You are on page 1of 12

Seluruh dunia sudah sedia maklum bahawa matematik sememangnya

memainkan peranan penting dalam bidang senibina sejak dahulu lagi. Sebagai contoh, kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam pembinaan Istana al-Hamra'/al-Hambra dan Taj Mahal. Senibina merupakan satu bidang yang menyatukan bidang seni, bidang matematik dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.

Di antara bidang tugas yang dijalankan oleh pekerja di bidang ini ialah:
yMengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan. y Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan. yMenyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik. y Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang - undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT.yMemastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan. yMemastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.

Terdapat pelbagai peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta bagi


kerjaya di bidang ini. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi. Manakala di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.

Seperti yang diketahui Malaysia mempunyai Institusi Pengajian Tinggi


Awam (IPTA) yang menyediakan pelbagai peluang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di antara IPTA

yang menyediakan kursus di bidang ini ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Politeknik Ungku Omar dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menyediakan kursus di bidang ini seperti Twintech Institute Of Technology, Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology dan sebagainya.

Kelayakan minimum yang diperlukan untuk mengikuti kursus ini di


peringkat pengajian tinggi ialah mempunyai SPM atau setaraf sekurang-kurang 3 atau 5 kepujian dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia atau STPM sekurang-kurangnya gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan. Selain itu, pelajar yang berminat untuk menceburi bidang ini seharusnya mempunyai ciri ciri peribadi seperti berkemampuan dalam menganalisa logik pengurusan dan pengakuan, mempunyai kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan keseniaan, berkebolehan menyelesaikan masalah, kreatif dan imaginatif, boleh menganalisa secara logik dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam bagi memudahkan mereka untuk menguasai bidang ini.

Aktiviti Pekerjaan Seorang Arkitek


Posted on Januari 29, 2008 by arkrab| Tinggalkan komen

Apabila seseorang individu itu telah layak bergelar samada sebagai seorang Siswazah Arkitek atau seorang Arkitek Profesional, terdapat berbagai peluang pekerjaan yang boleh dilakukan sepertimana berikut:
[pelbagai sektor di mana Arkitek boleh mendapatkan pekerjaannya]

[1] Sektor Awam: y Di jabatan-jabatan kerajaan seperti JKR, mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan [PBT], mana-mana Agensi Pembangunan Tanah Kerajaan Negeri dan lain-lain. y Sebagai kakitangan tenaga pengajar mana-mana pusat pengajian tinggi awam yang menyediakan kursus khusus untuk pengajian senibina. y Di agensi-agensi korporat kerajaan yang masih di bawah pentadbiran kerajaan contoh: Tenaga Nasional Berhad [TNB], Indah Water Konsortium [IWK] di Jabatan Arkitek atau Perancang di sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan. [2] Sektor Swasta: y Bekerja sendiri menjalankan praktis perseorangan. y Sebagai salah seorang rakan kongsi dalam praktis perkongsian. y Sebagai salah seorang Pengarah dalam badan berkanun yang memberikan perkhidmatan praktis senibina. y Sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi swasta. y Bekerja di institusi kewangan. Siswazah Arkitek Bergaji dan Arkitek Profesional Bergaji Siswazah Arkitek Bergaji dan Arkitek Profesional Bergaji biasanya adalah individu Siwazah Arkitek atau Arkitek Profesional yang bukan rakan kongsi mana-mana firma Arkitektur atau pengarah mana-mana badan korporat yang memberikan perkhidmatan senibina/arkitektur. Mereka-mereka ini tidak memberikan perkhidmatan sebagai juruperunding senibina

profesional. Perkhidmatan mereka hanya diberikan kepada majikan mereka sahaja dan mereka di bayar upah dalam bentuk gaji. Arkitek Profesional yang menjalankan khidmat rundingan senibina memberikan khidmat profesionalnya kepada mana-mana pihak klien atau majikan yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan senibina dan mereka perlu dibayar yuran yang jumlah dan bentuknya telah ditentukan oleh Skel Fee Minima sepertimana yang telah ditetapkan oleh

Kaedah-Kaedah [Skel Fee Minima] Arkitek 1996.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat setia majalah web ini. Ruangan kerjaya kali ini akan membincangkan mengenai kerjaya seorang arkitek profesional. Saya amat yakin setiap orang pasti mengimpikan cita-cita yang sangat tinggi dalam diri mereka dan salah satunya ialah kerjaya arkitek.

Seni bina adalah seni dan sains sebuah bangunan. Bidang ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Malah bidang ini juga memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia. Aspek yang paling penting dalam seni bina adalah reka bentuk dan pembinaan bangunan yang sesuai dengan kehendak dan kehidupan manusia. Justeru itu, individu yang dilatih dalam bidang ini dipanggil arkitek.

Seorang arkitek itu akan dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi ini seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang. Selain itu, tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek perlu memainkan peranan dan juga bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari awal hingga ke akhir.

Secara tradisionalnya peranan seorang arkitek adalah sepertimana peranan yang dipertanggungjawabkan kepada semua profesional yang lain. Justeru itu, peranan seorang arkitek profesional adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya untuk merealisasikan bangunan idaman mereka.

Terdapat beberapa aspek yang perlu dimiliki dan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat terhadap seorang arkitek profesional iaitu:

Aspek tanggungjawab Aspek imej Aspek kredibiliti dan kemampuan

Manakala imej seseorang arkitek juga sangat memainkan peranan penting dan bergantung kepada perlakuan dan profesionalnya yang ditentukan oleh:

Kecekapan Kejujuran Tanggungjawab

Disini terdapat beberapa hasil rekaan seorang arkitek profesional:

BANDAR KUALA LUMPUR

TAJ MAHAL

BANDAR TOKYO

Sekiranya adik-adik tertarik dengan bidang kerjaya arkitek ini, adik-adik mesti lulus Sarjana Muda Seni Bina dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Selain itu, adik-adik juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.

Terdapat beberapa IPT awam tempatan yang menawarkan kursus ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Salah satu universiti swasta yang menawarkan kursus ini diperingkat sarjana muda ialah Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM). Walaubagaimanapun, kursus ini juga boleh diikuti di beberapa universiti luar negara seperti di Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Jika para pembaca berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang kerjaya seorang arkitek, anda bolehlah melayari internet ataupun menerusi media cetak.

Arkitek untuk yang kreatif

KERJAYA arkitek telah wujud sejak sekian lama. Dahulu, ia dikenali sebagai tukang rumah. Tukang rumah ketika itu membina rumah mengikut kemahiran tanpa menggunakan pelan khusus. Sekarang ia menjadi suatu kerjaya profesional yang memerlukan kelayakan tertentu. Untuk menjadi arkitek berjaya, seseorang itu perlu mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan. Kemahiran asas yang diperlukan ialah penguasaan mata pelajaran Fizik, Matematik, Lukisan dan Lukisan Teknik. Siapa tidak berbangga apabila bangunan tersergam indah di ibu kota mendapat pujian dan pengiktirafan oleh masyarakat? Sebagai contoh, Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian anak tempatan seperti Hijjaz Kasturi iaitu salah seorang arkitek terbilang di negara ini. Bangunan-bangunan seperti Menara Maybank, Tabung Haji, Suruhanjaya Sekuriti dan Menara Telekom (berbentuk rebung) merupakan hasil kerja seni bina Hijjaz. Kerjaya profesional tersebut merupakan amanah besar selain memikul tanggungjawab atas kepercayaan masyarakat ke atas keselamatan nyawa dan juga harta mereka. Penghormatan yang diberikan masyarakat bersandarkan kepada sembilan ciri yang meletakkan hak kepada profesionalisme itu sendiri. Kesemua sembilan ciri yang perlu dipenuhi ialah kawalan, pendidikan asas dan lanjutan, etika, peraturan dan piawaian, tindakan disiplin, pengekalan profesion, kesaksamaan praktis, kebebasan serta kepimpinan. Arkitek sekurang-kurangnya perlu memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina. Kemudian graduan terbabit perlu menimba terlebih dahulu pengalaman kerja dalam firma seni bina sekurang-kurangnya selama lima hingga 10 tahun. Graduan arkitek sebelum diterima untuk didaftarkan sebagai Arkitek Berdaftar perlu melalui satu tempoh pendidikan formal di universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara. Arkitek diiktiraf pendaftarannya hanya apabila lulus peperiksaan Bahagian 3 yang diselenggarakan oleh Lembaga Arkitek Malaysia selain daripada keperluan lulus peperiksaan itu arkitek perlu melalui inisiatif peribadinya untuk berterusan mendalami pengetahuan yang berkaitan dengan kerjayanya. Pendidikan berterusan melalui program yang dipanggil Continued Profesional Development (CDP) yang dianjurkan oleh badan profesional serta diiktiraf adalah satu cara konsep pendidikan berterusan dapat dimanfaatkan. Sementara itu, rangkuman tugas-tugas arkitek ialah perancangan, reka bentuk bangunan, reka bentuk landskap, reka bentuk bandar, reka bentuk dalaman, mengetuai dan menyelaraskan kerja-kerja, memberi kelulusan dan pensijilan serta mengawasi kerja-kerja pembinaan. Individu yang paling layak menjadi arkitek ialah mereka yang mencintai kesenian, menghargai ruang serta reka bentuk dan menghargai warisan tradisi. Selain kreativiti, kerjaya ini menuntut kesabaran dan keazaman individu yang sangat tinggi bagi menyerlahkan bakat seorang arkitek berkaliber.

1.0 Amanah, Penghormatan dan Profesionalisme Sijil keanggotaan korporat Lembaga Arkitek hanyalah sekeping kertas. Namun di kertas itulah tercatit penghormatan tinggi satu badan profesional yang diiktiraf oleh perundangan negara ke atas kemampuan anda. Sijil yang memmberikan anda lesen untuk menjalankan praktis kesenibinaan itu tidak hanya memberi anda hak untuk bergelar Arkitek, mencari nama dan kekayaan dengannya tetapi disitulah juga terletaknya amanah besar untuk anda memikul tanggungjawab atas kepercayaan masyarakat, ke atas keselamatan nyawa dan harta. Tandatangan anda menjadi kunci dan penentu bagi berpindahnya wang dari tangan ke tangan, mengizinkan monumen dibina dan mengesahkan tentang kesahihan selamat dan layak satu bangunan didiami, di tangan anda dipertaruhkan nyawa, kesihatan dan keselamatan hartabenda. Penghormatan yang diberi oleh peruntukan undang-undang tidak akan bermakna, jika orang yang diberi amanah untuk melaksanakan tanggungjawab, khianat, gagal atau tidak mampu melaksanakan amanah itu. Melaksanakan amanah tidak hanya terhenti setakat memenuhi kehendak undang-undang namun natijahnya melangkau hayat. Tuntutan ugama misalnya jelas, sejelas kristal.

Tiada amanah yang boleh dipikul sambil lewa, sebaliknya dengan kesungguhan melaksanakan serentak keadilan dan kesaksamaan. AlQuran menggariskan tuntutan amanah dalam banyak ayat-ayat yang jelas.

Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (al-Israa 17:35) Penghormatan yang diberikan oleh masyarakat bersandar kepada ciri-ciri yang membentuk dan meletakhak kepada profesionalisme itu sendiri. Lord Denning (1989) menggariskan institusi profesional sebagai satu badan yang hanya akan dihormati dan diiktiraf kalau ia memenuhi 9 syarat; 1. kawalan, 2. pendidikan asas dan lanjutan, 3. etika, 4. peraturan dan piawaian, 5. tindakan disiplin, 6. pengekalan profesion, 7. kesaksamaan praktis, 8. kebebasan dan 9. kepimpinan. Ciri-ciri ini sekiranya diamalkan tidak hanya akan mempastikan penghormatan kepada profesion itu mempunyai makna malah akan membantu mempastikan kesinambungan relevannya dalam suasana alam perniagaan yang berubah.

1.1 Ciri-ciri Profesionalisme Berikut digariskan penerangan ringkas tentang ciri-ciri profesionalisme yang diamalkan di Malaysia. Penerangan mendalam dibuat dalam bab-bab khusus yang berkaitan. 1. Kawalan

Profesion senibina di Malaysia dikawal oleh Akta Arkitek 1967 (Pindaan 1974) yang digubal oleh parlimen. Akta memberi kuasa kepada penubuhan Lembaga Arkitek yang menentukan dasar profesion. Melalui Akta ini digubal Kod Tatacara Kelakuan (Code of Conduct) dan Skala Fee Minima (Minimum Scale of Fee) yang dijadikan asas bagi perkhidmatan kesenibinaan. 2. Pendidikan Asas Dan Lanjutan

Graduan arkitek sebelum diterima untuk didaftarkan sebagai Arkitek Berdaftar perlu melalui satu tempoh pendidikan formal di universiti yang diiktiraf samada di dalam atau di luar negara. Arkitek diiktiraf pendaftarannya hanya apabila lulus peperiksaan Bahagian 3 yang diselenggarakan oleh Lembaga Arkitek Malaysia. (Sila rujuk Bab Keperluan Pendidikan dan Pentauliahan). Selain daripada keperluan lulus peperiksaan tersebut, arkitek perlu melalui inisiatif peribadinya untuk berterusan mendalami pengetahuan yang berkaitan dengan kerjayanya. Pendidikan berterusan melalui program yang dipanggil CPD (Continued Professional Development) yang dianjurkan oleh badan profesional serta diktiraf adalah satu cara dimana konsep pendidikan berterusan ini dapat dimenafaatkan. 3. Etika

Kod Tatacara Kelakuan (Code of Conduct) yang diwartakan dibawah peruntukan kuasa Menteri digubal sebagai satu petikan daripada Akta Arkitek. Kod Tatacara Kelakuan ini menjadi garis panduan yang menyeluruh kepada amalan kesenibinaan di negara ini. Penggubalan Kod Tatacara Kelakuan memungkinkan kawalan dalaman dilaksanakan keatas tatacara kelakuan profesional yang merangkumi tanggungjawab pengamal dalam hubungan dengan masyarakat, klien dan sesama pengamal. (Sila rujuk Bab Kod Tatacara Kelakuan Profesional). 4. Peraturan Dan Piawaian

Peraturan yang menjadi asas profesionalisme ditentukan oleh Akta Arkitek 1967 serta terbitan-terbitan daripada akta dalam bentuk Peraturan, Pekeliling atau Pindaan akta itu sendiri. Akta ini menjadi terma rujukan utama kepada pengamal. Lembaga Arkitek dari masa ke semasa, bertindak mengeluarkan peraturan dan pekeliling samada untuk menjelaskan mana-mana peruntukan akta, memaklumkan peraturan baru atau memberi peringatan kepada arkitek berhubung dengan isu-isu semasa yang menyentuh amalan kesenibinaan. Lembaga juga bila diperlukan akan bertindak mengeluarkan garispanduan yang menjadi piawai amalan. Piawaian amalan disandarkan tidak sahaja kepada akta, peraturan dan pekeliling itu sendiri sahaja, malah merangkumi pula piawaian dan peraturan dalam industri berkaitan yang ditetapkan secara statutori, seperti keperluan di bawah Undang-undang Kecil Banggunan Seragam, Akta Pemaju Perumahan dan sebagainya. Piawaian amalan di bawah bidang kontrak dan torts pula bersandar kepada undang-undang yang berkaitan serta preseden perundangan. 5. Tindakan Disiplin

Bagi menjamin nama baik profesion, LAM mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang besar sebagai badan yang bersifat self-regulating. Dengan fungsi check and balance dalaman, profesion diurus dikalangan ahli profesion untuk memberikan keyakinan kepada awam tentang keterbukaaan dan ketegasannya. Kuasa untuk tindakan disiplin meliputi kuasa untuk memanggil mana-mana ahli profesion untuk menjawab tuduhan dan membela diri hinggalah kepada amaran, denda dan bagi kemungkiran yang amat berat, penggantungan dan seterusnya pemecatan dari hak untuk menjalankan amalan profesional.

6.

Pengekalan Profesion

Akta Arkitek 1967 (Pindaan 1974) yang digubal oleh parlimen mengekalkan praktis kesenibinaan kepada pengamal tempatan yang melepasi syarat-syarat yang ditentukan dan tidak kepada pengamal ekspatriat atau pengamal dari bidan yang berbeza. Dalam menghadapi ancaman globalisasi, Akta ini merupakan antara pertahanan terakhir yang akan memelihara kepentingan profesion dan pengamalnya. 7. Kesaksamaan Praktis

Arkitek sesama mereka dan tanpa mengira senioriti dianggap samarata dari segi perundangan untuk memberikan perkhidmatan kesenibinaan. Kod Tatacara Kelakuan yang digubal dibawah Akta Arkitek, menyamaratakan lapangan yang boleh diceburi oleh Arkitek dalam persaingannya antara satu sama lain. Ia juga menyediakan garis panduan tentang jangkauan dan had yang tidak boleh dilampaui oleh pendokong praktis. 8. Kebebasan

Konsep kebebasan profesional terletak kepada amanah yang diberikan perlindungan hak perundangan melalui penggubalan akta badan profesional. Hak ini memerlukan anggota dan pengamal profesion untuk bebas dalam amalan, pendirian dan tindakan. Kebebasan ini memberikan perlindungan hak kepada pengamal untuk tidak memihak bukan sahaja dalam pertikaian di hadapannya malah dalam menyuarakan pendapat dan pandangan dalam sesuatu isu. 9. Kepimpinan

Adalah menjadi lumrah bagi ahli-ahli badan profesional dilantik untuk menganggotai mana-mana badan atau lembaga yang berkaitan dengan profesion atau industri pembinaan. Dalam suasana kegawatan ekonomi 1998 misalnya, Arkitek melalui LAM atau PAM mewakili profesion dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara. LAM dan PAM juga mewakili profesion dalam pengemukaan memorandum kepada mana-mana kementerian berhubung sesuatu isu. Melalui perwakilan dalam badan-badan sebegini, pandangan Arkitek selaku pemimpin industri didengar dan diambilkira dalam penggubalan dasar negara. Dalam hal yang menyentuh isu-isu semasa pula, LAM dan PAM memainkan peranan yang penting melalui pengemukaan artikel atau pandangan kepada majalah dan akhbar tentang sesuatu isu bagi pihak profesion. Pandangan ini selalunya merupakan saranan kolektif yang dicapai dengan mengambilkira kemahiran, pengalaman dan pengetahuan profesion seluruhnya. Buletin daripada LAM dan PAM serta majalah-majalah berkala yang dikeluarkan oleh mereka juga merupakan satu wadah dimana pandangan profesion selaku pemimpin industri disebarkan. Hari ini, kita telah menyaksikan sebahagian dari hak dan penghormatan yang diberikan kepada arkitek sebagai pemimpin industri pembinaan dikikis oleh kealpaan kita, pendokong praktis kesenibinaan sendiri. Kita harus berani berdiri dan mengakui bahawa kita telah tersilap mentafsirkan kehendak dan keperluan industri dan masyarakat yang berubah. Lebih malang lagi kita gagal melihat perubahan yang berlangsung dihadapan kita dan bersikap defensif malah apologetik dalam menangani cabaran. Masa depan kita sebenarnya semakin kelam, kalau kita tidak mahu bangkit dari tidur yang diulit mimpi selesa masa silam. Amanah yang dipikul dari kedudukan sebagai seorang profesional terletak pada hak yang tergaris dalam undang-undang. Namun demikian undang-undang itu tidak boleh memaksakan penghormatan kalau ianya tidak diterima dengan senang hati oleh masyarakat. Anda adalah masa depan profesion ini. Melaksanakan amanah adalah satu-satunya wadah untuk meneruskan penghormatan yang masih tinggal ini

Takrif Arkitek
Ilmu pengetahuan dan kepakaran yang bagaimanakah yang perlu dimiliki oleh seorang Arkitek yang boleh melayakkannya bergelar Arkitek?

Perkataan Arkitek berasal dari perkataan Greek Arkhitekton, yang bermaksud ketua tukang bina [Head builder]. Definisi tradisional pula mentakrifkan Arkitek sebagai seorang yang merekabentuk, mentadbir dan menguruskan pembinaan sesuatu bangunan. Maka tugas utama Arkitek bolehlah disenaraikan seperti berikut:

1. Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk, 2. Menyediakan Lukisan Binaan, 3. Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan apa yang ditunjukkan dan dinyatakan di dalam Lukisan Rekabentuk dan
Lukisan Binaan,

4. Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan, 5. Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor dibuat dan menyediakan Dokumen Kontrak apabila
kontraktor telah dipilih, 6. Memastikan proses dan sesi rundingan untuk memilih kontraktor yang bakal membina bangunan yang telah direkabentuknya, dijalankan sebaik mungkin mengikut kehendak perundangan yang berkaitan; dan 7. Tugas lain termasuklah menyediakan rekabentuk dan perancangan infrastruktur sesuatu skim pembangunan dan apa sahaja hal yang berkaitan dengan sosio ekonomi yang boleh mempengaruhi proses perancangan alam bina. Namun gelaran Arkitek secara lazim mengikut peruntukan undang-undang khusus berkaitan dengannya pula, hanyalah layak kepada individu yang telah mendapat pendidikan khusus dalam bidang senibina [untuk satu tempoh yang tidak kurang dari lima tahun di peringkat ijazah dan sarjana (post-graduate) dan telah diluluskan pendaftarannya untuk menjalankan praktis senibina mengikut peruntukan mana-mana undang-undang berkaitan profesion Arkitek di kawasan, wilayah, negeri atau negara dimana Arkitek tersebut memberikan perkhidmatannya. Dari segi kepakaran, Lembaga Pendaftar Arkitek United Kingdom [Architects Registration Council of United Kingdom ARCUK] pula menetapkan 3 keperluan asas yang perlu ada pada seseorang Arkitek: i] ii] iii] Mencipta [to create], Merekabentuk dan merancang [to design and to plan]; serta Mengurus dan menyelia [to manage and supervise].

Untuk diikhtiraf sebagai seorang Arkitek, seseorang itu disyaratkan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang mencukupi, terlatih dan mempunyai pengalaman dalam bidang senibina dalam 3 aspek keperluan tersebut di atas. Kewibawaan seseorang Arkitek adalah juga bergantung kepada kemampuannya melaksanakan 3 aspek keperluan asas yang disenaraikan di atas.

You might also like