You are on page 1of 6

Apa itu arca?

Pernahkah anda melihatnya Maksud: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Di mana? Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, Dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Tahukah anda jenis jenis arca? Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca Asemblaj Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah Homeege to New York, karya Jean Tinguely Arca Binaan Arca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan. Arca Luakan Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung David karya Mochelangelo Arca Timbulan Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, di bina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri -ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869 -1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini. Arca Tambahan Pembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara. Arca Mobail

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188 -1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. Arca Stabail Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak. Arca Gabungan Arca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj Arca Dinding Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah Langkawi 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin. Tahukah anda ciri ciri arca?

DIORAMA Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. STABAIL Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang -awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling. MOBAIL Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak. ASEMBLAJ Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca?

DIORAMA Bahan

Kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai MOBAIL Bahan Dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung. MODEL Bahan Gam, pin, dawai kokot, pita pelekat , kadbod, kertas warna dan bahan kutipan STABAIL Bahan Dawai, tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung

http://unitquestion.blogspot.com/

Arca
Reclining Mother and Child, 1975, Henry Moore, (British, 1898-1986) bronze, 94.5 x 53.5 x 47.5 Definisi: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Jenis Jenis Arca Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Arca Asemblaj Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel Marcel Duchamp, 1951 Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Henri Matisse - Back, IV, 1930-1931

Jacques Lipchitz Maquette No. 1 for "Musical Instruments" (1923) Arca Mobail Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

ALEXANDER CALDER American, 1898-1976) The Star, 1960 Polychrome sheet metal and steel wire 35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8 Arca Stabail Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang -awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan -bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander "Stabile, Paris-La-Dfense" - (1976)

Calder, Alexander "Hollow Egg" - (1939) Arca Gabungan Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan s ituasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Boneka Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam -macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu dan sekarang.

Mummy Art Doll Handmade,OOAK art doll sculpture. Mixed media including fabric and PaperClay. Height: 7.75", Width: 4.25", Depth: 1.75"

Stylized Martial Arts Sculpture Doll Wearing Orange Gi Origami Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang -orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Topeng Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati sesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang menggambarkan lembut, dan adapula yang menggambarkan kebijaksanaan. Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk kar a seni y tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya, tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.

Mask (opharo edjo) Wood, pigment, encrustation. H. 32 cm. Private Collection, Belgium

An old Yoruba mask, old incrustated patina gives this Yoruba Gelede mask a strong presence. 31 cm X 17 cm X 20 cm Proses Pemasangan "Reclining Figure" terbesar Henry Moore

Arca Alexander Carlder Mobile di Philadelphia

http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.html

You might also like