You are on page 1of 43

1

ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
JENAYAH
PENGERTIAN JENAYAH 5
y PENGERTIAN MENGIKUT BAHASA 5
y PENGERTIAN MENGIKUT ISTILAH 5
HUDUD
PENGERTIAN HUDUD 6
JENIS JENAYAH HUDUD 7
y ZINA 8
y QAZAF 12
y MINUM ARAK 14
y MENCURI 17
y ROMPAK DAN SAMUN 20
y MEMBERONTAK 21
y MURTAD 22
QISAS
PENGERTIAN QISAS 23
SYARAT WAJIB QISAS 23
SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN 23
SYARAT TERHADAP MANGSA 24
HALANGAN PELAKSANAAN QISAS 24
BAHAGIAN-BAHAGIAN QISAS 25
JENIS-JENIS QISAS 25
SYARAT-SYARAT QISAS 31
PENGGUGURAN QISAS 31
PELAKSANAAN HUKUMAN 31

2

DIYAT
PENGERTIAN DIYAT 32
PEMBAYARAN DIYAT PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA 33
DIYAT PEMBUNUHAN SENGAJA 33
DIYAT PEMBUNUHAN TIDAK SENGAJA DAN SEPARUH
SENGAJA 34
KADAR DIYAT 34
DIYAT BAGI MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN 35
TAZIR
PENGERTIAN TAZIR 36
TAZIR SEBAGAI HAK 36
PENETAPAN HUKUMAN TAZIR 36
BAHAGIAN TAZIR 37
JENIS-JENIS HUKUMAN TAZIR 38
TUJUAN PELAKSANAAN HUKUMAN TAZIR 39
PERBEZAAN HUKUMAN HUDUD, QISAS DAN TAZIR 40
KESIMPULAN 42
BIBLIOGRAFI 43








3


1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan
utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang
mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T
diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya
yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat
menyiapkan kerja kursus, Fiqh Jenayah dalam tajuk Hudud, Qisas, Diyat dan Tazir tanpa
sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis
gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi
iaitu Ustazah Syaripah Nazirah binti Syed Ager. Penulis amat menghargai bantuan beliau
yang memberi penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung
dalam pembabitan kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat
menyiapkan dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang
sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.
Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi
insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis
termampu.



4


2.0.PENGENALAN
Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan diatas apa yang mereka lakukan sama ada
perbuatan itu baik mahupun buruk, kecil ataupun besar. Sebagaiman firman Allah SWT
dalam surah Al-Zalzalah ayat 7-8 yang berbunyi ;
o Vo XBld LH b4MM.
`M ." Vo XBld 1H
b'MA `M
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)!
Konsep utama penciptaan dan perutusan manusia kea lam dunia ini ialah untuk mengabdikan
diri kepada Allah SWT dan memakmurkannya. Justeru itulah Islam menyuruh umatnya
melakukan amalan kebajikan dan kebaikan di dunia ini. Sesiapa yang melakukan maksiat dan
kejahatan akan dijanjikan dengan azab yang pedih di akhirat nanti. Sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat ke 56 yang berbunyi ;
l CBb Pb"MAAH B.11B) B
M1 boHB Bo1H 6=d T1
.1OP) bT1 B.MMA
PbC"M.MO .LbAMOBb N .l Bb CAH
b BdoTN=
56. Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat -ayat keterangan kami, Kami
akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami
gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan
(ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sudah diketahui umum bahawa undang-undang jenayah Islam adalah yang terbaik, namun
begitu secara keseluruhannya dalam dunia hari ini, undang-undang jenayah Islam hanya
wujud secara teori sahaja dan ia tidak dilaksanakan dalam kehidupan sehari-harian.
5



3.0.JENAYAH
3.1.PENGERTIAN JENAYAH
3.1.1.JENAYAH MENGIKUT PENGERTIAN BAHASA
Jenayah mengikut pengertian bahasa membawa maksud segala perbuatan dosa dan tercela.
Selain itu ianya juga dikenali daripada perkataan Jarimah berasal daripada perkataan Jarama
yang membawa maksud berusaha kearah melakukan perkara keji dan tidak baik. Ini bererti
Jarimah ialah sesuatu kejahatan yang membawa kepada dosa
1
. Perkataan ini dipakai dalam
Al-Quran dengan ungkapan pelbagai-bagai seperti Ajramu
2
,Yajrimannakum
3
dan Ajramna
4.
Untuk memberi maksud ini perkataan Jenayah adalah berasal daripada perkataan Janna
bermaksud melakukan kejahatan dan Jenayah adalah sesuatu kejahatan yang dilakukan.
Perkataan Jarama adalah membawa maksud yang sama dengan Jenayah. Konteks kata yang
lebih jelas membawa maksud Jenayah ialah, satu perbuatan yang tidak sah menurut undang-
undang atau kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.

3.1.2.JENAYAH MENGIKUT PENGERTIAN ISTILAH FUQAHA
Mengikut pengertian istilah, para ulama telah memberikan dalam beberapa pengertian,
antaranya ialah ;
y Menurut pengertian umum : Jenayah ialah kesalahan dan perbuatan yang dilarang di
sisi undang-undang syara dan pesalah dikenakan hukuman hudud, qisas atau tazir.
5






1
)Ibrahim Mustafa Ahmad Hasan al-Zayat,Al-Mujam al-Wasit,Misr 1961,halaman 118
2
)al-Quran,al-Anam,6:124
3
)al-Quran,al-Maidah,5:2
4
)al-Quran,Saba,4:25
5
)Undang-undang Jenayah Islam, Prof.Madya Dr.Mat Saad Abd.Rahman, Jiwamas Printers SDN.BHD., Cetakan
Pertama Jun 1989, Halaman 7-10
6

Iaitu segala perbuatan jahat yang dilakukan dengan tujuan untuk menceroboh harta
benda, kehormatan, anggota dan tubuh badan manusia serta semua kesalahan yang
meliputi perbuatan jahat baik kesalahan tersebut berkaitan dengan hak Allah dan hak
manusia.
y Jenayah dalam pengertian lain bermaksud seorang mukallaf yang melakukan
perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh dengan
menderhakai syariat Islam dan hukum Allah.
y Menurut pendapat Imam Al-Mawardi : Jenayah ialah segala perbuatan yang
diharamkan oleh syara dengan hukuman hudud, qisas dan tazir.
y Menurut istilah jumhur fuqaha, jenayah ialah sesuatu perbuatan yang diharamkan
oleh syara sama ada ia dilakukan terhadap diri manusia, anggota badan serta harta,
serta semua kesalahan yang merangkumi hukuman hudud, qisas dan tazir.
6


4.0.HUDUD
4.1.PENGERTIAN HUDUD
Hudud menurut bahasa adalah kata jamak bagi perkataan Had. Menurut pengertian bahasa ia
bermaksud untuk mencengah, atau menyekat di antara dua perkara atau benda dan ia juga
membawa maksud halangan. Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap
perbuatan jahat. Iaitu sesuatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk dan kadarnya
telah ditentukan oleh Allah SWT dan syarak. Ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak
Allah SWT dan hak masyarakat awam. Hudud mengikut pengertian yang lain ialah hukuman
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran serta ditetapkan oleh Nabi SAW
melalui hadith Baginda. Contohnya hukuman rejam terhadap penzina yang muhsan telah
ditetapkan sebanyak 100 kali sebatan. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah an-Nur
ayat 2 yang berbunyi :
7

.MbOBb bOBb." Pb"BbBB VH
P`." Bo8. PB 1Bb P N."
)HM.0V Bo 0.H T Bb l

6
)Undang-undang Jenayah Islam, Prof.Madya Dr.Mat Saad Abd.Rahman, Jiwamas Printers SDN.BHD., Cetakan
Pertama Jun 1989, Halaman 7-10
7
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 268-267
7

/1H 1V BB) .MOBb." M.1Bb
P P.TO." Bo.bAM AB ..
1oOBb
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap -tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.
Hudud mengikut pengertian istilah yang lain ialah balasan keseksaan yang telah ditentukan
kadarnya oleh syarak untuk menjaga hak Allah dan hak manusia umum.
8


4.2.JENIS JENAYAH HUDUD
Antara jenis jenayah hudud adalah seperti berikut :
y Berzina.
y Qazaf.
y Minum arak.
y Berjudi.
y Merompak dan menyamun.
y Memberontak.
y Murtad.
9





4.3.ZINA

8
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 268-267.
9
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 269-270.
8

4.3.1.PENGERTIAN ZINA
Zina ialah melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara sah.
Sedang penzina tersebut adalah seorang yang waras, baligh, dengan kemahuan sendiri serta ia
mengetahui perbuatan yang dilakukan itu adalah haram. Menurut pendapat Imam al-Kasani,
zina ialah persetubuhan haram pada faraj perempuan yang masih hidup dengan kemahuannya
sendiri tanpa hak milik dan tanpa hak milik syubhat dan tanpa akad nikah yang sah serta
dilakukan dalam negara Islam yang melaksanakan syariat Islam. Manakala mengikut Ibnu
Quddamah, perbuatan zina ialah menyetubuhi perempuan pada farajnya secara haram dan
tanpa syak dan syubhat.

4.3.2.SYARAT HAD ZINA
Seseorang itu mestilah dikenakan had zina sama ada direjam atau disebat apabila mempunyai
syarat berikut :
y Cukup umur.
y Waras.
y Kemahuan sendiri.
y Jelas kelelakian dan kewanitaannya.
y Masuk kesemua hasyafah dalam faraj.
y Persetubuhan yang bukan syubhat.
4.3.3.SABIT ZINA
Sesuatu persetubuhan haram secara umumnya dikira sabit sebagai perbuatan zina dengan tiga
cara iaitu :
y Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya.
y Pengakuan zina yang cukup syaratnya.
y Qarinah.
10


4.3.4.HAD ZINA

10
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 270-271.
9

Tentang had kesalahan zina secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
y Rejam.
y Sebat atau buang daerah.

4.3.5.HUKUMAN REJAM MENGIKUT PENDAPAT ULAMAK
Hukuman rejam sampai mati tersebut hanya dilaksanakan terhadap pasangan lelaki dan
perempuan yang telah berkahwin dan bersetubuh secara sah dengan orang lain. Hukuman
tersebut terdapat dalam nash Al-Quran yang telah dimansuhkan bacaan serta tulisannya.
Namun hukuman masih terus dikekalkan di mana ayat tersebut sebelum dinasakhkan dari
segi tulisan dan bacaan adalah sebahagian daripada Surah An-Nur yang maksudnya berbunyi:
Lelaki tua dan perempuan tua apabila keduanya berzina maka rejamlah keduanya sebagai
balasan daripada Allah.
Hukuman rejam tersebut juga terdapat dalam hadith sahih serta Sunnah filiyyah Baginda.
Sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Ubadah bin al-Saamit yang
bermaksud :
Ambillah daripadaku,sesungguhnya Allah telah menetapkan cara untuk mereka (terlepas
dari dosa)hendaklah disebat sebanyak 100 kali dan direjam dengan batu.
Jumhur ulamak berpendapat demikian juga dengan menambah lagi yang mana sebenar nya
hukuman sebatan 100 kali terhadap penzina yang belum berkahwin adalah sebagai
pengajaran dan bukan untuk mematikan. Oleh itu sekiranya pasangan yang telah berkahwin
itu disebat 100 kali sebelum direjam tidak ada guna terhadap mereka dan pengajaran itu tidak
ada faedahnya sebab mereka akan direjam sehingga mati selepas itu.
11



4.3.6.HUKUMAN SEBATAN DAN BUANG DAERAH MENGIKUT PENDAPAT
ULAMAK

11
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 274-2278.
10

Hukuman sebatan dan buang daerah ini adalah hukuman terhadap penzina yang belum
berkahwin. Hukuman sebatan 100 kali telah dijelaskan di dalam Al-Quran pada surah Al-Nur
ayat 2 yang berbunyi :
.MbOBb bOBb." Pb"BbBB VH
P`." Bo8. PB 1Bb P N."
)HM.0V Bo 0.H T Bb l
/1H 1V BB) .MOBb." M.1Bb
P P.TO." Bo.bAM AB ..
1oOBb
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap -tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.
Manakala hamba pula mestilah dikenakan sebatan separuh daripada sebatan terhadap orang
yang merdeka. Iaitu sebanyak 50 kali sebatan. Sebagaiman firman Allah dalam surah Al-
Nisa ayat 25 yang berbunyi :
." O 1 N1 N "0
AP1 6ooOBb 6ooOBb o
B 6N`1 N1o"0 . N1.T1
6ooOBb P Bb." `1"0 N1oT) P
N) H. l) P NBB
T) 1"0 Vb.."
.H0 B"oOBB) 6o
.MMA 16 N." dAM1
bP."0 P bT =0 T V"0
A) M`1 b B `V
6ooOBb LbAMOBb P O
oO YH. 6.1OBb N1 P "0."
Pb"MOV MM. NO N Bb." HA
M=H
12


12
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 278-279.
11

25. dan sesiapa di antara kamu Yang tidak mempunyai kemampuan Yang cukup untuk
berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang baik-baik (yang merdeka, Yang terpelihara
kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin Dengan hamba-hamba
perempuan Yang beriman Yang kamu miliki. dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu;
kamu masing-masing (suami Yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal
sama (dari Adam, dan seugama pula). oleh itu berkahwinlah Dengan mereka Dengan izin
walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut Yang patut. mereka (hamba-hamba
perempuan Yang akan dijadikan isteri, hendaklah) Yang sopan bukan perempuan -perempuan
lacur, dan bukan pula Yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. kemudian setelah
mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji
(zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa Yang ditetapkan ke atas
perempuan-perempuan Yang merdeka. (Hukum perkahwinan) Yang demikian (yang
membolehkan seseorang berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-
orang Yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin
Dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Tentang hukuman buang daerah yang dilaksanakan disamping sebatan sebanyak 100 kali
seperti yang dinyatakan oleh ulama dan fuqaha dalam hadith yang mana berlaku
percanggahan antara mereka iaitu :
y Imam Hanafi berpendapat bahawa hukuman buang daerah itu tidak wajib. Ia boleh
dilaksanakan jika perlu dan berdasarkan pendapat serta penilaian hakim dan qadi
kerana ia bukan termasuk dalam hukuman hudud, tetapi adalah sebagai tazir.
y Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafii berpendapat bahawa hukuman buang
daerah adalah wajib dan ia hendak dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan
100 kali. Keran bagi mereka hukuman sebatan itu juga termasuk dalam hukum hudud.
Sebatan dan buang daerah adalah bagi penina yang bukan muhsan berdasarkan hadis
riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi yang maksudnya : Ambillah dariku
sesungguhnya Allah SWT telah menentukan bagi mereka yang dara dan teruna rotan
100 kali dan dibuang daerah selama setahun, sesiapa yang sudah berkahwin dengan
yang sudah berkahwin pula ialah sebatan 100 kali dan direjam.
13


13
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 278-279.
12

4.4.QAZAF
4.4.1.PENGERTIAN QAZAF
Qazaf dalam bahasa bermaksud melemparkan tuduhan atau lontar. Manakala mengikut
pengertian istilah pula membawa maksud sebagai menuduh seseorang yang suci dan terpuji
baik lelaki mahupun perempuan dengan tuduhan zina. Menurut istilah syarak juga,Qazaf
ialah menuduh seseorang melakukan zina tanpa bukti yang kukuh.
4.4.2.HAD QAZAF
y Hukuman asal sebatan sebanyak 80 kali.
y Hukuman tambahan iaitu tidak diterima penyaksian mereka.
Sekiranya penuduh tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi maka hendaklah ia
disebat sebanyak 80 kali sebatan. Tetapi bagi hamba hendaklah ia disebat sebanyak
40 kali sebatan. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4 yang
berbunyi :
CBb." M 6ooOBb
O PbV0 )H"0) .bP
"P1BB 1./" 1Bb N."
Pb1lV ==1 P boP)"0 P
O0"0." lAOBb
4. dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang
fasik;
4.4.3.SABIT KESALAHAN QAZAF
y Lafaz qazaf.
y Orang yang melakukan qazaf.
y Orang yang dituduh.
14



14
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 280-282.
13

4.4.3.1.LAFAZ QAZAF
y Lafaz jelas dan nyata.
y Lafaz sindiran dan kinayah.
4.4.3.1.1.LAFAZ JELAS
Ulama sepakat mengatakan bahawa lafaz qazaf yang jelas dan nyata mestilah dikenakan had
qazaf sekiranya tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil dan cukup
syaratnya. Mengatakan secara langsung, jelas dan terang meliputi zina dan menafikan
keturunan.
4.4.3.1.2.LAFAZ SINDIRAN DAN KINAYAH
Lafaz ini berlaku percanggahan pendapat dalam kalangan ulama iaitu :
y Imam Abu Hanipah mengatakan bahawa tuduhan selain zina serta tuduhan zina secara
sindiran tidak dikenakan had qazaf tetapi dikenakan tazir sahaja.
y Mengikut pendapat Imam Syafii dan Imam Malik ialah seseorang yang membuat
tuduhan zina secara kinayah dan sindiran namun ia memang berniat untuk membuat
tuduhan zina atau terbukti membuat tuduhan zina ia dianggap sama seperti lafaz qazaf
yang jelas dan mestilah dikenakan had qazaf.
4.4.3.2.ORANG YANG MELAKUKAN QAZAF
y Waras.
y Cukup umur.
4.4.3.3.ORANG YANG DITUDUH
y Seseorang yang suci yang mana terpelihara kehormatannya.
y Masih hidup.
y Berakal.
y Cukup umur.
y Islam.
15



15
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 283-284.
14

y Tidak bisu.
y Merdeka.
4.4.4.BALASAN TERHADAP PENUDUH ZINA
y Sebatan sebanyak 80 kali.
y Penyaksian mereka tidak diterima.
y Mereka dianggap golongan yang fasiq.
y Mereka golongan yang berdosa besar.
16


4.5.MINUM ARAK
4.5.1.PENGERTIAN ARAK
Mengikut pengertian yang diberikan oleh jumhur ulama, arak bermaksud segala bahan yang
memabukkan sebab meminumnya baik yang diproses melalui buah tamar, anggur, gandum,
nira, tapai, beras atau sebagainya baik memabukkan dengan meminumnya ataupun tidak,
meminumnya sedikit ataupun banyak. Minum arak mengikut pengertian yang luas ialah
segala minuman yang memabukkan dan menyebabkan kehilangan kewarasan akal baik
sedikit atupun banyak.
17

4.5.2.PENGHARAMAN ARAK SECARA BERANSUR-ANSUR
Sebelum kedatangan Islam,masyarakat Arab sangta gemar meminum arak. Hanya sebahagian
kecil daripada mereka yang tidak meminum arak. Bagi individu yang bijak pada zaman
tersebut mencegah diri mereka daripada meminum arak kerana bagi mereka perbuatan
tersebut boleh menghilangkan maruah dan menghilangkan sifat malu dalam diri individu
yang meminum arak. Pada awalnya, Allah tidak menurunkan ayat al-Quran yang menyatakan
pengharaman meminum arak dan bermain judi.
18



16
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 284.
17
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 285.
18
)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise & Berlian Publication
SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 404-406.
15


Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang berbunyi :
T 1 MoOBb
MoOBb." P VC BoT l MMm
o." B11O Bool." MOm"0
Bo N 1." bB
l1 VC .OBb N OAMAH
. Bb NO 61Bb P1O
"MNA1V
219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa
keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah
Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang
berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat -ayatNya
(keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Kemudian Allah SWT mengharamkan kepada mereka pada saat mereka hendak mendirikan
sembahyang agar mereka betul-betul sedar apa yang mereka ucapkan dan lakukan ketika
dalam solat. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 43 yang berbunyi ;
19

BP"0 CBb Pbob. N Pb)MlV
`P`1OBb 1"0." NMN P/=
Pbo`1V B OlV N." Bo Nl
M)B VVMP P/= Pb11V P l."
/oH bo ""0 P`V VMA ""0 .B
P`"0 No. .. BOBb ""0
/oO .B.oOBb `1 Pb"P" 3B
Pboo.M1 boPM BoT PbBB
N) NP"0." N l Bb CAH
b bHA
43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui

19
)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise & Berlian Publication
SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 404-406.

16

akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam
keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu
mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di
antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan,
kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu
bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua
tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Pengharaman yang terakhir adalah pengharaman sekali gus untuk meminum arak tidak kira
didalam sembahyang mahupun diluar sembahyang. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam
surah al-Maidah ayat 90 yang berbunyi :
BP"0 CBb Pbob. Bol
Mo6Bb MToOBb." LB1.Bb."
O1.Bb." H . Vo
MOBb `1BB N1O
1V
90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
20


4.5.3.SABIT HAD MINUM ARAK
Peminum arak akan disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman sebat sebanyak 40 kali
dengan cara berikut :
y Pengakuan peminumnya dengan cukup syarat.
y Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi perempuan dan dua orang
saksi perempuan.
y Bahan yang memabukkan itu adalah dalam bentuk minuman.
y Mengambil minuman memabukkan itu sekurang-kurangnya sehingga ia sampai ke
halkum.

20
)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise & Berlian Publication
SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 404-406.
17

y Dilakukan secara sukarela. Sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 173 yang berbunyi :
21

Bol M= PM`1 1ToOBb
BBb." .O." MoOBb B."
V0 =) MMO Bb P o
MBb .MMA qB) N." TB oA .l
=M`1 P l Bb HA T=H
173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah
maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah
ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
4.5.4.HIKMAT PENGHARAMAN ARAK
y Meminum arak boleh melemahkan akal fikiran.
y Menghilangkan kewarasan akal.
y Membahayakan kesihatan seperti barah.
y Membazir wang.
y Dosa besar.
y Membahayakan orang lain serta individu yang lain.
22


4.6.MENCURI
4.6.1.PENGERTIAN MENCURI
Mencuri mengikut pengertian umum ialah mengambil barang atau benda tanpa kebenaran
pemilik barang tersebut. Mencuri dalam erti kata lain juga bermaksud mengambil barang
orang lain dengan sembunyi atau helah yang dilakukan oleh orang yang cukup umur dan

21
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 289.

22
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 289.
18

pilihan sendiri daripada tempat simpanan yang sesuai dan termaklum tidak dengan cara yang
diberikan oleh syarak atau tidak dengan cara syubhat.
23


4.6.2.JENAYAH MENCURI DAN HADNYA
Jenyah mencuri adalah satu dosa dan diharamkan dalam Islam. Had bagi seorang pencuri
ialah :
y Hukuman potong tangan mengikut ketetapan yang terdapat didalam Al-Quran.
y Pulangkan semula harta yang dicuri.

4.6.3.SYARAT SABIT MENCURI DAN POTONG TANGAN
y Pencuri mencuri barangan yang bernilai 1/4 dinar atau lebih.
y Dalam keadaan lain juga seseorang pencuri akan dipotong tangannya jika mencuri
barang yang lebih daripada 3 dirham atau senilai dengannya.
y Barangan yang dicuri disimpan pada tempat yang sesuai.

4.6.4.ANGGOTA YANG DIPOTONG DAN MENCURI BERULANG
1. Pendapat pertama mengikut Imam Syafii dan Imam Malik yang mana pencuri secara
terperinci dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :
y Pencuri yang mencuri kali pertama dikenakan had potong tangan kanan
hingga pergelangan tangan.
y Mencuri kali kedua dipotong kaki kiri hingga ke buku lali.
y Mencuri kali ketiga dipotong tangan kiri hingga ke pergelangan tangan.
y Mencuri kali keempat dipotong kaki kanan hingga ke buku lali.
y Mencuri kali kelima sehingga seterusnya dikenakan tazir atau dipenjarakan
sehingga ia bertaubat.

23
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 290.

19

2. Menurut pendapat Ata hukuman terhadap pencuri secara terperinci ada dua sahaja
iaitu :
y Pencuri hanya dipotong tangannya bagi kesalahan kali pertama.
y Kesalahan kali kedua dan seterusnya akan dikenakan hukuman tazir.
24

3. Menurut mazhab Zahiri pula hukuman bagi pencuri secara terperinci dapat
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
y Mencuri kali pertama dipotong tangan kanan.
y Mencuri kali kedua dipotong tangan kiri.
y Mencuri kali ketiga dan selanjutnya adalah hukuman tazir.
4. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, had terhadap pencuri terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu ;
y Hukuman potong tangan kanan bagi kesalahan buat kali pertama.
y Hukuman potong kaki kiri buat kesalahan kali kedua.
y Kesalahan kali ketiga dan seterusnya ia hendaklah ditahan atau dipenjarakan
sehingga ia bertaubat atau ditahan sehingga mati sekiranya dia enggan
bertaubat.

4.6.5.PULANGKAN SEMULA BARANG YANG DICURI
Berlaku perbezaan pendapat pada jumhur ulama. Iaitu :
y Menurut Imam Syafii dan Imam Ahmad pencuri hendaklah memulangkan semula
barang yang telah dicurinya. Walaubagaimanapun mengikut pendapat mereka
hukuman potong tangan hendaklah serentak dilakukan.
y Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah, hukuman mengembalikan dan hukum
memotong tangan tidak boleh dilakukan secara serentak.
y Menurut pendapat Imam Malik pula, pencuri hendaklah memulangkan semula barang
yang telah dicurinya itu kepada pemilik asal barang tersebut tetapi jika barang

24
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 290-293.

20

tersebut sudah tidak ada lagi,pencuri hendaklah membayar sejumlah ganti rugi kepada
pemilik barang tersebut.
25




4.7.ROMPAK DAN SAMUN
4.7.1.PENGERTIAN ROMPAK DAN SAMUN
Rompak dan samun mengikut pengertian istilah umum ialah tindakan menggangu laluan
awam dengan tujuan untuk menakut-nakutkan manusia atau merampas serta mengambil harta
orang dengan paksaan dan kekerasan.

4.7.2.HAD ROMPAK DAN SAMUN
y Hukuman bunuh.
y Hukuman salib dan bunuh.
y Hukuman potong kaki dan tangan secara berselang seli secara sekali gus.
y Hukuman buang daerah.

4.7.3.BAHAGIAN MEROMPAK DAN MENYAMUN
y Mengugut orang atau menggangu orang awam tanpa merampas dan tanpa membunuh
mangsa.
y Tindakan merampas harta mangsa sahaja.
y Tindakan membunuh mangsa sahaja.
y Tindakan membunuh dan merampas harta mangsa.


25
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 293-294.

21

4.7.4.SYARAT SABIT JENAYAH ROMPAKAN
y Waras.
y Baligh.
y Mempunyai senjata.
26


4.7.5.SYARAT MANGSA ROMPAKAN
y Islam.
y Kafir Zimmi.
y Tidak ada hubungan diantara perompak dan mangsa.
y Harta yang dirompak dan disamun adalah hak milik mangsa secara sah atau
diwakilkan kepadanya untuk menjaganya.
27


4.8.MEMBERONTAK
4.8.1.PENGERTIAN MEMBERONTAK
Memberontak mengikut pengertian umum membawa maksud suatu kegiatan menentang atau
cubaan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah disisi syarak sama ada dengan
menggunakan senjata atau merancang serta melancarkan serangan secara zalim. Mengikut
pengertian lain juga memberontak membawa makna sebagai sesuatu tuntutan yang tidak
seharusnya dituntut dengan cara kekerasan dan kezaliman. Dalam maksud lain, memberontak
juga ialah suatu tindakan untuk menggulingkan sesebuah kerajaan dan pemerintah Islam, atau
tindakan enggan menunaikan ketetapan pemerintahan yang dilaksanakan diatas dasar
kebaikan dan segala bentuk undang-undang yang tidak bercanggah dengan syarak serta
pemerintah itu memerintah dengan adil dan pemerintah daripada kalangan orang Islam.
4.8.2.HUKUMAN BAGI PEMBERONTAK
y Memerangi dan meminta mereka bertaubat.

26
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 294-298.

27
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 298-299.
22

y Jaminan jiwa dan harta benda yang mereka binasakan.
y Menghukum pemberontak dengan hukuman yang sepatutnya.
28





4.9.MURTAD
4.9.1.PENGERTIAN MURTAD (RIDDAH)
Makna Riddah menurut bahasa ialah kembali daripada sesuatu kepada yang lain. Murtad
mengikut pengertian istilah agama ialah tindakan seseorang yang keluar daripada agama
Islam.
4.9.2.TANDA-TANDA ORANG MURTAD
Seseorang itu dikatakan murtad apabila melalui salah satu daripada tiga bentuk berikut :
y Melalui itikad. Contohnya seseorang yang ragu-ragu dengan kebenaran Al-Quran.
y Melalui kata-kata atau ucapan. Contohnya tindakan seseorang yang mencaci dan
menghina Nabi Muhammad SAW.
y Melalui perbuatan. Contohnya seseorang memijak al-Quran dengan tujuan
menghina.
29

4.9.3.SYARAT-SYARAT SAH MURTAD
y Berakal.
y Pilihan sendiri atau sukarela.
4.9.4.HUKUMAN BAGI ORANG YANG MURTAD
y Hukuman bunuh.

28
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 299-300.

29
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 300-301.
23

y Hukum harta orang yang murtad dan segala urusannya.
y Tidak berlaku perwarisan harta.
y Tidak berhak menjadi wali bagi orang muslim.
y Tidak dipersoalkan apa-apa pada jenazahnya.
30



5.0.QISAS
5.1.PENGERTIAN QISAS
Qisas mengikut pengertian bahasa ialah persamaan atau mengikut. Oleh itu, qisas menurut
pengertian bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan jenayah tertentu akan diikuti
dengan hukuman qisas sama seperti yang telah dilakukan terhadap mangsanya. Mengikut
kitab Fiqh Perundangan Islam, qisas dari segi bahasa bermaksud perturutan kes. Mengikut
syarak ianya adalah membalas penjenayah sama seperti perbuatannya.
31

5.2.SYARAT WAJIB QISAS
Untuk menjatuhkan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja mestilah memenuhi syarat-
syarat tertentu. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, penjenayah hanya dikenakan
hukuman diyat atau ganti rugi sahaja kepada mangsa. Oleh itu,syarat wajib qisas terbahagi
kepada dua bahagian iaitu :
y Syarat terhadap pembunuhan.
y Syarat terhadap mangsa.
5.2.1.SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN
Syarat terhadap pembunuhan pula dapat dibahagikan kepada beberapa syarat. Diantaranya
ialah :
y Membunuh dengan niat sengaja.
y Pembunuhan orang yang waras.

30
)Fiqh & Perundangan Islam Jilid VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dr.Ahmad Shahbani Salamon, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur 1997, Halaman 176-183.
31
)Fiqh Islam, Sulaiman Rasjid, Penerbit Djajamurni Djakarta, Cetakan Ketujuh, Halaman 412.
24

y Pembunuhan orang yang baligh.
y Membunuh dengan kerelaan sendiri.
y Pembunuhan dilakukan secara langsung.
y Penjenayah atau pembunuh bukan bapa kepada mangsa.
y Penjenayah atau pembunuh adalah lebih rendah martabatnya daripada mangsa.
32


5.2.2.SYARAT TERHADAP MANGSA
Terhadap mangsa juga mempunyai beberapa syarat tertentu. Diantaranya ialah :
y Mangsa bukan dari kalangan orang yang ada hak terhadap pembunuh.
y Mangsa bukan milik pembunuh.
y Mangsa adalah terpelihara darahnya.
5.3.HALANGAN PELAKSANAAN QISAS
Halangan terhadap pelaksanaan qisas terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
y Halangan bentuk umum.
y Halangan bentuk khusus.
5.3.1.HALANGAN BENTUK UMUM
Antara halangan umum daripada pelaksanaan hukuman qisas yang dilakukan dengan sengaja
oleh penjenayah ialah seperti berikut :
y Belum cukup umur.
y Tidak waras.
y Penjenayah atau pembunuh adalah bapa atau datuk, nenek atau emak terhadap yang
dibunuh.
y Penjenayah atau pembunuh lebih tinggi martabatnya berbanding mangsa.
5.3.2.HALANGAN BENTUK KHUSUS

32
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 305.

25

Antara halangan bentuk khusus terhadap penjenayah yang melakukan pembunuhan secara
sengaja adalag seperti berikut :
y Tidak ada persamaan anggota.
y Tidak mungkin dapat diselesaikan dengan cara selamat.
33



5.4.BAHAGIAN-BAHAGIAN QISAS
Bahagian Qisas dapat dibahagikan kepada dua iaitu :
y Qisas fi nafs (qisas pembunuhan).
y Qisas ghairu nafs (qisas selain pembunuhan).
5.4.1.QISAS PEMBUNUHAN
Qisas pembunuhan yang dimaksudkan disini ialah menghilangkan nyawa seseorang dengan
syart pelaksanaan hukuman qisas tersebut ialah si pembunuh memenuhi syarat untuk
dilaksanakan hukuman qisas.
5.4.2.QISAS SELAIN PEMBUNUHAN
Qisas selain pembunuhan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
y Qisas pada anggota tubuh seperti mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki.
y Qisas pada luka dengan pelbagainya.
34

5.5.JENIS JENAYAH QISAS
Antara jenis jenayah qisas ialah :
y Membunuh.
y Mencederakan dan memotong anggota manusia dengan sengaja.

33
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 305-307.

34
)Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise, Berlian Publication
SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 433-455.
26

5.5.1.MEMBUNUH
Membunuh secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
y Membunuh dengan sengaja.
y Membunuh dengan separuh sengaja.
y Membunuh dengan tidak sengaja.
35



5.5.1.1.MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh dengan sengaja mengikut pengertian umum membawa maksud segala perbuatan
jahat dengan niat yang mana ekoran tindakannya itu menyebabkan kematian, sama ada ia
bertujuan untuk membunuh atau tidak asalkan dengan syarat pembunuhannya itu boleh
menyebabkan kematian. Ianya diertikan juga sebagai perbuatan menghilangkan nyawa
manusia dengan sengaja atau kematian seseorang disebabkan pembunuhan yang dilakukan
tanpa hak. Iaitu pembunuhan dengan niat dan benar-benar bertujuan membunuh serta alat
yang digunakan itu benar-benar boleh membunuh.

5.5.1.2.HUKUM MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh dengen sengaja adalah satu dosa besar dan jenayah. Lebih-lebih lagi terhadap
orang Islam. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 93 yang berbunyi :
." V1l Boo boPo1
`b o bdBb. BM
1A." Bb =M`1 =.1O." P"0."
=O B)bAM BdoT
93. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya ialah
neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melakanatkannya
serta menyediakan baginya azab seksa Yang besar.

35
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 307.

27

Lantaran jenayah membunuh adalah dosa besar, syariat Islam telah menetapkan sesiapa yang
membunuh dengan sengaja mestilah didakwa dan setelah sabit jenayah itu, ia dikenakan
hukuman qisas dengan bunuh balas.
36




Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 33 yang berbunyi :
N." Pb11lV Y1OBb /OBb M= Bb
Nl COBB) N ." V1C Bo1 Pl
B.11 =MO.O Bo11 A
M V1lOBb P =l CAH boH1

33. dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah
membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim,
maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam
pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia
adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
Bagi pembunuhan sengaja iaitu dengan niat dan tujuan yang benar-benar membunuh serta
dengan menggunakan alat biasanya boleh membunuh dan mematikan manusia, hukumannya
mestilah dengan bunuh balas balik kecuali jika mendapat kemaafan daripada ahli waris
mangsa.

5.5.1.3.MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA
Membunuh dengan separuh sengaja atau syubhul amdi iaitu perbuatan yang dilakukan oleh
seseorang dengan sengaja namun sebenar niat hati kecilnya bukanlah dengan tujuan
membunuh. Contohnya seseorang memukul orang lain dengan alat yang kebiasaannya tidak
dapat membunuh tetapi sebaliknya dengan sebab pukulannya itu telah menyebabkan

36
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 307-308.

28

kematian. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan menggagap kelakuan tersebut tidak
membawa kepada mencederakan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya dinamakan
pembunuhan separuh sengaja.
37



5.5.1.4.HUKUMAN MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA
Sesiapa yang membunuh separuh sengaja yang sabit kesalahannya tidak wajib qisas namun
diwajibkan terhadap keluarga si pembunuh membayar diyat yang berat dan secara beransur-
ansur kepada waris yang terbunuh selama tiga tahun. Bayaran diyatnya adalah 100 ekor unta
dan dibayar mengikut ketetapan seperti berikut :
y 30 ekor unta betina selama 3 tahun.
y 30 unta betina selama 4 tahun.
y 40 unta bunting.
5.5.1.5.MEMBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA
Ulama dan fuqaha membahagikan pembunuhan tidak sengaja kepada beberapa bahagian
tertentu yang lebih terperinci iaitu :
y Perbuatan sengaja namun bukan tujuan kepada mangsa.
y Perbuatan sengaja terhadap mangsa namun tersalah anggapan.
y Sebagai membunuh dengan tidak sengaja atau akibat kecuaian menyebabkan mangsa
terbunuh.
y Tindakan menyebabkan mangsa terbunuh.
5.5.1.6.HUKUMAN MEMBUNUH TIDAK SENGAJA
Jumhur ulama berpendapat semua bentuk pembunuhan tidak sengaja tersebut tidak wajib
qisas tetapi dikenakan diyat. Iaitu diyat yang dikenakan adalah lebih ringan daripada
pembunuhan separuh sengaja. Diyat mesti dibayar oleh ahli waris pembunuh dengan cara

37
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 308-309.

29

beransur-ansur selama tiga tahun. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat
92 yang berbunyi :
38


B." .CAH VoO "0 V1l B1 Nl
B4. P ." V1C Bo B4.
MM1 C.H o T."
o1 b`ll 0b"0 oNl "0
PbCP P T .CAH C ."P
NO .." MM1 PC.H
o P l." .Cm C Po)
o)." CdM. P o1
b`ll 0b"0 MM"." PC.H
o P o O P B.M
MA )B11 1)V .. Bb
N .CAH." Bb BoT1 BdoTP=
92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang
lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan
tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang
hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada
ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia
(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia
sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)
memerdekakan seorang hamba Yang beriman. dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan
tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu Dengan
mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta
memerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat
(mencari hamba Yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan
berturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat
(membersihkan diri kamu). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
5.5.2.MENCEDERAKAN ATAU MEMOTONG TANGAN

38
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 309-310.

30

Jenayah mencederakan orang lain ialah setiap perbuatan jahat dengan niat yang dilakukan
dengan cara memukul atau memotong yang tidak menyebabkan kematian namun ia
berdasarkan natijah atau hasil perbuatan itu. Sebagaimana qisas terhadap pembunuhan yang
dilakukan dengan sengaja dalam kes jenayah mencederakan dan memotong dengan
dikenakan qisas juga.
39

Iaitu dengan dihukum qisas jenis yang sama contohnya tangan kiri dengan tangan kiri dan
kaki kiri dengan kaki kiri juga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat
45 yang berbunyi :
Bo11AH." M`1 BM "0 Y1OBb
1OBB) OBb." OBB) b1.Bb."
b1.BB) .d.Bb." d.BB) OBb."
OBB) "MOBb." BC P o
PV =) . .HBm 0 P ."
O P Bo) X"0 Bb O0"0
o1OBb
45. dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas
Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dan
telinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklah
dibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia
penebus dosa baginya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah
diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.

5.6.JENIS JENAYAH MENCEDERAKAN DAN MEMOTONG
Fuqaha telah membahagikan jenis jenayah mencederakan orang lain kepada 5 bentuk yang
lebih khusus iaitu :
y Memotong mana-mana anggota.
y Menghilangkan mana-mana anggota.
y Melukakan bahagian muka dan kepala.

39
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 311-312.

31

y Melukakan bahagian tubuh badan selain kepala dan muka.
y Melakukan kecederaan yang tidak disebut di atas.
40




5.7.SYARAT QISAS MENCEDERA DAN MEMOTONG
Kesalahan jenayah bentuk ini juga mestilah dengan mempunyai syarat tertentu iaitu :
y Anggota yang dipotong tidak kurang dengan anggota yang hendak diqisas.
y Kecederaan dan luka yang dilakukan oleh penjenayah terhadap mangsa dapat dinilai
dengan senang.
41


5.8.SYARAT-SYARAT QISAS
y Mukallaf iaitu baligh dan berakal.
y Pembunuhan dilakukan dengan sengaja.
y Pembunuhan yang dilakukan secara sengaja tidak ada kesamaran.
y Pembunuh ada kebebasan bertindak.

5.9.PENGGUGURAN QISAS
y Kematian penjenayah.
y Pengampuanan.
y Perdamaian.
y Perwarisan qisas.


40
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 312-313.

41
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 313.
32

5.10.PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS
y Wali dari orang yang terbunuh baligh dan berakal.
y Wali korban sepakat untuk melakukan qisas.
y Qisas hanya berlaku pada si pelaku.
42


6.0.DIYAT
6.1.PENGERTIAN DIYAT
Diyat mengikut pengertian istilah umum ialah suatu hukuman sebagai alternatif daripada
hukuman qisas iaitu dalam kes-kes seandainya terdapat sesuatu halangan untuk dilaksanakan
qisas atau juga kerana ada sebab tertentu yang menggugurkan qisas terhadap penjenayah dan
pembunuh. Diyat mengikut pengertian lain juga ialah sejumlah bayaran kepada mangsa atau
waris. Dalam sesetengah keadaan juga diyat dilakukan apabila penjenayah atau pembunuh
diberi kemaafan oleh pihak ahli waris mangsa atau dalam kes pembunuh meninggal dunia
sebelum dilaksanakan hukuman qisas terhadap dirinya. Manakala pembunuhan keatas kafir
Zimmi adalah diwajibkan membayar diyat melalui firman Allah SWT dalam surah an-Nisa
ayat 92 yang berbunyi :
B." .CAH VoO "0 V1l B1 Nl
B4. P ." V1C Bo B4.
MM1 C.H o T."
o1 b`ll 0b"0 oNl "0
PbCP P T .CAH C ."P
NO .." MM1 PC.H
o P l." .Cm C Po)
o)." CdM. P o1
b`ll 0b"0 MM"." PC.H
o P o O P B.M
MA )B11 1)V .. Bb
N .CAH." Bb BoT1 BdoTP=
92. dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang
lain, kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan

42
)Fiqh & Perundangan Islam Jilid VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dr.Ahmad Shahbari Salamon, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur 1997, Halaman 279-301.
33

tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang
hamba Yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada
ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia
(yang terbunuh Dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia
sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan)
memerdekakan seorang hamba Yang beriman.
43

dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada
ikatan perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah"
(denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba Yang
beriman. Dalam pada itu, sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akan
dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (Hukum Yang
tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

6.2.PEMBAYARAN DIYAT PEMBUNUHAN DENGAN SENGAJA
Pembayaran diyat merupakan suatu pembalasan yang dilaksanakan terhadap pembunuh yang
tidak boleh dilakukan qisas terhadapnya. Dalam kes ini para ulamak berbeza pendapat.
Diantaranya ialah :
y Menurut pendapat Imam Syafii dan jumhur ulamak, diyat itu diwajibkan terhadap
pembunuh ketika gugur hukum qisas terhadapnya sama ada dengan kerelaannya
ataupun tanpa kerelaannya.
y Menurut Imam Hanafi pula, diyat tidak wajibkan keatas pembunuh kecuali dengan
kerelaan dan kemahuannya.

6.3.DIYAT PEMBUNUHAN SENGAJA
Waris kepada pembunuh atau pembunuh tersebut mestilah membayar diyat yang berat iaitu
sejumlah 100 ekor unta iaitu :

43
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 315-316.

34

y 30 ekor unta betina berusia 3 tahun.
y 30 ekor unta betina berusia 4 tahun.
y 40 ekor unta yang sedang bunting.
44



6.4.DIYAT PEMBUNUHAN SEPARUH SENGAJA DAN TIDAK SENGAJA
1. Menurut pendapat Qaul Jadid Imam Syafii, pembayaran diyat untuk pembunuhan
separuh sengaja yang telah dilakukan adalah dengan unta sahaja. Iaitu membayar
sebanyak 100 ekor unta yang berat. Diyat wajib dibayar kepada ahli waris mangsa
selama tiga tahun. Tiap-tiap akhir tahun dibayar 1/3 daripadanya sehingga selesai
selama tiga tahun. Diyat yang berat tersebut ialah :
y 30 ekor unta berusia tiga tahun yang masuk tahun keempat.
y 30 ekor unta berusia empat tahun yang msuk tahun kelima.
y 40 ekor unta yang sedang bunting.
2. Manakala kesalahan bagi pembunuhan yang tidak sengaja adalah membayar diyat
dengan 100 ekor unta yang lebih ringan. Iaitu :
y 20 ekor unta betina berusia satu tahun yang masuk tahun kedua.
y 20 ekor unta betina berusia dua tahun yang masuk tahun ke tiga.
y 20 ekor unta betina berusia tiga tahun yang masuk tahun ke empat.
y 20 ekor unta betina berusia empat tahun yang masuk tahun ke lima.
y 20 ekor unta jantan berusia dua tahun yang masuk tahun ketiga.
3. Mengikut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, pembayaran diyat boleh dilakukan
dengan emas, perak atau unta. Selain itu jika tidak ada unta ditempat tersebut maka
dibolehkan membayar diyat dengan sejumlah wang yang nilainya sama dengan harga
pasaran unta.
45


6.5.KADAR DIYAT

44
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 316-318.

45
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 319-320.
35

1. Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai
ketika dulu. Kadar penuh diyat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para
ulamak berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai
dengannya pada masa kini. Di antaranya ialah :
y Wang emas = 1000 dinar.
y Wang perak = 10,000 -12,000 dirham.
y Lembu = 200 ekor.
46


y Kambing = 2000 ekor.
y Persalinan = 200 persalinan lengkap.
2. Diyat perempuan 1/2 daripada diyat lelaki. Sebagaimana Hadis Nabi Muhammad
SAW yang mafhumnya :
Diyat perempuan adalah separuh diyat lelaki
3. Diyat hamba adalah 1/2 diyat orang yang merdeka.
47



6.6.DIYAT BAGI MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN
y 100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti, terputusnya lidah, hilang akal,
menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
y 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka
diaytnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu daripada kaki atau tangan, mata dan
telinga.
y 30 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dalam bahagian otak).
y 30 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala).
y 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) seperti kelopak mata. Setiap
satu kelopak mewakili 25 unta.
y 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang).
y 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan
mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).
y 10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap
satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

46
)http://www.qisaskandungandiyat.com.my
47
)http://www.qisaskandungandiyat.com.my
36

y 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan
tulang).
48




7.0.TAZIR
7.1.PENGERTIAN TAZIR
Dari segi bahasa al-Tazir bermaksud menolak, mencegah atau menghalang. Ia dinamakan
hukuman tazir disebabkan wujudnya hukuman tersebut akan dapat menghalang orang-orang
yang melakukan kesalahan daripada melakukan kesalahan ataupun mengulangi pada masa
akan datang. Mengikut pengertian syarak ialah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan
kadarnya atau bentuknya yang dilaksanakan bagi menunaikan hak Allah SWT dan hak
manusia terhadap terhadap kesalahan-kesalahan yang selain hukuman qisas, hudud, diyat dan
kifarat.
49

7.2.TAZIR SEBAGAI HAK
y Tazir sebagai hak Allah SWT (hak masyarakat).
y Tazir sebagai hak manusia (hak individu).
Maksud tazir hak Allah SWT ialah menyentuh kepentingan umum dan yang dapat mencegah
keburukan daripada masyarakat sebagai satu keseluruhan. Seseorang yang melakukan
kesalahan yang tidak menyentuh kepentingan mana-mana orang secara khusus dan tidak ada
hukuman tertentu yang ditetapkan oleh syarak maka individu tersebut boleh dikenakan
hukuman tazir. Manakala yang dimaksudkan dengan tazir hak manusia ialah sesuatu yang
menyentuh mashlahat dan kepentingan individu tertentu.
50

7.3.PENETAPAN HUKUM TAZIR

48
)http://www.bayarandiyat.com.my
49
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 322.
50
)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 252-257.
37

Hukuman yang berkaitan dengan tazir tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith, di mana
ia terserah kepada kepakaran hakim dan pemerintah untuk menetapkan sesuatu kesalahan itu
dengan hukuman demi kepentingan penjenayah dan masyarakat serta Negara. Dalam hal
tersebut juga hukum tazir berubah mengikut corak kehidupan.
51


Hukuman tazir juga tidak terhad. Ianya berbentuk penjara, denda, rampas harta atau buang
negeri. Lantaran itu ia meliputi aspek yang luas seperti berkhalwat, pecah amanah, rasuah,
mengedar dadah, menagih dadah dan sebagainya. Oleh itu, dalam konteks lain, pembunuhan
yang diampunkan oleh waris atau ada sebab tertentu yang tidak boleh dilaksanakan qisas
terhadap pembunuh dengan sengaja, hakim boleh mengenakan hukuman tazir terhadap
pembunuh itu.
52


7.4.BAHAGIAN TAZIR
y Tazir atas perbuatan maksiat.
y Tazir untuk kepentingan umum.
y Tazir atas kesalahan-kesalahan kecil.

7.4.1.TAZIR ATAS PERBUATAN MAKSIAT
Tazir dilaksanakan bagi individu yang melakukan maksiat bagi kaffarah diatas dosa yang
dilakukannya. Diantara jenis maksiat yang dikenakan tazir mengikut sepakat para fuqaha
ialah :
y Maksiat yang mewajibkan hukuman had. Maksiat seperti ini tidak memerlukan
hukuman tazir kerana baginya hukuman yang tersendiri iaitu hudud. Walaupun
begitu, tiada pula halangan sekiranya keadaan memerlukan untuk mengenakan

51
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 322.

52
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 322.
38

hukuman tazir atas maksiat jenis ini disamping hukuman-hukuman yang asal bagi
setiap maksiat yang berkenaan.
y Maksiat yang hukumnya berbentuk kiffarah. Fuqaha berbeza pendapat mengenai hal
ini dan ada diantara mereka yang mengatakan bahawa hukuman tazir tidak
diperlukan atas alasan kaffarah sahaja sudah cukup. Manakala sebahagian lagi
mengatakan boleh juga dikenakan hukuman tazir disamping hukuman kiffarah
dilaksanakan.
53


y Maksiat yang tiada hukuman had dan tiada hukuman kiffarah seperti berkhalwat
antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, memakan bangkai, cubaan mencuri dan
lain-lain lagi. Maksiat jenis ketiga ini akan dikenakan hukuman tazir sahaja
disebabkan ketiadaan ketetapan hukuman lain melainkan tazir.
7.4.2.TAZIR UNTUK KEPENTINGAN UMUM
Hukuman tazir untuk kepentingan umum ini boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah
dengan dua syarat iaitu :
y Telah melakukan perbuatan yang menyentuh kepentingan atau mashlahah umum.
y Hukuman dikenakan untuk kepentingan umum.
Contoh tazir untuk kepentingan umum ialah seperti menghukum kanak-kanak yang tidak
mendirikan sembahyang. Begitu juga dengan orang gila boleh dikenakan tazir bagi
mengelakkan kemudharatan kepada orang ramai.
7.4.3.TAZIR ATAS KESALAHAN-KESALAHAN KECIL
Seperti yang telah dipersetujui oleh para fuqaha bahawa ta,zir hanya dilakukan terhadap
perkara-perkara yang haram dan meninggalkan yang wajib. Tazir terhadap kesalahan-
kesalahan kecil ini berlaku percanggahan antara fuqaha kerana ada yang membenarkan dan
ada yang menegah daripada pelaksanaan hukuman tazir.
7.5.JENIS-JENIS HUKUMAN TAZIR
1. Hukuman mengenai tubuh badan.

53
)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling
Jaya Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 253-254.

39

y Hukuman mati.
y Hukuman sebat.
2. Hukuman yang menyekat kebebasan.
y Hukuman penahanan (penjara).
y Hukuman buang daerah atau negeri.
54


3. Hukuman berbentuk harta (pembayaran ganti rugi).
4. Hukuman yang lain (kesalahan-kesalahan ringan).
y Memberi nasihat.
y Memberi peringatan dan amaran.
y Pemulauan.
y Melucutkan jawatan pesalah.
y Mencela.
55


7.6.TUJUAN PELAKSANAAN HUKUM TAZIR
Penetapan hukum tazir adalah termasuk dalam bidang kuasa hakim atau mahkamah iaitu
bagi tujuan mengawal keadaan dan undang-undang supaya ia tidak disalahgunakan dan tidak
ada penyalahgunaan kekuasaannya oleh sesiapa selain hakim. Antara tujuan pelaksanaan
hukum tazir ialah :
y Untuk menjaga kepentingan masyarakat umum.
y Pelaksanaannya adalah melalui pertimbangan yang wajar dan berkesan oleh hakim
atau pemerintah untuk menolong orang yang bersalah juga masyarakat dan
mengambil pelajaran dan menghindarkan perbuatan jahat dan untuk kesejahteraan
manusia sejagat.
y Hukuman tazir janganlah melebihi hukum hudud.
y Tazir mestilah dilakukan dengan adil jika pesalah terdiri daripada beberapa orany
yang melakukan kesalahan yang sama.
56


54
)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling
Jaya Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 254-267.

55
)Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Cetakan Kelima 2008, Petaling
Jaya Selangor Darul Ehsan, Giga Wise Network SDN.BHD., Halaman 267-269.
40





8.0.PERBEZAAN ANTARA HUDUD, QISAS DAN TAZIR
8.1.HUDUD
y Jenayah yang tertakluk di bawah hukuman hudud adalah hak Allah SWT dan Allah
SWT sahaja yang berhak mengampuninya. Oleh itu hakim dan pemerintah tidak
mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mestilah melaksanakan hukuman
tersebut.
y Jumhur ulamak bersepakat bahawa sesiapa yang ikhlas bertaubat sebelum
dilaksanakan hukuman hudud maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT.
y Jumhur ulamak bersepakat bahawa dalam kes yang tertakluk dibawah jenayah hudud
maka penjenayah tersebut boleh diberikan syafaat sebelum dibawa kepada hakim.
y Hukuman hudud adalah berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia.
y Hukuman hudud hanya dilaksanakan pada individu yang cukup syaratnya menurut
syarak.
y Bagi menetapkan kesalahan hudud dan menjatuhkan hukuman mestilah melalui saksi
dan syarat-syarat sah atau juga melalui pengakuan penjenayah sendiri yang cukup
syaratnya.
8.2.QISAS
y Hukuman adalah tertakluk kepada mangsa dan waris mangsa. Oleh itu kuasa
menuntut pelaksanaannya dan pengampunan boleh diberikan oleh mangsa dan waris
mangsa sahaja.
y Dalam qisas hakim dan pemerintah tidak ada hak sama ada melaksanakan atau tidak
hukuman qisas tersebut. Mereka mestilah melaksanakannya kecuali sekiranya mangsa
dan waris mangsa memberi pengampunan terhadap pembunuh.

56
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 322-323.

41

y Dalam kes penjenayah yang dimaafkan oleh mangsa atau waris mangsa atau
membayar diyat, jumhur ulamak sependapat bahawa hakim dan pemerintah boleh
menjatuhkan hukuman tazir terhadap penjenayah.
y Hukuman qisas hanya boleh dilaksanakan terhadap penjenayah yang cukup umur,
waras serta memenuhi syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh syarak.
57

y Untuk disabitkan kesalahan terhadap penjenayah dalam hukuman qisas mestilah
melalui bukti, saksi atau pengakuan daripada penjenayah sendiri yang cukup
syaratnya.
8.3.TAZIR
y Hukuman tazir bergantung pada kesesuaian dan keadaan mengikut kesalahan yang
mana hukuman ditetapkan oleh hakim atau pemerintah.
y Dalam kesalahan hak Allah SWT, hakim mestilah melaksanakan hukuman tazir
terhadap penjenayah. Namun, melalui budi bicara serta penilaiannya, hakim boleh
member keringanan terhadap penjenayah.
y Hukuman tazir yang berkaitan dengan hak manusia, mangsa atau waris boleh
mengampunkan penjenayah atau membayar ganti rugi.
y Hukuman tazir boleh dikenakan terhadap kanak-kanak yang belum cukup umur.
y Untuk sabitkan hukuman, tidak semestinya melalui saksi atau bukti seperti hukuman
qisas dan hudud.
58








57
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 323-324.

58
)Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Pustaka Salam Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997, Halaman 324-325.

42






9.0.KESIMPULAN
Kesimpulannya, perlaksanaan diantara qisas, diyat dan tazir haruslah seiringan kerana ianya
adalah pelangkap diantara satu dengan yang lain. Selain daripada itu, pelaksanaan hukuman
qisas, diyat dan tazir juga adalah sebagai salah satu alternatif dalam melaksanakan syariat
Islam sekaligus dapat menjadikan agama Islam sebagai agama yang utuh dan kukuh
berbanding agama-agama yang lain. Dalam memastikan perlaksanaan undang-undang Islam
di Malaysia menepati kehendak Islam dan perlaksanaanya itu meninggalkan kesan yang baik,
maka beberapa langkah yang berkesan hendaklah diambil seperti menaikkan maratabat dan
taraf Mahkamah Syariah kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa semua kesalahan
yang berkaitan dengan hukum Islam adalah dilaksanakan dan diadili di Mhkamah Syariah.
Penaik tarafan Mahkamah Syariah akan membolehkan perlaksanaan sesuatu hukuman
berlangsung dengan mudah tanpa berlaku pertikaian dan pembaziran masa. Penaik tarafan
Mahkamah Syariah juga akan menyebabkan hukuman dalam keagamaan mudah untuk
dilakukan. Selain itu dalam usaha melaksanakan hukuman hudud, qisas dan tazir ini,
perlulah kepada pendedahan yang lebih awal. Yang mana para penuntut ilmu keagaan
khususnya Agama Islam, didedahkan dan dijelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan
hukuman-hukuman tersebut. Justeru usaha ini akan membolehkan perlaksanaan hukuman
dengan mudah kerana setiap individu muslim sering memahami tujuan dan sebab
perlaksanaan hukuman tersebut. Marcapada kini, undang-undang seperti hudud hanya
dilaksanakan di negeri-negeri yang hanya pada skop terbatas. Maknanya tidak dilaksanakan
dikeseluruhan Negara Islam di dunia ini. Ia kerana undang-undang syariah masih tebal
dipengaruhi oleh undang-undang sivil yang dibawa dan diasaskan oleh Inggeris. Hukuman
adalah lebih kepada hukuman tazir sahaja iaitu denda dan rotan. Selain itu, menjelaskan
serta menangkis pandangan masyarakat yang menyatakan hudud adalah hukuman yang zalim
serta memecah belahkan masyarakat. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah hukuman yang adil
serta mendidik akhlak dan rohani masyarakat dari melakukan perkara-perkara yang
43

menyusahkan masyarakat yang lainnya. Sekiranya tidak ada hukuman seperti ini, masyarakat
akan sentiasa berada dalam ketakutan kerana bimbang dirinya akan terancam. Secara
kesimpulan keseluruhannya, hukuman hudud, qisas dan tazir mestilah dilaksanakan bagi
menjamin kesejahteraan hidup justeru memelihara harta, akhlak, rohani, iman dan
sebagainya.

10.0.BIBLIOGRAFI
1. Pengantar Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka
Salam SDN.BHD., Prospecta Printers SDN.BHD., Kuala Lumpur 1997, Cetakan
Pertama Mac 1997.
2. Al-Fiqh Al-Wadhih Fiqah Lengkap Jilid 2, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin
Enterprise, Berlian Publication SDN.BHD., Cetakan Pertama 2008.
3. Undang-undang Jenayah Islam, Paizah Haji Ismail, Tradisi Ilmu SDN.BHD., Giga
Wise Network SDN.BHD., Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 2008, Cetakan
Kelima 2008.
4. Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VI, Wahbah Al-Zuhaili, Dr.Ahmad Shahbari
Salamon, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur
1997, Cetakan Pertama 1997.
5. Undang-undang Jenayah Islam (Jenayah Qisas), Prof.Madya Dr.Mat Saad Abd.
Rahman, Al-Rahimaniah, Jiwamas Printers SDN.BHD., Badan Dakwah Dan
Kebajikan Islam Malaysia, Cetakan Pertama Jun 1989.
6. Fiqh Islam, Sulaiman Rasjid, Penerbit Djajamurni Djakarta, Jakarta 17 Januari 1954,
Cetakan Ketujuh.
7. Hudud : Ke Arah Pelaksanaan Di Malaysia, Firdawati Binti Abu, Institut Pengajian
Ilmu-Ilmu Islam, Jun 2000.
8. http://www.qisaskandungandiyat.com.my
9. http://www.bayarandiyat.com.my

You might also like