You are on page 1of 3

SOALAN TUTORIAL SOALAN 1 Contoh-contoh yang bersesuaian tentang cara penyebaran bahasa ke asia tenggara sebelum abad ke-19

ialah,ada pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah.Menurut beberapa teori penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak tahun 2500 Masihi dan dari daerah Yunan di negara China.Mereka berpindah dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia ke Asia Tenggara pada zaman batu iaitu kira-kira tahun 2500 sebelum Masihi.Keturunan mereka ialah orang asli di semenanjung Tanah Melayu,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.Kemudian pada kira-kira 1500 tahun sebelum Masihi berlaku gelombang pergerakan kedua yang dipanggil Melayu Deutro.Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada zaman logam dan menduduki kawasan-kawasan pantai dan tanah-tanah di Asia Tenggara.Ada juga sesetengah ahli sejarah yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu bukan berasal dari Asia Tengah tetapi mereka mendakwa Bahasa Melayu berasal dari kepulauan Melayu sendiri.Hal ini berdasarkan penemuan orang Jawa yang telah menghuni kepulauan Melayu sejak beribu tahun dahulu.

SOALAN 2 Bahasa Nusantara mempunyai paling banyak subkeluarga.Bahasa Nusantara ini tergolong dalam rumpum Austronesia.Subkeluarga Bahasa Nusantara anatra 200 hingga 300 bahasa.Subkeluarga bahasa Nusantara ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang berikut,Kumpulan Filipina contoh bahasa Tagalog,Lioko,Bikol dan Sulu,kumpulan Bahasa Sumatera contohnya Bahasa Acheh,Batak,Minangkabau,Kumpulan Bahasa Jawa contohnya Bahasa Sunda,Jawa dan Madura,kumpulan Bahasa Kalimantan contohnya bahasa Iban,Kenya kayan dan Melanau,kumpulan Bahasa Bali Sasak contohnya Bahasa Bali,sasak dan Sumbawa,kumpulan Bahasa Sulawesi Selatan contohnya bahasa Mekasar,Bugis,dan Seko,kumpulan Bahasa Halmahera Selatan-Irian Jaya contohnya bahasa Hilmahera Selatan iaitu Nufur dan Kowiai.

SOALAN 3 Aspek perbezaan yang mencirikan tiga peringkat perkembangan Bahasa Melayu iaitu Melayu Kuno,Melayu Klasik dan Melayu Moden ialah: Melayu Kuno 1. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangan dari abad ke-7 hingga ke13 iaitu pada zaman kerajaan Sriwijaya. 2. Bersifat sederhana dan fleksibel iaitu mudah menerima pengaruh luar 3. Bahasa ini tidak mementingkan perbezaan status dan taraf penggunaannya iaitu tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. 4. Sistem dan struktur kata bahasa ini lebih mudah berbanding bahasa yang seumpamanya iaitu Bahasa Jawa. Melayu Klasik 1. Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. 2. Ayatnya panjang dan berulang-ulang 3. Bentuk ayat pasif dan songsang lazim digunakan 4. Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam,edan kesmaran(mabuk asmara)dan sebagainya. 5. Banyak menggunakan partikel pun dan lah 6. Menggunakan aksara jawi iaitu aksara yang dipunjam daripada Bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Melayu Moden 1. Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula pada abad ke-19.Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah,Bahasa Melayu Moden berasal daripada Bahasa Melayu Klasik. 2. Lahirnya perkataan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa.perkataan ini adalah usaha-usaha untuk memajukan Bahasa Melayu secara berkumpulan bermula pada tahun 1998. 3. Lahirnya persaudaraan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)yang bertujuan untuk mendirikan sesuatu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan dan mempererat hubungan sesama ahli. 4. Lahirnya pejabat karang mengarang 5. Lahirnya asas 50 dan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang bertujuan untuk memperluas dan meningkatkan kesusasteraan Melayu. 6. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

SOALAN 4 Dalam kritikan dalam pernyataan tersebut kita akan mendapati bahawa masyarakat Melayu yang disebutkan dalam tulisan Abdullah Munsyi pada tahun 1974 hidup dalam budaya yang tidak mahu belajar dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai bahasanya sendiri.Kekesalan terhadap orang Melayu yang bersikap sebegini dapat dirasai oleh Abdullah Munsyi.Orang-orang Melayu seharusnya mempelajari bahasanya sendiri untuk memperoleh kepandaian agar setaraf dengan bangsa lain.Peranan pendatang asing dalam isu ini ialah dengan kedatangan pendatang asinglah masyarakat Melayu mula menyedari akan pentingnya mempelajari bahasa sendiri.Orang Melayu juga dapat mencontohi cara pendatang-pendatang asing menghargai dan mempelajari bahasa ibunda mereka. SOALAN A BAB 1 Bahasa Jawa telah mempengaruhi Bahasa Melayu dengan tersebarnya cerita-cerita panji di alam Melayu dan keinginan masyarakat untuk bersosialisasi dengan negara luar.Cerita panji ialah cerita yang berasal dari Jawa yang menceritakan watak wira dan wirawati yang digambarkan mempunyai kuasa sakti dan luar biasa sifatnya.Migrasi orang jawa ke Tanah Melayu yang berlaku sejak zaman kesultanan Melayu Melaka telah menyebabkan unsur-unsur daripada Bahasa Jawa meresap dalam Bahasa Melayu.Antara aspek-aspek bahasa yang dipengaruhi ialah beberapa perkataan yang membawa maksud yang berbeaza.Antaranya andong (kereta kuda),batok (tempurung),adipati(raja) dan sebagainya.Islam mula bertapak di Tanah Melayu sekitar abad ke 11 menerusi Sumatera iaitu apabila pemerintah kerajaan Pasai memeluk agama Islam.Penyebaran awal Islam di Kepulauan Melayu dilakukan oleh pedagangpedagang Arab,China ,India dan Parsi.Selepas itu proses penyebaran berlaku melalui perkahwinan,perdagangan tempatan dan penaklukan.Antara contoh perkataan Arab yang digunakan dalam Bahasa Melayu ialah abun (abah) kursiyyun (kerusi) jadwal (jadual) dan sebaginya.Di samping iti ia turut menggunakan aksara jawi iaitu aksara yang dipinjam dalam Bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.Selain itu terdapat frasa dan pengaruh Arab terutama dalam kitabkitab klasik melayu seperti frasa krtahuilah olehmu maka kemudian daripada itu dan lain-lain.Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil terjemahan harfian daripada teks-teks Bahasa Arab.Unsur-unsur Bahasa Islam juga wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalm bidang ilmu kalam,tasawuf dan lain-lain.Ini berbeza antar zaman Melayu Kuno dengan pengaruh agama Hindu.

You might also like