You are on page 1of 8

Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KLIAS, 89808 BEAUFORT, SABAH.

Tajuk Kajian CLOSE & OPEN METHOD: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 4 VOLTA DALAM MENENTUKAN SUDUT DIANTARA GARIS DENGAN SATAH DAN SATAH DENGAN SATAH.

Nama Pengkaji MOHD NAZAN BIN KAMARUL ZAMAN

Abstrak
Kajian ini dijalankan kepada 16 orang murid Tingkatan 4 Volta (4V) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias, Sabah. Sekolah ini mempunyai dua kelas Tingkatan 4 iaitu satu kelas Sains dan satu kelas Sastera. Tingkatan 4V adalah kelas Sains. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam mengenalpasti dan menamakan sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir sekali mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Daripada rekod keputusan peperiksaan semester dan ujian bulanan kelas tingkatan 5 Dalton dan 5 Volta tahun lepas, didapati bahawa tahap penguasaan murid untuk bab Lines and Planes in 3 Dimension masih lagi ditahap yang lemah. Semasa memeriksa kertas ujian excel 1, saya dapati bahawa pelajar masih lemah dalam konsep menentukan atau menamakan sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid dalam menamakan sudut. Masalah yang sama berlaku kepada pelajar tingkatan 4

Volta 2010.
Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati rata rata pelajar saya masih belum dapat menguasainya.Ini terbukti daripada keputusan peperiksaan excel yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat menjawab solan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan pelajar, matematik dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan mengelirukan (Noor Azlan, 2005). Perkara yang sama juga berlaku kepada murid tinggkatan 4V tahun ini, Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini . Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Daripada tinjauan awal, jelas bahawa hampir keseluruhan murid 4V kurang menguasai dalam mengenalpasti sudut untuk Lines and Planes in 3 Dimension. Situasi ini menyebabkan murid sukar untuk menjawab soalan kertas satu dan mengira sudut bagi kertas dua untuk soalan SPM.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah penguasaan mengenalpasti sudut dalam kalangan murid Tingkatan 4V. Oleh itu melalui penguasaan ini adalah diharapkan murid dapat meningkatkan penguasaan yang lebih baik dalam pembelajaran matematik Tingkatan 5. Ia juga diharapkan dapat membantu guru matematik dalam pengajaran pembelajaran bagi tajuk-tajuk yang seterusnya dengan lebih berkesan. Kajian ini diharapkan dapat membantu sekolahsekolah yang menghadapi masalah yang sama.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mencapai obejktif berikut:
Untuk mengenalpasti mengapa 16 orang murid tingkatan 4V tidak dapat menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. ii. Untuk memastikan 16 orang murid tingkatan 4V dapat menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. iii. Untuk menilai sejauh manakah program intervensi dapat membantu 16 orang murid tingkatan 4V menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. i.

5.0 METODOLOGI KAJIAN 5.1 Rekabentuk kajian 5.1.1 Langkah 1 : Kenalpasti isu Isu yang dikenalpasti kajian tindakan oleh penyelidik ialah isu ramai murid tingkatan 4 yang belum menguasai kemahiran mencari sudut di antara garis dengan satah dan satah dengan satah 5.1.2 Langkah 2 : Perancangan Tindakan Merancang strategi bagi mengatasi masalah ini.

Membina alat bantu mengajar Close & Open Method ii. Module iii. Membina model untuk sesi pengajaran dan pembelajaran iv. Latih tubi
i.

5.1.3 Langkah 3: pelaksanaan Tindakan Keputusan kesemua aktiviti dilaksanakan. 5.1.4 Langkah 4: Pemerhatian Keseluruhan aktiviti dipantau dan dicatat bagi melihat perkembangan dan kemajuan murid. 5.1.5 Langkah 5: Refleksi Penyelidik berharap agar Close & Open Method ini dapat membantu murid menamakan sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah dengan betul dan cepat.

6.0 SASARAN KAJIAN


Kajian tindakan ini dibuat ke atas 16 orang pelajar tingkatan 4 Volta, SMK Kota Klias, Beaufort.

7.0 BATASAN KAJIAN 7.1 Kajian ini hanya memfokuskan kepada 16 orang pelajar tingkatan 4 7.2 Tempoh pelaksanaan kajian ialah pada bulan Ogos 2010 hingga September 2010

8.0 ALAT / INSTRUMEN KAJIAN 8.1 Borang Soal-Selidik Tujuan borang soal selidik digunakan adalah bagi mendapat maklumat dan maklum balas daripada murid berkaitan dengan amalan pengajaran guru di kelas dan kefahaman murid. 8.2 Soalan Ujian Ujian pra dan pos dijalankan. Pencapaian murid semasa peperiksaan semester ke-2 juga dinilai 8.3 Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan pembelajaran berjalan.

terhadap

responden

semasa

pengajaran

dan

8.4 Kajian Dokumen Dokumen seperti buku rekod keputusan peperiksaan, buku rekod kehadiran pelajar disemak.

9.0 ANALISA DATA 9.1 Analisa Berdasarkan Dapatan Soal Selidik


Bahagian A : Amalan Pembelajaran Pelajar Jawapan Sangat tidak setuju - 1 Kurang Setuju - 2 bersetuju setuju - 4 Bi l 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pernyataan Saya suka belajar matematik Tajuk ini sangat sukar bagi Saya Saya tahu menamakan sudut diantara garis dengan satah Saya tahu menamakan sudut diantara satah dengan satah Saya akan membaca tajuk yang akan dipelajari terlebih dahulu Saya mempunyai cara/kaedah untuk menamakan sudut Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan Saya selalu mendapat keputusan yang rendah dalam matapelajaran Matematik Saya sentiasa menyiapkan 56.3 75.0 62.5 81.3 43.8 18.6 12.5 18.6 12.5 1 Pra/Pos 12.5 37.5

-3

sangat

2 Pra/Pos 43.8 18.6 12.5 12.5 18.6 18.6 12.5 25.0 31.3 31.3 18.6 25.0 43.8 18.6 31.3 18.6

3 Pra/Pos 31.3 25.0 31.3 12.5 12.5 25.0 6.30 18.6 12.5 43.8 6.30 18.6 12.5 31.5 25.0

4 Pra/Pos 12.5 56.3 43.8 25.0 62.5 62.5

75.0 25.0 43.8 25.0 31.3

9.

6.30

37.5

37.5

31.3

18.6

25.0

43.8

tugasan yang diberikan 10 . Saya hanya faham semasa guru mengajar, tetapi kemudian lupa 12.5 18.6 18.6 37.5 18.6 25.0 50.0 18.6

Jadual 1: Amalan Pembelajaran Pelajar Secara keseluruhannya penggunaan C&O method telah memberi kesan yang baik kepada penerimaan murid dalam pembelajaran matematik. Ini dapat dilihat dalam pernyataan 1, ujian pra menunjukkan 68.8% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju suka belajar Matematik berbanding dengan 43.8% semasa ujian pos

Berikut dapatan kajian pada Bahagian B


Bahagian B : Amalan Pengajaran guru Jawapan Ya atau Tidak YA(%) Bi l 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Pernyataan Ujia n Pra 100 mengemukakan 100 81.3 93.8 62.5 56.3 56.3 81.3 100 Ujia n Pos 100 100 81.3 87.5 81.3 75.0 37.5 87.5 100 TIDAK(%) Ujia n Pra 00.0 00.0 18.7 6.2 37.5 43.7 43.7 18.7 00.0 Ujia n Pos 00.0 00.0 18.7 12.5 18.7 25.0 62.5 12.5 00.0

Adakah suara guru jelas ketika mengajar? Adakah soalan? guru menggalakkan murid

Adakah guru tegas dalam melaksanakan proses pengajaran? Adakah guru memberi tunjuk ajar untuk membetulkan soalan? Adakah teknik difahami? pengajaran guru anda mudah/dapat

Adakah anda berseronok belajar matematik? Adakah latihan yang diberikan oleh guru mencukupi? Adakah guru memberikan penerangan yang jelas? Adakah guru memberi peluang pelajar untuk berbincang dalam kumpulan?

Jadual 2: Amalan Pengajaran Guru

Berdasarkan kepada maklum balas murid terhadap amalan pengajaran guru, murid bersetuju 100% (ujian pra dan ujian pos) menyatakan bahawa suara guru jelas ketika mengajar dan guru menggalakkan murid untuk mengemukakan soalan begitu juga dengan pernyataan 9. Pernyataan 3 juga menunjukkan pilihan pelajar sama untuk ujian pra dan ujian pos iaitu 81.3% untuk ketegasan guru dalam proses pengajaran. Peningkatan ketara dapat dilihat bagi pernyataan 5 teknik pengajaran guru, 62.5% murid bersetuju pada peringkat pra dan 81.3% pada peringkat pos. Ini disebabkan pada peringkat awal guru hanya memberi penerangan dan soalan berbanding dengan peringkat pos, guru menggunakan C&O method serta aktiviti yang disusun dengan terancang. Urutannya dapat dilihat dengan meninkatkan keseronokan murid belajar matematik(pernyataan 6) daripada 56.3% kepada 75% murid bersetuju.

9.2 Analisis Berdasarkan Dapatan Ujian Jadual 3 menunjukkan pencapaian pelajar di dalam ujian pra dan ujian pos berdasarkan markah yang diperolehi di dalam setiap ujian. Tujuan ujian dijalankan adalah untuk memlihat prestasi murid dalam teknik Open & Close sebelum dan selepas program dilaksanakan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Kod Murid L/P Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan + atau M01 L 13 67 +54 M02 L 47 70 +23 MO3 L 73 100 +27 M04 L 13 40 +27 M05 L 60 93 +33 M06 L 13 47 +34 M07 P 53 87 +34 M08 P 67 67 0 M09 P 13 33 +20 M10 P 27 60 +33 M11 P 13 53 +20 M12 P 60 93 +33 M13 P 27 60 +33 M14 P 33 67 +34 M15 P 40 73 +33 M16 P 53 73 +20 Jadual 3: Pencapain murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Pada keseluruhannya, penggunaan Open & Close Methode memberikan kesan positif dengan menunjukkan peningkatan markah dalam Ujian Pos. Berdasarkan jadual 3, ujian pra menunjukkan bilangan murid yang gagal (040%) adalah seramai 8 orang atau sebanyak 50%, manakala bilangan murid yang lulus ialah 8 orang atau sebanyak 50%. Ujian pos pula menunjukkan hanya seorang pelajar yang gagal atau 6.3% dan bilangan murid yang lulus ialah seramai 15 orang atau 93.8%. Berdasarkan kepada ujian pra dan ujian pos bilangan murid yang lulus telah meningkat,

10.0 RUMUSAN
Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik dan mereka telah memahami konsep menamakan sudut antara garis dengan satah dan satah dengan satah. Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan , saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

You might also like