You are on page 1of 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BIDANG MENGGAMBAR TEKNIK, ALAT DAN MEDIA

NORLELA BT ABDUL RAHMAN ZARINAH BT. MD. SHARIF

SAHARUDIN BIN MOHD SHAH

NORIDAH BT HAMDAN NOR AZIZAH BT ABDUL MOIN

PENSYARAH EN MANSOR BIN BIN ABDULLAH

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang mengasaskan perkembangan persepsi dan kemahira seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan mrid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaanya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi focus utama bidang menggambar ini. Selain itu, bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan,susunan dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.

DEFINISI MENGGAMBAR

Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata

Ia mengandungi komposisi artistic yang dihasilkan melalui aplikasi warna di

atas permukaan rata .* Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang

Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.

Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik

Representasi visual yang dihaslkan dalam bentuk dua dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecederungan terhadap sesuatu imej atau objek.

PENGENALAN DAN PENEROKAAN ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Di bawah ini adalah alatan asas bagi seorang guru seni yang perlu sediakan untuk digunakan di bengkel seni

Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan

berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur,


berbagai jenis warna dan berbagai saiz.

Boleh gunakan kertas surat khabar Majalah Kertas tisu Kertas sampul surat Kertas pembungkus hadiah Sugar paper Toilet paper Kadbod

Alatan dan media yang berbagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hail kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.: Alat tulis yang berwarna atau tidak berwarna media kering atau basah gunting berbagai saiz gam bahan-bahan buangan

Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagi aktiviti menggambar: berbagai jenis pensil warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil kapur berwarna oil pastel artline atau marker berbagai jenis pen gouche, akrilik, cat minyak stensil kolaj capan, cetakan lilin berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan penyedut minuman gunting, pisau lipat, gam berbagai jenis berus lukisan palet/pembancuh warna

TUJUAN MENGGAMBAR

Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR bidang menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran secara berperingkat. Hasil pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap umur murid iaitu dai tahun satu hingga ke tahun enam. Berikut ialah hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar: Asas Menggambar Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi dan fantasi murid manual berbantukan komputer
Menggambar berdasarkan tema,pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara

manual dan berbantukan komputer

Jika dilihat seara keseluruhannya, setiap hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut aras-aras yang tertentu seperti berikut: Aras pengetahuan Aras kefahaman Aras aplikasi Aras analisa

Aras sintesis Aras penilaian

(a) ARAS PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN Pernyataan berikut ialah apa yang murid perlu capai dalam aras pengetahuan dan kefahaman: Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan,idea an imaginasi diri melalui kegiatan menggambar Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi Meningkatkan pengetahuan Asas Senireka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan

(b) ARAS APLIKASI DAN ANALISA Setelah mengetahui dan memahami apa yang dipelajari murid akan beralih ke tahap atau aras aplikasi dan analisa seperti berikut: Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Menggunakan bahan asas an bahan gentian dalam kegiatan menggambar Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira
Menggunakan dan meneroka beberapa teknik dan proses menghasilkan karya

seni visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan

Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan karya Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual

(c) ARAS SINTESIS DAN PENILAIAN Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yangtidak disukai Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayatiunsur flora dan fauna untuk penghasilan Mengenal dan menggunakan elemen Asas Senireka dalam penghasilan karya secara kreatif Mengamalkan nilai-nilai urni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihanserta mengutamakan keselamatan Meningkatkan minat, daya kraetiviti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual Mengenali serta menghargaihasil kerja sendiri dan rakan Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu kerja Mengumpul dan merekod aklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio

Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasikan elemen Asas Senireka dalam

penghasil karya Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan matapelajaran lain dalam uasaha mewujudkan idea yang kreatif Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsure-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran portfolio.

TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR Antara teknik-teknik menggambar adalah: Lukisan Kolaj Catan Gosokan Stensilan Percikan Montaj Gurisan Cetakan

Capan Resis Mozek

LUKISAN

PENGENALAN AKTIVITI LUKISAN Definisi Lukisan


lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan

berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit lukisan adalah lanjutan beberaa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan lukisan adalah satu karya seni atau hasil seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, arang, pensel warna, pastel, pen dan dakwat proses melakukan garisan, melorek, ton dang menggosok juga dinamakan lukisan aplikasi garisan, rpa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresi dan nyata.

Alat, Media Dan Bahan

Berikut adalah senarai bahan-bahan yan sering digunakan bagi menghasilkan sesebuah lukisan: Pensil H Pensil B (2B-8B) Pensil warna Arang Adalah sejenis pensel jenis keras Adalah sejenis pensel lembut Terdiri daripada berbaga jenis warna Dapat member kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat Mempunyai kesan garisan yang lebih halus dan jelas Soft pastel Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan lembut Krayon Pen marker Merker Pelukisan (Rendering Marker) Kapur Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Menghasilkan kesan garisan yang tebal Menghasilkan kesan garisan yang tebal Kesan garisan yang tebal dan muda tanggal

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

(a) Menentukan Tema Atau Subjek Apabila seorang guru ingin memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, mereka perlu mengambilkira tema atau subjek yang ingin dilukis oleh murid-muridnya. Muridmurid biasanya mempunyai reaksi yang spontan terhadap alam persekitaran dan apa yang berlaku dalam situasi harian mereka tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi kepada tiga iaitu: (i) (ii) Lukisan figura imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan Lukisan alam benda objek kaku atau tidak bernyawa

(iii) Lukisan landskap pemandangan di luar studio atau di dalam studio

(b) Penerokaan alat, media dan teknik Terdapat berbagai jenis alat, media dan bahan yang digunakanuntuk kegiatan membuat lukisan. Di antara conto-contohnya ialah seperti berikut: (i) Pensil

Ianya dibuat dari campuran tanah liat dan arang. Pensil dihasilkan mengikut gred tertentu. Pensil yang dikategorikan dalam jenis keras ialah dari jenis H. pensil yang lembut dikategorikan dalam jenis B, ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah tajam. Manakala pensil jenis B pula sesuai digunakan ntuk membuat lorekan atau menghasilkan ton. Perlu diingatkan semakin besar nilai H (H,HB,2B), semakin keras kesan pensil iaitu garisan yang dilakar adalah tajam dan kurang gelap. Semakin besar nilai B (B-6B), semakin lembut dan gelap kesan pensil lorekan yang dihasilkan. Garisan yang dihasilkan dengan media pensil dipengaruhi 3 faktor iaitu: Gred Tekanan pensil Kelajuan pensil

(ii)

Arang

Pensel arang dihasilkan dari batang kayu terbakar. Ia merupakan media melukis yang tertua sekali didunia. Ianya digunakan oeh pelukis abad ke-17 dan ke-18 pada dinding gua. Keistimewaan arang berupaya untuk menunjukkan kesan tekstur permukaan yang dilukis. Kesa arang dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan baik. Kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan ialah: Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi

Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat Dapat menghasilkan ton lorekan dengancepat dan menarik Melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat Dihalusi dengan meyapu air diatasnyaroti segar bertindak sebagai pemadam
Hasil perlu disembur dengan fixertive (pemati)

Mudah digunakan, cepat dan spontan

(c) Gabungjalin Pelbagai Aspek Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kirsa beberapa aspek seperti berikut: (i) (ii) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) Perspektif (1,2,3 titik lenyap)

(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang

(vi) Teknik (garisan selari, teknik conteng, teknik titik, teknik campuran) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

LUKISAN Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silangmenyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.

Media pensel Teknik garisan

Media pensel Teknik lorekan dan garisan

Teknik titik

teknik campuran

Teknik coreng/conteng

teknik gossokan

MONTAJ (a) Definisi montaj Menapal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi

Satu imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan Satu hasil seni menagndungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gamba foto majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej

Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj

Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain

Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fotografi daripada sumbersumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto

Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen

CATAN Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar

KOLAJ Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

CETAKAN Cara menghasilkan karya dengan mencetak. Terdapat pelbagai jenis cara cetakan Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform Gambar diukir kemudian warna disapukan di atas permukaan dan dicetak di atas kertas. Poliform adalah bahan yang mudah diukir. Cara dan sifat bahan yang diukir akan memberikan kesan yang berlainan.

GOSOKAN Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan

RESIS

Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum

Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.

Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan

Peringkat sek rendah guna krayon Proses batik - teknik resis

STENSILAN Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan

PERCIKAN Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik) percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas. Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan

GURISAN Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Cara melakukannya

permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan

CAPAN Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang. jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.

MOZEK Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan

Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Ekspresi Diri Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mengekspresikan diri dengan lebih baik dalam penghasilan karya. 1. Pilih objek atau susunan objek yang sesuai dan menarik 2. Tentukan sudut pandangan, komposisi, perspektif, ton, bentuk dan pencahayaan yang terlibat 3. Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas 4. Lakarkan garisan datar titik lenyap

5. Bahagikan ruang tertentu bagi objek-objek dalam lukisan 6. Lukis lakaran kasar objek-objek 7. Gunakan teknik-teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang serta baying (chiarascuro) 8. Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan focus supaya membentuk jalinan dan ton yang berkesan

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merpaka media yang amat dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus an dakwat adalah atau bahan yang popular di kalangan pelukis. Panduan unutk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan, eknik dalam penghasilan karya. 1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan eknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja mengambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya 2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar 3. Pastikan anda telah mengeksplorasi alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar. 4. Anda perlu menguasai kefahaman dalam beberapa criteria di baeah untuk mendapatkan sentuhan gambar yang amat menarik dan bermakna:

Asas seni reka Perspektif Teknik memilihsudut pandangan Teknik mengukur objek mengikut kadar

5. Anda perlu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar untuk mempraktikkan penguasaan di atas dengan lebih mudah dan berkesan 6. Anda perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahanruang yang sesuai dalam kerja menggambar 7. Ana perlu medapatkan ukuran yang tepat kerana ia menjadi criteria enting dan menarik dalam kerja menggambar

You might also like