You are on page 1of 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE2103:AL-TAJWID SEMESTER SEPTEMBER 2010

1.

Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus. 4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu. 5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan selepas tarikh tidak akan diterima. 7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja. 8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. 9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.

SOALAN TUGASAN Ilmu Tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz Al-Quran. Ia merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu lain yang berkaitan Al-Quran. Sebagai guru Pendidikan Islam sekolah rendah, anda diminta untuk membuat satu kajian tentang mutu bacaan Al-Quran dengan bertajwid di kalangan pelajar-pelajar tahun 6 atau tahap 2 sekolah anda. Bilangan responden hendaklah sekurang-kurangnya 30 orang dalam aliran yang sama. Metodologi kajian yang boleh anda jalankan ialah ujian bacaan secara talaqqi musyafahah dan soal jawab berkaitan hukum tajwid. Dengan menjadikan Surah Al-Alaq dan Surah Al-Aadiyaat sebagai modul ujian bacaan, kajian anda hendaklah mendasari aspek-aspek berikut dalam membuat penilaian terhadap bacaan responden : 1) Ketepatan makhraj dalam menyebut huruf. 2) Kesempurnaan ketika mendatangkan sifat huruf. 3) Kesempurnaan dalam hukum Nun Sakinah dan Tanwin. 4) Kesempurnaan dalam hukum Mad. 5) Menyempurnakan Waqaf dan Ibtidak dalam bacaan. Di akhir tugasan anda diminta mengenalpasti kelemahan keseluruhan responden dalam aspek bacaan dan mencadangkan beberapa pendekatan khusus untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan murid-murid sekolah rendah. (markah 30)

PANDUAN PELAJAR Format Tugasan: a) Muka hadapan b) Senarai isi kandungan c) Abstrak (meliputi latarbelakang kajian, objektif, metodologi dan jangkaan hasil/dapatan kajian) (antara 150 200 patah perkataan) d) Bab 1 : Pendahuluan e) Bab 11 : Pengenalan Skop dan Tempat kajian. f) Bab 111 : Hasil kajian (Analisis mutu bacaan pelajar- Surah Al-Alaq&Al-Adiyaat) g) Bab 1V : Penutup yang merangkumi kesimpulan dan cadangan h) Rujukan i) Lampiran (jika ada) Panduan Penulisan 1. 2. 3. 4. 5. Senarai rujukan yang tidak kurang dari enam buah buku dan sekiranya terdapat lampiran yang berkaitan, ia hendaklah disertakan. Bilangan muka surat antara 10 15, tidak termasuk lampiran. Tugasan ini hendaklah dijalankan secara individu di sekolah masing-masing. Lampiran senarai nama pelajar yang dijadikan responden hendaklah disertakan sebagai bahan bukti kajian. Analisis kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk carta atau graf. Huraian terhadap dapatan hasil kajian perlulah disertakan.

(30 markah)

PANDUAN TUTOR 1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar memahami kehendak soalan dengan betul. 2. Membantu membuka minda pelajar terhadap penyelesaian tugasan. 3. Totor juga hendaklah mencadangkan beberapa contoh kitab Tajwid yang boleh dijadikan bahan rujukan. 4. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES. 5. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. 6. Tutor perlu membimbing pelajar memahami metodologi yang biasa digunakan dalam menyiapkan tugasan. 7. Tutor yang mempunyai hasil kerja ilmiah berkaitan Tajwid bolehlah berkongsi bahan tersebut bersama pelajar.

PENGENALAN Al-Quran merupakan mukjizat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk dijadikan panduan ( perlembagaan) hidup yang wajib difahami dan diikuti oleh semua individu muslim. Membaca al-Quran adalah satu ibadat yang sangat penting. Ia perlu dibaca dengan betul dan mengikut tatatertib yang tertentu. Ia juga perlu dibaca setiap hari walaupun dengan kadar yang sedikit sahaja ( mengikut kemampuan). Manakala solat pula menjadi satu daripada tiang-tiang asas pembinaan keislaman pada diri seseorang muslim. Ia wajib ditunaikan mengikut kaifiat dan tatacara yang telah ditentukan oleh syariat Islam. Membaca al-quran dan mendirikan solat adalah dua perkara asas yang dituntut untuk diamalkan oleh setiap muslim di dalam ajaran Islam. Fenomena hari ini memperlihatkan bahawa ramai dari kalangan masyarakat Islam yang kurang melaksanakannya. Dengan itu, kumpulan penyelidik tertarik hati untuk mengkaji secara sepintas lalu tentang punca keadaan ini berlaku. Namun, kajian hanya dapat dijalankan secara ringkas terhadap sebilangan kecil responden sebagai langkah permulaan. Diharap kajian ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan skop yang lebih luas bagi mengatasi masaalah lebih ramainya individu muslim yang tidak tahu membaca al-quran dengan baik dan seterusnya mendorong mereka mendirikan solat dengan sebenar-benarnya. Al-Quran dan solat mempunyai pertalian yang rapat dalam kehidupan seseorang muslim. Setiap orang Islam dituntut mempelajari, memahami dan menghayati ayat-ayat al-Quran, termasuklah membacanya ketika mendirikan solat.

METODOLOGI PENYELIDIKAN Populasi kajian ini melibatkan 67 orang pelajar bahagian Satu, Fakulti Pengurusan Ladang, Universiti Teknologi Mara, Kampus Jengka, Pahang. Populasi terdiri dari 30 orang lelaki dan 37 orang perempuan. Penyelidik ingin mengetahui latar belakang mereka dalam mendapatkan pendidikan

pembacaan Al-Quran sebelum menyambung pelajaran di UiTM serta pengaruhnya terhadap sikap rajin menunaikan solat lima waktu. Seiring dengan itu penyelidik turut berminat untuk mengkaji sama ada latihan amali di ladang menjadi bebanan kepada mereka sehingga sukar untuk melaksanakan amalan membaca Al-Quran dan mendirikan solat ataupun tidak. 1.0 PENGENALAN Terdapat dua objektif kajian tindakan ini dilakukan dan objektif ini merangkumi umum dan khusus. Objektif umumnya ialah bagi meningkatkan peratusan kelulusan ujian tilawah dan hafazan dalam kelas kajian ini dilakukan. Terdapat empat objektif umum dalam kajian tindakan ini iaitu : Meningkatkan kemahiran menyebut huruf dengan betul (makhraj huruf) Membantu pelajar membaca dengan lancar Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenalpasti hukum-hukum tajwid di dalam ayat al-Quran Meningkatkan penguasaan pelajar membaca al-quran dengan hukum tajwid 2.0 PERNYATAAN MASALAH Terdapat 3 pernyataan masalah dalam kajian tindakan, ianya ialah: Sejauhmanakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah dapat menarik minat pelajar kepada pembelajaran tilawah al-Quran ? Adakah kaedah Talaqqi dan Musyafahah merupakan satu kaedah yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi kelancaran, tilawah, dan juga makhraj tilawah? Bagaimanakah naqib (rakan pembimbing) dapat membantu dalam penguasaan al-Quran terhadap mentee melalui perlaksanaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah 3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, SAMPEL Kajian tindakan ini telah dilakukan di Sekolah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur. Sampel kajian ini ialah kepada 46 orang pelajar tingkatan 1 dan 34 orang pelajar tingkatan 2. Kajian ini dijalankan secara kolaboratif oleh 3 orang guru pelatih iaitu Masyitah Ulul Azmin ,Shamsurena Shamsudin dan Siti Hasmiyati Zahari. 1) Pemerhatian : Data Awal Guru membuat pemerhatian dengan membuat catatan dan survey melalui aktiviti membaca al-Quran semasa P&P. Data yang diperolehi ialah guru dapat mengenal pasti pelajar yang baik dan lemah dalam pembacaan al-Quran .

2) Pengumpulan data kajian sesi 1: i) Aktiviti talaqqi dalam kumpulan tadarrus -Talaqqi ialah situasi dimana guru mendengar bacaan pelajar dalam kumpulan-kumpulan yang kecil - berdasarkan data awal pelajar yang baik bacaannya dilantik menjadi ketua kumpilan tadarus ii) Ketua kumpulan yang dilantik akan mencatat pencapaian pelajar secara rambang tanpa ada ukuran sebenar 3) Refleksi Kajian dilakukan berdasarkan pengumpulan data yang telah dilakukan, pelajar yang mempunyai prestasi bacaan yang baik dilantik menjadi "Naqib". 4) Talaqqi Musyafahah bersama naqib - Seorang naqib untuk seorang pelajar , naqib berperanan dalam mengajar rakannya dalam memperbetulkan prestasi bacaan al-Qurannya. 4.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA Bagi pengumpulan dan penganalisaan data, para pengkaji telah melakukan 3 instrumen iaitu : a) borang penilaian naqib b) borang mentee c) pemerhatian- catatan dan rakaman video 5.0 IMPLIKASI KAJIAN 1) Persoalan kajian 1 Antara kelebihan-kelebihan kaedah Talaqqi Musyafahah, murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru dan juga naqib. Murid dapat mempelajari ilmu al-Quran secara langsung daripada guru. Ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah. Kaedah ini secara keseluruhan bukan sahaja memberi kefahaman kepada pelajar malah mampu membangkitkan minat serta pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam p&p tilawah. 2) Persoalan kajian 2: Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami secara mendalam dan mengetahui cara bacaan al-Quran dengan betul. Hasil analisis data daripada pemerhatian prestasi pelajar yang baik bacaan telah meningkat berikutan bilangan menurunya bilangan pelajar yang lemah dalam ketiga-tiga aspek iaitu kelancaran, makhraj dan juga tajwid Secara keseluruhannya kaedah Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah terbaik dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam membaca al-Quran Dalam perlaksanaan kaedah Talaqqi Musyafahah ini peranan naqib sangat besar dalam membantu kepada kejayaan

pelajar 3) Persoalan kajian 3: Kajian ini membuktikan bahawa guru dan naqib mampu membantu murid-murid yang lemah dalam membaca al-Quran melalui kaedah Talaqqi Musyafahah. Murid dapat melaksanakan P&P dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu dan ragu-ragu kerana bacaan mereka dipimpin oleh naqib yang dipilih di kalangan rakanrakan mereka 6.0 APA YANG DAPAT PELAJARI DARIPADA KAJIAN TINDAKAN INI Kaedah ini sesuai dilaksanakan di kalangan pelajar tetapi memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk melatih pelajar lebih cemerlang dalam bacaan al-Quran dari aspek kelancaran, makhraj dan sebutan huruf. Untuk penambahbaikan supaya pelajar(mentee) mempunyai peningkatan dalam bacaan al-Quran, naqib terlebih dahulu diberi latihan oleh guru dalam jangka masa yang panjang dan boleh menguasai ketiga-tiga aspek dengan baik sebelum membimbing kawan(mentee) masing-masing. Melalui kajian ini, saya mendapat idea mengenai kaedah baru dalam pengusaan bacaan al-Quran yang tidak pernah saya hadapi ketika zaman persekolahan dahulu. Ketika para pembentang memberi pembentangan saya dapat mempelajari beberapa istilah yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini iaitu seperti Naqib , kaedah Talaqqi dan Musyafahah Melalui perbentangan ini juga dapat memberi gambaran kepada saya mengenai suasana P&P sebenar yang berlaku di sekolah melalui perkongsian pengalaman para pembentang dan idea-idea kreatif yang perlu seorang guru fikirkan dalam mempelbagaikan kaedah P&P

You might also like