You are on page 1of 10

Pakaian Masyarakat Etnik Sabah Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan. Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Hiasan Diri Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki. Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.
* Rekacipta pakaian-pakaian traditional ini adalah hasil daripada evolusi perubahan dan citarasa semasa. Direkaindah sedemikian adanya untuk kesesuaian dan keselesaan khususnya di waktu persembahan tarian-tarian traditional. Dipetik daripada :-

1. 2.

Busana Traditional Etnik Sabah, Jabatan Cetak Kerajaan Kota Kinabalu, Jawatankuasa Penerbitan Risalah Busana Traditional Etnik Sabah, 1993). Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Jabatan Muzium Sabah, Kota Kinabalu.1992.

Pakaian Tradisi
Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah
kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah. PAKAIAN TRADISI PERHIASAN SERTA BARANGAN KEMAS SUKU KAUM KADAZANDUSUN NEGERI SABAH. Pengenalan Dengan mempunyai sebanyak 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah, maka dijangkakan, kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian tradisi mengikut suku kaum. Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain. Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya. Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

1. SUKU KAUM KADAZANDUSUN PENAMPANG


Ciri-ciri pakaian tradisi. a) Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga). b) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur. (Sinompukung) c) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan). d) Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki. e) Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam f) Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan Perhiasan pakaian. a) renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak. Barangan kemas a) Himpogot - wang syling berwarna perak. b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han. c)Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus. d) gelang (gohong) e) rantai leher (hamai) f )anting-anting (simbong) g )cincin (sinsing) h) kerongsang berwarna keemasan.

2. RUNGUS DI KUDAT

Ciri-ciri Pakaian Tradisi a) Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'. b)Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja. c) Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan. d) Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki. e) Siga Perhiasan Pakaian a) Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak. b)Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'. c)Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang. d)Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manikmanik berunsurkan corak purbakala. Barangan Kemas a) Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan. b) Sanggul (titimbok) c) 'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk loceng. d) 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat di bahagian dahi. e) Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.

3. KADAZANDUSUN PAPAR
Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya) b) Blaus putih (baju dalam) c) Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut. d) Siga (lelaki) e) Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang. f) Siung (wanita) i)berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang. ii)berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin. iii)tiada perhiasan di siung . Perhiasan Pakaian a) butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada. b) Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher) c) 8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus. d) Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop). Barangan Kemas a) 3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling. b. gelang (belilit) perak. c)Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling. Cara Pemakaian. a) 3 pasang untuk wanita bujang. b) 2 pasang untuk wanita berkahwin. c) 1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.

d) Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan berada.

4) (a) LOTUD TUARAN


" Lorud "(Blaus berlengan panjang) a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi. Ciri-ciri Pakaian Tradisi a) Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan tangan, tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan. b) " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut. c) Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu. Perhiasan Pakaian a)Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang . b)Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk wanita sudah berkahwin. c) Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan di sekeliling sanggul 'sinulug'. d) Sigar dan siwot. i) Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah. ii. Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah . Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan kain merah. Barangan Kemas a)Himpogot wang syling berwarna perak.

b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han. c.Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus. d. Gelang (gohong) e. Rantai leher (hamai) f. Anting-anting (simbong) g. Cincin (sinsing) h. Kerongsang berwarna keemasan.

4(b) LOTUD TUARAN


CIRI-CIRI PAKAIAN TRADIS a)Blaus ini (sukub) dihias sederhana berbanding blaus (sukub kopio). Ia berwarna hitam serta berenda kuning keemasan, mempunyai labuci di lengan kolar dan di depan baju. b) Gonob (sarong) hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga (kembang suri ). Warna merah merupakan warna utama namun ditambah juga warna keemasan, putih, oren dan biru. Perhiasan Pakaian a) Kuluwali (Selindang), Linangkit (corak) bermotif kembang suri. Barangan Kemas a) Lilimbo (tali pinggang rotan) yang tidak mempunyai kancing pembuka. b) Gelang perak (simpai) c) Gelang kaki perak (lansung)

5. DUSUN TINDAL TEMPASUK KOTA BELUD


Ciri-ciri Pakaian Tradisi

a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam. b) Gonob (sarong) paras lutut. Perhiasan Pakaian a)Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus. b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai corakl kain berenda. c) Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan. d) 2 pasang selendang merah. e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot) f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa) Barangan Kemas a. Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak. b) Gelang Perak ( Saring Perak ). c) Anting-anting Perak. d) Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia dipakai sebagai rantai leher.

6. MURUT TAGAL DARI DAERAH KENINGAU


Ciri-ciri Pakaian Tradisi. a) Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ). b) Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian depan dan belakang blaus serta sarung. Perhiasan Pakaian

Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau. Barangan Kemas a) Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna perak. b) Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat ( sapulu ). c) Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang. d) Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00. e) Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan ukiran kayu. f) Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.

You might also like