You are on page 1of 13

Nota Pengajaran Acara Olahraga Bagi Satu Sesi Latihan

Nama No. K/P Tajuk Am Tajuk Khas Peringkat Umur Bilangan murid Masa Objektif

: Marlia Hidayanadia bt Muhammad Ariffin. : 890105-01-5763 : Olahraga : Lempar Cakera : Bawah 12 tahun : 10 orang : 1 jam : Di akhir pengajaran, murid dapat memahami dan mempraktikkan kemahiran lempar cakera dengan teknik yang betul.

LANGKAH/MASA Permulaan (5 minit)

AKTIVITI Memanaskan badan Meningkatkan kadar nadi (KDN) y Permainan Bom Atom

FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

CATATAN

Murid berlari bebas dalam kawasan yang ditentukan. Murid membentuk kumpulan atom berdasarkan arahan guru. Contoh: 3 + 2

XXXXX XXXXXXX XXXXX XXX XXXX XXXX XXX XX XXX XXX XXXX XXXX XXXX XX

Murid membentuk lima ahli dalam satu kumpulan. Apabila wisel dibunyikan, murid dikehendaki berlari bebas semula. Sekiranya murid gagal mengikut arahan, murid dikehendaki keluar daripada permainan. Permainan dijalankan selama 3 minit.

XXXXX XXX XX XXX XX XXXXX

XXXXX XXXXX XX XXX XXXXX XXXXX XXX XX

Pergerakan regangan y Regangan kepala

y y y y y

Badan berdiri tegak. Kepala didongakkan ke atas dalam kiraan 10. Kepala digerakkan ke bawah dalam kiraan 10. Kepala dipalingkan ke kanan dalam kiraan 10. Kepala dipalingkan ke kiri dalam kiraan 10. Badan berdiri tegak. Tangan diluruskan ke hadapan. Tapak tangan menghadap ke hadapan dalam kiraan 10.

Regangan tangan

y y y

Tapak tangan menghadap ke bawah dalam kiraan 10. Badan berdiri tegak. Kaki kanan digerakkan ke hadapan. Pergerakan kaki kanan dipusing dalam kiraan 10. Kaki kiri digerakkan kehadapan Pergelangan kaki kiri dipusingkan dalam kiraan 10

Regangan kaki

y y y

y y

Pengenalan (20 minit)

Pengenalan tentang Lempar Cakera y Latar belakang

Acara lontaran yang mulamula dicipta sebagai acara sukan. Dipertandingkan dalam sukan Olimpik Kono Greek (1986). Cakera yang diperbuat daripada kepingan kayu tebal berbentuk bulat, leper, dibaluti besi sekelilingnya, dimasukkan tanah hitam seberat 1.923kg di bahagian tengah dan menghampiri 2kg untuk atlet lelaki.

Alatan

Peraturan

Peraturan 182 1. Cakera dilempar dari kedudukan pegun. 2. Lemparan dibuat dari dalam bulatan. 3. Pembatalan berlaku; a) Jika pelempar menyentuh manamana kawasan di luar bulatan b) Jika pelempar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melempar. c) Jika lemparan dibuat melewati tempoh satu minit.

Fasa melempar cakera

1. Pegang cakera dan lakuan sedia. a) Pegangan cakera. y Cakera diletakkan di atas tapak tangan yang tidak dominan. y Rimnya (simpain logam) dipaut oleh ruas pertama jari-jari tangan. y Ibu jari tangan diletakkan di atas muka cakera dan jari-jari lain direnggangkan selesa.

Pergelangan tangan diluruskan dan tidak menyentuh cakera. b) Lakuan sedia. Pelempar cakera berdiri tegak atau dengan lutut dibengkokkan sedikit di bahagian belakang bulatan dan membelkangkan kawasan lemparan. Kaki dibuka sedikit lebih luas dari luas bidang bahu. Kedudukan ini seharusnya seimbang dan dalam keadaan rileks.

2. Hayunan awal. y Badan direndahkan sedikit dengan membengkokkan lutut. y Cakera digerakkan mengilang badan ke hadapan bahu kiri dan disokong oleh tangan kiri. y Selepas ini, cakera dihayun ke belakng bahu kanan dengan

meluruskan tangan dan berikutnya dihayun ke hadapan semula menghampiri bahu kiri. Berat badan berubah kepada berlainan kaki mengikut pergerakan cakera.

3. Pusingan. y Pada akhir hayunan ke hadapan, pelempar mengilaskan badan ke kiri. Dengan berpaksi atas bebola kaki kiri, badan dipusing dengan menggerakkan kaki kanan mengikut arah jam. y Seterusnya, kaki kiri melangkah ke belakang dan disusuli dengan pusingan badan. y Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan diikuti dengan pusingan badan.

4. Lemparan. y Fasa ini bermula bila tapak kaki kanan menapak di tengah bulatan, diikuti dengan penapakan tapak kaki kiri di hadapan bulatan. Ketika kaki kanan menyentuh lantai dan sebelum kaki kiri menyentuh lantai, lutut kaki kanan dan pinggul bergerak cepak dan kuat ke hadapan. Tangan yang memegang cakera masih mengekori di belakang. y Tangan kiri bengkok dan rapat ke dada. y Dengan mengadap ke hadapan, cakera digerak ke hadapan pada tahap ketinggian bahu. Jari-jari memutar cakera mengikut arah jam. Kedua-dua belah kaki menolak kuat ke atas lantai. 5. Pulihan. y Selepas cakera

dilepaskan, tangan melempar terus mengikuti arah lemparan dan kemudian dibengkokkan serta mengilangkan badan dan dijatuhkan. Kaki kanan bergerak ke hadapan bulatan dan kaki kiri diangkat ke belakang. Mata pandang cakera.

Latih tubi ( minit)

Latihan Ansur Maju


y

Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit. Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini. Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke

depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.
y

Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera

Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan. Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan keduadua belah kaki dan

melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan berpusing selepas menghayun cakera

Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri. Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan

dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju. (nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.
y

Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

Berdiri di tengahtengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera. Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan. Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

Permainan Kecil ( minit)

Masukkan gegelung getah ke dalam kon yang telah disediakan y siapa cepat dia dapat

y y

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan dinamakan dengan warna biru, merah, hijau dan kuning. Setiap ahli kumpulan akan memegang gegelung getah yang diberikan oleh guru. Murid dikehendaki melemparkan gegelung getah tersebut ke arah kon yang diletakkan pada jarak 3 meter di hadapan mereka. Gegelung getah tersebut perlulah memasuki kon yang disediakan. Markah sebanyak 4 mata akan diberikan sekiranya murid-murid berjaya memasukkan setiap gegelung getah tersebut ke dalam kon. Permainan diteruskan sehingga wisel tamat dibunyikan.

X X X

x
x x

x
x x

x
x x

Penutup ( minit)

Gerak Kendur y Pergerakan bukan Lokomotor

Murid mengikut arahan dan pergerakan guru menggoyangkan/ menggerakkan anggota badan bermula dari kaki hingga ke atas. Murid menyatakan saiz cakera yang sesuai digunakan. Murid menyatakan beberapa peraturan 182 Murid menyatakan lima fasa dalam melempar cakera.

Soal jawab y Konsep Lempar Cakera y Fasa melempar cakera

Rumusan

You might also like