P. 1
Imam Abu Daud

Imam Abu Daud

|Views: 383|Likes:
Published by AZLAN YUSOF PUNDING

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: AZLAN YUSOF PUNDING on Jun 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2014

pdf

text

original

1.0.PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.

T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberikati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T. Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat menyiapkan kerja kursus, Dirasat Fi Hadis al-Ahkam dalam tajuk Imam Abu Daud tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi iaitu Ustaz Ahmad Mujahid bin Abdullah. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya. Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agamaNya dan menjadi insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis termampu.

2

2.0.PENGENALAN Mengenal para Imam Ahlussunnah, atau dengan lebih dekat mereka yang digelar Ahli Hadis merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang yang bergelar Muslim, hal ini adalah kerana kita digesa oleh agama untuk berhati-hati dengan siapa kita mengambil “deen” ini. Kemudian “deen” ini dijaga rapi dengan usaha yang tidak berbelah bahagi oleh para imam hadis. Mereka berkorban apa sahaja demi menjaga sanad (rantaian perawi) dan matan (kandungan hadis) yang sesungguhnya sanad dan matan itu termasuk dalam “deen”. Sungguh tinggi kedudukan para imam ahli hadis ini melalui usaha dan pengorbanan yang tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan kita pada zaman ini. Para imam hadis mengumpulkan hadis dengan niat untuk menyampaikan sunnah melalui catatan dan hafalan mereka. Semoga Allah meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi. Rasulullah SAW bersabda : “Allah membuat cerah (muka) seorang yang mendengarkan (hadis) dari kami, kemudian menyampaikannya.” [H.R. Ahmad, Abu Daud] Kata-kata Syaikh Rabi’ dalam kitab kecil yang berjudul Makanatu Ahlil Hadis (Kedudukan Ahli Hadis), beliau berkata: “Sungguh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan golongannya (Ahlul Hadis) sebagai tonggak syariat. Melalui usaha mereka, Dia (Allah) menghancurkan setiap keburukan bid’ah. Merekalah kepercayaan Allah Subhanahu wa Ta'ala diantara makhluk-makhluk-Nya, sebagai perantara antara Nabi Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dan umatnya. Dan merekalah yang bersungguh-sungguh dalam menjaga millah (Dien)-Nya. Cahaya mereka terang, keutamaan mereka merata, tanda-tanda mereka jelas, mazhab mereka unggul, hujjah mereka tegas” Terdapat beberapa kitab yang menyatakan berkaitan dengan ilmu hadis. Sama ada kedudukan hadis, rangkaian sanad dan matan dan banyak lagi. Diantara kitab yang berkait rapat dengan pengumpulan ilmu hadis ialah Sunan Abu Daud yang dikarang oleh Imam Abu Daud. Di dalam penulisan ini, penulis menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan Imam Abu Daud secara terperinci. Dijelaskan berkaitan dengan biografi Imam Abu Daud, rihlah perjalanan beliau dan sebagainya.

2

3.0.BIODATA IMAM ABU DAUD 3.1.NAMA SEBENAR BELIAU : • Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir (Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim). • Sulaiman bin al Asy'ats bin Basyar bin Syadad (Menurut Muhammad bin Abdul 'Aziz Al Hasyimi).1 • Imam Al Hafidz Al Faqih Sulaiman bin ‘Imran bin Al Asy’ats bin Ishaq bin Basyir bin Syidad bin ‘Amr bin ‘Imran atau disebut dengan Amir Al Azdy As Sajistaany.2 • • Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim, bahawa nama Abu Daud adalah Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir. Menurut Muhammad bin Abdul ‘Aziz Al Hasyimi nama Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Basyar bin Syadad. • Ibnu Dasah dan Abu ‘Ubaid Al Ajuri berkata bahawa nama Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Ishaq bin Basyir bin Syadad. Pendapat ini di perkuat oleh Abu Bakr Al Khathib di dalam Tarikhnya dan di dalam bukunya beliau menambahi dengan Ibnu ‘Amru bin ‘Imran al Imam, Syaikh as Sunnah, Muqaddimu al huffazh, Abu Daud al-azadi as-Sajastani, muhaddits Bashrah.3 3.2.TARIKH LAHIR DAN TEMPAT LAHIR BELIAU: • Dilahirkan pada tahun 202 H di kota Sajistaan. Ianya

menurut kesepakatan referensi yang memuatkan biografi beliau. Demikian juga didasarkan keterangan murid beliau yang bernama Abu Ubaid Al-Ajury ketika beliau hendak wafat, beliau berkata: aku telah mendengar dari Abi

1 2

http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html 3 http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/

2

Daud, beliau berkata : “Aku dilahirkan pada tahun 202 H (Siyar A`lam An Nubala` 13/204).”4

3.3.UMUR BELIAU : • Pada tarikh kewafatan beliau iaitu 16 Syawal tahun 275 H beliau telah berusia 73 tahun.5 3.4.PENERANGAN RINGKAS BERKAITAN BELIAU : • • Imam Abu Daud belajar bertalaqqi, dan merantau mencari hadis. Beliau antara imam yang paling banyak mengembara bagi mencari sepotong hadis.6 • Beliau adalah Imam dan tokoh ahli hadis serta pengarang kitab sunan.7

3.5.TARIKH WAFAT DAN TEMPAT WAFAT BELIAU : • • Beliau wafat di kota Bashrah pada 16 Syawal 275 H bersamaan hari Jumaat dan disolatkan jenazahnya oleh Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimy.8 Abu ‘Ubaid al Ajuri mengatakan bahawa : “Imam Abu Daud meninggal pada hari Jumaat tanggal 16 bulan Syawal tahun 275 H. Beliau meninggal di Basrah”.9 3.6.MAZHAB PEGANGAN BELIAU : • Imam Abu Daud merupakan individu yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah.10

4

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html 6 http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html 7 http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud 8 http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html 9 http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/ 10 http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Dawood
5

2

3.7.ETNIK ATAU BANGSA BELIAU: • Etnik Imam Abu Daud ialah orang Arab dari suku kaum Adz.11

4.0.LATAR BELAKANG BELIAU Sejak kecil, Imam Abu Daud sangat mencintai ilmu pengetahuan dan sudah bergaul dengan para ulama untuk menimba ilmu pengetahuan. Sebelum dewasa, dia sudah mempersiapkan dirinya untuk melangkah ke pelbagai negara. Dia belajar hadis dari para ulama yang ditemuinya di Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negara lainnya. Pengembaraannya ke beberapa negara itu membawa dia untuk mendapatkan hadis sebanyak yang mungkin. Kemudian hadis itu disaring, lalu ditulis pada kitab Sunan Abu Daud. Imam Abu Daud seringkali berulang alik mengunjungi Baghdad. Di kota itu, dia mengajar hadis dan fiqih dengan menggunakan kitab sunan sebagai buku pegangan. Kitab sunan itu ditunjukkan kepada ulama hadis terkemuka seperti, Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawa kitab itu sangat bagus.12 Ketika meneliti biografi imam Abu Daud, akan muncul paradigma bahawasanya beliau semenjak kecil memiliki keahlian untuk menimba ilmu yang bermanfaat. Semua itu dikukuhkan lagi dengan adanya keutamaan yang telah di anugerahkan Allah kepadanya berupa kecerdasan, kepandaian dan kegeniusan. Imam Abu Daud semenjak kecil memfokuskan diri untuk belajar ilmu hadis. Maka kesempatan itu digunakan untuk mendengarkan hadis di negerinya iaitu Sajistan dan sekitarnya. Kemudian dia memulakan rihlah ilmiahnya ketika menginjak umur belasan tahun. Dia merupakan antara ulama yang sering mengembara untuk mencari hadis ke pelbagai negara Islam. Beliau banyak mendengar hadis dari berbagai ulama. Maka tidak hairanlah jika dia dapat menulis dan menghafal hadis dengan jumlah yang besar
11

12

http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Dawood http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

2

iaitu sehingga setengah juta atau mungkin lebih daripada itu. Hal ini merupakan modal yang besar baginya untuk menghasilkan berbagai karya tulisan beliau sendiri yang tersebar sehingga kepelbagai pelosok negara Islam dan menjadi sandaran dalam perkembangan keilmuan baik hadis mahupun disiplin ilmu yang lain.13

4.1.SIFAT DAN KEPERIBADIAN BELIAU Imam Abu Daud termasuk ulama yang mencapai darjat tinggi dalam ibadah, kesucian diri (tasawuf), kesolehan dan wara’ yang patut diteladani. Sebahagian ulama berkata : "Perilaku Abu Daud, sifat dan keperibadiannya menyerupai Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal menyerupai Waki’. Waki’ pula seperti Sufyan as-Sauri, Sufyan pula seperti Mansur, Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha’i, Ibrahim menyerupai Alqamah. Alqamah seperti Ibnu Mas’ud, dan Ibnu Mas’ud seperti Nabi Muhammad SAW”. Sifat dan keperibadian seperti ini menunjukkan kesempurnaan dalam beragama, perilaku dan akhlak Imam Abu Daud. Imam Abu Daud mempunyai falsafah tersendiri dalam berpakaian. Salah satu lengan bajunya lebar dan satunya lagi sempit. Bila ada yang bertanya, dia menjawab : "Lengan yang lebar ini untuk membawa kitab, sedang yang satunya tidak diperlukan. Kalau dia lebar, bererti pembaziran." 14

4.2.AQIDAH BELIAU Beliau adalah imam dari kalangan imam-imam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang hidup di Basrah kota berkembangnya kelompok Qadariyah. Demikian juga berkembangnya disana pemikiran Khawarij, Mu’tazilah, Murji’ah dan Syi’ah Rafidhoh serta Jahmiyah dan lain-lainnya. Tetapi walaupun demikian, beliau tetap istiqomah diatas Sunnah dan beliau membantah Qadariyah didalam kitabnya AlQadar. Demikian pula bantahan beliau atas golongan Khawarij dalam kitabnya Akhbar Al-Khawarij. Beliau juga membantah terhadap fahaman yang menyimpang dari kemurnian ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Maka berkaitan
13 14

http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/ http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

2

hal tersebut dapat dilihat didalam kitabnya As-Sunan (Sunan Abu Daud) yang terdapat padanya bantahan-bantahan beliau terhadap golongan Jahmiyah, Murji’ah dan Mu’tazilah.15

4.3.MEMULIAKAN ILMU DAN ULAMA Sikap Imam Abu Daud ialah memuliakan ilmu dan ulama dapat dilihat melalui kisah yang diceritakan oleh Imam al-Khattabi dari Abu Bakar bin Jabir, pembantu Abu Daud. Dia berkata : "Aku bersama Abu Daud tinggal di Baghdad. Pada suatu hari, ketika kami telah selesai melakukan solat maghrib, tiba-tiba terdapat orang yang mengetuk pintu rumah. Lalu aku membuka pintu tersebut dan seorang pelayan melaporkan kepadaku bahawa Amir Abu Ahmad al-Muwaffaq meminta izin untuk masuk kedalam rumah. Kemudian aku memberitahu Abu Daud dan beliau pun mengizinkannya. Lalu Amir duduk. Kemudian Abu Daud bertanya: "Apakah yang mendorongmu Amir ke sini?" Amir pun menjawab "Ada tiga kepentingan". "Kepentingan apa?" Tanya Abu Daud. Amir mengatakan: "Sebaiknya anda tinggal di Basrah, supaya para pelajar dari seluruh dunia belajar kepadamu. Dengan demikian kota Basrah akan makmur lagi kerana Basrah telah hancur dan ditinggalkan orang ramai akibat tragedi Zenji." Imam Abu Daud berkata: "Itu yang pertama, lalu apa yang kedua?". Amir berkata : "Hendaknya anda mahu mengajarkan sunan kepada anak-anakku". Lalu Abu Daud bertanya lagi "yang ketiga?". "Hendaklah anda membuat majlis sendiri untuk mengajarkan hadis kepada keluarga khalifah, sebab mereka enggan duduk bersama orang umum." Abu Daud menjawab: "Permintaan ketiga tidak dapat aku kabulkan sebab darjat manusia itu, baik yang terhormat mahupun rakyat jelata dalam menuntut ilmu dipandang sama." Ibnu Jabir menjelaskan: "Sejak itu putra-putra khalifah
15

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

2

menghadiri majlis taklim, duduk bersama orang umum, dengan diberi tirai pemisah".16

4.4.PERKEMBANGAN KEILMUANNYA Tidak terdapat berita atau keterangan yang jelas mengenai masa kecil beliau kecuali keterangan bahawa keluarganya memiliki perhatian yang sangat besar dalam hadis-hadis Rasulullah SAW dan hal ini sangat mempengaruhi perkembangan keilmuan beliau di masa depannya.17

5.0.LATAR BELAKANG KELUARGA BELIAU Keluarga beliau adalah keluarga yang terdidik dalam kecintaan terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW dan ilmu-ilmunya yang lain. Bapa beliau iaitu Al Asy’ats bin Ishaq adalah seorang perawi hadis yang meriwayatkan hadis dari Hamad bin Zaid dan demikian juga saudara lelakinya Muhammad bin Al Asy’ats termasuk seorang yang mendalami dan menuntut ilmu hadis serta ilmu-ilmu yang terkandung didalam ilmu hadis yang merupakan teman perjalanan beliau dalam menuntut hadis dari para ulama ahli hadis. Ini merupakan satu modal yang sangat yang berperanan dalam perkembangan beliau di masa-masa perkembangan keilmuan dan keahliannya dalam bidang hadis dan ilmu-ilmu yang terkandung di dalam hadis yang lain yang merupakan sebahagian daripada ilmu-ilmu agama. Maka berkembanglah Abu Daud dengan motivasi dan semangat yang tinggi serta kecintaan beliau sejak kecil terhadap ilmu-ilmu hadis, sehingga beliau mengadakan perjalanan (Rihlah) dalam mencari ilmu sebelum genap berusia 18 tahun. Beliau memulakan perjalanannya ke Baghdad (Iraq) pada tahun 220 H dan bertemu dengan kematian Imam Affan bin Muslim, sebagaimana yang beliau katakana bahawa : “Aku menyaksikan jenazahnya dan mensolatkannya (Tarikh Al

16 17

http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.htm

2

Baghdady 9/56)”. Walaupun sebelumnya beliau telah pergi ke negeri-negeri tetangga Sajistaan, seperti Khurasan, Baghlan, Harron, Roi dan Naisabur.18

Setelah beliau memasuki kota Baghdad, beliau diminta oleh Amir Abu Ahmad Al-Muwaffaq untuk tinggal dan menetap di Basrah, dan beliau menerimanya. Akan tetapi hal itu tidak membuat beliau berhenti dalam mencari hadis, bahkan pada tahun 221 H beliau datang ke Kufah dan mengambil hadis dari Al-Hafiz Al Hasan bin Robi’ Al-Bajaly dan Al Hafiz Ahmad bin Abdillah bin Yunus Al-Yarbu’iy (mereka berdua termasuk dalam guru-gurunya Imam Muslim). Sebelumnya beliau berihlah di Makkah dan meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Maslamah Al-Qa’naby (wafat tahun 221 H). Demikian juga beliau ke Damaskus ibu kota Syria sekarang dan mengambil hadis dari Ishaq bin Ibrahim Al Faradisy dan Hisyam bin Ammaar. Pada tahun 224 H beliau pergi ke Himshi dan mengambil hadis dari Imam Hayawah bin Syuraih Al-Himshy, dan mengambil hadis dari Ibu Ja’far An Nafiry di Harron. Beliau juga pergi ke Halab dan mengambil hadis dari Abu Taubah Robi’ bin Nafi’ Al-Halab, lalu berihlah ke Mesir dan mengambil hadis daripada Ahmad bin Soleh Ath-Thobary. Kemudian beliau tidak berhenti mencari ilmu di negeri-negeri tersebut bahkan sering sekali berulang alik ke Baghdad untuk menemui Imam Ahmad bin Hambal disana dan menerima serta menimba ilmu daripadanya. Walaupun demikian beliaupun mendengar dan menerima ilmu dari ulama-ulama Basrah seperti : Imam Abu Salamah At-Tabudzaky, Imam Abdul Walid Ath-Thoyalisy dan yang lainlainnya. Kerana itulah beliau menjadi seorang imam ahlil hadis yang terkenal kerana banyak berihlah dalam mencari ilmu pengetahuan.19

5.1.PUTRA IMAM ABU DAUD

18 19

Ibid http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

2

Imam Abu Daud meninggalkan seorang putra bernama Abu Bakar Abdullah bin Abu Daud. Dia adalah seorang Imam hadis iaitu putra kepada seorang imam hadis pula. Dilahirkan tahun 230 H dan wafat pada tahun 316 H.20

6.0.ILMU PENGETAHUAN IMAM ABU DAUD

6.1.KRONOLOGI RIHLAH IMAM ABU DAUD • • • Pada usia 18 tahun beliau memulakan rihlah ke Iraq, Baghdad yang merupakan daerah Islam yang pertama beliau kunjungi, iaitu pada tahun 220 H Kufah pula beliau kunjungi pada tahun 221 H. Basrah merupakan tempat beliau tinggal dan disana beliau banyak mendengar hadis. Kemudian beliau keluar dari sana dan kembali lagi setelah itu. Tempat kewafatan beliau juga adalah di Basrah. • • • Syam, Damsyiq, Himsh dan Halb, Syria. Al-Jazirah iaitu beliau masuk ke daerah Haran dan mendengar hadis dari penduduknya. Hijaz pula beliau mendengar hadis dari penduduk Makkah. Kemungkinan besar saat itu perjalanan beliau adalah bertujuan hendak menunaikan ibadah haji. • • • Mesir. Khurasan iaitu di Naisabur dan Harrah. Tujuan beliau ke sana adalah untuk mendengar hadis dari penduduk Baghlan. Ar-Ray.

20

http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud

2

Sijistan iaitu tempat tinggal asal beliau. Beliau keluar dari Sijistan dan kemudian kembali semula. Setelah itu beliau keluar lagi menuju ke Basrah.21

6.2.GURU-GURU IMAM ABI DAUD Guru-guru beliau sangat banyak, kerana beliau menuntut ilmu sejak kecil dan sering merantau kepelosok negeri-negeri untuk menuntut ilmu pengetahuan. Abu Ali Al-Ghassany telah mengarang sebuah buku yang menyebut nama-nama guru beliau. Didalam kitab tersebut menyatakan bahawa guru-guru beliau mencapai tahap sehingga 300 orang. Demikian juga Imam Al-Mizy menyebut dalam kitabnya Tadzibul Kamal bahawa Imam Abu Daud mempunyai seramai 177 orang guru. Di antara guru-guru beliau ialah :
• • • • • • • • •
21

Ahmad bin Muhammmad bin Hanbal as Syaibani al Bagdadi. Ishaq bin Ibrahin bin Rahuyah Abu Ya’qub al-Hanzhali. Ali bin Al Madiny. Yahya bin Ma’in Abu Zakariya. Abu Bakr ibnu Abi Syaibah. Muhammad bin Yahya Adz Dzuhly. Abu Taubah Robi’ bin Nafi’ Al Halaby. Abdullah bin Maslamah Al Qa’naby. Abu Khaisamah Zuhair bin Harb.

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

2

• • • •

Ahmad bin Soleh Al Mishry. Hayuwah bn Syuraih. Abu Mu’awiyah Muhammad bin Hazim Adh Dhorir. Abu Robi’ Sulaiman bin Daud Az Zahrony. Qutaibah bin Sa’di bin Jamil Al Baghlany.22

6.3.MURID-MURID IMAM ABI DAUD • • • • • • • Imam Abu ‘Isa at Tirmidzi Imam Nasa’i Ali bin Hasan bin Al ‘Abd Al Anshari (perawi sunan dari beliau). Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).

Abu ‘Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu’lu’i (perawi sunan dari beliau).23 Abu Ubaid Al Ajury Abu Thoyib Ahmad bin Ibrahim Al Baghdady (Perawi sunan Abi Daud dari beliau).

• • • • •
22

Abu ‘Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab sunan dari beliau). Abu Bakr Ahmad bin Mauhammad Al Khollal Al Faqih. Isma’il bin Muhammad Ash Shofar. Abu Bakar bin Abi Daud (anak beliau). Zakariya bin Yahya As Saajy.

23

Ibid http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html

2

• •

Abu Bakr Ibnu Abi Dunya. Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau).

Muhammad bin Ahmad bin Ya‘qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar dari beliau).24

6.4.HASIL KARYA BELIAU Adapun hasil karya beliau yang sampai kepada kita hari ini adalah ; • • • • • • • As-Sunan. Al-Marasil. Al-Masa’il. Ijabaatuhu ‘An Su’alaati Abi ‘Ubaid al-Ajuri. Risalatuhu Ila Ahlul Makkah. Tasmiyyatu al-Ikhwah al-Ladziina Rowaa ‘Anhum al-Hadis. Kitab az-Zuhd.

Adapun kitab beliau yang hilang dari peredaran masa adalah; • • • • • •
24

Ar-Radd ‘Ala Ahlul al-Qadar. An-Nasikh wal Mansukh. At-Tafarrud. Fadla’ilu al-Anshar. Musnad Hadis Malik. Dala’ilu an-Nubuwwah.

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

2

• • • • •

Ad Du’aa’. Ibtidaa’u al-Wahyi. Akhbaru al-Khawarij. Ma’rifatu al-Awqaat. Kitab al-Qadar .

Di antara kitab karangan Imam Abu Daud tersebut, yang paling popular adalah kitab as-Sunan, yang lebih dikenali dengan nama Sunan Imam Abu Daud.25

6.5.PUJIAN DAN SANJUNGAN PARA ULAMA TERHADAP IMAM ABU DAUD Banyak para imam dan ulama yang memuji dan menyanjungi Imam Abu Daud. Diantara mereka ialah : • • • • Imam Ahmad bin Hanbal pernah dan sempat memberi komentar terhadap sunan Abu Daud iaitu, beliau memuji bahawa ia satu kitab yang sangat baik.26 Berkata Imam Al Khollal bahawa Imam Abu Daud adalah imam yang paling didepan pada zamannya. Berkata Ibnu Hibban bahawa Abu Daud termasuk salah satu imam dunia dalam ilmu dan fiqih (Thobaqat As-Syafi’iyah 2/293). Berkata Musa bin Harun bahawa Abu Daud diciptakan di dunia untuk hadis dan di akhirat untuk Syurga dan tidak aku melihat seorang pun lebih utama darinya (Thobaqatus Syafi`iyah 2/295). • • Berkata Al-Hakim bahawa Imam Abu Daud adalah imam ahli hadis di zamannya tanpa sebarang keraguan. Berkata Imam Nawawi bahawa para ulama telah sepakat memuji Abu Daud dan mensifatinya dengan orang yang banyak ilmu, kuat hafalan, wara’ dalam agama yakni soleh dan kuat pemahamannya dalam ilmu hadis dan yang lainnya (Tahdzib Al Asma` Wal Lughat 2/225).
25

26

http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html

2

Ditanya Syeikh Islam Ibnu Taimiyah tentang buku-buku hadis dan sebahagian pengarangnya seperti Ath-Thoyalisy dan Abu Daud dan yang lainnya. Maka beliau menjawab bahawa adapun Bukhari dan Abu Daud, maka mereka berdua adalah dua orang imam dalam fiqih dari ahli ijtihad.

Adapun Adz Dzahaby banyak memuji beliau dan diantara pujian beliau adalah ucapannya bahawa Abu Daud dengan keimamannya dalam hadis dan ilmuilmu yang lainnya. Beliau termasuk dalam ahli fiqih yang besar. Maka kitabnya As-Sunan telah jelas menunjukkan hal tersebut.27

Abdurrahman bin Abi Hatim berkata bahawa Abu Daud adalah seorang yang thiqah.

Abu Bakr Ash Shaghani berkata bahawa hadis dilunakkan bagi Abi Daud sebagaimana besi dilunakkan bagi Nabi Daud.28

7.0.KITAB SUNAN ABU DAUD 7.1.PENGERTIAN KITAB SUNAN ABU DAUD Kitab Sunan Imam Abu Daud menurut ahli hadis adalah kitab hadis yang disusun berdasarkan bab-bab fiqih. Kitab sunan ini hanya memuat hadis marfu’ dan tidak memuat hadis mauquf atau hadis maqtu’. Ianya sebab yang kedua-duanya ini tidak termasuk sunnah ianya termasuk didalam hal-hal yang berkaitan dengan moral, sejarah dan zuhud.
27 28

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/

2

Sebagaimana pernyataan Al-Khattani dalam kitab al-Risalah al-Mustatrafah : “Diantara kitab-kitab hadis adalah kitab-kitab sunan iaitu kitab hadis yang disusun menurut bab-bab fiqih yang bermula dari bab taharah, solat, zakat, dan sebagainya dan di dalamnya tidak tedapat hadis mauquf, kerana hadis tersebut tidak disebut sebagai sunnah, namun hanya disebut sebagai hadis.29

7.2.METODE PENULISAN SUNAN IMAM ABU DAUD Imam Abu Daud menyempurnakan dan menyiapkan kitab sunannya ketika beliau berada di Baghdad. Kemudian beliau mengemukakan kitab tulisannya itu kepada guru beliau iaitu Imam Ahmad bin Hanbal serta Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Imam Abu Daud menyusun kitabnya mengikut susunan fiqh. Dimana beliau menyusun bermula dengan topik-topik yang terpenting bagi seorang mukallaf antaranya adalah berkaitan dengan bab kecil yang merangkumi penjelasan kitab berkaitan. Imam Abu Daud memberitahu bahawa beliau mengambil masa selama 20 tahun untuk menyiapkan susunan kitab sunannya. Ia adalah hasil tapisan daripada 500,000 buah hadis. Hasilnya beliau telah memasukkan sebanyak 4800 buah hadis didalam kitab sunannya iaitu Kitab Sunan Imam Abu Daud. Dimana 600 buah hadis adalah bertaraf sahih dan selebihnya adalah menyamai sahih dan menghampiri sahih. Imam Abu Daud ada menyebut bahawa beliau juga meninggalkan hadis yang mana jumhur ulama sepakat tidak menerima hadis tersebut. Beliau telah menyusun kitab sunannya itu kepada 40 kitab. Setiap tajuk kitab telah dibahagi kepada bab kecil sebanyak 1871
29

http://d-scene.blogspot.com/2011/04/kitab-sunan-abu-daud.html

2

bab. Imam Abu Daud menjelaskan kedudukan sesebuah hadis yang terdapat didalam sunannya itu seperti hadis dha’if, munkar serta mu’dal. Antara lainnya, beliau juga menerangkan tentang kedudukan perawi seperti sama ada thiqah, waham atau majhul dan lainnya. Imam Abu Daud telah menetapkan ciri dan syarat tertentu dalam menyusun kitab sunannya iaitu : • • Didalam kitab sunan tersebut Imam Abu Daud menerangkan hadis dha’if atau terlalu dha’if. Beliau menerangkan kedudukan sesebuah hadis. Manakala hadis yang tidak diterangkan adalah hadis maqbul.

Justeru didalam Sunan Imam Abu Daud dikumpulkan pelbagai hadis yang terdiri daripada hadis sahih, hasan dan juga dha’if.30

7.3.TINGKATAN HADIS DALAM SUNAN IMAM ABU DAUD Imam Abu Daud dalam menyusun kitab sunannya tidak hanya memfokuskan hadis-hadis sahih, tetapi juga memasukkan hadis dha’if. Tingkatan hadis dalam kitab Sunan Imam Abu Daud tersebut dapat diketahui melalui surat beliau kepada penduduk Mekah ketika menjelaskan isi kitab sunannya. Penjelasan Imam Abu Daud di dalam kitab sunannya secara garis besar membahagikan hadis kedalam lima tingkatan, iaitu : • Hadis Sahih, adalah hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang adil, sempurna ingatannya, sanadnya bersambung, tidak berillat dan tidak pula janggal. Hadis ini disebut hadis sahih lizatihi, kerana tingkat kesahihannya tidak memerlukan hadis lain untuk mengukuhkannya. • Ma Yusyabbihahu (yang menyerupai sahih). Para ulama muhadditsin mengutarakan perbandingan istilah yang digunakan oleh Imam Abu Daud tersebut dengan istilah yang berlaku bagi para ulama muhadditsin. Maksud Imam Abu Daud dengan istilah “ma yusyabbahahu” adalah hadis sahih lighairihi, kerana hadis tersebut menyerupai hadis sahih lizatihi, tetapi martabatnya di bawah sahih lizatihi.

30

Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

2

Ma Yuqoribuhu (yang mendekati sahih). Istilah yang digunakan oleh Imam Abu Daud tersebut menurut sebahagian ulama muhadditsin adalah hadis hasan lizatihi, kerana hadis hasan lizatihi boleh dinaik taraf menjadi hadis sahih li ghairihi apabila disokong oleh hadis yang lain. Ibnu Sollah dan Imam alNawawi memberikan definisi hadis hasan menurut istilah Imam Abu Daud iaitu sebagai : “ Hadis yang disebutkan secara mutlak dan tidak ada dalam salah satu kitab sahih (Bukhari dan Muslim) dan tidak ada di antara ulama yang menetapkan kesahihannya. Bagi menentukan hadis tersebut sama ada antara hadis sahih dan hasan, maka hadis tersebut adalah hadis hasan menurut Imam Abu Daud”. Ibnu Sollah menyatakan di dalam kitab Sunan Imam Abu Daud bahawa banyak mengandungi hadis hasan. Sebagaimana penjelasan yang diberikan oleh Imam Abu Daud sendiri ketika menjelaskan isi kitabnya tersebut.31

Wahnun Syadidun (sangat lemah). Istilah hadis tersebut menurut istilah yang berlaku bagi para ulama muhadditsin bererti hadis yang sangat dha’if. Namun pada tahap hadis dha’if ini, Imam Abu Daud memberikan sejumlah penjelasan mengenai taraf kedha’ifannya dan menurut beliau hadis dha’if tersebut lebih kuat bila dibandingkan dengan pendapat ulama. Percantuman hadis dha’if yang disertai keterangan tahap kedha’ifannya dibolehkan menurut Imam Abu Daud.

Shalih (yang tidak dijelaskan). Para ulama berbeza pendapat dalam mengkategorikan istilah yang dipakai oleh Imam Abu Daud. Imam al-Nawawi dan Ibnu Sollah menjelaskan bahawa jika hadis tersebut diriwayatkan dalam salah satu kitab sahih (Bukhari dan Muslim) maka hadis tersebut adalah sahih. Apabila tidak diriwayatkan dalam salah satu kitab sahih dan tidak ada ulama yang menerangkan tentang darjat hadis tersebut, maka hadis tersebut adalah hadis hasan menurut Imam Abu Daud. Pendapat tersebut menunjukkan sikap berhati-hati agar tidak menetapkan kesahihan sesuatu hadis tersebut kerana

31

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html

2

tidak terdapat di dalam salah satu kitab sahih dan tidak ada seorang pun di antara para imam hadis yang menetapkan kesahihannya.32

7.4.KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SUNAN IMAM ABU DAUD Di antara pandangan positif para ulama terhadap Sunan Abu Daud tersebut adalah seperti berikut : • Al-Khattabi berkata : “Ketahuilah, kitab Sunan Abu Daud adalah sebuah kitab yang mulia yang belum pernah disusun oleh sesuatu kitab yang lain yang menerangkan hadis-hadis hukum sepertinya”. Para ulama menerima baik kitab sunan tersebut, kerana ianya menjadi hakim antara ulama dan para fuqaha’ yang berlainan mazhab. Kitab itu menjadi pegangan ulama Irak, Mesir, Moroko, dan negeri lain”.33

Ibnu Qayyim al-Jauziyah, menyatakan bahawa : “Kitab Sunan Abu Daud memiliki kedudukan yang tinggi dalam dunia Islam dan pemberi keputusan bagi perselisihan pendapat. Kepada kitab itulah orang-orang jujur mengharapkan keputusan. Mereka merasa puas atas keputusan dari kitab itu. Imam Abu Daud telah menghimpun segala macam hadis hukum dan menyusunnya dengan sistematik yang baik dan indah, serta membuang hadis yang lemah”.

Ibnu al-‘Arabi, mengatakan bahawa : “Apabila seseorang sudah memiliki kitabullah dan kitab Imam Sunan Abu Daud, maka tidak lagi memerlukan kitab yang lain”.

Imam al-Ghazali berkata bahawa : “Kitab Sunan Imam Abu Daud sudah cukup bagi para mujtahid untuk mengetahui hadis-hadis hukum”.

Di samping ulama-ulama tersebut yang memberikan penilaian baik atas kelebihan kitab Sunan Imam Abu Daud, ada juga ulama hadis yang mengkritik kelemahan yang
32 33

http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

2

terdapat di dalam kitab Sunan Imam Abu Daud tesebut. Di antara para ulama yang mengkritik itu adalah seperti Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam al-Nawawi dan Ibnu Taimiyah. Kritikan tersebut meliputi:

Tidak adanya penjelasan tentang kualiti sesuatu hadis dan kualiti sanad (sumber, silsilah dalam hadisnya). Sementara yang lainnya disertai dengan penjelasan.

Adanya kemiripan Abu Daud dengan Imam Hambali dalam hal bertoleransi terhadap hadis yang dha’if yang mana sebilangan daripada kalangan ulama yang lain menilai hadis tersebut sebagai dha’if.

Kritik juga dilakukan oleh Ibnu al-Jauzi, seorang tokoh ahli hadis bermazhab Hambali yang telah melakukan penelitian terhadap kitab Sunan Imam Abu Daud.34

Beliau menemukan hadis yang maudhu’ (palsu) sebanyak sembilan hadis. Namun kritikan tesebut telah dibahas kembali oleh Jalaluddin al-Suyuti dalam kitabnya al-la’ali al-Masnu’ah fi Ahadis al-Maudhu’ah dan Ali bin Muhammad bin Iraq al-Kunani di dalam kitabnya Tanjih al-Syari’ah alMaudhu’ah. Dalam kitab tersebut dijelaskan kembali hadis-hadis yang dikritik oleh Ibnu al-Jauzi.35

7.5.SYARAH-SYARAH KITAB SUNAN ABU DAUD Beberapa kitab syarah telah ditulis untuk menerangkan dan menafsirkan atau menjelaskan kitab Sunan Imam Abu Daud. Kitab-kitab tersebut adalah sebagaimana berikut : • Ma’alim al-Sunan - Kitab ini ditulis oleh Imam Abu Sulaiman Ahmad bin Ibrahim bin Khattab al-Bisri al-Khattabi yang wafat pada 388 H. Kitab ini

34 35

Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. http://d-scene.blogspot.com/2011/04/kitab-sunan-abu-daud.html

2

merupakan kitab syarah yang sederhana, yang hanya mengupas masalah bahasa, meneliti riwayah, mencari hukum dan membahas adab. • ‘Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud - Kitab ini ditulis oleh Syaikh Syafaratul Haq Muhammad Asyraf bin Haidar al-Shiddiqi al-Azim Abadi yang wafat pada abad 14 H. Kitab ini menjelaskan kata-kata sulit (ayat sastera). Ia menguatkan satu hadis atas hadis yang lainnya secara ringkas, dan menjelaskan dalil yang terdapat pada setiap mazhab-mazhab secara menyeluruh. • Mukhtasar Sunan Abu Daud - Kitab ini ditulis oleh al-Hafid Abdul Azhim bin Abdul Qawi al-Munziri yang wafat pada 656 H. Dalam kitab ini al-Munziri menyebutkan ulama lain dari lima hadis yang juga meriwayatkan hadis tersebut dan menunjukkan kelemahan sebagian hadis.36

Syarah Ibnu Qayyim al-Jauziyah - Kitab ini ditulis oleh Ibnu Qayyim alJauziyah yang wafat pada 751 H. Ibnu Qayyim memberikan tambahan penjelasan mengenai kelemahan hadis yang dijelaskan oleh al-Munziri, menegaskan kesahihan hadis yang belum di sahihkan, serta membahas matan hadis yang musykil. Kitab ini diterbitkan dalam kitab ‘Aunul Ma’bud karya Syamsul Haq Azin Abadi.

Sunan Imam Abu Daud yang di tahqiq oleh Syaikh Muhammad Muhyidin Abdul Hamid. Dia telah menghitung hadis yang terdapat dalam kitab Sunan Imam Abu Daud.

Sunan Imam Abu Daud yang di tahqiq oleh Sidqi Muhammad Jamil. Kitab ini mencantumakan surat Imam Abu Daud kepada penduduk Mekah dalam muqaddimah-nya. Dan juga mencantumkan takhrij atas hadis-hadis Imam Abu Daud yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi, al-Nasa’i, Ibnu Majah, Malik, Ahmad bin Hambal dan al-Baihaqi. Kitab ini juga mencantumkan penjelasan yang diberikan oleh al-Khattabi.

36

Ibid

2

Dha’if Sunan Imam Abu Daud yang ditulis oleh Nashiruddin al-Albani. Dalam kitab tersebut berisi hadis-hadis yang diriwaytkan oleh Abu Dawud yang dianggap sebagai hadis dha’if oleh Nashiruddin al-Albani.37

7.6.CARA PENYUSUNAN KITAB SUNAN ABU DAUD Sebagaimana telah dijelaskan diatas, bahawa Kitab Sunan Imam Abu Daud disusun mengikut cara atau urutan bab-bab fikih yang dapat memudahkan pembaca ketika mencari hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah tertentu.38 NO 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32.
37 38

NAMA KITAB Kitab al-Taharah Kitab al-Shalat Kitab al-Zakat Kitab al-Luqatah Kitab al-Manasik Kitab al-Nikah Kitab al-Talaq Kitab al-Shaum Kitab al-Jihad Kitab al-Dahaya Kitab al-Said Kitab al-Wasaya Kitab al-Fara’id Kitab al-Kharaj al-Imarah Kitab al-Janaiz Kitab al-Aiman wa al-Nuzur Kitab al-Buyu’ wa al-Ijarah Kitab al-Aqdiyah Kitab al-‘Ilm Kitab al-Asyribah Kitab al-At’imah Kitab al-Tib Kitab al-‘Atqu Kitab al-Huruf wa al-Qira’ Kitab al-Hammam Kitab al-Libas Kitab al-Tarajjul Kitab al-Khatam Kitab al-Fitan Kitab al-Mahdi Kitab al-Malahim Kitab al-Hudud

JUMLAH BAB 143 367 47 _ 98 50 50 81 182 20 4 17 17 40 84 32 92 30 13 22 55 24 15 _ 3 47 21 8 7 _ 18 40

JUMLAH HADIS 390 1165 145 20 325 129 138 164 311 56 18 23 43 161 153 84 245 70 28 67 119 71 43 40 11 139 55 26 39 12 60 143

Ibid Ibid

2

33. 34. 35.
39

Kitab al-Diyat Kitab al-Sunnah Kitab al-Adab

32 32 108

102 177 502

Dari pembahagian-pembahagian kitab tersebut jelas bahawa sunan Imam Abu Daud hanya mengumpul hadis-hadis hukum kecuali pada beberapa hadis seperti yang terdapat pada kitab ilmu dan adab. Beliau juga menghindari khabar-khabar, kisahkisah, dan mau’idah.40

7.7.SIFAT KITAB SUNAN IMAM ABU DAUD Imam Abu Daud menyusun kitabnya di Baghdad. Keutamaan penyusunan kitabnya adalah berkaitan dengan masalah hukum, jadi kumpulan hadisnya lebih berfokuskan kepada hadis yang berkaitan hukum. Sebagaimana yang di ungkapkan oleh as Suyuthi bahawasannya Imam Abu Daud hanya menghadkan di dalam bukunya pada hadis-hadis yang berkaitan dengan hukum sahaja. Abu Bakar bin Dasah mengatakan bahawa : Aku mendengar Abu Daud berkata “Aku menulis dari Rasulullah SAW sebanyak lima ratus ribu hadis, kemudian aku pilih daripada hadishadis tersebut dan aku kumpulkan serta aku letakkan dalam kitabku ini sebanyak empat ribu dan beberapa ratus hadis. Aku sebutkan yang sahih, yang serupa dengannya dan yang mendekati sahih”.41

7.8.JUMLAH HADIS DI DALAM KITAB SUNAN IMAM ABU DAUD Di atas telah disebutkan bahawa isi Sunan Imam Abu Daud itu memuat hadis sebanyak 4,800 buah hadis. Namun sebahagian ulama ada yang menghitungnya sebanyak 5,274 buah hadis. Perbezaan jumlah ini disebabkan oleh sebahagian ulama menghitung dan memandang sebuah hadis yang diulang-ulang sebagai satu hadis, namun sebahagian yang lain pula menganggap dan menghitungnya sebagai dua hadis
39

Ibid Ibid 41 Ibid
40

2

atau lebih. Dua jalan periwayatan hadis atau lebih ini telah dikenali di kalangan ahli hadis secara umum.42

Imam Abu Daud membahagi kitab sunannya kepada beberapa kitab, dan tiaptiap kitab dibahagi pula ke dalam beberapa bab. Jumlah kitab sebanyak 40 buah. Di antaranya ada 3 kitab yang tidak dibahagi ke dalam bab-bab. Sedangkan jumlah bab sebanyak 1,871 buah bab. 43 Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr hafizahullahu dalam kitab karagannya Kaifa Nastafiidu minal Kutubil Hadisiyah (hal. 18) berkata : “Kitab sunan karya Imam Abu Daud ini adalah kitab yang sangat agung, yang diperkaya oleh penulisnya di dalamnya hadis-hadis ahkam dan menyusun serta memaparkannya berdasarkan urutan bab-bab yang menunjukkan atas kefakihan dan kedalamannya terhadap ilmu riwayah dan dirayah”.44

7.9.SIFAT SUNAN IMAM ABU DAUD Naskah Imam Abu Daud berbeza mengikut anak murid kerana ianya melalui proses imla’ yang mana guru baca dan anak murid mencatat. Jika terdapat kesalahan pada catatan dan hafalan mereka akan memperbetulkannya melalui pelajar yang berkesempatan hadir semua proses ada. Ianya menyebabkan tulisan (manuskrip) sedikit berbeza seperti nombor hadis, terjemahan dan lain-lain. Imam Abu Daud memfokuskan kepada hadis-hadis hukum dan hadis yang marfu (datang terus daripada Nabi) sahaja.45

7.10.METODE MENUKILKAN HADIS

42 43

Ibid http://mujahidincyber.blogspot.com/2009/04/sejarah-hidup-imam-abu-dawud.html 44 Ibid 45 http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html

2

Sama dengan Imam Bukhari dalam memberikan maksud perkataan-perkataan yang digunakan, dan sama dengan ketelitian Imam Muslim dalam membezakan percakapan guru-guru seperti contoh, akhbarana atau ahdasana bagi membezakan sanad dan periwayat (dengan membezakan bukan sekerat-sekerat).46

Wujud juga hadis yang disalin hanya apa yang pasti dan diakhiri dengan “kemudian tidak aku dengar”, “diambil daripada..” menunjukkan betapa jujurnya beliau dalam menukilkan hadis. Wujud perawi yang terlalu ketat dan beliau tidak berjaya masuk dan mendengar, beliau mencatat “dibaca hadis itu di hadapan dan aku menjadi saksi” kerana beliau hanya mendengar di sebalik dinding sahaja.”47

7.12.KEDUDUKAN SUNAN IMAM ABU DAUD Kitab Sunan Imam Abu Daud asalnya daripada kumpulan 500,000 hadis daripada Rasulullah SAW yang kemudiannya ditapis satu-persatu untuk menjadi sebuah kitab sunan. Sunan Imam Abu Daud ialah sebuah kitab hadis yang sangat penting kepada umat Islam khususnya para mujtahidin. Imam Abu Daud hanya menumpukan kepada persoalan-persoalan fiqh sahaja. Oleh itu sunan Imam Abu Daud merupakan kitab sunan yang banyak meriwayatkan berkaitan dengan hukum hakam. Bagi menentukan kesahihan hadis didalam sunan Imam Abu Daud, para ulama berpendapat sebagaimana berikut : • Jika hadis tersebut terdapat didalam riwayat Bukhari atau Muslim maka hadis tersebut adalah dianggap sahih. • Jika tidak terdapat didalam kedua-dua atau salah satu daripada kedua syeikh itu tetapi ada ulama yang mengatakan darjat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud adalah sahih beserta dengan syarat-syarat yang boleh diterima, ia juga dikatakan hadis sahih. Manakala menurut Ibnu Sollah dan

46

47

Ibid Ibid

2

Imam Nawawi jika hadis tidak terdapat didalam mana-mana kitab sahih maka ia dianggap hadis hasan.48

7.13.RAHSIA PENGAJIAN KITAB SUNAN SITTAH Sunan Sittah masyhurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasa’i, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan al-Muwatta’ atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis termasuklah hadis maudu’. Namun, melihat kepada sistem pengajian hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah seperti berikut ; • Sunan Tirmizi : (Menyebut ikhtilaf ulamak). Kitab hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi. Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara. • Sunan Abu Daud : (Menyebut dalil masing-masing ulamak). Setelah melihat ikhtilaf ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan sandaran oleh mereka. • Sahih Bukhari : (Mengajar cara istinbat hukum dan menyatakan hadis paling sahih). Setelah mengetahui dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbat hukum daripada hadis Ini dapat kita lihat pada setiap “tarjamatul bab” (tajuk bab) yang telah diistinbatkan

48

Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam

2

hokum oleh beliau daripada ayat al-Quran atau al-Hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan. • Sahih Muslim : (Memperbanyakkan hadis sahih). Imam Muslim

memperbanyakkan hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza.49 Seolah-olah ingin menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh Imam Bukhari di bawah “tarjamatul bab” nya tidaklah banyak disebabkan syaratnya yang terlalu tinggi. • Sunan Nasa’i : (Mengajar supaya meneliti perawi hadis). Imam Nasa’i menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan cacat (‘illah) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu. • Sunan Ibnu Majah : (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis). Ini merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis, kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu’, maka para pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat dalam kitab ini. Sekiranya maudu’, maka apakah sebabnya?. Begitulah seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang hadis.50

49

50

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6544.0 Ibid

2

8.0.KESIMPULAN Kesimpulannya di sini, Imam Abu Daud banyak memberikan sumbangan yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Beliau menghasilkan karya-karya yang menjadi rujukan pada masa kini. Kecintaan beliau terhadap ilmu pengetahuan dapat dilihat semenjak berusia masih kecil lagi. Kehebatan dan kebolehan beliau dalam ilmu pengetahuan terselah ketika beliau menjejak usia dewasa. Beliau memulakan perjalanan untuk mencari ilmu pengetahuan ketika beliau berusia 18 tahun. Kegigihan dan kesungguhan beliau dalam mendapatkan ilmu pengetahuan menjadikan beliau salah seorang yang yang mahir dalam ilmu pengetahuan. Imam Abu Daud banyak menguasai ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang hadis, ilmu-ilmu berkaitan hadis dan ilmu fiqih. Beliau di didik dalam kalangan keluarga yang amat mencintai ilmu pengetahuan terutamanya ilmu hadis. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang memberi perhatian yang tinggi terhadap ilmu-ilmu hadis. Ini menunjukkan bahawa ahli keluarga beliau amat memetingkan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, perhatian yang tinggi terhadap ilmu hadis dapat meresap ke dalam diri Imam Abu Daud sehingga beliau bergelar salah seorang daripada alim hadis dan mahir dalam bidang hadis.

2

Beliau

banyak

mengembara

semata-mata

untuk

mendapatkan

ilmu

pengetahuan. Keinginan yang tinggi mendorong beliau untuk mendapatkan hadis dalam jumlah yang agak banyak. Beliau banyak menghasilkan kitab yang menjadi rujukan bagi umat Islam sebagai panduan dalam kehidupan. Diantara kitab beliau yang masih kekal sehingga ke hari ini dan yang sangat masyhur iaitu Sunan Imam Abu Daud. Susunan sunan yang dilakukan olehnya agak berbeza daripada sunan-sunan yang lain.

9.0.BIBLIOGRAFI

Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam SDN. BHD. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Empat. Kuala Lumpur : Dawama SDN. BHD. Bey Arifin. (1993). Sunan Abi Daud. Kuala Lumpur : Victoy Agencie. http://ibnyusof.blogspot.com/2010/07/pengenalan-kepada-4-kitab-sunan-siri.html diambil pada 9 Mei 2011 http://www.salafyoon.net/sirah/al-imam-abi-daud.html diambil pada 9 Mei 2011 http://solihin87.abatasa.com/post/detail/8914/biografi-imam-abu-dawud diambil pada 9 Mei 2011 http://lidwa.com/2011/biografi-imam-abu-daud/ diambil pada 9 Mei 2011 http://kitabhadith.wordpress.com/2011/01/01/imam-abu-dawud/ diambil pada 9 Mei 2011

2

http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/16/jumlah-hadist-4-sunan-abu-dawud-nasa %E2%80%99i-timidzi-ibnu-majah/ diambil pada 9 Mei 2011 http://d-scene.blogspot.com/2011/04/kitab-sunan-abu-daud.html diambil pada 9 Mei 2011 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6544.0 diambil pada 9 Mei 2011 http://nurzaman3006.blogspot.com/2008/09/periwayat-hadith-imam-abu-daud-part3.html diambil pada 9 Mei 2011 http://mujahidincyber.blogspot.com/2009/04/sejarah-hidup-imam-abu-dawud.html diambil pada 9 Mei 2011

2

10.0.LAMPIRAN

2

2

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->