You are on page 1of 32

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENGENALAN KONSEP SYARIAH PENGERTIAN KONSEP SYARIAH TUJUAN SYARIAT DASAR SYARIAT ISLAM PEMBAHAGIAN

UNDANG-UNDANG ISLAM SUMBER-SUMBER SYARIAH KONSEP ASAS SYARIAT ISLAM KAEDAH MENOLAK KERUGIAN DAN BAHAYA KAEDAH MENGHALANG KESUKARAN KONSEP MASLAHAT ELEMEN MASLAHAT KEMASLAHATAN DAN BAHAGIANNYA MASLAHAT DHARURIYAH MASLAHAT HAJIYAT MASLAHAT TAHSINIYAT KEUTAMAAN TINGKAT KEMASLAHATAN KONSEP MASLAHAH KEHUJAHAN BERKAITAN DENGAN MASALIH MURSALAH KESIMPULAN BIBLIOGRAFI
1

1 2 3 4 5 6 7 7 8 9 10 11 12 13 14 14 18 19 21 22 25 28 29

1.0.PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T. Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat menyiapkan kerja kursus, Falsafah Perundangan Islam dalam tajuk Konsep Asas Syariat Islam dan Konsep Maslahah tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi iaitu Ustaz Shahrul Hizam Bin Mokhtar. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya. Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis termampu.

2.0.PENGENALAN Syariat Islam dilaksanakan adalah untuk menjaga kepentingan setiap individu, masyarakat dan sebagainya. Tanpa adanya syariat, pasti kehidupan akan musnah disebabkan tidak adanya sistem yang wujud digunakan. Syariat Islam ini merupakan satu kepentingan pada setiap individu yang bernama muslim. Secara global, tujuan syarak dalam menetapkan hukumhukumnya adalah untuk kemaslahatan manusia seluruhnya baik kemaslahatan didunia yang fana ini mahupun di hari yang baqa kelak. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalan surah alAnbiya ayat 107 yang berbunyi :


107. dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 159 yang berbunyi :


159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Jelasnya setiap syariat Islam yang diturunkan itu mempunyai maslahat masing-masing dan hikmah yang tersendiri.

3.0.KONSEP SYARIAH Secara etimologinya, syariah bererti jalan ketempat pengairan atau jalan yang bersih yang selalu dilalui atau tempat lalu air di sungai. Erti yang akhir ini digunakan mengikut orang Arab sampai masa kini. Kata-kata syariah banyak disebutkan didalam al-Quran yang mana masing-masing mempunyai pengertian yang hampir sama. Umpamanya dalam surah alMaidah ayat 48 yang berbunyi :

48. dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah
4

disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.

4.0.PENGERTIAN KONSEP SYARIAT Konsep mengikut pengertian kamus Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud sebagai idea am atau idea yang mendasari sesuatu atau rancangan.1 Manakala syariat pula berasal daripada perkataan Arab yang bererti peraturan atau undang-undang iaitu peraturan mengenai tingkah laku yang mengikat, harus dipatuhi dan dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya. Menurut istilah (terminologi), kata syariat dapat diterangkan dengan dua pengertian iaitu pengertian yang bersifat umum dan pengertian yang bersifat khusus. Menurut pengertian bersifat umum, syariat Islam membawa maksud seluruh ketentuan ajaran agama Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini bererti syariat mencakup seluruh ajaran agama Islam yang meliputi bidang akidah, akhlak dan amaliah. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Manakala syariat mengikut pengertian khusus bererti ketentuan-ketentuan atau peraturan-peraturan agama Islam yang hanya mencakupi bidang alamiah dari ummat Islam dan tidak termasuk didalam bidang akidah dan akhlak. Pengertian syariat ini adalah mengikut kamus istilah Fiqh.2 Manakala Islam pula membawa maksud sebagai agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan ianya berasal daripada perkataan salama yang membawa maksud sejahtera. Pengertian konsep asas syariat Islam secara menyeluruh ialah, panduan dan penetapan kepada perundangan Islam. Kehidupan setiap individu muslim mahu tidak mahu tidak akan mampu untuk melarikan diri daripada berlandaskan syariat Islam kerana tanpa syariat yang ditetapkan kehidupan pasti akan porak poranda dan musnah. Hal ini jelas menunjukkaan betapa pentingnya syariah dalam kehidupan
1

)Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD., Kuala Lumpur 2007, Halaman 816. 2 )Kamus Istilah Fiqh, M.Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafiah Am, Advance Publication, Percetakan IWC SDN.BHD., Selangor Darul Ehsan, Halaman 343.

seseorang. Ianya bersifat keperluan bagi menjamin kemaslahatan hidup didunia mahupun diakhirat. Syariat memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian dan seterusnya.3

5.0.TUJUAN SYARIAT Allah menurunkan manusia ke permukaan bumi sebagai khalifah yang diperlengkapi dengan peraturan-peraturan yang sempurna yang akan menyelamatkan mereka dari segala bentuk penindasan. Peraturan tersebut dikenali sebagai syariah. Selagi manusia mahu berjalan diatas prinsip Islam yang benar pastinya mereka akan berolah kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Tujuan umum pembuatan syariat dan hukum adalah untuk merealisasikan maslahat bagi manusia dalam kehidupan, baik dengan mendapatkan manfaat bagi mereka, atau dengan menolak bahaya dari diri mereka. Dalil-dalil syarak yang menguatkan makna di atas diantaranya ialah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang berbunyi:

107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Sehingga yang dimaksudkan maqasid syariah adalah makna-makna dan tujuan-tujuan yang ditekankan dalam syariat pada seluruh hukum-hukumnya atau sebahagian besarnya. Ianya juga boleh diertikan sebagai tujuan dari pembuat syariat dalam setiap hukum dari hukumhukumnya. Diantara tujuan syariat ialah : Untuk menunjukkan bahawa ajaran dan ketentuan Allah itu lebih tinggi dan luhur nilainya dibandingkan pemikiran manusia. Melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

)Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dusuki Bin Haji Ahmad, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Percetakan Adabi SDN.BHD., Kuala Lumpur 1988, Halaman 142.

Untuk mempersatukan pandangan hidup manusia agar semuanya berada pada jalan yang benar dan mempersatukan dalam segala sikap serta perbuatan.

Untuk kesejahteraan dan keselamatan hidup manusia. Menjamin kesejahteraan hidup didunia dan di akhirat. Menjaga kepentingan setiap individu manusia.4

6.0.DASAR SYARIAT ISLAM Islam dibawa dan disyariatkan adalah untuk menekankan beberapa aspek utama iaitu : Mendidik individu. Matlamat dan maksud tujuan perundangan Islam ialah untuk mendidik individu itu sendiri supaya menjadi insan yang berguna seterusnya sebagai model dan ikutan kepada orang lain. Contohnya, mensyariatkan sembahyang. Antara tujuan disyariatkan sembahyang adalah untuk mendidik manusia daripada sifat keji dan maksiat. Menegakkan keadilan. Dasar perundangan Islam adalah untuk menegakkan keadilan terhadap individu dan masyarakat. Konteks itu keadilan dibina adalah untuk mengambil hak daripada orang zalim dan memberikan hak kepada yang dizalimi. Menjaga kemaslahatan. Maksud perundangan juga adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kepentingan individu serta masyarakat umum. Yang mana setiap yang disyariatkan adalah untuk menjaga kemaslahatan setiap masyarakat. Ianya bukan untuk kepentingan peribadi atau atas dasar hawa nafsu.5
4

)Kamus Istilah Fiqh, M.Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafiah Am, Advance Publication, Percetakan IWC SDN.BHD., Selangor Darul Ehsan, Halaman 343-344. 5 )Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Mahmood Zuhdi b.Abdul Majid, Penerbitan Universiti Malaya Kuala

7.0.PEMBAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH Undang-undang syariah dapat diklasifikasikan kedalam dua bahagian utama iaitu ibadat dan muamalat. Bahagian ibadat. Ibadat ialah perbuatan ataupun amalan yang berkaitan dengan hak Allah SWT. Tujuan ibadat adalah mendekatkan diri seseorang individu Muslim dengan Allah SWT. Contoh ibadat adalah seperti sembahyang, zakat, puasa dan menunaikan haji.6

Bahagiam muamalat. Muamalat adalah hukum yang berkaitan dengan perbuatan yang berlaku diantara sesama manusia. Ianya boleh dikatakan sebagai peraturan yang mengatur cara hidup manusia seperti jual beli, nikah, kahwin, perwarisan dan lain-lain. Muamalat dapat dibahagian kepada beberapa bahagian antaranya ialah : Undang-undang keluarga. Merupakan undang-undang berkaitan dengan perhubungan keluarga,

perkahwinan, hak-hak dan kewajipan dalam hubungan rumah tangga. Undang-undang sivil. Undang-undang yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang seperti jual beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan, persyarikatan dan sebagainya. Undang-undang jenayah.

Lumpur, Cetakan Keenam, 2004, Halaman 12. )Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publication & Distributor SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 108.
6

Iaitu undang-undang yang berhubung dengan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh manusia yang menyebabkan ia wajar menerima hukuman. Undang-undang acara sivil dan jenayah. Undang-undang berhubung dengan kehakiman, pendakwaan, tuntutan, dan cara pembuktian dengan penyaksian, ikrar, sumpah dan seterusnya.

8.0.SUMBER-SUMBER SYARIAH Dalil-dalil syarak yang menjadi panduan kepada pensyariatan syariat Islam ialah :

Dalil-dalil yang disepakati iaitu al-Quran, sunnah, ijmak. Dalil-dalil syarak yang dipertikaikan iaitu istishan, masalih mursalah, istishan, urf, syaru man qablana, qaul sahabi dan sadu zarai.7

9.0.KONSEP ASAS SYARIAT ISLAM Konsep asas syariat Islam mengandungi dua aspek utama iaitu : Mempunyai hikmah dan Illah hukum. Setiap hukum yang disyariatkan oleh Islam mempunyai hikmah tersendiri dan hukuman tersebut diturunkan bukanlah hanya sekadar diperturunkan. Secara umumnya hukuman yang diturunkan itu adalah untuk menjaga kepentingan setiap individu yang berbentuk umumiah. Hukum yang diturunkan juga mempunyai illah masing-masing bagi menjamin kesejahteraan kehidupan didunia mahupun menuju ke akhirat. Ini menunjukkan konsep asas syariat Islam itu jelas menunjukkan bahawa
7

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publication & Distributor SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 108-111.

agama Islam itu merupakan satu agama yang unik berbanding agama-agama yang lain. Setiap apa yang dilaksanakan dan disyariatkan pasti mempunyai hikmah dan illah yang tersendiri yang mana kadangkala hikmah tersebut tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia itu sendiri. Mementingkan kemaslahatan dan menolak kemudharatan. Seiringan dengan apa yang disyariatkan oleh Islam itu sendiri yang mana mestilah mengambil maslahah dan menolak segala kemudharatan. Jelasnya konsep asas perlaksanaan syariat Islam itu adalah untuk menolak segala kemudharatan yang mana Islam itu sendiri menegah umatnya untuk menghampiri kebinasaan. Setiap perkara yang memberi manfaat dan kemaslahatan mestilah diambil dan dilaksanakan dan setiap perkara yang mengandungi kemudharatan mestilah ditinggalkan dan dihapuskan. Contohnya arak. Pengharaman berlaku disebabkan ianya membawa kemudharatan terhadap peminumnya yang mana ianya boleh menjejaskan kewarasan akal serta menyebabkan individu tersebut separa sedar. Hal ini akan membawa kepada kemudharatan yang boleh menyebabkan kemusnahan tidak sahaja pada diri sendiri tetapi juga kepada setiap apa yang berada disekeliling. Hal tersebut menyebabkan pengharaman arak. Ini menunjukkan syariat Islam itu mengambil maslahah dan menolak kemudharatan.8

10.0.KAEDAH DALAM MENOLAK KERUGIAN ATAU BAHAYA Daf'u ad-dhoror bermaksud menolak bahaya atau kerugian mempunyai beberapa kaedah dalam pelaksanannya. Para ulama mengkaji dan membahas masalah ini begitu panjang dalam kitab-kitab ushul fiqh. Berikut ini adalah penjelasannya secara sederhana :

Bahaya itu dicegah sesuai dengan kemampuan (Ad-dhorori yud'fau biqodril imkan). Ertinya dalam syariat Islam sentiasa ada langkah pencegahan untuk menolak bahaya yang akan terjadi. Contohnya, disyariatkannya jihad untuk mencegah kerosakan dari serangan musuh. Kemudian syariat hak Syuf'ah bagi tetangga dan rakan kongsi dalam perniagaan.

)Filsafat Hukum Islam, Prof.Dr.H.Ismail Muhammad Syah, S.H., Penerbit Bumi Askara Jakarta, Cetakan Kedua Februari 1992, Halaman 70-71.

10

Bahaya itu harus segera dihapuskan (Ad-dhorori yuzal). Ertinya bahaya tidak dibiarkan begitu saja. Contohnya, disyariatkannya berubat (at-tadawi) ketika sakit, dan bolehnya membunuh haiwan-haiwan yang berbahaya.

Bahaya tidak boleh diatasi dengan menyebabkan bahaya lain yang sama (Ad-dhorou la yuzzal bi mitslihi). Contohnya, tidak boleh mengambil barang seseorang untuk menyelamatkan barang miliknya.

Menanggung bahaya yang paling ringan (Yartakibu akhoffu dhororoin li ittiqo asyaddhuhuma). Contohnya berdiam diri dan tidak mencegah kemungkaran di hadapan atau secara terus kerana jika dilakukan akan membahayakan jiwanya, kemudian bolehnya membelah perut wanita hamil yang telah meninggal untuk mengeluarkan janin yang dirasakan masih hidup.

Menanggung bahaya yang bersifat khusus dari yang bersifat umum (Yatahammal addhoror al-khoos lidaf'il ad-dhoror al-'aam). Contohnyanya, disyariatkannya menahan atau mengurung doktor yang bodoh atau mufti yang gila bagi mencegah bahaya bagi masyarakat umum. Selain itu, begitu juga dibolehkan menjual barang milik 'penimbun' untuk mencegah kekacauan dalam masyarakat. Begitu pula, dibolehkannya penetapan harga barang (at-tas'iir) ketika harga mula naik berlebihan.9

Mencegah kerosakan lebih didahulukan dari mendapatkan manfaat (Dar'ul mafasid aula min jalbi al manafa'i. Dalam masalah ini Rasulullah SAW bersabda : Apa-apa yang aku larang bagimu, maka jauhilah dan apa-apa yang aku perintahkan padamu maka jalanilah sesuai dengan kemampuanmu " (HR Muslim dari Abu Hurairah)

)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Pustaka Salam SDN.BHD., Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 178180.

11

Contoh : Khamr meskipun ada manfaat ekonomi, tetapi dilarang kerana ada kerosakan dan bahaya yang dihasilkan. Begitu pula, larangan membuka jendela untuk mendapatkan manfaat udara segar, jika jendela itu mengarah ke ruangan rumah tetangga yang ada isteri dan anak perempuannya ianya amat ditegah dan dilarang. 11.0.KAEDAH MENGHILANGKAN KESUKARAN Raf'u al-Kharoj atau menghilangkan kesulitan dalam Islam juga mempunyai kaedah-kaedah tertentu. Secara sederhana, perbahasannya adalah sebagaimana berikut :

Kesulitan menghasilkan Kemudahan (Al masyaqqoh tajlibu at-taysir). Contohnya, semua rukhsah yang disyariatkan sebahagian besar kerana adanya kesulitan dan kesukaran, seperti dalam keadaan bermusafir dan sakit. Begitu pula sebab lain seperti, keadaan terpaksa (al-ikroh), terlupa (an-nisyan), tidak tahu sebuah hukum (al-jahl), umum al-balwah dan lain-lain lagi.

Kesukaran secara syarak harus dihilangkan. Contohnya, diterima kesaksian satu orang wanita sahaja dalam hal-hal yang berhubungan dengan aurat dan aib wanita. Begitu pula dicukupkan dengan secara zann dalam menentukan arah kiblat jika memang kehilangan arah yang pasti.

Maslahat hajiyat boleh menjadi dharuriyat dalam hal-hal tertentu yang dilarang. Contohnya, berbagai macam jual beli masa kini yang mengandungi sedikit unsur syubhat dan ghoror (ketidak jelasan), awalnya dilarang dalam keadaan ini kecuali yang mendesak untuk kepentingan umum. Tentu sahaja hal ini memerlukan pengkajian lebih mendalam lagi.10

12.0.KONSEP MASLAHAT Menurut al-Syeikh Muhammad Khudri Bik dalam karangannya Ilmu usul al-Fiqh, majoriti ahli usul menjustifikasikan masalih al-mursalah dengan istilah al-munasib al-mursal.
10

)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Pustaka Salam SDN.BHD., Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 178180.

12

Bagaimanapun, Imam Malik lebih cenderung menggunakan istilah masalih al-mursalah. Berbeza pula dengan pendapat Imam al-Ghazali, beliau mentakrifkan konsep ini sebagai alIstislah. Sehubungan dengan itu, para ulama` berbeza pandangan dalam mendefinisikan maksud maslahah. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Abd Hamid Mutawwali dalam karangannya al-Syariah al-Islamiyyah Kamasdar Asasi li al Dustur menjelaskan dari segi terminologi maknanya, pandangan Imam al-Ghazali lebih bertepatan dan bersesuaian dengan konsep yang digunapakai. Beliau menjelaskan bahawa pengertian makna tersebut merujuk kepada perkara-perkara yang boleh memelihara dan memartabatkan objektif syara` (aldharuriyyat al-khams). Justeru itu, apa-apa unsur negatif mengikut tafsiran agama yang menjadi penghalang ke arah mencapai objektif syara` dikategorikan sebagai keburukan (mafsadah). Kemungkinan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan oleh manusia dianggap satu perkara yang baik, namun ia dianggap sebaliknya oleh syara`. Sebagai contoh, perbuatan minum arak dan berjudi di kalangan bangsa Arab Jahiliah dianggap satu perbuatan yang mulia di sisi mereka dan tidak mendatangkan keburukan. Bagaimanapun, tafsiran ini berbeza di sisi syara` dengan menjelaskan perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa. Oleh yang demikian, tafsiran memelihara kepentingan syara` perlu mengambilkira asas-asas yang dalam kerangka perundangan Islam di samping pemahaman manusia. Tegasnya, maslahah adalah perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan daripada unsurunsur kemudharatan. Menurut Muhammad `Iwadz al-Hazayimah dan Mustafa Ahmad Najib dalam kitab bertajuk al-Madkhal Ila Dirasah al-Tashri` al-Islami pada asasnya, syara` mengklasifikasikan maslahah kepada tiga komponen yang utama yang terdiri daripada maslahah dharuriyah, maslahah tahsiniyat dan maslahah hajiyat yang mempunyai peranan masing-masing.11

13.0.ELEMEN MASLAHAT
1.
11

Maslahat Duniawi / Kepentingan Urusan Kehidupan :

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 112.

13

Dikenalpasti dan disesuaikan mengikut terjemahan akal yang thiqah (yang boleh terima kesahihannya), pengalaman dan urf' (Adat). Ulama Usul Fiqh yang telah bersependapat serta berpandangan adalah sepertimana yang tertera diatas, mereka adalah Imam Malik B. Anas ( 179 H), Imam Al-Juwayni As-Syafie ( 478 H), Imam As-Sarakhasi Al-Hanafi ( 490 H) , Imam Abu Hamid Al-Ghazali ( 505 H), Imam Izuddin B Abd Salam ( 660 H) & Imam Ibn Taymiah Al-Hanbali ( 728 H) yang mana maslahah duniawi adalah untuk kepentingan setiap masyarakat dan buka individu tertentu sahaja serta bukan untuk hawa nafsu.
2.

Maslahat Ukhrawi / Kepentingan Urusan Akhirat:

Tidak boleh dipastikan kecuali melalui nas Al-Quran atau Hadith sahaja. Adapun para Fuqaha telah meletakkan beberapa kaedah bagi mengenalpasti maslahat Ukhrawi dan Duniawi, antara lain ; Memerhati dan meneliti nas Al-Quran dan Hadith yang jelas Kehendak ayat tersebut. Mengenalpasti maslahat dan Maqasid Syariah menerusi dalalah ayat perintah dan larangan. Penelitian terhadap 'ilat hukum dan seterusnya menentukan Maqasid Syariah. Kajian menyeluruh (istiqra) terhadap hukum-hukum yang telah sedia ada dan dalil-dalil hukum syara dan seterusnya menentukan Maqasid Syariah (Kehendak Syara'). Mengambil kefahaman para sahabat hasil pemahaman mereka terhadap dalil-dalil. Menggunakan akal hasil percubaan, pengalaman dan Urf (adat) yang tidak membatasi Maqasid Syariah.12

14.0.KEMASLAHATAN DAN BAHAGIANNYA Maslahat dalam pandangan syarak terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, maslahat dharuriyah (keharusan), maslahat hajiyat (keperluan) dan tahsiniyah (kebaikan atau keindahan). Penjelasan singkatnya sebagai berikut :
12

)http://www.elemenmaslahat.com.my

14

14.1.MASLAHAT DHARURIYAH Perkara al-Daruriy merupakan perkara asasi atau keperluan utama untuk memenuhi serta melaksanakan kemaslahatan dunia dan agama. Al-Imam Asy-Syatibi menerangkan maqasid dharuriyah ialah maqasid yang asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan di akhirat. Erti kata lain, ianya ialah maslahat yang mana kehidupan manusia bergantung kepadanya baik kehidupan duniawi mahupun kehidupan beragama. Maslahat ini harus ada dan wujud. Jika hilang atau rosak maslahat ini, maka akan terganggu keteraruran hidup setiap individu, serta menyebabkan tersebarnya kemusnahan dan kerosakan. Maslahat dharuriyah terbagi menjadi lima jenis iaitu penjagaan atas agama, jiwa, akal, harta, keturunan yang mana masing-masing mempunyai sebab pensyariatan tersendiri. Antaranya : 14.1.1.PENJAGAAN ATAS AGAMA (HIFDZ AD-DIN) Islam memandang agama sebagai maslahat pokok manusia, maka penjagaannya adalah sebuah keharusan. Maka di dalam Islam juga disyariatkan berjihad ketika agama mula diperangi. Demikian pula Islam memandang mereka yang murtad, tidak menjaga agamanya, adalah seorang yang halal darahnya, dan diancam dengan keabadian di neraka. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 9 yang berbunyi :


13

13

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 104-105.

15

9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orangorang Yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.14

14.1.2.PENJAGAAN ATAS JIWA ( HIFDZ AN-NAS ) Islam memuliakan nyawa seorang manusia, menganggap bahwa menghilangkan nyawa seseorang adalah kejahatan besar, yang sama dengan menghilangkan seluruh nyawa manusia. Islam juga menjaga jiwa seseorang dengan memberikan ancaman hukuman qisas bagi seorang yang menghilangkan nyawa seseorang. Islam juga melarang seseorang daripada tidak menghargai nyawanya sendiri. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 29 yang berbunyi :

29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.15

14

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 104-105. 15 )Perbahasan Usul al-Ahkam, Ust.Abdul Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Jun 2001, Halaman

16

14.1.3.PENJAGAAN ATAS AKAL ( HIFDZ AL-AQL ) Islam memuliakan akal manusia, meminta mereka mengoptimalkan penggunaannya untuk kemaslahatan manusia. Islam melarang daripada melakukan aktiviti yang merosak dan menghilangkan akal seperti, minum khamr. Lebih dari itu Islam juga memberikan hukuman kepada setiap orang yang berkaitan dalam setiap aktiviti produksi, distribusi dan juga konsumsi khamr. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90 yang berbunyi :


90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : " Terlaknat sepuluh orang dalam khamr : yang memerasnya, yang meminta diperaskan, yang membawanya, yang dibawakan kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang mendapat harganya, yang membeli dan yang membelikan baginya " (HR Ibnu Majah dan Tirmidzi)16

14.1.4.PENJAGAAN ATAS KEHORMATAN DAN KETURUNAN ( HIFZUL AL-IRD WA AN-NASAB ) Islam tegas memuliakan kehormatan dan garis keturunan. Maka syariat Islam jelas-jelas telah melarang mendekati zina. Bagi para pelaku zina diancam hukuman yang berat, kerana ianya
16

)Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise Cetakan Pertama Jun 2001, Halaman 246.

17

merosakkan kehormatan seseorang. Lebih khusus pezina yang sudah berkahwin, diancam hukuman mati (rejam) kerana merosakkan kehormatan rumah tangga sekaligus mencampuradukkan nasab. Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2 yang berbunyi :

perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.17

14.1.5.PENJAGAAN ATAS HARTA ( HIFZUL MAL ) Islam mengakui milik seseorang individu atas hartanya dan menghargainya. Maka islam melarang memperolehi harta dari yang lainnya kecuali dengan cara dan kaedah yang sah, baik, dan saling meredhai. Islam juga tidak ragu-ragu untuk menjatuhkan hukuman potong tangan bagi mereka yang mencuri dalam jumlah besar. Firman Allah SWT dalam surah alMaidah ayat 38 yang berbunyi :


17

)Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise Cetakan Pertama Jun 2001, Halaman 246-247.

18


38. Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.18

14.2.MASLAHAT HAJIYAT Ianya perkara dan keperluan manusia yang mereka hajati atau keperluaan untuk memudahkan urusan hidup dan akhirat mereka serta menghilangkan kesempitan. Ianya ialah maslahat yang mana manusia memerlukannya untuk mendapatkan kemudahan bagi mereka serta menghilangkan kesukaran dalam kehidupan mereka. Jika maslahat ini hilang atau tidak wujud, ianya tidak merosakkan kehidupan seseorang individu, akan tetapi menjadikan kehidupan menjadi sukar dan berat. Contoh maslahat ini dalam masalah ibadah : disyariatkannya rukhsah (keringanan) untuk solat qasar dan jamak bagi orang yang bermusafir. Begitu juga kebolehan berbuka puasa bagi orang yang sakit dan musafir ketika puasa Ramadhan. Selain itu maslahat ini berlaku juga dalam konsep muamalat. Contoh dalam muamalat ialah diharuskan akad yang diperlukan oleh manusia dan demi kemaslahatan mereka seperti, jual salam, sewa menyewa, pelaburan, syarikat dan upah mengupah. Antara lain juga disyariatkan talak bagi pasangan yang tidak serasi. Selain itu perkara yang berkaitan dengan hukuman juga turut berlaku. Contohnya ialah, digugurkan hukuman hudud sebab ada syubhat dengan membayar diyat dan kaffarah terhadap keluarga pembunuh yang membunuh tidak sengaja atau hak memberi keampunan bagi wali mangsa terhadap penjenayah. Dalil syarak dalam maslahah ini ialah dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
18

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 106.

19


19

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
19

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 114.

20

14.3.MASLAHAT TAHSINIYAT Ianya dikenali juga sebagai maslahah kamaliyat. Hukum kepada maslahah ini adalah untuk kembali kepada memperbaiki keadaan hidup manusia supaya menjadi sesuai dengan maruah, akhlak yang mulia dan adapt yang baik. Jika maslahah ini wujud, ianya akan menambah kehormatan dan kelengkapan iaitu berhubungan dengan adat-adat yang baik dan kesempurnaan akhlak. Jika tidak terpenuhi tidak mengganggu kehidupan dan tidak menyebabkan kesulitan, namun akan dianggap kurang sesuai bagi setiap orang yang berakal. Contohnya dalam masalah ibadah. Disyariatkannya thaharah (bersuci) bagi badan, pakaian dan tempat solat sebelum solat. Dianjurkannya memakai pakaian yang baik ketika hendak pergi ke masjid, serta melaksanakan berbagai bentuk solat dan puasa sunat. Contoh lain adalah dalam masalah muamalat iaitu larangan jualan atas jualan orang lain, larangan jualan secara tipu. Contoh dalam skop akhlak dan keperibadian ialah, wanita diharamkan keluar rumah dan merayau-rayau dijalan dengan mendedah aurat serta segala bentuk yang membawa kearah fitnah.20

Dalil syarak mengenai maslahat tahsiniyah ini adalah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang berbunyi :


20

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 114-116.

21


6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.21

21

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 116.

22

Rasulullah SAW juga bersabda dalam beberapa hadits : "Sesungguhnya Allah maha Indah Menyukai keindahan ", "Sesungguhnya Allah itu Maha Terpuji dan tidak menerima kecuali yang terpuji / baik ", serta hadits : " Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ".22

15.0.KEUTAMAAN TINGKAT KEMASLAHATAN Berdasarkan ketiga-tiga kemaslahatan tersebut, ianya menduduki tingkat kemaslahatan yang berbeza-beza mengikut kepentingan dan sudut keutamaannya sendiri. Dimana tingkat keperluan dhururiyah menduduki kedudukan yang paling tinggi kerana semua maslahat yang lain tidak akan dapat dipenuhi jika maslahah peringkat ini tidak dipenuhi. Imam al-Ghazali menyatakan menjaga kemaslahatan yang diiktibar itu adalah termasuk didalam kemaslahatan dharuriyah. Lima kemaslahatan tersebut ialah menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Ia adalah kemaslahatan yang paling kuat dan merupakan kepentingan asasi. Selepas kemaslahatan tersebut, diikuti pula dengan kemaslahatan hajiyat. Dimana hukum hajiyat disyariatkan adalah untuk menyempurnakan keperluan dharuriyah iaitu memenuhi keperluan manusia. Ianya bertujuan untuk memberi kelengkapan hidup dalam diri setiap manusia. Ianya bagi menjamin kehidupan kearah yang lebih elok dan lebih baik. Manakala tahap yang paling rendah sekali ialah kemsalahatan tahsiniyat. Iaitu maslahat yang dikenali juga sebagai maslahat kamaliyat. Ianya merupakan maslahat kesempurnaan. Kemaslahatan tahsiniyat adalah untuk melengkapi kemaslahatan hajiyat. Kemaslahatan tahsiniyat adalah untuk bertujuan bagi kemewahan hidup dan menyempurnakan kehidupan setiap individu. Namun pada hakikatnya ketiga-kita maslahat tersebut saling melengkapi antara satu dengan yang lain dan saling berkaitan.23

22

)Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications & Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003, Halaman 116. 23 )Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise Cetakan Pertama Jun 2001, Halaman 249.

23

16.0.KONSEP MASLAHAH
1. Maslahah Muktabarah.

Iaitu maslahah yang diakui oleh syarak yang ada ada kaitan dengan hukum-hakam syarak seperti untuk menjaga agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Pensyariatan jihad untuk menjaga agama, qisas untuk menjaga nyawa, hudud arak untuk menjadi akal, hudud zina dan qazaf untuk menjaga kehormatan, dan hudud sirqah untuk menjaga harta. Maslahah dalam kategori ini bermaksud maslahah yang diterima oleh syara` untuk mencapai yang dharuriy (kepentingan manusia) yang merangkumi semua objektif syara.
2. Maslahah Mulghah.

Iaitu maslahah yang diingkari oleh syarak (ilgha) atau erti kata lain maslahah yang tidak diambil kira oleh syarak. Jika maslahah muktabarah ianya diakui oleh syarak, tetapi maslahah mulghah ini adalah sebaliknya iaitu, ianya tidak diiktiraf oleh syarak. Sebagai contohnya, adanya kemashlahatan untuk menyamakan harta perwarisan di antara anak lelaki dan perempuan, syara' tidak mengakuinya sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 11 yang berbunyi :


24


24

11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
24

)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 49-52.

25

Contoh maslahah yang lain adalah memakan riba yang mana menambah kekayaan dari wang riba, maka syariat telah mengingkari berdasarkan nas pengharaman riba


25

275. orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang
25

)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 49-52.

26

telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Maka tidak layak untuk menjadikan muamalat riba ini sebagai salah satu cara untuk perlaburan harta dan penambahannya. Contoh yang lain adalah tidak ikut serta dalam peperangan jihad kerana ingin menjaga dirinya dari kemalangan dan kebinasaan. Sedangkan syara' telah mengingkari hal sebegini.

3. Maslahah Mursalah.

Kemaslahatan-kemaslahatan yang terlepas dari dalil (tidak ada dalil mengakui dan menolaknya). Ianya adalah kemasalahatan-kemaslahatan yang tidak disebut oleh nas syarak secara khusus ataupun disebut terhadap yang sejenisnya, tetapi nas-nas syarak secara umum menujukkan adanya kemaslahatan, kerana syarak datang untuk mendatangkan kemaslahatan dan menyingkirkan kemudharatan. Inilah yang dijadikan dalil ketika tidak ditemui dalil secara khusus bagi menghukum satu permasalahan. Hanya sebahagian ulama shaja yang mengambil Mashalih al-Mursalah sebagai dalil, tetapi membatasinya pada maslahat yang sesuai dengan Maqasid syarie (tujuantujuan syara') sahaja. Seperti perkataan al-Khawarizmi : "Yang dimaksud dengan maslahat adalah memelihara tujuan syara' iaitu menyingkirkan kerosakan dari makhluk". 26

Masalih murasalah juga merupakan keadaan atau sifat yang relevan untuk dijadikan asas hukum yang memberi implikasi kebaikan dan menghindarkan kemudharatan serta tiada nas yang menyokong sama ada ia diterima atau ditolak. Meskipun begitu, sebahagian daripada ulama menamakan konsep ini sebagai al-Istislah. Sebagai contoh, pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf pada zaman Saidina Abu Bakar
26

)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 49-52.

27

yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Saidina Umar menjalankan pentadbiran negara berasaskan maslahah (kepentingan umum) seperti membentuk jabatan-jabatan kerajaan, membina penjara. Begitu juga Saidina Ali mewajipkan memberi pampasan gantirugi oleh pihak tukang yang menerima tempahan membuat sesuatu sekiranya berlaku apa-apa kecacatan ke atas barang buatannya atas dasar kepentingan umum (maslahah) yakni meliputi kepentingan semua bahagian masyarakat.27

17.0.KEHUJAHAN BERKAITAN DENGAN MASALIH MURSALAH Para ulama` mempunyai persepsi yang tersendiri dalam menerima pakai teori masalih almursalah sebagai asas dalam pembinaan hukum. Menurut Mohd Saleh Haji Ahmad dalam karangannya Pengantar Syariat Islam Sekiranya diteliti dalam perbincangan kitab-kitab fiqh, perbahasan konsep ini sebagai sumber hukum terbahagi kepada tiga aliran mazhab. Iaitu : Aliran pertama berpendirian al-Masalih Mursalah tidak boleh dijadikan hujah secara mutlak. Golongan yang berpandangan sedemikian terdiri daripada pendapat jumhur al-Shafi`iyyah, al-Hanafiyyah, ahli Zahiri dan sebahagian ulama mazhab Maliki.

Aliran kedua yang terdiri daripada al-Imam al-Ghazali dan al-Baidhawi dari golongan mazhab Shafi`i berpandangan kehujahan al-Masalih Mursalah sebagai instrumen hukum digunapakai apabila memenuhi tiga elemen berikut :
Maslahah hanya boleh diaplikasikan pada tahap darurat dan bukannya pada

tahap hajat. Sebagai contoh, kemudahan rukhsah dalam ibadat bagi situasi tertentu yang diizinkan syara` seperti kesukaran (masyyaqah) ketika menunaikan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya.28

Qat`iyyah bukan Zanniyah.


Bentuk kulliyyah (keseluruhan) dan bukan berbentuk Juziyyah (sebahagian).

Menurut Sheikh Abu al-Nur dalam kitabnya Usul Fiqh menjelaskan


27

)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 28 )Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman

Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan 49-52. Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan 57-58.

28

maslahah dalam kategori ini bermaksud sesuatu perkara yang ditetapkan oleh kaedah pembinaan hukum sebagai maslahah dan tidak menimbulkan keraguan. Begitu juga dengan maslahah yang bersifat kulliyyah bermaksud maslahah yang memberi faedah kepada kepentingan awam dan bukannya bersifat individu. Dalam teks perundangan fiqh, contoh yang diberikan bagi kategori kedua dan ketiga seperti apabila orang kafir menjadikan tawanan orang Islam sebagai benteng perisai bagi melindungi diri mereka. Dalam situasi ini, membunuh orang Islam yang diperalatkan oleh tentera musuh sebagai benteng perisai bersifat qati`yah. Ini kerana, jika tentera Islam tidak berbuat demikian sekiranya kemenangan berada di pihak musuh maka lebih ramai lagi umat Islam akan dibunuh. Dalam kes ini memelihara umat Islam dari dibinasakan secara keseluruhannya dikategorikan sebagai maslahah yang bersifat kulliyyah.

Aliran ketiga pula dipelopori oleh Imam Malik dan satu riwayat dari Imam Shafi`i. Pemakaian teori Masalih al-Mursalah tertakluk kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Syarat-syarat yang dipersetujui seperti maslahah tersebut bersifat pasti dan bukannya andaian atau sangkaan (waham). Dalam masa yang sama tidak terdapat mana-mana nas yang membatalkannya. Di samping itu, maslahah yang hendak dilaksanakan tersebut perlu berasaskan kepada kepentingan umum dan bukannya atas dasar individu. Sehubungan dengan itu, maslahah tersebut bersifat rasional dan realistik dan juga boleh berfungsi menghapuskan kemudharatan dan kesukaran yang pasti. Daripada perbezaan pendapat di atas dapat dirumuskan dua aliran mazhab menyokong pemakaian teori masalih al-mursalah sebagai sumber hukum dalam perundangan Islam meskipun terdapat perbezaan dari aspek syarat-syarat untuk menguatkuasakannya. Apa yang jelas perbezaan ini hanya melibatkan perbezaan pemahaman dan pentafsiran dari segi hirarki keutamaan maslahah. Sebagai contoh, Imam al-Ghazali menerimapakai konsep masalih mursalah pada tahap daruriyyah dan bagi Imam Malik meletakkan pemakaian teori tersebut pada tahap hajiyyah.29

29

)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 52-58.

29

Secara

keseluruhannya,

maslahah

bertujuan

untuk

menghasilkan

kebaikan

dan

menghindarkan keburukan. Dalam membahaskan tentang maslahah ini, sudah semestinya tidak dapat lari dari dikaitkan dengan `illah iaitu asas yang digunapakai dalam membuat kesimpulan hukum. Sebagai contoh, inisiatif yang dibuat oleh Sayyidina Abu Bakr mengumpulkan al-Quran. Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan awam disebabkan beliau bimbang hilangnya ayat suci dari muka bumi ekoran mengingatkan banyak berlaku kematian di kalangan para penghafaz al-Quran seramai 70 orang di medan perang dalam peperangan al-Yamamah tersebut.30

30

)Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid 1, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cetakan Kedua 2001, Halaman 59.

30

18.0.KESIMPULAN Sebagai natijah kepada perbincangan topik ini, syariat islam merupakan agama yang terakhir membawa sinar harapan kepada seluruh manusia dalam membantu mengatur dan menyusun sistem kehidupan yang lebih sempurna. Ketika manusia meneruskan survival kehidupan mereka yang penuh dengan cabaran, doktrin maslahah dilihat sebagai sebahagian daripada alternatif perundangan Islam yang penting untuk berfungsi dalam pentas dunia moden. Realiti ini menjadikan sumber perundangan Islam bersifat dinamis dalam menjamin kemaslahatan manusia. Meskipun begitu, dalam menerimapakai doktrin maslahah, para fuqaha perlu mengikut hirarki sumber perundangan Islam supaya kepentingan umum yang difahami manusia tidak berlaku kontradiksi dengan sumber asas perundangan Islam. Secara umumnya dapat difahami bahawa doktrin maslahah dapat membantu memperkayakan sumber pembendaharaan fiqh yang sedia ada dalam menjawab pelbagai persoalan semasa kehidupan manusia yang meliputi aspek sosial, ekonomi, politik, perubatan, sains dan teknologi, pertahanan dan sebagainya. Konsep syariat Islam ini dapat menjamin kesejahteraan hidup didunia dan di akhirat. Syariat Islam yang diperintahkan itu juga membawa kemudahan dan menghilangkan kseukaran sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi :

185.Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Hal ini menunjukkan bahawa setiap apa yang disyariatkan oleh Allah SWT mempunyai rukhsah yang tersendiri. Selain itu juga setiap syariat itu mempunyai hikmah dan illah tersendiri. Hikmah tersebut adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan bagi mencapai maqasid syariah dan jawapan sebagai pertanyaan mengapa sesuatu hukum diturunkan.

31

19.0.BIBLIOGRAFI 1. Perbahasan Usul al-Ahkam, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.Bhd., Ilham Abati Enterprise, Edisi Pertama Cetakan Pertama Jun 2001.
2. Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua, Mohd.Liki Hamid, PTS Publications &

Distributors SDN.BHD., Terbitan Pertama 2003. 3. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Ilham Abati Enterprise, Pustaka Salam SDN.BHD., Cetakan Pertama Oktober 2000.
4.

Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Mahmood Zuhdi b.Abdul Majid, Penerbitan Universiti Malaya Kuala Lumpur, Cetakan Keenam, 2004.

5. Al-Syariah Konsep dan Perundangan Islam Jilid !, Siti Zalikhah Haji Md.Nor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2001, Cerakan Kedua 2001.
6. Filsafat Hukum Islam, Prof.Dr.H.Ismail Muhammad Syah, S.H., Penerbit Bumi

Askara Jakarta, Cetakan Kedua, Februari 1992. 7. Kamus Istilah Fiqh, M.Abdul Mujieb Mabruri Tholhah Syafiah Am, Advance Publication, Percetakan IWC SDN.BHD., Selangor Darul Ehsan. 8. Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dusuki Bin Haji Ahmad, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Percetakan Adabi SDN.BHD., Kuala Lumpur 1988.
9. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama SDN.BHD.,

Kuala Lumpur 2007.


10. http://www.elemenmaslahah.com.my

32

You might also like