You are on page 1of 7

MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN (KOHESIF DAN KOHERENS) Wacana


Pengertian Perkataan Wacana i Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti: Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah i Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bererti: Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan/penulisan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Intihanya, wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat, seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
W acana

Ayat

K la u s a

Fra sa

K a ta

M o r fe m

Fo n em

Rajah 1. Hierarki Unit-Unit Bahasa.


spw/jpm/mbm/kpki1/2011 m.s. 26

MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5

Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja tetapi turut merangkum aspek-aspek lebih luas. Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku ataupun satu siri buku. Wacana boleh terdiri daripada satu ayat dengan mengamil kira kaitan antara konteks dengan fungsi penggunaannya. Contoh, Kenapa bising sangat?, dari segi struktur, ialah ayat tanya tetapi apabila dilihat dalam konteks di dalam bilik darjah, ayat ini ayat perintah, iaitu guru memerintahkan murid-muridnya supaya senyap. Terdapat dua bentuk wacana, iaitu bentuk lisan dan tulisan. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah ceramah, pidato, ucapan, khutbah, forum dan dialog. Contoh wacana dalam bentuk tulisan ialah laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi. Dalam wacana, unsur-unsur bahasa, terutamanya, kata, frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang bersinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran yang utuh. Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Hal ini demikian kerana menerusi keutuhan ini, ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan. Teliti petikan-petikan berikut:

Pada hari minggu yang lalu, kelas kami telah melawat ke Perpustakaan. Dua orang kawan saya telah pergi ke perpustakaan. Kawan-kawan saya yang lain telah pergi ke Pasaraya Giant. Kami amat seronok bermain di pasaraya. Perpustakaan sangat besar. Kami puas hati dengan lawatan kami. Tahun depan kami akan ke zoo negara.

Cuaca hari itu amat baik sekali. Kami seronok bermain di dalam tasik itu. Cuaca yang panas, dan air yang dingin menyegarkan diriku. Kami akan berangkat balik pada pukul 5 petang. Tiba-tiba kedengaran jeritan Tolong! Tolong!Tolong! . Kami ternampak seorang perempuan tua. Beliau lihat kecemasan

spw/jpm/mbm/kpki1/2011

m.s. 27

MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5

Pada hari minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Majlis Hari Keluarga. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menganjurkan majlis ini. Tujuan majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan guru. Saya dan ibubapa saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Ketika saya tiba, orang ramai telah membanjiri padang sekolah. Semua tetamu yang hadir berwajah ceria

Ciri-Ciri Wacana
Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai ciri-ciri penting berikut:  tujuan  hubunan penghasil wacana dengan khalayak  keutuhan susunan [berturutan]  maklumat [mengandungi maklumat baharu dan tiada maklumat yang bertentangan] Tujuan. Setiap wacana mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan. Contonya, sekiranya kita hendak mendapatkan maklumat, kita menggunakan ayat tanya. Tujuan juga menentukan bentuk wacana yang digunakan. Contohnya, andainya kita hendak memberi ulasan tentang isu-isu semasa, kita akan menulis wacana berkenaan dalam bentuk rencana; andainya, mengutarakan bantahan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, wacana dalam bentuk surat rasmi akan digunakan Tujuan juga berkaitan dengan retorik, iaitu teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Contohnya, jikalau kita hendak menggambarkan sesuatu, retorik pemerikan digunakan; meyakinkan khalaysak, retorik penghujahan Hubungan Penghasil Wacana Dengan Khalayak. Jika wacana adalah dalam bentuk lisan, hubungan Penutur-Pendengar terhasil; wacana berbentuk tulisan, hubungan PenulisPembaca pula terhasil. Hubungan penghasil dengan khalayak juga menentukan pilihan laras bahasa yang digunakan oleh penghasil. Hubungan ini dapat dikaitkan dengan tujuan dan penerimaan seseuatu wacana. Keutuhan. Keutuhan terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu jaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat. Terdapat dua aspek penting keutuhan, iaitu (a) Koherens [runtutan/kesinambungan idea], dan (b) Kohesi [tautan/kerasian hubungan]. Keutuhan dapat dianalisis daripad wujudnya atau tidak hubungan daripada aspek (a) semantik, (b) leksikal, dan (c) gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Maklumat. Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut. Sesuatu wacana tidak seharusnya
spw/jpm/mbm/kpki1/2011 m.s. 28

MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5 mempunyai maklumat yang bertentangan. Contohnya, Pelajar itu amat berdisiplin. Dia sentiasa ponteng dan tidak mematuhi peraturan sekolah.

Pengertian Penanda Wacana


Perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Tuntasnya, penanda wacana digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat, dan perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana mempengaruhi kohesi dan koherens sesuatu wacana. Jika penggunaannya tidak tepat, wacana yang dihasilkan kurang atau tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

Pengertian Kohesi
Kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Kohesi juga dikenali sebagai organisasi sintaktik sesebuah wacana. Kohesi merupakan hubungan antara dua ayat di dalam sesebuah wacana. Keserasian lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Contoh ayat kohesi 1. Ali dan adiknya pulang ke kampung 2. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya * Kohesi antara ayat (1) dan (2) wujud melalui pertalian antara Ali dan adiknya dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana.

Pengertian Koherens
Koheren atau runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna Contoh petikan yang berkoheren. Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu, teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh negara,ke alam yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa Inggeris. Kesinambungan idea terjalin melalui perkataan/frasa  Ayat 1 : teknologi maklumat  Ayat 2 : bahasa asas, tersebar luas ke seluruh dunia  Ayat 3 : berlaku penyesuaian, penggunaan bahasa

spw/jpm/mbm/kpki1/2011

m.s. 29

MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5

Untuk menghasilkan sesuatu wacana yang utuh, aspek kohesi dan aspek koherens perlu dititikberatkan semasa pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sehubungan itu, keutuhan wacana dapat disemak/dianalisi daripada wujudnya hubungan daripada asepk semantik, asepk leksikal dan aspek gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Hubungan Wacana Daripada Aspek Semantik. Hubungan ini bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Hubungan semantik antara bahagian wacana dapat diperincikan seperti berikut:
y y y y

y y y

hubungan sebab dan akibat, misalnya: Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati. hubungan sebab dan hasil, misalnya: Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. hubungan sebab dan tujuan, misalnya: Saya memandu kereta dengan cermat. Saya tidak mahu terlibat dalam kemalangan. hubungan latar dan kesimpulan, misalnya: Halaman rumah Cikgu Hasbullah sentiasa ijau dengan pokok-pokok bunga yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus tanaman. hubungan syarat dan hasil, contohnya: Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan negara. hubungan perbandingan, contohnya: Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis wacana lagi susah. hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan, contohnya: Bencana Tsunami sungguh dahsyat. Ombak besar itu mengorkbankan ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta-benda. hubungan unsur-unsur fonologi. Antaranya, hentian, kesenyapan, intonasi, dan nada suara. Contohnya, Ibu bapa Ali telah meninggal dunia. [hentian, kesenyapan]; Ali menulis surat./? [intonasi, nada]; kesatuan topik atau tema. Misalnya,
Institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Keluarga yang stabil, aman, dan sejahtera akan mewujudkan suatu masyarat yang mantap, kukuh, dan berdaya tahan. Sebaliknya, keluarga yang porak-poranda bukan sahaja menimbulkan masalah sosial, malah membantutkan pembangunan negara.

situasi wacana yang akan menentukan laras bahasa yang digunakan. Misalnya, unsur pujukan dan cara penyampaian laras bahasa iklan membolehkan seseorang memahami wacana tersebut walaupun ayatnya terputus-putus. unsur-unsur paralinguistik yang merujuk kepada alat-alat lain yang digunakan dalam memperjelas persembahan wacana. Dalam tulisan, alat-alat ini termasuklah tanda baca; dalam wacana lisan, keadaan air muka dan bahasa badan.

Hubungan Wacana Daripada Aspek Leksikal. Hubungan ini dapat diliaht daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Hubungan leksikal dapat dicapai melalui cara:
y

dengan mengulang kata yang sama, misalnya: Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi. Tampaknya dia memang gemar termenung.
m.s. 30

spw/jpm/mbm/kpki1/2011

MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5
y

y y y y

dengan menggunakan sinonim, misalnya: Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu. dengan menggunakan antonim, misalnya: Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. dengan menggunakan hiponim, misalnya: Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya termasuklah keli, haruan, tilapia, dan puyu. dengan menggunakan kolokasi, misalnya: Kawasan hutan digondolakn untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula jadi. dengan memanfaatkan unsur bersambut, contohnya: Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberi jawapan.

Hubungan Wacana Daripada Aspek Gramatikal. Hubungan ini bermaksud hubungan daripada aspek tatabahasa. Hubungan Gramatikal yang boleh dikaji merangkum:
y

Penanda Rujukan. Penggunaan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan antara bahagian dalam wacana. Misalnya: Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembagunan negara. [ganti nama diri orang]; Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang lalu. [ganti nama tunjuk]. Penanda Penggantian. Proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama [nominal], kata kerja [verbal], dan klausa. Misalnya: Jiran kami membeli sebuah kereta baharu. Kami juga membeli sebuah. [nominal]; Pelajar ini sering melakukan kegiatan samseng di sekolah. Perbuatan seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah. [verbal]. Elipsis [Penanda Pengguguran] melibatkan pengguguran kata, frasa atau klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran ini dilakukan keran pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Penanda Penghubung yang berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

PENANDA WACANA
Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan penanda wacana yang ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya. Jadual yang berikut ini memberikan beberapa banyak contoh penanda wacana yang kerap digunakan berserta dengan fungsinya:
Bil. Fungsi Sebagai Penanda Contoh Penanda Wacana
01 02 03 04 05 Tambahan Tambahan dan penegasan Pertentangan Sebab dan kesan atau lanjutan Perkaitan selanjutnya, seterusnya, selain itu, di samping itu, begitu juga, demikian juga, tambahan lagi lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan, bahkan, lagipun namun, namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walau bagaimanapun, walaupun demikian, akan tetapi, sungguhpun begitu oleh sebab itu, oleh itu, justeru, dengan itu, dengan ini, dengan demikian, oleh yang demikian, jadi, sebagai akibatnya, sebagai hasilnya sehubungan dengan itu, dalam hal ini, berhubung dengan, berkaitan dengan, dari segi, dari sudut, dari aspek, seiring dengan, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada m.s. 31

spw/jpm/mbm/kpki1/2011

MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5
Bil. Fungsi Sebagai Penanda Contoh Penanda Wacana
06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Waktu Tempat Perbandingan Contoh Penyataan semula Urutan Tujuan dan maksud Harapan Pendahuluan Rumusan Singkatan Generalisasi Penekanan atau penegasan Bahasa klasik sebelum itu, sebelum ini, pada masa ini, sementara itu, selepasa itu, setelah itu, beberapa minit kemudian, kemudian, pada waktu yang sama, lama-kelamnaan, lambat-laun, pada mulanya, akhirnya di sini, di sana, di samping, berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan, berdekatan dengan lain halnya, seperti, dalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan sebagai contohnya, misalnya, sebagai contoh, contohnya iaitu, yakni, dengan kata lain pertama, kedua, ketiga, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya untuk tujuan ini, untuk maksud tersebut, hal ini bermaksud, hal ini bermakna, hal ini bererti, hal ini membawa pengertian, maksudnya semoga, moga-moga, mudah-mudahan sebagai pendahuluan, sebagai permulaan, mulanya, pertamanya, yang pertama, sebagai mukadimah kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penutup, sebagai rumusan, secara keseluruhan ringkasnya, pendek kata, secara ringkas pada umumnya, secara amnya, secara umumnya sesungguhnya, sebenarnya, sememangnya, tegasnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, nyatalah, jelaslah, tidak dapat dinafikan, tidak dapat disangkal hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian

Penanda-penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. KESIMPULAN Kecekapan dan kemahiran menggunakan penanda wacana membolehkan seseorang penulis dapat menyambung pemikiran dan idea secara berkesan, jelas, menarik, dan yang lebih penting dapat menyalurkan idea-idea kepada pembaca dengan jelas. Oleh sebab kemahiran ini wajar dikuasai untuk menghasilkan penulisan yang menampakkan wacana yang utuh maka diharapkan para pendidik berupaya mendedahkan kecekapan penggunaan kata penanda wacana kepada para pelajar agar mereka mahir menggunakan kata-kata tersebut.

spw/jpm/mbm/kpki1/2011

m.s. 32

You might also like