BINATANG YANG HALAL DAN HARAM

Pendahuluan: Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan. Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan. i- Firman Allah SWT: ³Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu´ (al-Baqarah: 16 ii- Firman Allah SWT: ³Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk´ (al-A¶raf:157) Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai¶th. Perkara-perkara yang diharamkan: 1) Bangkai. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Katakanlah: ³Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.´ (al-An¶am:145) Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan: 1. yang mati tercekik atau dicekik. 2. yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan. 3. yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya. 4. yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain. 5. yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih. Dalilnya ialah firman Allah SWT:

³Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.´ (al-Mai¶dah:3) Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar¶ie selagi ia belum mati. 2) Darah yang mengalir. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: ³makanlah´, lalu mereka berkata: ³ia adalah darah´, jawab beliau: ³yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir´. 3) Babi. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan. 4) Sembelihan untuk selain daripada Allah. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: ³Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: ³dengan nama al-Masih´ dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah. 5) Semua binatang buas (as-Siba¶) yang bertaring. Kata Ibn al-Athir: ³iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW: ³Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram³. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha¶labah al-Khusyani) . Al-Syafi¶e berpandangan bahawa as-siba¶ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu¶ di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya. Hujah al-Syafi¶e berhubung dengan dubuk: 1. ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam. 2. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba¶ yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.

7) Keldai peliharaan. hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang. para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-¶Eid. Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran). at-Tirmizi. Dalilnya: i. Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Abu Daud. Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat: * Ahmad. an-Nasa-i.´ Sabda Nabi SAW: ³Apabila kamu mendengar suara keldai. Abu Daud.´ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). At-Tirmizi mensahihkannya) . (Riwayat Ahmad. Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi. Hadith Jabir. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas. al-Hakim. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya.´ (Riwayat Muslim) Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya) . At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. (Riwayat Ahmad.Hadith Ibn Umar: Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya.3. jika didapati memakan kotoran´. ath-Thauri dan al-Syafi¶iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. maka ia bukan al-jallalah. Kata Ibn Hazm: ³telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya). Kata al-¶Allamah Siddiq hasan Khan: ³Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan. ii. Disahihkan juga oleh al-Hakim). Ibn Majah. Sungguhpun begitu. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. sesungguhnya dia melihat syaitan. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah). justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya´. 1. kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadith Ibn Abbas: Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. enggang. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan. * Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja. Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. katanya: ³Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung. 6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar. kerana makanan yang najis itu dapat disucikan . gagak dan layang-layang. Kata al-Baghawi: ³kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran. maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan. (Riwayat Abu Daud. Contohnya: helang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya.

dengan istihalah (seperti mengurungnya) . 10) Semua jenis binatang yang menjijikkan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis. dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid . telur dan susunya. sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. melainkan salah satu pandangan al-Syafi¶yyah yang menyatakan halal kucing liar.bukan kerana sesuatu µillah . tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak. hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian. Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Sungguhpun begitu. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri. ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas. at-Tirmizi dan Ibn Majah. (Riwayat Muslim). 2. lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. al-Syafi¶e dan Ahmad: haram memakan daging. Pengharaman anjing datang dengan beberapa faktor: 1. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersih kan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Sungguhpun begitu. Firman Allah SWT: ´ dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk´ (al-A¶raf:157) Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut: 1. 9) Anjing dan kucing. tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis).dhaif). ia boleh dimakan. (Riwayat as-sahih).´ (Riwayat Abu Daud. ia memakan kotoran. Kata Siddiq Hasan Khan: ³barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal. Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. ia adalah najis menurut jumhur ulama. maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir: ³Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya. 3. µIllah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. * Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan. Menurut ulama. 3. 2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik). Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan . hilang haram. sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis. Jadi apabila µillat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu. hendaklah memberikan dalil´. µIllah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. Apabila hilang najis.

Muslim. Juga dengan umum ayat: ´ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah.´ (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih. lebah. Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai¶th. Oleh itu menurutnya. maka ia halal. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak. burung layang-layang.´ (Riwayat al-Bukhari. 2. al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat). belatuk dan nuri. at-Tirmizi dan an-Nasai). Binatang yang dilarang bunuh: Sabda nabi SAW: Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut. maka ia adalah dimaafkan. 12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya. diburu atau dijumpai mati. tikus. dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan. Apa yang Allah haramkan.´ (al-Baqarah: 195) 13) Haiwan 2 alam: Kata al-Qadi Ibn al-¶Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang. maka ia adalah haram. 11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh. Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya. Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram. kala jengking. dan berbuat baiklah. Binatang yang diarahkan bunuh: Sabda nabi SAW: ³Dari µAisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak. anjing dan al-¶aqur (sejenis binatang yang menggigit). Sungguhpun begitu. juga disahihkan oleh al-Hakim). 14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya: Berdasarkan sabda nabi SAW: ³Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya. maka ia haram. yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara¶ itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia. karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. . kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.atau kerana tidak biasa â ³ sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik. Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya. merupakan haiwan dari kategori ini.

Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas. Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan. maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak. lantaran baginya ia tidak jelas. lalu ia mencakupi katak. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr.15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya: a) landak: . b) katak: . Namun isnadnya dhaif. ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. * yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan. d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini. Dalam sanadnya ada Sa¶id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya).Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan.yang menghalalkannya: Malik dan Syafi¶e Dalil yang mengharamkannya.yang menghalalkannya: Malik Dalilnya: Umum ayat Allah: ³Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu. jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat. (Riwayat Malik. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas. lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring. Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air). Syafi¶e dan sebahagian yang lain. Justeru itu. Oleh itu yang rajih ialah: halal. dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan´ (al-Maidah:96) ii. Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya. . Pendetailan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh. al-Syafi¶e dan imam yang empat).yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad . lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.yang mengharamkannya: Ahmad Dalilnya: Hadith Abd. c) buaya: * yang menghalalkannya: Malik. kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr. Penutup: Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagai spesis. Rahman Bin µUthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan). . Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan.

idYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web.or..com/group/syiar-islam/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups. Rasyid Bin Idris @ Adir Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah >>Click to join Taman2Syurga<< [[Berpesan-pesan sesama insan]] [Non-text portions of this message have been removed] -----------------------------------=== Mari belajar Islam dan berdakwah melalui SMS Cara berlangganan: REG SI kirim ke 3252 (Dari Telkomsel) Tarif Rp.yahoo.com/group/syiar-islam/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group. send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.+ PPN content akan dikirim tiap hari Untuk berhenti ketik: UNREG SI kirim ke 3252 http://www.Oleh: Abd. go to: http://groups.1000 .yahoo.com/info/terms/ y [syiar-islam] Fw: [Taman2Syurga] BINATANG YANG HALAL DAN HARAM ust .media-islam.

.. mengapa perlu diedit kan? Soalan oleh: MOHD EZMAN ZAMANI Assalamualaikum. Ayat² di bawah sememangnya dikarang oleh org lain. Sebelum saya memulakan bicara. Saya Mohd Ezman Bin Zamani dari Rawang. ayat terkasar. saya ingin meminta maaf jika tersalah atau terkasar bahasa kerana saya hanyalah manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. soalan seperti mempertikaikan ayat Al-Quran dan apa² lagi kesalahan yang lain.y Kirim email ke Perlu diingatkan di sini bahawa soalan ni bukannya datang dari AbyRAd. beliau awal² lagi sudah memohon maaf. . Selangor. Jika ada kesalahan tatabahasa. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang PENGHARAMAN ANJING.

Tetapi mengapa Allah tidak menyatakan dalam Al-Quran seperti tentang pengharaman babi? Adakan Allah terlupa untuk menyatakannya? Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Bijaksana. Enam kali air mutlak dan satu kali air tanah". maka saya tidak sama sekali mempertikaikan hukum Allah. (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad). Tiada satu pun ayat di dalam AlQuran yang mengatakan bahawa anjing itu haram dan pengharaman anjing diisyhtiharkan berlandas kepada hadis nabi yang bermaksud. "Sucinya bekas salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah membasuhnya dengan tujuh kali air. Saya megakuinya dan saya mengerti mengapa Allah menyatakannya dalam Al-Quran. babi. saya sekali lagi telah membuat analisis tentang maksud hadis tersebut.artikel. mengapa kucing atau haiwan lain tidak diharamkan seperti anjing? Ada pendapat mengatakan bahawa anjing diharamkan kerana tabiat buruk anjing yang gemar . Seperti yang kita tahu bahawa air liur binatang mengandungi pelbagai bakteria yang berbahaya dan saya menyimpulkan bahawa hadis nabi tersebut adalah ditujukan kepada semua binatang dan bukan kepada anjing sahaja. Saya telah membuat analisis dan kajian tentang sebab dan kenapa babi diharamkan. Ada orang memberitahu saya supaya tidak mempertikaikan hukum Allah dan saya bersumpah bahawa saya tidak pernah mempertikaikan sama sekali hukum Allah kerana dalam kes ini. Segala analisis yang saya peroleh adalah berlandaskan 'Scientific Proven' dan Alhamdulillah kerana sememangnya babi diharamkan oleh Allah adalah disebabkan penjelasan yang amat saintifik. Mungkin pihak tuan akan berpendapat bahawa air liur anjing sangat berbahaya berbanding haiwan lain seperti kucing tetapi di Malaysia.buku dan lain-lain) dan analisis. Tetapi. jika kedua-dua haiwan tersebut mengandungi bakteria yang berbahaya di dalam air liurnya. tanah merupakan agen pembersih terbaik untuk menyucikan SEGALA jenis kotoran dan kerana itulah kita diwajibkan untuk menggunakan air tanah untuk menyucikan najis mugholazzah. Nabi Muhammad menyuruh kita menyucikan najis bekas yang telah dijilat anjing dengan 6 kali air mutlak dan satu kali air tanah kerana tanah adalah unsur terbaik untuk menyucikan segala kekotaran tidak kira sama ada anjing. ulama-ulama telah bersepakat bahawa anjing adalah sama tarafnya seperti babi dan ianya haram bagi umat islam. terdapat kes di mana seorang suri rumah terpaksa di potong kakinya kerana telah di gigit oleh kucing peliharaannya akibat jangkitan bakteria yang terdapat dalam air liur kucing tersebut. mustahil bagi Allah untuk terlupa dan sesungguhnya setiap hukuman Allah mempunyai sebab yang sempurna.w. kucing dan haiwan lain.Sememangnya kita semua tahu daripada dulu bahawa terdapat dua haiwan yang diharamkan dalam agama Islam iaitu anjing dan babi. Berdasarkan kepada pembacaan (akhbar. Jawapan-jawapan yang saya perolehi sangat memuaskan hati saya kerana ia menunjukkan keagungan Allah s.. Allah tidak berfirman bahawa anjing itu haram. Jadi. Berbalik kepada hadis tersebut. Saya tidak menjumpai sebab mengapa anjing diharamkan. Saya telah membuat kajian tentang tanah dan mengapa kita diwajibkan mengguna air tanah.t dan keistimewaan Al-Quran. Berlandaskan kepada hadis tersebut. journal. Ini menunjukkan bahawa bukan hanya air liur anjing sahaja yang berbahaya tetapi kucing juga.

Dijawab oleh: USTAZ SYAHRIL FAZLI BIN MAT HUSSAIN Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah.menjulurkan lidahnya tetapi. Ada pendapat mengatakan bahawa anjing itu kotor dan menjijikkan.. Saya hanya manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Setiap hukum memerlukan penjelasan dan saya amat memerlukan penjelasan tersebut. kotoran manusia dan air kencing. saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa kucing peliharaan saya juga menjelirkan lidahnya seperti anjing terutama apabila dalam keadaan panas. hadis. tidak akan jumpa dalilnya. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya. Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. mereka adalah haiwan dan akan menjadi jijik dan kotor apabila tidak dijaga dengan sempurna. Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan. Allah tidak akan meletakkan hukum dengan sia-sia. Diharap pihak tuan dapat membalas e mail dengan segera berserta penjelasan yang sempurna. kerana itulah ia diharamkan tetapi saya ingin bertanya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah. kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran. Qias dan Ijma Ulama'. Ulama'. tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari wahyu Allah SWT juga. Wassalam.. Saya harap pihak tuan dapat memberikan penjelasan saintifik tentang mengapa anjing diharamkan seperti penjelasan saintifik yang telah saya peroleh tentang pengharaman babi. Kufur kepada sunnah Nabawiyah sama seperti kufur kepada Al-Quran. Qias dan Ijma Ulama' adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam. Ramai rakan saya yang bukan beragama islam bertanya tentang perkara ini dan saya tidak mampu menjelaskan kepada mereka dengan sempurna seperti bagaimana saya menjelaskan tentang babi. Adapun dalil . Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan AlQuran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga. Jadi mengapa kucing atau binatang lain yang menjelirkan lidah tidak diharamkan seperti anjing? Penjeliran lidah oleh semua binatang adalah untuk menstabilkan haba yang terkandung di dalam badan dan ia untuk mengelakkan pengumpulan haba di dalam badan kerana haiwan tidak mempunyai liang peluh. apakah takrifan sebenar terhadap maksud KOTOR DAN JIJIK itu? Haiwan tidak mempunyai akal fikiran untuk membezakan kotor dan jijik termasuklah kucing kerana kucing juga sama seperti anjing. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan. Dalam memahami syariah Islam. perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW.

air besar dan peluhnya. maka cucilah 7 kali. Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis. Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis. sama seperti najis babi.html#ixzz1M5SpfYf5 BINATANG YANG HALAL DAN HARAM Januari 1. kerana untuk mensucikannya dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air tanah. akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat).blogspot. Wallahua'lam." Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali. tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing." Menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah. Pada pandangan Syafiieyyà Makkiiyyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Di waktu lainya. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua. Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis.com/2010/05/mengapa-anjing-diharamkan. Bagi Mazhab As-Syafiieyà Makkiiyyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis.dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut: Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila seekor anjing minum dari bekas milik kalian. beliau bersabda: "Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. bahkan kedudukan najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah). sedangkan anjing itu adalah najis. Email from: Muhd Zumairi photo by: La-Vita-a-Bella Read more: Aby RAd's blog: Mengapa Anjing Diharamkan? http://abyrad. Dan kucing itu tidaklah najis. kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. termasuk air peluhnya. 2007 .

atau . dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. i. Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan. karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu´ (al-Baqarah:168) ii.Ahmad Nizam Hukum dan Fatwa 3 Komen Rate This Oleh: Abd. Perkara-perkara yang diharamkan: 1) Bangkai. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan. makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi. Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari risalah ini menjadi terlalu panjang. kecuali kalau makanan itu bangkai.adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Katakanlah: ³Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku. Seberang Perai. Ia mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan. Rasyid Bin Idris @ Adir Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah Pendahuluan: Risalah ini adalah jawapan kepada suatu soalan yang dikemukakan kepada penulis di Surau Taman Pauh Jaya.Firman Allah SWT: ³Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk´ (al-A¶raf:157) Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya.Firman Allah SWT: ³Hai sekalian manusia. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai¶th.

karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. yang mati tercekik atau dicekik. yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi. darah. dan yang diterkam binatang buas. maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dalilnya ialah firman Allah SWT: ³Diharamkan bagimu (memakan) bangkai. yang mati kerana dimakan binatang lain. daging babi. lalu beliau menjawab: ³makanlah´. kecuali yang sempat kamu menyembelihnya.a telah ditanya tentang limpa. (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah. (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. lalu mereka berkata: ³ia adalah darah´. yang jatuh. yang ditanduk. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. 4. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.´ (al-Mai¶dah:3) Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar¶ie selagi ia belum mati. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah. Ibn Abbas r. yang dipukul. 3) Babi. Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu.darah yang mengalir atau daging babi. sekalipun anjing pemburu yang terlatih. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. samada disebut namanya atau .´ (al-An¶am:145) Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan: 1. 5. yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain. jawab beliau: ³yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir´. ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. 2) Darah yang mengalir. Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging. dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. 4) Sembelihan untuk selain daripada Allah. 2. yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan. 3. yang tercekik. termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah.

(Riwayat Abu Daud. (Riwayat Malik. ia bukan dari kategori as-siba¶ yang disebut di dalam hadith. Disahihkan juga oleh al-Hakim). sebaliknya semua giginya memang sama tajam. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Sebabnya. Semuanya haram disisinya. harimau. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Contohnya: helang.tidak semasa penyembelihan. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. gagak dan layang-layang. At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Jika diharamkan kerana disebut: ³dengan nama alMasih´ dan sebagainya. katanya: ³Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung. maka memakannya adalah haram³. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. Hujah al-Syafi¶e berhubung dengan dubuk: 1. Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. ia tiada taring. enggang. dubuk dan kucing. Kata Ibn al-Athir: ³iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa. jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub). bahkan sekalipun dibacakan bismillah. 7) Keldai peliharaan. kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik). Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil. 3. Al-Syafi¶e berpandangan bahawa as-siba¶ yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa. 2. hukumnya haram sekalipun disebut bismillah.´ (Riwayat Muslim) Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. . Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring. harimau dan serigala. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Sabda Nabi SAW: ³Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu¶ di antaranya: gajah. 5) Semua binatang buas (as-Siba¶) yang bertaring. maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha¶labah al-Khusyani). Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim. Oleh yang demikian. Hadith Jabir. Menurut pengarang Fath alMajid fi Syarh Kitab al-Tawhid: ³Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. 6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar. serigala dan seumpamanya.

´ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja. kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya).Hadith Ibn Umar: Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.Kata al-¶Allamah Siddiq hasan Khan: ³Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-¶Eid. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri. ii. maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sungguhpun begitu. (Riwayat Ahmad. Kata Ibn Hazm: ³telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya). Abu Daud. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah). Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya´. at-Tirmizi. Kata al-Baghawi: ³kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran. maka ia bukan al-jallalah. Abu Daud. Dalilnya: i. Ibn Majah. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. 1. . ia boleh dimakan. hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis.´ Sabda Nabi SAW: ³Apabila kamu mendengar suara keldai. Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat: y y Ahmad. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan. At-Tirmizi mensahihkannya). Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. jika didapati memakan kotoran´. al-Syafi¶e dan Ahmad: haram memakan daging. telur dan susunya. Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran). 2. maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar. sesungguhnya dia melihat syaitan. (Riwayat Ahmad. al-Hakim. Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).Hadith Ibn Abbas: Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi. ath-Thauri dan al-Syafi¶iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. an-Nasa-i. 3.

Pengharaman anjing dating dengan beberapa faktor: 1. 9) Anjing dan kucing. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan ± bukan kerana sesuatu µillah atau kerana tidak biasa â¼³ sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik. at-Tirmizi dan Ibn Majah. 3. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. µIllah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. maka ia adalah haram. hendaklah memberikan dalil´. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. melainkan salah satu pandangan al-Syafi¶yyah yang menyatakan halal kucing liar.y Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan. Kata Siddiq Hasan Khan: ³barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal. ia memakan kotoran. 10) Semua jenis binatang yang menjijikkan. Apabila hilang najis. . Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian. tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi. Menurut ulama. 2. µIllah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. (Riwayat as-sahih). tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak. hilang haram. sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Sungguhpun begitu. Jadi apabila µillat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu. Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan alAlbani. Firman Allah SWT: ´ dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk´ (al-A¶raf:157) Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut: 1. Sungguhpun begitu. Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir: ³Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya. ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik). (Riwayat Muslim). lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah.´ (Riwayat Abu Daud. dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid ± dhaif). ia adalah najis menurut jumhur ulama.

Juga dengan umum ayat: ´ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah. at-Tirmizi dan an-Nasai). Muslim. anjing dan al-¶aqur (sejenis binatang yang menggigit). Binatang yang diarahkan bunuh: Sabda nabi SAW: ³Dari µAisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak. Sungguhpun begitu. yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara¶ itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia. dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan. kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat). 11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh. merupakan haiwan dari kategori ini. diburu atau dijumpai mati. tikus. karena sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang berbuat baik. kala jengking.2. belatuk dan nuri. lebah. Binatang yang dilarang bunuh: Sabda nabi SAW: Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut.´ (Riwayat al-Bukhari. 14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya: Berdasarkan sabda nabi SAW: . 12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya. burung layang-layang.´ (al-Baqarah:195) 13) Haiwan 2 alam: Kata al-Qadi Ibn al-¶Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang. Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya. Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai¶th. al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram. dan berbuat baiklah. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak. Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram. Oleh itu menurutnya. maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti.

kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr.yang mengharamkannya: Ahmad Dalilnya: Hadith Abd.yang menghalalkannya: Malik dan Syafi¶e Dalil yang mengharamkannya. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan. . ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. Dalam sanadnya ada Sa¶id Bin Khalid alQurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya). maka ia halal. Rahman Bin µUthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan). c) buaya: . (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Justeru itu. Namun isnadnya dhaif. maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak. al-Syafi¶e dan imam yang empat). tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Oleh itu yang rajih ialah: halal.Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan. juga disahihkan oleh al-Hakim). Apa yang Allah diamkan tentangnya. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.´ (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih. Apa yang Allah haramkan. maka ia adalah dimaafkan. maka ia haram. lantaran baginya ia tidak jelas.yang menghalalkannya: Malik Dalilnya: Umum ayat Allah: ³Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu. jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat. lalu ia mencakupi katak. Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air). b) katak: . Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. (Riwayat Malik.yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad . 15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya: a) landak: .³Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya. lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan´ (al-Maidah:96) ii. Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan.

maka dikeluarkannya (anjing itu). dan perintahlah dengan anjing itu supaya dikeluarkan. mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr.w bersabda: Apabila anjing menjilat air yang berada dalam bekas salah seorang daripada kamu.a katanya: Wahai Rasulullah. Aku bertanya: Sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya? Baginda menjawab: Ya. aku telah melepaskan anjing-anjing yang sudah terlatih untuk berburu. maka makanlah binatang buruan itu. Baginda menjawab: Apabila kamu memburu dengan menggunakan panah lalu terkena melalui matanya. maka Rasulullah memerintahkannya." (Hadis riwayat Tirmidzi) Rasulullah s. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas. maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaksanakan semua itu. Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas. Maka perintahkanlah supaya kepala patung yang ada di pintu itu dipotong dijadikan seperti bentuk pohon dan perintahkanlah supaya kelambu itu dipotong dan dijadikan daripadanya dua bantal buat sandaran dan diduduki. yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Aku bertanya lagi kepada baginda: Bagaimana jika aku memburu binatang dengan menggunakan panah lalu terkena tidak melalui matanya. Tetapi jika terkena dari bahagian belakangnya (bukan dengan matanya) maka janganlah . Pendetailan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh. maka makanlah.a. lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring. kecuali pintu rumah ada patungpatung lelaki. d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini." Ada pun anjing itu adalah anak anjing kepunyaan Husain atau Hasan di bawah tempat tidurnya. Penutup: Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagai spesis. di dalam rumah ada kelambu yang juga ada gambar patung dan di dalam rumah juga ada anjing. seterusnya basuhlah iaitu samaklah sebanyak tujuh kali Hadis Adiy bin Hatim r. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah alMaidah:96 tersebut. sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya.y y yang menghalalkannya: Malik. hendaklah dituangkan air tersebut. tidak ada yang menghalangiku untuk aku masuk ke rumah yang Tuan ada di dalamnya. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Jibril datang kepadaku dan berkata: "Tadi malam saya datang kepada Tuan. Syafi¶e dan sebahagian yang lain. namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya. Aku telah pun membaca Bismillah (menyebut nama Allah) padanya. Baginda bersabda: Apabila kamu menyuruh anjingmu yang telah terlatih dan kamu telah pun menyebut nama Allah atasnya. anjing-anjing tersebut membawa binatang buruan itu kepadaku.

a katanya: Rasulullah s.kamu makan Hadis Ibnu Abbas r.a: Daripada Nabi s.w pernah bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain dari anjing untuk menjaga ternakan dan anjing untuk berburu.a. maka setiap hari pahala amalannya dikurangkan sebanyak dua qirat (kinayah iaitu ibarat bagi ganjaran pahala yang sangat besar) .a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing atau gambar-gambar Hadis Ibnu Umar r.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful