You are on page 1of 6

LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1.

SEKRETARIAT 1.1 Kejohanan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011.

2.

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 2.1 2.2 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang bola sepak yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mematuhi Undang-Undang J/Kuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011 2.2.1. Setiap ahli rumah sukan hanya dibenarkan menyertai dua (2) acara sukan yang dipertandingkan sepanjang Kejohanan 4 Penjuru MOA 2011.

3.

PENDAFTARAN 3.1 3.2 3.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tidak lebih daripada sepuluh (10) orang pemain. Hanya lima (5) orang pemain sahaja yang akan bermain dalam satu-satu perlawanan. Setiap rumah sukan diwajibkan menghantar: 2 X Pasukan Lelaki Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7 (tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II. 1X Pasukan Wanita Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7 (tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II. 3.3 Pakaian pasukan mengikut warna rumah sukan masing-masing.

4.

SISTEM PERTANDINGAN (LELAKI) 4.1 Pertandingan terbahagi kepada dua (2) peringkat. Pada peringkat awal, pasukan akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan dan format pertandingan adalah secara liga. Manakala peringkat kedua akan diadakan secara kalah mati di mana hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja yang layak ke peringkat kedua.

4.2

Pertandingan akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dan setiap pasukan perlu melapor diri kepada pihak urusetia bertugas sepuluh (10) minit sebelum pertandingan dimulakan. Tiada masa tambahan diperuntukan. Pasukan yang gagal hadir mengikut masa yang ditetapkan akan dikira tewas dengan tiga (3) jaringan.

4.3 4.4

Masa pertandingan ialah enam belas (16) minit di mana tujuh (7) minit bagi setiap separuh masa dan dua minit (2) bagi masa rehat diberikan. Pertukaran pemain adalah terbuka sepanjang masa pertandingan dan pemain yang dikeluarkan boleh kembali masuk ke gelanggang semula. Proses pertukaran pemain dengan pemain gantian mestilah mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan terlebih dahulu.

4.5

Dalam peringkat kumpulan, sistem markah akan digunakan untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan, menang: tiga (3) mata, seri: satu (1) mata dan kalah kosong (0) mata. Jika terdapat pungutan mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunapakai:a) Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan yang besar antara jaringan gol dimasukkan dengan jaringan gol dibolosi akan menduduki tempat yang lebih tinggi; b) c) d) jika masa sama, mana pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang; jika masa sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang; dan jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri maka Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.

4.6

Bagi peringkat kalah mati pula, jika keputusan adalah seri sehingga tamat masa sebenar permainan, masa tambahan selama empat (4) minit di mana dua (2) minit bagi setiap separuh masa tambahan akan diadakan dan mana-mana pasukan yang dapat menjaringkan gol terlebih dahulu dalam masa tambahan ini akan dianggap sebagai pemenang. Jika kedua-dua pasukan masih terikat dengan keputusan seri, maka keputusan akan ditentukan melalui sepakan penalti yang akan dilakukan oleh tiga (3) orang pemain yang bermain dalam perlawanan tersebut terlebih dahulu dan diikuti oleh pemain lain jika keputusan adalah seri.

4.7

Semua pemain dalam setiap pasukan mesti menggunakan jersi yang sama kecuali penjaga gol. Sekiranya jersi kedua-dua pasukan yang bertanding adalah sama atau menimbulkan kekeliruan, maka keputusan akan dibuat oleh pengadil pertandingan.

4.8

Pengurus diminta menjaga tingkahlaku para pemain mereka. Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang bertanding sekiranya melanggar peraturan pertandingan.

4.9

Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan perlu dibuat melalui borang bantahan yang disediakan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keputusan terakhir akan diberikan oleh Jawatankuasa Rayuan.

4.10

Pemain Gantian 4.10.1 Kesemua lima (5) pemain pengganti (substitute) boleh ditukarkan sepanjang perlawanan termasuk masa tambahan. 4.10.2 Mana-mana pemain yang hendak masuk bagi menggantikan pemain yang sedang bermain hanya dibenarkan masuk ke dalam padang pemain dengan kebenaran pengadil.

(WANITA) 4.11 Format pertandingan adalah sepertin acara lelaki kecuali:

a. Pertandingan akan mengikut format liga sahaja dimana kedudukan pasukan teratas
akan dikira sebagai juara kejohanan. 5. PENGADIL

5.1 Laporan pertandingan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas
pertandingan dijalankan dan diserahkan kepada urusetia atau pegawai petugas bagi urusan pihak jawatankuasa pertandingan. 5.2 Seseorang pemain yang menerima dua (2) kad kuning disepanjang kejohanan ini berlangsung tidak boleh bermain dalam pertandingan berikutnya selepas menerima kad kuning yang kedua. 5.3 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang (kad merah) oleh pengadil tidak dibenarkan lagi untuk bermain sepanjang kejohanan ini. 5.4 Seseorang pemain yang sedang digantung permainannya oleh mana-mana Persatuan Bola Sepak samada peringkat daerah ataupun negeri, tidak dibenarkan bermain di dalam pertandinagan ini. Jika didapati pemain yang berkenaan didaftar oleh mana-mana pasukan, maka pasukan berkenaan akan dibatalkan penyertaannya dari kejohanan ini.

6.

KIRAAN MATA (Lelaki & Wanita) Pertandingan Akhir Johan Tempat ke-3 4 mata 2 mata Naib Johan Tempat ke-4 3 mata 1 mata

7.

RAYUAN/BANTAHAN.

Rayuan dan bantahan perlu dibuat mengikut Undang-Undang Sukan 4 Penjuru MOA Tahun 2011.

LAMPIRAN B

KEJOHANAN FUTSAL SUKAN 4 PENJURU KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 2011

BORANG PENYERTAAN
RUMAH SUKAN : __________________________________________________ NAMA PASUKAN : __________________________________________________ KATEGORI SENARAI PEMAIN : LELAKI / WANITA :

BIL.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

NAMA

BAHAGIAN/CAWANGAN /UNIT

GRED

KETUA PASUKAN

: _______________________________________________

BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT : __________________________________________ NO. TELEFON (PEJ) : ____________ NO. H/P: _____________________

NO. FAKSIMILI

: __________________ EMEL: _______________________

_____________________ TARIKH

____________________ TANDATANGAN

Catatan:

Sila kembalikan borang penyertaan kepada En. Zulkifli Yaacob/En. Mohamad Rizzuan Shahrul Amri melalui faks 03-88888941/03-88701761 atau emel ke zulkifli@moa.gov.my/ rizzuan@moa.gov.my

LAMPIRAN C

ATURCARA MAJLIS SUKAN 4 PENJURU (FUTSAL) 9 JULAI 2011 (SABTU) KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA

8.00 8.15 PAGI 8.15 PAGI

PENDAFTARAN UPACARA PEMBUKAAN GIMIK PELANCARAN-SEPAK MULA OLEH Y. BHG. DATO KSU PERTANDINGAN BERMULA MAKAN TENGAH HARI

2.00 PETANG 2.30 PETANG

UPACARA PENUTUP BERSURAI

You might also like