P. 1
Faktor Kecemerlangan Pelajar

Faktor Kecemerlangan Pelajar

1.0

|Views: 9,623|Likes:
Published by khirulamzari

More info:

Categories:Types, Research
Published by: khirulamzari on Jun 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/26/2015

pdf

text

original

Mini Research

 

2008

 

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DIDORONG OLEH FAKTOR-FAKTOR PERILAKU DAN LATARBELAKANG PELAJAR (DKM2S1). Oleh Mohd Khairulamzari Bin Hamjah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Polteknik Kuching Sarawak. Abstrak

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menentukan kecemerlangan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM2S1) Politeknik Kuching Sarawak dalam keputusan peperiksaan Sem 1 Sesi Januari 2006/2007. Sampel kajian terdiri dari 30 orang pelajar yang mengambil kursus DKM Semester 2 Sesi Julai 2007/2008. Ujian Kesignifikanan Pekali Korelasi Pearson digunakan dalam menentukan faktor-faktor yang mempunyai perkaitan dengan keputusan peperiksaan (CGPA). Hasil analisis menunjukkan bahawa daripada tiga faktor yang dikaji didapati tidak mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian pelajar. Faktor-faktor tersebut ialah keluarga (nilai p=0.809), sikap dan perilaku (nilai p=0.634), jantina (nilai p=0.645). Faktor-faktor lain yang dikaji ialah keputusan pencapaian SPM/SPMV dan bangsa didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam keputusan peperiksaan (CGPA) Sem 1 Sesi Januari 2006/2007.
Pengenalan/Pendahuluan Pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan kini ianya bertambah mantap terutama dalam awal abad ke-21 ini. Perubahan ini selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang sedang meningkat dari semasa ke semasa. Pendidikan dan masyarakat tidak boleh dipisahkan, sama ada di negara maju, negara membangun mahupun negara mundur. Berdasarkan perkara tersebut maka kerajaan terus membiayai institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan itu ialah alat untuk membawa kemajuan yang sejajar dengan kehendak dan aspirasi sesuatu masyarakat mengikut perkembangan semasa. Sebagai sebuah negara ketiga yang sedang maju, Malaysia perlu menempuhi pelbagai jenis pembangunan termasuk bidang pendidikan. Walau bagaimanapun mutu pendidikan negara

1

Mini Research

 

2008

 

perlu ditentukan oleh nilai dan kehendak masyarakat itu sendiri. Bagi masyarakat Malaysia, kriteria bagi mutu pendidikan ialah pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) iaitu mampu menghasilkan masyarakat yang percaya kepada Tuhan, bersatu padu, berktrampilan, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, bertanggungjawab, bermotivasi dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (1987). Konsep ini merupakan lanjutan dari Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pihak kerajaan melahirkan hasrat bagaimana individu yang diperlukan dan mesti dihasilkan. Sekolah pula menyediakan prasarana dan peluang untuk merealisasikan hasrat tersebut melalui proses pendidikan. Masyarakat pula menyediakan suatu suasana yang kondusif untuk individu pelajar berkembang. Manakala ibu bapa mempunyai aspirasi tersendiri terhadap perkembangan anak-anak mereka dari segi akademik, sosial dan emosi termasuk aspek konsep kendiri dan motivasi pencapaian. Justeru itu dalam proses pendidikan, keempat-empat komponen di atas perlu bekerjasama dan saling bantu membantu untuk melahirkan individu yang seimbang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dinyatakan. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti latar belakang seseorang pelajar serta tahap potensi dan intelek individu. Selain itu, faktor konsep kendiri dan motivasi pencapaian juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Menurut Crow & Crow (1983), darjah pencapaian seseorang pelajar dalam proses pengajarannya banyak bergantung kepada sikap, minat dan motivasi yang berterusan. Justeru itu, kekuatan kedua-dua konsep kendiri sama ada akademik dan bukan akademik serta motivasi pencapaian perlu dikenalpasti supaya sesuatu boleh dilakukan bagi mengembangkan mana-mana yang baik terhadap pelajar khasnya dan sekolah amnya. Banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Di antara kajian-kajian itu ialah hubungan antara konsep kendiri, motivasi pencapaian dan pencapaian. Ini menyebabkan isu tersebut menjadi semakin penting dalam bidang pendidikan. Misalnya kajian-kajian oleh Byrne & Worth Gavin (1996) dan Skaalvik (1990) telah mendapati pencapaian akademik dan konsep kendiri mempunyai perkaitan yang bermakna.

2

Mini Research

 

2008

 

Kecemerlangan

pelajar

sering

dikaitkan

dengan

pelbagai

faktor

yang

dikatakan

mempengaruhinya. Antaranya termasuklah faktor keluarga, rakan, guru, sekolah dan paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri (Centra & Potter, 1980). Selain itu, satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nasir Khalid (1997) mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia mendapati bahawa faktor-faktor seperti keyakinan pelajar, status sosioekonomi keluarga, jantina, kedudukan sekolah, persekitaran sekolah, dan pencapaian matematik terdahulu adalah antara penganggar yang signifikan bagi pencapaian matematik bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Beberapa kajian lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Rajah 1 berikut merupakan satu model proses pendidikan yang dibina oleh Bryant (1974, dalam Alias Baba, 1989). Ianya menunjukkan secara keseluruhan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar.

Faktor Latar Belakang

Pengaruh Pendidikan

Pengaruh Lain

Sikap Motivasi Aspirasi Harapan

Kebolehan (Ability) dan Sifat Peribadi

Keputusan & Hasilan

Rajah 1: Model Proses Pendidikan Menurut Alias Baba (1989), model ini menerangkan bahawa terdapat tiga jenis kumpulan yang memberi kesan kepada hasil pembelajaran. Kumpulan pertama dikategorikan sebagai

3

Mini Research

 

2008

 

input dari pelajar yang terdiri dari faktor latar belakang, dan faktor kebolehan dan sifat peribadi. Faktor latar belakang merangkumi faktor sosiologikal seperti status sosioekonomi, struktur keluarga dan interaksi dalam keluarga. Faktor kebolehan dan sifat peribadi merangkumi faktor psikologi seperti kemahiran belajar, kebiasaan belajar, aptitud, jantina dan umur. Kumpulan kedua pula ialah proses pendidikan yang merangkumi faktor-faktor seperti kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran, suasana bilik darjah, kemudahan di sekolah, jenis sekolah, jenis kurikulum dan personaliti guru. Manakala kumpulan ketiga pula merangkumi sikap, motivasi, aspirasi dan harapan dan dinamakan juga sebagai kumpulan perantaraan. Kumpulan ini dipengaruhi oleh latar belakang dan sifat peribadi pelajar, dan proses pendidikan, seterusnya mempengaruhi hasil pembelajaran. Selain dari tiga kumpulan ini, mungkin terdapat faktor-faktor lain yang tidak diketahui yang mempengaruhi hasil pembelajaran yang mana kumpulan ini dinamakan sebagai pengaruh lain. Dalam kajian ini, penyelidik menetapkan untuk mengkaji tiga faktor yang dijangkakan mempengaruhi pencapaian pelajar. Faktor-faktor tersebut ialah latarbelakang pelajar, pencapaian akademik terdahulu, faktor keluarga dan faktor sikap/perilaku pelajar seperti didalam Model Kajian didalam Rajah 2.

Demografi • Jantina • Bangsa • Warganegara • Program pengajian. • Keputusan SPM/SPMV

Hasilan Kepututusan Semasa

Faktor Keluarga • Sokongan keluarga Faktor Sikap / Perilaku • Disiplin

Rajah 2: Model Kajian

4

Mini Research

 

2008

 

Pernyataan Masalah Banyak faktor yang mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam pelajaran. Antara faktorfaktor dominan ialah latar belakang keluarga, masyarakat, budaya dan perilaku pelajar tersebut. Tinjauan awal yang dilakukan mendapati kebanyakan pelajar yang berjaya dalam akademik adalah pelajar yang mendapat Nilai Purata Gred 3.00 ke atas adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang harmoni dan mereka yang tiada masalah disiplin. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti adakah kejayaan pelajar tersebut didorong oleh faktor latarbelakang ataupun perilaku pelajar tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor lain yang turut mendorong kepada kejayaan ataupun kecemerlangan pelajar. Objektif kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kecemerlangan pencapaian akademik pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM2S1) Politeknik Kuching Sarawak. Secara khususnya, berikut adalah persoalan yang ingin dijawab dalam kajian ini iaitu; 1. Untuk menentukan faktor perilaku ataupun disiplin pelajar mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. 2. Untuk menentukan faktor latarbelakang dan sokongan keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. 3. Untuk menentukan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian Literatur Banyak kajian yang telah dijalankan dalam mengkaji dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Pelbagai model proses pendidikan telah dibina oleh para penyelidik untuk menunjukkan secara keseluruhan faktor-faktor yang mempunyai perkaitan dengan hasil pembelajaran pelajar khususnya pencapaian pelajar. Selain model proses pendidikan yang dibina oleh Bryant (1974, dalam Alias Baba, 1989), Rajah 3 berikut adalah antara model teori pembelajaran pengajaran bilik darjah yang menunjukkan hubungan antara beberapa faktor atau pembolehubah yang mempengaruhi pencapaian pelajar

5

Mini Research

 

2008

 

Model teori ini diadaptasi dari Model Pengajaran Mitzel’s, seperti yang diterangkan oleh Dunkin dan Biddle (1974, dalam Ball, Garton, & Dyer, 2001). Dalam model ini, Dunkin dan Biddle menerangkan bahawa kajian tentang pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat kategori pembolehubah iaitu ‘presage’, ‘context’, ‘process’ dan

‘product’.

Presage Variable merangkumi perkara-perkara yang memberi kesan kepada guru dan
tingkahlaku pengajaran guru tersebut iaitu perkara-perkara yang menyumbang kepada proses pengajaran. Context Variable adalah perkara yang disebabkan oleh faktor pelajar itu sendiri. Ianya termasuk latar belakang pelajar pengetahuan dan kemahiran terdahulu pelajar dan penglibatan pelajar dalam organisasi serta aktiviti yang mungkin berpotensi membentuk personaliti dan pembangunan kemahiran mereka.

Process Variable

menerangkan tentang interaksi antara tingkahlaku guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ianya termasuk aktiviti-aktiviti dan programprogram institusi berkenaan yang menyokong interaksi antara guru dengan pelajar atau interaksi pelajar dengan pelajar. Ketiga-ketiga kategori pembolehubah ini dikatakan mempengaruhi pembolehubah keempat iaitu

Product Variable. Product Variable

merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi hasil dari pembelajaran dan pengajaran, contohnya seperti pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Secara ringkasnya, model ini menerangkan bahawa terdapat tiga kategori faktor yang memberi kesan terhadap pencapaian pelajar iaitu faktor guru, faktor pelajar dan faktor proses pembelajaran dan pengajaran. Faktor minat dan sikap pula merujuk kepada bagaimana penerimaan pelajar dari segi minat dan sikap terhadap kursus yang sedang diikuti. Faktor jantina merujuk kepada lelaki atau pun perempuan, manakala faktor bangsa merujuk kepada bangsa pelajar samada berbangsa Melayu, Cina, India dan Bumiputra. Satu model pembelajaran di sekolah yang dibangunkan oleh Biggs dan Moore (1993) juga mengatakan bahawa terdapat tiga kumpulan faktor yang mempengaruhi hasil pembelajaran. Faktor-faktor tersebut adalah ciri-ciri guru, ciri-ciri pelajar dan juga aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran.

6

Mini Research

 

2008

 
ini

Selain itu, satu kajian telah dijalankan oleh Alias Baba (1989) dalam mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi pencapaian dalam mata pelajaran kimia. Kajian mengkategorikan faktor-faktor tersebut kepada dua kumpulan iaitu faktor latar belakang pelajar yang merangkumi kemudahan pembelajaran di rumah dan suasana pembelajaran di rumah, dan faktor perantaraan yang merangkumi minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran kimia. Dari segi perspektif Sosiologi pula Mohd. Salleh Lebar (1998) menyatakan bidang mikro (kecil) dan makro (besar). Menurut Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Ismail (2003) dalam bukunya (Psikologi Pembelajaran dan Profesional) ‘Pengetahuan berkenaan psikologi pembelajaran dan ianya adalah

tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok yang meliputi dua

persenoliti mempunyai kaitan rapat dengan profesion perguruan dan ibu bapa bagi memahami dan membantu perkembangan proses pembelajaran pelajar dan anak-anak, serta bagi mendorong perubahan tingkahlaku yang mempengaruhi menentukan kejayaan seseorang’. Secara umumnya manusia boleh belajar dengan baik jika mereka mengerti
,makna, di sebalik aktiviti belajar yang sedang mereka lalui’. Ini bererti manusia belajar dengan lebiih baik jika pembelajaran itu bermakna kepada mereka. Pembelajaran secara menghafal atau sekadar mengingat maklumat mungkin juga berguna tetapi tidak memberi makna kepada pelajar. Maklumat yang disampaikan kepada pelajar perlu mempunyai ci-ciri luaran dan dalaman yang membolehkan pelajar mengaitkan maklumat baru dengan pembelajaran yang dilalui terlebih dahulu. Dengan cara tersebut pelajar lebih mudah membuat perkaitan, dan pembelajaran mereka akan lebih bermakna. Antara faktor lain yang mempengaruhi kejayaan pelajar ialah proses pembelajaran. Ianya terdiri daripada kesediaan kognitif, kesediaan efektif dan kesediaan psikimotor. Kajian juga telah dijalankan oleh Haslina Binti Hashim & Dr. My Ahmad Tajuddin bin Othman (2004) dalam mengenalpasti faktor-faktor peramal pencapaian akademik di kalangan atlet Sarawak merumuskan bahawa faktor ibu bapa dan keluarga merupakan faktor signifikasi yang mempengaruhi pencapaian akademik atlet. Peranan ibu bapa amat berkait dengan pencapaian akademik anak mereka kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat. Dengan itu faktor kejayaan seseorang pelajar itu didorong oleh faktor latar belakang keluarga.

7

Mini Research

 

2008

 

Dapatan Kajian Kajian Melibatkan seramai 30 oarng pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal DKM2S1 pada Semester 2 Sesi Julai 2007/2008. Yang terdiri daripada 25 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan. Majoriti sampel kajian terdiri daripada pelajar Bumiputera iaitu 80% diikuti Melayu 20%. Manakala bangsa Cina dan India tiada didalam sampel kajian. Peratusan untuk kedua-dua sampel dari segi jantina dan bangsa dinyatakan seperti rajah dibawah.
Bangsa

Jantina
25

Lelaki Perempuan
20

Frequency

15

10

5

0 Melayu Bumiputera

Bangsa

Daripada sampel yang di kaji juga didapati sebanyak 13.3% sampel mendapat keputusan kurang daripada CGPA 3.00 dan 86.7% mendapat keputusan lebih dan sama dengan CGPA 3.00 seperti di dalam rajah berikut.

Keputusan Semasa

30

25

20

Frequency

15

10

5

0 Kurang Daripada 3.00 HPNM Lebih Daipada 3.00 HNM

Keputusan Semasa

8

Mini Research

 

2008

 

Hasil Analisis Menggunakan Ujian Kesignifikanan Pekali Kolerasi. Jadual 1 berikut menunjukkan nilai pekali kolerasi Pearson dan hasil ujian kesignifikasinan yang telah dijalankan bagi melihat hubungan antara faktor keluarga dan faktor sikap ataupun perilaku. Jadual 1: Keputusan ujian Kesignifikanan Pekali Kolerasi Pearson. Bil 1. 2. Faktor Min Faktor Keluarga Min Faktor Sikap/perilaku Nilai Pekali Kolerasi Pearson 0.809 0.634

Daripada Jadual 1 diatas, didapati faktor keluarga dan faktor sikap tidak menunjukkan hubungan yang signifikan kepada kecemerlangan pelajar dimana kedua-dua nilai pekali kolerasi menunjukkan nilai 0.809 dan 0.634 . sesuatu faktor dikatakan menunjukkan hubungan yang signifikan sekiranya Nilai Pekali Kolerasi Pearson adalah kurang daripada nilai 0.05 (5%). Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal-selidik. Jadual 2 dibawah

menunjukkan hasil analisis instrumen soal-selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini dapat dilihat menerusi nilai Pekali Cronbach’s Alpha yang diperolehi iaitu 0.853 bagi bahagian B dan 0.783 bagi bahagian C. Pekali Cronbach’s Alpha adalah nilai pekali yang sering digunakan dalam menentukan kebolehpercayaan soal-selidik. Semakin tinggi nilai pekali iaitu menghampiri nilai 1, maka semakin baik sesuatu instrumen (Sekaran, 2000). Jadual 2: Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik Bil 1 2 Faktor Bahagian B (Faktor Keluarga) Bahagian C ( Faktor Sikap) Cronbach’s Alpha 0.853 0.753 N of Item 18 17

Dalam analisis T-Test didapati faktor jantina menunjukkan nilai yang tidak signifikan melebihi aras 0.05 iaitu 0.6633 bagi lelaki dan 0.2000 bagi perempuan. Daripada hasil kajian juga dapat dilihat keputusan semasa keputusan semasa tidak dipengaruhi oleh faktor bangsa nilai signifikan iaitu 0.299. Dalam analisis kajian ini, aras untuk keertian setiap nilai adalah 5% (0.05). dengan itu setiap nilai yang menunjukkan hubungan dan kesignifikanan mestilah kurang atau pun sama dengan paras keertian p≤0.05.

9

Mini Research

 

2008

 

Cadangan. Daripada kajian ini didapati kecemerlangan pelajar tidak dipengaruhi oleh latar belakang dan perilaku pelajar tersebut. Walaupun demikian faktor keluarga masih ini adalah amat penting didalam menjamin kecemerlangan pelajar faktor keluarga mestilah dititik beratkan dimana dengan sokongan keluarga pelajar akan lebih berusaha untuk berjaya. Selain itu keluarga juga mestilah memberi sepenuh kasih sayang terhadap remaja ini kerana emosi manusia pada peringkat remaja mudah tersentuh. Dan ini boleh menyebabkan remaja hilang kawalan dan mudah untuk hilang tumpuan terhadap pelajaran. Dalam membendung perilaku remaja kita mestilah meningkatkan tahap didisiplin remaja/pelajar sama ada di tempat pengajian ataupun diluar. Ini dapat dilakukan dengan penglibatan semua pihak seperti keluarga, guru ataupun pensyarah, rakan sebaya. Ini dapat dilihat daripada kajian ini dimana pelajar yang memiliki sikap ataupun perilaku negatif mendapat keputusan yang agak cemerlang walaupun mereka mempunyai masalah disiplin. Bagi mengatasi masalah ini remaja ini perlu diberi kursus kesedaran seperti kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara bagi memupuk semgat Kebangsaan dan jati diri didalam diri pelajar tersebut. Selain itu Program-program Motivasi perlu diberikan kepada para remaja/pelajar. Diharap dengan menghadiri kursus sebegini pelajar akan lebih berdisiplin dan lebih bersemangat dalam pelajaran maupun kehidupan harian. Daripada kajian ini juga dapat dilihat hasil keputusan tidak menunjukkan nilai signifikan dengan faktor demografi, keluarga dan sikap pelajar. Ini mungkin disebabkan sampel yang diambil tidak mempunyai variasi dari segi bangsa dan jantina. Oleh itu untuk kajian yang akan datang samoel yang diambil mestilah mempunyai variasi yang pelbagai bagi menjamin mutu hasil kajian. Kesimpulan Secara keseluruhannya, hasil kajian yang dijalankan ke atas sampel pelajar DKM2S1 Sesi Julai 2007/2008 mendapati bahawa faktor perilaku tidak mendorong kejayaan pelajar tersebut. Ini dapat diterangkan berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan dimana nilai aras p=0.634. ini jelas menunjukkan tidak wujud perkaitan antara faktor sikap dengan keputusan pelajar, faktor keluarga juga menunjukkan tiada kesignikanan dengan nilai aras p=0.809. Pelajar dikatakan akan cemerlang dalam pelajaran sekiranya mereka cemerlang

10

Mini Research

 

2008

 

dalam pelajaran yang terdahulu.sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM/SPMV akan cemerlang dalam kursus yang diikuti sekarang. Namun begitu tidak semua pelajar bergantung kepada keputusan pelajaran mereka yang lepas, ada juga pelajar yang berjaya disebabkan oleh usaha mereka untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Menurut Dunkin & Biddle (1974), faktor latar belakang pelajar seperti pengetahuan dan kemahiran terdahulu adalah antara faktor yang memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Selain itu pelajar yang mempunyai minat yang tinggi dan sikap yang positif terhadap kursus yang sedang diikuti akan mendorong pelajar tersebut untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang Faktor bangsa dan jantina seorang pelajar juga didapati merupakan antara faktor yang tidak mempunyai perkaitan dengan pencapaian pelajar DKM2S1. ini dapat dilihat dalam hasil kajian yang dijalankan. Faktor bangsa dan jantina ini adalah merupakan satu faktor yang merujuk kepada amalan kebiasaan individu yang mendorong kearah kecemerlangan seseorang pelajar. Di dalam kaijan ini faktor kewarganegaraan tidak dapat menentukan kecemerlangan pelajar kerana kesemua pelajar adalah rakyat Malaysia maka perbandingan tidak dapat dilakukan. Faktor-faktor demografi lain yang turut tidak menyumbang kepada kecemerlangan pelajar adalah faktor jabatan pengajian, program pengajian dan sesi kemasukan. Ini kerana sampel yang cerap adalah terdiri daripada kelompok yang sama maka variasi sampel tidak wujud. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa objektif kajian ini tidak terbukti. Ini disebabkan oleh faktor sampel yang tidak pelbagai. Bagi mendapatkan keputusan yang dapat mewakili setiap objektif yang hendak dicapai dicadangkan agar kajian yang akan datang melibatkan lebih banyak sampel yang merangkumi semua pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Dan kajian yang akan dijalankan mengambil kira lebih banyak lagi faktor lain yang mungkin mempengaruhi kecemerlangan pelajar.

11

Mini Research

 

2008

 

Bibliografi Alias Baba. (1989). Beberapa faktor yang mempengaruhi pencapain dalam matapelajaran Kimia. Jurnal Pendidikan, 13 &14, 19-27. Ball, A. L., Garton, B. L., & Dyer, J.E. (2001). Learning communities and agricultural youth organizations: Their influence on College Agriculture Student’s academic performance and retention. Centra, J.A., & Potter, D. A. (1980). School and Teacher Effects: An Interrelational model. Review Of Educational Reasearch Summer, 50(2), 273-291. Che Hasniza Che Noh,. Hubungan Keluarga Dari Aspek Komunikasi Dan Gaya Keibubapaan. Jabatan Bahasa Dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi. Kolej Universiti dan Teknologi Malaysia ( KUSTEM), Kuala Terengganu. Haslina Binti Hashim., & Dr. My Tajuddin Bin Othman. (2003). Kajian faktor-faktor Peramal Pencapaian Akademik Di Kalangan Atlet Sarawak. Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Kementerian Pembangaunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak. Marzuki Ngah. Hubungan Antara Konsep Kendiri Akademik, Konsep Kendiri Bukan Akademik Dan Motivasi Pencapaian Terhadap Pencapaian Sains. Jabatan Sains MPKTBR. Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Salleh Lebar. (1998). Sosiologi Sekolah & Pendidikan. Shah Alam: Thinker’s Library Sdn. Bhd Shahabuddin Hashim., & Dr. Rohizan Yaakub. (2003). Psikologi Pembelajaran dan

Personaliti. Pahang :PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

12

Mini Research

 

2008

 

Dengan ini adalah diakui bahawa hasil karya/kajian/penulisan/terbitan adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .................................................... Nama Penulis : .................................................... Tarikh : ....................................................

Disahkan Oleh Tandatangan : ....................................................

Nama
Tarikh

: .................................................... : ....................................................

13

Mini Research

 

2008

 

LAMPIRAN

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->