You are on page 1of 22

Kemahiran Asas

Seseorang pemain bola keranjang memerlukan kemahiran seperti melontar, menangkap, dan menjaring. Dia juga perlu kemahiran kemahiran lain seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke sebarang arah termasukan melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung yang lain, jika tiada hentian permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap pemain ialah daya tahan, kekuatan, kelembutan, ketangkasan dan pelaziman untuk

membolehkannya mengendalikan bola. Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemain bola keranjang yang berjaya , dia hendaklah boleh bergerak dengan cepat, tangkas, pantas, dan mempunyai daya tenaga untuk

melompat. Di samping itu dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang ruang dan para pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil. Dalam permainan bola keranjang , terdapat beberapa jenis kemahiran yang perl u diperolehi bagi setiap pemain. Biasanya kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran permulaan, pertengahan, dan kemahirkan lanjutan . Kemahiran tersebut telah disusun mengikut perkembangan pengajaran yang lojik dan bukannya mengikut fungsi. Kemahiran permulaan, iaitu kemahiran asas amat diperlukan untuk membolehkan seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran pertengahan dan lanjutan pula merupakan satu bahagian penting dalam permainan bola keranjang secara menyeluruh yang membolehkan pemain menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu , kemahiran permulaan tetap menjadi asa permainan di semua tahap kemahiran. Oleh itu, dalam buku ini terdapat huraian tentang kegunaan bagi setiap kemahiran. Kemahiran-kemahiran itu sianalisis dan seterusnya diperkenalkan butir-butir untuk pengajaran dan pembelajaran . Setiap kemahiran disusuli dengan latihan yang sesuai. Semasa menghurai kemahiran tersebut, situasi permainan ulung dan yang diubahsuai juga disentuh yang menekankan pada situasi permainan yang dialami oleh pemain di peringkat awal

pengalamannya. Kemahiran yang memang diperlukan oleh seseorang pemain ialah menghantar, menangkap dan menjaring bola pada jarak dekat

dan jerak sederhana jauh. Di samping itu pemain juga perlu mempunyai kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola. Walaupun kemahiran pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang, tetapi permainan boleh diadakan sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain berkenaan.

Kemahiran Asas Bola Keranjang Mengelecek

Mengelecek merupakan kemahiran asas terpenting dalam bola keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain. Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol.pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam gelanggang dengan berkesan. Bagaimanapun dalam kebanyakan permainan terdapat kecenderungan di kalangan pemain terutamanya pemain barun yang asyik mengelecek menyebabkan permainan bola keranjang solah -olah bersifat perseorangan dan bukan berpasukan.Jadi adalah perlu bagi pemain menekankan bahawa walaupun kemahiran mengelecek amat perlu,dia tidak seharusnya lupa bahawa bola keranjang sebenarnya ialah permainan berpasukan. Seseorang pemain harus mempelajari cara dan kaedah mengelecek menggunakan mana-mana tangan,sama ada kanan ataupun kiri sehingga pemain itu melakukan kelecek tanpa sebarang masalah.jika seseorang pemain itu tidak dapat melakukan kelecek pada tangan kanan atau tangan kiri mungkin dia tidak dapat bergerak dengan berkesan kerana pemain lawan mudah mengawalnya.Jika dia mampu melakukan kelecek dengan mana mana tangan , dia bukan sahaja dapat bergerak dengan baik tetapi mampu pula memperdayakan lawan menerusi pergerakan menggunakan mana -mana tangan.Bagaimanapun pemain tidak dibenarkan kedua -dua belah tangan serentak untuk melantun bola.Dia hanya dibenarkan melantun bola menggunakan salah satu tangan untuk satu lantunan.Bagaimanapun, den gan meggunakan sebelah tangan, memberikan peluang tangan yang satu lagi mengawal pergerakan pemain dan mengelakkan diri daripada pemain lawan. Jika pemain menyentuh bola dengan kedua -dua belah tangan bermakna dia telah memegang bola, dan ini bererti dia ha rus melepaskan bola itu sama ada menghantar bola itu kepada rakannya ataupun terus membuat jaringan gol.

Teknik mengelecek Sebagai pemain bola keranjang setiap pemain harus tahu bagaimana hendak melakukan kemahiran ini. Kemahiran ini merupakan satu cara u ntuk menggerakkan bola,mengawal bola serta menipu pertahanan lawan. Untuk mempelajari teknik mengelecek ini, kita harus tahu terlebih dahulu jenis -jenis atau cara melakukan kelecek. Terdapat beberapa cara mengelecek dalam bola keranjang. Antaranya ialah ke lecek rendah, kelecek tinggi, kelecek dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek. Apabila semua ini boleh dilakukan pada kedudukan statik, pemain boleh belajar mengelecek bola dalam kedudukan berlari pula. Mengelecek adalah satu perlakuan melantun-lantun bola tanpa henti iaitu melakukan lantunan secara berterusan untuk menggerak sambil mengatur serangan ke pihak lawan. Untuk melakukan kelecek dengan baik,beberapa teknik atau panduan berikut boleh dipatuhi: 1. Pemain hendaklah menggunakan jar i untuk mengelecek dan bukan tapak tangan. 2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek. 3. Bola hendaklah menyentuh jari -jari pemain secara terkawal. 4. Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax. 5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan. 6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah mengawal lamtunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan. 7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggan.

Jenis jenis kelecek Terdapat beberapa jenis mengelecek yang boleh dilakukan oleh pemain dalam permainan bola keranjan g. Pemain harus dapat menguasai jenis-jenis kelecek ini bagi membantunya bergerak dengan baik dalam pelbagai situasi terutama apabila diasak oleh pemain lawan. Bagaimanapun matlamat daripada pelbagai jenis kelecek ini ialah untuk menggerakkan bola.

Kelecek rendah Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak oleh pemian lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidak mempunyai peluang untuk merampas bola itu,kecuali pemain yang mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal ini pemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik. Kelecek tinggi Kelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak jauh daripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakan apabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di sekitarnya. Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkan gol. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek tinggi ialah dalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan yang lebih lurus atau menegak daripada kelecek rendah. Kelecek sambil menukar tangan Dalam keadaan tertentu,pemain terpaksa melakukan sesuatu bagi mengelakkan bola daripada cuba dirampas atau dihalang oleh pemain lawan. Pemain akan mengambil tindakan menukar tangan semasa mengelecek supaya dia dapat terus mengelecek walaupun dihalang oleh lawan. Pemain hendaklah menepuk dan menolak bola dengan tangan supaya bola bergerak ke kanan atau ke kiri badannya. Jika pemain menolak dengan tangan kanan, pemain itu hendaklah pastikan supaya bola itu bergerak ke kiri badan dan melantun dekat kaki kanan pemain. Pemain kemudian meneruskan kelecek dengan tangan kiri.pemain boleh menukar kembali menggunakan tangan yang boleh mengelecek dengan baik dan selesa. Mengelecek boleh dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri atau berlari.

Membuat Hantaran

Selain daripada mengelecek, bola bol eh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi hantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan bola ke arah keranjang.Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecek disebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masih dalam penguasaan pasukannya.Perkara penting dan utama yang harus diberi perhatian oleh seseorang pemain apabila membuat hantara n bola ialah dia hendaklah membuat hantaran yang selamat. Apabila pemain mendapat bola, dia harus meneliti situasi yang muncul selepas itu berdasarkan perkara -perkara berikut : a) Sejauh mana rakan paling dekat berada, sama ada dalam kedudukan statik atau berlari ataupun bergerak.Pemain perlu ingat iaitu lebih jauh jarak di antara penghantar dengan penerima, lebih mudah pemain lawan cuba memintasnya. b) Berapa jauhkah pemain lawan berada berbanding dengan pemain yang memegang bola, adakah dia mempunyai masa untu k menghalang jika hantaran dibuat? c) Adakah hantaran boleh dibuat mengikut isyarat yang dilakukan oleh rakan? d) Adakah membuat hantaran merupakan satu -satunya cara untuk menggerakkan bola ketika itu?

Teknik membuat hantaran Membuat hantaran merupakan ke mahiran individu yang harus dimiliki dan dikuasai oleh setiap pemain.Daripada kemahiran individu inilah kemahiran pasukan dibentuk.Dalam hal ini sering dianggap bahawa membuat hantaran dan menerima hantaran merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Ini bermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar dan menerima bola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri. Teknik umum dalam melakukan hantaran dalam permainan bola keranjang adalah seperti berikut : a) Pemain hendaklah membuat hanta ran dengan cepat, awal dan tepat kepada rakan. b) Pemain hendaklah berusaha menggunakan tipu -helah bagi memudahkan hantaran dibuat. c) Pemain hendaklah mengelak daripada tersekat atau terhalang untuk membuat hantaran bola kepada rakan. d) Pemain jangan hanya menumpukan padangan mata semata-mata kepada penerima hantaran itu kerana ini menyebabkan lawan mengetahuinya. e) Pemain hendaklah membuat hantaran dan bergerak cepat bagi menyukarkan lawan. f) Pemain hendaklah mengelak daripada memaksa diri untuk membuat hantaran, sebaliknya pemain harus sedar bahawa membuat hantaran bertujuan menghantar bola ke destinasinya. g) Pemain hendaklah sentiasa bersedia sama ada untuk membuat hantaran ataupun ketika menerima hantaran daripada rakan sebelumnya.

Jenis Hantaran Dalam permainan bola keranjang, permainan mempunyai berbagai bagai cara untuk membuat hantaran bola.Pemilihan jenis membuat hantaran bola ini bergantung kepada keadaan, kedudukan pemain yang memegang bola, kedudukan rakan yang akan menerima hantaran dan kedudukan lawan.Bagaimanapun, sebarang jenis hantaran yang dipilih hendaklah memenuhi matlamat utama iaitu supaya dapat diterima dengan baik dan selamat oleh rakan.Hantaran boleh dilakukan sama ada pada kedudukan statik ataupun kedudukan berlari. Secara amnya, terdapat lima jenis hantaran yang biasa dilakukan dalam permainan bola keranjang.Keberkesanan sesuatu hantaran bukan bergantung pada jenis hantaran tetapi sebenarnya bergantung pada ketepatan dan keselesaan bola yang dihantar itu sama ada diterima atau ditangkap oleh rakan. Hantaran Aras Dada Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dan kelajuan diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemain lawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akan membuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.Sebagai salah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang, hantaran ini hendaklah dikuasai oleh setiap pemain. Hantaran aras dada ini dilakukan dengan menggunakan kedua -dua belah tangan pemain.Biasanya kedud ukan pemain semasa melakukan hantaran dada adalah suatu kedudukan yang memudahkan pemain membuat hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.

Hantaran Aras Bahu Hantaran aras bahu adalah satu lagi jenis hantaran yang sering dilakukan pemain dalam membuat hantaran dalam bola keranjang.Untuk melakukan hantaran ini hanya sebelah tangan digunakan.Hantaran jenis ini lebih sesuai untuk membuat hantaran jauh yang memerlukan hantaran bola yang pantas. Walaubagaimanapun, dalam permainan bola keranjang hantaran ini tidak dapat digunakan sepenuhnya disebabkan kebanyakan hantaran dibuat adalah hantaran jarak pendek atau hantaran dekat.

Hantaran Ayun Bawah Hantaran ini disebut juga sebagai hantaran bawah tangan.Hantaran ini digunakan untuk membuat hantaran dari jarak dekat, iaitu ketika pemain yang memegang bola cuba dihalang atau diasak oleh pemain lawan.Jika hantaran ini dilakukan untuk hantaran jarak jauh, besar kemungkinan bola i tu akan dipintas atau dirampas oleh pemain lawan yang sudah tentu bersedia untuk melakukan hantaran.Biasanya untuk hantaran ini sebelah tangan digunakan, tetapi ada kalanya pemain menggunakan kedua -dua belah tangan.Hantaran bawah ini didapati berkesan apab ila seseorang rakan pemain menuju ke arah pemain yang memegang bola, yang berada berhampiran dengannya. Hantaran Lantun Hantaran lantun merupakan jenis hantaran ketiga membuat hantaran dalam permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah ataupun kedua -dua belah tangan.Hantaran lantun dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawan yang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya.Dalam hantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan gelan ggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untuk menerima bola.Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.

Hantaran Di Atas Kepala Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan.Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang tinggi, khususnya pemain fowad dan pertahanan.Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalam situasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantaran tinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.

Menangkap Bola

Satu lagi kemahiran asas individu dalam permainan bola keranjang ialah menangkap bola.Pemain memerlukan kedudukan tangan yang baik dan mempunyai antisipasi yang tinggi, pergerakan kaki yang pantas serta kecergasan fikiran yang akan membolehkan seseorang pemain bebas dan bersedia untuk membuat tangkapan bola yang diarahkan kepadanya. Teknik Menangkap Dalam melakukan penangkapan bola, tapak tangan tidak menyentuh bola, sebaliknya jari-jari memainkan peranan.Pemain hendaklah sentiasa menggunakan kedua-dua belah tangan menangkap bola.Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja pemain dibolehkan menggun akan sebelah tangan. Dalam melakukan tangkapan teknik berikut hendaklah digunakan oleh setiap pemain : a) Keluarkan tangan dan hulurkan ke hadapan ke arah bola datang. b) Gunakan jari-jari tangan untuk menangkap.Jari-jari hendaklah dibuka dengan ibu jari di bel akang bola. c) Jangan sekali-kali gunakan tapak tangan untuk menangkap. d) Bawa bola ke badan selepas menangkap bola. e) Bersedia untuk pergerakan selanjutnya sama ada untuk mengelecek ataupun menghantar bola itu. Jenis Tangkapan Seperti membuat hantaran, cara menangkap bola juga adalah berbagai-bagai.Cara mana yang akan digunakan oleh seseorang pemain bergantung kepada cara hantaran yang dibuat oleh rakannya, serta kedudukan bola itu sendiri, dan kedudukan pemain lawan.Sebarang jenis tangkapan yang akan diguna kan, yang penting ialah bola yang ditangkap itu adalah tepat, selamat dan tidak boleh dicapai atau dipintas oleh lawan.

Tangkapan Statik Tangkapan statik dilakukan ketika pemain berada pada kedudukan berdiri statik.Bagaimanapun ini tidak bermakna seseor ang pemain itu sekadar berdiri tegak tanpa menyediakan dirinya untuk sebarang kemungkinan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh rakannya terhadapnya.Setiap pemain hendaklah berada pada kedudukan atau gaya berdiri yang sesuai supaya dia tidak terperangkap sekiranya rakannya menghantar bola kepadanya.

Tangkapan Lompat Pemain membuat tangkapan lompat daripada dalam kedudukan statik juga, tetapi apabila bola yang dihantar kepadanya adalah terlalu tinggi untuk ditangkap tanpa membuat lompatan.Tangkapan lompat bermaksud pemain menangkap bola semasa kakinya berada di udara tanpa menyentuh lantai.Untuk melakukan tangkapan cara ini pemain hendaklah memastikan supaya lompatannya itu tepat mencapai ketinggian mengikut bola.Pemain juga hendaklah memastikan supaya dia dapat mendarat dengan selamat bersama bola selepas membuat penangkapan.

Tangkapan Berlari Dalam permainan bola keranjang, pergerakan bola dan pemain yang pantas memaksa setiap pemain sentiasa dalam kedudukan sedia.Jik a pemain berlari, walau ke arah mana sekalipun dia berlari, dia hendaklah bersedia untuk mengalih kedudukan tangkapan, hantaran dan tangkapan dan hantaran.Sebaik sahaja pemain berlari, dia hendaklah membentukkan sasaran rakannya dengan jari terbuka dengan baik, tangannya berbentuk seperti cawan, sama ada di atas ataupun di aras pinggangnya, bergantung kepada ketinggian bola sebaik sahaja bola sampai kepadanya.Tangkapan bola semasa berlari akan lebih selamat jika pemain menggunakan kedua -dua belah tangannya.Tangkapan ini biasanya dibuat dalam kedudukan pergerakan bola dan pemain yang pantas iaitu dalam situasi menyerang.

Tangkapan Bola Lantun Dalam permainan bola keranjang, pemain sering juga melakukan hantaran lantun dan untuk menangkap bola daripada hantaran ini pemain hendaklah mampu melakukan hantaran ini.Semasa bola dilantunkan oleh rakan, pemain hendaklah mencuba melaraskan tangan segera dan berada pada kedudukan untuk menangkap bola sekiranya bola kembali ke hadapan pemain itu.Bagi menangkap bola daripada hantaran lantun atau daripada lantunan, pemain hendaklah menggunakan gaya berdiri yang paling baik untuk sama ada bola yang laju atau perlahan atau yang tinggi atau rendah.Ini pemting kerana pemain tidak dapat memastikan dengan tepat bola yang ak an diterimanya daripada rakannya itu.Begitu juga jika lantunan itu pada aras pinggang, pemain hendaklah menggunakan gaya berdiri atas kepala dan jika lantunan ke arah kanan atau kiri badan pemain, pemain hendaklah menggunakan tangkapan gaya berdiri yang pa ling sesuai tetapi dengan memastikan lengannya dihulurkan ke arah bola.

Tangkapan Bola Bergolek Ada kalanya bola terpaksa dileret atau digolekkan oleh rakan atau hasil daripada pergerakan lawan.Untuk menangkap bola daripada kedudukan begini, pemain hend aklah membengkokkan lututnya supaya dia hampir hampir menyentuh lantai.Kemudian pemain membentukkan tangannya seperti cawan untuk menangkap atau menerima bola.Tangan pemain sebaik baiknya hendaklah menghampiri lantai dengan jari ditegangkan serta menghala ke bawah.

Membuat Jaringan Gol

Menjaringkan gol merupakan matlamat akhir bagi sebarang kemahiran sama ada secara individu mahupun secara berpasukan dan taktik dalam permainan bola keranjang.Mnejaringkan gol merupakan kemahiran asas paling penting bagi setiap pemain.Tidak ada gunanya jika seseorang pemain itu mampu melakukan setiap kemahiran lain dengan baik dan penuh dengan stail, tetapi gaagl dalam membuat jaringan gol.Akhirnya pasukan mengalami kekalahan.Oleh yang demikian adalah perlu setiap pemain d apat melakukan kemahiran menjaringkan gol ini dengan baik dan tepat demi menjamin kejayaan pasukannya. Teknik Umum Mungkin ada sesetengah pemain yang mahu mengembangkan atau menggunakan satu-satu teknik yang dimiliki dalam membuat jaringan gol.Walaubagaimanapun ini masih belum memadai kerana setiap pemain mestilah dapat menguasai pelbagai teknik membuat jaringan supaya dia dapat melakukan dengan berkesan walaupun dalam keadaan tertekan.Penggunaan teknik yang betul adalah penting.Teknik ini bukan sahaja mampu membuat jaringan daripada jarak yang lebih jauh tetapi akan menyukarkan pemain lawan untuk mengawal jaringan itu. Antara teknik umum membuat jaringan dalam permainan bola keranjang adalah seperti berikut : a) Penglihatan pemain hendaklah ditumpukan pada keranjang. b) Pegang bola dengan betul pada kedua -dua belah tangan dengan jari -jari terbuka. c) Gunakan sebelah tangan untuk menolak bola dengan kekuatan daripada pergelangan tangan, manakala tangan yang tidak menolak pula menekan bola itu. d) Lakukan jaringan deng an suatu kuisan pada pergelangan tangan dan jari dengan pantas.

Jenis Jaringan Dalam melakukan jaringan gol, pemain mempunyai beberapa pilihan yang boleh dilakukan.Pemilihan jenis jaringan ini bergantung pada kedudukan pemain yang membuat jaringan dan k edudukan pemain lawan. Jaringan Tegak Gaya Lompat Jaringan ini juga dikenali sebagai jaringan tegak.Jaringan ini merupakan sejenis jaringan untuk jarak dekat.Jaringan ini merupakan suatu kemahiran asas membuat jaringan dalam permainan bola keranjang yang biasanya dilakukan berikutan daripada hantaran atau kelecek pemain berkenaan.Pemain hendaklah membuat jaringan dengan melontar bola supaya menyentuh papan pantulan dan terus melambung dan memasuki keranjang lawan. Jaringan Statik Gaya Kaku Jaringan statik gaya kaku merupakan jaringan dalam permainan bola keranjang yang dilakukan daripada kedudukan pemain yang tetap, seperti membuat jaringan daripada lontaran percuma.Jaringan cara ini boleh dilakukan dari jarak jauh atau sederhana jauh dari keranjang lawan. Untuk jarak jauh, pemain hendaklah melompat untuk mendapatkan kelajuan dan kekuatan pada bola.Oleh sebab bola perlu dimasukkan ke dalam keranjang daripada arah atas, layangan bola hendaklah melengkung tinggi dan berada di bahagian atas keranjang.Pemain hen daklah mengelak daripada melayangkan bola pada arah yang lurus.

Jaringan Di Atas Kepala Dalam permainan bola keranjang, jaringan aras kepala adalah menyerupai hantaran di atas kepala.Begitu juga dengan cara pemain memegang bola.Bagi kedua-dua pergerakan ini pemain memegang bola pada kedua-dua belah tangan iaitu pada sisinya.Bagaimanapun pergerakan bola antara kedua-dua pergerakan ini berbeza -beza antara satu dengan yang lain.Dalam hantaran aras kepala bola bergerak agak laju daripada jaringan di atas kepala.Dalam jaringan di atas kepala bola bergerak melengkung ke arah keranjang dan tidak sepantas seperti pergerakan dalam membuat hantaran.

Jaringan Larian Lonjak Jaringan ini yang biasanya disebut jaringan lay-up dan merupakan jaringan paling diminati dan paling banyak digunakan dalam melakukan jaringan gol.Bagaimanapun, adalah perlu bagi setiap pemain menguasai jaringan jenis ini.Malah ada pendapat mengatakan bahawa seseorang pemain dapat melakukan jaringan lain darip ada penguasaannya dalam jaringan jenis ini.Jaringan ini bleh dilakukan oleh pemain dari jarak dekat dan jarak sederhana dengan keranjang. Perkara penting dalam jaringan cara ini ialah keupayaan pemain melakukan jaringan ini dalam larian dan lompatan dan m elakukan jaringan apabila kedudukan pemain benar -benar berdekatan atau di bawah keranjang.Pemain boleh dilakukan daripada pergerakan mengelecek yang dilakukan sendiri atau selepas menerima bola daripada rakan yang hanya memerlukan pemain melantun bola seka li lalu ditangkap dan terus membuat jaringan gol.

Jaringan Sentuh Tip-In Sebenarnya jaringan tip-in ini bukanlah sejanis perlakuan jaringan sebenar dalam bola keranjang.Jaringan ini adalah perlakuan menjaring semula bola yang terkeluar atau melantu n daripada papan pantulan.Jaringan ini dilakukan sebelum bola yang melantun itu terjatuh ke lantai atau terjatuh rendah daripada aras kepala pemain.Untuk melakukan jaringan tip-in ini pemain hendaklah bersedia untuk bertindak dengan pantas iaitu sebaik sahaja bola melantun daripada papan pantulan.Dalam hal ini pemain hendaklah menyesuaikan masa lompatan dengan lantunan bola supaya pemain itu dapat menyambut bola sejurus sebelum mencapai puncak lompatannya.

You might also like