You are on page 1of 12

Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Pengenalan

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran begitu prihatin terhadap masalah dan isu -isu pendidikan serta sedaya upaya menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat. Pelbagai isu pendi dikan termasuklah isu guru, pelajar dan infrastruktur pendidikan diberi cukup perhatian. Selain itu, dasar -dasar yang digubal seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dibentang di Parlimen turut memperkukuhkan lagi pendidikan di Malaysia. Petikan da ri ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein yang dibuat sempena perutusan tahun baru 2006 jelas menterjemahkan misi dan visi kementerian yang sedaya upaya merapatkan jurang pendidikan agar tidak ada golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Namun begitu, masih terdapat ketaksamaan peluang pendidikan kepada setiap rakyat dan etnik di Malaysia.

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa faktor penyumbang masalah termasuklah:
 Kelas sosial  Jantina  Kumpulan minoriti  Murid berkeperluan khas  Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya

amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di Mal aysia iaitu kaum Melayu dan India.

Kelas sosial

Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di k awasan bandar terutama bandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajah an lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan pecah dan perintah. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum -kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik In dia yang tinggal di ladang -ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata -rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan ya ng baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya. Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan yang lebih besar berbanding kaum -kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut siaran berita Al -jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata -mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia

bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik.

Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata -rata kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.

Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata -rata lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan), mereka l ebih senang memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan kepada kedua -dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia. Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai

pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang a tau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat pe rbezaan ketara keputusan peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.
Jantina

Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu -satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini.

Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat keibua n, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari.

Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua dua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini berbeza denga n pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua -dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Na mun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Juste ru itu, masih ada golongan wanita

yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau rendah.

Kumpulan minoriti

Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripa da arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilome ter. Untuk sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor scrambler untuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan menjadi peranan utama anak -anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan.

Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum semata -mata. Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, menghisap rokok, kaki buli dan sebagainya juga di kaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah.

Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja -kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan.

Murid berkeperluan khas

Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal. Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak -kanak dan pelajar lain. Mereka

samada terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak -kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan khas, iaitu:
 Kerencatan mental  Bermasalah pembelajaran  Kecelaruan tingkah laku  Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi  Cacat penglihatan  Cacat fizikal  Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik.

Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

(i) Individu Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat untuk be lajar pasti tidak dapat menandingi pelajar pelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada.

Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana

pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang -kurangnya berdaya saing dengan yang lain.

(ii) Keluarga Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif . Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi.

(iii) Masyarakat Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain.

(iv) Negara Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai la gi andaian negatif bakal terjadi.

Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru guru, masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua pe rkara mampu ditangani selagi azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan.

Pelan Lantai Bilik Darjah Ideal


PAPAN PUTIH / HITAM

U P I N T U

MEJA GURU

SUDUT BACAAN & DISKUSI SANITARI

P I N T U

Gambar rajah di atas melakarkan pelan lantai yang pada pendapat saya ideal diaplikasikan di dalam bilik darjah di Malaysia. Jika diamati, tiada yang istimewa dengan lakaran di atas. Ya. Tiada apa yang bombastik yang ditunjukkan di atas. Ianya hanyalah susunan biasa yang terdapat di setiap bilik darjah di Malaysia. Susunan di mana pelajar disusun dalam bentuk barisan dan lajur yang teratur dan mengadap ke hadapan. Oleh itu, mengapa saya mengatakan ianya ideal? Sebelum saya menjustifikasi idea saya ini, saya akan menerangkan dulu ciri susunan kelas tersebut.

Pelan ini sesuai diaplikasikan kepada kelas yang mempunyai jumlah pelajar yang genap, diantara 30 hingga 40. Pelajar disusun mengikut pasangan, semestinya sama jantina, samada lelaki dengan lelaki atau p erempuan dengan perempuan . Meja guru diletakkan disudut sebelah depan, barat kelas. Papan hitam atau putih digantung di dinding dan ditempatkan dihadapan, tengah dinding. Di belakang sudut kiri, diletakkan sudut bacaan dan diskusi, khusus untuk pelajar mem buat perbincangan mengenai pelajaran mereka. Berdekatan pintu belakang, diletakkan tempat di mana ditempatkan tong sampah, penyapu dan kemungkinan mop lantai juga diletakkan.

Mengapa bentuk begini begitu signifikan di Malaysia? Bentuk dan saiz serta keluasan semua bilik darjah di Malaysia dibina hampir sama. Memang terdapat banyak pelan lantai cadangan untuk bilik darjah tetapi menjadi kekangan buat guru untuk mengaplikasikannya atas dasar faktor di atas. Selain itu, pelajar di Malaysia sudah terbiasa dengan pelan susunan sebegini. Memang akan menjadi sedikit janggal jika disusun dalam keadaan yang lain. Atas alasan inilah, saya mempertahankan idea ini. Selain itu, saiz kelas di Malaysia adalah sekitar 30 ke 40 pelajar. Amat sukar disusun dalam bentuk yang berbeza daripada di atas. Daripad mengundang kesusahan, lebih baik dikekalkan susunan yang telah menjadi kebiasaan ini. Selain itu, jika diamati, setiap pelajar akan mengadap k e depan kerana susunan meja dan kerusi adalah jenis mengadap ke papan hitam. Ini dapat mengelakkan pelajar daripada hilang tumpuan semasa proses pelajaran dan pembelajaran (P&P).

Terdapat beberapa kebaikan daripada susunan begini. Terdapat ruang untuk guru mendekati setiap pelajar kerana setiap pelajar disusun secara pasangan. Oleh itu, guru dapat melihat dan memantau setiap pergerakan murid di dalam bilik darjah. Selain itu, pelajar dapat bergerak dengan bebas tanpa tersekat -sekat kerana susunan sebegini memungkinkan pelajar untuk bergerak tanpa halangan. Laluan atau lorong yang ada cukup untuk seorang ataupun dua orang berada dalam satu barisan melintang pada satu masa.

Mengapa susunan ini sesuai untuk saiz kelas antara 30 ke 40? Ini bertujuan bagi memaksimumkan ruang yang ada bagi saiz kelas agak besar. Ini berbeza untuk saiz kelas 30 dan ke bawah (saiz kelas sederhana dan kecil) di mana banyak ruang yang kosong dan mampu dimanfaatkan untuk kegunaan lain. Ruang yang kosong tersebut dapat menampung be ntuk susunan kelas yang mungkin difikirkan lebih ideal seperti bentuk bulatan, bentuk bersemuka antara pelajar dan sebagainya. Bagi saiz kelas 40 dan ke atas pula yang mana dianggap saiz kelas yang besar, alternatif lain susunan kelas perlu dilakukan kerana jumlah ruang yang terhad memungkinkan pelajar tidak selesa ketiak berada di dalam kelas . Alternatif yang dimaksudkan termasuklah menyusun pelajar sebanyak 3 orang bagi setiap baris meja berbanding 2 bagi setiap baris (seperti gambarajah di atas). Selain itu, ruang bacaan dan diskusi mungkin boleh ditiadakan.

Bagaimana susunan sebegini mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal dan sosio-emosi? Dari aspek fizikal, sudah pastilah dekorasi ringkas perlu dimasukkan termasuklah elemen kebudayaan. Pelajar boleh menampal kata -kata bestari daripada celik pandai dalam pelbagai bahasa. Tetapi pastikan terdapat terjemahan bagi yang menggunakan bahasa selain bahasa Malaysia dan Inggeris. Setiap kali perayaan bakal menjelma, cont ohnya Hari Raya Puasa, replika ketupat boleh digantung di belakang atau tepi sudut bilik darjah bagi menunjukkan kita meraikannya bersama -sama walaupun berlainan bangsa. Selain itu, cat warna juga amat memainkan peranan yang penting. Mengikut kajian, warna lembut mampu memberi ketenangan kepada pelajar. Selain itu, warna hijau mampu meningkatkan daya tumpuan pelajar. Perlu dielakkan warna seperti merah, kuning dan hitam kerana ianya mampu memberi kesan sampingan yang kurang baik kepad pelajar.

Sudut bacaan dan diskusi di belakang bilik darjah sangat berguna kepada pelajar untuk memperkembangkan sosio-emosi mereka. Melalui perbincangan yang sihat dan kerjasama yang erat, suasana di dalam bilik darjah akan lebih harmoni. Selain itu, saya mengesyorkan susunan pasangan di dalam bilik darjah perlulah di antara dua kaum atau etnik yang berbeza. Ini dapat mewujudkan hubungan yang erat antara mereka kerana mahu atau tidak, mereka perlu berkomunikasi sesama sendiri sementelah mereka duduk berdekatan. Selain itu, sa ya menyarakan agar 2 lajur di sebelah kiri menempatkan pelajar lelaki dan 2 lajur di kanan ditempatkan pelajar perempuan. Dengan itu, pelajar diberi hak yang sama rata. Maka tidak akan timbul soal jantina mana yang perlu duduk di hadapan dan di belakang. P elajar lelaki diletakkan berdekatan meja guru semata -mata untuk memberi ruang kepada guru memerhatikan mereka dengan lebih dekat. Ini kerana pelajar lelaki kebiasaannya nakal dan perlukan perhatian lebih daripada guru. Dengan adanya pengawasan guru, maka, kelas akan menjadi lebih tenteram dan suasana mesra budaya dapat dipupuk. Ini kerana mesra budaya hanya dapat dipupuk sekiranya suasana kelas berada dalam keadaan aman tenteram.

Kebersihan juga menjadi agenda utama dalam susunan kelas. Kebersihan adalah salah satu cabang sosio-emosi kerana ianya wujud jika adanya kebersihan. Selain tanggungjawab yang harus dipikul pelajar untuk tidak membuang sampah merata-rata di dalam kelas, terdapat satu sudut sanitari di mana di tempatkan tong sampah dan penyapu sampah untuk kegunaan pelajar membersihkan kelas. Bagi mewujudkan sosio-emosi yang sihat, faktor kebersihan juga perlu dititikberatkan. Pelajar perlu membersihkan kelas setiap kali masuk ke kelas. Di sini, sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dapat dipupuk a ntara setiap ahli. Dengan ini, tidak disangkal lagi perkembangan positif sosio -emosi mereka terbentuk.

Jika dapat direalisasikan, saya ingin menambah satu lagi sudut yang dipanggil cafe corner. Konsepnya, sudut ini adalah untuk pelajar menyediakan atau meletakkan botol minuman mereka. Ini dapat mengelakkan daripada meja mereka dipenuhi dengan benda lain selain buku dan alatan tulis. Dengan ini, pelajar akan lebih selesa semasa belajar tanpa gan gguan.

Sememangnya susunan kelas yang kondusif mampu memberikan kelebihan dan kebaikan kepada setiap pelajar. Isu ketaksamaan peluang pendidikan dan juga susunan bilik darjah ideal perlu diberi perhatian sewajarnya agar tidak ada seorangpun yang akan ter cicir daripada arus pembangunan negara kelak.

You might also like