P. 1
Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

Penetapan Hukum Pada Zaman Para Sahabat Nabi

|Views: 35|Likes:
Published by wansumi

More info:

Published by: wansumi on Jun 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/27/2011

pdf

text

original

Penetapan hukum pada zaman para sahabat nabi

PENETAPAN hukum dalam Islam peringkat kedua pula berlaku pada zaman para sahabat. Mereka masih berpegang kuat dengan al -Quran dan sunnah. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memahami nas kerana sewaktu wahyu diturunkan, mereka berada bersama Rasulullah dan mendapat penjelasan daripada baginda. Peringkat ketiga berlaku pada zaman Tabi' tabi'in. Di sinilah bermula dan meluasnya aktiviti ijtihad di kalangan para ulama untuk menyelesaikan permasalahan baru yang muncul pada zaman mereka. Kedudukan geografi yang agak jauh disebabkan perluasan kuasa, penguasaan bahasa Arab yang semakin kurang dan kekurangan sumber sumber nas. Di sinilah berlakunya dua aliran fikah iaitu aliran ahlul ra'yu dan aliran ahlul hadis. Ketika inilah munculnya ilmu usul fiqh dalam dunia umat Islam. Para ulama fiqh memperkenalkan kaedah fiqh bagi memudahkan rujukan untuk mengetahui hukum kepada permasalahan yang berlaku, khususnya yang melibatkan isu-isu baru muncul. Namun, bukanlah kaedah fiqh itu dikeluarkan oleh para ulama dengan meminggirkan nas yang utama dalam Islam iaitu al -Quran dan sunnah. Sebaliknya kaedah fiqh adalah rumusan dari dalil -dalil yang terdapat dalam al Quran dan sunnah sebagai rujukan utama umat Islam. Maka, tidak wajar bagi umat Islam menggunakan kaedah fiqh tanpa merujuk kepada sumber-sumber asal tersebut. Terdapat juga isu -isu yang mungkin terkeluar atau mendapat pengecualian dari kaedah umum berkenaan. Dapat difahami di sini bahawa terdapat permasalahan yang mungki n berada dalam ruang lingkup kaedah yang umum dan terpakai dengan menggunakan kaedah tersebut dan terdapat juga permasalahan yang bersifat khusus dan muqayyad yang tidak boleh berhukum menggunakan kaedah -kaedah fiqh. Para ulama telah berijtihad menggunaka n penguasaan terhadap ilmu dan konteks semasa untuk memahami hukum -hakam dalam al-Quran dan sunnah dan 'illah (sebab) pengeluaran hukum berkenaan sama ada wajib, sunat, haram, makruh dan harus (hukum-hukum taklif).

Oleh kerana permasalahan fikah terlalu banyak dan mempunyai cabang tersendiri. Bukan itu sahaja. Kaedah ini datang sebagai prinsip umum dalam kita mengenal hukum terhadap segala yang ingin atau telah dilakukan. maka ia adalah diharamkan. Contoh di atas menggambarkan peri pentingnya kaedah fiqh untuk difahami oleh masyarakat untuk memahami dasar penetapan hukum serta hikmahnya. apabila sesuatu perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan. Ini kerana Islam akan menutup segala pintu ke arah kemudaratan dan keburukan. para ulama menyenaraikannya di bawah lima kaedah fiqh umum iaitu: lSetiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat ( al-umuru bimaqasidiha) lKeyakinan tidak hilang dengan keraguan ( al-yakin la yuzalu bil syak ) lKesukaran membawa kemudahan ( al-masyaqqatu tajlibu al-taisir) lKemudaratan hendaklah dihilangkan ( al-dhararu yuzal) lAdat dijadikan perundangan ( al-'adatu muhakkamah) Bekas paderi peluk Islam Susunan SITI AINIZA KAMSARI SAAT dilahirkan 12 Febuari 1942. Se kiranya perlakuan atau aktiviti tersebut boleh mendatangkan kemudaratan. Indonesia. Sulawesi Utara. p ara ulama mendapati wujudnya unsur konsisten dalam hukum-hakam yang datang daripada nas syarak. maka ia diharamkan dan pelakunya dikira sebagai berdosa. . semua pihak yang bersubahat dan mempunyai kaitan secara langsung dengan perlakuan yang diharamkan itu juga dikira sebagai berdosa. Sebagai contoh. bayi lelaki ini diberi nama Abraham David Mandey di Menado. Justeru.Selepas kajian terperinci dilaksanakan. melalui kefahaman ini muncullah kaedah fiqh al-dhararu yuzal (kemudaratan hendaklah dihilangkan). Mandey adalah nama keluarga sebagai orang Minahasa.

Ia bagi mempelajari. "Tidak banyak yang dapat saya ceritakan mengenai pendidikan ketenteraan yang saya ikuti selama dua tahun itu. berdisiplin dan bersedia melaksanakan apa juga tugas negara yang dibebankan kepada saya. Setelah situasi negara kembali pulih dengan lahirnya Orde Baru tahun 1966. Jakarta Pusat. Bapanya adalah Bupati Sulawesi pada awal revolusi kemerdekaan Republik Indonesia. iaitu di Makasar dan ibunya pula seorang guru sekolah menengah di sebuah sekolah mubaligh milik gereja Minahasa. Abraham turut bergabung dalam komando yang dipimpin Kolonel Sarwo Edhie Wibowo (arwah). . mendalami. kecuali disiplin ABRI dengan doktrin 'Sapta Marga' telah membentuk jiwa saya sebagai perwira remaja yang kental. Pada saat-saat operasi pembersihan G-30S/PKI di Jakarta misalnya.Anak bongsu daripada tiga bersaudara yang kesemuanya laki -laki. Abraham turut terlibat dalam beberapa operasi tempur. mengkaji dan diskusi tentang pelbagai hal yang diperlukan untuk Abraham menjadi seorang paderi. Pengajiannya berlarutan selama tujuh tahun bermula tahun 1966 sehingga 1972. Diringkaskan. Abraham ditugaskan melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Teologi (STT) milik gereja Katholik yang terletak di Jalan Proklamasi. begitu berbekas dalam diri saya sehingga saya sering berkh ayal menjadi seorang tentera yang bertempur dengan gagah berani di medan perang" kata Abraham. Tanpa banyak masalah. "Semua cerita tentang kepahlawanan. beliau lulus dan layak mengikuti pendidikan ketenteraan dan menghuni di asrama. Abraham memulakan fasa baru kehidupan dengan membawa dirinya ke Jakarta dan mendaftarkan diri dengan Mabes Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI)." katanya. Meskipun beliau kemudiannya merupakan perwira yang bertugas di bahagian pembinaan mental. Keluarga Abraham termasuk golongan yang dipandang tinggi dan dihormati masyarak at terutamanya pihak gereja. Saya juga sangat kagum kepada Jeneral Napoleon Bonaparte yang gagah perwira. "Sejak kecil saya mengagumi pah lawan-pahlawan Perang Salib seperti Richard The Lion Heart yang sangat legenda itu.

menjadikan Abraham mempunyai jadual kesibukan yang agak luar biasa." katanya. Sambil tetap aktif d TNI-AD. sering mengeluh dan menuntut agar Abraham memberi lebih perhatian untuk rumah tangga. Tugas saya sebagai Pendeta II itu membolehkan saya menyampaikan khutbah. atas arahan Gereja Protestan Indonesia. Tugas sebagai ABRI ditambah tugas -tugas di gereja. Akibatnya. "Tentu saja saya tidak dapat menerima usulnya itu. berlakulah pergeseran antara kepentingan peribadi dan kepentingan keluarga. Rumah tangga berantakan Krisis rumahtangga yang terjadi sekitar tahun 1980 ini semakin panas dan rumahtangga mereka tidak lagi harmoni dan damai. Abraham kemudiannya ditugaskan sebagai Paderi II di Gereja P di Jakarta Pusat yang berjiran dengan Masjid Sunda Kelapa untuk memimpin sekitar 8. Yang dibimbangkan adalah satu-satunya anak perempuan mereka. Angelique yang bakal menerima kesan akibat kedua -dua orang tuanya yang berantakan. "Di Gereja P ini. Isterinya yang merupakan anak perempuan kepada bek as Duta Besar Republik Indonesia di salah satu negara Eropah. Melihatkan kesibukan saya yang tida k juga berkurang menyebabkan sang isteri meminta agar saya mengundurkan diri dari tugas -tugas gereja. Sebagai seorang 'Pelayan Firman Tuhan' saya telah bersumpah bahwa kepentingan umat adalah melebihi segala-galanya. namun Abraham masih kekal anggota ABRI yang ditugaskan di mana saja di wilayah nusantara malah ke luar negara." ujarnya. umumnya lebih banyak berbicara atas dasar perasaan. dengan alasan supaya lebih banyak waktu untuk keluarga.Di samping belajar sejarah dan falsafah agama Kristian. . Sekalipun bertugas sebagai paderi. termasuk Islam. di STT juga mereka mengkaji agama-agama di dunia. "Nama sahaja wanita.000 jemaah (gereja) yang hampir 80 peratus m ereka adalah kaum intelektual atau masyarakat elit. saya tumpahkan seluruh pengabdian sebagai 'Pelayan Firman Tuhan'. membantu mana -mana jemaah yang memerlukan bantuan atau mendapat musibah dan termasuk juga menikahkan pasangan muda-mudi yang akan berumah tangga.

tetapi dia sendiri menceraikan isterinya? Bagaimana dengan citra seorang paderi di mata umat? Mereka mengingatkan saya. buat apa saya menjadi paderi kalau tidak mampu memberikan kedamaian dan kebahagiaan buat rumah tangga sendiri. "Saya sering berkhutbah menekankan supaya setiap umat Kristian mampu memberikan kasih sayang kepada sesama umat manusia. "Apa yang mereka katakan semuanya benar. saat bebas daripada tugas -tugas gereja. bagaimana agar batin saya damai. "Saya sering berfikir. Ketika niat Abraham untuk 'melepaskan' isterinya diketahui oleh sahabat sahabat terutama di kalangan paderi yang lain."Namun saya bertekad membuatkan Angelique memahami posisi ayahnya sebagai paderi yang bertugas melayani umat. yang akhirnya menjadi bahan yang paling beliau sukai untuk dikaji. Tetapi. Tetapi. Termasuk kajian tentang falsafah Islam. dia sangat mengerti. "Hanya Angelique. memilih ikut bersama saya." katanya. Isteri saya benar-benar tidak dapat memahami sehingga sampai pada kesimpulan bahwa antara kami berdua sudah tidak sejalan lagi. "Mereka mengingatkan saya. Syukur." katanya. satu-satunya puteri kami. . mereka menyarankan agar Abraham bertindak lebih bijak. Beliau lebih banyak membaca mengenai falsafah dan agama. Namun dalam kesunyian malam. bagaimana mungkin seorang paderi yang sering menikahkan orang lain. saya sudah tidak mampu lagi mempertahankan bahtera rumah tangga. Tetapi." katanya. Abraham banyak melakukan introspeksi diri. Bagi saya yang penting saat i tu bukan lagi persoalan menjaga citra paderi. Abraham sering merenungkan kehidupan ramah tangganya sendiri. Tetapi bagai mana dengan saya sendiri? "Saya cuba untuk memperbaiki keadaan. satu-satunya orang di rumah yang menyambut hangat setiap kepulangan saya. Selepas bercerai. termasuk mengkaji pemikiran beberapa tokoh Islam yang banyak disiarkan di media massa. "Dengan berat hati saya terpaksa juga menceraikan isteri saya dan Angelique. semuanya sudah terlambat.

lalu masuk ke dalamnya. Muttaqin terhadap krisis perang saudara di Timur Tengah. ulama itu dalam khutbah Aidilfitri nya bertanyakan." katanya. Begitu juga konsep ibadat Islam yang disebut syariat. konsepsi Islam tentang ketuhanan dan peribadatan. "Saya begitu tertarik dengan konsep ketuhanan Islam yang disebut tauhid. Beliau dilihat cuba memihak kepada pihak yang salah. dalam salah satu khutbah saya di gereja. padahal di tempat itu diturunkan para nabi yang membawa agama wahyu dengan pesanan-pesanan kedamaian? "Saya begitu tersentuh dengan ungkapan puitis kiai dari Jawa Barat itu. mengapa Timur Tengah selalu bergolak dengan amarah dan perang. kerana pesan perdamaian yang disampaikan beliau amat manusiawi dan universal. khutbah K. dan setelah masuk. Saya semakin diheret untuk mendalami. seperti di Palestin dan Lubnan. E. bagi saya itu penting. Waktu itu. Konsep itu begitu sederhana dan tuntas dalam menjelaskan kewujudan Tuhan yang oleh orang Islam disebut Allah SWT. Kekagumannya pada konsep perdamaian Islam yang diangkat ole h KH. "Tetapi. Sejak khutbah yang kontroversi itu. Muttaqin itu saya sampaikan kepada para jemaah gereja. Sehingga.Salah satunya mengenai komentar seorang tokoh ulama (almarhum) K.Z. iaitu tahun 1983. E. saya ingin masuk lagi ke pintu yang lebih dalam.Z. semakin lebih kuat untuk menarik Abraham mendalami konsep konsepsi Islam lainnya.Z. "Saya ibarat membuka pintu. "Tetapi. Begitulah perumpamaannya. Malah ada yang menggelarnya 'Paderi Mandey telah miring (sasau)'. saya tidak peduli kerana yang saya sampaikan adalah nilai -nilai kebenaran.H. E. Abraham melihatnya begitu teratur dan sistematik. "Saya dapat merasakan ada kejutan di mata para jemaah. Saya maklum mereka terkejut kerana buat pertama kali mereka mendengar khutbah seorang paderi dengan merujuk kepada seorang kiai. Muttaqin. . Abraham mendapat liputan meluas." katanya.H.

"Batin saya kuat mendesak agar saya segera meraih kebenaran yang sudah saya temui itu. Nasik hah M. Mencari kebenaran Namun suara batin Abraham yang sedang mencari kebenaran dan kedamaian itu tidak mampu lagi terus berada dalam kebimbangan. Beliau yakin di sebalik perceraian itu. "Keadaan saya semakin relatif baik. "Sehingga kami dikurniakan seorang gadis kecil yang manis dan lucu. Achnasya. Farouq Nasution di Masjid Istiqlal."Pada tahun 1982 saya benar-benar cuba mendekati Islam. Tuhan ingin membimbingnya ke jalan yang lurus dan benar." katanya. Jakarta. dan meraih semua kebahagiaan yang selama beberapa tahun saya rindukan. Angelique. berkat kegigihan saya.H. Setelah muslim. "Allahu Akbar! Hari itu adalah hari yang amat bersejarah dalam hidup saya kerana saat saya menemukan diri saya yang sejati. Setelah itu. Kosim Nurzeha dan saksi Drs. puteri daripada isteri pertama. Akhirya. pada 4 Mei 1984 Abraham mengucap dua kalimah syahadat dengan bimbingan K. Kosim Nurzeha yang juga aktif di Bintal (Pembinaan Mental) TNI -AD. Abraham yakin akan hikmah di sebalik tragedi rumah tangganya. Sementara. akhirnya saya diterima bekerja di sebuah perusahaan swasta. "Namun alhamdulillah. Saya sudah dapat menduga apa yang akan terjadi jika saya masuk Islam. beberapa kali saya bertukar profesion dengan pelbagai jawatan penting." katanya. sehingga . "Saya tidak mahu tergesa-gesa. Selama satu setengah tahun saya berdebat dan berdiskusi dengan K. beliau dikenali sebagai Ahmad Dzulkifli Mandey yang mengalami ujian hidup yang cukup berat selepas memeluk Islam sehingga mendapat ancaman bunuh dan sebagainya." katanya. saya juga seorang perwira Bintal Kristian di lingkungan TNI -AD. "Saya juga tidak lagi menyendiri kerana Dra.H. kerana di samping saya seorang paderi. seorang wirawati dari Kowad ABRI kini menjadi pendamping setia yang saya nikahi pada tahun 1986. Akhirnya.

. Kebahagiaan Ahmad Dzulkifli semakin bertambah lengkap tatkala mendapat peluang menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Mekah bersama isteri tercinta pada tahun 1989." katanya.hari ini tetap bersama saya. meskipun beliau masih penganut Protestan yang taat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->