You are on page 1of 13

TOPIK 9 SISTEM DALAM ENJIN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenali sistem-sistem yang terdapat dalam enjin;

2. Menerangkan kendalian sistem bahan api;

3. Menerangkan kendalian sistem penyalaan; dan

4. Menerangkan kendalian sistem penyejukan dan pelinciran.

PENGENALAN
Topik ini menyenaraikan sistem-sistem utama yang terdapat dalam enjin dan menerangkan kendaliannya. Komponen-komponen utama dalam sistem dikenalpasti dan diterangkan fungsinya agar peranannya dalam kendalian enjin dapat dilihat.

9.1 PENGENALAN SISTEM BAHAN API


Fungi utama sistem bahan api ialah memebekalkan campuran udara dan bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin untuk memudahkan pembakaran yang sempurna serta memperoleh kuasa yang optimum. Kadar campuran berubah mengikut keadaan jalan yang dilalui oleh kenderaan.

9.1.1

Tangki Bahan Api

Tangki bahan api biasanya terletak jauh dari enjin untuk mengelakkan kebakaran khususnya ketika berlaku kemalangan. Biasanya tangki ini diperbuat daripada keluli tertekan. Di dalam tangki terdapat sesekat untuk mengurangkan bahan api bergelombang. Unit penghantar isyarat juga terletak dalam tangki dan fungsinya ialah menghantar isyarat menunjukkan muatan tangki.

9.1.2

Pam Bahan Api

Fungsi pam bahan api ialah mengepam bahan api daripada tangki ke enjin. Terdapat dua jenis pam iaitu mekanikal dan elektrik diguna dalam kenderaan. Pam mekanikal dipasang pada enjin sementara pam elektrik dipasang dalam tangki bahan api. Kebanyakan kenderaan moden mengguna pam elektrik. Lihat Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Pam bahan api mekanikal

9.1.3

Tolok Bahan Api

Tolok bahan api menunjukkan paras bahan api dalam tangki minyak. Dua jenis tolok diguna dalam kenderaan iaitu jenis gelong imbangan dan jenis thermostatik.

9.1.4

Penapis Udara

Fungsi penapis udara ialah membersihkan udara yang masuk ke dalam silinder. Sila lihat Rajah 9.2. Penapis yang kotor dan tersumbat akan menyebabkan campuran udara dan bahan api menjadi kaya dan membazirkan bahan api.Terdapat dua jenis penapis udara iaitu kering dan basah dipasang atas corong karburetor.

Rajah 9.2: Penapis udara

9.1.5

Penapis Bahan Api

Bahan api perlu bersih apabila memasuki karburetor. Ia mengelakkan orifis karburetor daripada tersumbat. Bahan api yang kotor juga boleh menyebabkan injektor tersumbat. Lihat Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Penapis bahan api

9.1.6

Karburetor

Fungsi karburetor ialah membekalkan campuran udara dan bahanapi mengikut keperluan keadaan jalan serta kelajuan kenderaan. Karburetor boleh dikelaskan mengikut beberapa kaedah. Berdasarkan aliran udara ia dibahagi kepada aliran tepi, bawah dan atas. Sila lihat Rajah 9.4(a), 9.4. Karburetor juga dikelaskan mengikut corongnya samada satu corong atau dua corong. Lihat Rajah 9.5.

Rajah 9.4: Jenis karburator berdasarkan udara

Rajah 9.5: Jenis satu corong Kenderaan melalui pelbagai keadaan semasa bergerak atas jalan. Bagi memenuhi keadaan ini berbagai litar digunakan dalam karburetor untuk menyalurkan campuran udara dan bahan api. Litar-litar utama ialah pelampung, pencekik, kelajuan melahu/rendah, kelajuan tinggi, kuasa penuh dan pencepat. Lihat Rajah 9.6.

Rajah 9.6: Litar pelampung

9.1.7 Sistem Pancitan Bahan Api Elektronik


Kendalian sistem ini adalah dengan memancit bahan api ke dalam panca rongga sedutan yang mengalirkan udara. Sistem ini adalah lebih effisyen berbanding dengan sistem karburetor kerana ia dapat menyukat bahan api dengan lebih tepat mengikut keadaan jalan. Sukatan ditentukan oleh unit kawalan elektronik yang dibantu oleh penderia. Berdasarkan isyarat penderia, unit kawalan elektronik memberi isyarat kepada pemancit untuk menyembur bahan api.

9.1.8

Kendalian

Bahan api dari tangki disalurkan oleh pam elektrik ke dalam sistem bertekanan. Bahan api yang berlebihan kembali ke tangki. Sebuah pengatur dalam sistem mampastikan tekanan bahan api dalam sistem adalah malar.

9.1.9

Pemancit

Pemancit adalah sebuah komponen elektromekanikal yang memancit bahan api yang tersukat ke dalam pancarongga. Pemancit ini sebenarnya adalah sebuah solenoid yang bergerak apabila arus laluinya. Lihat Rajah 9.7.

Rajah 9.7: Pemancit

1. Apakah kebaikan sistem pancitan bahan api elektronik berbanding dengan sistem karburetor?

2. Apakah fungsi penderia dalam sistem pancitan bahan api elektronik?

9.2 PENGENALAN SISTEM PENYALAAN


Dalam enjin pembakaran dalam, campuran udara dan bahan api dimampat semasa lejang mampatan. Maka keadaan ini memerlukan percikan bunga api yang bervoltan tinggi dalam lingkungan 25000 volt.

9.2.1

Sistem Penyalaan Bateri

Kendalian sistem ini adalah berdasarkan menyambung dan memutuskan pengaliran arus melalui litar utama dalam sistem penyalaan bateri. Apabila arus mengalir melalui litar utama dan dibumikan melalui titik sesentuh yang tertutup akan terwujud medan magnet dalam gelung penyalaan. Bekalan arus terputus bila titik sesentuh terbuka dan medan magnet jatuh dalam gelung penyalaan mewujudkan arus bervoltan tinggi yang disalurkan ke plag

pencucuh. Komponen utama dalam sistem ini ialah bateri, suis penyalaan, titik sesentuh, pengagih, gelung penyalaan dan plag pencucuh. Lihat Rajah 9.8.

Rajah 9.8: Sistem penyalaan bateri

9.2.2

Bateri

Bateri membekalkan arus untuk mengendalikan semua sistem dalam enjin. Terdapat dua jenis bateri iaitu basah dan kering. Setiap sel bateri mengandungi plat positif dan negatif. Plat-plat ini diasingkan oleh pemisah. Setiap sel boleh mengeluarkan dua volt dan bateri kenderaan biasa adalah 6 volt dan 12 volt. Lihat Rajah 9.9.

Rajah 9.9: Binaan sel bateri

9.2.3

Gelung Penyalaan

Kandungan gelung terdiri daripada dua belitan dawai tembaga berpenebat. Arus yang mengalir dalam belitan utama menghasilkan daya magnet. Apabila aliran arus terputus, medan magnet runtuh dan voltan tinggi dalam lingkungan 25000 volt dihantar ke plag pencucuh.

9.2.4

Plag Pencucuh

Fungsi plag pencucuh ialah memercihkan bunga api di antara elektrod tengah dan tepi untuk mencucuh campuran udara dan bahan api yang termampat dalam ruang pembakaran. Lihat Rajah 9.10.

Rajah 9.10: Binaan plag pencucuh

1. Nyatakan perbezaan di antara sistem penyalaan titik sesentuh dan sistem penyalaan elektronik. 2. Apakah fungsi unit kawalan elektronik dalam sistem penyalaan

elektronik?

9.2.5

Sistem Penyalaan Elektronik

Penggunaan sistem penyalaan elektronik telah mengalami perubahan drastik hingga kini. Kebanyakan kenderaan tidak mengguna pengagih lagi. Setiap silinder mempunyai gelung penyalaan sendiri dan titik penyalaan ditentukan oleh isyarat daripada penderia aci engkol dan aci sesendol yang menghantar isyarat kepada unit kawalan elektronik.

9.2.6

Penderia

Penderia mengukur dan menterjemahkan isyarat yang diterima kepada isyarat elektrikal. Isyarat tersebut dihantar kepada unit kawalan elektronik yang akan membanding dengan voltan yang dihantar kepada penderia tersebut. Lihat Rajah 9.11.

Rajah 9.11: Penderia aliran udara

9.2.7

Unit Kawalan Elektronik

Unit kawalan elektronik diprogram mengikut spesifikasi enjin yang berfungsi untuk menerima isyarat daripada penderia, merekod, menganalisis isyarat dan membuat keputusan. Dengan maklumat tersebut unit ini akan mengarahkan penggerak-penggerak yang terdapat dalam enjin.

9.3 SISTEM PENYEJUKAN DAN SISTEM PELINCIRAN


Enjin pembakaran dalam perlu disejukkan semasa kendalian. Kegagalannya boleh menyebabkan bahagian-bahagiannya terlebur akibat suhu yang tinggi.

9.3.1

Sistem Penyejukan

Terdapat dua jenis sistem penejukan iaitu mengguna udara dan penyejuk. Enjin yang disejukkan oleh udara mempunyai sirip dikeliling silinder enjin dan dibantu oleh penghembus yang mengarahkan udara dikeliling silinder. Jenis kedua mengguna sistem penyejuk bertekanan. Dalam sistem ini penyejuk mengalir di sekeliling silinder dan disejukkan apabila mengalir melalui radiator. Pengaliran penyejuk dibantu oleh pam air. Pam air ini dikendalikan oleh tali sawat yang disambung kepada takal aci engkol. Komponen utama dalam sistem ini adalah radiator, pam air, kipas, thermostat dan paip hos.

9.3.2

Radiator

Air yang melaui selubung air perlu disejukkan sebelum beredar semula. Proses ini disempurnakan dengan mendedahkan penyejuk ke udara melalui permukaan yang luas. Paip dan sirip yang terdapat dalam radiator memudahkan proses pengalihan haba daripada penyejuk ke udara. Lihat Rajah 9.12.

Rajah 9.12: Radiator

9.3.3

Pam Air

Pam ini yang dilengkapi dengan pendesak bantu mengedarkan penyejuk dalam sistem. Pam air dipasang pada hadapan bungkah enjin dan dipacu oleh tali sawat.

1. Apakah fungsi sirip dalam sistem penyejukan udara? 2. Berdasarkan pemerhatian anda, sebutkan kedudukan pam air dalam enjin kereta.

9.3.4

Pelinciran Enjin

Pengendalian bahagian enjin yang bergerak menyebabkan geseran. Keadaan ini menyebabkan bahgian tersebut haus dengan mudah dan menjadi panas. Maka minyak pelincir perlu digunakan untuk melincir bahagian-bahagian enjin.

Pelincir yang diguna dalam enjin kenderaan adalah hasil sampingan semasa memproses minyak mentah petroliam. Selain daripada minyak pelincir gris juga digunakan untuk tujuan melincirkan pergerakan bahagian tertentu. Selain daripada melincirkan bahagian-bahagian, minyak pelincir juga berfungsi sebagai pengadang di antara dinding silinder dan omboh. Ia juga menyejukkan bahagian-bahagian yang bergerak dan bergeser serta mengalirkan kotoran dan serpihan keluar ke takungan minyak. Minyak yang kotor ditapis oleh penapis minyak yang terpasang pada enjin. Minyak pelincir lama ke lamaan akan menjadi kotor dan perlu diganti dengan yang baru. Panduan mengganti minyak pelincir serta penapis terdapat dalam manual kereta. Pelbagai kaedah digunakan untuk melincirkan enjin. Biasanya enjin motosikal silinder tunggal mengguna kaedah menyimbah minyak ke bahagian-bahagian. Ini dilakukan oleh penceduk yang terpasang pada rod penyambung. Sementara enjin berbilang silinder mengguna pam minyak pelincir untuk mengepam minyak daripada takungan kepada bahagian-bahagian enjin. Lihat Rajah 9.13.

Rajah 9.13: Sistem pelinciran kereta

You might also like