You are on page 1of 8

KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan. (http//:www. myais.fsktm.um.edu.my).

1.2

KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi

perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff,2003).

1.2.1 MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.

1.2.2 OBJEKTIF Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat: Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari; Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila; Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan; Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan; Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;

Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu; Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan; Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki,2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

1.3

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN KAITANNYA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Fasafah Pendidikan Negara dengan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, terlebih dahulu ingin saya jelaskan apakah bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

1.3.1 PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dukuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-

kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

1.3.2 PENYERAPAN Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah, dan lain-lain.

1.3.3 PENGAYAAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan-bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktivit boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

1.3.4 PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan lebih sukar. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

1.3.5 PENILAIAN Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang

berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti diatas, apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat perkaitan antara sukatan pelajaran dengan Falsafah Pendidikan Negara?.

Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahirankemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan,1996).

KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.

Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.

You might also like