You are on page 1of 34

1

ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
PENGERTIAN KAEDAH 5
HURAIAN KAEDAH 5
RUKHSAH DALAM SYARIAT 5
SUMBER ASAL KAEDAH 6
PENJELASAN BERKAITAN MUSYAQQAH 8
TUJUAN MUSYAQQAH 8
SEBAB-SEBAB RUKHSAH 9
JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK 13
BAHAGIAN RUKHSAH 14
HUKUM FURU 14
KAEDAH PECAHAN 15
KAEDAH PERTAMA 15
KAEDAH KEDUA 17
KAEDAH KETIGA 18
KAEDAH KEEMPAT 20
KAEDAH KELIMA 22
KAEDAH KEENAM 24
KAEDAH KETUJUH 27
KAEDAH KELAPAN 29
KAEDAH KESEMBILAN 30
2

KAEDAH KESEPULUH 31
KESIMPULAN 33
BIBLIOGRAFI 34




















3

1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan
utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang
mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T
diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberikati saya
yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat
menyiapkan kerja kursus,Pengajian Ulum al-Hadith dalam tajuk Metodeologi Penerimaan
dan Periwayatan Hadis tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan,
masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi
menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi
iaitu Ustaz Mujahid Bin Abdullah. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi
penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan
kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang
sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.
Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi
insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis
termampu.




4

2.0.PENGENALAN
Kesukaran membawa kepada kemudahan. Kaedah ini bermaksud apabila terdapat kesusahan
atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu
diringankan tidak seperti pada asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Quran dan Hadis.
Diantaranya ialah Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi :
M B.H CBb X0 =T
b.MlOBb dP Bo1&O
16o.)." .. NPOBb
BCMOBb." P o P No
MOBb =o.T1 P ." Bm
Bo ""0 P`V OMA P
. B"0 M.0 N PM Bb P)
MTOBb N." PM P)
.MOBb Pb1oP1O." `POBb
Pb"M.OAP1O." Bb P`V B
NHP P1O." ."MN`V

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar
Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang
sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)
sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari -hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya
kamu bersyukur.


5



3.0.PENGERTIAN KAEDAH
Huraian kaedah membawa maksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain
kaedah itu bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan
dan melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan. Ianya tidak akan menjadi seperti
asalnya kerana adanya kemudahan yang diberikan dalam melaksanakannya.
4.0.HURAIAN KAEDAH
Bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut
hendaklah dihindarkan terhadap mukallaf. Melalui konsep ini jelasnya agama Islam itu
mempunyai kemudahan yang boleh diringankan dan bukan untuk kesempitan atau kesukaran,
Berdasarkan kaedah ini, terbentuklah semua hukum rukhsah dan keringanan dalam syariat
Islam. Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah, sesungguhnya semua perkara suruhan
apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan
terhadapnya. Dan segala perkara tegahan membebankan hamba menjauhinya, gugur
tegahan mengenainya.
5.0.RUKHSAH DALAM SYARIAT
y Harus hukumnya bagi lelaki melihat bakal isteri ketika meminang.
y Harus bagi doktor lelaki melihat kepada aurat wanita ajnabi dengan tujuan untuk
membuat rawatan.
y Harus mengahwini tiga orang wanita sebagai isteri dalam satu masa sebagai satu
kemudahan kepada kaum lelaki dan juga wanita kerana jumlah mereka yang ramai
berbanding lelaki.
y Disyariatkan cerai dan tebus talak demi kemudahan kepada pasangan yang tidak
serasi.
y Disyariatkan fasakh disebabkan ada kecacatan kepada pasangan.
y Disyariatkan rujuk isteri dalam masih tempoh iddah bagi suami yang mentalakkan
isterinya dengan talak satu dan dua.
6

y Disyariatkan membayar kafarah zihar dan sumpah khasnya bagi mereka yang
terlanjur dan menyesal.
1

y Disyariatkan berwasiat bagi mereka yang sakit membawa kematian. Hal itu bagi
mereka menampung kekurangan amalan sewaktu masih hidup serta diharuskan
terbanyak sehingga 1/3 sahaja demi kemudahan kepada ahli waris.
y Tidak berdosa bagi mereka berijtihad walaupun tersalah.
6.0.SUMBER ASAL KAEDAH
Sumber asal akedah ini adalah berasakan kepada nas al-Quran dan Hadis.
Mengikut ayat al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi :
M B.H CBb X0 =T
b.MlOBb dP Bo1&O
16o.)." .. NPOBb
BCMOBb." P o P No
MOBb =o.T1 P ." Bm
Bo ""0 P`V OMA P
. B"0 M.0 N PM Bb P)
MTOBb N." PM P)
.MOBb Pb1oP1O." `POBb
Pb"M.OAP1O." Bb P`V B
NHP P1O." ."MN`V

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar
Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang
sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)
sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari -hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang

1
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 139-
140.
7

demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya
kamu bersyukur.
2

Seterusnya berasaskan dalam surah al-Hajj ayat 78 yang berbunyi :
Pb"P." Bb C= `TB P
. Nq.11Bb B." V
)NM`1 POBb q=M= P
0b. NM)"0 .TM)l P .
NOo o1oOBb VPC
." bAM N.MO XMOBb
bPMA )NM`1 PbNV."
.bP `V B1OBb P PboTC"0
`P`1OBb PbVb.." `PAHOBb
Pbo1Bb." BB) . NOO P
.o P`loOBb .."
MM1OBb
78. dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah
Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu
menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu
Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-
Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah
Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung
dan sebaik-baik pemberi pertolongan.
Manakala mengikut al-Sunnah pula berpandukan hadis daripada riwayah Ibnu Majah yang
mafhumnya :

2
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 141.
8

Seseungguhnya Allah SWT menggugurkan umatku (hukum) tersalah, terlupa dan sesuatu
yang dipaksa mereka melakukan.
3



Seterusnya mengikut riwayah daripada al-Tirmizi yang mafhumnya :
Sesungguhnya diutuskan kamu (untuk) memudahkan dan bukan diutuskan kamu (untuk)
menyusahkan.
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, ternyata bahawa Syariat Islam itu mudah dan pembinaan
hukumnya juga diasaskan atas mudah dan senang dilaksanakan.
7.0.PENJELASAN BERKAITAN DENGAN MASYAQQAH
Dimaksudkan dengan musyaqqah ialah kesukaran dan kesusahan. Meletakkan bebanan dan
kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan
daripada mukallaf.
8.0.TUJUAN MASYAQQAH
Pada aslnya kaedah ini iaitu, kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertentu
dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu :
y Kesusahan yang terkeluar daripada garisan kesusahan biasa. Seperti : tanggungjawab
yang dibebankan itu menyusahkan. Dimana ia boleh membawa kemudharatan kepada
diri atau harta atau kesusahan yang memeras tenaga dalam masa yang panjang. Oleh
itu, kesusahan dan kesukaran sebegitu dikira terkeluar daripada adat kebiasaan dan
perlu kepada keringanan. Sebagai contohnya : Orang sakit dibolehkan meninggalkan
puasa kerana dengan berpuasa tentu akan membawa kemudharatan kepada badan dan
jiwanya.
y Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebagai sebab mendapat
keringanan atau rukhsah. Iaitu, kesusahan yang tidak membawa kemudharatan kepada

3
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 141-
142.
9

diri dan jiwa. Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca panas, tidak boleh
menjadi sebab digugurkan taklif dan menjadi rukhsah.
4





9.0.SEBAB-SEBAB RUKHSAH
Menurut penelitian ulama, ada beberapa faktor dan sebab kesusahan yang dapat memberi
keringanan terhadap pelaksanaan hukum syarak, antara sebab keringanan atau rukhsah dalam
melakukan ibadah dan lainnya ada tujuh perkara iaitu :
y Musafir yang diharuskan. Orang musafir boleh mengambil rukhsah. Antaranya ialah :
Qasar sembahyang.
Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam.
Berbuka puasa.
Jama atau himpunkan antara dua sembahyang.
y Sakit. Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi sebab hukum rukhsah serta
banyak sekali bentuknya. Antara contohnya ialah :
Orang yang menghidap penyakit tertentu dibolehkan bertayamum. Iaitu
sekiranya dengan menggunakan air dapat memudharatkan. Atas nasihat dan
pengesahan doktor pakar.
Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardhu sambil duduk atau berbaring
atau terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkanb kemampuan.
Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati penyakit yang
dialami oleh pesakit.
Disebabkan sakit seseorang itu diharuskan meninggalkan sembahyang Jumaat.
Sebab sakit seseorang diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan dan
menggantikannya selepas sembuh atau meninggalkan sepenuhnya bagi mereka
yang tua dan uzur serta membayar fidyah.

4
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 143-
145.
10

Tidak makruh hukumnya meminta pertolongan orang lain menggosokkan
anggota wudhuk dan mencurahkan air.
Datang lewat untuk sembahyang berjemaah ddan sembahyang Jumaat dengan
tetap mendapat pahala penuh.
Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.
5



y Terpaksa atau dipaksa (ikrahu). Antara lain juga orang yang diugut atau dipaksa
dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak mampu melawan dan tidak mampu
membantah. Antaranya ialah :
Mengancam nyawa dan harta bendanya.
Mereka yang dalam keadaan terpaksa, seperti kelaparan yang terancam
nyawanya. Mereka diharuskan makan benda yang haram.
Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi
hatinya mesti tetap beriman.
y Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu secara terlupa diberi
keringanan dan kemaafan terhadap apa yang dilakukannya.
Seseorang yang makan secara terlupa ketika berpuasa, tidak batal puasanya.
Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari sudut syarak
serta dimaafkan. Contohnya, orang yang tidur sehingga ia terjaga, kanak-
kanak sehingga ia bermimpi keluar mani dan orang gila hingga ia berakal.
y Kejahilan. Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu keuzuran
yang membawa keringanan. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 275 yang berbunyi :
CBb 1m0 PbP)MOBb N
l Nl BoAH l CBb
=P1 MOBb .
oOBb P O "0) PbOBC
Bol MOBb Vd PbP)MOBb N
V="0." Bb MOBb M=."
PbP)MOBb P o `.C
. =`)H PH1BB

5
)http://kesukaranmembawakemudahan.com.my
11

0b B b`1 `M"0." `ll
Bb P ." TB O0"0
1"0 HB1OBb P BM
."Bb.
6




275. orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung -hayang
kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
"Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah
menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang
telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang
mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal
di dalamnya.
Contohnya :
Seseorang yang bercakap ketika sembahyang kerana ia bodoh, sembahyang
tersebut tidak batal.
y Kesukaran serta umum al-Balwah. Iaitu perkara kesukaran umum yang tidak dapat
dihindarkan. Ia juga membawa maksud kerana terdesak dalam kesulitan atau
bermaksud perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara contohnya ialah :
Lumpur dijalan raya yang terpercik pada kain atau badan seseorang pada hari
hujan dimaafkan.
Begitu juga orang yang berpenyakit sentiasa keluar kencing atau dedas dan
istihadah , iaitu darah penyakit. Ianya dimaafkan dalam keadaan tersebut.
Antara lainnya adalah segala najis yang sukar dihilangkan adalah dimaafkan
seperti tahi burung merpati yang tinggal dalam masjid.
Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul dan penyakit
cacar.

6
)http://www.kesukaranmembawakemudahan.com.my
12

Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang yang tidak
mempunyai darah mengalir. Seperti, belalang.
Menyentuh mashaf al-Quran bagi kanak-kanak yang sedang belajar dalam
keadaan berhadas.
Istinjak dengan menggunakan batu.
7



Membuang air besar dan air kecil dengan menghadap atau membelakangi
kiblat dalam tandas atau tempat tertutup.
Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika sembahnyang
dalam keadaan takut dan menghadapi musuh di medan perang.
Harus sembahyang sunat sambil duduk, sama ada dalam keadaan musafir atau
bermukim.
Harus sembahyang jama ketika hujan mengikut mazhab al-Syafii.
Tidak wajib menggantikan sembahyang bagi wanita yang berhaid, kerana ia
berlaku secara berulang-ulang.
Memakan bangkai dan harta orang lain dalam keadaan darurat.
Harus memakai sutera bagi lelaki kerana berpenyakit atau sebab sakit serta
untuk tujuan peperangan.
Harus muamalah jual salam.
Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.
Menjual telur sama kulitnya.
Disyariatkan khiyar selama tiga hari.
y Kekurangan. Kekurangan juga menjadi salah satu sebab keringanan dan kemudahan
kerana ia salah satu masyaqqah. Contohnya :
Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.
Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang Jumaat atas dasar kekurangan
sifat-sifat tertentu dan mereka tidak diwajibkan berperang dan tidak dikenakan
jizyah.
Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.
Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera.

7
)Pengantar Syariat Islam, Mohd.Salleh Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur 1999, Cetakan
Pertama Ogos 1999, Halaman 200.
13

Taklif syarak atau tanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan
berbanding kaum lelaki.
Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba
berbanding orang merdeka.
8



10.0.JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK
Menurut pendapat Syeikh Izz al-Din bin Abd al-Salam al-Syafii, jenis keringanan atau
rukhsah itu ada enam. Manakala mengikut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang
dijelaskan oleh Ibn Nujaym pula rukhsah itu ada tujuh. Antaranya ialah :
y Keringanan dengan menggugurkan kewajipan. Contohnya ialah :
Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.
Digugurkan daripada menyertai jihad sebelum uzur.
Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.
y Keringanan dengan menggugurkan bebanan. Contohnya ialah memendekkan atau
qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi dua rakaat.
y Keringanan dengan gantian atau penukaran. Contohnya ialah :
Ditukarkan berwudhuk dan mandi dengan bertayamum.
Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak boleh berdiri
kepada duduk atau baring atau isyarat.
Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan
membayar fidyah.
y Keringanan dengan mendahulukan. Contohnya ialah :
Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu dan haulnya.
Sembahyang jama taqdim.
y Keringanan dengan mengakhirkannya. Contohnya ialah :
Menangguhkan puasa Ramadhan kerana bermusafir.
Sembahyang jama takhir.

8
)Ke Arah Memahami Kaedah Hukum Fekah, Prof.Syeikh Ali Hasan Ahmad Ad.Dariy, Pustaka Ilmi, Selangor
Darul Ehsan, Halaman 81.
14

Menagguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang orang mati lemas dan
terbakar.
y Keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak dan terpaksa. Contohnya :
Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.
y Keringanan mengubah atau menukar. Contohnya, menukar atau mengubah kedudukan
serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi
musuh.
9

11.0.BAHAGIAN RUKHSAH
Jenis-jenis serta bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah ada lima bahagian iaitu :
y Rukhsah yang wajib dilakukan. Contohnya ialah :
Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan sekiranya dengan
tidak makan tersebut boleh menyebabkan kematian.
Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya.
y Rukhsah sunat dilakukan. Contohnya ialah :
Jama dan qasar sembahyang ketika musafir yang lebih daripada tiga
marhalah. Erti kata lain qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan
merasa penat dalam perjalanan.
Melihat pada bakal pengantin atau tunang.
y Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan atau ditinggalkan. Contohnya ialah,
melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan.
y Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak dilakukan.
Contohnya, membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apa-apa
kesukaran dan tidak kemudharatan.
y Rukhsah yang makruh dikerjakan. Contohnya, qasar sembahyang bagi mereka yang
musafir kadar jarak kurang daripada tiga marhalah.
12.0.HUKUM FURU
Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah-kaedah ini ialah :

9
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 150.
15

y Diharuskan berbuka puasa bagi orang yang musafir dan sakit.
y Diharuskan memakan bangkai jika dalam keadaan darurat.
y Diharuskan jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir dan harus tidak berpuasa.
y Harus menagguhkan kepada mereka yang terdesak dan tertekan untuk melunaskan
hutang.
y Harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.
y Harus bagi balu untuk keluar rumah jika dalam keadaan terdesak untuk berkerja dan
mencari sara hidup.
10

13.0.KAEDAH PECAHAN
Daripada kaedah asas dan utama tersebut dapat dikeluarkan pula sebanyak beberapa kaedah
pecahan yang lain iaitu sebanyak sepuluh kaedah pecahan.

14.0.KAEDAH PERTAMA

Maksudnya : Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.

14.1.HURAIAN KAEDAH
Kaedah itu adalah berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafii. Ia selaras juga
dengan apa yang dijelaskan oleh Syeikh Izz al-Din bin Abd al-Salam, dimana syariat Islam
itu dibina atas dasar sesuatu perkara itu sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan luas. Hal
tersebut adalah selaras dengan kedatangan syariat Islam itu adalah untuk membawa
kebahagiaan kepada umatnya atau manusia didunia dan diakhirat. Secara tidak langsung,
kaedah pecahan tersebut dapat juga dikatakan dengan lafaz kaedah yang maksudnya ialah :
Apabila luput tegahan, kembali apa yang ditegah. Untuk itu, dengan adanya kaedah tersebut,
dimana setiap kesempitan yang dihadapi oleh seseorang seharusnya dipermudahkan atau
diperlonggarkan hingga ia terasa kebahagiaan dan rahmat kedatangan syariat Islam.


10
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 152.
16

14.2.RUMUSAN KAEDAH
Sebagai rumusannya, segala sesuatu itu apabila sukar dikerjakan, hukum perlaksanaannya
menjadi mudah dan longgar. Keadaan lain, terdapat kaedah juziyyah lain yang ada hubung
kait juga hampir sama dengan kaedah tersebut diatas iaitu kaedah yang maksudnya :
Dimaafkan ketika berterusan atau pertengahan apa yang tidak dimaafkan pada permulaan.
11


14.3.HUKUM FURU
Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :
y Imam syafii mengeluarkan kata-kata tersebut dan dijadikan kaedah ketika beliau
ditanya tentang tiga tempat iaitu :
Apabila seseorang wanita kehilangan walinya ketika dalam bermusafir, lalu ia
menyerahkan wali untuk urusan dalam musafirnya itu kepada seseorang lelaki.
Konteks tersebut hukumnya harus.
Berkaitan dengan bekas yang diperbuat daripada tanah liat yang mana bahan
bakarnyanya adalah daripada benda-benda najis. Apakah harus berwudhuk
dengan bekas tersebut? Lalu Iman Syafii menjawab soalan tersebut.
Imam Syafii pernah ditanya berkenaan lalat yang hinggap diatas najis
kemudian hinggap pula pada baju seseorang. Beliau menjawabnya : Sekiranya
ia terbang sebelum hinggap pada pakaian itu kakinya menjadi kering, ianya
menyebabkan pakaian itu tidak menjadi najis. Namun jika sebaliknya, beliau
menyatakan kaedah tersebut.
y Sudah memadai dengan saksi wanita dan diterima saksi wanita dalam perkara yang
lelaki tidak mengetahuinya dan tidak melihatnya. Seperti : Cacat pada anggota dan
lainnya.
y Tidak perlu dengan keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka sahaja dalam
masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya.

11
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
153-154.
17

y Imam al-Zarkasyi menjelaskan bahawa seseorang itu harus menggunakan bekas yang
diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk, kiranya tidak ada bekas yang
lain.
12




15.0.KAEDAH KEDUA

Maksudnya : Apabila sesuatu itu longgar dan luas, hukum menjadi sempit.
15.1.HURAIAN KAEDAH
Antara lain ia bermaksud, apabila sesuatu itu atau perlaksanaannya mudah, hukum
perlaksanaannya menjadi sempit. Antara lain, perlaksanaannya juga dapat dibataskan serta
dihubungkaitkan dengan kaedah : Keadaan ketika darurat itu diharuskan mengikut kadarnya.
Antara lain kaedah diatas bermaksud,sesuatu itu dibuka ruang ketika keadaan darurat dan
apabila keadaan darurat itu lenyap, hukum perlaksanaan kembali kepada asalnya. Selaras
dengan apa yang dijelaskan oleh imam al-Ghazzali dengan lafaz yang maksudnya : Setiap
kali sesuatu perkara itu melepasi batasannya, ia terbias kepada sebaliknya.
15.2.RUMUSAN KAEDAH
Kaedah itu adalah sebalik kepada kaedah tersebut di atas. Iaitu jika sesuatu itu menjadi terlalu
longgar, hukumnya menjadi sempit pula. Konteks lain, kaedah tersebut dibawa dalam lafaz
kaedah yang maksudnya : Dimaafkan ketika permulaan apa yang tidak dimaafkan ketika
pertengahan atau berkekalan.
15.3.HUKUM FURU
Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

12
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
154-155.
18

y Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan sembahyang diharuskan.
Namun begitu, tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang-ulang
seandainya tidak ada desakan atau keperluan berbuat begitu.
y Seseorang yang dalam keadaan lapang, seharusnya melakukan sembahyang diawal-
awal waktu serta dengan menepati segala rukun dan syaratnya yang sempurna.
13



16.0.KAEDAH KETIGA

Maksudnya : Kemudharatan-kemudharatan itu membolehkan tegahan-tegahan.
16.1.HURAIAN KAEDAH
Antara lain, kaedah itu bermaksud keadaan kemudharatan itu membolehkan dan
mengharuskan perkara yang ditegah atau dilarang. Ia merupakan kaedah dan hukum
pengecualian dalam keadaan yang terdesak dan terpaksa mengharuskan perkara yang tidak
diharuskan ketika keadaan biasa. Ia dapat dikaitkan dengan kaedah yang maksudnya :
Sesungguhnya perkara haram itu apabila tidak didahului terhadapnya sebarang dalil, ia
berlangsung sebagai hukum melepaskan kesempitan. Keadaan lain ia dapat dibataskan pula
dengan lafaz kaedah yang maksudnya : Apa yang diharamkan untuk membendung jalan
kerosakan, ia diharuskan demi kemaslahatan yang jelas.
16.2.RUMUSAN KAEDAH
Kaedah pecahan tersebut juga dapat dikaitkan dengan lafaz :
y Maksudnya : Tiada hukum haram dalam keadaan darurat dan tidak ada tegahan
beserta keperluan atau hajat.
y Maksudnya : Tidak menjadi wajib kerana lemah dan tidak haram kerana darurat.

13
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
139-140.
19

y Maksudnya : Tidak ada perkara haram yang dihalalkan kerana hajat, kecuali dalam
keadaan darurat.
y Maksudnya : Harus waktu darurat apa yang tidak diharuskan ketika lainnya.
Namunpun begitu, pengharusan waktu darurat itu dengan menurut kadarnya atau tidak
melebihi kadar yang seharusnya.
14



16.3.HUKUM FURU
Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :
y Harus memakan bangkai atau benda haram ketika sangat lapar untuk menyelamatkan
jiwa dari mati dan kebuluran.
y Harus minum arak ketika sangat dahaga dan tidak ada minuman lain untuk
menyelamatkan diri daripada mati kehausan.
y Harus mengambil harta benda orang yang berhutang yang enggan membayar
hutangnya.
y Kiranya doktor wanita tiada, doktor lelaki diharuskan menguruskan wanita bersalin
dan merawatnya.
y Doktor harus melihat aurat lelaki atau perempuan untuk tujuan merawat.
y Diharuskan menggali semula mayat yang ditanam kerana belum dimandikan atau
untuk membetulkan arah kiblatnya. Jika diketahui kedudukan sebelumnya tidak
mengikut arah kiblat atau belum dimandikan.
y Boleh melakukan tindakan apa sahaja terhadap harta milik musuh dalam keadaan
perang untuk mengalahkan mereka. Contohnya membakar kubu mereka.

14
)Pengantar Usul Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
301.
20

y Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak walaupun terpaksa
membunuhnya.
y Apabila perkara haram telah berleluasa dan halal sedikit, boleh melakukan apa yang
diperlukan selagi tidak cara berlebihan.
y Harus memusnahkan binatang-binatang musuh yang dijadikan alat dan kekuatan
perang mereka. Seperti, kuda dan gajah.
15



16.4.PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH
Diantara hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan tersebut dimana tidak diharuskan
sama sekali melakukannya biarpun terpaksa dan dipaksa. Iaitu :
y Kekufuran dan kufur. Seseorang itu tidak boleh kufur tehadap Allah. Tetapi dalam
keadaan tersebut seseorang boleh murtad secara zahir sahaja. Namun haruslah tetap
beritiqad dan percaya kepada Allah.
y Membunuh. Seseorang yang dipaksa membunuh orang lain, ia tidak boleh
melaksanakannya.
y Berzina. Kiranya seseorang itu dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakannya.
17.0.KAEDAH KEEMPAT

Maksudnya : Keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya.
Konteks lain, kaedah tersebut dibawa juga dalam bentuk lafaz yang lain. Diantaranya ialah :
y Apa yang dibolehkan kerana kemudharatan itu diukur mengikut kadar kemudharatan.

15
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
157-158.
21

y Apa yang dihalalkan disebabkan darurat atau hajat diukur mengikut kadarnya dan
hilangnya dengan lenyap darurat.
y Hukum yang ditetapkan sebab darurat diukur menurut kadarnya.
17.1.HURAIAN KAEDAH
Keadaan darurat yang diharuskan dan dibolehkan disebabkan kemudharatan atau ada
kemudharatan itu dinilai berdasarkan kadar kemudhratan tersebut. Untuk itu ia tidak boleh
dengan cara berlebihan atau melampaui batas. Dimana hukum tersebut hanyalah sekadar
untuk menghilangkan kemudharatan yang sedang menimpa.
16

Apabila kemudharatan atau sesuatu keadaan yang memaksa itu telah hilang, pengharusan
terhadap apa yang didasarkan kepada kemudharatan itu menjadi hilang juga. Iaitu, ia kembali
seperti sedia kala yang dilarang.
17.2.RUMUSAN KAEDAH
Kaedah pecahan itu membataskan kaedah pecahan sebelumnya yang mutlak yang maksudnya
: Keadaan darurat mengharuskan tegahan-tegahan. Antara lain, juga membataskan kaedah-
kaedah yang maksudnya : Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi sempit. Sebagai
rumusannya, kaedah diatas merupakan batasan mengambil rukhsah atau menggunakan
kemudahan dalam keadaan darurat, ukuran ialah sekadar untuk menyelamatkan diri daripada
bahaya dan tidak lebih daripada itu.
17.3.HUKUM FURU
Diantara hukum furu daripada kaedah ini ialah :
y Memakan bangkai itu hanyalah diharuskan untuk menyelamatkan diri daripada
kelaparan dan mati kebuluran. Apabila bertenaga semula, batas diharuskan itu
berakhir.
y Seseorang diharuskan mengambil rumput milik orang lain untuk memberi makan
ternakannya yang kelaparan. Namun ia tidak boleh mengambilnya untuk dijualnya
kepada orang lain yang ternakannya juga dalam kelaparan.

16
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
159-161.
22

y Doktor diharuskan melihat aurat pesakit lelaki atau wanita untuk merawat. Namun
pada anggota atau bahagian sakit sahaja dan tidak lebih daripada itu.
y Orang yang meminta nasihat tentang peribadi seseorang. Contohnya, untuk mencari
bakal isteri, hanya boleh menceritakan secara ringkas sahaja.
y Orang gila atau sakit jiwa dan terpaksa dikahwinkan atas nasihat doktor dan orang
yang berpengalaman tentang penyakit tersebut agar penyakit sembuh, seharusnya
dikahwinkan dengan seorang isteri sahaja. Kerana seseorang isteri sudah memadai
dan memenuhi darurat tersebut.
17

y Orang yang luka atau patah hendaklah dibalut dengan mengambil kadar tempat luka
dan kawasan lain yang tidak terlihat sekadar perlu sahaja.
y Seseorang yang beristinjak dengan batu dimaafkan dan sah sembahyangnya.
y Tumbuhan yang hidup didalam air dimaafkan kecuali jika seseorang memsukkan
sesuatu atau daun kedalam air tersebut dan ianya bertukar warna maka ianya tidak
dimaafkan.
y Seseorang yang dibenarkan memelihara anjing atas tujuan perburuan tidak boleh
memelihara lebih daripada jumlah yang diperlukan.
17.4.PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH
Diantara hukum furu yang terkecuali daripada hukum ini ialah :
y Jual beli al-araya pada permulaan diharuskan untuk golongan fakir, namun selepas
itu diharuskan juga bagi golongan yang kaya.
y Lian itu diharuskan dalam keadaan sukar mendatangkan saksi terhadap isteri yang
berzina, namun kemudian ianya diharuskan dalam semua kemungkinan.
18.0.KAEDAH KELIMA


17
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
161-162.
23

Maksudnya : Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilang uzur tersebut.
Konteks lain, kaedah tersebut hampir sama dengan lafaz kaedah yang didasarkan kepada
fatwa yang dibawa oleh ibn Taimiyyah yang maksudnya : Yang tetap dengan hukum darurat
itu diukur berdasarkan kadarnya. Tetapi apabila darurat itu hilang, kembalilah hukum kepada
ketetapan asal sebelum darurat.
18




18.1.HURAIAN KAEDAH
Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada hukum
asal apabila hilang keuzuran tersebut. Kaedah pecahan itu juga digunakan untuk
membataskan skop kaedah yang maksudnya : Keadaan darurat mengharuskan tegahan-
tegahan.
19


18.2.HUKUM FURU
Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :
y Tayammum menjadi batal disebabkan terdapat atau ada air sebelum mendirikan
sembahyang.
y Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu sembahyang.
y Hakum harus menahan dan mengurus perbelanjaan harta orang yang bodoh dan boros.
Namun setelah mereka mampu menguruskan sendiri, hakim hendaklah melepaskan
kawalan tersebut.

18
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
161-163.
19
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
161-163.
24

y Sekiranya seorang saksi itu ada keuzuran syarak untuk datang dan memberi kesaksian
dihadapan hakim di mahkamah seperti, ia sakit. Harus ia memberi kesaksian
dirumahnya. Namun setelah keuzuran tersebut telah hilang, iaitu sembuh daripada
penyakit maka harus baginya membuat penyaksian di mahkamah.
y Ketika menjelang Ramadhan seseorang jatuh sakit, ia harus berbuka kerana keuzuran
sakitnya itu. Namun setelah ia sembuh, wajib berpuasa.
20




19.0.KAEDAH KEENAM

Maksudnya : Keperluan atau hajat diletakkan pada kedudukan darurat, sama ada umum
atau khusus.

19.1.PENGERTIAN KAEDAH
Berkaitan dengan kalimah-kalimah kaedah tersebut ialah :
Al-Hajah bermaksud sesuatu yang membawa kearah kemudahan untuk mencapai apa
yang dimaksudkan. Iaitu tanpa perlu kepada darurat dan sukar. Antara lain juga ianya
membawa maksud keadaan menuntut atau meghendaki seseorang melakukan sesuatu
perbuatan yang mana tidak mengikuti hukum yang sepatutnya berlaku.
Namun begitu, ia bukan untuk menghindarkan bahaya seperti dalam keadaan darurat.
Al-Darurah ialah hal keadaan yang mana seseorang itu mesti atau tidak dapat tidak
memerlukannya. Kiranya perkara tersebut tidak diperolehi atau ditinggalkan
menyebabkan ia terdedah kepada bahaya. Contohnya melakukan perbuatan yang
diharamkan ketika terpaksa.

20
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
163-164.
25

Ammah bermaksud sesuatu keperluan itu adalah meliputi keperluan seluruh umat
manusia atau umum.
Khassah bermaksud keperluan sesuatu golongan tertentu yang bukan berbentuk
individu.
21





19.2.HURAIAN KAEDAH
Berdasarkan kaedah tersebut, pengertiannya ialah keringanan itu tidak hanya terbatas untuk
perkara yang darurat sahaja. Namun ia terdapat juga terhadap perkara yang hajiyat atau
keperluan. Erti kata lain, keringanan itu dibolehkan pada hajiyat sebagaimana ia dibolehkan
terhadap perkara-perkara yang darurat. Hal tersebut kerana agama Islam itu datang untuk
menolak atau membendung kesukaran dan kesempitan daripada manusia serta membawa
kepada mereka dalam semua perkara juga hukum dan syarat.
19.3.RUMUSAN KAEDAH
Sebagai rumusannya, kaedah itu dapat difahami yang mana kemudahan itu tidak terbatas
kerana sesuatu perkara yang darurat sahaja. Namun kemudahan itu juga terbentuk disebabkan
ada hajat atau keperluan sebagaimana keringanan itu dibolehkan disebabkan ada darurat.
19.4.TINGKATAN KEPERLUAN
Tingkat hajat itu dapat diklasifikasikan kepada lima iaitu :
y Daruriyat atau darurat. Iaitu sesuatu perkara yang mesti dilakukan kerana jika tidak
dipenuhi akan menyebabkan kemudharatan dan binasa. Contohnya harus memakan
bangkai dalam keadaan darurat kerana kelaparan yang boleh membawa kematian.

21
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
164-165.
26

y Hajiyat atau hajat. Keadaan ini tidak sampai tahap membinasakan. Namun jika
meninggalkannya menyebabkan kesusahan. Keadaan tersebut tidak mengharuskan
melakukan perkara yang haram. Contohnya tidak harus memakan bangkai jika
kelaparan tidak membawa kepada kemudharatan iaitu membawa kematian.
y Manfaat. Iaitu keperluan kepada makanan yang berzat supaya hidup lebih sihat.
Seperti memakan makanan protein dan lain-lain.
y Zinah. Iaitu untuk kemewahan hidup. Seperti memakai pakaian yang mahal-mahal
dan perhiasan diri.
22


y Fudul. Iaitu berlebih-lebihan. Contohnya banyak makan makanan syubhah dan haram.

19.5.TINGKATAN KEMASLAHATAN
Kemaslahatan dunia dan akhirat dapat dibahagikan kepada tiga iaitu :
y Kemaslahatan dururiyat. Iaitu kemaslahatan yang mesti seperti makanan, tempat
tinggal dan pakaian.
y Kemaslahatan hajiyat. Iaitu barangan keperluan sederhana antara keperluan asasi
dengan kesempurnaan.
y Kemaslahatan kamaliyat. Iaitu kesempurnaan. Antaranya kereta mewah. Berkaitan
dengan kemaslahatan itu dapat dibahagikan kepada bahagian berikut pula iaitu :
Darurat atau dengan melakukan perkara yang dituntut oleh syarak dan
meninggalkan apa yang ditegah oleh syarak. Iaitu melakukan perkara yang
wajib.
Maslahat hajat. Iaitu melakukan perkara sunat muakkad.

22
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
164-165.
27

Darurat kesempurnaan. Iaitu melakukan perkara sunat yang kecil seperti sunat
haiah.

19.6.HUKUM FURU
Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :
y Keperluan yang bersifat umum. Antara diharuskan sewaan, upahan, jualan salam dan
pindahan hutang atau hiwalah. Biarpun semunya itu menyalahi al-Qiyas, namun
diharuskan disebabkan ada keperluan yang meluas dan keperluan itu apabila ia
bersifat umum, hukumnya akan berlaku seperti ketika keadaan darurat.
23

y Keperluan yang bersifat khusus. Antaranya menapal bekas menggunakan perak. Ia
diharuskan kerana hajat dan keperluan. Antara lain kerana asalnya secara putus telah
disepakati harus menampal menggunakan bahan galian, bahkan apa yang
dimaksudnkan dalam konteks itu juga ialah menampal, asalkan selain daripada tujuan
berhias.
y Seseorang lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit kulit
dan lainnya. Namun dalam keadaan biasa diharamkan.
y Menggunakan atau memakan harta rampasan perang di Dar al-Harb atau daerah
musuh. Ia diharuskan untuk tentera kerana kerana hajat dan keperluan dengan syarat
tidak ada orang lain bersama mereka.
y Diharuskan melihat kepada bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.
20.0.KAEDAH KETUJUH

Maksudnya : Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain.
20.1.HURAIAN KAEDAH
Ianya dapat dikaitkan dengan lafaz :

23
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
166-167.
28

y Maksudnya : Hajat atau keperluan itu tidak memberi hak bagi seseorang mengambil
harta orang lain.
y Maksudnya : Tidak boleh orang kena zalim menzalimi orang lain.
Justeru itu, kaedah tersebut membawa maksud keperluan diwaktu terdesak tidak dapat
membatalkan hak milik orang lain sepenuhnya. Iaitu samaada desakan itu disebabkan perkara
samawi seperti, kelaparan atau disebabkan oleh bukan sebab samawi seperti dipaksa.
24



20.2.RUMUSAN KAEDAH
Sebagai rumusannya, berkaitan dengan perkara desakan tersebut ia dapat dibahagikan kepada
dua bentuk iaitu :
y Desakan berkaitan dengan perkara samawi. Iaitu urusan yang menjelma bukan dengan
usaha manusia dan seseorang itu tidak dapt membawanya. Contohnya : Kelaparan.
Untuk itu seseorang yang terdesak kelparan harus makan makanan untuk
mengelakkan dirinya daripada binasa. Namun begitu desakan tersebut tidak sehingga
menggugurkan hak milik orang lain secara sepenuhnya. Dimana pemilik makanan
tersebut diberikan gentian atau imbuhan.
y Desakan bukan sebab perkara samawi. Iaitu desakan atau tekanan yang datang
daripada pihak manusia atau seseorang. Berkaitan dengan desakan bentuk ini ianya
dapat diklasifikasikan kepada dua iaitu :
Desakan dan paksaan yang sangat keras berbentuk nyawa. Justeru itu, dalam
keadaan tersebut, jaminan dang anti rugi dikenakan terhadap orang yang
memaksa.
Desakan dan paksaan tidak terlalu keras. Jaminan dang anti rugi dikenakan
kepada orang yang dipaksa.
20.3.HUKUM FURU

24
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
166-167.
29

Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :
y Sekiranya tempoh sewaan tanah pertanian telah tamat, namun tanamannya masih
belum dapat dituai disebabkan belum masak. Sewaan dikira berterusan sampai ia
dapat dituai, dengan kadar tambahan sewaan yang sepatutnya.
y Hal itu kerana desakan dan tekanan penyewa untuk mengekalkan tanamannya hingga
masak dan dapat dituai tetap tidak membatalkan hak milik tuan tanah.
25


y Apabila tempoh sewa atau upah menyusu bayi daripada ibu susu telah tamat,
sedangkan bayi tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan susunya. Selain itu,
bayi tersebut masih belum dapat makan atau menerima makanan lain. Ibu susu itu
boleh dipaksa supaya terus menyusui bayi tersebut demi menjaga kepentingan bayi.
Ibu susu tersebut hendaklah dibayar upah dengan kadar yang setimpal.

21.0.KAEDAH KELAPAN

Maksudnya : Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.

21.1.HURAIAN KAEDAH
Kaedah tersebut banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat, jihad dan
lainnya. Walaupun kadangkala pada zahirnya didapati ada kerugian daripada perbuatan
tersebut, namun kesudahannya atau hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih.
Lantaran itu syarak menyuruh melaksanakannya.

21.2.HUKUM FURU

25
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
166.
30

Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :
y Haramnya minum arak dan berjudi.
y Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Pada zahirnya menyebabkan kematian dan
kerosakan. Namun natijahnya adalah amat baik dan jelas. Iaitu mempertahankan diri,
agama dan menyebarkan agama Islam. Hasil jihad, Islam tersebar keseluruh pelusuk
dunia.
26


22.0.KAEDAH KESEMBILAN

Maksudnya : Hukum itu berkisar bersama illahnya atau sebabnya.

22.1.HURAIAN KAEDAH
Antara lain kaedah pecahan itu membawa pengertian, dimana sesuatu hukum itu atau hukum
yang ada itu disebabkan ada illahnya atau sebabnya. Lantaran itu sekiranya illahnya hilang,
tidak berlakulah hukum tersebut. Antara lain, kaedah juziyyah tersebut dapat dikaitkan
dengan kaedah yang maksudnya : Hukum berkisar pada illahnya tentang ada dan tiadanya.
Yang membawa maksud, dimana hukum yang ada illah atau bersebab itu berlaku dan tidak
berlakunya berkisar pada illahnya.

22.2.HUKUM FURU
Diantara hukum furu yang terhasil daripada kaedah ini ialah :
y Diharamkan arak sebab illahnya yang memabukkan. Apabila illahnya hilang atau
tidak ada lagi, waktu itu ia tidak diharamkan. Contohnya, arak tersebut bertukar
menjadi cuka.

26
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
169-170.
31

y Sesuatu itu apabila ia mengandungi racun, apabila ia merosakkan diharamkan. Namun
apabila ia tidak merosakkan bahkan dapat dijadikan ubat maka diharuskan.
y Jus anggur atau nira itu apabila bertukar menjadi arak hilanglah kesuciannya.
27





23.0.KAEDAH KESEPULUH

Maksudnya : Kedudukan perkara yang tidak diketahui itu sama dengan kedudukan apa yang
tidak ada.
Kaedah tersebut berakhir atau secara sempurnanya dibawa dengan lafaz tambahan yang
maksudnya : Dan kira asalnya berkekalan sebegitu, apabila lemah atau tidak dapat untuk
berpegang terhadapnya atau sukar untuk diiktibar .
23.1.HURAIAN KAEDAH
Kaedah tersebut dibawa oleh ibn Rajib al-Hanbali (m.795H) dalam kitab Taqrir al-Qawaid
wa Tahrir al-Fawaid. Iaitu apa yang tidak diketahui atau majhul itu kedudukan serta tarafnya
sama dengan taraf apa yang tidak ada. Manakala ibn Taimiyyah menjelaskan dengan lafaz
kaedah yang maksudnya : Apa yang tidak diketahui dalam syariat seperti yang tidak ada dan
lemah mengenainya. Iaitu atas dasar untuk menolak kesukaran dan kesempitan tersebut
jugalah, dalam perkara dan hal yang berkaitan dengan syariat yang tidak diketahui adalah
dimaafkan.
23.2.SUMBER ASAL KAEDAH
Sumber rumusan untuk menghasilkan kaedah tersebut berdasarkan dalil :

27
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
170-171.
32

23.3.HUKUM FURU
Diantara hukum furu daripada kaedah tersebut ialah :
y Barang temuan atau harta yang ditemui tercicir selepas tempoh haul dan masanya, ia
menjadi milik orang lain yang menemuinya atas dasar asalnya tidak diketahui
pemiliknya. Apa-apa yang tidak dapat dimiliki daripada barangan temuan pula,
hendaklah disedekahkan bagi pihak pemilik. Ianya mengikut pendapat yang tepat.
y Seseorang yang menemui barang yang tercicir, apabila pemiliknya datang dan
mendakwa, ia hendaklah menyerahkannya.
28

Seandainya tidak ada pemilik, ia adalah daripada harta Allah yang dikurniakan kepada
orang yang dikehendaki. Selaras dengan sabda Baginda riwayat daripada Iyad bin
Himar yang mafhumnya :
Apabila datang pemiliknya, dialah yang lebih berhak. Sekiranya tidak, ia adalah
harta Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang ia kehendaki.
29











28
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
171-172.
29
)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham
Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman
172-173.
33









24.0.KESIMPULAN
Kesimpulannya, Islam ini merupakan satu agama yang memudahkan. Yang mana ianya
mengambil berat kepentingan setiap individu masyarakat. Namun, pada hal tersebut, majoriti
lapisan masyarakat mempunyai pengaturan minda yang salah yang mana mereka mengatakan
bahawa agama Islam itu sesuatu yang membebankan. Sedangkan pada agama tersebut hanya
terdapat sedikit tanggungjawab dan tanggungjawab tersebut diberikan kemudahan dan
keringanan jika terdapat sebarang masalah untuk melaksanakan sesuatu perkara yang
disyariatkan oleh syarak tersebut. Melalui tajuk yang telah diberikan kepada saya ini, dapat
saya simpulkan yang mana agama Islam itu merupakan agama yang mudah dan ringan.
Buktinya dengan penerapan kaedah fiqh iaitu kemudharatan dihapuskan dengan kemudahan.
Jelasnya pada kita yang mana teradapat rukhsah dalam agama Islam itu sendiri. Ianya
sehinggakan perkara yang ditegah yakni haram menjadi keharusan disebabkan oleh darurat
yang berlaku. Maka dengan ini ia jelas menunjukkan bahawa agama Islam itu merupakan
agama kemudahan. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang
berbunyi :
B PM Bb V.TO PM`1
. q=M=
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),
Secara keseluruhannya, kaedah pecahan kemudharatan membawa kemudahan ini menjadi
kehidupan masyarakat sejagat dalam keadaan yang mudah. Namun tidak pada setiap masa
34

dan semua perkara keringanan tersebut dapat dilakukan dan dilaksanakan. Kaedah ini
digunakan dengan meluas sekali dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Terdapat
banyak hukum furu atau hukum pecahan yang terhasil daripada kaedah ini. Terdapat
pelbagai perkara yang dapat kita aplikasikan melalui kaedah ini dalam kehidupan sehari-
harian kita. Justeru itu dengan adanya syariat Islam ini memudahkan lagi hidup manusia
berlandaskan kepada syarak yang telah ditetapkan.




25.0.BIBLIOGRAFI
1. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin,
Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD.,
Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000.
2. Pengantar Syariat Islam, Mohd.Saleh Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala
Lumpur 1999, Cetakan Pertama Ogos 1999.
3. Pengantar Usul Fiqh, Abt.Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam
SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama,
Cetakan Pertama Mei 1997.
4. Ke Arah Memahami Kaedah Asas Hukum Feqah, Prof.Syeikh Ali Hasan Ahmad
Ad.Dariy, Pustaka Ilmi,Cetakan Kedua 1997.
5. http://kesukaranmembawakemudahan.com.my

You might also like