You are on page 1of 11

Laura H.

Chapman
Nur Yasmin Ahmad Sapian Nurul Aina Khauli

Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah individu mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesional penelitinya.

Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dankreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat . Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi . Kamus Dewan,(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah LAURA H. CHAPMAN. Pandangan tokoh Laura H.Chapman yang menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Approches in Art Education (1978) yang memetik bahawa sesuatu proses kreativi adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik. LAURA H. CHAPMAN juga menyatakan dalam bukunya berjudul Approaches to Art in Education, suatu kajian tentang teori-teori peringkat penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu perwujudan idea, perkembangan dan penghalusan idea dan kemahiran media.

Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu; i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium)

i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selainmenerangkan kaedah menjana idea dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.

ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. bimbingan penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri.

You might also like