You are on page 1of 18

Merah Silu

PROSA TRADISIONAL 4 JAYA/SABKL 2011 JAYA/SABKL

PERI
` ` `

IW -PERI

IW PENTING

` `

Cerita Merah Silu merupakan sambungan daripada prosa tradisional KBSM tingkatan 3, iaitu Puteri Buluh Betong. Selepas Merah Gajah dan Puteri Betong berkahwin, mereka melahirkan dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Merah Gajah mencabut sehelai rambut yang berwarna emas di tengah-tengah kepala Puteri Betong semasa baginda sedang tidur walaupun telah banyak kali dilarang oleh baginda. Puteri Betong berdarah dan akhirnya hilang. Ayahanda Puteri Betong, Raja Muhammad mengetahui kehilangan anakandanya lalu membunuh Merah Gajah kerana terlalu marah. Ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad juga amat marah dengan perbuatan Raja Muhammad lalu berperang dengan baginda. Kedua-dua orang raja itu terbunuh.

` `

` `

Merah Silu dan Merah Hasum keluar dan mencari kediaman baharu. Merah Silu tercari banyak cacing ketika baginda menahan bubu. Mula-mula dibuang, lepas itu baginda pun merebusnya. Cacing itu menjadi emas dan airnya menjadi perak. Merah Silu menjadi kaya-raya. Merah Silu suka menangkap dan mengurung kerbau. Akan tetapi, perbuatan baginda yang tidak disenangi oleh penduduk lain itu telah mengakibatkan baginda dihalau oleh adinda baginda ke tempat lain. Akhirnya, Merah Silu berpindah ke negeri Buluh Telang. Di sana, baginda bertemu dengan Megat Iskandar yang mencadangkan Merah Silu diangkat menjadi raja. Sultan Malikul Nasar, adinda Megat Iskandar dan Megat Kedah berasa marah lalu menyerang Merah Silu. Sultan Melikul Nasar terpaksa berundur ke Kumat. Seterusnya, beginda diserang pula oleh Megat Iskandar sehingga tewas.

TEMA

Kecekalan
Merah

Silu telah menunjukkan kecekalan apabila baginda keluar mencaritempat kediaman baharu selepas menjadi yatim piatu Bakal kecekalan baginda itu juga, akhirnya baginda dilantik menjadi pemerintah negeri Rimba Jerun.

PERSOALAN

Perselisihan dan persengketaan berlaku disebabkan oleh perbezaan pendapat


Merah

Silu suka menyimpan kerbau yang merupakan binatang yang tidak disukai oleh adindanya. Mereka berselisih faham dan akhirnya Merah Silu dihalau keluar. yang terdiri daripada Raja Muhammad, Raja Ahmad, Merah Silu, dan Merah Hasum tidak menyayangi antara satu sama lain.

Kasih sayang terhadap keluarga


Keluarga

WATAK DAN PERWATAKAN


1.

Merah Silu
2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

Putera kepada Merah Gajah dan Puteri Betong Kekanda kepada Merah Hasum Terjumpa cacing dan menjadi kaya-raya. Tidak disenangi oleh adindanya, Merah Hasum Dihalau kerana banyak menyimpan kerbau Bertemu dengan Megat Iskandar Mula menyabung ayam Dicadang oleh Megat Iskandar supaya ditabal menjadi raja Hal ini menyebabkan baginda diserang Sultan Malikul Nasar, adinda Megat Iskandar dan Megat Kedah. Menjadi pemerintah di Rimba Jerlun dengan bantuan Megat Iskandar

2.

Merah Hasum

Adinda Merah Silu Keluar mencari tempat kediaman baharu bersama-sama kakanda baginda Tidak senang melihat kekandanya yang sudah kaya-raya itu suka pula menternak kerbau secara besar-besaran Tidak bertoleransi Menghalau kekanda baginda dari perkampungan itu.

3.

Megat Iskandar
Kakanda kepada Sultan Malikul Nasar dan Megat Kedah Seorang yang budiman mempelawa Merah Silu tinggal di negerinya. Mencadang supaya Merah Silu diangkat menjadi raja kerana Merah Silu kaya dan berketurunan raja Berpendirian teguh tidak menukar pendiriannya walaupun cadangannya ditentang oleh Sultan Malikul Nasar Bijaksana meminta pandangan orang ramai sebelum melantik Merah Silu menjadi raja Berani Berperang dengan Malikul Nasar sehingga tewas

BINAAN PLOT
PENGENALAN/EKPOSISI Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Bentong dan dikurniai dua orang anak.Puteri Bentong mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabut oleh Merah Gajah,sehingga mencentuskan perbalahan keluarga. keluarga. PERKEMBANGAN Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negara asal,Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda porak.Mereka merantau dan membuka negeri Beruana.Disinilah Merah Silu menjadi kaya raya apabila cacing gelang-gelang bertukar menjadi emas. gelangemas.

PERUMITAN Pada bahagian perumitan Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang.Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja disitu,namun cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong. Benong. KEMUNCAK/KLIMAKS Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Malikul Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat. tempat.

PELERAIAN
Pada bahagian peleraian,Sultan MalikulMalikulNasar kalah dalam peperangan tersebut. tersebut. Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar.Akhirnya,Merah Silu di tabalkan secara rasmi sabagai Raja Rimba Jerun

TEKNIK PLOT
TEKNIK PEMERIAN
Pegarang memerihalkan kemarahan Raja Ahmad setelah mengetahui anakandanya,Merah Gajah Mati dibunuh oleh Raja Muhammad.Contohnya : sebaik mendengar khabar itu,Raja Ahmad menghempaskan dirinya,mengoyakdirinya,mengoyak-goyak baju serta mencarik-carik kainnya.Raja mencarikAhmad pun terlalu marah.Dengan serta merta baginda menghimpunkan segala askarnya lengkap dengan segala senjatanya (hal.52) Pengarang memerihalkan peristiwa Merah Silu memperoleh kekayaan melalui cacing gelang-gelang yang terdapat dalam gelangbubunya.Contohnya : Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu Cacing gelangdimasukkan ke dalam kawah.Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu.Dengan takdir Allah gelangTaala,cacing gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya gelangmenjadi perak.Merah Silu menjadi kaya kaya

TEKNIK DIALOG
Dialog antara Merah Gajah dengan isterinya,Puteri Bentong.Contohnya : Kata Merah Gajah kepada isterinya,Wah Kata adinda,mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu! Jawan tuan puteri itu, itu! itu, Jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba,alamat penceraian tuan hamba dengan hamba. hamba. TEKNIK MONOLOG Contohnya : Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, Gelanghatinya, Gelang-gelang ini agaknya kurnia Allah Taala kepada aku rupanya. (hal.53) rupanya.

TEKNIK SASPENS Contohnya : Merah Silu melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai dan mula menahan bubu di dalam sungai itu.Namun,yang memenuhi bubunya hanyalah cacing gelanggelanggelang.Pembaca tertanya-tanya tentang apa tertanyasebenarnya yang berlaku? berlaku? TEKNIK KEJUTAN Contohnya : Apabila Merah Gajah mencabut rambut keemasan pada rambut Puteri Betong,tanpa diduga darah keluar dari liang rambut.Pembaca tidak menyangka bahawa Puteri Betong akan mangkat setelah darah itu berhenti. berhenti.

GAYA AHASA
Bahasa Istana hamba, baginda, tuanku paduka Bahasa Arab taala Bahasa Klasik maka Sinkope ku Paradoks Orang yang kalah dibayar taruhannya.

NILAI
Hormat-menghormati Baik hati Murah hati Ketabahan Kegigihan Kesabaran Keberanian

PENGAJARAN
Kita hendaklah mendengar kata atau tegahan orang lain demi kebaikan. (hal mencabut rambut Puteri Betung) Kita harus berunding untuk mencari jalan penyelesaian. Kita mestilah bersedia untuk bertolak ansur dan bertoleransi dengan orang lain terutamanya anggota keluarga kita.

SEKIAN, TERIMA KASIH!! =)

You might also like