You are on page 1of 20

Kraf Perkhemahan

Konsep Perkhemahan

pengertian amnya adalah- tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. y Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan.
y

Khemah

Biasanya khemah dibuat daripada kain tebal, kain layar, campuran plastik (nilon) dan sebagainya. y Sekarang khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia ringan dan senang dibawa ke tempat perkhemahan
y

Merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan sering mendapat sambutan daripada pelajar yang menampilkan salah satu cara hidup sementara yang dilakukan diluar rumah. y Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap anggota yang menyertainya
y

Perkhemahan

Aktiviti ini dapat melatih anggota KRS menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. y Melalui perkhemahan, anggota KRS dapat mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang telah dipelajari.
y

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. y Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.
y

Tujuan Perkhemahan

Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah: a) Berkhemah sebagai cara pendidikan - Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam KRS dan unit beruniform yang lain.
y

Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihanlatihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.

- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa.

b) Berkhemah sebagai cara ibadat - Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Tuhan dengan melihat alam ciptaanNya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa.

c) Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial - Di perkhemahan, setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

d) Berkhemah Untuk Rekreasi - Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. - Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal bukubuku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.

e) Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan MencariKetenangan - Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. - Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya. Sudah menjadi lumrah, sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya

i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-belia melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

Objektif dan Rasional dan Matlamat Perkhemahan

ii.Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.

iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyarakat yang dinamik.

y y y y

y y

Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah: Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan. Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi. Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya. Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan. Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal. Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

Terima kasih

You might also like