jua tindakan. gurunya menegur Ali dengan bahasa yang kasar dan memanggil Ali sebagai budak jahat. jika seorang guru kekal memberikan peneguhan yang negatif dek kerana kenakalan muridnya murid tersebut akan lebih cenderung untuk mengulangi perkara atau kesalahan yang sama. murid tersebut akan menyimpan perasaan dendam ataupun memberontak dan tidak mustahil jika murid berkenaan tidak akan mengendahkan amaran yang diberikan oleh guru. Situasi : Ali tidak menganggu rakannya semasa di dalam kelas. Jika guru menggunakan pendekatan atau teknik yang serupa. terdapat pelba gai model disiplin yang ditawarkan oleh para pemikir dan juga sarjana barat yang boleh diguna pakai dalam sistem pendidikan di sekolah. William Glasser. Begitu juga jika guru menggunakan cara yang sama bagi mendisiplinkan murid -murid.Seperti yang telah kita sedia maklum. menyedari akan hakikat itu terdapat lima model yang kami tekankan dalam EDU3104 iaitu Model Teknik Modifikasi Tingkah Laku Skinner. bukan semuanya boleh di terima pakai oleh budaya dan juga kesesuaian iklim masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh. Model Pengurusan Kelompok Kounin dan juga Model Teori Realiti Dalam Kaunseling. . Namun begitu. mereka berpotensi untuk tidak mematuhi arahan guru mereka. Model Akibat Logikal Dreikurs. Setiap model yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya. guru boleh menggunakan model-model disiplin yang berbeza. Jadi. Model Displin Asertif Canter.

Moga kelak gur -guru pelatih menjadi guru yang cemerlang. Melalui tugasan yang diberi kali ini. Dan apa yang telah kami lihat. Mereka juga begitu gembira dan selesa dengan kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Rohani. para guru pelatih harus bersiap siaga dengan segala ilmu di dada dan timbalah sebanyak selagi berada dalam dunia pendidikan. Jadi kepentingan mempelajari model model ini adalah sebagai pelengkap ilmu bagi seseora ng guru pelatih untuk menghadapi profesion perguruan yang kian mencabar. Bukan itu sahaja. guru berkenaan. Walaupun begitu. Setelah kami menyemak semula senarai semak mengenai model yang digunakan. William Glasser. Model disiplin dan juga kawalan kelas mempunyai hubungan yang rapat dan salin berkaitan. guru pelatih telah didedahkan dengan kepelbagaian model disiplin yang ada yang boleh dipraktiukkan di sekolah. Kesemua ini saling bergantung antara satu sama lain dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik.Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan. Puan Rohani menggunakan pelbagai pendekatan dan juga hampir kesemua model disiplin digunakan. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran Cikgu Rohani memanusiakan manusia bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Dapat disimpulkan bahawa objektif telah tercapai dengan jayan ya. Oleh yang demikian. model-model disiplin yang diperkenalkan juga merupakan salah satu buah fikiran bagi guru pelatih untuk mengaplikasikannya dalam mengawal kelas semasa di sekolah kelak. . beliau lebih cenderung menggunakan Model Akibat Logikal Dreikurs dan juga Model Teori Realiti Dalam Kaunseling. guru berkenaan juga mempelbagaikan pendekatan disiplin sepanjang kelas tersebut. pengawalan ke atas kelas tersebut sangat berjaya kera na murid-murid mendengar arahan yang diberikan dan melakukannya. teknik dan strategi seseorang guru itu dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Begitu juga dengan kaedah. gemilang dan terbilang di dunia dan juga akhirat.

Ilmu Pendidikan Pedagogi. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.8. Kamus Pelajar: Cetakan Kedua Belas. Terbitan Pertama. Bhd. Terbitan Pertama. Terbitan Kedua. Mok Song Sang (2009). Mok Song Sang (2010).0 BIBLIOGRAFI Amdun Hussain (1995). Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Bhd. . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Perkembangan Kanak-kanak. Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Heinamann Educational Book (Asia) LTD. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->