You are on page 1of 33

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENGAJARAN MPV

LANDSKAP DAN NURSERI


1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

KANDUNGAN
PENDAHULUAN--------------------------------------------------------------------------------------------------------3

TINGKATAN 4 MODUL 1: MODUL 2: MODUL 3: MODUL 4: MODUL 5: MODUL 6: MODUL 7: KESELAMATAN AM DI BENGKEL LANDSKAP DAN NURSERI-------------------PENGENALAN KEPADA NURSERI----------------------------------------------------------TUMBUHAN LANDSKAP------------------------------------------------------------------------PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS------------------------------------------------PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS---------------------------------------------BEKAS TANANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN-----------------------------------PENYENGGARAAN TUMBUHAN HIASAN DAN KAWASAN LANDSKAP------4 7 10 12 14 17 18

TINGKATAN 5 MODUL 8: MODUL 9: MODUL 10: MODUL 11: MODUL 12: PENGENALAN LANDSKAP -------------------------------------------------------------------PROSES MEREKA BENTUK LANDSKAP-------------------------------------------------PELAKSANAAN LANDSKAP LEMBUT----------------------------------------------------MEMBINA LANDSKAP KEJUR---------------------------------------------------------------PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN--------------------------------------------------19 22 29 30 32

RUJUKAN

---------------------------------------------------------------------------------------------------------2

33

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

PENDAHULUAN

Landskap dan Nurseri ialah satu mata pelajaran elektif di bawah kumpulan mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan perluasan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Buku Panduan Guru Landskap dan Nurseri ini digunakan sebagai panduan kepada guru untuk mempertingkatkan kemahiran dan melaksanakan kerja amali. Panduan mengajar ini mengandungi topik pengajaran, kaedah perlaksanaan serta cadangan aktiviti yang lebih terperinci. Guru juga boleh menggabungkan beberapa topik modul pembelajaran dalam satu pangajaran mengikut kesesuaian topik tersebut. Terdapat bahagian lampiran, boleh membantu guru memahami dengan lebih jelas mengenai modul yang dibincangkan. Penghasilan panduan ini diharap dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dengan lebih berkeyakinan dan efektif dari masa ke semasa.

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 1: KESELAMATAN AM DI BENGKEL LANDSKAP DAN NURSERI OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenal pasti dan memahami kemalangan yang biasa berlaku di bengkel. Mengenal pasti punca-punca kemalangan. Mengenal pasti dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan bagi mengurangkan kadar kemalangan di bengkel. Mengetahui dan mengamalkan langkah-langkah pertolongan cemas dan rawatan awal jika berlaku kemalangan.

8 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

1.0 KESELAMATAN AM 1.1 Punca kemalangan 1.1.1 kecuaian manusia 1.1.2 suasana tempat kerja 1.1.3 keadaan mesin dan peralatan

Mengenal pasti jenis-jenis kemalangan yang mungkin berlaku di tempat kerja. Mengenal pasti punca berlakunya kemalangan dan cara mencegahnya.

Alat bantuan mengajar Nota Gambar Keratan akbar Power Point Video

Nota dan perbincangan melalui contoh-contoh kemalangan dan pencegahan menggunakan Power Point, gambar,video dan keratan akhbar.

1.2 Keselamatan diri dan rakan 1.2.1 pakaian 1.2.2 tabiat kerja

Mengenal pasti pakaian yang sesuai untuk dipakai ketika berada di tempat kerja. Memahami tabiat kerja yang positif yang patut diamalkan setiap individu

Rajah contoh pakaian keselamatan yang sesuai

Nota dan perbincangan menggunakan rajah yang sesuai.

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Sesi perbincangan dan tunjuk ajar mengenai alatan keselamatan pada mesin sebenar.

1.3 Peranti keselamatan 1.3.1 alatan tangan 1.3.2 alatan berkuasa

Mengenal pasti dan menerangkan fungsi- fungsi bagi pelbagai alat keselamatan pada mesin. Mengenal pasti dan melaporkan punca- punca kemalangan serta cara pencegahnya.

Nota Peralatan sebenar Contoh rajah

1.4 Jenis kemalangan di bengkel 1.4.1 renjatan elektrik 1.4.2 kebakaran 1.4.3 kecederaan diri

Mengenal pasti punca berlakunya renjatan elektrik. Mengenal pasti punca berlakunya kebakaran. Mengenal pasti punca kecederaan diri

Video / LCD Nota Carta gambarajah

Nota dan perbincangan dengan menggunakan alat bantu mengajar.

1.5 Pertolongan cemas 1.5.1 kotak pertolongan cemas 1.5.2 merawat kecederaan ringan 1.5.3 menolong mangsa renjatan elektrik

Mengetahui dan mengamalkan asas pertolongan cemas

Nota Peralatan Sebenar Carta Ceramah dan tunjuk ajar pegawai PBSM bertauliah

Demonstrasi dan amali asas pertolongan cemas

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Nota dan perbincangan menggunakan carta, gambar yang berkaitan serta alat sebenar, tayangan video, ceramah daripada pihak-pihak yang bertauliah.

1.6 Pencegahan Kebakaran 1.6.1 alat-alat pemadam api 1.6.2 jenis-jenis alat pemadam api 1.6.3 prosedur dan cara penggunaan serta penjagaanya. 1.6.4 latihan kecemasan kebakaran

Mengetahui jenis-jenis dan menggunakan alat pemadam api mengikut prosedur dan cara yang betul serta penjagaanya. Mengetahui dan mengamalkan tatacara latihan kecemasan kebakaran

Peralatan sebenar Nota Carta Ceramah dan tunjuk ajar pegawai bomba

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 2: PENGENALAN KEPADA NURSERI

120 WAKTU

OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyatakan jenis perusahaan nurseri. Menyatakan ciri dan fungsi struktur asas dalam nurseri. Menyenaraikan faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan. Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan sesuatu tapak untuk dijadikan nurseri. Menyatakan aktiviti penyenggaraan kawasan, tumbuhan dan peralatan yang perlu ada dalam sesebuah nurseri. Menyediakan rekod nurseri. CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

2.1 NURSERI 2.1.1 Jenis nurseri. Menyatakan jenis perusahaan nurseri: - nurseri runcit - nurseri borong - nurseri landskap. Tayangan power point Gambar Internet koleksi gambar dan artikel. Tayangan power point Buku skrap Gambar Lawatan sambil belajar Pembelajaran ICT

2.1.2 Struktur dalam nurseri

Menyenaraikan struktur dalam nurseri: - rumah tumbuhan, pejabat tempat jualan, stor, potting shed,tempat pembiakan, tempat pengerasan.

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

2.1.3 Faktor penting dalam rumah tumbuhan

Menyenaraikan faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan ialah: - orientasi, peratus dan Bahan teduhan, bahan binaan, sistem penyiraman dan susunan tumbuhan.

2.2 PENUBUHAN NURSERI 2.2.1 Pembinaan nurseri 2.2.2 Pemilihan tapak Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan tapak nurseri: - keadaan muka bumi - sumber air - lindungan daripada angin kencang - jauh dari pencemaran - kemudahan asas dan lokasi. Tayangan power point Gambar Internet koleksi gambar dan artikel. Tayangan power point Buku skrap Gambar Lawatan sambil belajar Pembelajaran ICT

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

2.2.3 Susun atur struktur

Menyatakan struktur asas yang perlu ada dalam sesebuah nurseri. Menyatakan ciri dan fungsi struktur asas.

2.2.4 Penyenggaraan nurseri

Menyatakan aktiviti penyelenggaraan di nurseri Menyenaraikan peralatan untuk kerja penyenggaraan Menyenggara kawasan nurseri

* Gabungan modul pembelajaran 1 dan 7 - Tingkatan 4 dan 5

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 3: TUMBUHAN LANDSKAP OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. Menyenaraikan beberapa contoh tumbuhan landskap mengikut pengelasannya. 2. Menyatakan ciri beberapa kumpulan tumbuhan landskap. 3. Menyatakan fungsi tumbuhan.

24 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

3.1 Tumbuhan Landskap: a. Pokok naungan b. Pokok renek c. Tanaman penutup bumi dan rumput turf d. Pokok palma e. Tanaman hiasan dalaman f. Tanaman semusim g. Orkid h. Tumbuhan memanjat dan menjalar i. Pokok kaktus dan tumbuhan lendair j. Tumbuh-tumbuhan lain Menyatakan pengelasan tumbuhan hiasan dan landskap mengikut kegunaan, bentuk dan ciri pertumbuhan. Menyenarai beberapa contoh tumbuhan landskap. Menyatakan ciri beberapa kumpulan tumbuhan landskap. Menyatakan fungsi tumbuhan landskap. Koleksi gambar (rujuk Modul Pembelajaran tingkatan 4, muka surat 11) Membuat buku skrap mengenai tumbuhan hiasan dan landskap. Lawatan ke tapak nurseri yang berhampiran. Pertandingan melukis

10

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

Menyatakan kriteria pemilihan tumbuhan landskap ialah: i. Mudah ditanam dalam semua jenis kawasan ii. Mudah dikenal pasti mengikut jenis iii. Mudah dipangkas iv. Banyak pilihan v. Sesuai ditanam di batas dan di dalam bekas vi. Mudah dijaga vii. Mudah mendapat bekalan viii. Mudah dibiakkan dengan banyak.

11

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 4: PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA SEKS OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menyatakan kelebihan dan kekurangan pembiakan seks. Melakukan rawatan biji benih. Melakukan pembiakan menggunakan biji benih dengan teknik yang betul. Melakukan penjagaan anak benih di tapak semaian. Menjalankan kerja pemindahan anak benih ke bekas tanaman mengikut prosedur.

36 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Tunjukcara

4.1 Memilih biji benih

Menyatakan ciri biji benih - Bernas - Berbentuk normal - Sihat - Matang

Menyediakan bahan sebenar Contoh Gambar

4.2 Merawat biji benih 4.2.1 Biji benih halus 4.2.2 Biji benih besar

Mengenal pasti bahan kimia yang digunakan untuk rawatan biji benih Menggunakan bahan kimia berkenaan untuk tujuan lawatan biji benih (contoh: Thiram, Captan dan Benlate) (Rujuk lampiran 1)

Menyediakan bahan yang bersesuaian sebagai gantian kepada racun kulat. (Cadangan bahan gantian : Tepung)

Tunjukcara bahan sebenar oleh guru. Simulasi bahan ganti oleh pelajar. Melelas biji benih besar (Rujuk lampiran 2)

12

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN 4.3 Menguji kebernasan biji benih

HASIL PEMBELAJARAN Menyatakan teknik menguji kebernasan biji benih

PERSEDIAAN GURU Menyediakan alat dan biji benih. Contoh biji benih: Besar Bunga matahari Halus Bunga butang

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Tunjukcara: Merendam biji benih di dalam air. (Terapung tidak bernas) ( Rujuk Lampiran 3)

Menguji peratus percambahan biji benih

Menyediakan alat dan bahan seperti biji benih, piring petri, kapas dan bahan yang sesuai. Contoh biji benih: Besar Bunga matahari Halus Bunga butang

Menyemai 10 biji benih pada kapas yang basah dalam piring petri. Mengira peratus percambahan. (Rujuk Lampiran 4)

13

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 5: PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA ASEKS OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. Melakukan pembiakan tumbuhan hiasan melalui teknik: Keratan batang Keratan daun Tut Cantuman Baji dan sandingan Cantuman mata tunas Pembahagian organ 2. Menjalankan kerja penjagaan di tapak semaian 3. Mengubah anak benih dari tapak semaian ke bekas semaian dentan teknik yang betul.

64 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Tunjukcara penyediaan keratan. Cadangan: Setiap keratan mempunyai sekurang-kurangnya 2 buku mata tunas. Tunjuk cara penyemaian. Cadangan: Pelbagaikan bekas semaian contoh beg politena. Lawatan dan pemerhatian ke nurseri.

5.1 Keratan Batang

Menyenaraikan beberapa contoh tanaman yang sesuai dibiakkan secara keratan batang. Melakukan kaedah pembiakan secara keratan batang

Gambar tumbuhan hiasan. Power Point contoh tumbuhan hiasan yang sesuai. Menyediakan alatan dan bahan

14

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Tunjuk cara penyemaian. Cadangan: Pelbagaikan bekas semaian. Lawatan dan pemerhatian ke nurseri. Ralat pada modul pembelajaran tingkatan empat, menyemai keratan daun (urat daun) muka surat 52 (Rujuk Lampiran 5)

5.2 Keratan Daun

Menyenaraikan beberapa contoh tanaman yang sesuai dibiakkan secara keratan daun. Melakukan kaedah pembiakan secara keratan daun.

Gambar tumbuhan hiasan. Power Point contoh tumbuhan hiasan yang sesuai. Menyediakan alatan dan bahan

5.3 Cantuman Baji dan Sandingan

Menyenaraikan beberapa contoh tanaman yang sesuai dibiakkan secara Cantuman baji dan sandingan. Melakukan kaedah pembiakan secara cantuman Baji dan Sandingan

Gambar tumbuhan hiasan. Power Point contoh tumbuhan hiasan yang sesuai. Menyediakan alatan dan bahan

Tunjukcara membuat cantuman baji. Cadangan: Membuat cantuman baji sisi bagi pokok yang bersaiz besar. (Rujuk Lampiran 6) Lawatan dan pemerhatian ke nurseri.

15

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN Melakukan kaedah pembiakan secara Tut (Markot)

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Tunjukcara membuat pembiakan secara Tut. Cadangan: Mempelbagaikan medium pembiakan secara Tut seperti menggunakan sabut yang dibasahkan, Vermikulit, Jiffy-7 pellet dan lain-lain seterusnya dibungkus dengan plastik lutsinar,. (Sila rujuk Lampiran 7)

5.4 Tut (Markot)

Menyenaraikan beberapa contoh tanaman yang sesuai dibiakkan secara Tut (Markot).

Gambar tumbuhan hiasan. Power Point contoh tumbuhan hiasan yang sesuai. Menyediakan alatan dan bahan Power Point cara membuat pembiakan secara tut.

16

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 6: BEKAS TANANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. Memilih bekas tanaman mengikut kegunaannya. 2. Menyediakan medium penanaman.

24 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Penerangan bekas tanaman yang sesuai. Cadangan: Boleh menggunakan bahan kitar semula yang bersesuaian seperti botol, tayar, tin dan sebagainya. (Rujuk Lampiran 8)

6.1 Bekas Tananaman

Menyenaraikan faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas tanaman. Memilih bekas tanaman mengikut kegunaan.

Power Point pelbagai bekas tanaman yang sesuai. Gambar Bahan sebenar

17

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 7: PENYENGGARAAN TUMBUHAN HIASAN DAN KAWASAN LANDSKAP OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. Melakukan penyenggaran tumbuhan hiasan di nurseri. 2. Mengenalpasti komponen atau peralatan yang sesuai digunakan dalam proses penyenggaraan. 3. Melakukan kerja penyenggaraan kawasan landskap.

120 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Tunjukcara membaik pulih struktur simen ferro yang rosak. Cadangan Modul ini boleh digabungkan bersama MODUL 11: MEMBINA LANDSKAP KEJUR

7.1 Penyenggaraan Kawasan Landskap Kejur

Mengenal pasti kerosakan pada struktur landskap. Membaik pulih kerosakan.

Gambar Power Point Bahan sebenar

18

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 8 : PENGENALAN LANDSKAP OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. 2. 3. 4. Menyatakan maksud landskap dan beberapa istilah penting dalam bidang landskap. Mengenal pasti jenis landskap lembut dan landskap kejur. Menyatakan faktor pemilihan tumbuhan dalam pembinaan landskap. Membincangkan hubungan landskap dengan pemeliharaan alam sekitar.

36 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

8.0 LANDSKAP 8.1 Jenis Landskap Menyatakan hubungan antara landskap dan alam sekitar Menyatakan beberapa istilah penting dalam landskap Menerangkan tujuan pelandskapan Menyenaraikan beberapa elemen atau unsur dalam landskap lembut dan kejur Mengenal pasti landskap lembut dan landskap kejur Alat bantuan mengajar Nota Power point Gambar foto Gambar dari majalah/ akhbar/risalah Nota, penerangan dan sumbang saran mengenai:i. Istilah dalam landskap (rujuk Modul Pembelajaran Ting. 5) ii. Elemen dalam landskap (rujuk modul ting. 5 ms. 52 hingga 58). iii. Jenis-jenis landskap (rujuk lampiran 9). Sumbangsaran menggunakan kaedah pembentangan secara berkumpulan. Gambar/ Slide show atau video berkaitan istilah, elemen dan jenis landskap. Aktiviti luaran (lawatan dan pemerhatian ke kawasan landskap).

19

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

8.2 Pemilihan tumbuhan landskap 8.2.1 Faktor pemilihan tumbuhan landskap

Menyenaraikan faktor pemilihan tumbuhan hiasan landskap Memilih tumbuhan untuk pelandskapan Bahan Bantuan Mengajar Rajah /Carta/gambar Bahan sebenar (anak pokok) Bahan tayangan seperti power point, video dan bahan-bahan dari internet

Faktor pemilihan tumbuhan landskap: - rupa bentuk - saiz tumbuhan dewasa


a. Ukuran Batang (Clear Trunk) Pokok Palma = 1.5m- 2m (5-6) b. Ukuran Keseluruhan Pokok (Overall Height) Pokok Utama = 2m 2.5m (6-8) Pokok Palma = 3m -3.5m (10-11) Pokok Renek = 230mm 450mm (9-18) c. Ukuran Diameter Pokok (Trunk Diameter) Pokok Utama = 25 mm 40 mm (1 1) d. Saiz Polibeg Pokok Renek = 150mm 239mm (6-9)

- kepadatan daun dan dahan - kadar tumbesaran - warna dan tekstur daun - bauan bunga. (Rujuk lampiran 10) Tayangan bahan dari media elektronik

20

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

8.2.1 Fungsi tumbuhan dalam landskap

Menyatakan fungsi fizikal dan estatika tumbuhan dalam landskap.

Gambar/grafik Bahan tayangan seperti power point, video dan bahan-bahan dari internet

Fungsi fizikal tumbuhan dalam landskap:- Mengawal pandangan - Menghalang pergerakan - Mengawal iklim Fungsi estetika tumbuhan dalam landskap:- Melembutkan bentuk - Mencantikkan kawasan - Selesa dan harmoni (rujuk Lampiran 11) Aktiviti luaran (lawatan dan pemerhatian ke kawasan landskap). Tayangan bahan dari media elektronik

21

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 9 : PROSES MEREKA BENTUK LANDSKAP OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Memahami pelan-pelan landskap. Melakukan inventori dan analisis kawasan yang akan dibuat reka bentuk. Menggunakan prinsip-prinsip reka bentuk untuk membentuk konsep reka bentuk landskap. Menghasilkan pelan konsep reka bentuk landskap bagi kawasan yang akan dibina di landskap. Menghasilkan pelan induk landskap di kawasan yang dipilih. Membuat model berasaskan pelan induk landskap. CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Latihan :a. Teknik menggunakan alatan dan tulisan landskap (Rujuk lampiran 12) b. Teknik tekanan dan garisan (Rujuk lampiran 13) c. Teknik ton warna (Rujuk lampiran 14) d. Teknik melukis simbol elemenelemen landskap (Rujuk lampiran 15) e. Gabungan simbol elemen landskap (Rujuk lampiran 16) f. Asas melukis komponen di dalam pelan (Rujuk Modul Pembelajaran ting. 5 muka surat 14-49)

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

9.1 Asas Lukisan Pelan Landskap

Mengenal alatan, bahan dan cara menggunakannya. Memahirkan teknik tulisan landskap, tekanan dan teknik. Mengetahui komponen asas di dalam pelan landskap. Memahirkan teknik melukis dan mewarna simbol-simbol landskap.

Alat bantu mengajar: Peralatan dan bahan sebenar Nota Powerpoint Contoh pelan landskap Seminar teknik asas

22

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN 9.2 Inventori

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU Bahan Bantuan mengajar: Tapak yang bersesuaian Memilih kawasan yang kecil seperti sudut bawah tangga, pentas, mini courtyard, halaman rumah, klinik, tadika, dataran sekolah, kantin dan pintu masuk (gerbang). Alatan dan bahan yang perlu dibawa. Bahan tayangan seperti power point, internet, video dan lainlain. Contoh-contoh pelan.

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Mewujudkan suasana bidang kerja landskap yang terlibat untuk lawatan ke tapak (lakonan). Latihan bagi kawasan yang kecil sebelum ke tapak sebenar. Murid merekod inventori dan elemen yang sedia ada di tapak dan membuat laporan hasil dapatan secara kumpulan. (Rujuk lampiran 17) Menghasilkan simbol-simbol grafik yang menggambarkan hasil inventori dan analisis. (Rujuk lampiran 18)

Menyatakan maksud reka bentuk landskap Mengenal pasti tapak atau kawasan yang hendak dibina landskap. Menyenaraikan ciri fizikal dan elemen yang sedia ada di tapak.

9.3 Analisis

Merekod hasil pemerhatian dan inventori tapak atau kawasan. Menilai keadaan persekitaran kawasan.

Nota: a) Penghasilan inventori dan analisis dilukis dalam kertas yang sama adalah digalakkan dan memudahkan proses penghasilan reka bentuk seterusnya. b) Inventori dan analisis boleh dijalankan serentak pada waktu P&P

Melukis pelan asas Melukis pelan inventori & analisis (Rujuk lampiran 19)

23

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Prinsip dalam mereka bentuk landskap: - Ringkas dan mudah difahami - Keanekaan - Keseimbangan - Penumpuan - Turutan - Skala Pelan reka bentuk merangkumi: - Gambarajah bulat (bubble diagram) - Pelan konsep (concept plan) - Pelan induk (master plan) Permainan susunan objek bagi membentuk prinsip reka bentuk. Lawatan ke taman rekreasi atau taman tema.

9.4 Pelan reka bentuk landskap

Menyatakan prinsip yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk landskap Mengenal pasti alatan melukis pelan Melukis simbol grafik landskap mengikut saiz dan skala Melukis idea awal (konsep) pelandskapan dalam bentuk gambarajah bulat Melukis pelan induk landskap Membuat model berdasarkan pelan Mengolah elemen-elemen landskap dalam prinsip-prinsip rekabentuk landskap. Mengenal pasti pelbagai konsep landskap dalam dan luar Negara.

Bahan Bantuan Mengajar Bahan tayangan seperti power point, internet, video dan lainlain. Contoh pelan yang sesuai Imej / gambar landskap Pelbagai jenis objek (Bulat, segitiga, kotak dll)

9.4.1 Pelan Buih

Mengenal pasti pelbagai matlamat dan program yang bersesuaian. Melukis pelan asas mengikut skala 1:100. Melukis pelan buih yang menarik

Bahan Bantuan Mengajar Bahan dan alatan Contoh pelan buih (Rujuk lampiran 22)

Tunjuk cara / perbincangan Latihan menghasilkan garisan bentuk bulat untuk pelan buih. (Rujuk lampiran 20). Latihan menghasilkan anak panah. (Rujuk lampiran 21) Aplikasi tulisan landskap dan teknik mewarna yang menarik. Melukis pelan buih.

24

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Tunjuk cara/perbincangan Melukis lakaran awal dengan pensel HB atau tekanan paling perlahan bagi sempadan program Melukis gambarajah bulat seperti: Garisan putus yang sekata (Pastikan setiap bucu dilengkungkan). Warna yang berbeza untuk setiap program (Luar terang dan dalam lembut). Ikut garisan putus menggunakan pensel 2B atau teknikal pen. (Rujuk lampiran 23) Melabel matlamat dan program dengan tulisan landskap. Melukis sedikit idea perincian elemen yang dicadangkan di atas kertas minyak / tracing paper.(Rujuk lampiran 25)

9.4.2 Pelan Konsep

Melukis pelan asas mengikut skala 1:100. Mengenal pasti lokasi gambarajah buih dalam pelan. Melukis pelan konsep dengan jelas dan berbentuk grafik.

Bahan Bantuan Mengajar Bahan dan alatan lukisan (Rujuk Modul Pembelajaran). Contoh pelan konsep (Rujuk lampiran 24)

Memperingati pelajar: Menggunakan pensel HB sebagai lakaran awal Tulisan perlu di garis supaya kemas Saiz garisan putus adalah sama Antara program perlu ada sedikit ruang Melabel menggunakan pensel 2B/ tekanan yang kuat/ pen teknikal Gunakan ton warna di dalam program dari warna lembut hingga warna terang Melabel program samaada di dalam atau di bahagian luar Mengekalkan kekemasan

25

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

Melukis pelan asas mengikut skala 1:100. Mengenal pasti kedudukan elemen landskap lembut dan kejur Menggunakan 2-5 prinsip rekabentuk Melukis, mewarna dan melabel pelan induk landskap dengan betul, jelas dan kemas. Bahan Bantuan Mengajar Bahan dan alatan lukisan (Rujuk Modul Pembelajaran). Contoh-contoh pelan induk (Rujuk lampiran 26) Rujukan bertulis dari buku ilmiah, majalah dan risalah.

9.4.3 Pelan Induk (Rujuk lampiran 26)

Guru membantu melakar perincian elemen mengikut konsep rekabentuk pelajar pada kertas minyak . Selepas perbincangan pelajar melakukan kerja akhir melukis di atas kertas lukisan.

Memperingati pelajar: Menggunakan pensel HB sebagai lakaran awal Menggunakan setiap elemen lembut dan perlu diatur mengikut hirarki atau tujuan tertentu.

Melukis pelan induk seperti: Melukis pintu masuk dahulu diikuti dengan - Pagar/ pokok pagaran - Kedudukan elemen kejur - Perincian simbol tumbuhan.

Aktiviti yang mencerminkan elemen kejur diletak bersesuaian program yang dirancang.

Melabel/ petunjuk elemen seperti: - Melukis kotak petunjuk elemen lembut dan elemen kejur yang mengandungi simbol dan nama elemen. - Aplikasi tulisan landskap dengan saiz yang sesuai. - Melabel di bahagian tepi pelan hanya sesuai bagi rekabentuk yang mempunyai elemen yang sedikit.

26

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN Mewarna pelan induk seperti: Tetapkan arah cahaya Mewarna rumput dahulu diikuti dengan mewarna elemen yang rendah dahulu sebelum elemen yang lebih tinggi. Penggunaan teknik bayang Akhirnya menggunakan teknikal pen untuk kemasan akhir.

9.4.4 Model Reka Bentuk Landskap (Rujuk lampiran 27)

Membina tapak dengan skala yang bersesuaian. Membentuk model elemen landskap dengan bahan yang bersesuaian. Menghasilkan model rekabentuk landskap yang lengkap.

Memperingat pelajar: Pensil warna perlu sentiasa tajam Lapik tapak dengan kertas agar pelan sentiasa bersih Gunakan teknik mewarna yang betul. Model perlu menggunakan skala yang betul. Model kukuh, kemas dan menarik. Bahan Bantuan Mengajar Bahan tayangan seperti power point, internet, video dan lain-lain. Gambar bahan dan langkah kerja

Membentuk model seperti: a. Pembesaran pelan induk kepada skala 1:50. b. Tampal pelan tersebut ke atas polisterin dan potong sempadan tapak polisterin dengan kemas. c. Bina bentuk mukabumi yang dikehendaki terlebih dahulu dan hasilkan rumput turf. d. Mengukur, menanda, memotong, mencantum dan mewarna model elemenelemen landskap mengikut kuantiti di dalam pelan induk. e. Cucuk dan letakkan di atas polisterin mengikut kedudukannya. f. Melabel dan diletakkan di atas setiap model elemen

27

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

Bahan model yang sesuai mengikut sumber setempat, dari kedai terdekat atau sumbangan bahan dari pelajar.

28

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 10: PELAKSANAAN LANDSKAP LEMBUT OBJEKTIF: Di akhir modul ini murid akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Memahami faktor pemilihan tumbuhan landskap Mengetahui fungsi tumbuhan dalam landskap Memahami proses penanaman tumbuhan landskap Menanan pokok renek, naungan atau palma di tapak landskap. Menanam tumbuhan penutup bumi dan rumput turf di tapak landskap

72 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

10. Landskap Lembut 10.3 Pemilihan dan pengendalian bahan tanaman. Menyatakan empat jenis bahan tanaman. Memilih bahan tanaman yang sesuai. Bahan Bantuan Mengajar Bahan tanaman sebenar, gambar atau bahan tayangan seperti power point, video dan bahan-bahan dari internet. Penerangan, perbincangan dan tunjuk cara.

10.4 Menanam tanaman hiasan

Mengetahui kaedah penyediaan lubang penanaman, menanam pokok dan membuat penjagaan selepas menanam.

Alatan tangan dan bahan penanaman.

Amali di tapak landskap, tunjuk cara. Saiz lubang penanaman yang sesuai 1m x 1 m x 1m tetapi boleh diubah suai mengikut saiz anak pokok semasa kerja amali. Cara menanam pokok naungan/palma instant tree. (Rujuk lampiran 28)

29

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 11: MEMBINA LANDSKAP KEJUR OBJEKTIF: Selepas mengikuti modul ini murid dapat:1. Mengenal pasti alatan dan bahan untuk membina projek simen ferro. 2. Menghasilkan lakaran projek 3. Membina projek simen ferro mengikut lakaran 4. BIDANG PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN PERSEDIAAN GURU

72 WAKTU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

11.0 Membina Set Meja dan Kerusi Taman Simen ferro (Rujuk lampiran 29) 11.1 Bahan dan Peralatan Mengenalpasti alatan dan bahan pembinaan projek simen ferro. Bahan dan peralatan sebenar. Gambar atau bahan tayangan seperti power point, video dan bahan-bahan dari internet. Penerangan, perbincangan dan tunjuk cara. Tayangan menggunakan media elektronik.

11.2 Melakar

Menghasilkan satu lakaran set meja dan kerusi simen ferro.

Kertas, peralatan lukisan, gambar.

Penerangan, demonstrasi, amali oleh pelajar. Teknik melakar, bahan dan alatan melukis (Rujuk Modul Pembelajaran Tingkatan 5).

11.3 Membina kerangka

Membina kerangka set meja dan kerusi.

Alat dan bahan membuat kerangka.

(Rujuk Modul Pembelajaran) Penerangan, demonstrasi, amali oleh pelajar. Mengukur, memotong, membentuk, mencantum dan

30

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU Bahan untuk melepa dan melorek.

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN mengikat. BRC saiz 1cm x 1cm Dawai permukaan meja ditambah rod keluli R- 6 mild. Alat dan bahan mengikat kerangka. Penerangan, demonstrasi, amali oleh pelajar. Teknik melepa dan melorek Lepaan kedua dibiarkan selama 2-3 jam ataupun 80% kering (Rujuk Modul Pembelajaran Tingkatan 5).

11.4 Melepa mortar dan melorek.

Menghasilkan lepaan pada kerangka projek.

11.5 Kemasan

Menghasilkan produk simen ferro yang sedia digunakan.

Bahan dan alat kemasan

Penerangan, demonstrasi, amali oleh pelajar. Bahan kemasan seperti cat boleh diganti dengan simen warna. Cadangan Modul ini beleh juga digabungkan bersama MODUL 7: PENYENGGARAAN TUMBUHAN HIASAN DAN KAWASAN LANDSKAP

31

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

MODUL 12: PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN OBJEKTIF: Selepas mengikuti modul ini murid dapat:1. Menghasilkan jadual kerja mengikut jangka masa yang ditetapkan untuk sesuatu projek 2. Menyediakan rancangan perniagaan 3. Menentukan harga jualan berdasarkan kos pengeluaran dan keuntungan yang dikehendaki. 4. Mengenalpasti kaedah mempromosii produk.

24 WAKTU

BIDANG PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PERSEDIAAN GURU

CADANGAN AKTIVITI / PENTAKSIRAN

12.0 PENGURUSAN DI TEMPAT KERJA 12.0.1 Menyediakan jadual Kerja Menghasilkan jadual kerja berkaitan projek yang dilakukan Bahan Bantuan Mengajar Lembaran kerja Penerangan dan tunjukcara mengisi jadual kerja. Jadual kerja projek bergantung kepada projek yang dihasilkan.

12.1 KEUSAHAWANAN 12.1.1 Rancangan Perniagaan 12.1.2 Promosi Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah Menentukan harga jualan. Lembaran kerja Membuat pengiraan kos bagi projek yang telah dihasilkan.

Memilih kaedah promosi jualan yang bersesuaian dengan produk.

Contoh-contoh bahan promosi seperti poster, pamplet, flyers dan lain-lain yang bersesuaian.

Simulasi, hari jualan peringkat sekolah. Folio keusahawanan.

32

Panduan Guru Landskap dan Nurseri

RUJUKAN

1. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Landskap dan Nurseri, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM. 2. Huraian Sukatan Pelajaran Landskap dan Nurseri, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 3. Modul Pembelajaran Landskap dan Nurseri Tingkatan 4 dan 5, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

33

You might also like