You are on page 1of 9

Batuan enapan

Dua jenis batu enapan: limey shale dilapis dengan batu kapur. Dataran Cumberland, Tennessee. Batuan enapan merupakan salah satu dari tiga jenis bentuk kumpulan batu (yang lain adalah batu igneous dan metamorf). Batu yang terbentuk dari enapan melitupi 75% daripada tanah daratan Bumi, dan termasuk jenis biasa seperti kapur, batu kapur, dolomit, batu pasir dan syal. Batu enapan dikelaskan menurut sumber enapan mereka, dan biasanya adalah:

batu klastik terbentuk dari serpihan yang pecah dari batu asal, melalui o luluhawa di situ atau o hakisan oleh air, air batu atau angin, diikuti oleh hanyutan mendapan, sering kali melalui apungan, ke tempat ia mendak; aktiviti biogenik; atau mendakan dari sebatian.

Mendakan ini kemudiannya mengeras dan bertukar menjadi batu melalui proses pembatuan.

Pembentukan
Batuan endapan terbentuk akibat tekanan litostatik kerana zarah-zarah endapan dilonggokkan oleh udara, air batu, angin, atau aliran air yang membawa zarah-zarah yang terapung. Ketika pemendapan endapan meningkat, tekanan melampau (atau 'litostatik') menekan endapan menjadi lapisan keras dalam proses yang dikenali sebagai pembatuan ('pembentukan batu') dan cecair tersekap asal disingkirkan. Istilah diagenesis digunakan bagi menggambarkan kesemua pertukaran kimia, fizikal, dan biologi, termasuk penyimenan yang dilalui oleh mendakan selepas mendapan awal dan semasa dan selepas pembatuannya, kecuali luluhawa permukaan.

Batuan enapan mendap dalam bentuk lapisan yang dipanggil strata. Setiap lapisan baru akan mendap secara mendatar di atas lapisan lama dalam satu proses yang dipanggil "pertindihan". Biasanya terdapat celah antara lapisan yang dipanggil ketakselanjaran. Ini mewakili sela masa yang tiada mendapan baru, ataupun apabila lapisan endapan lebih tinggi dari aras laut dan terhakis. Batuan enapan mengandungi maklumat yang penting tentang sejarah Bumi. Batuan ini mengandungi fosil, tinggalan tumbuhan dan haiwan lama yang terawet. Batuan enapan boleh memelihara fosil kerana ia terbentuk pada suhu dan tekanan yang tidak menghancurkan saki-baki fosil, tidak seperti batu igneus atau metamorf. Komposisi endapan pula memberikan petunjuk mengenai batu yang asal, sementara perbezaan antara lapisan yang berturut menandakan perubahan persekitaran yang berlaku. Batuan enapan meliputi kawasan yang luas pada benua kerak Bumi, namun peratusan batuan enapan sebenarnya cuma lima peratus. Selebihnya, di bawah lapisan batuan enapan yang nipis ini, adalah batu igneus dan metamorf.

Pengelasan
Batu enapan dikelaskan kepada tiga kumpulan. Kumpulan ini adalah klastik, mendakan kimia dan biokimia atau biogen.

Kitaran Hayat Gunung berapi.


Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong

Kitaran hayat gunung berapi


Gunung berapi aktif. Gunung berapi pendam. Gunung berapi mati.

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 200 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung gunung berapi, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati.

Gunung berapi aktif

Gunung berapi hidup adalah aktif dan sering meletus. Gunung berapi ini sentiasa mengeluarkan asap dan diikuti dengan gegaran kecil sekali sekala. Gunung berapi jenis ini seperti Gunung Etna di Itali, Mauna Loa di Hawaii dan Gunung Stromboli di Itali. Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif terdapat di seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai "Lingkaran Api Pasifik". Indonesia yang terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah direkodkan daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland. Itali dan kawasan lain.

Gunung berapi pendam


Gunung berapi ini pernah meletus dan terpendam dalam satu jangka masa. Gunung berapi ini akan meletus semula dalam jangka masa yang panjang. Gunung berapi ini dikenali sebagai gunung berapi "tidur". o contoh: Gunung Pinatubo terpendam kira-kira 610 tahun telah meletus pada 13 Jun 1991. Gunung Vesuvius di Itali dan Gunung Fuji di Jepun.

Gunung berapi mati


Gunung berapi ini tidak aktif dan tidak akan meletus lagi. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk mempastikan sama ada gunung berapi itu pendam atau mati. Ini disebabkan tempoh yang lama antara sesuatu letusan gunung berapi itu yang boleh mencapai sehingga tempoh 610 tahun. o contoh: Gunung Kenya di Kenya dan Gunung Kilimanjaro di Alaska.

Gunung berapi.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.

Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai.

Kitaran hayat gunung berapi


Gunung berapi aktif. Gunung berapi pendam. Gunung berapi mati.

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati.

Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabila ia meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadi amat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang menyambung nyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk mengusahakan tanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting bagi manusia untuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus. Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debu dihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu, lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter antara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada 32mm.

Jenis dan ciri-ciri gunung berapi.


Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung berapi adalah seperti berikut :

Gunung berapi lava asid

Gunung berapi lava bes Gunung berapi komposit Gunung berapi abu dan sinder

Bentuk mukabumi oleh gunung berapi.


Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam. Bentuk muka bumi jalar dalam akan kelihatan apabila pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkan nya pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah :

Sil Daik Batolitos Lakolitos Lapolitos Paklitos

Sil
Sil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. Sil mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai. Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di Northumberland, England.

Daik
Merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataan lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan Cheng Chau di Hong Kong.

Batolitos
Adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor Dome di England dan Gunung

Ledang di Semenanjung Malaysia.

Lakolitos
Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara Amerika Syarikat.

Lapolitos
Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di Transvaal Afrika Selatan.

Paklitos
Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya, Bukit Corndon di England.

Cara menentukan bila gunung berapi akan meletus.


Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebab faktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi. Malah sesetengah gunung berapi telah menjadi tarikan pelancung yang mendaki gunung berapi itu untuk melawat kawah gunung berapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakan bila sesebuah gunung berapi itu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan amaran awal, dengan itu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar. Terdapat beberapa cara bagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah gunung berapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikal dan secara kimia.

Peralatan geofizikal. o Graft gempa (Seismograf) o Meter Sendeng "Tiltmeter" o Pengukur graviti "Gravitimeter" o Pengukur magnetik "Megnometer". o Pengawasan infra-merah. Secara kimia.

Kemusnahan oleh gunung berapi


Sesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja pada kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer darinya. Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuah gunung berapi adalah melalui cara berikut :

Aliran lava Letusan gunung berapi. Aliran lumpur Abu Kebakaran Gas beracun Gelombang tsunami Gempa bumi

Faedah dari gunung berapi


Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedah kepada penduduk dengan cara berikut :Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi. Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik. Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun. Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong. Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai contoh, kepulauan Hawai

terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.

Gunung berapi terkemuka


Antara gunung berapi yang terkemuka akibat kemusnahannya dilakukan oleh mereka adalah seperti berikut. Gunung Vesuvius Gunung Krakatoa Gunung Pelee Gunung Soufriere

Langkah berjaga-jaga.
Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi letusan gunung berapi. Semua bangunan baru mestilah dibina pada lokasi tanah tinggi dan bukannya dicelah lereng yang akan menjadi laluan lava atau banjir lumpur. Bangunan tersebut juga mestilah tahan gempa bumi. Sistem amaran awal perlu di pasang dan dikendalikan secara berterusan. Penduduk sekitar perlu mematuhi sistem amaran awal dan mesti sanggup berpindah keluar bandar sekiranya diminta berbuat demikian. Penduduk mestilah mempunyai perancangan awal dan menyimpan peralatan kecermasan seperti peta, lampu picit, dan bekalan perubatan. Mereka juga perlu tahu tempat yang perlu di tuju sekiranya diminta berpindah keluar dari bandar tersebut.

Jenis Gunung berapi.


Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong

Jenis dan ciri-ciri gunung berapi.


Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung berapi adalah seperti berikut :

Gunung berapi lava asid Gunung berapi lava bes Gunung berapi komposit Gunung berapi abu dan sinder

Gunung berapi lava asid


letusan gunung berapi amat kuat. lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan. mempunyai cerun yang curam. o contoh: Gunung Vesuvius di Itali.

Gunung berapi lava bes


mempunyai cerun yang landai. lava sangat panas dan cair. lava mengalir dengan laju. o contoh: Gunung Mauna Loa di Hawai.

Gunung berapi komposit


dikenali sebagai stratokun. kon utama terbina daripada abu dan lava. kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama. kon-kon kecil dinamakan kon parasit. o contoh: Gunung berapi Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina.

Gunung berapi abu dan sinder


terbentuk daripada letupan yang sangat kuat. mengeluarkan bahan piroklas seperti lapilli, abu, bom, serpihan kecil dan gas. bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam. o contoh: Gunung berapi Paricutin di Mexico.

You might also like