TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA
Topik 1: Sukan Olahraga Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar Peluru Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat Tinggi Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan Lari Berganti-ganti Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Topik 7: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga Topik 8: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal) Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan Olahraga Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas Kejohanan Olahraga

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: Menyatakan definisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif. Menyatakan dan mencirikan sejarah olahraga Mengkategorikan sukan olahraga Menyenaraikan alatan yang di perlukan untuk pertandingan olahraga Menyenaraikan memanaskan badan kepentingan

PENGENALAN
Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antara individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak akan berlawan secara terus dengan individu atau kumpulan sebaliknya kita akan berlawan dengan catatan masa dan keupayaan kita untuk menjadi pemenang. Olahraga juga terdiri daripada gerakan aktiviti semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Oleh itu olahraga merupakan asas penting dalam sukan lain.

RINGKASAN TOPIK Pengenalan 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Sejarah Acara Olahraga Kejohanan Olahraga MSSM Alatan Kategori dan Kumpulan Umur

Rumusan

OUM

1

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

1.1

SEJARAH

Olahraga merupakan sukan tertua didunia, adalah dipercayai sukan olahraga bermula di Greece Kuno 1000 tahun sebelum masihi. Ini bererti olahraga sudah diiktiraf menjadi sukan 3000 tahun lampau. Namun pada peringkat awal olahraga merupaka satu bidang seni bukan satu bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece Kuno yang merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun manusia. Pada tahun 1896 apabila Sukan Olimpik Moden di perkenalkan di Greece olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Sukan olahraga bukan saja terkenal dan menjadi sukan wajib di olimpik saja, malah dalam kejohanan sukan seratau olahraga telah menjadi acara utama. Contohnya Sukan Sea, Sukan Asia dan lainlain sukan lagi. (a) Sejarah Acara Larian Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Malahan dalam pesta olimpik kuno semua acara yang di pertandingkan adalah acara larian. Adalah di percayai acara ‘stade’ merupakan acara larian yang paling awal di pertandingkan. ‘Stade’ melibatkan acara larian pada jarak 192 meter (jarak panjang stadium ketika itu). Acara ‘dialos’ dan ‘dolichos’ juga merupakan antara dua acara awal yang di pertandingkan. ‘Dialos’ merupakan larian ulang alik berjarak 384 meter (192 meter x 2). ‘Dolichos’ merupakan acara jarak jauh 5000 meter.

Rajah 1.1: Acara balapan merupakan acara tertua dalam olahraga

Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard. Ketika ini juga gaya permulaan menggunakan gaya berdiri. Dalam tahun 1880 an berbagai kajian tentang gaya permulaan di buat oleh jurulatih dan pakar sains sukan. Pada tahun 1884 gaya dekam telah mula di perkenalkan di Scotland. Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnya gaya ini di Australia di kenali sebagai ‘kangaroo start’.

2

OUM

Secara teknikalnya gaya ini agak sukar dilakukan oleh atelit. Pada petengah tahun 1950 an hingga temasya Sukan Olimpik 1968 gaya pelana mula mendominasi acara lompat tinggi. Pada tahun 1854 J Howard telah melompat sejauh 9. Peristiwa ini telah mencetus idea untuk mengadakan pertandingan lompat jauh. Tilam atau getah mula di gunakan sebagai tempat mendarat dalam tahun 1930an. Dalam abad ke 19. Sukan lompat jauh berdiri merupakan sukan yang terkenal pada zaman purba di Greece. atelit lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting. Ini disebabkan dalam abad ini atelit melompat dan mendarat di tanah rumput. gaya timur mula terkenal di kalangan atelit lompat tinggi. Berat beban tersebut adalah di antara 1 hingga 4. lompatan gaya gunting belakang mula terkenal di kalangan atelit. Kes kecederakan bagi atelit lompat tinggi dengan menggunakan pasir longgok sebagai tempat mendarat masih lagi tinggi. Pada sukan olimpik 1968 Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah gaya baru iaitu Fosbury Flop (c) Sejarah Lompatan Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam bentuk lompat jauh berdiri. Dengan tilam dan getah digunakan sebagai alatan mendarat. Pada sekitar tahun 1940 an gaya guling mula di perkenalkan dan diminati dalam acara lompat tinggi. Dalam acara lompat jauh berdiri pelompat di kehendaki memegang beban yang di kenali ‘halteres’ pada kedua-dua tangan ketika melompat. atelit lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting dan mendarat di tanah atau rumput Dengan menggunakan pasir longgok.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA (b) Sejarah Acara Lompat Tinggi Acara lompat tinggi di pertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula di terkenal pada abad ke 20.5 kilogram. Dalam sukan olimpik pelompat dari Amerika Syarikat merupakan domin utama dalam acara ini.4 dalam acara lompat jauh berdiri. Sementara awal tahun 1950an gaya guling barat mula mendapat perhatian dalam acara lompat tinggi.02 tanpa menggunakan beban dengan larian dan beliau hanya melompat sejauh 2. Rajah 1. pasir di longgokan di tempat mendarat untuk mengurangkan kecederaan peserta yang mengambil bahagian. Seterusnya di awal abad ke 20. OUM 3 .2: Dalam abad ke 19.

Acara balapan ini di laksanakan di atas trek 200.3: Lompat jauh bermula dengan lompat berdiri 1. Acara balapan terbahagi kepada enam bahagian. Acara balapan ini selalu menjadi tumpuan kerana acara ini agak menarik dari segi persembahanya. Rajah 1. 300 atau 400 meter.4: Lari jarak dekat dan jarak jauh memerlukan teknik yang berlainan 4 OUM . gelangan olahraga meliputi kawasan trek (gelangang balapan). Acara balapan ini menguji kederasan. kepantasan. gelanggang padang dan jalan raya.2 ACARA OLAHRAGA Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 Rajah 1. ketahanan dan kekuatan sesorang atelit. Secara amnya acara olahraga boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu (a) (b) (c) (a) Acara balapan Acara padang Acara khusus Acara Balapan Acara balapan juga biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari.

LARI BERGANTI-GANTI 4X100 meter 4X200 meter 4X400 meter 5. OUM 5 . LARI BERPAGAR 100 meter ( Wanita) 200 meter ( Lelaki) 400 meter ( Wanita) 6. JARAK JAUH 3000 meter 5000 meter 4. JARAK SEDERHANA 800 meter 1500 meter 3. LARI BERHALANG 3000 meter Rajah 1. kekuatan dan ketahanan otot. Acara ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu lompatan dan balingan.1: Jenis Acara Balapan yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA Jadual 1.5: Acara balapan sentiasa mendapat perhatian penonton (b) Acara Padang Acara padang biasanya melibatkan kuasa. kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. Jenis Acara JARAK DEKAT Acara 100 meter 200 meter 400 meter 2.

Pada kejohanan itu sepuluh acara decathlon di jalankan dalam masa tiga hari. Jenis Acara LOMPATAN Acara Lompat Jauh Lompat Kijang Lompat Tinggi Lompat Bergalah 2. decathlon merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang. keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi. kekuatan. Kini acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di jalankan dalam masa dua hari 6 OUM .SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 Jadual 1. Acara decathlon bermula pada akhir kurun ke 19. Stamina atau daya tahan kadiovaskular peserta akan teruji dalam masa dua hari pertandingan. di peringkat awal terdapat sepuluh acara di pertandingkan bagi acara decathlon dan di pertandingkan dalam masa satu hari. Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan di beri mata dan peserta yang mengumpul mata tinggi di anggap sebagai pemenang. Acara decathlon menguji kelajuan. kelenturan. BALINGAN Melempar Lembing Melempar Cakera Lontar Peluru Membaling tukul besi (c) Acara Lain Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara-acara lain yang di pertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (i) Decathlon Heptathlon Pentathlon Marathon Lumba jalan kaki Merentas desa DECATHLON Decathlon merupakan acara di khaskan untuk lelaki sahaja.2: Jenis Acara Padang yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Pada tahun 1912 decathlon mula di pertandingkan dalam sukan olimpik moden di Stockholm.

kekuatan.6: Atelit yang berjaya mendapat tempat dalam acara decathlon di anggap seba boleh Jadual 1.3: Jenis Acara Decathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Seperti decathlon. kesemua acara heptathlon perlu di habiskan dalam masa 2 hari. Seperti juga decathlon acara heptathlon menguji kelajuan. Pencapaian peserta dalam setiap tujuh acara yang di pertandingkan akan di beri mata dan peserta yang mengumpul mata terbanyak di anggap sebagai pemenang. OUM 7 . Jenis Acara DECATHLON (10 Acara) LELAKI Hari Hari 1 Acara 100 meter Lompat jauh Melontar peluru Lompat Tinggi 400 meter Hari 2 110 meter lari berpagar Lempar Cakera Lompat Bergalah Rejam Lembing 1500 meter (ii) HEPTATHLON Acara ini baru di perkenalkan pada tahun 1981 bagi mengantikan acara pentatlon. Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang. keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi pesertanya di samping menguji stamina. olah kerana itu heptathlon mempunyai gabungan acara yang kurang berbanding decathlon.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA Rajah 1. Heptathlon merupakan acara yang dikhaskan untuk atelit perempuan sahaja. kelenturan.

Maraton di pertandingkan di jalan raya bdengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42. 8 OUM . Marathon merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingkan olahraga.195 kilometer. Dalam kejohanan seperti Olimpik. Jadual 1. Acara ini mula di perkenalkan di sukan olimpik pada tahun 1928.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 Jadual 1. Pada tahun 1981 heptathlon di perkenalkan dalam sukan olimpik mengantikan petathlon. Jenis Acara HEPTATHLON (7 Acara) PEREMPUAN Hari Hari 1 Acara 100 meter lari berpagar Lompat Tinggi Melontar peluru 200 meter Hari 2 Lompat jauh Rejam Lembing 800 meter (ii) PENTATHLON Pentathlon terdiri daripada lima gabungan displin acara yang di pertandingkan dalam masa satu hari. Pada peringkat awal sebelum acara heptathlon di perkenalkan acara pentathlon di khaskan kepada kaum wanita senior. Kini pentathlon menjadi acara yang dipertandingkan bagi peringkat wanita junior atau lelaki junior. Jenis Acara PENTATHLON (5 Acara) Wanita Hari Hari 1 Acara Lompat jauh Rejam Lembing 200 meter Lempar Cakera 1500 meter (iii) MARATHON Marathon merupakan acara sukan yang telah di anjurkan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi.4: Jenis Acara Heptathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Pengiran mata sama seperti decathlon dan heptathlon. Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pentathlon di pertandingkan bagi kategori wanita kelas satu.5: Jenis Acara Pentathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. sukan asia dan sukan yang setaraf denganya maraton menjadi acara yang di pertandingkan.

7: Marathon memerlukan ketahanan fizikal dan mental di kalagan pesertanya Oleh kerana jaraknya terlalu jauh marathon tidak di pertandingkan di peringkat sekolah.7: Jarak Acara Merentas Desa yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 4. Sekiranya marathon di pertandingkan pada jarak yang kurang pertandingan ini tidak boleh di panggil marathon.5 km. Acara merentas desa juga menggunakan jalanraya sebagai trek tetapi jarak lariannya agak pendek. Jenis Acara MARATHON Acara Jarak 42. peserta akan menyumbangkan mata kepada pasukan yang di wakili. Jarak yang biasanya di pertandingkan ialh antara 2 hingga 14.195 km (iv) MERENTAS DESA Sesuai dengan namanya merentas desa acara merentas desa menggunakan jalanraya (laluan desa) sebagai trek perlumbaan.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA Rajah 1. Disekolah biasanya kedua-dua pertandingan dalam bentuk individu dan pasukan di pertandingan serentak oleh itu selain daripada mendapat kemenangan individu. Jenis Acara Acara MERENTAS DESA Jarak bergantung kepada pengelola peserta OUM 9 . Jarak trek pertandingan dalam acara merentas desa ditetapkan oleh pihak pengelola bergantung kepada umur peserta pertandingan. Jadual 1.6: Jarak Acara Marathon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Acara merentas desa boleh di pertandingkan dalam bentuk individu atau pasukan. Di sekolah biasanya acara merentas desa yang mengambil alih acara maraton. Jadual 1.

Acara tarik tali merupakan acara selingan yang selalu di pertandingkan diperingkat sekolah. Rajah 1. Kelenturan serta gerakan badan serta gabungan ayunan tangan akan dapat meningkat kelajuan lumba jalan kaki.8: Lumba jalan kaki memerlukan kemahiran jarak langkah dan kekerapan melangkah Jadual 1. Rajah 1. acara ini dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan.8: Jarak Acara Lumba Jalan Kaki yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 5.9: Acara tarik tali sering menjadi acara selingan dalam kejohanan olahraga 10 OUM . Aspek penting untuk berjaya dalam lumba jalan kaki ialah jarak langkah dan kekerapan melangkah.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 (v) LUMBA JALAN KAKI Lumba jalan kaki ialah aktiviti berjalan dengan pantas. Jenis Acara Acara LUMBA JALAN KAKI 5 Kilometer (Perempuan) 10 Kilometer (Lelaki/Permpuan) 20 Kilometer (Lelaki) (d) Acara Selingan Selain daripada acara diatas terdapat acara-acara selingan yang di pertandingkan dalam kejohanan olahraga.

3 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) terdapat beberapa kelas. bersesuaian dengan umur dan psikomotor pelajar yang berada dalam kelas tersebut. Acara yang berlainan dipertandingan.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA 1.9 memperlihat acara yang di pertandingkan dalam kejohanan MSSM mengikut kelas (Jadual 1.9: Acara yang Sering Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Lelaki Kelas Acara 100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m 2000 m (Berhalang) 3000 m (Berhalang) 3000 m 5000 m 3km jln kaki 5km jln kaki 80 m L Berpagar 100 m L Berpagar 110 m L Berpagar 400 m L Berpagar 4 X 100 m 4 X 200 m 4 X 400 m L Tinggi L Jauh L Kijang L Bergalah L Peluru L Cakera M Lembing Heptatlon Pentathlon Terbuka Terbuka Kelas 1 20 tahun Kelas 2 16 tahun Kelas 3 12 tahun Kelas 1 20 tahun Wanita Kelas 2 16 tahun Kelas 3 12 tahun OUM 11 .9 di petik daripada peraturan pertandingan dan permainan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Jadual 1. Jadual 1.

10: Barangan keperluan atelit yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga 12 OUM . Pakaian yang di pakai perlulah bersesuaian dengan pertandingan dengan tidak membelakangkan budaya setempat atau kawasan. Rajah 1. Sebagai guru kita mestilah menasihatkan dan panduan terhadap etuka ketika berpakaian.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 Semak Kendiri 1. Pakaian yang di pakai janganlah terlalu nipis serta menampakkan badan apabila basah.4 (a) ALATAN Pakaian Pakaian menjadi kewajipan kepada peserta yang bertanding dalam kejohanan olahraga. 1. Pakaian yang di pakai seharusnya tidak menganggu keputusan pengadil.1 Apakah acara tertua sekali dalam sukan olahraga Berikan ciri acara yang terlibat dalam acara balapan Nyatakan acara-acara yang terlibat dalam acara Decathlon Apakah yang di maksudkan dengan acara Heptathlon Berapa hari yang di perlukan untuk kita menamatkan acara Pentathlon Nyatakan jarak larian yang perlu di lalui oleh peserta marathon? Ciri-ciri acara merentas desa yang selalu dilakukan di sekolah.

Pada trek bukan sintatik pula panjang paku yang digunakan boleh melebihi sehingga 25 mm. Walau bagaimana pun bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing panjang panjang paku yang di gunakan boleh tidak melebihi 12 mm. Panjang paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaanya.11) (i) Lari Pecut (ii) Lari Jarak Jauh (iii) Marathon (iv) Lompat Tinggi OUM 13 . Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA (b) Kasut Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki. Kasut khas dicipta untuk acara tertentu (Rajah 1. Garis pusat paku kasut pula tidak boleh melebihi 4 mm. Namun jika seorang atelit ingin memakai kasut berpaku mereka perlu menepati spesifikasi yang telah di tetapkan. Pada permukaan sintatik panjang paku yang digunakan seharusnya kurang dari 9 mm. Demi mengelakkan kecederaan adalah di nasihat supaya atelit memakai kasut.

SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 (v) Lompat Kijang & Lompat Bergalah (vi) Lompat Jauh (vii) Lontar Peluru (viii) Lontar Cakera dan Lontar Tukul Besi (ix) Baling Lembing Rajah 1.11: Atelit selalu menggunakan kasut berpaku yang berlainan dalam acara yang berlainan (c) Nombor Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atelit di wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang. Bagi atelit lompat bergalah dan 14 OUM .

TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA lompat tinggi mereka hanya perlu memakai satu nombor samada di belakang atau di dada. Rajah 1.12: Nombor perlu di pakai oleh atelit bagi memudahkan hakim (d) Peralatan Bagi acara balapan peralatan yang di gunakan ialah: (i) Set bendera merah dan putih Rajah 1. Spesifikasi nombor bergantung kepada peraturan am yang di sediakan oleh pihak pengelola.13: Blok permulaan digunakan bagi acara 100. 200 dan 400 meter (ii) Blok permulaan bagi acara 100m.14: Pelepas akan menggunakan pistol (iii) (iv) Pistol Penutup telinga bagi pelepas dan pembantu pelepas OUM 15 . 200m dan 400 m Rajah 1.

16: Dalam lari berganti-ganti baton diperlukan (vi) Baton untuk larian berganti-ganti (vii) Alat penyukat angin (viii) Jam untuk menyukat masa 16 OUM .15: Pagar yang digunakan dalam acara lompat pagar haruslah mengikut spesifikasi (v) Pagar yang mengikut spesifikasi Rajah 1.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 Rajah 1.

10: Alatan Khas yang Digunakan dalam Kejohanan Olahraga Acara Alatan Tiang dan palang lompat tinggi. pita pengukur dan bendera Gelanggang lompat jauh. pita pengukur dan bendera OUM 17 .pita pengukur dan bendera Lompat Tinggi Lompat Jauh Lompat Kijang Lompat Bergalah Lontar Peluru Peluru. tilam. pita pengukur dan bendera Gelangang lompat kijang. pita pengukur dan bendera Tiang. pita pengukur dan bendera Lontar Cakera Cakera. pita pengukur dan bendera Merejam Lembing Lembing. tilam. galah dan palang lompat galah.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA (e) Alatan Acara Padang Alatan khas bagi satu acara contohnya: Jadual 1.

18: Di sebelah dalam trek perlulah di letakan bendul simen 18 OUM . tilam. pita pengukur dan bendera (f) Stadium Olahraga Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelangang atau di gunakan untuk kejohanan olahraga. Bagi kejohanan di bawah kelolaan dan pengawasan KOAM dan IAAF peraturan 12. Lebar setiap lorong adalah diantara 1. Bendera ini perlu di susun pada setiap 5 meter. (f) Rajah 1. Di sebelah dalam trek perlulah di letakan bendul simen.22 – 125 meter dan di tandakan dengan garis 5 cm. Sementara bagi trek rumput pengajur boleh menggunakan bendera yang di condongkan ke sebelah dalam pada sudut 60.1(a) permukaan trek yang di gunakan perlu mendapat kelulusan mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh KOAM dan IAAF Trek dan Lorong Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 Rajah 1.17: Acara lompat tinggi memerlukan Tiang dan palang lompat tinggi. lebar trek yang di gunakan harus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu 6 lorong.

19: Trek 400 meter pertandingan perlu mengikuti spefiksi IAAF 1. Kategorinya ialah Jadual 1.12: Kategori Perempuan PEREMPUAN Kategori Junior Senior Veteran Kumpulan Umur Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan OUM 19 .11: Kategori Lelaki LELAKI Kategori Junior Senior Veteran Kumpulan Umur Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Jadual 1.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA Rajah 1. yang telah di tetapkan oleh Kesatuan Olaraga Amatur Malaysaia (KOAM).5 KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR Dalam kejohanan olahraga terdapat kategori umur mengikut lelaki dan wanita.

gelanggang olahraga meliputi kawasan trek (gelanggang balapan). Ketika ini juga gaya permulaan menggunakan gaya berdiri. Acara balapan ini menguji kederasan. Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas. Pada tahun 1896 apabila sukan olimpik moden di perkenalkan di Greece olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. decathlon merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang. Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam bentuk lompat jauh berdiri. Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard. kepantasan. kekuatan dan ketahanan otot. Decathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja.2 Cirikan kasut berpaku yang di benarkan mengikut peraturan KOAM Nyatakan alat yang di perlukan dalam mengendalikan acara lompat tinggi Nombor perlu di pakai oleh atlet untuk memudahkan pengurusan olahraga. Dalam tahun 1880 an berbagai kajian tentang gaya permulaan di buat oleh jurulatih dan pakar sains sukan. Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat. 20 OUM . nyatakan bahagian di mana perlu di letakan nombor Cirikan trek dan lorong standard yang telah di tetapkan mengikut peraturan KOAM Cirikan kategori peserta lelaki yang di tetapkan oleh KOAM RUMUSAN Olahraga merupakan sukan tertua didunia.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 Semak Kendiri 1. Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Acara balapan juga biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari. Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula terkenal pada abad ke 20. Acara padang biasanya melibatkan kuasa. Malahan dalam pesta olimpik kuno semua acara yang dipertandingkan adalah acara larian. ketahanan dan kekuatan seseorang atelit. Kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. contohnya gaya ini dikenali di Australia sebagai ‘kangaroo start’. gelanggang padang dan jalan raya.

Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki.195 kilometer. Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter. Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaannya. Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pentathlon di pertandingkan bagi kategori wanita kelas satu. Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yang dipertandingkan dalam masa satu hari. OUM 21 . Di sekolah biasanya acara merentas desa yang mengambil alih acara maraton.32 meter iaitu 6 lorong. Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) terdapat beberapa kelas. lebar trek yang digunakan harus tidak kurang daripada 7. Maraton dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42. Acara merentas desa juga menggunakan jalanraya sebagai trek tetapi jarak lariannya agak pendek. Kesemua acara heptathlon perlu di habiskan dalam masa 2 hari. Maraton merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingan olahraga. Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelanggang atau di gunakan untuk kejohanan olahraga. Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atelit di wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang.TOPIK 1 SUKAN OLAHRAGA Acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di jalankan dalam masa dua hari. Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan di beri mata dan peserta yang mengumpul mata tinggi di anggap sebagai pemenang. Pengiraan mata sama seperti decathlon dan heptathlon. Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.

Darren Bennet. Wee Eng Hoe (2002). R. Decathlon Heptathlon Pentathlon Maraton Acara merentas desa Lumba jalan kaki Acara tarik tali Majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Tapak kasut berpaku Blok permulaan Baton KOAM Iaaf Veteran Senior Junior Otot-otot Jantung Paru-paru Minda Kecergasan otot Saraf tunjang RUJUKAN Clarke. Successful Track and Field.onlineshoes. http://www. R.shop. (1992). Karisma Publication Sdn.com/ http://www. Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga: Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti. Bhd. Iowa: Walliam C. Helen Ten. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Manual Olahraga. (1996). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan. Gaya timur Gaya guling barat Lompat jauh berdiri Gelanggang balapan Gelanggang padang Acara trek Acara lumba lari. Bhd. Brown.SUKAN OLAHRAGA TOPIK 1 PERKATAAN PENTING Sukan tertua di dunia Satu bidang seni Acara wajib Acara utama Masa pertandingan yang standard Gaya permulaan Gaya gunting.com/op/sprod 22 OUM . (1994). London: Franklin Watts. (1978). Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn. Undang-undang Kejohanan Olahraga 3. Dubuque. & Boyle. Sports Facts Athletic Sports. Teng Bong Tong.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful