You are on page 1of 7

SEJARAH PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah -sekolah kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran(1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79. Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka.

Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah: a. Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus

pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidkkan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982. b. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas

selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling. c. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus

Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.

d.

Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun . Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kauseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun. e. Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula memperkenalkan Kursus

Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut. f. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan kursus khas

selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingandan Kaunseling. g. Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan KUrsus

Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah. h. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya

dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan termasuk praktikum. i. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab

Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.

Bidang dan Tanggungjawab Kaunselor Bagi memastikan bahwa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kauseling tercapai kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting . Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:-

1. Bidang Akademik Input 1. Pemilihan mata pelajaran elektif 2. Kemahiran Belajar a. Membaca b.Mencatat / mengambil nota c.Pengurusan Masa d. Pengurusan Diri e. Mendengar f. Mengingat g. Mengulangkaji h. Menjawab soalan peperiksaan i. Menghadapi peperiksaan 3. Pengumpulan maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi

Kaedah Bimbingan kelompok, bimbingan individu,kaunseling kelompok, kaunseling individu, bilblio kaunseling, kursus, bengkel , kem/perkemahan, tayangan video, taklimat, kolokium,tutor sebaya,mento mentee, pembimbing rakan sebaya 2 Bidang Kerjaya Input a. Inventori minat b. Inventori personaliti d. Pemilihan matapelajaran elektif e. Pengumpulan maklumat kerjaya f. Pendedahan kerjaya ( Peluang latihan kerjaya) g Penyebaran maklumat.

Kaedah Bimbingan kelompok, bimbingan individu, lawatan, ceramah, forum, seminar, tayangan video, pertandingan -pertandingan Buku Skrap Kerjaya dan Poster. 3. Bidang Psikososial & Kesejahteraan mental Input a. Ujian Personaliti d.Senarai semakan masalah cMerujuk kad maklumat diri d.Kemahiran Komumikasi e Kemahiran Asartif/ Tegas Diri f. Penyaringan maklumat g.Pengurusan Tekanan h. Kemahiran Rohani i. Kemahiran Membuat Keputusan j.Kemahiran pengawalan diri k.Kemahiran Aplikasi l.Kemahiran Sintesis m.Kemahiran analisis kritikal n.Pengekalaan penghargaan kendiri/ Self Esteem o.Perkembangan keremajaan p.Pengendalian kendiri q.Program Orientasi Kaedah Bimbingan kerjaya merentas ko-kurikulum, Kokurikulum, PRS, Bimbingan kelompok, kauseling individu,, bilbil kauseling, forum, kursus, bengkel, seminar, kem bina insan/ diri, kolokium, rehlah, lawatan, tayangan video, latihan dalam kumpulan, aktiviti simulasi, kumpulan, perkhemahan ibadah, ceramah- kaunseling keluarga, PRS.

4. Bidang Keibu-bapaan Input a. Komunikasi b. Perkembangan individu c. Isu-isu kekeluargaan i. Kepimpinan ii. Perkembangan remaja masa kini dan akan datang iii. Kerukunan dan kesejahteraan keluarga Kaedah Ceramah, seminar, forum, bengkel, perkhemahan keluarga/ Hari keluarga/ Lawatan kerumah, kaunseling keluarga, khidmat konsultansi, kursus kemahiran keibubapaan, buletin keluarga, pameran. 5. Bidang Masalah Pelajar Input a.Kemahiran komunikasi b.Kemahiran Penyelesaian Masalah c.Kepimpinan d.Kemahiran tegas diri e. Pembimbinga Rakan Sebaya(PRS) f.Kemahiran Sosial g.Kemahiran Pemilihan Aktiviti keutamaan. Kaedah Kaunseling individu, kaunseling kelompok, latihan dalam kumpulan,lawatan kerumah, ceramah, bengkel, praktikum PRS.

SENARAI TUGAS PERINGKAT : Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah / Rendah JAWATAN : Pegawai Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah ( DG 3/ DG 6 )

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. 2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kejian keperluan soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pengtadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar. 3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. 4. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviri Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instruction) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimun. 6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesionbal dan beretika. 7. Merancang , melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. 8. Merancang , melaksana , mengawalselia serta menilai progrdam dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR,SPM ,SPMV dan STPM. 9.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan,rokok dan alkohol. 10. Merancang, meyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 13. Membuat penilian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. 14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 15.Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. 18.Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20.Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perangan Sekolah. 21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah. 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

http://smkzaba.tripod.com/BK.htm (2.18 p.m )

You might also like